Quantcast
Channel: CATATAN SI MERAH SILU
Viewing all 1486 articles
Browse latest View live

Negara Kota Yang Hilang - Satu tajuk yang menyuburkan imaginasi

$
0
0
Menyambung gerak penulisan berkenaan daripada artikel Berceloteh tentang bermalam di ISTAC sebelum menyusuri kaitan Parsi dalam sejarah Islam China yang dipersembahkan dari masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) selepas jam 6 petang semalam. Artikel baru ini dimulakan jam 4.30 petang di bahagian lain ISTAC sementara menunggu satu syarahan bermula jam 5.


Dalam Berceloteh tentang bermalam di ISTAC sebelum menyusuri kaitan Parsi dalam sejarah Islam China ada disebut bahawa pada malam sebelumnya Selasa malam Rabu saya telah menginap di masjid untuk memudahkan mengikuti dua majlis ilmu pada siang Rabu semalam. Artikel mula ditulis di masjid selepas menunaikan solat Subuh. Di celah-celah itu saya menyemak laluan untuk ke tempat majlis pertama iaitu Muzium Negara. Harapan saya dapat menyiapkan artikel sebelum bertolak ke sana.


Harapan itu ternyata meleset. Pada jam 7.47 ia baru sepertiga ditulis sedangkan saya sudah terasa penat lalu perlu melelapkan mata. Bangun jam 8.30  baru bersiap, mandi dan sebagainya lalu mengorak langkah ke muzium 5 km perjalanan. Jarak itu tidaklah jauh sangat tetapi perlu meredah kesesakan orang masuk kerja.


Jam 9.25 sampai ke muzium lalu pergi auditorium melalui jalan belakang bagi kakitangan dan urusan khas.


Saya dapat menggunakan laluan kerana isteri telah memberitahu pihak muzium bahawa saya akan menjual buku lalu diberikan meja...


Inilah poster majlis. Dinyatakan bahawa ia dijadualkan bermula jam 9. 


Tengok-tengok ketika selesai mengangkat buku dari kereta lalu diatur ke atas meja jam 9.33 majlis masih belum bermula. Alhamdulillah ada masa untuk bersarapan pagi di cafeteria muzium. Apabila kembali ke auditorium jam 9.53 majlis baru sahaja beberapa minit bermula.


Kelihatan ketua pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMN) Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim sedang memberikan ucapan pembukaan. Satu perkara menarik disebut adalah bagaimana tajuk majlis iaitu "Negara Kota Yang Hilang" atau bahasa Inggerisnya "The Lost Kingdoms" tidak disenangi pihak luar. Ini kerana pihak tersebut (atau pihak-pihak... saya tahu sekurang-kurangnya 3 buah negara di Asia Tenggara yang terpalit dalam hal ini) merupakan pihak yang sebenarnya berasal daripada luar, bukan penduduk asal tetapi membina sejarah baru menurut mereka atas tamadun sebelumnya. Pihak ini lebih sukakan tajuk "The Ancient Kingdoms" (Kerajaan-kerajaan Silam) kerana "The Lost Kingdoms" membayangkan usaha menggali kembali sejarah yang sudah ditutup.


Jam 10.12 para panelis mengambil tempat. Mereka ialah (daripada kiri) :-


1. Dr Nasha bin Rodziadi Khaw daripada Universiti Sains Malaysia

2. Pak Budi Istiawan daripada Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia

3. Dr Yunus bin Sauman daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris


Kelihatan paling kanan adalah Encik Nasrulamiazam bin Mohd Nasir, pengarah Muzium Adat. Untuk pengetahuan ia adalah salah satu daripada lebih 20 muzium di bawah JMN.


Selepas semua ahli panel diperkenalkan panelis pertama iaitu Dr Nasha naik ke podium jam 10.15. Beliau membawa tajuk "Kedah Tua Berdasarkan Prasasti Kepingan Leiden Besar : Satu Tinjauan Semula"


Diberikan latar belakang Kedah Tua berdasarkan catatan-catatan luar diikuti penemuan-penemuan arkeologi di Sungai Batu. Rasanya ramai sudah tahu bagaimana telah ditemui tapak peleburan besi dengan segala macam tinggalan alatan dan bahan berkenaan didapati telah wujud sejak zaman Sebelum Masihi. Ini adalah berdasarkan pentarikhan makmal menurut kaedah tertentu. Beberapa pentarikhan telah dilakukan membawa kepada sejarah Kedah Tua diputar semakin lama semakin jauh ke belakang. Terbaru didapati ia sudah wujud selewatnya pada abad ke-8 Sebelum Masihi.


Masalahnya tidak ditemui catatan begitu lama dan seterusnya yang jelas tentang Kedah Tua. Menurut Nasha paling sahih adalah prasasti (tulisan pada batu atau objek keras seperti besi) oleh kerajaan Chola di selatan India.


Disebutlah tentang kepentingan India (atau benua Hindi) terhadap Kedah Tua. Kedatangan pedagang-pedagang India ke pelabuhan Kedah seperti tercatat dalam beberapa teks menunjukkan ini.


Menurut Nasha, rekod India telah menyebut nama Kedah walau dengan sebutan lain (Kadaram dan sebagainya) sejak apa yang dipanggil sebagai Zaman Sanggam. Ini merujuk pada tempoh masa Sebelum Masihi hingga 2 Masihi di India.


Pun begitu beliau melihat rekod jelas cuma ada pada zaman kemuncak kerajaan Chola abad ke-11 Masihi.



Salah satunya ada pada apa yang dipanggil sebagai Prasasti Kepingan Leiden Besar.


Disebutlah latar belakang Prasasti yang katanya ditulis atau dikeluarkan pada tahun 1006 Masihi.


Ia melibatkan kerajaan Melayu Srivijaya yang sedang menguasai hampir seluruh Alam Melayu ketika itu.


Prasasti in ditulis sebahagiannya dalam bahasa Sanskrit, sebahagian lagi dalam bahasa Tamil. Nampaknya yang berbahasa Sanskrit itu untuk bacaan golongan pentadbir, orang atasan dan sebagainya. Yang bahasa Tamil untuk rakyat biasa.


Prasasti itu merupakan tulisan pada kepingan-kepingan logam yang dikepilkan bersama. Lebih kurang beginilah tulisan dialih ke dalam komputer.


Beberapa tingkat proses perlu dilakukan supaya dapat dibaca umum...





Yang menarik perhatian adalah bagaimana ia menunjukkan kedudukan Maharaja Srivijaya dan hubungan dengan Kedah Tua. Untuk pengetahuan Kedah adalah satu daripada 3 pusat pentadbiran dan pelabuhan terpenting di Srivijaya. Ini menunjukkan kepentingannya pada masa itu. Ia juga menunjukkan kedudukan Maharaja Srivijaya sebagai setaraf dengan Maharaja Chola, bukan bawahannya. Dikatakan Chola adalah kerajaan paling berkuasa di India ketika itu. Jajahan takluknya sampai ke pantai Barat Afrika dan beberapa bahagian Lautan Hindi.


Jam 11 sampai giliran panelis kedua, Pak Budi untuk berkongsi ilmu. Beliau memilih untuk bercakap terus daripada tempat duduk membawa tajuk "Dari Dharmmasraya ke Surawasa".






Ia merujuk kepada kerajaan Dharmmasraya yang pernah wujud dan berpusat di wilayah Sumatera Barat.








Dua orang puteri kerajaan Dharmmasraya pernah dibawa ke Pulau Jawa lalu dikahwinkan dengan bangsawan kerajaan Majapahit. Seorang melahirkan anak dikenali sebagai Adiyatvarman. Orang ini dikenali sebagai pendiri kerajaan bernama Melayu atau Melayupura. Pak Budi mahu mengatakan pusatnya adalah di suatu tempat bernama Surawasa. Alhamdulillah saya pernah sampai. Lihat artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Sekitar Pagaruyung lagi sebelum ke Pariangan dan lain tempat yang ditulis hampir 3 tahun lalu.


Jam 11.22 sampai giliran Dr Yunus untuk bercakap. Beliau juga memilih untuk membentang dari tempat duduk... 


Tajuk yang dibawa iaitu "Politi di Borneo yang Dilupakan" ada kelainan kerana merujuk pada satu wilayah yang jarang disentuh.


Selepas memberikan definisi politi sebagai satu entiti politik yang disokong sejumlah manusia (ia boleh jadi suatu negeri, boleh jadi negara, boleh jadi suatu wilayah kecil asal ada suatu struktur pemerintahan atau pentadbiran yang tersusun) disebutlah beberapa politi yang pernah wujud di Borneo.


Pengkhusuan diberikan terhadap "Tuaran" satu wilayah yang masih wujud kini sebagai daerah tidak jauh dari Kota Kinabalu. Diceritakan Tuaran pernah memiliki kedudukan penting sebagai satu wilayah dalam kerajaan Brunei (nama pulau Borneo berasal daripada nama Brunei kerana dahulu pernah menjadi kerajaan paling besar dan penting di pulau besar itu). Malah menurut Yunus dipercayai kerajaan Brunei pernah berpusat di Tuaran buat suatu tempoh waktu.


Ditunjukkan bahawa Tuaran ada disebut oleh oleh beberapa penulis Arab lama dahulu...








Cukuplah berkongsi setakat ini. Saya sedang kepenatan selepas mengikuti syarahan petang tadi hingga jam 7.10. Sebelum syarahan bermula sedikit lewat jam 5.20 saya cuma sempat menulis sedikit sahaja. Selepas menunaikan solat Maghrib penulisan disambung kembali hingga siap dalam keadaan lapar belum makan malam. Isteri pula berpesan jangan makan di luar. Nasi dan lauk masih banyak di rumah. Selamat malam dan wassalam. :]



Pelancaran pembacaan baru Hikayat Raja Pasai oleh Timbalan Perdana Menteri

$
0
0
Meneruskan penceritaan tentang majlis-majlis ilmu yang menjadi asbab saya menginap di masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) Selasa malam Rabu seperti diceritakan dalam artikel Berceloteh tentang bermalam di ISTAC sebelum menyusuri kaitan Parsi dalam sejarah Islam China. Bersambung daripada artikel Negara Kota Yang Hilang - Satu tajuk yang menyuburkan imaginasi.


Selepas makan tengah hari di Muzium Negara kemudian berborak dengan kawan-kawan saya bergerak kembali ke ISTAC lalu sampai jam 1.48 petang. Saya membawa seorang kawan dari Aceh yang datang ke muzium untuk mengikuti bicara sana. Beliau memang mahu ke ISTAC sekali untuk mengikuti majlis seterusnya.


Ada tempoh lebih 40 minit sebelum ia dijadualkan bermula seperti kelihatan poster. Kami pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Jumpa dua orang rakan sepengajian di ISTAC lalu berbual-bual lama. Fikir kami tak perlulah ke majlis awal. Kami tidak mahu bersesak-sesakkan dengan orang ramai yang dijangka memenuhi ruang kerana kedatangan Timbalan Perdana Menteri  (TPM) Malaysia untuk merasmiskan perkara. Yang mahu kami ikuti adalah diskusi buku.


Setelah beberapa lama baru dapat tahu bahawa perasmian dilambatkan kerana TPM cuma dapat sampai pada jam 3.30 kerana ada urusan tertentu. Oleh itu diskusi buku dimulakan dahulu. Saya dan kawan Aceh pun bergerak ke bilik majlis lalu sampai jam 2.50.


Kelihatan Profesor Baharudin Ahmad daripada ISTAC sedang mengulas buku. Disebutlah bahawa beberapa pihak terdahulu terutama Orientalis Barat telah terlebih awal membuat transliterasi terhadap manuskrip Jawi kitab yang sedang dibincangkan ini. Itupun tiada siapa memiliki manuskrip asal, yang ada adalah salinan-salinannya. Hasilnya muncul dua versi utama transliterasi atau buku dalam tulisan Rumi berdasarkan cerita yang sama tetapi ada sedikit beza. Satu dipanggil Hikayat Raja Pasai satu lagi Hikayat Raja-raja Pasai.


Sesungguhnya kitab Hikayat Raja Pasai ini memiliki kaitan yang sangat dekat dengan darah daging saya. Hal ini ada disebut beberapa kali dalam blogspot ini malah menjadi satu asas utama dalam penceritaan buku-buku tulisan saya yang terawal iaitu siri trilogi "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007). Yang dipersembahkan kini adalah satu bacaan merangkap usaha transliterasi baru oleh Profesor Emeritus Dato' Dr Ahmat Adam. Difahamkan sebelum Baharuddin mengulas, Ahmat telah memberikan pengenalan selama 10 minit sahaja.


Rupa-rupanya Ahmat menyimpan 'buah' untuk majlis perasmian yang sepatutnya berlaku sebelum diskusi buku tetapi telah dialih ke selepas itu. Jam 3.30 TPM iaitu Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pun sampai untuk perasmian itu.


Beliau mengambil tempat di hadapan bersama orang-orang penting majlis. Kelihatan dalam gambar dari kiri Sheikhul Kulliyah ISTAC Profesor Datuk Dr Osman Bakar diikuti Wan Azizah dan Ahmat.


Osman memberikan ucapan alu-aluan dengan menyatakan bagaimana usaha terbaru mentransliterasikan  Hikayat Raja Pasai adalah selari dengan misi ISTAC kerana kami juga mengkaji tentang Melayu. Kami ada Unit Tamadun Melayu.


Sampai giliran Ahmat hadirin diberitahu bahawa beliau memakan masa 2 tahun untuk mengkaji dan mentransliterasikan hikayat. Ini menyambung usaha orang-orang terdahulu seperti Teuku Alfian dari Aceh yang juga telah mengkajinya. Tetapi seperti halnya dia (Ahmat) mengkaji  teks-teks lama tentang Hang Tuah untuk memberikan tafsiran baru beliau melihat para sarjana  tempatan sudah tersilap baca kerana terikut cara bacaan Orientalis Barat. Diulanglah tentang hal Hang Tuah (kerana beliau sudah menyebutkannya banyak kali sehingga menimbulkan kontroversi beberapa tahun lalu) yang katanya sepatutnya dibaca Tuha yang bermakna ketua.. bukan Tuah yang katanya belum muncul dalam kosa kata Alam Melayu pada waktu laksamana itu wujud (abad ke-15 Masihi).

Kata Ahmat banyak salah faham berlaku kerana Orientalis tidak mengerti hal-hal bersangkutan Islam dan spiritual seperti doktrin Tasawuf. Oleh itu semua hasil kajian Orientalis terhadap manuskrip Melayu harus disemak semula. Ahmat pun memberikan beberapa contoh bagaimana beberapa perkataan bertulisan Jawi dalam teks asal hikayat harus dibaca dalam melakukan transliterasi. Menurut beliau banyak perkataan yang sebenarnya ada makna dalam bahasa Parsi dan sebagainya disilap baca lalu hilang makna.


Wan Azizah pula menyebut sedikit tentang sejarah kerajaan Samudera dan raja-rajanya yang terkenal seperti Sultan Malikus Saleh dan Sultan Malikul Zahir. Pasai disebut sebagai pusat antarabangsa sebelum Melaka lalu keadaannya cuba disamakan dengan Malaysia pelbagai bangsa pada hari ini.


Apapun saya melihat majlis ini ada keistimewaan tersendiri yang tersirat dan tersurat buat diri. Ini kerana Hikayat Raja Pasai memang ada kaitan peribadi. Kebetulan saya hadir bersama kawan dari Aceh. Apa lagi 1 September lalu bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah saya telah melaksanakan satu acara bersifat mendaulatkan Melayu dan Islam di Kompleks Makam Sultan Malikus sebelum memanjangkannya ke Banda Aceh. Lihat artikel Acara kedua puluh satu HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Majlis perasmian pula berlaku pada satu tarikh cantik iaitu 19 November 2019 atau 19/11/19. Ketika minum petang selepas majlis tamat saya duduk di satu kawasan set sofa bersama sejumlah pelajar wanita ISTAC. Osman ternampak saya yang sedang memakai busana Melayu tradisional penuh bersampin, bertanjak dan berkeris itu lalu berseloroh mengatakan ini Raja Pasai. Saya cuma tersenyum sahaja. Sebelum meninggalkan ISTAC saya bersalaman dengan Osman lalu memberitahu - Memang saya keturunan Raja Pasai. Menurut cerita keluarga, Sultan Malikus Saleh adalah moyang kami. Cukup. :]




Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Socrates... nabi atau hukamah?

$
0
0
Salam petang Jumaat 22 November 2019 bersamaan 25 Rabiulawal 1441 Hijriah. Malam ini sekali lagi saya akan bermalam di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) bagi memudahkan mengikut majlis-majlis ilmu. Malam ini ada satu syarahan bersiri, esok pagi ada majlis akademik tentang keris. Sebelum itu biar dilepaskan satu cerita daripada majlis ilmu di ISTAC petang Rabu.


Adapun daripada hari Selasa hingga Khamis semalam saya telah melepaskan 3 cerita berturut seperti berikut :-





Sekadar memberitahu. Majlis pertama berlaku di ISTAC petang Isnin 18 November, majlis kedua berlaku di Muzium Negara pagi Selasa 19 November diikuti majlis ketiga di ISTAC pada petangnya. Selepas itu baru kembali ke rumah setelah menginap malam sebelumnya di ISTAC. Petang Rabu 20 November ke ISTAC lagi untuk satu syarahan bersiri.


Ia adalah edisi ke-7 semester ini bagi siri syarahan "Classification of Knowledge in Islam". Siri ini mengulas buku  tulisan Sheikhul Qulliyah ISTAC Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar dengan tajuk sama. Syarahan 2 hari lalu bermula daripada bahagian tengah muka surat 10 buku, setelah syarahan minggu sebelumnya terganggu akibat berlaku black out atau putus bekalan eletrik. Ini menyebabkan seluruh ISTAC bergelap daripada jam 6  petang hingga sehingga selepas 7.30 malam. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hikmah dan falsafah yang muncul dalam kegelapan.


Muka surat tersebut bercakap tentang latar belakang pendidikan dan kesarjanaan ulamak silam Al-Farabi (hidup  872-950 Masihi). Syarahan berpanjangan sehingga ke hujung perenggan kedua muka surat 12 sambil nota-nota berkenaan pada muka surat 32 dan 33 diulas sekali. Daripada segi ini ia boleh dikatakan bersamaan separuh akhir syarahan ke-5 semester lalu membawa ke syarahan ke-6. Walaupun tidak hadir pada syarahan ke-6 tersebut saya boleh menebak isinya berdasarkan bagaimana syarahan ke-7 (bagi semester lalu) bermula. Rujuk artikel-artikel berikut :-



Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Kehidupan awal al-Farabi... antara ketenteraan dan kesarjanaan


Seperti biasa muncul ulasan-ulasan baru tentang perenggan-perenggan yang sama (syarahan semester ini dimulakan kembali daripada muka surat 1 kerana muncul muka-muka baru yang tidak ada pada semester lalu). Ini boleh berlaku kerana proses soal jawab yang berbeza. Satu adalah tentang pelbagai dimensi Al-Quran atau dalam memahami isi Quran. Osman selalu menyebut bahawa kitab suci itu adalah sintesis atau penggabungan daripada semua ajaran-ajaran Tauhid terdahulu.

Oleh itu Quran memiliki dimensi ajaran Confucian (Cina), ajaran Nabi Ibrahim juga ajaran pemikir Yunani purba Pythagoras (hidup 570–495 Sebelum Masihi, dikenali kerana menerbitkan formula panjang sisi pada segi tiga tepat - Pythagoras Formula). Dipanjangkanlah bagaimana ulamak-ulamak silam Islam dahulukala tidak pernah mengkafikan para pemikir Yunani purba seperti halnya pada hari ini di mana mereka semua dituduh sebagai penyembah berhala lalu tidak patut diambil tahu. Ulamak dahulukala percaya nama-nama seperti Aristotle (384-322 SM), Plato (428/427-424/423 SM), Plato dan Socrates (470–399 SM) adalah pengamal agama Tauhid. Bahkan mereka adalah hukamah atau para ahli hikmah!

Osman pun menyebut tentang Omar Khayyam (1048-1131). Menurut beliau, ulamak silam tersebut adalah ahli matematik paling hebat dalam dunia Islam. Tetapi Barat mengenalinya sebagai ahli puisi sahaja, bukan pakar matematik. Hmm. Teringat semasa di London  awal tahun 1990an saya sangat meminati buku puisi Omar bertajuk Rubaiyat kerana bahasa tinggi yang penuh makna keSufian. Kata Osman,  Omar adalah pengikut Pythagoras. Pythagoras dikenali membawa ilmu matematik yang memiliki dimensi spiritual bersifat keTuhanan.

Pemikir besar Yunani ini belajar ilmu hikmah purba di Alexandria, Mesir. Ilmu itu dipercayai diwarisi daripada Nabi Sulaiman AS. Barat selalu mengatakan Yunani menerbitkan ilmu pengetahuan mereka sendiri (tanpa campur tangan pihak lain). Sekarang baru sejarawan mereka tahu Yunani belajar daripada Mesir.

Kata Osman ilmu-ilmu hikmah lama turut diperolehi daripada ajaran Nabi Idris AS yang dikenali sebagai Enoch. Dalam tradisi Islam disebut bahawa Allah SWT telah menunjukkan isi seluruh alam kepada Idris dan bagaimana ia berfungsi. Lalu Idris juga dikenali sebagai  Abul Hukama, bapa kepada semua ahli hikmah atau para pendita.

Disebut bahawa satu kumpulan intelektual silam Islam dipanggil Ikhwan as-Safa juga menganggap diri mereka sebagai murid Pythagoras. Kata Osman matematik adalah bahasa khas agama. Disebut pula tentang minat Al-Farabi terhadap ajaran dan pemikiran Plato and Aristotle. Tentang  ulamak tersebut mengikuti cara ajaran Aristotle yang menerbitkan sekolah pemikiran atau aliran Mashaikh dalam dunia Islam telah disebut banyak kali oleh Osman dan ini ada ditekankan dalam buku. 

Walaupun Al-Ghazzali (turut dibincangkan dalam buku, hidup 1058-1111 M) mengkritik ajaran dan pemikiran Aristotle beliau percaya tokoh besar Yunani itu tetap percaya pada Tuhan yang Satu. Aristotle  berguru dengan Plato, Plato dengan Socrates. Tentunya ada unsur-unsur sama dalam kepercayaan teras mereka. 

Osman pun bercerita tentang kematian Socrates akibat dijatuhkan hukuman bunuh. Kata beliau setiap kali satu masyarakat itu mula menyembah berhala Tuhan akan hantar seorang Nabi untuk membetulkannya. Masyarakat Yunani zaman itu percaya kepada banyak tuhan ataupun dewa terutama 12 paling besar bawah apa yang dikenali sebagai Greek Pantheon.  Dewa-dewa ini juga dikenali sebagai 12 Olympian. Kepercayaan terhadap mereka menjadi agama rasmi negara. Ketua mereka dikatakan Zeus, bapa kepada dewa-dewa.

Datang Socrates bercakap melawan sistem dan negara. Beliau yang selalu mengadakan kelas untuk orang muda dihadapkan ke mahkamah atas 2 tuduhan :-


1- Merosakkan pemikiran anak muda Athens (kota utama Yunani)

2. Menyebar Assabiah (ya, ini perkataan Yunani). 


Kata Osman beliau tidak terperanjat jika perkataan Arab Assobiyah  datang daripada situ kerana membawa maksud yang sama iaitu kepercayaan bersifat sekterian atau berpecah-belah. Socrates didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh.

Kata Osman, kalau bagi orang Islam ini adalah mati Syahid kerana mempertahankan Tuhan yang Satu. Socrates menyebarkan ajaran Tauhid. Hal ini sama seperti di Tanah Arab di mana Nabi Muhammad SAW membawa ajarah Tuhan yang Satu menentang bangsa Arab yang sedang menyembah 360 tuhan ataupun dewa.

Banyak lagi perkara berkenaan dipanjangkan tetapi biar ditambah beberapa ini sahaja. Apakah Socrates adalah seorang nabi (merujuk pada hakikat bahawa 124,000 orang nabi telah diutuskan bagi pelbagai umat, yang kita wajib tahu cuma 25)? Kata Osman kita tidak tahu. Yang pasti beliau memang seorang hukamah/ahli hikmah ataupun pendeta. Setiap nabi adalah hukamah. Tetapi tidak setiap hukamah adalah nabi.

Ditanya tentang kepercayaan sesetengah pihak bahawa Socrates adalah Lukmanul Hakim yang disebut dalam Al-Quran kata Osman cuba siasat dahulu ciri-cirinya. Lukmanul Hakim diketahui memliki seorang anak laki-laki yang selalu dinasihatinya. Apakah Socrates begitu ceritanya?

Penulisan yang dibuat di ISTAC ini dimulakan jam 6.20 petang. Kini sudah jam 7.50 sedangkan jam 8.15 saya mahu mengikut satu syarahan bersiri yang diadakan 2 minggu sekali. Cukuplah perkongsian ya. Selamat malam.


Iqra' sebagai asas ketamadunan Islam

$
0
0
Dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Socrates... nabi atau hukamah? yang dipersembahkan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam)  Jumaat malam Sabtu ada disebut bahawa sekali lagi saya akan bermalam di ISTAC bagi memudahkan mengikut majlis-majlis ilmu. Malam itu ada satu syarahan bersiri, esoknya pagi ada majlis akademik tentang keris. Sekarang biar dikongsikan cerita tentang syarahan tersebut.


Syarahan adalah yang ke-10 dalam siri "The Eternal Messages of Islam and Its Civilisation".  ("Pesan  Abadi Islam dan Tamadunnya"). Tajuk kecilnya "The Genesis of Islamic Civilisation" boleh diterjemahkan sebagai "Asal Usul Tamadun Islam : Asas Ideologinya di Mekah". Ini adalah sambungan bagi syarahan sebelumnya 2 minggu lalu. Syarahan terdahulu itu bercakap tentang sejarah spiritual Mekah daripada zaman Nabi Adam AS membawa ke zaman Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS sehingga mencapai suatu macam kesempurnaan pada zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Lihat Kesucian dan kekotoran dalam sejarah spiritual Mekah : Muhammad dan kemenangan tamadun monoteistik.


Syarahan dimulakan dengan mengulangi beberapa konsep yang pernah disebut Osman dalam syarahan-syarahan terdahulu. Antaranya adalah antropologi spiritual berbanding antropologi biasa seperti difahami Barat yang cuma mengkaji dimensi fizikal atau zahir sahaja. Oh. Konsep ini saya pertama kali dengar disebut beliau melalui satu siri syarahan lain setiap petang Rabu. Lihat artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tentang wahyu lebah dan antropologi spiritual yang dipersembahkan tepat sebulan lalu. Satu lagi konsep besar disebut adalah theomorphic man iaitu manusia sebagai makhluk yang boleh menzahirkan sifat-sifat keTuhanan dalam diri. Bukanlah ia bermaksud manusia menjadi Tuhan sebaliknya manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi lalu pada dasarnya memiliki sifat-sifat keTuhanan tetapi pada skala kecil yang bersesuaian (mikro berbanding makro). Hal ini pernah dipanjangkan dalam artikel Seluruh alam yang boleh terbayang dalam diri manusia dan hati tempat 'bertakhtanya' Tuhan lebih 2 bulan lalu.


Konsep-konsep ini penting untuk memahami peranan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dalam membawa agama Islam. Sebelum itu harus ditekankan bahawa setiap nabi dan rasul sejak zaman manusia pertama iaitu Nabi Adam AS membawa ajaran Tauhid dan Islam. Tauhid merujuk pada penyembahan terhadap Tuhan yang Satu dan bagaimana kita mengEsakanNya. Islam berbalik pada kata asalnya Salam yang membawa makna aman dan penyerahan. Yang berbeza adalah cara mengzahirkan ajaran. Inilah yang dipanggil sebagai Syariah lalu boleh berbeza menurut keadaan zaman dan tempat.

Menurut Osman diri Nabi Muhamad SAW itu sendiri menggambarkan Tauhid. Ini boleh dilihat pada kalimah Lailahaillallah Muhammadarrasulullah. Kalimah pertama (Lailahaillallah yang membawa maksud tiada ilah iaitu yang disembah kecuali Allah) adalah pernyataan Tauhid yang boleh dikatakan bersifat teoritikal dan dalaman. Kalimah kedua (Muhammadarrasulullah yang membawa maksud Muhammad pesuruh Allah) adalah penzahiran atau unsur praktikal bagi pemahaman Tauhid itu.


Dalam konteks ini Nabi Muhammad SAW membawa Islam 'yang terbaru' (menyeluruh bagi seluruh alam dan terpakai sehingga akhir zaman). Asas penerimaan adalah keadaan Mekah pada zaman baginda, maka itu sejarah spiritual Mekah ditekankan pada syarahan sebelum ini dalam siri (rujuk kembali Kesucian dan kekotoran dalam sejarah spiritual Mekah : Muhammad dan kemenangan tamadun monoteistik). Selama 13 tahun di Mekah baginda menerima wahyu lalu mengembangkan ajaran dalam keadaan harus berhadapan dengan penentangan Arab Jahiliyah yang menyembah berhala. Dalam tempoh waktu ini ayat-ayat yang diturunkan semuanya menekankan Tauhid tetapi daripada pelbagai aspek. Belum ditekankan aspek-aspek hukum, ketatanegaraan, mualamat (jual beli) dan sebagainya seperti halnya setelah berhijrah ke Madinah.


Asas yang paling asas adalah wahyu pertama yang diterima di Gua Hira' dekat puncak bukit/gunung Jabal Nur. Inilah kali pertama setelah dewasa (baginda berumur 40 tahun ketika itu) bersua dengan malaikat Jibril (Barat menyebutnya sebagai Gabriel) lalu melihatnya dalam bentuk yang memenuhi seluruh pandangan mata sebelum menzahirkan diri dalam bentuk menyerupai manusia. Saya sebut pertama kali kerana seingat saya baginda pernah bersua dengan Jibril ketika zaman kanak-kanak tetapi tidak begitu menyedari apa yang berlaku. Seingat saya (betulkan kalau tersilap) ketika itulah baginda dibawa ke satu tempat lalu dibelah dada dan isinya dicuci dengan air zamzam. 

Osman tidak menyebut hal ini tetapi saya harus menyebutnya kerana teringat ketika menulis perenggan tadi. Oh. Terasa ingin berkongsi bahawa alhamdulillah saya sudah 2 kali berpeluang bersolat dan beramal di Gua Hira'. Lihat artikel lama Umrah 2005 - Akhirnya Jabal Nur dan Gua Hira... diikuti Ziarah dan umrah 2013 - Ke Hudaibiyah sebelum bermalam di Gua Hira' dan Ziarah dan umrah 2013 - Keseronokan berada lama di Gua Hira' dan Jabal Nur. Berbalik pada apa yang disebut Osman. Wahyu pertama diterima baginda Rasulullah SAW adalah 5 potong ayat bermula dengan perkataan Iqra'...



Umum tahu ini adalah 5 ayat pertama dalam Surah al-Alaq. Di atas adalah ayat-ayat daripada surah ke-96 Al-Quran itu. Perkataan paling awal turun dalam bentuk wahyu iaitu Iqra' membawa makna baca. Umumnya kita disuruh membaca kitab terutama Al-Quran dan sebagainya. Tetapi baca juga membawa makna dapat mengambil manfaat, menafsirkan pergerakan alam, menduga suatu keadaan dan perubahan. Misalnya dengan melihat keadaan langit kita boleh 'membaca' hari akan hujan.

Osman mengingatkan kembali bagaimana seluruh alam ini boleh dibaca sebagai ayat-ayat Allah. Rujuk artikel Pesanan keTuhanan dalam Buku Alam Semulajadi : Penciptaan sebagai Wahyu yang dipersembahkan hampir sebulan setengah lalu. Disebut bahawa seruan Iqra' atau membaca dalam ayat pertama wahyu disertakan dengan nama Tuhan yang mencipta. Maka kita harus membaca dalam keadaan sedar hakikat Tuhan menciptakan segala sesuatu.

Ayat kedua saya lihat tidak dikupas Osman tapi kita harus sedia faham ia merujuk pada hakikat penciptaan zahir manusia yang merupakan makhluk berdaging dan berdarah (made from flesh and blood). Ayat ketiga pula cuma ditekankan perkataan Akram (kerana Iqra' pada awal ayat sudah diulas dan dipanjangkan). Terjemahan dalam bahasa Melayu menyebut ini sebagai pemurah. Osman menterjemahkan dengan perkataan bahasa Inggeris bountiful yang boleh dikatakan pemurah juga. Faham saya bounty ni seperti ada banyak hasil, hadiah. Bountiful bermakna ada begitu banyak hasil, hadiah yang boleh diberikan. Jadi memang pemurah le...

Ayat keempat diulas perkataan Qalam. Apa itu Qalam? Bahasa mudahnya adalah pen, pena, alat tulis.  Ini boleh merujuk pada kitab bertulis lalu kita dapat membaca lalu belajar daripadanya. Tetapi ia boleh juga ditafsirkan sebagai pernyataan. Qalam adalah alat pernyataan seperti halnya seluruh takdir makhluk, qada' dan qadar dikatakan sudah tertulis dengan Qalam di Loh Mahfuz entah dalam bentuk apa (contoh saya ini). Yang penting faham apakah konsep besar Qalam. Maka kita harus mengambil pelajaran daripadanya.

Ayat kelima seingat saya tidak diulas Osman, Mungkin kerana sedia boleht difahami dalam konteks Qalam tadi. Apapun Osman mengatakan bahawa 5 ayat inilah yang menjadi asas ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Sesuai dengan tajuk kecil syarahan iaitu " Asal Usul Tamadun Islam : Asas Ideologinya di Mekah" perkataan pertama iaitu Iqra' boleh dikatakan asas bagi ketamadunan Islam.



Teknologi pembuatan keris dalam Al-Quran - Apakah yang tersurat dan tersirat?

$
0
0
Masuk cerita majlis tentang keris yang dihadiri di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pagi Sabtu. Bersambung daripada artikel Iqra' sebagai asas ketamadunan Islam.


Dalam artikel Berceloteh tentang bermalam di ISTAC sebelum menyusuri kaitan Parsi dalam sejarah Islam China yang dipersembahkan Selasa lalu ada disebut - Sudah menjadi kebiasaan atau boleh dikatakan keistimewaan di ISTAC tiba-tiba boleh muncul suatu majlis ilmu tak dirancang. Keadaan ini ibarat hari ni bagi cadangan lusa dah jadi majlis. Ini bergantung pada kelapangan dan ruang juga pembicara/pensyarah yang dicadangkan berserta topik. Sudah beberapa kali berlaku seseorang ahli akademik dari luar datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan lain. ISTAC dapat tahu lalu terus hubungi dan ajak berikan syarahan.  Setelah mendapat persetujuan dan komitmen terus keluar poster dengan tajuk itu ini. Tahu tahu je dah jadi majlis.

Majlis yang ditunjukkan dalam poster atas muncul dalam keadaan serupa. Cuma pembentang utamanya bukan orang luar tetapi seorang pelajar berusia yang memegang jawatan presiden Persatuan Pelajar ISTAC (ISTACSS). Menariknya ia diwar-warkan tak sampai seminggu selepas replika keris gergasi di bulatan utama kampus besar UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak dicabut lalu dialih ke tempat lain untuk memberikan laluan kepada replika baru berbentuk rehal dan kitab. Untuk pengetahuan UIAM adalah badan yang menaungi ISTAC. 


Buat suatu masa iaitu daripada tahun 2018 hingga awal 2019 ISTAC pernah menjadi singkatan bagi nama baru International Institute of Islamic Thought and Malay World (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Dunia Melayu). Hal ini menarik beberapa orang aktivis yang mahu mengangkat hal-hal Melayu termasuk saya untuk menyambung pengajian peringkat pasca-siswazah di ISTAC. Pengalihan replika keris dilihat seperti memandang rendah lambang kebanggaan Melayu. Pembentang yang merupakan sahabat baik saya dalam dunia persilatan dan busana Melayu tradisional malah mengaku bahawa majlis diadakan sebagai reaksi kepada pengalihan keris itu. 

Pada beliau mereka yang memandang remeh lambang keris atau menuduh ia sebagai bersifat asobiyah Melayu tidak faham bahawa itulah lambang keTauhidan bagi orang Melayu. Tidak lama kemudian dikeluarkan poster baru yang kelihatan lebih jelas hendak menjawab kedudukan keris berbanding kitab. Ditambah sekali bahawa mahu diadakan perbincangan tentang satu majlis dipanggil Seloka Keris Kedah. Ini adalah susulan daripada kejayaan satu majlis sebelumnya yang mana sahabat tersebut adalah antara penggerak utama. Lihat artikel Seloka 1000 Keris - Satu majlis baru yang layak dijadikan acara tahunan negara yang dipersembahkan hampir 3 minggu lalu.


Saya pula lebih terbuka dalam menanggapi hal replika keris dialih itu. Pada saya tiada masalah ia digantikan dengan rehal dan kitab apa lagi itu memang ada pada lambang dan logo UIAM. Yang mengguris hati adalah apabila ada menyatakan kepada umum bahawa pengalihan itu melambangkan 'kemenangan' kitab terhadap keris. Walaupun saya bersetuju kitab lebih utama sebagai lambang bagi sebuah institusi pengajian tinggi antarabangsa yang mengatasnamakan ilmu tak perlulah dibuat kenyataan sebegitu rupa. Pada saya mungkin ini akibat keris sering dikaitkan dengan satu parti politik Melayu. Namun hakikatnya ia sebenarnya adalah satu lambang jiwa dan bangsa yang sangat bermakna bagi semua orang Melayu yang faham tak kira apakah kecenderungan politiknya.


Halnya inilah yang mahu ditegaskan oleh pembentang iaitu Tengku Ahmad Ridhaudin (kiri dalam gambar). Beliau sedang membuat tesis PhD tentang keris di ISTAC.


Beliau yang percaya keris adalah lambang keTauhidan bagi orang Melayu mahu menceritakan kehebatan keris melalui teknologi pembuatannya. Menurut beliau teknologi ini ada disebut di dalam Al-Quran lalu terkait dengan saranan dalam kitab jua.


Dikongsikan dahulu beberapa hal teknikal seperti jenis-jenis besi dan suhu pada mana ia boleh lebur lalu mudah dibentuk.


Ditunjukkan kedudukan beberapa jenis logam terutama Manganese dan Ferum (yang ini besi asli menurut ilmu kimia) dalam jadual yang kelihatan. Teringat ini ada saya pelajari semasa kelas kimia di Sekolah Menengah Sains Johor lebih 30 tahun lalu.


Diterangkan tentang jenis-jenis batu besi yang boleh ditemui secara semulajadi.


Batu-batu besi ini turut mengandungi bahan-bahan lain lalu perlu melalui beberapa proses melibatkan peleburan pada suhu-suhu tertentu sebelum dapat dijadikan besi semurni mungkin yang berguna kepada manusia.


Maka teknologi penghasilan besi melalui alatan lama yang terdapat di Sungai Batu, Kedah, tamadun yang didapati telah wujud seawal abad ke-8 Sebelum Masihi dirujuk...





Teknologi di Kedah yang sudah berusia 2,800 tahun itu didapati sama dengan teknologi pemprosesan besi masa kini. Cuma skalanya berbeza.


Di Sungai Batu relau-relau kecil digunakan dengan jumlah yang banyak untuk menghasilkan besi berbanding zaman sekarang di mana satu relau besar boleh melalukannya. Menurut Tengku Ahmad atau juga dipanggil sebagai Ku Din ini disebabkan dahulu teknologi blower atau alat peniup untuk menaikkan suhu api sehingga dapat mencapai tahap lebur besi tidak secanggih kini. Alatan dahulu kecil dan tidak kuat kuasa mampatan sehingga memerlukan 7 hari 7 malam untuk relau mencapai suhu lebur sekitar 1,500 Celsius berbanding 3-4 jam kini.


Ditunjukkan pula contoh-contoh pisau zaman dahulukala Eropah yang kelihatan memiliki ciri-ciri seperti keris.


Kata Ku Din ada yang didapati atau dibuat pentarikhan sudah wujud sejak tahun 1750 Sebelum Masihi (1,000 tahun lebih awal daripada Sungai Batu).







Namun kesan teknologi-teknologi ini di Eropah tidak lagi ditemui. Yang ada cuma barang yang sudah terhasil. Tidak seperti di Sungai Batu di mana ditemui relau, alat-alat peniup malah bijih-bijih besi pada skala yang besar menunjukkan wujudnya industri besi...



Ditunjukkan pula kajian moden telah mendapati begitu banyak jenis besi digunakan dalam pembuatan suatu bilah keris Melayu.





Hal ini menunjukkan teknologi tinggi dalam menghasilkan keris...


Disebut pula langkah-langkah pembuatan keris.


Oleh kerana keris sudah wujud di Alam Melayu sebelum Nabi Muhammad SAW diutus sebagai rasul akhir zaman sekitar 1,400 tahun lalu maka Ku Din percaya ia terkait dengan ajaran Tauhid rasul-rasul sebelum itu.


Ditegaskan keris sebagai pakaian ketamadunan orang Melayu bukannya senjata. Walaupun boleh digunakan sebagai senjata itu sebenarnya bukan fungsi utama. Sesungguhnya kaki tangan kita pun malah kain biasa pun boleh digunakan sebagai senjata walaupun itu bukan fungsi asalnya.


Tentang keris sebagai pakaian dikaitkan dengan satu ayat Quran yang sering diterjemahkan sebagai Nabi Daud diajar membuat baju-baju besi untuk menjaga keselamatan keluarga dan sebagainya. Pada Ku Din ia bukan membawa maksud sekadar baju tetapi pakaian. Lalu boleh dikaitkan dengan keris sebagai pakaian diri.


Sesungguhnya senjata untuk mempertahankan diri hanya disebut sedikit sahaja dalam Al-Quran. Itupun diingatkan supaya jangan menceroboh atau memulakan perang.


Diulas pula cerita tentang tokoh besar bernama Zulkarnain diminta membina tembok bagi menghalang makhluk perosak Yakjuj dan Makjuj.


Dikaitkan dengan kisah penggunaan besi dalam Surah al-Hadid (Hadid itu selalu diterjemahkan sebagai besi)


Masuk pula bab manusia dibangkitkan selepas mati. Menurut Ku Din ini boleh juga merujuk pada cara besi 'dihidupkan' daripada batu besi.








Kembali pada hal baju besi dibuat oleh Nabi Daud AS. Kali ini disebut bahawa ia harus sesuai dengan badan (seseorang). Dikaitkan dengan bagaimana suatu keris itu harus dibuat sesuai dengan pemakainya...


Sebetulnya cara melompat-lompat mengaitkan besi dan pembuatan keris Melayu ini saya lihat belum cukup mantap untuk dihadapkan kepada para akademik. Nasib baik kebanyakan yang datang adalah ahli persilatan yang lebih mudah menerima perkara-perkara mistik.





Tak mengapa. Ini boleh diperbaiki. Yang jelas Ku Din mahu menunjukkan cara pembuatan besi dan cara ia dijadikan sebagai 'baju' (pakaian) boleh dikaitkan dengan pembuatan keris Melayu dengan kewujudan industri purba pembuatan besi di Sungai Batu sebagai bukti bahawa kita sudah menguasai ilmu tersebut sejak sekian lama. Dan teknik sama masih dipakai dalam pembuatan keris sehingga ke hari ini.



Amerika Syarikat menjadi kuasa dunia dengan 'pertolongan' Alam Melayu - Satu kisah lama yang mendunia bermula di Aceh

$
0
0
Salam petang Selasa 26 November 2019 bersamaan 29 Rabiulawal 1441 Hijriah. Menurut tarikh 'Omputih' 26 November hari ini genaplah umur saya 49 tahun. Tetapi menurut kiraan Hijriah umur saya sudah menghampiri 51 kerana masuk 50 pada 27 Ramadhan 1440 H iaitu sudah setengah tahun lalu. Apapun hari ini terasa elok dipersembahkan artikel ke-1,881 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Satu lagi perkongsian daripada tempat saya sedang menyambung pengajian pasca-siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.


Majlis kali ini adalah edisi November bagi diskusi bulanan buku yang telah diadakan di ISTAC sejak Januari 2019. Tajuk buku yang mahu dibincangkan "America' Encounters with Southeast Asia, 1800-1900 : Before the Pivot" boleh diterjemahkan sebagai "Pertemuan Amerika dengan Asia Tenggara, 1800- 1900 : Sebelum berlaku 'Paksi'". Perkataan Pivot yang saya terjemahkan sebagai 'Paksi' merujuk pada polisi Amerika terhadap timur Asia pada zaman Presiden Obama (presiden ke-44 Amerika, memegang pentadbiran 2009 to 2017). Ini merupakan perubahan dasar yang menyaksikan lebih banyak pelaburan Amerika mengalir ke Asia Tenggara dan negara-negara berdekatan China berbanding Timur Tengah (negara-negara Arab) dan Eropah sebelum itu.


Kalau ikutkan pada hakikat bahawa sudah berapa banyak kali berturut-turut saya menghadiri majlis-majlis ilmu di ISTAC elok kali ini berehat apa lagi badan tak berapa sedap. Minggu lalu sahaja sampai 2 kali bermalam di masjid ISTAC supaya senang menghadiri majlis termasuk satu di Muzium Negara. Selepas menghadiri pula terasa wajib untuk berkongsi cerita secukup rasa. Lihat artikel-artikel berikut :-









Yang disenaraikan di atas ini adalah daripada majlis-majlis yang dihadiri daripada Isnin lalu sehingga Sabtu baru ini. Kalau campur majlis-majlis dalam tempoh sebulan kebelakangan ada 15 telah dihadiri kesemuanya lalu dikongsikan cerita. Daripada jumlah itu 11 majlis adalah di ISTAC 40 km dari rumah saya. Yang lain terletak lebih jauh, paling jauh di USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) hampir 100 km dari rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor. 


Jadi tidak hairanlah jika saya sering terasa tidak sedap badan dan kepenatan. Nak ke majlis kena bergerak 40 km atau lebih kemudian perlu mencerna ilmu. Selepas mencerna perlu menulis pula. Belum campur hal-hal lain termasuk urusan rumahtangga. Tetapi memikirkan bahawa pada pagi Selasa 26 November (tadi) anak-anak mahu disunatkan lalu buat beberapa waktu harus menjaga mereka biar saya bergegas ke ISTAC pagi Isnin semalam 25 November. Ini kerana ada kemungkinan saya tidak boleh keluar jauh daripada kawasan rumah sehingga 2 minggu akan datang. Cuma Rabu esok 27 November sahaja akan ke UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) di Tanjung Malim kerana sudah lama berjanji akan menghadiri satu majlis. Untuk itu isteri sanggup menukarkan cuti anak bersunat (dapat 1 hari sahaja, sepatutnya hari ini ) kepada esok supaya beliau boleh memerhati.


Jam 10.24 saya memasuki bilik majlis lalu mendapati ramai sudah menunggu. Oleh kerana Sheikhul Qulliyah ISTAC iaitu Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar belum muncul saya pun keluar sebentar ke pejabat di tingkat atas untuk menyelesaikan satu urusan akademik.


Jam 10.28 masuk kembali ke bilik lalu mendapati Osman sedang menyebut tentang diskusi buku. Katanya ada beberapa sesi diskusi buku telah dilakukan kebelakangan ini di ISTAC tetapi bukan dalam kalendar bulanan. Misalnya diskusi pada pagi Selasa minggu lalu. Lihat Pelancaran pembacaan baru Hikayat Raja Pasai oleh Timbalan Perdana Menteri.  Yang bulanan cuma ada satu sahaja bagi setiap bulan dan ini termasuk  pada pagi semalam. Berikut adalah diskusi bulanan yang sempat saya hadiri lalu tuliskan cerita :-







6. Melihat balik makna 'Atas Angin' dan perkara-perkara berkaitan


Osman kemudian memperkenalkan penulis buku untuk diskusi kali ini iaitu Profesor Madya Dr Farish A Noor daripada Nanyang Technological University, Singapura. Oleh kerana ia adalah tentang pertemuan Amerika Syarikat (AS) dengan Asia Tenggara disebutlah tentang AS pernah membeli Filipina daripada kerajaan Sepanyol dengan harga $20,000. Semakan di Internet menunjukkan ini berlaku tahun 1898 sebagai susulan daripada perang AS dengan Sepanyol di Amerika Utara. Untuk pengetahuan Sepanyol pernah menjadi salah satu kuasa Eropah yang terkuat di dunia bermula abad ke-16 Masihi. Ia pernah menguasai sebahagian besar benua Amerika Utara dan Amerika Selatan sebelum kekuasaannya merosot lalu empayarnya jatuh.

Namun semakan juga menunjukkan Filipina sebenarnya dibeli oleh AS pada harga $20 juta matawang Sepanyol melalui Perjanjian Paris 1898 yang mana beberapa jajahan lain Sepanyol iaitu Guam dan Puerto Rico dilepaskan sekali kepada AS. Apapun yang hendak ditekankan Osman adalah bagaimana ramai cuma tahu sejarah penglibatan Amerika di Asia Tenggara paling awal pun ketika Filipina dikuasai. Sedangkan ada sejarah lebih awal lagi seperti ditunjukkan dalam buku. Disebut juga bahawa bermula tahun 2020 Farish akan menjadi visiting professor (profesor melawat) di ISTAC. Atas kapasiti ini beliau akan memberikan syarahan sekurang-kurangnya sebulan sekali.


Jam 10.35 Farish memberikan penerangan tentang buku dengan menyatakan bahawa banyak sejarah penglibatan Amerika di Asia Tenggara telah dipadamkan oleh kuasa-kuasa penjajah dari Eropah. Mereka inilah yang kemudiannya menulis kembali sejarah rantau ini menurut kaca mata mereka. Kata beliau buku yang sedang dibincangkan ini adalah ke-2 dalam satu siri trilogi untuk melihat kembali sejarah Asia Tenggara. Disebutlah bahawa ketika kuasa-kuasa penjajah (dari Eropah, disebut sebagai colonial powers) datang tidak terfikir pun dalam benak mereka kita semua akan merdeka suatu hari nanti.

Orang Amerika pula melihat daripada kacamata yang berlainan kerana mereka sendiri pernah dijajah oleh British 1607-1783. Disebabkan pengalaman itu mereka tidak mahu menjadi kuasa yang menjajah. Tidak seperti kuasa-kuasa Eropah mereka datang dalam keadaan yang lebih 'rendah diri' kerana asalnya cuma mahu berdagang terutama bagi mendapatkan bekalan lada hitam.  Namun untuk kapal-kapal mereka sampai ke sini harus melalui negeri-negeri dan pelabuhan yang dikuasai oleh negara-negara empayar Eropah seperti Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Hal ini kemudian membawa kepada perubahan sikap yang menyaksikan mereka juga nanti menjadi kuasa imperial dunia.

Kata Farish beliau telah membuat kajian terhadap buku-buku dan laporan akhbar di Amerika bagi tempoh masa yang berkenaan lalu memasukkannya ke dalam buku beliau. Tarikh kemunculan terawal AS di Asia Tenggara yang tepat tidak jelas. Yang nyata mereka sudah berdagang buat suatu masa sebelum berlaku agresi atau pencerobohan pertama terhadap suatu penempatan di Alam Melayu (saya lebih suka perkataan ini berbanding Asia Tenggara). Pada tahun 1832 mereka telah menyerang pelabuhan Kuala Batu di pantai barat utara Pulau Sumatera. Ia adalah salah satu pelabuhan dalam kerajaan Aceh. 

Kuala Batu adalah salah satu pelabuhan utama bagi perdagangan lada hitam di Alam Melayu. Pada waktu itu laluan perdagangan kapal-kapal Amerika adalah dari pantai timur AS menyeberangi Lautan Atlantik menyusuri pantai barat Afrika ke selatan sebelum naik ke utara menyusuri pantai timur benua membawa ke hujung Semenanjung Arab terus ke perairan Parsi dan Hindi. Oleh itu memang Aceh adalah wilayah pertama dalam Alam Melayu ditempohi daripada arah itu. Dalam tempoh waktu tersebut berlaku kemerdekaan Mexico daripada Sepanyol (tahun 1821). 

Mexico ketika itu lebih besar daripada hari ini lalu menggelarkan dirinya sebagai empayar. Kemudian berlaku perang Amerika-Mexico (1846-1848) yang dimenangi oleh AS. Tahun 1850 wilayah California (dahulunya milik Sepanyol kemudian Mexico) yang memanjang di pantai barat Amerika Utara jatuh ke tangan US. Terbukalah laluan perdagangan terus menyeberangi Lautan Pasifik membawa kepada Kepulauan Filipina sebagai wilayah pertama ditemui di Alam Melayu.


Kelihatan dalam gambar Profesor Emeritus Datuk Muhammad Abu Bakar, fellow kajian ISTAC yang menjadi satu-satunya pengulas buku. Katanya buku tulisan Farish itu memberikan satu penglihatan yang jarang sekali (rare insight) terhadap sejarah Amerika. Cuma beliau menegur tentang kurangnya konteks pengenalan atau latar belakang perkara bagi pembaca biasa. Menurut beliau buku ini memerlukan orang yang sudah memiliki cukup pengetahuan latar belakang sejarah Amerika untuk memahaminya dengan baik. Tanpa latar belakang itu boleh jadi susah untuk membaca.

Berbalik pada hal perubahan sikap AS terhadap Asia Tenggara. Sudah disebut dahulu mereka lebih 'merendah diri' kerana pengalaman pernah dijajah British. Perdagangan lada hitam yang diambil dari pelabuhan-pelabuhan Aceh telah menjadikan pedagang mereka kaya raya. Kata Farish Salem di pantai barat AS pernah menjadi bandar terkaya di Amerika kerana menjadi pusat bekalan lada hitam ke seluruh negara.  

Namun sejak sekian lama kapal-kapal mereka harus melalui negeri-negeri dan pelabuhan yang dikuasai oleh negara-negara empayar Eropah seperti Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Atas faktor keselamatan untuk menyokong aktiviti dagang AS mula membina angkatan laut yang kuat lalu menguasai pelabuhan-pelabuhan tertentu. Secara rata Farish percaya bahawa AS naik menjadi kuasa besar dunia akibat perdagangan dengan Asia Tenggara (Alam Melayu). Pengalaman dan keperluan dalam berdagang membawa ia untuk membina kekuatan demi kekuatan sehingga muncul sebagai satu kuasa dunia hinggalah ke hari ini. 

Daripada pihak yang 'rendah diri' ia bertukar menjadi kuasa sombong seperti halnya sekarang. Apapun ini menunjukkan betapa pentingnya Asia Tenggara dalam sejarah dunia. Oleh itu sudah sampai masanya sejarah kita dilihat dalam konteks yang lebih besar, bukan sekadar sejarah tempatan yang boleh dikatakan bersifat 'kekampungannya' sahaja. Lebih banyak kajian dan penulisan harus dibuat agar kita (Alam Melayu ini) dapat dimasukkan ke dalam sejarah perdana dunia.


Nota : Semakan di Internet menunjukkan perdagangan lada hitam Amerika yang berpusat di bandar Salem bermula seawal tahun 1654 apabila satu rombongan pedagang dihantar ke Aceh pada tahun itu. Tujuannya adalah untuk memecahkan monopoli Eropah dalam perdagangan bahan itu. Cuma ketika itu negara yang bernama Amerika Syarikat belum lagi wujud. AS secara rasmi cuma wujud apabila 13 negeri jajahan takluk British bergabung lalu membuat perisytiharan kemerdekaan 4 Julai 1776. Ini disusuli dengan peperangan yang memanjang sehingga kemenangan AS tahun 1783. Selepas itu baru ia boleh berkembang untuk menjalankan perdagangan atas nama AS.

Berikut adalah sedutan berkenaan tentang perdagangan lada hitam melibatkan Aceh. Selebihnya boleh dibaca di sini...


Almost two hundred years of lucrative pepper trading ended for the city of Salem on this day in 1846, when the brig Lucilla entered the harbour carrying the last bulk cargo of pepper.

The Salem pepper trade began with a man called Elihu Yale. Yale was born in Massachusetts but was taken to England at the age of three years, never to return to America. He made his fortune working for the East India Company in its heyday, and a large part of his success was the establishment of the pepper trade out of the port of Salem. In 1654 he sent representatives to Aceh in northern Sumatra in 1654, with the aim of breaking the European monopoly of the lucrative spice trade.

The venture was successful almost beyond the dreams of avarice. In 1806 one single consignment of five hundred tons of pepper was valued at over one million pounds. As an acknowledgement of the source of its wealth, the seal of the City of Salem still bears an image of an Achenese person in traditional dress. On a different scale altogether, as an acknowledgement of his financial backing, a college back in the country of his birth, in New Haven, Connecticut, would be re-named in Elihu Yale’s honour.


Merajut kesinambungan pemikiran Za'aba

$
0
0
Salam malam Jumaat 28 November 2019. Adapun siang tadi dah masuk tarikh 1 Rabiulakhir dalam kiraan Hijriah. Malam ni dah 2 Rabiulakhir. Merujuk pada artikel ke-1,881 di blogspot ini iaitu Amerika Syarikat menjadi kuasa dunia dengan 'pertolongan' Alam Melayu - Satu kisah lama yang mendunia bermula di Aceh yang dipersembahkan petang Selasa. Disebut  bahawa ada kemungkinan saya tidak boleh keluar jauh daripada kawasan rumah sehingga 2 minggu akan datang kerana harus memerhatikan anak-anak yang baru bersunat pagi itu. Cuma Rabu 27 November sahaja (semalam) mahu ke UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) di Tanjung Malim kerana sudah lama berjanji akan menghadiri satu majlis. Ini cerita tentang majlis tersebut.


Sampai waktunya pagi Rabu 27 November 2019 saya pun bergegas ke UPSI lebih 45 km ke arah utara dari rumah.


Saya keluar lewat kerana hal tertentu. Sampai ke UPSI pula harus mengambil masa untuk mencari lokasi  tepat majlis iaitu Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning di UPSI lalu masuk jam 10.16 pagi.


Ketika menerima makluman awal tentang majlis sebulan dua lalu ia dikatakan bermula jam 10. Makluman kemudian menyebut ia bermula jam 9.


Dah sampai baru dapat atur cara penuh menyebut jam 9 itu adalah untuk pendaftaran peserta kemudian menunggu para jemputan sampai. Acara baru boleh dikatakan bermula jam 9.30 dengan pembukaan diikuti ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran. Selepas itu baru ucapan perasmian oleh tokoh yang kelihatan dalam gambar. Ketika saya sampai itu kedengaran beliau menyebut tentang institusi pengajian tinggi seperti UM (Universiti Malaya) dikenali kerana ketokohan Ungku Aziz (Profesor Diraja), UIA (Universiti Islam Antarabangsa) disebabkan Ahmad Ibrahim (Tan Sri Profesor Emeritus). Harapan beliau UPSI juga dapat naik dengan tokoh-tokoh sebegitu. 

Kelihatan perasmi majlis, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, UPSI iaitu Profesor Emeritus Dato' Paduka Dr Mahmood Zuhdi begitu segak berbusana Melayu tradisional. Walaupun tidak mendengar beliau menyebutnya saya percaya harapan itu juga merujuk kepada hakikat bahawa UPSI pernah memiliki seorang tokoh hebat yang sangat besar namanya iaitu Pendeta Za'aba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Bin Ahmad. Kini muncul seseorang yang dikenali sebagai pejuang bahasa alaf baru untuk menerajui perjuangan atas nama tersebut.


Di sini tidaklah ingin saya memanjangkan hal Za'aba yang hidup 1895-1973. Maklumat tentang beliau boleh dicari dengan mudah di Internet. Yang mahu dinyatakan adalah majlis ini adalah untuk meraikan pemegang terbaru Kursi Za'aba iaitu Profesor Datuk Dr Awang Sariyan. Ia adalah satu Kursi kecendekiawanan bahasa dan peradaban Melayu atas nama Za'aba yang telah diwujudkan sejak tahun 2000.


Secara rasminya Awang telah menjadi pemegang ke-4 Kursi tersebut bermula 1 Julai 2019. Sebelum itu beliau adalah ketua Unit Tamadun Melayu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam) lalu pernah menjadi guru saya dalam subjek berkenaan. Sebelum itu pula beliau adalah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lebih awal daripada itu beliau pernah menjadi profesor yang mengembangkan pengajian Melayu di negara China juga di beberapa institusi di Eropah.
Walaupun sudah hampir 5 bulan memegang jawatan pada acara ini baru betul-betul beliau dimasyhurkan. Satu syarahan perdana pun diberikan. Tajuknya adalah seperti kelihatan tadi : "Merajut Kesinambungan Pemikiran Za'aba : Naratif Abadi Sebagai Kerangka Pemikiran Melayu". 

Berikut adalah takrif merajut menurut Kamus Dewan...

Definisi : 1. jala-jala, jaring-jaring; 2. siratan benang dll yg berupa jaring utk membuat pundi-pundi (dipakai pd sanggul dll); 3. pundi-pundi (pura, kantung) yg dibuat drpd siratan benang (rami dll): walaupun meregas rumput dan menjualnya tiga sen se~, atau mem­buka toko yg bertingkat-tingkat....; merajut 1. menyirat jaring-jaring (jala-jala), mem­buat rajut: gentian bulu itu dipintal menjadi benang, kemudiannya ditenun men­jadi kain, ataupun dirajut menjadi pakaian; 2. memasang rajut; ~ badan menyusahkan diri; ~ burung menangkap burung dgn menggunakan rajut (jaring); ~ perut menahan lapar, menahan (mengurangkan) makan; rajutan sesuatu (jala, jaring, dll) yg dirajut: ~ yg kemas; perajutan perihal (perbuatan dsb) merajut; perajut 1. orang yg merajut (jaring, jala dsb); 2. alat utk merajut (menyirat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Nampaknya Awang ingin menyulam atau menjalinkan kembali segala yang diketahui tentang Za'aba, pemikiran dan sumbangannya terhadap perkembangan bahasa Melayu moden bagi membina satu gagasan sebagai penyandang baru Kursi. Ditunjukkan gambar sejumlah buku yang pernah ditulis Za'ba sebelum bersyarah panjang lebar tentang asas-asas falsafah dan jangkauan pemikiran yang mahu dikehadapankan dalam gagasan. 








Tidak perlulah mengulas lagi apa yang diperkatakannya.





Cukuplah slaid-slaid yang ada bagi menyampaikan maksud syarahan.










































































Mesyuarat Meja Bulat Penyelidikan & Penerbitan Peradaban Melayu di UPSI

$
0
0
Salam petang Jumaat 29 November. Menyambung penceritaan daripada Merajut kesinambungan pemikiran Za'aba.


Majlis dalam dewan tamat sebelum jam 11.30 lalu hadirin menyambung berbual-bual dan beramah mesra di ruang legar.





Ada pameran lukisan tentang Za'aba. Tetapi kebanyakan lukisan diletakkan di perpustakaan luar daripada bangunan ini.





Ada sekali pameran senjata Melayu dan demonstrasi silat...








Selepas makan tengah hari, menunaikan solat dan rehat sebahagian hadirin kembali ke dalam dewan jam 2.30 petang untuk satu majlis lain yang berkaitan...


Tajuk majlis adalah seperti yang kelihatan. Ia adalah untuk menentukan hala tuju baru UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam bidang-bidang berkenaan.


Kelihatan di kiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr Suriani Abu Bakar memberikan kata-kata aluan.


Pemegang atau penyandang Kursi Za'aba, Profesor Datuk Dr Awan Sariyan kemudian menetapkan perkara-perkara asas yang akan dijalankan beliau melalui Institut Peradaban Melayu di bawah UPSI.


Dinyatakanlah 7 perkara utama atau kluster serta komponen-komponennya seperti yang kelihatan lalu dipanjangkan beberapa bahagian yang dirasakan paling menuntut perhatian...





Selepas itu hadirin pun diberi ruang untuk memberikan maklum balas sebelum semuanya dirumuskan oleh Awang...














Antara perkara penting yang dirumuskan adalah cara untuk menjalankan cadangan dan gagasan tanpa terlalu mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan. Sebaliknya diwujudkan cara untuk mengumpul dana dalam kalangan institusi dan mereka yang seperjuangan...



Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Pengembaraan jauh mencari kebenaran yang memungkinkan sintesis pelbagai faham

$
0
0
Salam semua Merujuk pada artikel Merajut kesinambungan pemikiran Za'aba dan Mesyuarat Meja Bulat Penyelidikan & Penerbitan Peradaban Melayu di UPSI yang dibuat berdasarkan acara-acara berkenaan di Tanjung Malim seminggu lalu. Sejak itu saya tidak keluar ke mana-mana majlis ilmu kerana harus menjaga anak-anak yang baru bersunat Selasa sebelum itu. Petang Ahad alatan bantuan sunat dibuka, tengok-tengok hari Isnin mereka dah cukup aktif sehingga dapat mengikut saya memanjat anak-anak tangga gua Batu Cave hingga ke bahagian paling atas. Muncul pula kelapangan lain membenarkan saya untuk menghadiri satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam) semalam petang. Ini ceritanya...


Majlis ini merupakan syarahan ke-9 dalam siri "Classifications of Knowledge in Islam" (Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam) bagi semester sekarang. Sebelum ia bermula jam 5 petang Rabu 4 Disember 2019 saya pun sampai ke ISTAC. Sekadar mengingatkan 7 syarahan dalam siri telah dijalankan pada semester lalu untuk mengulas isi buku yang memiliki tajuk tersebut. Tetapi ia dimulakan kembali daripada muka surat pertama kerana muncul muka-muka baru mengikuti.

Penerangan berkenaan telah diberikan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan berkenaan yang ke-8 selepas 5 bulan senyap 2 bulan lalu. Secara rata syarahan-syarahan ini masih berkisar pada kehidupan dan keintelektualan ulama silam Islam al-Farabi (hidup tahun 258-339 Hijrah bersamaan 870-950 Masihi). Masih terlalu jauh untuk sampai pada butiran 2 lagi ulamak besar yang dibincangkan dalam buku iaitu al-Ghazzali (hidup 450-505H/1058-1111M) dan Qutb al-Din al-Shirazi (634-710H/1236-1311M). Demi kesinambungan ilmu harus dinyatakan bahawa saya tidak dapat hadir syarahan ke-8 semester ini Rabu lalu kerana menghadiri majlis di Tanjung Malim seperti dinyatakan dalam artikel Merajut kesinambungan pemikiran Za'aba dan Mesyuarat Meja Bulat Penyelidikan & Penerbitan Peradaban Melayu di UPSI. Tetapi berdasarkan fakta bahawa syarahan sebelum itu berakhir pada perenggan kedua muka surat 12 rujuk Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Socrates... nabi atau hukamah?)  kemudian diberitahu syarahan ke-8 tamat pada pertengahan muka surat 17 boleh dijangkakan apa telah terlepas itu. Untuk pengetahuan bahagian daripada muka surat 12 hingga dua pertiga muka surat 14 pernah dipanjangkan dalam syarahan ke-7 semester lalu (lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Meninggalkan kedudukan sebagai qadi untuk mendalami falsafah dan logik). Oleh itu biar dilihat sepintas lalu bahagian selepas itu yang membentuk syarahan minggu lalu sebelum dipanjangkan apa yang telah dikongsikan petang semalam...



Syarahan minggu lepas harus bermula dengan mengulas bahagian ini. Dinyatakan bahawa pengajian Al-Farabi dalam bidang bahasa atau linguistik menyebabkan dia tertanya-tanya tentang hubungan antara logik (ilmu mantiq) dengan nahu (grammar), satu perkara yang menimbulkan banyak perbalahan antara ahli-ahlinya.



Disebutlah sebaik sahaja muncul peluang untuk mendekati buku-buku dan guru dalam bidang berkenaan beliau pun meninggalkan kerja (sebagai qadi - rujuk Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Meninggalkan kedudukan sebagai qadi untuk mendalami falsafah dan logik) malah tempat tinggalnya untuk memulakan fasa baru kehidupan kesarjanaan. Ini bakal membawa ke banyak tempat termasuk bumi orang Yunani (land of the Greeks). Dipercayai beliau mula belajar ilmu logik dan falsafah Aristotle (pemikir besar Yunani abad ke-4 Sebelum Masihi) di kota Merv dalam wilayah Khorasan. 

Disebut bagaimana ilmu Aristotle pernah bergerak dari kota Alexandria (Iskandariah di Mesir) ke Antioch (sekarang Antakyah di Turki) lalu 'menetap' lama sehingga tinggal satu sahaja guru. Dua orang kemudian menuntut dari guru tersebut, seorang dari Marw (Merv). Daripada orang Marw itu berguru seorang bernama Yuhanna ibn Hailan. Inilah yang bakal menjadi guru kepada Al-Farabi.




Dikatakan ilmu falsafah Yunani aliran Alexandria sampai ke Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mu'tadid (892-902M). Namun dipercayai Al-Farabi tidak menerimanya di kota pusat pemerintahan Kekhalifahan Bani Abbasiyah itu. Sebaliknya beliau sampai setelah menerima ilmu secukupnya di bawah Ibn Hailan di Merv. Apabila ke Baghdad beliau sekadar menyambung lagi pengajian..







Tentang sekolah falsafah Merv ia mungkin terkait rapat dengan biara (monastery) Kristian aliran Nestorian yang mana Ibnu Hailan adalah seorang penganut. Sudah diketahui ramai penganut Nestorian memainkan peranan penting dalam mengembangkan ilmu pengajian Yunani terutama melalui terjemahan kitab-kitab lama ke dalam bahasa Suryani (Syriac). Di Merv ini Al-Farabi mengaji kitab-kitab penting logik Aristotle termasuk Analytica Posteriora yang mana belum ada orang Islam sebelumnya mengaji di bawah seorang guru pakar. Ini membawa kepada persoalan, dalam bahasa apakah Ibn Hailan mengajar dan membuat ulasan/syarahan? Sesungguhnya buku tersebut  cuma diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Matta Ibn Yunus selepas penubuhan sekolah falsafah Baghdad (berlaku pada satu masa kemudian).


Sekarang baru boleh masuk pada syarahan petang semalam bermula pada separuh kedua muka surat 17.


Pensyarah merangkap penulis buku, Sheikhul Quliyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar membuka dengan persoalan apakah Al-Farabi tahu bahasa Yunani? Hal ini penting kerana ketika itu belum ada lagi terjemahan ajaran Aristotle ke dalam bahasa Arab, bahasa utama dunia Islam....



Dinyatakan tentang pandangan sarjana bernama Mahdi (rujuk Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Kehidupan awal al-Farabi... antara ketenteraan dan kesarjanaan) yang berpandangan Al-Farabi mengaji dengan Ibnu Hailan dalam bahasa Suryani juga bahasa Yunani. Namun sarjana seperti Madkour, Zimmermann dan Gonzales Palencia menolak kemungkinan Al-Farabi tahu bahasa Yunani kerana dianggap pernah membuat kesalahan dalam menterjemahkan perkataan safsatah (merujuk kepada golongan Sophist di Yunani purba yang pandai membelitkan kata-kata lalu menjadi ikutan peguam). Tetapi pada Osman lebih banyak hujah menunjukkan sebaliknya. Banyak hasil kerja Al-Farabi membandingkan bahasa terutama Kitab al-Huruf yang bercakap tentang asal usul bahasa di suatu negara. Kerja-kerja ini selalunya melibatkan bahasa Yunani dan Arab.

Osman pun ditanya kenapa begitu penting untuk mengetahui apakah Al-Farabi tahu bahasa Yunani. Jawab beliau ini adalah soal mencari kebenaran - Al-Haq atau jamaknya (plural) Huquq yang membawa maksud hak-hak (Osman menyebut perkataan Inggeris rights). Beliau pun berkongsi pengalamannya mempelajari pemikiran Islam. Kata beliau kebanyakan yang belajar di Barat adalah orang bukan Islam. Dan mereka rata-rata orang Yahudi! Kenapa? Bukanlah sebab mereka cintakan falsafah Islam tetapi hendak mencari kedudukan falsafah Yahudi dalam dunia Islam.

Tambah beliau pemikir Islam patut menaruh minat tentang ini. Harus ada cukup sarjana Islam yang boleh berhujah dengan Barat. Osman pun menceritakan ketika pertama kali mahu mencetak buku "Classifications of Knowledge in Islam" di Barat ia tidak diterima. Beliau kemudian mendapat tahu kebanyakan yang menelitinya adalah orang Arab Kristian. Mereka sudah memiliki kedudukan tertentu (hold a certain position) dalam hal ini. Mereka tidak setuju falsafah Islam boleh berdiri sendiri kerana menganggap kesemuanya berasal dari Yunani. Tambah Osman, semua orang Arab awal di universiti-universiti Barat beragama Kristian. 



Lebih penting lagi ada laporan oleh Al-Khattabi (931-998M) menyatakan Al-Farabi kemudian belajar falsafah di Constantinople. Laporan yang besar kemungkinan berdasarkan satu penulisan autobiografi Al-Farabi yang sudah hilang itu menyatakan selepas selesai mengaji kitab Posterior Analytic dengan Ibn Hailan beliau mengembara ke tanah orang Yunani lalu menetap selama 8 tahun hingga selesai belajar keseluruhan sukatan pelajaran falsafah.  Satu kajian tentang sukatan pelajaran falsafah di universiti Constantinople zaman itu menunjukkan Al-Farabi memiliki pengetahuan yang cukup tentang bahasa Yunani. Kata Osman zaman itu bahasa Yunani adalah bahasa utama ilmu dalam Empayar Byzantine (Rum Timur) yang berpusat di Constantinople (ditukar nama menjadi Istanbul setelah ditakluki Sultan Muhammad al-Fatih daripada kerajaan Uthmaniyah tahun 1453M).

Pengembaraan Al-Farabi ke Constantinople berlaku selepas beberapa tahun mengaji di Baghdad. Dalam tempoh masa itu beliau berusaha untuk menguasai bahasa Arab (beliau berdarah Turki tetapi membesar dengan budaya dan peradaban Parsi) dan sains-sains falsafah. Al-Farabi sampai ke Baghdad dari Merv bersama Ibn Hailan sekitar tahun 900M. Kemudian besar orang ini mempengaruhi beliau untuk belajar di Constantinople yang sekolah falsafahnya sangat terkait dengan Alexandria (di Mesir, pusat keilmuan Yunani buat beberapa abad).

Al-Farabi meninggalkan Baghdad pada zaman Khalifah al-Muqtadir (908-932). Beliau pergi dahulu ke Harran ditemani gurunya. Menurut Ibn Khallikan, Al-Farabi juga mengaji dengan Ibn Hailan di Harran. Oleh itu beliau harus mengambil masa sebelum menyambung perjalanan ke Constantinople.



Cerita pengembaraan al-Farabi bagi menuntut ilmu membuat saya tergerak untuk mencari kedudukan tempat-tempat yang diceritakan. Kedudukan Baghdad dan Constantinople (Istanbul) sudah lama tahu, yang tak tahu di manakah Merv walaupun dah lama dengar nama dan di manakah Harran. Menggunakan Google Map dapat disemak kedudukan tempat lalu dibuat anggaran laluan perjalanan. Ah. Begitu menarik ini. Didapati Merv kini terletak dalam sempadan negara Turkmenistan. Tempat asal beliau iaitu Farab juga dalam negara tersebut, kira-kira 238 km ke arah timur laut mendekati sempadan Uzbekistan. Tapi tak tanda dalam peta kerana mahu menunjukkan perjalanan pada peringkat dewasa.

Laluan yang dipetakan adalah berdasarkan rangkaian jalan raya yang wujud sekarang. Tetapi dapat dibayangkan laluan serupa atau berdekatan digunakan pada zaman Al-Farabi kerana menjadi kebiasaan jalan-jalan baru dibina berdasarkan laluan yang telah lebih awal wujud zaman berzaman. Maka dapat dilihat bagaimanakah pergerakan dari Merv ke Baghdad (dalam negara Iraq sekarang) membawa ke Harran (dekat sempadan Syria-Turki) lalu ke Constantinople (Istanbul di barat Turki). Menurut Google Map ini memakan jarak 4,364 km. Terus timbul rasa kerinduan untuk mengembara jauh lagi. Paling jauh saya pernah mengembara dalam satu perjalanan darat tanpa putus adalah sekitar 5,900 km meliputi 11 negara Eropah dalam tempoh 33 hari. Lihat Ringkasan perjalanan solo hitchhike keliling Eropah tahun 1995 dan Ulasan buku KEMBARA EROPAH 1995 dalam akhbar Berita Harian.








Al-Farabi kembali ke Baghdad sekitar tahun 910-920. Pendudukan kali kedua yang berpanjangan sehingga 2 dekad digunakan untuk mengabdikan diri kepada pengajian falsafah, mengajar dan menulis. Ketika mula sampai beliau bertemu dengan Matta Ibn Yunus (meninggal dunia 940M), ahli falsafah Nestorian yang pernah menjadi anak murid kepada al-Marwazi dan Quwairi (ada disebut pada penghujung muka surat 15 sebagai waris-waris ilmu Aristotle daripada satu jalur atau sanad ilmu). Al-Farabi pun menjadi anak murid beliau. Menurut sesetengah pihak kebolehan Al-Farabi untuk menyatakan ide paling abstrak menjadi mudah difahami dalam bahasa ringkas adalah disebabkan tunjuk ajar Matta. Guru utama beliau Ibn Hailan yang dengan mana beliau sambung lagi belajar di Baghdad pula meninggal dunia tahun 932.

Dalam tempoh waktu ini ajaran dan penulisan Al-Farabi menetapkan reputasi beliau sebagai ahli falsafah Muslim yang paling terhadapan. Beliau malah diangkat sebagai ahli falasafah paling berotoriti selepas Aristotle. Dikatakan walaupun dianggap muda (sudah melepas umur 50an sebenarnya tetapi masih muda berbanding tokoh-tokoh lain) beliau tidak lama kemudian mengatasi gurunya Matta dalam bidang logik.

Kata Osman, al-Farabi cukup tahu tentang ilmu pengetahuan Islam kemudian dapat membuat penyatuan atau sintesis dengan ilmu-ilmu lain. Ditambah, usaha 'mengIslamkan ilmu pengetahuan' (seperti sering diwar-warkan sebagai satu misi utama UIAM atau Universiti Islam Antabangsa Malaysia yang menjadi badan penaung ISTAC juga oleh pengasas ISTAC iaitu Tan Sri Profesor Syed Naquib al-Attas) sudah berlaku lama. Kata Osman kita patut belajar bagaimana ahli falsafah Islam membuat sintesis ilmu pengetahuan.

"Al-Farabi adalah orang pertama dapat menyelaraskan (pemikiran) Plato dengan Aristotle. Sedangkan Barat sampai sekarang masih mendapati ia berlawanan," Osman menerangkan. "Plato melihat dari 'atas' (ilmu metafizik tinggi menjurus ke arah keTuhanan' ke 'bawah' (ilmu-ilmu kemanusiaan dan alam) sedangkan Aristotile melihat dari 'bawah' ke 'atas'." 

Barat lebih menekankan pemikiran empirikal lalu menyanjung tinggi Aristotle. Al-Farabi pula dapat menyatukan juga menyelaraskan pandangan kerana beliau juga seorang ahli Sufi selain sangat mengenali falsafah Yunani. Kata Osman, sudah diberitahu Ibn Khailan merupakan penuntut terakhir masih hidup (waktu itu) yang memiliki sanad atau silsilah ilmu tanpa putus hingga ke Aristotle. Ditambah bahawa Seyyed Hossein Nasr (pemikir besar Islam yang pernah menjadi guru Osman di Amerika Syarikat tahun 1980an) ada menyebut falsafah dalam Islam dilahirkan daripada acuan kenabian. Ia terkait dengan ilmu yang disampaikan oleh Nabi Idris AS, Nabi Sulaiman AS dan beberapa orang. Lihat penerangan berkenaan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Socrates... nabi atau hukamah?.




Bahagian seterusnya (dalam muka surat 19) menyebut Al-Farabi mengambil sikap 'meninggikan diri daripada mengambil tahu" (kept himself aloof) daripada segala macam konflik politik yang sedang melanda Baghdad waktu itu. Hubungan beliau dengan takhta pemerintahan adalah cuma melalui para wazir yang menaungi sains-sains falsafah. Satu tulisan besar beliau tentang muzik iaitu Kitab al-musiqa al-kabir dihasilkan atas permintaan seorang yang menjadi wazir kepada Khalifah al-Radi tahun 936. Hmm. Saya harus mula memendekkan penulisan dan ulasan...

Untuk makluman artikel ini dimulakan sekitar jam 8.30. Ayat ini pula ditulis jam 2.22 pagi. Bagi muka surat ini cukuplah ditambah bahawa berlaku kekacauan menyebabkan pemerintah kemudian iaitu Khalifah al-Mutaqqi, para wazirnya dan pengawal peribadi lari meninggalkan kota tahun 942. Al-Farabi sendiri berpindah tahun yang sama ke Damascus (Damsyik) yang lebih aman.




Pada awal pendudukannya di Damsyik beliau dikatakan menjadi penjaga taman pada siang hari dan membaca juga menulis buku-buku falsafah pada waktu malam. Kata Osman setelah hilang kerja di Baghdad akibat konflik politik begitulah kehidupannya. Beliau menetap 2 tahun sebelum berpindah ke Mesir akibat satu lagi konflik politik. Al-Farabi kembali ke Damsyik tahun 949. Kali ini beliau dialu-alukan oleh pemerintah baru Syria yang berpusat di Aleppo. 

Beliau menjadi tokoh yang sangat dihormati di istana Aleppo tetapi tidak mengambil peluang daripada keadaan itu. Sebaliknya beliau mengamalkan kehidupan ringkas ahli Sufi tanpa mengikuti cara pakaian yang disyaratkan di istana...





Dalam bulan Rejab tahun 339H bersamaan Disember 950M al-Farabi meninggal dunia di Damsyik lalu dimakamkan di luar pintu selatan kota. Syarahan ditamatkan dengan ulasan perenggan berkenaan. Selepas itu diumumkan bahawa siri syarahan  "Classifications of Knowledge in Islam" (Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam) bagi semester ini telah pun tamat. Ia akan disambung dengan sub-topik nombor 1.3 iaitu tentang hasil-hasil kerja Al-Farabi dan kepentingannya insyaallah Januari tahun hadapan.



Sebagai mengakhir artikel biar ditunjukkan peta anggaran laluan dari Baghdad ke Damsyik kemudian ke Mesir, kembali ke Damsyik seterusnya ke Aleppo sebelum akhirnya bersemadi Damsyik. Beliau sanggup mengembara jauh setelah meninggalkan kedudukan selesa sebagai kadhi demi menambah ilmu pengetahuan kerana ingin mencari kebenaran, Inilah yang memungkinkan beliau dapat membuat sintesis pelbagai ilmu pengetahuan. Artikel ini pun diberi tajuk kecil "Pengembaraan jauh mencari kebenaran yang memungkinkan sintesis pelbagai faham".



Membina kekuatan Sufi dalam diri pemimpin - Suatu elemen penting dalam kenaikan empayar Uthmaniyyah

$
0
0
Salam hari Jumaat yang berkat. Merujuk pada artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Pengembaraan jauh mencari kebenaran yang memungkinkan sintesis pelbagai faham yang dipersembahkan jam 3.30 pagi semalam. Ketika menulis itu (ia dimulakan jam 8.30 Rabu malam Khamis) isteri mengingatkan ada majlis ilmu menarik akan berlangsung di Perpustakaan Tun Uda di Shah Alam petang Khamis. Ini ceritanya...


Ini adalah poster bagi majlis. Isteri yang melihatnya diletakkan seorang kawan di grup Whatsapp "Kelab Buku Merah Silu" begitu bersemangat mengingatkan. Saya sudah melihatnya lebih awal  tetapi tak pasti apakah hendak pergi. Fikir saya biarlah berehat di rumah sepanjang hari Khamis. 

Setelah menyiapkan artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Pengembaraan jauh mencari kebenaran yang memungkinkan sintesis pelbagai faham ada kerja dan pembacaan lagi perlu dibuat. Nanti hari Jumaat (hari ini) akan ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk satu syarahan bersiri waktu malam. Lalu seperti bias saya selepas itu harus menulis tentangnya. Pagi Sabtu pula kami sudah merancang anak beranak hendak naik ke Bukit Fraser.

Kata isteri eloklah bawa anak-anak sekali ke Perpustakaan Tun Uda. Memang mereka suka pergi kerana bahagian kanak-kanaknya yang cantik, ada unsur-unsur tamat permainan dan rehat. Siap ada pokok buatan berdiri di atas semacam gundukan bukit kecil di mana orang ramai boleh bersandar malah berbaring rehat. Sementara mereka bermain dan baca buku saya boleh menghadiri majlis di bahagian lain. Kebetulan seorang anak remaja kami yang baru habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di sekolah berasrama ada di rumah. Bolehlah dia menengok-nengokkan adik-adiknya yang masih bersekolah rendah.

Sebetulnya pagi Khamis jam 10 pagi juga ada majlis menarik di ISTAC. Ada syarahan tentang pembinaan kembali Bosnia-Herzegovina selepas perang oleh dutanya di Kuala Lumpur. Kalau dah alang-alang keluar biar ke situ dahulu baru ke perpustakaan di Shah Alam. Tapi kata isteri ini akan menyusahkan anak-anak. Sementara mengikut syarahan dalam bahasa Inggeris yang boleh memakan masa hingga 3 jam apa anak-anak hendak buat? Tak boleh fikir diri sendiri sahaja seronok mendengar syarahan...

Dan lagi saya sebenarnya kepenatan walau bersemangat. Menulis artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Pengembaraan jauh mencari kebenaran yang memungkinkan sintesis pelbagai faham pun jam 3.30 pagi baru betul-betul siap. Ini setelah 7 jam menulis, sebelum itu 2 jam mengikuti syarahan yang memerlukan tumpuan dan daya keintelektuan tinggi untuk mena'akul segala maklumat. Tiba-tiba jam 10 pagi dah kena berada kembali di ISTAC 40 km dari rumah jika mahu mengikuti syarahan. Baik lupakan. Biar hari Khamis dikhaskan untuk majlis di perpustakaan lalu sampailah kami anak beranak ke sana selepas jam 2 petang.


Masuk sahaja ke ruang legar saya terus menyuruh anak remaja membawa adik-adiknya ke bahagian kanak-kanak di tingkat bawah. Saya terus berkejar ke tingkat 3 untuk majlis yang diberi nama "Forum Kebangkitan & Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah : Suatu Iktibar & Pengajaran". Terus mengambil satu kerusi di barisan hadapan agar lebih mudah mena'akul maklumat.


Walaupun ada kalanya suka duduk jauh di belakang saya selalu memastikan dapat melihat orang yang berucap tanpa dihalang. Ketika gambar ini diambil sudah jam 2.17 petang. Kelihatan moderator, Dr Mansoureh Ebrahimi daripada UTM (Universiti Teknologi Malaysia) sedang memberikan pengenalan. Beliau yang nampaknya orang Turki bercakap dalam bahasa Inggeris.


Difahamkan majlis sudah beberapa minit bermula. Namun sempat saya mendengar sejarah ringkas bagaimana kerajaan Uthmaniyyah bermula penghujung abad ke-13 Masihi membawa kepada kenaikan dan zaman kegemilangan abad ke-15 hingga 16 sebelum jatuh awal abad ke-20. 


Jam 2.24 pembentang pertama, Profesor Madya Dr Zaki Hamzah daripada UPM (Universiti Putra Malaysia) diminta untuk memulakan perkongsian. Tajuk yang ingin dibawa adalah "Strategi Muhammad al-Fateh Semasa Pembukaan Istanbul". Tetapi berlaku masalah teknikal apabila slaid pembentangan tidak dapat dibuka kerana dibuat menggunakan software lain yang bukan kebiasaan ramai untuk pembentangan seperti halnya Power Point. 


Apabila masalah ini tetap tidak dapat diselesaikan selepas beberapa minit mencuba diminta pembentang kedua iaitu Profesor Dr Ensar Nisanci daripada Universiti Tekirdag Turki mengambil alih ruang. Tajuk bahasa Melayu yang diberikan adalah "Asas Kekuatan Kerajaan Turki Utsmaniyyah". Tetapi beliau bercakap sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Bercakap tanpa slaid beliau melihat pada sistem pentadbiran dan sosio-politik terbuka sebagai sumber kekuatan kerajaan Utsmaniyyah. Bukan seperti yang sering disangka penduduk kerajaan bukanlah rata-rata Islam malah ramai penganut agama lain terutama Kristian. Begitu juga halnya di pusat pemerintahan kerajaan iaitu Istanbul yang terletak di barat Turki menyambungkan benua Asia dan benua Eropah. Ia adalah sebuah kota kosmopolitan seperti halnya Kuala Lumpur sekarang.

Kata Ensar ini adalah kesinambungan daripada hakikat sejarah bahawa kota tersebut yang nama lamanya adalah Constantinople adalah pusat Empayar Byzantium atau Rum Timur, kerajaan paling besar dan utama Kristian sebelum jatuh ke tangan Islam. Ia sudah lama mengandungi pelbagai jenis masyarakat walaupun paling utama adalah masyarakat Kristian. "Kerajaan Utsmaniyyah sebagai kerajaan Islam cuma mengubah sedikit perkara-perkara tertentu (tweak and twist here and there) tanpa terlalu mengacau struktur pemerintahan dan suasana sosio-politik asal. Terdapat begitu banyak kepelbagaian masyarakat dan komuniti pelbagai kepercayaan dan mereka semua diberi ruang untuk mentadbir diri secara autonomi".

Beliau menyebut ini sebagai sistem milad. Masyarakat boleh berdiri dan mentadbir kumpulan sendiri dalam perhatian kerajaan tanpa pemaksaan nilai-nilai agama Islam. Kerajaan bertindak sebagai pelindung dan atas perlindungan itu orang bukan Islam membayar jizyah (satu bentuk cukai menggantikan zakat bagi orang Islam). Apa yang terpakai di Istanbul turut diamalkan di kota-kota besar lain yang dahulunya adalah sebahagian daripada Empayar Byzantium. Masyarakat-masyarakat di jajahan jauh yang terdiri daripada penganut bermacam agama dan kepercayaan pun menerima layanan baik sebegitu. Tidak ada paksaan untuk menganut agama Islam, yang ada adalah dakwah.


Ensar tidak suka menyebut kerajaan Uthmaniyah (biar digunakan berbagai cara mengeja nama yang sama ya)  sebagai satu empayar walaupun memiliki jangkauan jajahan takluk yang sangat luas. Pada beliau perkataan empayar membawa konotasi pemaksaan dalam penjajahan sedangkan Uthmaniyah bersifat terbuka kepada pelbagai sudut faham. Beliau kemudian meminta dibuka peta dunia untuk menunjukkan sesuatu. Ditunjukkan Semenanjung Turki sebagai kepala 'burung helang' dengan mata-matanya di Istanbul. 

Satu sayap menjulur ke tenggara mewakili Semenanjung Arab, satu ke arah timur laut yang juga mewakili satu bahagian kemasyarakatan penting Uthmaniyah (wilayah Caucasus antara tasik-tasik besar Laut Hitam dan Laut Kaspian). Tapi ia kemudian harus berhadapan dengan 'singa' yang kepalanya adalah Semenanjung Iberia (mengandungi Portugis dan Sepanyol) di hujung barat benua Eropah. Belakang 'badannya' adalah Peranchis dan Jerman. 'Kaki-kakinya' adalah Semenanjung Itali dan Yunani.

'Menunggang' di atas 'singa' adalah Great Britan atau United Kingdom (yang diterajui England) di barat laut. Masuk zaman kejatuhan Uthmaniyah 'singa' ini membaham dan menghempap 'helang' lalu menekannya ke bawah sehingga tidak mampu lagi terbang. Untuk menyaksikan ia bangkit 'singa' harus ditahan daripada menghempap dan 'helang' dibiarkan kembali terbang.


Jam 3, pembentang ketiga Profesor Dr. Kamaruzzaman Yusof daripada UTM mula membawa  tajuk "Hubungan Turki Utsmaniyyah dengan Alam Melayu". Beliau yang juga bercakap tanpa slaid memulakan dengan menyatakan bahawa hubungan Tanah Arab dengan Alam Melayu sudah bermula melalui jalan dagang sejak abad ke-4 Masihi lagi. Maka itu apabila naiknya Islam dengan munculnya Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah abad ke-7M tentunya Alam Melayu terkait sekali. Beliau percaya agama Islam sampai ke rantau sini selewatnya pada zaman khalifah Islam ke-3 iaitu Saidina Uthman ibnu Affan (644-656M). Hubungan ini berkesinambungan hingga Turki muncul sebagai kuasa besar yang membela Islam. Titik paling jelas adalah apabila Sultan Muhammad al-Fatih dapat menakluki kota Constantinople sehingga jatuh Empayar Rum Timur tahun 1453M.

Tetapi Kerajaan Turki Utsmaniyyah bukanlah pembela utama umat Islam waktu itu. Ia tidak pernah menganggap dirinya satu kekhalifahan, sekadar satu kesultanan sampailah suatu masa yang lebih lewat (lebih 60 tahun kemudian). Ini kerana masih wujud kerajaan Mamluk di Mesir yang mana masih ada lagi khalifah yang merupakan keturunan dan kesinambungan daripada kerajaan Kekhalifahan Abbasiyah iaitu khalifah Islam yang sah sebelum itu. Walaupun pusat kerajaan Abbasiyah iaitu Baghdad jatuh ke tangan Monggol tahun 1258M sehingga kerajaan pun secara efektiknya jatuh Mamluk dikatakan mengambil alih tugas apabila keturunan Abbasiyah dibawa ke Mesir untuk bertakhta walaupun lebih sebagai simbol.

Kata Kamaruzzaman kerajaan Mamluk (bermula 1250M iaitu selepas jatuh kerajaan Ayubid yang diasaskan oleh Salahuddin al-Ayubi tahun 1171M) tidak berani mengisytiharkan diri sebagai khalifah walaupun ia kerajaan Islam terkuat waktu itu kerana asal usul raja-rajanya daripada askar hamba abdi. Bila sudah ada keturunan Abbasiyah dalam jagaan mereka barulah ia dianggap sebagai satu kuasa kekhalifahan kesinambungan Abbasiyah. Oleh itu ia diharapkan untuk menjaga maslahat seluruh ummah. Namun ia dilihat gagal apabila pusat Kesultanan Melaka iaitu Kota Melaka yang sangat penting dalam dunia Islam jatuh ke tangan Portugis tahun 1511. Hal inilah yang membuat Utsmaniyyah mengalahkan Mamluk lalu mula mengambil alih takhta kekhalifahan tahun 1517.

Diceritakan juga tentang hubungan Aceh-Turki melalui bantuan ketenteraan untuk membebaskan  Kota Melaka daripada tangan Portugis. Ini berlaku pada abad ke-16 dan 17. Pada pertengahan abad ke-19 hubungan Turki dengan Alam Melayu dapat dilihat melalui lawatan Maharaja Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Johor) sehingga membawa balik 2 orang wanita Turki, seorang dikahwininya seorang dikahwinkan dengan adiknya. Daripada perkahwinan dengan adik dapat Profesor Diraja Ungku Aziz. 

Kemudian wanita tersebut berkahwin pula dengan seorang pembesar Melayu lalu dapat Dato' Onn (ayahanda kepada Tun Hussein Onn). Ini membawa kepada cucunya Dato Hishammuddin Hussein.  Akhir sekali wanita tersebut berkahwin dengan seorang Sayyid daripada keluarga al-Attas. Dapat Syed Naquib al-Attas (pengasas ISTAC) dan abangnya Syed Hussein yang juga merupakan seorang cendekiawan terkenal zaman sekarang (tetapi telah meninggal dunia tahun 207)

Hubungan pada awal abad ke-20 juga dapat dilihat melalui perjuangan Tok Janggut menentang Inggeris. Kata Kamaruzzaman ini mendapat sokongan melalui surat bertulis daripada Sultan Uthmaniyah yang sampai melalui beberapa pihak...


Jam 3.21 bermulalah pembentangan 'pertama' yang ditunda akibat masalah teknikal tadi. Setelah beberapa lama baru dapat diselesaikan masalah itu. Maka jadilah ia pembentangan 'ketiga'...


Pembentangan ini memerlukan sokongan slaid untuk jadi lebih efektif. Apabila slaid yang sudah lama disediakan dapat dipaparkan barulah ia boleh berjalan dengan baik.


Ini disebabkan penerangan melibatkan beberapa perkara teknikal tentang strategi perang. Tajuk pun "Strategi Muhammad al-Fateh Semasa Pembukaan Istanbul". Rupa-rupanya pembentang iaitu Profesor Madya Dr Zaki Hamzah yang merupakan timbalan dekan (hal ehwal pelajar & jaringan), Fakulti Perhutanan UPM adalah juga seorang Kolonel Bersekutu dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia). Beliau turut memegang jawatan timbalan komandan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam. 


Hal tersebut sebenarnya diberitahu pada penghujung pembentangan. Patutlah dapat menerangkan taktik dan strategi perang dengan begitu tuntas. Dan ini memang memerlukan bantuan slaid untuk memberi hadirin dan umum faham...





Diterangkan juga tentang etika perang dalam Islam. Hal ini penting untuk difahami kerana sejarah dunia menunjukkan ramai pihak sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menang sehingga banyak melakukan perbuatan khianat yang berlawan dengan sifat-sifat orang bermaruah lagi percaya terhadap Tuhan.


Setelah diberi sedikit latar belakang strategi dan falsafah perang baru dilihat keadaan medan perang yang mahu diperkatakan iaitu kota Constantinople. Untuk pengetahuan ia adalah pusat empayar dunia Barat yang paling besar dan kuat ketika itu iaitu Empayar Byzantium, juga dikenali sebagai Rum Timur.


Lihat bagaimana kedudukannya sebelum berjaya ditakluki oleh Sultan Muhammad al-Fatih tahun 1453. Walaupun pada ketika itu kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan tahun 1299 telah menjadi cukup besar dan kuat, dapat menelan wilayah demi wilayah Rum Timur sehingga cuma tinggal yang berwarna merah ia tetap sukar ditawan. Ia dapat bertahan walau sudah lebih 800 tahun cuba diasak oleh tentera Islam sejak sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayub al-Ansari cuba melakukan (tahun 669M).


Ini mendorong Sultan Muhammad al-Fatih (berumur 25 tahun sahaja ketika itu) untuk betul-betul mengkaji kenapa ia sukar hendak ditembusi. Lihat pada kedudukan geografi yang menyebabkan ia susah hendak diserang dari laut. Ada pula rantai besi direntang pada satu laluan menghalang (atau menghadkan) kapal keluar masuk.


Di bahagian darat (barat dalam peta) pula terentang tembok kukuh dengan 3 lapisan rintangan yang belum pernah dapat ditembusi oleh mana-mana pihak. Belum ada peluru meriam atau apa-apa bentuk senjata lempar dapat menjejaskan ia walau sedikit pun. Zaki mengibaratkan serangan seperti nyamuk menggigit pipi. Paling kuat kita cuma rasa tak selesa, gatal. Tapi tidak sesekali dapat memecahkan pipi.


Namun umat Islam sudah lama mendambakan untuk menakluki kota ini. Ia disebabkan hadis Nabi seperti tertera di atas...


Ayat Al-Quran yang berkenaan dirujuk dalam merangka strategi...


Rancangan diatur untuk meliputi semua kemungkinan.





Setelah beberapa lama disediakan angkatan besar yang memenuhi ciri-ciri tertentu seperti disebut dalam hadis Nabi. Sebelum serangan bermula risikan dekat telah dilakukan untuk betul-betul menilai kekuatan musuh dan bagaimana menghadapinya.


Antaranya adalah menghalang bantuan yang biasanya muncul daripada arah Laut Hitam di utara.


Risikan dekat telah dilakukan sehingga tahu lebar dan kedalaman parit di hadapan benteng darat kemudian jenis bahan yang digunakan untuk membina benteng dan ketebalannya. Ini harus melibatkan ilmu kimia kemudian fizik untuk menjangka dan menjana kekuatan yang perlu. Dengan itu dapat dicipta meriam besar yang pertama kali dalam dunia mampu menggegar dan memecahkan benteng kota Constantinople.


Menurut Zaki apa yang dibuat Muhammad al-Fatih menjadi contoh bagi membina kekuatan perang selepas itu.


Oh. Ini yang disebut tadi tentang perisikan untuk mengesan kekuatan lalu mencari cara-cara mengatasinya. Dipanjangkan mengenai sekatan terhadap bantuan dari arah utara. Kata Zaki dicipta peluru khas yang apabila ditembah dari meriam boleh melantun-lantun atas air untuk bergerak terus  ke hadapan sehingga sampai dan membinasakan kapal.


Dilakukan juga taktik kepungan untuk melemahkan kedudukan lawan.


Paling menarik mungkin adalah kejutan apabila 80 buah kapal perang diangkat melalui jalan darat untuk melepasi sekatan rentangan rantai besi pada permukaan air lalu masuk kembali ke air daripada arah yang tak disangka dalam tempoh 1 malam. Kata Zaki ini dilakukan dengan meletakkan roda lalu kapal dapat ditolak oleh tentera. Ada pula bantuan angin memudahkan. Ini berlaku setelah Sultan menunggu waktu tertentu angin bertiup ke arah yang menguntungkan.


Maka berlakulah kemenangan yang amat didambakan umat Islam.


Namun semuanya ditangani dengan penuh adab rasa bersyukur terhadap Allah SWT.


Sungguh raja dan tenteranya adalah sebaik-baik raja dan tentera seperti disabdakan Rasulullah SAW. Mereka tidak bermegah mahupun menindas musuh malah begitu lemah lembut terhadap mereka selepas menang.


Masuk sesi soal jawab beberapa orang bertanya. Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kaitan pembinaan kerajaan Uthmaniyah dengan kerajaan-kerajaan Islam terdahulu terutama yang diterajui bangsa Turki. Ini memandangkan ia asalnya satu daerah kecil dalam apa yang dipanggil sebagai Sultanate of Rum (1075-1308) sedangkan kesultanan ini terbina selepas perpecahan Kesultanan Seljuk (1037-1194), kuasa ketenteraan paling besar di sebalik tegaknya Kekhalifahan Bani Abbasiyah pada zaman itu. Turut ditanya adalah pengaruh Sufi atau ilmu Tasawuf terhadap kerajaan Uthmaniyah dan kepimpinan memandangkan Turki sangat terkenal dengan tokoh Sufi, Maulana Jalaluddin Rumi (1207– 1273) sehingga ke hari ini. Saya lihat persoalan ini sangat patut diterangkan tetapi mungkin para pembentang terlepas pandang. Sedangkan Sultan Muhammad al-Fatih itu pun setahu saya mendapat bimbingan seorang guru Sufi bernama Sheikh Shamsuddin terutama dalam hal-hal penting seperti hendak menakluki Constantinople.

Maka diberitahulah bahawa iya, Sufi adalah elemen yang sangat penting dalam kepimpinan dan gerakan keIslaman Uthmaniyyah. Sehingga ada satu barisan hadapan pendakwah Sufi yang juga mampu berperang dihantar terlebih dahulu ke merata pelusuh rantau untuk berdakwah, baru disusuli angkatan perang (jika perlu). Malah setiap pemimpin Uthmaniyyah apa lagi anak-anak raja memang dihantar jauh daripada luar kawasan keselesaan istana seawal umur 8 tahun masuk ke madrasah khas yang dipimpin seorang Khawaja  (guru agama melebihi tahap ustaz) yang ada Irfan (erti mudah dalam bahasa Arab adalah kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan. Tetapi erti mendalamnya terkait dengan perkataan Arif dan Ariffin iaitu orang yang betul-betul mengenali Allah SWT). Maka jelaslah dimensi Sufi sangat penting dalam membina kekuatan pemimpin yang mampu mencapai kemenangan di sisi manusia juga Islam.


Walaupun majlis ini diberi nama "Forum Kebangkitan & Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah : Suatu Iktibar & Pengajaran" tidak begitu banyak disebut tentang kejatuhan kecuali sedikit ringkasan sejarah. Apabila ditanya tentang kejatuhan Ensar memberitahu ia berlaku akibat Uthmaniyah tidak tahu bagaimana hendak menangani perubahan zaman apabila kuasa-kuasa besar Eropah meningkat maju pantas (melalui perkara-perkara seperti revolusi industri yang bermula abad ke-17). Beliau melihat ini cuma berlaku secara luaran. Tetapi pada saya ada faktor-faktor dalaman seperti penyusupan ajen-ajen kuasa perbankan Yahudi dalam polisi kewangan Uthmaniyah yang menyebabkan ia mula terjerat. 

Cukuplah diakhiri artikel ini dengan gambar atas. Kelihatan moderator iaitu Mansoureh menunjukkan tempat asal usul bangsa Turki dekat kawasan Turkmenistan bawah Kazakhtan sana (dahulunya dalam U.S.S.R atau Soviet Union). Mereka asalnya cuma bangsa nomad yang lasak tetapi mula membina pengaruh politik apabila kekuatan perang mereka dijadikan tulang belakang oleh Kekhalifahan Abbasiyah. Ini seterusnya membawa ke penubuhan Kesultanan Seljuk. Selepas beberapa lama muncul Uthmaniyah di wilayah Turki sekarang yang asalnya bukan pun penempatan orang Turk.


Batu Aceh Sultan Alauddin Melaka di Pagoh - Pendekatan hidup mati Sufi sebagai pegangan raja-raja Melayu

$
0
0
Merujuk pada artikel Membina kekuatan Sufi dalam diri pemimpin - Suatu elemen penting dalam kenaikan empayar Uthmaniyyah yang dipersembahkan lewat petang Jumaat semalam. Adapun artikel itu sebenarnya dimulakan sekitar jam 11 pagi tetapi terpaksa dihentikan kurang setengah jalan bagi menunaikan solat Jumaat. Selepas itu harus berkejar ke Kuala Lumpur untuk satu majlis ilmu. Ini ceritanya...


Tajuk majlis boleh diterjemahkan sebagai "Batu-batu Aceh Sultan Melaka". Ia merujuk pada batu-batu nesan jenis Aceh yang berada di makam Sultan Alauddin (memerintah Melaka 1477-1488 Masihi menurut kiraan lama, 1449-1481M menurut kiraan baru). Kiraan lama merujuk pada tarikh-tarikh pemerintahan para Sultan Melaka yang digunapakai dalam sukatan sejarah rasmi sejak beberapa dekad lalu. Kiraan baru (ini saya tambah, tidak disebut langsung dalam majlis) merujuk pada tarikh-tarikh pemerintahan berlainan berdasarkan satu kajian yang dimulakan tahun 2010 menggunakan satu versi kitab Sulalatus Salatin (yang sering disebut sebagai Sejarah Melayu itu). Namun ia belum digunapakai sepenuhnya kerana terdapat percanggahan kronologi yang belum dapat diselesaikan apabila dibandingkan dengan rujukan dari luar negara. 

Untuk pengetahuan makam yang berada di Kampung Raja, Pagoh, Muar ini adalah satu-satunya makam Sultan Melaka yang disahkan masih wujud di Malaysia. Lain-lain makam tidak dapat dipastikan lokasi tepat kerana dikatakan telah dimusnahkan musuh apabila Portugis menakluki Kota Melaka tahun 1511.


Majlis dijadualkan bermula di Muzium Kesenian Islam berdekatan Masjid Negara jam 2.30 petang. Selepas bersolat Jumaat di masjid berdekatan rumah saya pun berkejar ke sana. Kali ini dengan menaiki motosikal besar kesayangan yang sudah lama tidak dibawa berjalan jauh.


Saya sudah beberapa kali menghadiri majlis ilmu di muzium ini. Tetapi inilah kali pertama masuk ke bahagian yang kelihatan.





Majlis diadakan dalam bilik bengkel muzium...


Berkongsi ilmu iaitu membentang tentang batu nesan Aceh atau batu Aceh adalah Dr Heba Nayel Barakat, ketua kurator muzium. Selepas menceritakan ciri-ciri umum batu Aceh seperti reka bentuk pelbagai gaya tetapi masih dalam 'julat-julat' tertentu juga kebiasaannya dihiasi ayat-aya Al-Quran, hadis atau syair bersifat Sufi yang dipahat dengan tulisan khat halus lagi berseni perhatian khusus pun diberikan terhadap batu-batu nesan Aceh di makam Sultan Alauddin.


Ada 4 buah batu nesan dalam satu kepuk khas bangunan makam. Batu nesan pertama dibincangkan adalah yang berkedudukan paling dekat dengan masjid (makam terletak dalam halaman masjid). Pada muka dalamnya terletak kalimah "Lailahailallah" di bahagian atas. Pada bawahnya ada ayat dalam bahasa Arab yang dengan jelas menyatakan ia adalah makam Sultan Alauddin ibni Sultan Mansur Syah ibni Sultan Muzaffar Syah.



Pada bahagian atas muka luar ada kalimah "Muhammadarasulullah" yang harus merupakan sambungan daripada kalimah "Lailahailallah" pada muka dalam. Pada bahagian bawah dinyatakan bila mangkat tetapi sebahagian tulisan telah hilang, mungkin akibat hakisan alam. Yang dapat dibaca adalah perkataan tiga (tiga apa? mungkin hari, mungkin bulan) dan lapan ratus (yang ini harus tahun Hijriah kerana tidak ada tarikh hari dan bulan sampai beratus). Menurut kira-kira saya 800 Hijriah adalah bersamaan 1398 Masihi. Nampaknya ada nombor puluhan untuk tahun terpadam memandangkan Sultan Alauddin dikatakan mangkat tahun 1488M menurut kiraan lama (yang nampaknya dipakai dalam pembentangan ini - ia harus bersamaan 892H)  atau 1481M menurut kiraan baru (885H).


Ditunjukkan pula ayat-ayat yang menghiasi sisi-sisi kiri dan kanan batu nesan. Tidak pandai saya untuk menterjemahkan.


Kemudian baru pergi ke batu nesan kedua dalam kawasan kepuk yang kedudukannya adalah ke tenggara batu nesan pertama tadi. Tertera ayat-ayat Al-Quran yang membawa terjemahan berikut :-


Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran ayat 18)

Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.(Al-Qasas ayat 88)



Di bahagian belakang ada ayat Al-Quran yang begini terjemahannya :-


Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (Surah Al-Hashr, ayat 23)


Pergi pula pada batu nesan ketiga yang kedudukannya kelihatan seperti batu bahagian kaki pada batu kedua yang kedudukannya adalah bagi batu kepala. Ayat yang tertera adalah Ayatul Kursi (ayat ke-22 dalam Surah Al-Baqarah). Begini terjemahannya :-


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


Pergi pada batu nesan keempat yang kedudukannya kelihatan seperti batu bahagian kaki pada batu pertama yang kedudukannya adalah bagi batu kepala. Sebetulnya susah untuk mengatakan yang manakah batu kepala yang mana batu kaki. Ini kerana semua batu nesan ini asalnya ditemui telah jatuh berselerak. Ia disusun kembali sehingga kelihatan seperti terdapat 2 buah makam, setiap satu ada batu nesan kepala dan batu nesan kaki seperti kebiasaan pada mana-mana makam atau kubur orang Islam. Tetapi sebenarnya ia boleh jadi milik 4 orang tokoh yang berlainan.

Selepas ayat pengenalan Qa'lallah ta'ala (kata Allah SWT) dan Bismilllahirrohmanirrohim tertera ayat-ayat Al-Quran dengan terjemahan berikut :-


Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (Surah Al-Rahman, ayat 26 & 27)


Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Surah al-Qasas, sebahagian ayat 88)


Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. (Surah Taha, ayat 55)



Pada satu bahagian ada ayat yang membawa maksud begini :-


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.


Semakan di Internet menunjukkan ia adalah ayat ke-57 dalam Surah al-Ankabut. Tetapi ia telah disambung dengan ayat-ayat lain (tidak semestinya daripada Al-Quran) menjadikan satu bentuk syair.


Menurut Heba ada bahagian yang kelihatan seperti diambil daripada cerita tentang Ali Shar dan Zamrud iaitu dalam kumpulan cerita hari ke-309 dalam Hikayat 1,001 Malam. Semasa kecil dahulu saya ada membaca cerita-cerita daripada hikayat tapi tak ingat (atau mungkin tak pernah dengar pun) tentang Ali Shar. Yang ingat cerita Ali Baba dan Sinbad.


Disebut pula bahawa ada yang tertulis pada batu-batu nesan ini serupa dengan apa yang terdapat dalam manuskrip Sufi oleh Al-Maqdisi (meninggal dunia tahun 1280H). Maaf. Yang ini pun saya tak tahu nak ulas.


Setelah itu baru cuba ditebak apakah asal usul batu nesan Aceh di Pagoh malah batu Aceh secara umum memandangkan terdapat tidak kurang 400 buah batu Aceh telah diketahui wujud di Semenanjung Malaysia. Dibandingkan dahulu dengan beberapa batu nesan terukir Khat cantik di Alam Melayu yang diketahui diimpot dari Cambay/Gujerat (utara pantai barat India). Kata Heba penggunaan ayat-ayat Al-Quran yang ditulis dalam seni khat cantik untuk menyatakan hal-hal berkaitan mati dan kehidupan yang bersifat sementara bukan sahaja terdapat pada batu nesan di Pagoh, Ia juga terdapat pada batu-batu Aceh lain malah menjadi antara ciri-ciri khas batu jenis ini.


Memang Gujerat antara wilayah yang rajin berdagang dengan Melaka.


Tetapi batu-batu nesan dari sana didapati terdiri daripada batu mar-mar. Berdasarkan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada batu nesan makam Sultan Alauddin iaitu ia adalah daripada jenis batu pasir, lain langsung daripada batu mar-mar berserta gaya seni itu sendiri ia dipercayai memang berasal dari Aceh. Malah ada tercatat dalam sejarah kisah jelas seorang Sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar Thani (memerintah 1636-1641) menghantar rombongan ke Pahang untuk mendirikan batu-batu nesan yang ditempa dan dibawa khas dari Aceh bagi menandakan makam kaum kerabat baginda. Untuk pengetahuan Iskandar Thani adalah anakanda seorang Sultan Pahang yang dibawa ke Aceh ketika kecil lalu dijadikan anak angkat Sultan Iskandar Muda (memerintah 1607-1636). Baginda kemudian dijadikan menantu sebelum diangkat sebagai pengganti atas takhta Aceh.


Disebut pula bagaimana tulisan-tulisan pada batu nesan itu berbentuk puisi dan syair. Oh, tentang makam-makam kaum kerabat Sultan Iskandar Thani di Pahang boleh rujuk artikel lama saya Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah?. Tentang batu Aceh memang asal buatan sana sila rujuk Perjalanan ke-7 di Aceh - Makam para Merah, punca batu nesan Aceh dan makam Hamzah Fansuri. Cuma sepengetahuan saya berdasarkan pembacaan terhadap kajian intensif dan menyeluruh batu nesan Aceh oleh Datuk Dr Othman Yatim juga interaksi dengan para pengkaji di Aceh ada dua tempat utama asal batu Aceh yang terkait dengan zaman. Yang awal adalah daripada Kesultanan Samudera-Pasai (berdiri tahun 1260an hingga 1521 Masihi) dengan pusatnya terletak 6 jam perjalanan darat dari ibu kota Aceh sekarang iaitu Banda Aceh. Yang kemudian adalah dari Kesultanan Aceh yang berpusat di Banda Aceh (naik tahun 1511).


Dibuat kesimpulan bahawa batu-batu nesan Aceh di Pagoh itu mengandungi ayat atau kata-kata berikut :-


- Kalimah Shahadah pada bahagian atas/kepala atau dalam teks (bawah)

- Ayat-ayat tentang kemangkatan : Ini adalah berkaitan mati, kehidupan yang sementara dan fana'. Ia dilihat oleh sarjana Melayu sebagai pendekatan Sufi terhadap hidup dan mati

- Ayat-ayat Al-Quran : Surah al-Qisas ayat 88, Ali Imran ayat 18, al-Hashr ayat 23, al-Rahman ayat 26 & 27, Taha ayat 55 juga ayat-ayat berkenaan mati, nama-nama Allah dan Ayatul Kursi

- Ada satu pepatah daripada Khalifah Ali ibn Abi Talib tetapi tiada hadis Nabi Muhammad SAW



Sedikit sebanyak sejarah Kesultanan Melaka dapat dilihat atau dibina kembali melalui epigrafi atau kajian tulisan pada batu-batu nesan ini. Melaluinya dapat dilihat perkara-perkara berikut (saya terjemahkan apa yang tertera dalam slaid kemudian tambah ulasan) :-


Kehadiran ajaran Sufi dalam kalangan penduduk dipanjangkan kepada para Sultan. 

Namun yang saya tahu adalah sebaliknya. Para raja atau sultan menerima ajaran Sufi daripada para pendakwah Islam terlebih dahulu. Selepas itu baru dipanjangkan kepada penduduk.


Bahasa yang digunakan begitu kaya sehingga harus ada gerakan penterjemahan daripada bahasa Arab (termasuk Parsi juga) ke dalam bahasa Melayu yang berlaku kerana arahan rasmi. 

Yang ini saya tahu memang telah dilakukan di Samudera-Pasai sebelum sampai ke Melaka. Malah berdasarkan apa yang saya tahu tentang sejarah Aceh gerakan ini sudah wujud seawal abad ke-9 Masihi lagi melalui para pemerintah Kesultanan Perlak yang dikatakan berdarah keturunan Nabi Muhammad SAW campur keturunan kerabat diraja Parsi daripada Dinasti Sassanid.


Sultan Mansur (1456-1477) diketahui pernah memerintahkan agar dilakukan terjemahan terhadap buku-buku daripada luar yang terima Qadi Abu Bakar. Mansur Shah merujuk pada sarjana dari Pasai tentang isu-isu keagamaan disebabkan kepakaran mereka. 

Yang ini jelas tertera dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu itu. Setiap kali ada masalah agama yang tidak dapat diselesaikan di Melaka, satu pertanyaan rasmi akan dihantar penuh adat istiadat ke Pasai bagi mendapatkan jawaban dan kata muktamad.


- Dalam tahun 1582 satu buku nahu (grammar) Arab-Parsi dengan terjemahan Melayu dimasukkan di celah-celah (inter lineal) telah ditulis oleh Abdul Jamal. Sekarang di Leiden.

Yang ini saya tak tahu langsung. Apapun kesimpulan saya adalah batu-batu nesan Aceh di makam Sultan Alauddin menunjukkan pendekatan Sufi dalam menangani hidup dan mati adalah pegangan raja-raja Melayu sekurang-kurangnya pada zaman itu.


Madinah sebagai manifestasi keTauhidan Muhammad dalam kehidupan bermasyarakat - Rujukan bagi setiap kota semua zaman

$
0
0
Salam pagi Ahad 11 Rabiulakhir 1441 Hijriah, Merujuk pada artikel Batu Aceh Sultan Alauddin Melaka di Pagoh - Pendekatan hidup mati Sufi sebagai pegangan raja-raja Melayu yang dipersembahkan malam semalam. Selepas menghadiri acara berkenaan di Muzium Kesenian Islam petang Jumaat saya makan di tengah bandar raya Kuala Lumpur kemudian bergerak ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam). Di sanalah artikel sebelumnya iaitu Membina kekuatan Sufi dalam diri pemimpin - Suatu elemen penting dalam kenaikan empayar Uthmaniyyah dapat disiapkan lalu dipersembahkan lewat petang. Malamnya selepas masuk waktu Isyak saya pun menghadiri satu syarahan bersiri...


Ia adalah edisi ke-11 bagi siri yang tajuk utamanya pernah saya terjemahkan sebagai "Pesan  Abadi Islam dan Tamadunnya". Lihat artikel pertama tentang siri yang diadakan 2 minggu sekali ini - Perjalanan kecil ke Jelai - Membawa ilmu dan amal dalam pengembaraan sebenar. Edisi ke-11  membawa tajuk kecil yang boleh diterjemahkan sebagai "Kelahiran kota Nabi : Cerita Dramatik Wilayah Pertama Tamadun Islam". Ia adalah kesinambungan bagi edisi ke-9 dan ke-10 syarahan yang memberikan tumpuan pada hari-hari awal penyebaran agama Islam di Mekah. Rujuk artikel-artikel berikut :-





Dengan itu kedua-dua syarahan terdahulu itu dirujuk oleh pensyarah iaitu Sheikhul Quliyyah ISTAC Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar sebagai latar belakang bagi syarahan ke-11. Intipatinya adalah konsep Tauhid yang mengEsakan Allah Ta'ala. Konsep ini telah diterapkan dan diberi faham daripada pelbagai sudut pandang semasa 13 tahun baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW mengajar tentang Islam di Mekah. Bila hal ini sudah cukup mantap baru masuk bab Madinah sebagai wilayah pertama 'berumahnya' Islam lalu dapatlah ia berkembang ke seluruh Tanah Arab.

Kata Osman, Tauhid adalah intipati agama sedangkan keEsaan adalah intipati Tauhid. Ini harus mendakap pada kesatuan alam semesta. Sesungguhnya ia adalah penzahiran daripada nama-nama Allah dan keEsaannya. Keteraturan alam semesta menjadi bukti pada Tuhan yang Satu. Kalau terdapat tuhan-tuhan selain itu tentu ia sudah lama kelam kabut. 

Agama adalah intipati bagi ketamadunan sedangkan Tauhid adalah intipati agama. Tauhid merupakan ideologi keTuhanan. Ia bukan ciptaan manusia. Ia adalah sesuatu yang diwahyukan. Konsep Tauhid terbit dalam 'rahim' kenabian di Mekah. Dalam hal ini 5 ayat pertama Al-Quran yang diwahyukan (di Gua Hira') iaitu 5 ayat Surah al-Alaq dirujuk. Lihat Iqra' sebagai asas ketamadunan Islam. Sesungguhnya Mekah adalah pusat spiritual terpenting di dunia lalu dicemburui pihak lain. Mana ada tempat spiritual lain sentiasa dipenuhi berjuta orang berkumpul seperti orang ramai berpusing (bertawaf) mengelilingi Ka'abah di Mekah?


Ilmu Tauhid ini mencapai kesempurnaan dalam roh Nabi. Seperti kata para Sufi ia membawa kepada pembentukan manusia sempurna iaitu Insan al Kamil, manusia yang telah merasa penyatuan dengan Tuhan. Tetapi terdapat pelbagai darjat yang berlainan dalam hal ini. Para pendita dan wali masuk dalam golongan begitu juga sejumlah Sahabat, Tetapi para Nabi memiliki kedudukan dan makam yang lebih tinggi.

Nabi Muhammad SAW berpengalaman naik berjumpa Allah SWT secara zahir dan batin dalam peristiwa Mikhraj. Sesungguhnya ia berlaku bukan sekadar untuk 'memujuk' baginda yang ketika itu baru kehilangan beberapa insan penting dalam hidup. Ia juga untuk menunjukkan misi baginda berdakwah dan menyebarkan Islam mendapat restu selain mahu menunjukkan cabaran masa hadapan yang bakal dihadapi di Madinah. Lihat bagaimana bentuk ayat-ayat Al-Quran yang turun di Mekah - Surah-surah Makiyah - tentang Tuhan, tentang malaikat, tentang spiritual manusia, tentang masa hadapan. Sesungguhnya agama baru Islam bertujuan untuk membentuk satu komuniti atau masyarakat berdasarkan Tauhid. Tamadun baru. Islam ini memerlukan laki-laki dan perempuan yang faham ini.

Dalam tempoh 13 tahun di Mekah baginda Rasulullah berjaya menghasilkan satu kelompok terbaik yang boleh menggalas tugas. Kenapa 13 tahun di Mekah tetapi cuma 10 tahun di Madinah> Kata Osman ini untuk menjadikan Tauhid sebati dalam diri penganut Islam awal. Selepas itu baru dicari wilayah untuk menzahirkan keTauhidan ini pada peringkat masyarakat atau komuniti. Mekah bukan tempatnya. Namun harus dicari juga suatu tempat dalam Tanah Arab kerana wahyu terakhir Allah SWT (sebagai perbandingan terhadap wahyu yang ditujukan kepada para nabi dan umat terdahulu) adalah dalam bahasa Arab.

Lalu lahirlah kota Nabi - Madinatun Nabi yang nama lamanya adalah Yathrib. Ia berlaku pada bulan September tahun 622 Masihi. Ini mungkin peristiwa paling terkemuka dalam pengasasan sebuah negara kota. Dikatakan baginda pertama kali sampai (dari Mekah) pada tarikh 12 Rabiulawal yang kebetulan adalah hari lahir baginda, Ini berlaku selepas harus berhadapan dengan segala macam ancaman dan mara bahaya baik daripada pemburuan manusia (Arab Jahiliyyah Mekah yang mahu membunuh baginda) juga kehangantan terik padang pasir lalu menjadi hadiah hari lahir.


Kenapa memilih Yathrib sebagai destinasi hijrah? Tentunya baginda menerima arahan daripada Allah SWT. Para sejarawan Marxist (yang materialis, tidak percaya pada hal-hal ghaib dan spiritual) cuma melihat baginda sebagai seorang yang genius, bernasib baik dan kebetulan dapat melakukan sesuatu yang besar.  Namun kita (orang Islam) tahu apabila keadaan sudah terlalu teruk di Mekah (umat Islam awal ditindas) baginda diberikan bayangan (vision) agar melakukan hijrah. 

Kata Osman, Martin Lings (seorang sarjana Barat) ada menulis tentang ini berdasarkan maklumat daripada kitab Sahih Bukhari. Telah berlaku pertengkaran antara Abu Bakar dan Umaiyah (belum Islam) disebabkan Abu Bakar mahu membina masjid yang bersambung dengan rumahnya. Umaiyah takut ini akan menyebabkan lebih ramai orang memeluk agama Islam lalu mahu pembinaan dihentikan. Abu Bakar tidak mahu lalu berlakulah pertengkaran.

Ketika itulah datang Rasulullah SAW untuk memberi tahu baginda telah menjadi satu bayangan. Baginda telah ditunjukkan rupa suatu tempat yang bakal menjadi pengkalan dan wilayah umat Islam, Ciri-cirinya begitu begini. Ia merujuk pada Yathrib (terletak sekitar 400km ke utara Mekah). 

Kenapa Yathrib? Kata Osman ia terkait dengan tujuan agama baru dan ketamadunan. Keadaan semasa Yathrib dirujuk. Ia adalah kota yang penuh dengan perbalahan antara pelbagai puak termasuk Yahudi. Ada pergaduhan antara puak-puak Arab yang berlainan, ada antara Arab dan Yahudi. 

Sudah seratus tahun halnya begini. Yathrib adalah tempat tanpa pemimpin. Ia sedang mencari pemimpin. Tiada pemimpin (atau ketua) boleh menyatukan kota.  Dipendekkan cerita (saya yang pendekkan) kedengaranlah tentang kemunculan Nabi Muhammad SAW di Mekah dan ketokohan baginda. Satu delegasi pun dihantar untuk mengundang baginda datang dengan harapan dapat menyelesaikan masalah lalu menyatukan masyarakat di Yathrib.. Sampai masanya berlakulah penghijrahan membawa kepada pembentukan Madinah. 

Madinah cuma membawa maksud "kota". Nama Yathrib ditukar kepada Madinah untuk membentuk kota yang dapat menzahirkan ad-din atau agama (sebagai cara hidup). Madinah menjadi mikrokosma untuk menunjukkan apa itu Islam, Islam dalam bentuk praktikalnya bagi kehidupan bermasyarakat. Sesungguhnya Nabi itu memberi gambaran pada Ummah. Kualiti dan sifat-sifat baiknya menzahir pada masyarakat. Ummah pula menzahirkan sifat-sifat Nabi.

Madinah adalah contoh baik di mana tidak setitik darah pun jatuh dalam pengasasannya. Ia bukan berlaku melalui penaklukan atau apa-apa cara ganas malah adalah satu kemenangan bagi diplomasi. Terdapat begitu banyak sebab kenapa ia adalah kota yang patut dicontohi. Semua kota-kota di dunia baik zaman dahulu mahupun zaman sekarang dan akan datang harus dinilai menurut neraca Madinah. 

Cukup sekadar ini perkongsian. Untuk makluman banyak lagi perkara berkaitan dibincangkan, misalnya bagaimana ulamak silam Islam terkenal Al-Farabi (hidup 872-950M)  melihat Madinah berbanding cara Ibnu Khaldun (1332-1406) melihatnya. Bagaimana pengasasan Madinah apabila dibandingkan dengan pengasasan Israel misalnya (melalui keganasan) dan Soviet Union (Russia) yang merupakan wilayah manifestasi pertama ajaran komunisma Karl Marx. Perbandingan juga dibuat dengan konsep keTuhanan dalam agama Buddha dan Yahudi yang kelihatan berlawanan.

Sesungguhnya Islam mengambil jalan tengah iaitu Wasatan - Wasatiyah. Biar dimaklumkan ini adalah syarahan terakhir dalam siri bagi semester ini. Insyaallah ia akan disambung lagi tahun hadapan. 


Angan-angan besar bagi 11 tahun ke hadapan dan beberapa faktor nombor 11

$
0
0
Subhanallah. Baru tersedar dah masuk tarikh 11 Disember 2019. Sukacita dimaklumkan tarikh ini merupakan ulangtahun ke-11 saya dan isteri, Nor Afidah binti Yusof. Maka itu biar diambil kesempatan untuk berkongsikan satu cerita yang kebetulan membentuk artikel ke-1888 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU ini...


Ini adalah lakaran bagi satu laluan pengembaraan yang 'diangan-angkan' mahu dilakukan pada tahun 2030. Ia telah diletakkan di Facebook sekitar jam 5 pagi semalam. Malam ini sempena sudah masuk ulangtahun perkahwinan ke-11 kami suami isteri biar dipanjangkan cerita. Kiranya artikel ini menerangkan kenapa gambar di FB diiringi teks berikut :-


ANGAN2 TAHUN 2030

Sedang menyimpan angan2 satu perjalanan epik kalau dipanjangkan umur, diberikan kekuatan dan kesihatan juga rezeki yang mencukupi. Berapa ya agak2 kos minyak kalau memandu kereta sendiri sejauh 55,000-60,000 km dalam tempoh 6-7 bulan? Sesiapa ada pengalaman sudah memandu kereta jauh ke luar negara 4,000 km ke atas sila kongsi pengalaman... 



---------------


Sebetulnya 'angan-angan' ini adalah susulan daripada satu harapan pengembaraan yang sudah lama bersarang dalam hati iaitu sejak awal tahun 1990an, ketika saya belajar di London lagi. Ketika itu saya dapat tahu ada seorang dua kawan pernah melakukan pengembaraan merentas Laluan Sutera atau Silk Road dari Eropah merentasi wilayah besar Russia hingga ke China. Ini adalah laluan lama perdagangan dunia yang sudah wujud sejak ribuan tahun yang lampau. Namun apabila sudah meningkat umur harapan ini dilupakan. 

Saya bukanlah orang yang berduit walaupun memiliki latar belakang pelajaran tinggi daripada sebuah universiti luar negara yang tersenarai sebagai antara 10 terbaik di dunia. Pada kala ramai rakan lama menggunakan kelulusan serupa sehingga dapat memegang kedudukan-kedudukan tertinggi dalam dunia korporat, badan-badan kerajaan dan sebagainya, ketika ramai sudah bergelar Datuk dan/atau sudah menjadi jutawan saya masih diri yang lama melepak santai tidak mengejar dunia. Ketika kawan-kawan boleh bila-bila masa membawa keluarga melancong ke New York, Paris dan sebagainya saya masih mengharapkan suatu hari dapat berpeluang menjejakkan kaki kembali di London di mana pernah berlaku beberapa hal penting yang membentuk kehidupan saya tahun 1991-1995. Buat masa ini amat bersyukur saya apabila sekali-sekala dapat membawa isteri dan anak-anak berjalan lasak ke Thailand, Indonesia dan Cambodia. Sedangkan ini cuma perkara kecil, mungkin lekeh bagi mereka yang mengenali saya lalu tahu pada tahap mana sepatutnya saya berada kalau mahu 'menunggang' dunia seperti mereka.

Apabila hendak menjejakkan kaki kembali ke London yang begitu banyak ingatan dan kenangan pun tidak berkemampuan, apatah lagi hendak membuat perjalanan merentas Jalan Sutera. Sehinggalah beberapa tahun lalu saya mendapat tahu seorang rakan sekolej telah melakukannya seorang diri walau dia seorang perempuan berbadan kecil setinggi 5 kaki! Dia telah menaiki rangkaian kereta api yang dikenali sebagai Trans Siberian Railway. Walaupun bergerak daripada arah berlawanan iaitu China ke Eropah yang penting rakan lama ini sudah berjaya melakukannya.

Hal ini membuat harapan mahu melakukannya timbul kembali. Walaupun perjalanan sebegini memerlukan kos yang besar tak mustahil saya boleh melakukannya dengan cara yang lebih murah. Ini adalah berdasarkan pengalaman pernah mengembara seorang diri sejauh 5,900 km merentasi 11 buah negara di Eropah dalam tempoh 33 hari dengan belanja kurang RM1,000 tak mustahil saya boleh melakukannya Lihat Ringkasan perjalanan solo hitchhike keliling Eropah tahun 1995 dan Ulasan buku KEMBARA EROPAH 1995 dalam akhbar Berita Harian. Cuma rakan tersebut tidak pernah berkahwin lalu tidak terikat dengan halangan berkeluarga.

Pengembaraan sebegini memerlukan tempoh tidak kurang sebulan untuk melakukannya. Tapi kalau saya ingin melakukan harus sekurang-kurangnya 3 bulan keluar baru terasa puas. Ini kerana kalau dah sampai ke Eropah tak sah kalau tak pusing sekurang-kurangnya sebulan keliling Eropah pula. Dah tak sah kalau tidak memanjangkan perjalanan hingga ke London demi menggamit kenangan lama. Untuk itu saya harus berada sekurang-kurangnya seminggu di kota besar itu, lagi seminggu dua untuk pusing ke tempat-tempat lain di United Kingdom.

Bagi orang yang berduit cukuplah kalau dapat naik Trans-Siberian Railway ke Moscow kemudian terbang dengan pesawat kembali ke Malaysia. Mereka boleh pergi ke Eropah atau ke London pada bila-bila masa yang lain kerana ada duit. Bagi orang tak berduit seperti saya masa harus digunakan sebanyak mungkin untuk menjejakkan kaki ke sebanyak tempat yang mungkin. 


SYUKUR KERANA MEMILIKI ISTERI YANG MEMAHAMI

Kalau tak salah ingatan 2 atau 3 tahun lepas saya pertama kali memberitahu isteri bahawa pernah menyimpan harapan mahu membuat pengembaraan merentas Laluan Sutera. Tengok-tengok isteri bukan sahaja menyatakan sokongan malah terus mencari cara untuk melakukannya melalui Internet. Inilah permulaan harapan atau 'angan-angan' ini dikongsikan bersama isteri. Cadangannya adalah kami boleh mengambil kereta api Trans-Siberian Railway dari China ke Moscow di Russia. Kemudian sambung perjalanan merentasi Eropah hingga ke London.

Beliau mahu kami pergi sekeluarga bersama 2 orang anak laki-laki kami. Untuk itu haruslah ditunggu ketika anak bongsu kami yang kini berumur 7 tahun habis sekolah. Beliau dijangka mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada tahun 2029. Maka perjalanan boleh dilakukan pada tahun 2030 setelah isteri mengambil pencen awal masuk umur 55 tahun, saya pula masuk umur 60. Sementara menunggu waktu itu sampai bolehlah kami mula menabung...


DARIPADA KERETA API TUKAR JADI KERETA

Petang Isnin baru ini dalam perjalanan kembali ke rumah setelah bermalam di Bukit Fraser isteri memberitahu bahawa baru-baru ini ada pasangan suami isteri berjaya sampai ke sempadan China dengan memandu kereta Kancil 660cc yang berusia lebih 25 tahun. Katanya ketika itu mereka baru merentas jarak 2,500 km. Masih ada 3,500 km mahu direntasi entah ke mana. Rasanya harus termasuk jarak kembali ke Malaysia.

Kami sekeluarga sendiri pernah membuat perjalanan sejauh lebih 4,000 km dengan kereta Kia Carens berusia 17 tahun. Kami beli 2nd hand pada tahun 2014. Kereta buatan tahun 2001 yang didaftarkan tahun 2002 telah dibawa berjalan merata di Semenanjung Malaysia. Paling jauh sekali jalan adalah lebih 4,000 km itu. Ia dibawa sehingga ke Ayuthyya di Thailand... dalam perjalanan pergi dan kembali banyak lokasi dijejaki di selatan Thailand dan utara Semenanjung. Lihat .

Memikirkan hal ini saya cakap dengan isteri apa kata tukar rancangan? Jangan naik kereta api, kita naik kereta sendiri sehingga ke London? Bukan tidak ada orang pernah melakukannya. Ada. Cuma selalunya mereka ada sokongan dana mencukupi. Tapi kalau kereta Kancil 660cc berusia lebih 25 tahun boleh sampai ke sempadan China kenapa tak boleh mencuba dengan Kia Carens kita?


TAKSUB MENGATUR PERKARA

Sebaik sahaja sampai ke rumah dari Bukit Fraser kepala saya ligat mengatur perkara. Dicarilah laluan yang sesuai sambil mengambil kira kedatangan musim sejuk, musim bunga, musim panas, musim luruh dan sebagainya. Didapati bahawa elok dimulakan dengan menghala ke barat melalui Thailand, Burma dan utara India. Sampai ke Pakistan kemudian naik ke Afghanistan ambil kesempatan untuk pergi ke Uzbekistan, Tajikistan dan Turkenistan sebelum masuk ke Iran.

Tujuan saya adalah mahu menjejak jalan ulamak-ulamak silam Islam di negara 'Stan-stan' itu kemudian naik ke Tabriz (ingat Sham at-Tabriz, si Sufi yang pernah menjadi teman akrab Maulana Jalaluddin Rumi) lalu merentas masuk ke Gunung Judi dekat sempadan Turki/Syria/Iraq, dikatakan lokasi mendaratnya bahtera Nabi Nuh AS selepas banjir besar. Daripada situ turun ke selatan menyusuri aliran Sungai Tigris sehingga ke Baghdad untuk menziarahi makam nenda Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani kemudian masuk ke Arab Saudi.

Saya sudah dapat membentuk jadual yang baik supaya dapat sampai ke Mekah masuk musim haji. Kalau dapat peluang bolehlah kami anak-beranak menunaikan haji sekali. Daripada segi laluan perjalanan semua sudah dapat diatur malam semalam. Bersengkang mata saya sehingga sampai waktu untuk bersahur (bagi puasa sunat tengah bulan 13, 14, 15 Rabiulawal) untuk melakukan ini. Tinggal bagaimana betul-betul mengatur kos, bagaimana hendak mendapat belanja yang cukup, bagaimana hendak melepasi sempadan termasuk mendapatkan kebenaran menunaikan haji.


SEMOGA INI BUKAN SEKADAR ANGAN-ANGAN

Sebetulnya banyak lagi faktor perlu difikirkan selain laluan, belanja, visa dan sebagainya. Tetapi lebih penting lagi adakah kami cukup sihat untuk melakukannya apabila sampai masa? Tahun 2030 nanti, kalau panjang umur, isteri berumur 55 tahun, saya 60 tahun. Saya membuat perancangan  dengan memandu sendiri kereta pada kadar purata 300 km sehari selama lebih 6 bulan. Larat ke saya, larat ke kereta?

Tak mengapa. Tak salah untuk berangan-angan. Semoga dibantu Allah SWT diberikan segala yang perlu sehingga menjadi kenyataan. Tak perlulah dikongsikan semua yang dirancang, cukup ada peta sebagai panduan dan ditambah... dijangka ia memerlukan tidak kurang 55,000 km pemanduan. Malam ini timbul gerak untuk berkongsi kerana tarikh 11 Disember ini sudah masuk ulangtahun perkahwinan kami yang ke-11. Sedangkan perjalanan rentas benua ini dicadangkan mahu berlaku pada tahun 2030 iaitu 11 tahun daripada sekarang. Kan banyak faktor 11?

Sesungguhnya nombor 11 memiliki makna tertentu buat diri saya. Sebagai mengakhiri artikel ini yang merupakan ke-1,888 di blogspot ini, biar dilampirkan artikel lama Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh. Dilampirkan juga artikel lama Umrah 2005 - 11 kali 3 perkara di mana saya berpeluang melalukan 11 kali umrah, 11 kali cium Hajarul Aswad dan 11 kali cium Rukun Yamani dalam satu sesi umrah.

'Angan-angan' besar bagi 11 tahun ke hadapan dan beberapa faktor nombor 11

$
0
0
Subhanallah. Tadi beberapa minit selepas jam 12 tengah malam baru tersedar dah masuk tarikh 11 Disember 2019. Sukacita dimaklumkan tarikh ini merupakan ulangtahun ke-11 perkahwinan saya dan isteri, Nor Afidah binti Yusof. Maka itu biar diambil kesempatan untuk berkongsikan satu cerita yang kebetulan membentuk artikel ke-1888 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU ini...


Kelihatan adalah lakaran bagi satu laluan pengembaraan yang 'diangan-angkan' mahu dilakukan pada tahun 2030. Ia telah diletakkan di Facebook sekitar jam 5 pagi semalam. Malam ini sempena sudah masuk ulangtahun perkahwinan ke-11 kami suami isteri biar dipanjangkan cerita. Kiranya artikel ini menerangkan kenapa gambar di FB diiringi teks berikut :-


ANGAN2 TAHUN 2030

Sedang menyimpan angan2 satu perjalanan epik kalau dipanjangkan umur, diberikan kekuatan dan kesihatan juga rezeki yang mencukupi. Berapa ya agak2 kos minyak kalau memandu kereta sendiri sejauh 55,000-60,000 km dalam tempoh 6-7 bulan? Sesiapa ada pengalaman sudah memandu kereta jauh ke luar negara 4,000 km ke atas sila kongsi pengalaman... 



---------------


Sebetulnya 'angan-angan' ini adalah susulan daripada satu harapan pengembaraan yang sudah lama bersarang dalam hati iaitu sejak awal tahun 1990an, ketika saya belajar di London lagi. Ketika itu dapat tahu ada seorang dua kawan pernah melakukan pengembaraan merentas Laluan Sutera atau Silk Road dari Eropah merentasi wilayah besar Russia hingga ke China. Ini adalah laluan lama perdagangan dunia yang sudah wujud sejak ribuan tahun yang lampau. Namun apabila sudah meningkat umur harapan ini dilupakan. 

Saya bukanlah orang yang berduit walaupun memiliki latar belakang pelajaran tinggi daripada sebuah universiti luar negara yang tersenarai sebagai antara 10 terbaik di dunia. Pada kala ramai rakan lama menfaatkan kelulusan serupa sehingga dapat memegang kedudukan-kedudukan tertinggi dalam dunia korporat, badan-badan kerajaan dan sebagainya, ketika ramai sudah bergelar Datuk dan/atau sudah menjadi jutawan saya masih diri yang lama melepak santai tidak mengejar dunia. Ketika kawan-kawan boleh bila-bila masa membawa keluarga melancong ke New York, Paris dan sebagainya saya masih mengharapkan suatu hari nanti dapat berpeluang menjejakkan kaki kembali di London di mana pernah berlaku beberapa hal penting yang membentuk kehidupan saya tahun 1991-1995. Buat masa ini amat bersyukur saya apabila sekali-sekala dapat membawa isteri dan anak-anak berjalan lasak ke Thailand, Indonesia dan Cambodia. Sedangkan ini cuma perkara kecil, mungkin lekeh bagi mereka yang mengenali saya lalu tahu pada tahap mana sepatutnya saya berada kalau mahu 'menunggang' dunia seperti mereka.

Apabila hendak menjejakkan kaki kembali ke London yang menyimpan begitu banyak ingatan dan kenangan peribadi pun tidak berkemampuan, apatah lagi hendak membuat perjalanan merentas Jalan Sutera. Sehinggalah beberapa tahun lalu saya mendapat tahu seorang rakan sekolej telah melakukannya seorang diri walau dia seorang perempuan berbadan kecil setinggi 5 kaki! Dia telah menaiki rangkaian kereta api yang dikenali sebagai Trans Siberian Railway. Walaupun bergerak daripada arah berlawanan iaitu China ke Eropah yang penting rakan lama ini sudah melakukannya.

Hal ini membuat harapan lama timbul kembali. Walaupun perjalanan sebegini memerlukan kos yang besar tak mustahil saya boleh melakukannya dengan cara yang lebih murah apabila timbul dorongan yang cukup kuat. Ini adalah berdasarkan pengalaman pernah mengembara seorang diri sejauh 5,900 km merentasi 11 buah negara di Eropah dalam tempoh 33 hari dengan belanja kurang RM1,000. Lihat Ringkasan perjalanan solo hitchhike keliling Eropah tahun 1995 dan Ulasan buku KEMBARA EROPAH 1995 dalam akhbar Berita Harian. Cuma rakan tersebut tidak pernah berkahwin lalu tidak terikat dengan halangan berkeluarga.

Pengembaraan sebegini memerlukan tempoh tidak kurang sebulan. Tapi untuk  saya sekurang-kurangnya 3 bulan keluar baru boleh puas. Ini kerana kalau dah sampai ke Eropah tak sah kalau tak pusing sekurang-kurangnya sebulan keliling Eropah pula. Dan tak sah kalau tidak memanjangkan perjalanan hingga ke London demi menggamit kenangan lama. Untuk itu saya harus berada sekurang-kurangnya seminggu di kota besar itu dan lagi seminggu dua untuk pusing ke tempat-tempat lain di United Kingdom.

Bagi orang yang berduit cukuplah kalau dapat naik Trans-Siberian Railway ke Moscow kemudian terbang dengan pesawat kembali ke Malaysia. Mereka boleh pergi ke Eropah atau ke London pada bila-bila masa yang lain kerana ada duit untuk melakukannya. Tidak bagi orang tak berduit seperti saya. Bagi saya sebanyak mungkin masa diperlukan untuk menjejakkan kaki ke sebanyak mungkin tempat bila berpeluang untuk bergerak begitu jauh. 


SYUKUR KERANA MEMILIKI ISTERI YANG MEMAHAMI

Kalau tak salah ingatan 2 atau 3 tahun lepas saya pertama kali memberitahu isteri bahawa pernah menyimpan harapan mahu membuat pengembaraan merentas Laluan Sutera. Tengok-tengok isteri bukan sahaja menyokong malah terus mencari cara untuk melakukannya dengan mencari panduan dan cerita-cerita berkenaan di Internet. Inilah permulaan harapan atau 'angan-angan' ini dikongsikan bersama isteri lalu dihidupkan kembali. Cadangannya adalah kami boleh mengambil kereta api Trans-Siberian Railway dari China ke Moscow di Russia. Kemudian sambung perjalanan merentasi Eropah hingga ke London.

Beliau mahu kami pergi sekeluarga bersama 2 orang anak laki-laki kami. Untuk itu haruslah ditunggu ketika anak bongsu kami yang kini berumur 7 tahun habis sekolah. Anak ini dijangka mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada penghujung tahun 2029. Maka perjalanan boleh dilakukan pada tahun 2030. Ketika itu isteri dijangka mengambil pencen awal masuk umur 55 tahun, saya pula masuk umur 60. Sementara menunggu waktu itu sampai bolehlah kami mula menabung...


DARIPADA KERETA API TUKAR JADI KERETA

Petang Isnin baru ini dalam perjalanan kembali ke rumah setelah bermalam di Bukit Fraser isteri memberitahu bahawa baru-baru ini ada pasangan suami isteri berjaya sampai ke sempadan China dengan memandu kereta Kancil 660cc yang berusia lebih 25 tahun. Ini ada diwar-warkan di FB. Katanya ketika itu mereka telah merentas jarak 2,500 km. Masih ada 3,500 km mahu direntasi entah ke mana. Rasanya harus termasuk jarak kembali ke Malaysia.

Kami sekeluarga sendiri pernah membuat perjalanan sejauh lebih 4,000 km dengan kereta Kia Carens berusia 17 tahun. Kami beli 2nd hand pada tahun 2014. Kereta buatan tahun 2001 yang didaftarkan tahun 2002 itu telah dibawa berjalan merata di Semenanjung Malaysia. Paling jauh sekali berjalan setakat ini adalah lebih 4,000 km itu. Ia dibawa sehingga ke Ayuthyya di Thailand... dalam perjalanan pergi dan kembali banyak lokasi dijejaki di selatan Thailand dan utara Semenanjung. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation,.

Memikirkan hal ini saya cakap dengan isteri apa kata tukar rancangan? Jangan naik kereta api, kita naik kereta sendiri sehingga ke London, Bukan tidak ada orang pernah melakukannya. Ada. Cuma selalunya mereka ada sokongan dana mencukupi terutama daripada badan-badan kerajaan. Tapi kalau kereta Kancil 660cc berusia lebih 25 tahun boleh sampai ke sempadan China kenapa tak boleh mencuba dengan Kia Carens kami?


TAKSUB MENGATUR PERKARA

Sebaik sahaja sampai ke rumah dari Bukit Fraser kepala saya ligat mengatur perkara. Dicarilah laluan yang sesuai sambil mengambil kira kedatangan musim sejuk, musim bunga, musim panas, musim luruh dan sebagainya. Didapati bahawa elok dimulakan awal tahun dengan menghala ke barat melalui Thailand, Burma dan utara India. Sampai ke Pakistan kemudian naik ke Afghanistan ambil kesempatan untuk pergi ke Uzbekistan, Tajikistan dan Turkenistan sebelum masuk ke Iran.

Antara tujuan saya adalah mahu menjejak jalan ulamak-ulamak silam Islam di negara 'Stan-stan' itu kemudian naik ke Tabriz (ingat Shams at-Tabriz, si Sufi yang pernah menjadi teman akrab Maulana Jalaluddin Rumi?) lalu merentas masuk ke Gunung Judi dekat sempadan Turki/Syria/Iraq, dikatakan lokasi mendaratnya bahtera Nabi Nuh AS selepas banjir besar. Daripada situ turun ke selatan menyusuri aliran Sungai Tigris sehingga ke Baghdad untuk menziarahi makam nenda, Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani sebelum masuk ke Arab Saudi dari arah sana.

Saya sudah dapat membentuk jadual yang baik supaya dapat sampai ke Mekah masuk musim haji. Kalau dapat peluang bolehlah kami anak-beranak menunaikan haji sekali. Daripada segi laluan perjalanan semua sudah dapat diatur malam semalam. Bersengkang mata saya sehingga sampai waktu bersahur (bagi puasa sunat tengah bulan 13, 14, 15 Rabiulawal)  sebelum Subuh untuk melakukan ini. Tinggal bagaimana betul-betul mahu mengatur kos, bagaimana hendak mendapatkan belanja yang mencukupi, bagaimana hendak melepasi negara-negara tertentu (termasuk yang diketahui selalu ada kekacauan) juga mendapatkan kebenaran menunaikan haji.


SEMOGA INI BUKAN SEKADAR ANGAN-ANGAN

Sebetulnya banyak lagi faktor perlu difikirkan selain laluan, belanja, visa dan sebagainya. Tetapi lebih penting lagi adalah apakah kami cukup sihat tubuh badan dan fikiran untuk melakukannya apabila sampai masa nanti? Tahun 2030 nanti, kalau panjang umur, isteri berumur 55 tahun, saya 60 tahun. Saya membuat perancangan  dengan mahu memandu sendiri kereta pada kadar purata 300 km sehari selama lebih 6 bulan setiap hari. Larat ke saya, larat ke kereta?

Tak mengapa. Tak salah untuk berangan-angan. Semoga dibantu Allah SWT diberikan segala yang perlu sehingga menjadi kenyataan. Tak perlulah dikongsikan semua yang dirancang, cukup ada peta sebagai perkongsian. Dijangka ia memerlukan tidak kurang 55,000 km pemanduan. Malam ini timbul gerak untuk berkongsi kerana tarikh 11 Disember ini sudah masuk ulangtahun perkahwinan kami yang ke-11. Sedangkan perjalanan rentas benua, 2 buah benua iaitu Asia dan Eropah, pergi dan balik ini dicadangkan mahu dilaksanakan pada tahun 2030 iaitu 11 tahun daripada sekarang. Kan banyak faktor 11?

Bukan sekadar itu. Malah tanpa dirancang dan disengajakan perjalanan dibahagikan kepada 11 bahagian. Ini disebabkan had jumlah destinasi atau tempat yang boleh diletakkan dalam Google Map bagi mencari laluan yang bersambung bagi suatu perjalanan. Jadilah bahagian-bahagian itu seperti begini :-

1.Rumah (Rawang, Malaysia) ke Amritsar (India) - Dalam 21-24 hari (6,358 km)

2.Lahore (Pakistan) ke Mekah (Saudi Arabia) - Dalam 26-34 hari (7,912 km)

3.Mekah ke Istanbul (Turki) - Dalam 13-19 hari (3,914 km)

4.Istanbul ke Zurich (Switzerland) - Dalam 16-21 hari (4,802 km)

5.Zurich ke Gibraltar (London) - Dalam 14-19 hari (4,329 km)

6.Gibraltar ke London (United Kingdom) - Dalam 10-13 (3,039 km)

7.Pusing UK hingga ke utara Scotland - Dalam 9-12 hari (2,779 km)

8.London ke Moscow (Russia) - Dalam 16 -20 hari (4,982 km)

9.Moscow ke sempadan Mongolia/China - Dalam 24-27 hari (7,288 km)

10.Merentas China dari utara ke selatan - Dalam 14-17 hari (4,207 km)

11.Sempadan China/Vietnam ke rumah  - Dalam 10-13 hari (2,930 km)


Sesungguhnya nombor 11 memiliki makna tertentu buat diri saya. Sebagai mengakhiri artikel ini yang merupakan ke-1,888 di blogspot ini, biar dilampirkan artikel lama Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh. Dilampirkan juga artikel lama Umrah 2005 - 11 kali 3 perkara di mana saya berpeluang melalukan 11 kali umrah, 11 kali cium Hajarul Aswad dan 11 kali cium Rukun Yamani dalam satu sesi umrah. Harap para pembaca sekalian dapat memanjatkan doa agar usaha ini berjaya. Amin... :]


Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Satu pengenalan setelah selamat dilakukan

$
0
0

Salam petang Jumaat 27 Disember 2019 bersamaan 30 Rabiulakhir 1441 Hijriah. Sukacita dimaklumkan bahawa saya dan keluarga baru menamatkan satu perjalanan pusing utara Semenanjung dan utara Thailand semalam. Perjalanan secara rasmi bermula pada hari Isnin malam Selasa 16 Disember apabila kami keluar dari rumah dengan kereta sendiri menuju ke sempadan Thailand. Seperti pernah dilakukan penghujung tahun 2017 juga awal tahun 2018 kami mahu meliputi banyak tempat dengan memandu kereta sendiri. Rujuk artikel-artikel kompilasi berikut :-



Jejak Wasilah Patani - The compilation


Namun berlaku ujian kereta rosak sehingga tersadai di tepian Lebuh Raya PLUS selepas tengah malam. Ini menganggu rancangan asal iaitu mahu sampai ke kaki Gunung Jerai untuk berehat selewatnya pada jam 3 pagi sebelum menyambung perjalanan masuk ke selatan Thailand melalui Wang Kelian di Perlis selawatnya jam 10 pagi Selasa. Walaupun kemudian kami harus 'berlabuh' lama di suatu tempat untuk menunggu kereta diperbaiki perjalanan dapat diteruskan juga sehingga ke destinasi utama iaitu pantai peranginan Aonang di Krabi menghampiri Phuket. Pun begitu laluan perjalanan harus diubah disebabkan kerosakan.

Perjalanan kali ini dibuat lebih untuk mengembirakan anak-anak berbanding perjalanan-perjalanan terdahulu yang keutamaannya adalah menjejak tempat-tempat bersejarah. Oleh itu tumpuan adalah pada tempat-tempat tarikan pelancongan walaupun ada tempat-tempat bersejarah tetap dijejak. Dua orang anak besar kami, seorang berumur 19 tahun seorang baru lepas menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) turut serta kali ini. Ia adalah kali pertama mereka betul-betul dapat berjalan ke luar negara bersama kami.

Maka bergeraklah kami 6 beranak iaitu saya, isteri, 2 orang anak kecil yang biasa bersama ke sana ke mari dan 2 anak tersebut yang paspot antarabangsa mereka pun baru dibuat bulan November lalu. Perjalanan harus ditamatkan sebelum pagi Khamis 26 Disember kerana isteri harus kembali masuk bekerja hari itu. Alhamdulillah kami sempat sampai ke tempat bekerja isteri di Rawang sejurus masuk waktu Subuh. Berdasarkan tarikh perjalanan dimulakan iaitu 16 Disember sebelum betul-betul tamat 26 Disember ia meliputi tempoh 11 hari.

Daripada segi jarak lebih 2,000 km telah diliputi. Peta (gambar atas) yang dibuat sebelum memulakan perjalanan setakat memberikan gambaran asas tanpa menunjukkan perincian sebenar yang menambah lagi jarak. Nanti bila sampai gerak akan dikongsikan butirannya hari demi hari, insyaallah. Tunggu... :]



Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Manusia merancang Allah SWT jua menentukan

$
0
0
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2020 walaupun pada ketika ayat ini ditulis sudah jam 9.49 malam - sudah hampir 22 jam kita memasuki tarikh 1 Januari 2020 lalu cuma 2 jam lebih sahaja lagi akan masuk tarikh 2 Januari. Merujuk pada artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Satu pengenalan setelah selamat dilakukan yang dipersembahkan Jumaat lalu. Ingin saya berkongsi cerita hari pertama perjalanan yang berkenaan.


Isnin malam Selasa 16 Disember 2019 iaitu 16 hari lalu. Saya dan keluarga bersedia untuk memulakan perjalanan baru ke Thailand dengan menaiki kereta sendiri. Rekod pada kamera menunjukkan gambar atas ini diambil pada jam 9.16 malam. Ketika itu semua barangan yang hendak dibawa sudah dimasukkan ke dalam kereta. Tinggal 2-3 perkara mahu dilakukan sebelum berlepas.  


Jam 9.21 baru kereta bergerak meninggalkan rumah. Adapun dalam artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Satu pengenalan setelah selamat dilakukan ada disebut 2 perjalanan terdahulu ke Thailand yang telah dilakukan dengan kereta sama iaitu pada penghujung tahun 2017 diikuti awal tahun 2018. Sebelum itu kami pernah masuk hingga ke Hatyai dengan kereta kecil hampir penghujung tahun 2010. Saya pergi bersama isteri dan anak kecil berumur tak sampai setahun...


Sekadar mahu mengingatkan berapa kali saya sudah masuk ke negara "Gajah Putih" itu. Biar dibuat senarai seperti berikut :-


1.  Kali pertama dibawa bapa melintas sempadan sama ada di Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam (tak ingat yang mana) semasa zaman kanak-kanak dengan berjalan kaki selepas meletakkan kereta. Ini adalah sekitar tahun 1980an. Dahulu saya tak anggap ia sebagai lawatan pertama kerana cuma masuk setakat melepasi sempadan sahaja. Tetapi apabila difikirkan balik hakikatnya kami tetap sudah masuk ke dalam negara Thailand.

2. Kali kedua semasa masih berkhidmat sebagai wartawan akhbar The New Strait Times (1996-2001). Saya pergi ke Phuket selama lebih seminggu ditemani isteri lama dengan pesawat untuk meliputi acara Asian X-Games tahun 2000. 

3. Kali ketiga dengan kereta mengikut satu rombongan produksi drama yang sedang membuat penggambaran di negeri Kelantan, kalau tak salah ingatan pada pertengahan 2004. Kami menginap satu malam di Golok atau Sungai Kolok. 

4. Kali keempat pertengahan tahun 2010 apabila menaiki kereta api ke Hatyai untuk satu projek buku. Lihat artikel Projek buku keretapi : Ipoh ke Hatyai.... Itu adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke kota tersebut.

5. Kali kelima dengan memandu kereta Kenari sendiri hampir penghujung tahun 2010. Ini yang disebut di bawah gambar sebelum ini. Ia adalah kali pertama bersama isteri kini. Turut bersama adalah anak kami Rasyid yang sedang berusia 10 bulan setengah. Lihat artikel Mencari jejak Merong - Melihat 'masyid' ke Hatyai diikuti Mencari jejak Merong - Dari Hatyai ke Perlis Indera Kayangan...

6. Kali keenam adalah dengan menyeberang Sungai Golok dari Rantau Panjang, Kelantan penghujung tahun 2010. Ketika itu Rasyid sudah berumur setahun lebih. Dua orang anak isteri daripada perkahwinan terdahulu ikut sekali. Lihat Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Sekitar Rantau Panjang, Masjid Beijing dan Golok di selatan Thailand.

7. Kali ketujuh adalah dengan mengikut satu rombongan menaiki van ke Patani awal tahun 2017. Kemudian menyambung berjalan sendiri dengan menaiki kenderaan awam. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.

8. Kelapan dengan memandu kereta Kia Carens sendiri sehingga melepasi Bangkok sampai ke Ayuthayya penghujung tahun 2018. Perjalanan yang disertai saya, isteri, 2 orang anak kecil dan 2 orang kawan ini meliputi banyak lokasi sehingga mencapai jarak pemanduan lebih 4,000 km. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.

9. Kesembilan dengan memandu kereta sama 4 beranak ke Patani melalui Durian Burung di Kedah awal tahun 2018. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.

10.  Kesepuluh dalam perjalanan kembali daripada pusing Cambodia penghujung tahun 2018. Kami 4 beranak ke negara tersebut dengan menaiki pesawat. Kembali ke Malaysia melalui jalan darat merentasi Thailand. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.


Tu dia. Bila dah buat senarai sebegitu baru tersedar dah 10 kali rupanya saya menjejakkan kaki ke Thailand, 5 kali bersama isteri kini, sekali bersama isteri dahulu. Ini lebih banyak daripada perjalanan saya ke Aceh yang sudah 9 kali, 7 kali bersama isteri. Perjalanan terbaru yang dimulakan malam hari 16 Disember 2019 akan menjadi perjalanan saya ke-11 ke Thailand, kali ke-6 bersama isteri. Kali ini 2 anak isteri daripada perkahwinan terdahulu juga dibawa sekali menjadikan jumlah kami 6 beranak dalam satu kereta. Seorang sekarang berumur 19 tahun sedang belajar di kolej, seorang baru lepas menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Untuk itu kami harus bergerak dahulu lebih 20 km ke arah selatan dan barat untuk mengambil di rumah ayah mereka. Selepas itu baru masuk kembali ke lebuh raya menghala ke utara.


Kalau ikutkan rancangan artikel untuk cerita hari pertama perjalanan ini adalah lebih pada mengenangkan perjalanan-perjalanan terdahulu sambil kami bergerak lancar ke arah utara. Ini kerana bukan ada yang nampak sangat dalam perjalanan malam. Esok siang nanti lain cerita dan artikel. Tengok-tengok sampai pada KM305.5 Lebuh Raya PLUS berlaku sesuatu...


Kereta mati enjin dalam perjalanan mendaki bukit di satu kawasan yang kemudian dikenalpasti sebagai tepian Gua Tempurung. Walhal ia baru sahaja 2 hari diambil daripada bengkel selepas menukar timing belt juga minyak hitam dan dibuat lain-lain kerja sebagai persediaan untuk membuat perjalanan jauh yang dijangka melepasi jarak pemanduan lebih 2,000 km. Ketika gambar ini diambil sudah jam 12.36 pagi Selasa 17 Disember. Sebelum itu bunyi enjin kereta jadi kasar semacam kemudian semakin teruk...


Ini bermula sebelum sampai ke perhentian rehat Tapah lalu kami berhenti sebentar untuk melihat apakah masalah. Tapi saya tak perasan apa kebendanya. Perjalanan diteruskan dengan harapan ia cuma masalah sementara yang akan hilang dengan sendirinya. Tengok-tengok kereta boleh tersadai. Nasib baik kebetulan ada orang tengah nak buat kerja penyelenggaraan jalan lalu mengatur kon sehingga melindungi laluan...











Dipendekkan cerita kami dapat menghubungi pihak PLUS untuk mendapatkan bantuan. Jam 1.45 lori angkat kereta pun sampai.





Inilah kali pertama saya merasa naik kereta sendiri diangkut kerana masalah.


Pihak PLUS memberikan perkhidmatan percuma menarik hingga keluar plaza tol terdekat iaitu di Gopeng lebih kurang 9-10 km perjalanan. Kereta diletakkan ke tepi jam 2.10.


Saya cuba menghubungi mekanik kami di Rawang untuk bertanyakan masalah. Beliau menyatakan komitmen sanggup datang untuk melihat lebih dekat.


Sementara itu apa kami anak beranak boleh buat kecuali menunggu dan berehat di surau tol? Nasib baik mereka semua redha. Tidak ada seorang pun merungut.


Jam 4 pagi mekanik kami sampai dengan alatan yang patut lalu memulakan pemeriksaan. Kalau ikut rancangan, pada waktu ini kami anak beranak sudah selamat berehat di surau kaki Gunung Jerai dekat Guar Chempedak di Kedah. Rancangnya selepas matahari naik baru disambung perjalanan supaya dapat melihat pemandangan sebelum masuk ke selatan Thailand melalui Wang Kelian di Perlis. Cadangnya mahu melihat kesan-kesan sejarah orang Melayu di Satun yang dahulunya merupakan wilayah Setul milik Kedah sebelum bergerak ke destinasi utama kami iaitu Krabi sekitar 280 km ke utara sempadan.


Sesungguhnya antara 8 pintu masuk darat ke Thailand cuma laluan ini belum pernah saya gunakan. Lain-lain pintu masuk darat iaitu Padang Besar di Perlis, Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung di Kedah, Pengkalan Hulu di Perak, Bukit Bunga, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Kelantan semua saya dah sampai (Bukit Bunga dekat Jeli isteri belum lalu). Tetapi begitulah kita manusia boleh merancang Allah SWT jua menentukan. Namun tetap juga besar harapan kami agar masalah kereta dapat diselesaikan lalu perjalanan diteruskan menurut laluan yang dirancang walau sudah lari tempoh masanya. Insyaallah masih boleh dikejar...


Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara minyak enjin bocor meleleh dengan bandar raya Ipoh

$
0
0
Salam Jumaat pertama tahun 2020. Sekadar berkongsi satu rasa yang menyenangkan sebelum bergerak pada penceritaan utama kali ini. Biar dicopy paste satu post yang diletakkan di Facebook sekitar jam 1 pagi tadi...


MOTIVASI DIRI BAGI MENYIAPKAN TESIS TAHUN 2020

Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan menyimpan PDF buku "An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines" oleh Seyyed Hossein Nasr (S.H.Nasr) baru malam ini, malam Jumaat pertama tahun 2020 saya betul2 mula membaca dan menelaahnya. Untuk pengetahuan buku yang terbitan pertamanya dikeluarkan tahun 1964 (saya baca revised edition tahun 1978) adalah berdasarkan tesis PhD S.H.Nasr di University of Harvard tahun 1958. Ketika itu intelektual besar Islam yang berasal dari Iran ini sedang berumur 25 tahun (lahir tahun 1933). Beliau asalnya berkecimpung dalam bidang sains (sarjana muda Fizik daripada Massachusetts Institute of Technology tahun 1954 diikuti sarjana atau Masters dalam bidang geologi dan geofizik tahun 1956) sebelum beralih ke bidang falsafah sains diikuti falsafah agama Islam dan Sufi.

S.H. Nasr kemudian menjadi guru kepada Sheikhul Qulliyah ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam), Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Osman mendapat PhD dalam bidang falsafah agama di bawah seliaan S.H. Nasr sekitar tahun 1988. Saya pula kini sedang membuat tesis sarjana di bawah Osman di ISTAC bermula September 2018. Cuma saya sedang diganggu masalah hilang rentak penulisan dan writer's block. Semoga kejayaan menelaah dengan teliti dan menghadam 49 muka surat terawal daripada keseluruhan 346 muka surat buku malam ini membuka jalan untuk kepala dan jiwa jadi lapang lalu terang benderang bagi menyiapkan tesis. Doakan saya berjaya ya... :]


--------------


Itu adalah pada jam 1 pagi. Tidak lama kemudian tergerak untuk menyambung pembacaan sehingga selesai satu bab merangkap 21 muka surat lagi. Tadi pagi pula dapat menyambung 15 muka surat lagi. Petang nanti harus ke ISTAC untuk berjumpa Prof. Osman bagi membincangkan tesis juga sesuatu tentang tariqat. Nah. Baru boleh masuk pada penceritaan utama. Bersambung daripada artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Manusia merancang Allah SWT jua menentukan.


Telah diceritakan dalam artikel 2 hari lalu itu bahawa kereta kami mengalami kerosakan sehingga harus diangkut ke luar tol plaza Gopeng. Jam 6 pagi Selasa 17 Disember 2019 mekanik kami yang sanggup datang dari Rawang berjaya mengenal pasti masalah lalu menunjukkannya kepada saya. Rupa-rupanya oil seal bagi minyak enjin yang terletak di bahagian enjin belakang tayar kanan hadapan bocor teruk. Ditunjukkan bagaimana minyak baru yang dimasukkan  boleh keluar meleleh-leleh apabila pedal minyak ditekan.

Patutlah cermin belakang ada lapisan melekit-lekit penuh dari bawah sampai ke atas. Rupa-rupanya akibat minyak bocor keluar jadi halus ditiup angin melekat. Dan rupa-rupanya saya telah meneruskan pemanduan dalam keadaan minyak enjin dah habis keluar sebelum kereta mati tersadai di KM305.5 Lebuh Raya PLUS. Tetapi menurut mekanik saya bernasib baik kerana beliau telah membuka enjin bahagian atas dan beberapa tempat lalu tidak kelihatan masalah lain malah enjin masih boleh berjalan.

Cuma oil seal itu tidak dapat digantikan di situ kerana ada skru ketat yang cuma dapat dibuka menggunakan peralatan bengkel. Untuk itu kereta harus ditarik kembali ke Rawang. Tapi nak dapatkan lori angkut atau tarik kereta bukannya senang. Walaupun ada yang dapat dihubungi setelah beberapa lama mencuba siang nanti baru dapat datang.


Dekat jam 12 tengah hari iaitu baru muncul lori tarik kereta lalu memulakan kerja. Ini adalah selepas hampir 10 jam kami 6 anak beranak harus berehat di surau tol.


Sambil kereta mula ditarik dengan kami anak beranak semua duduk di dalam boleh kelihatan bukit yang mengandungi Gua Tempurung.





Di sebalik bukit inilah di Lebuh Raya PLUS kereta kami mati lalu tersadai jam 12.30 tengah malam. Hati ini mengatakan ada sebab tertentu kenapa kereta boleh mati di situ. Ia mungkin melibatkan hal ghaib...


Kereta ditarik ke arah utara melepasi pekan lama Gopeng, bukan ke arah selatan menuju ke Rawang.


Kami telah membuat keputusan tidak mahu berpatah balik lebih 150 km ke bengkel biasa kami dekat Sungai Choh, Rawang. Sebaliknya kami menuju ke bengkel milik seorang anak Melayu di kawasan perindustrian Gopeng yang nombornya dapat dicari oleh mekanik kami berdasarkan senarai BMF (Buy Muslim First)...


Kami telah lebih awal memberitahu apakah masalah kereta kepada mekanik Melayu Gopeng melalui telefon. Menurut beliau kalau benar masalahnya cuma oil seal bocor, koyak atau rosak insyaallah boleh diselesaikan hari itu juga. Cuma harus mengambil masa kerana kerja yang perlu dibuat hampir sama seperti menukar timing belt (yang baru kami lakukan beberapa hari sebelum keluar mengembara ini. Rujuk balik cerita berkenaan dalam Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Manusia merancang Allah SWT jua menentukan). Tak apa kata saya. Buatlah kerja. Kami boleh keluar berjalan-jalan.


Daripada bengkel kami berjalan kaki ke jalan besar iaitu jalan lama Kuala Lumpur Ipoh. Dapat menaiki bas 15 km ke pusat bandar raya Ipoh.



Dapatlah berjalan-jalan di ibu negeri Perak. Sebetulnya dalam hati memang ada tersemat rasa untuk singgah. Tetapi disebabkan mahu mengejar jadual, ini tidak dimasukkan dalam rancangan perjalanan...





Pekena hidang "Nasi Ganja" yang terkenal. Inilah antara sebab ada tersemat dalam hati mahu singgah ke Ipoh walau tiada dalam rancangan perjalanan.


Lepaslah juga suatu hajat yang sudah berbulan tersimpan. Kali terakhir saya singgah di Ipoh tak sempat makan kerana sibuk dengan urusan kerja walhal memang nak. Rujuk ceritanya melalui artikel kompilasi  Komplikasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".


Dari kedai makan "Nasi Ganja" sudah dekat ke satu bangunan ikonik Ipoh iaitu Masjid Panglima Kinta...


Kami pun ke sana untuk bersolat dan beriktikaf, sempat bertemu seorang kawan daripada kaum kerabat Panglima Kinta yang juga ada kena mengena dengan kaum kerabat saya daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak.






Hmm. Kebetulan ketika menulis ini saya sedang memakai seluar dan baju yang sama. Set pakaian sama ada dipakai beberapa kali dalam perjalanan Krabi dan selatan Thailand ini. Adapun saya menyambung penulisan ini selepas kembali daripada solat Jumaat bersama-sama anak-anak kemudian ke sekolah agama. Penulisan dimulakan sekitar jam 12.45 selepas mengambil mereka daripada sekolah pagi...



Sekitar jam 5.45 petang baru kami meninggalkan masjid dengan menaiki kereta Grab. Ketika itu baru turun hujan renyai.


Sampai kembali ke bengkel di kawasan perindustrian Gopeng di selatan Ipoh mekanik masih berusaha untuk menyiapkan kereta. Kesihan dia harus berkerja keseorangan kerana pekerjanya bercuti. Namun dia tetap berusaha untuk menyelesaikan perkara...


Jam 10 malam baru kereta dapat dipandu keluar meninggalkan bengkel. Dapatkah kami kembali mengejar jadual yang sudah lebih 24 jam terlewat? Kalau ikut rancangan asal pada waktu ini kami harus sudah puas melihatkan kesan-kesan sejarah orang Melayu di Satun, dahulunya wilayah Setul milik Kedah sebelum menjadi sebahagian daripada wilayah selatan Thailand. Pada waktu ini kami harus sedang berehat sama ada di hotel, mungkin sahaja sebuah masjid dalam perjalanan dari Satun menuju ke destinasi utama kami iaitu Krabi. 

Tetapi Satun masih terletak lebih 360 km ke utara, apa lagi Krabi lebih 270 km lagi jauh. Dan keadaan kereta sebenarnya tidak sebaik yang kami mahu. Jadi bagaimanakah ini? Bilik hotel di Krabi sudah ditempah dan dibayar untuk dimasuki esoknya petang Rabu 18 Disember. Sempatkah kami mengejar waktu? Sedangkan menurut Google Map perlu memandu hampir 9 jam tanpa henti untuk sampai ke sana...



Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Patah sayap bertongkat paruh tetap kami melangkah hingga ke sasaran

$
0
0
Hari ini 5 Januari 2020 genaplah umur isteri saya 45 tahun menurut kalendar Gregorian Barat. Sempena itu biar dipersembahkan artikel bagi hari ke-3 perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 baru ini. Bersambung daripada Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara minyak enjin bocor meleleh dengan bandar raya Ipoh.


Pagi Rabu 18 Disember 2019. Pemandangan dari bilik hotel tempat kami menginap malam sebelumnya.





Inilah hotelnya. Agak-agak kat mana?


Sekitar jam 11 baru kami check out atau mendaftar keluar untuk meneruskan perjalanan...


Ah. Nampak macam masih di Malaysia lagi ini. Tetapi di belah mana?






Kami membuat perhentian di tempat yang kelihatan.


Layan makan tengah hari sebelum meneruskan urusan.



Ah. Apa pula ini? Kenapa kelihatan beg-beg sandang diatur di luar kereta begini.


Meter kereta pula menunjukkan jarak pemanduan sejak meninggalkan rumah kami di Sungai Buaya, Rawang pada hari Isnin malam Selasa 16 Disember baru mencapai 217.9 km. Ini termasuk jarak bergerak ke arah selatan dan barat untuk mengambil dua orang anak besar sebelum menyambung perjalanan ke utara. Rujuk artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Manusia merancang Allah SWT jua menentukan.


Ah. Ni kenapa semua pakai beg sandang? Buat susah-susah je sedangkan kami kan ada kereta?


OK. Sekarang baru boleh diceritakan apakah yang sebenarnya telah berlaku.


Merujuk pada hal kerosakan kereta seperti diceritakan dalam artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Manusia merancang Allah SWT jua menentukan diikuti Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara minyak enjin bocor meleleh dengan bandar raya Ipoh. Adapun ketika kereta masih cuba diperbaiki di kawasan perindustrian Gopeng pada hari Selasa malam Rabu 17 Disember isteri telah menghubungi seorang kawan yang menetap di Ipoh. Kawan tersebut datang ke bengkel untuk bertemu lalu menemani kami. Dibawanya sekali makan malam yang dibeli di kedai berdekatan.


Ketika itu kami masih berharap dapat bertolak ke sempadan Thailand malam itu juga. Ternyata jam 10 malam baru kereta dapat dibawa keluar bengkel. Sudah terlalu lewat untuk masuk ke Thailand yang sempadannya pun masih terletak lebih 320 km ke utara lagi. Ini adalah bersamaan 3 jam setengah perjalanan kereta tanpa henti, itupun kalau melalui lebuh raya. 

Kami sudah terlalu penat hampir 24 jam berhadapan dengan urusan kereta rosak. Kawan tersebut mencadangkan agar berehat dahulu di Ipoh. Malah dia berbaik hati membelanja kami 6 beranak 2 bilik hotel di Simpang Pulai, dekat selatan Ipoh. Kata beliau esok siang baru difikirkan kembali perjalanan.


Sebenarnya kereta kami tidak lagi cukup 'sihat' untuk berjalan jauh. Nak berjalan dekat pun kena berjaga-jaga dan berhati-hati. Bila berhenti di lampu isyarat dan sebagainya enjin mudah mati.


Apa yang berlaku adalah walaupun masalah asal yang menyebabkan enjin kereta mati di Lebuh Raya PLUS bersebelahan Gua Tempurung (Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Manusia merancang Allah SWT jua menentukan ) iaitu oil seal rosak atau koyak dapat diselesaikan timbul masalah lain pula. Ini disebabkan kereta terus dipandu buat beberapa lama dalam keadaan minyak enjin sudah kosong atau keluar kesemuanya.


Walaupun kereta dapat dibawa keluar bengkel ia mengeluarkan bunyi seperti bertih digoreng. Seolah-olah ada suatu sudah patah, seperti ada skru atau cebisan besi berlaga dalam enjin. Difahamkan ini boleh berlaku akibat tiada minyak ataupun pelincir tetapi enjin dipaksa terus bergerak. 

Kerosakan berlaku pada bahagian dalaman yang memerlukan banyak kerja untuk dibuka dan diteliti apa lagi mahu diperbaiki. Mungkin pada injap ataupun valve, mungkin pada crankshaft atau bahasa Melayunya oleng-oleng kalau tak salah.


Yang pasti memang tidak boleh diperbaiki dalam tempoh sehari dua. Kalau diteruskan juga perjalanan takut terbengkalai di tempat lain pula. Atas cadangan kawan dari Ipoh baik kereta ditinggalkan dan diperbaiki di bengkel. Pada mulanya saya ada bertanya pada mekanik muda di Gopeng apakah ini boleh dilakukan di tempatnya sambil kami meneruskan perjalanan menggunakan pengangkutan awam. Beliau tidak dapat memberikan komitmen kerana sudah terikat dengan beberapa kerja lain. 


Kawan dari Ipoh yang merupakan seorang pegawai JPJ, Jabatan Pengangkutan Awam pun menyarankan agar kami berehat dahulu sambil memikirkan jalan. Itu yang diberinya bilik hotel di Simpang Pulai. Ketika itulah beliau menghubungi seorang kawan pomen atau mekanik Melayu yang katanya mampu mengendalikan masalah. Bengkelnya terletak di Chemor, utara Ipoh, dekat terminal bas ekspress di Amanjaya.


Maka diaturlah begini. Siang Rabu bawalah kereta yang enjinnya berbunyi seperti bertih digoreng itu perlahan-lahan ke Amanjaya. Memang jelas bunyi kerosakannya, boleh jadi takut orang yang mendengar.  Dari hotel di Simpang Pulai ada jarak 25 km. Entah boleh sampai ke tidak kami cuma mampu berdoa, berzikir dan mengharap. Kawan tadi sudah kembali ke rumah sendiri malam itu kerana harus masuk bekerja siang hari. Kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini kami harus menguruskan sendiri.

Di Amanjaya boleh bertemu dengan pomen lalu beliau boleh mengambil kereta untuk dibawa ke bengkelnya cuma 2-3 km sahaja daripada terminal bas. Kami pula boleh membeli tiket dan mendapatkan bas di terminal untuk meneruskan perjalanan ke utara. Selain itu boleh dibeli beg-beg sandang ataupun haversack di pusat membeli belah bersebelahan. Alhamdulillah dapat juga sampai lalu melakukan apa yang patut. Itu yang nampak dalam satu gambar atas beg-beg sandang diatur di luar kereta...


Bayangkan. Kami membawa begitu banyak barangan untuk 6 orang beranak dalam kereta. Siap bawa toto dan beberapa helai selimut jika perlu tidur di masjid atau surau mana-mana. Disebabkan hendak memandu kereta sendiri bagi jarak keseluruhan perjalanan yang dijangka dan dirangka akan melebihi 2,000 km kami membawa sebanyak mungkin keperluan termasuk seterika dan cerek eletrik.  Dibawa juga satu beg besar makanan bungkus/segara. Tiba-tiba harus beralih pada beg sandang. 

Bayangkan bagaimana kami perlu mengatur kembali barangan supaya dapat dibawa sebanyak yang mungkin di atas badan pula, bukan lagi dalam kereta. Kalau tahu boleh jadi begini tentu lebih awal disediakan barangan dalam beg sandang. Di rumah ada beberapa buah tapi kami tak bawa. Dah nak kena cari dan beli baru...


Nasib baik ada diskaun atau tawaran baik di pusat membeli belah. Beg sandang jenis bagus yang setiap satu berharga lebih RM120 dapat dibeli pada harga RM70 sebuah. Kami beli 4 untuk dipakai setiap satu oleh saya, isteri dan 2 orang anak besar. Dua orang anak kecil sudah sedia membawa beg sandang saiz kanak-kanak. 

Dengan itu kami mengambil bas ekspress dari Ipoh ke Butterworth. Dari Butterworth naik kereta api komuter ke Padang Besar. Tak dapatlah mengikut rancangan asal masuk ke selatan Thailand melalui Wang Kelian kerana tidak ada kemudahan. Tidak dapat juga dilaksanakan rancangan untuk melihat kesan dan tempat-tempat bersejarah milik orang Melayu di Satun yang dahulunya merupakan wilayah milih Kedah bernama Setul.


Dari Padang Besar ada kereta api sekitar 55 km perjalanan ke Hatyai. Cuma tak sempat hendak dikejar kerana ada satu sahaja setiap petang dan ia dijadualkan bertolak pada jam 5. Dari Ipoh pun kami bertolak dekat jam 3.30 sedangkan tiket dibeli untuk bas jam 2.30 - ia sampai lewat sejam kerana katanya ada kesesakan luar biasa di Lebuh Raya PLUS akibat kemalangan jalan raya. Sampai ke stesyen kereta api Butterworth pun dah dekat 6 petang. Sekitar jam 6.25 baru dapat komuter yang pada jam 7.13 baru sampai ke stesyen Gurun, Kedah. Itu yang ditunjukkan satu gambar di atas kerana kelihatan Gunung Jerai di latar belakang sebagai satu penanda aras.

Kami sampai lalu turun di stesyen Padang Besar pada jam 8.18 malam. Kalau ada kereta api ke Hatyai di situ juga boleh diselesaikan segala urusan imigresyen dan keluar masuk sempadan. Sebaliknya kami harus berjalan kaki jauh untuk sampai ke  pintu keluar sempadan Malaysia bagi kenderaan bermotor dan orang awam (bukan jalan kereta api) sebelum meneruskan ke pintu masuk Thailand yang berkenaan. Selesai segala urusan sudah jam 9.19 malam (waktu Malaysia, waktu Thailand lewat sejam).


Ketika itu tidak ada lagi kenderaan minivan ataupun bas yang boleh dinaiki dengan tambang 50 Baht (hampir bersamaan RM7 pada kadar tukaran semasa) sekepala untuk ke Hatyai. Kami tiada pilihan selain menaiki hi-lux yang ibarat teksi pada harga 1,000 Baht (hampir RM140) sekali pergi satu kereta. Kalau ada minivan kosnya harus paling tinggi pun 300 Baht untuk 6 enam beranak, insyaallah boleh kurang menjadi 250 Baht kerana ada 2 orang kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah. Itupun nasib baik juga ada 2 orang Malaysia yang mahu ke Hatyai naik bersama lalu kos dapat dikongsikan. 

Oh. Kalau menurut jadual asal sepatutnya petang itu kami sudah mendaftar masuk atau check-in di hotel dekat pantai Aonang di Krabi. Duit sewanya pun sudah dibayar melalui atas-talian ataupun on-line. Tapi memang tak sempat nak kejar. Lokasinya adalah lebih 300 km dari Padang Besar. Kalau dari Hatyai pun perjalanan bas memerlukan masa lebih 5 jam.

Itu yang menyebabkan saya memutuskan untuk bermalam di Hatyai, bukan di Krabi seperti yang dirancang dengan memandu kereta sendiri. Sebetulnya semasa di Ipoh malam sebelumnya pun sudah dijangka hal ini lalu dirangka perubahan apabila masuk waktu Isyak... setelah didapati kereta masih belum siap kerja di bengkel Gopeng. Kalau dapat diperbaiki sepenuhnya malam itu pun tak sempat mengejar laluan masuk Wang Kelian ke Satun kerana difahamkan ia tutup jam 10 malam. Kalau nak teruskan masuk ke Thailand kena ikut laluan Bukit Kayu Hitam yang buka 24 jam. 

Sebenarnya masih ada masa untuk berkejar ke Krabi melalui Satun siang hari Rabu. Ini kerana pintu sempadan di Wang Kelian dibuka pada jam 8 pagi kalau tak salah. Masih ada masa untuk berkejar ke sempadan malam itu juga sebelum dipanjangkan perjalanan. Tapi itu kalau kereta dapat diperbaiki sepenuhnya di Gopeng selewatnya tengah malam. Dalam keadaan ini tidak dapat dipastikan menjelang waktu Isyak adalah lebih bijak ditukar rancangan. 

Nasib baik boleh diatur perubahan dengan hotel di Krabi melalui seorang perempuan Melayu warga tempatan. Beliau telah dihubungi isteri bagi perkhidmatan bot ke pulau-pulau di luar pantai Aonang. Dengan pertolongan beliau tarikh tempahan hotel masuk petang Rabu 18 Disember dan keluar tengah hari Jumaat 20 Disember (kami ambil 2 malam) dapat dianjakkan ke Khamis hingga Sabtu 19-21 Disember.


Tentang hal perkongsian tambang 1,000  Baht 'teksi'hi-lux dengan 2 orang Malaysia saya rasa harus menyatakan ini. Salah seorang daripada 2 orang ini ada mendakwa merasa kasihan melihat kami sekeluarga berjalan penat-penat dengan beg-bes besar lalu sanggup menunggu kami selesai urusan imigresyen Thailand supaya dapat berkongsi kenderaan bersama. Katanya untuk menjimatkan kos kami. Saya yang bersifat lurus bendul pun terus membuat kira-kira begini atas nama keadilan pengagihan kos. Kami ada 6 beranak tapi 2 orang daripada adalah kanak-kanak. Jadi biar kanak-kanak dikira separuh kos dewasa. 

Maka jadilah kos untuk kami seperti 5 orang dewasa (4 dewasa + 2 orang kanak-kanak x 1/2 kos dewasa). Campur dengan 2 orang Malaysia tadi jadi 7 bahagian. Maka kos yang boleh dikira adil adalah 1,000 Baht dibahagi 7 kemudian dikali kembali dengan jumlah masing-masing. Jadilah begini = 1,000 / 7 = 142.857 atau bulatkan jadi 143 Baht seorang. Maka untuk kami anak beranak jadi 143 x 5 = 715 Baht. Bulatkan jadi 700 Baht. Baki 300 Baht mereka berdua tambah ataupun top-up.

Hal ini kelihatan cukup adil kerana bila masuk hi-lux pun mereka berdua dapat ruang duduk biasa di  hadapan yang cukup selesa bersama saya dan seorang anak laki-laki. Isteri dan anak-anak lain duduk bersila di bahagian belakang yang tiada kerusi.  Apabila sampai ke Hatyai yang mana perkara pertama dibuat adalah ke stesyen bas kerana 2 orang tadi mahu ke Bangkok begitulah pembahagian bayaran. Apabila didapati tiada lagi bas malam kami diusung dahulu ke sana ke mari untuk mereka mencari tempat makan sebelum kami dihantar ke hotel tengah kota yang ditempah dalam bas Ipoh ke Butterworth.

Bila difikirkan kembali dengan teliti hal ini terasa seperti telah diguna. Kalau betullah orang Malaysia tadi benar-benar mahu menolong kami dia boleh membuat tawaran pembahagian kos 50/50. Saya bayar 500 Baht untuk kami sekeluarga, dia 500 Baht untuk diri dan kawannya. Daripada segi per kepala memang kelihatan tidak adil. Tetapi daripada segi hakikat perkara? 

Saya boleh sahaja mengambil satu kereta hi-lux dengan bayaran 1,000 Baht itu lalu bergerak  lebih selesa anak beranak kerana cuma kami sahaja mengambil ruang tanpa perlu memikirkan kehendak dan laluan orang lain. Ini boleh disamakan dengan bayaran 200 Baht untuk 4 orang dewasa campur 100 Baht bagi 2 orang kanak-kanak. Memang pun kami ditawarkan begitu apabila terjumpa warga tempatan berkenaan di luar kompleks imigresyen Thailand. Tetapi untuk 2 orang Malaysia itu? Kalau ambil satu kereta tanpa berkongsi dengan kami tetap kena 1,000 Baht. Bagi 2 orang bersamaan 500 Baht satu kepala. Nampak tak siapakah sebenarnya yang untung? Siapa sebenarnya menolong siapa?

Saya rasa harus menyebut cerita ini panjang lebar kerana melihat hal serupa selalu berlaku dalam dunia nyata. Orang yang manis mulut seperti orang politik selalu mendakwa melakukan sesuatu atas dasar kasihan atau 'ikhlas' mahu menolong kita. Walhal kira-kira sebenarnya apabila dapat diperincikan segala butiran adalah mereka menolong diri sendiri sahaja. Itupun nasib baik kalau tidak ditipu lalu diambilnya lain-lain bahagian daripada kita...

Apapun alhamdulillah kami selamat sampai ke Thailand lalu dapat berjalan-jalan di bandar raya Hatyai sebelum kembali menginap di hotel. Walaupun keadaan kami boleh dikatakan hampir ibarat seperti "patah sayap bertongkat paruh" tetap kami terus melangkah dengan melakukan beberapa perubahan rancangan. Paling baik sebenarnya dalam keadaan ini adalah dapat melihat bagaimana isteri dan anak-anak tidak langsung merungut malah terus ceria menghadapi dugaan yang boleh tahan berat. Dalam keadaan ini rasa sayang kepada isteri terasa semakin bertambah-tambah. Sesungguhnya dia memang perempuan yang hebat, dapat menampung dan membantu perjuanganku bagi menghadapi cabaran besar ummah akhir zaman. Selamat hari jadi yang ke-45 wahai isteri tersayang... :]


Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Ke destinasi utama walau terlewat satu hari

$
0
0
Salam 7 Januari 2020 bersamaan 11 Jamadilawal 1441 Hijriah. Masuk pada cerita hari ke-4 perjalanan saya dan keluarga ke selatan Thailand baru ini. Bersambung daripada artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Patah sayap bertongkat paruh tetap kami melangkah hingga ke sasaran.


Pagi Khamis 19 Disember 2019. Keluar sebentar daripada hotel tempat kami menginap di Hatyai sementara isteri dan anak-anak terus berehat.


Selepas menghirup udara luar bawah saya naik ke lantai tertinggi dapat dicapai di hotel. Ia memberikan pemandangan menarik bagi kota yang merupakan terbesar di Thailand selatan dari Bangkok. Lihat artikel Views from top floor of Hatyai's Central Hotel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Menuju kembali ke bilik di tingkat 6 kelihatan papan tanda kecemasan. Lihat betapa lentiknya orang-orang yang lari daripada api itu. Ni 'aw-awa' ke pompuan? :]


Jam 12 tengah hari baru bersedia untuk meninggalkan hotel.


Sesungguhnya setelah melalui cabaran kereta rosak yang boleh sahaja membatalkan langsung  perjalanan lega sungguh kami sudah sampai dan menginap satu malam di selatan Thailand. Rujuk kembali cabaran dan perasaan yang dinyatakan dalam 3 artikel terdahulu :-





Sekarang sampai masanya untuk bergerak ke destinasi utama bagi perjalanan ini iaitu Krabi lebih 270 km ke arah utara Hatyai. Tanpa perlu menunggu lama dapat kenderaan tuk-tuk di luar hotel dengan harga berpatutan ke stesyen utama bas. Kalau tak kami ambil Grab...


Yang bawa pun orang Melayu tempatan, seorang pakcik tua yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Harga tak banyak beza dengan Grab bagi jarak yang sama malah ruangan lebih selesa dan luas lagi.


Seronok anak bongsu kami si Johan. Dia memang suka naik tuk-tuk. Tapi katanya paling best adalah di Cambodia penghujung tahun 2018 terutama di Siem Reap dan Kampong Cham. Di kedua-dua tempat ini kami naik tuk-tuk yang buatannya kelihatan seperti kereta kuda ditarik dengan motosikal. Lihat artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Siem Reap sebagai tapak permulaan penjelajahan diikuti Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Antara tarikan purba kuil Preah Vihear dengan panggilan keMelayuan Kampong Cham.


Pakcik tersebut menunjukkan kami sebuah kedai Muslim halal yang terdekat dengan kaunter tiket bas ke Krabi. Diturunkan kami dengan pesan jangan dilayan nanti orang-orang yang menawarkan tiket di luar kaunter. Mereka memang nak ambil untung lebih.


Selepas makan tengah hari puas-puas kami pun ke kaunter. Sebetulnya hari sebelumnya pun saya sudah meneliti harga dan senarai tambang serta kenderaan ke Krabi melalui Internet. Dengan terus pergi ke kaunter bas tempatan tanpa melalui ejen kami mendapat harga tiket yang lebih separuh murah berbanding apa yang biasa disuakan kepada pelancong dalam Internet.


Dan alhamdulillah juga dapat bas yang sudah mahu bergerak jam 1.30 petang. 


Ia sebenarnya adalah bas ke Phuket yang membuat perhentian di stesyen Krabi.


Basnya cukup selesa. Kami 6 beranak  'conquer' 2 baris tempat duduk di belakang...


Jam 4 berhenti di kota Trang untuk penumpang makan dan sebagainya.


Letaknya lebih sedikit separuh perjalanan ke Krabi.


Menurut rancangan asal sepatutnya hari sebelumnya iaitu petang Rabu  18 Disember kami sudah selamat sampai lalu mendaftar masuk ke sebuah hotel di Krabi.


Menurut rancangan itu lagi sepatutnya siang hari Khamis itu 19 Disember pula dipenuhi dengan perjalanan menaiki bot melawat beberapa pulau di luar pantai Ao Nang 16 km ke timur bandar Krabi.


Tapi apa nak buat? Rancangan memandu kereta sendiri pusing selatan Thailand sudah bertukar menjadi perjalanan backpackers atau merantau dengan beg sandang akibat kerosakan kereta. Jam 6.45 baru sampai ke stesyen bas Krabi. Ketika itu sudah gelap, masuk malam Jumaat. Di situ sudah masuk Maghrib sekitar jam 6.10 waktu tempatan yang bersamaan 7.10 waktu Malaysia.


Kami makan malam dahulu di sebuah kedai berdekatan.


Jam 7.43 baru naik tuk tuk ke hotel mendekati pantai Ao Nang.



Zhenghe dan situasi Islam di China masa kini

$
0
0
Salam awal pagi Jumaat 10 Januari, Jumaat ke-2 bagi tahun 2020. Ada sedikit perkongsian daripada satu majlis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) petang semalam.


Petang Khamis 2 Januari iaitu pada 8 hari lalu saya mendapat WhatsApp memberitahu tentang acara yang tertera pada poster. Ini adalah majlis pelancaran apa yang dipanggil sebagai Zhenghe Forum Secretariat. Ia merujuk kepada suatu medan perbincangan hubungan China-Malaysia atas nama Laksamana Zhenghe, kadangkala dieja Zheng He. Untuk makluman tokoh hebat ini lebih dikenali oleh para peminat dan pengkaji sejarah Melayu sebagai Laksamana Cheng Ho. 

Beliau adalah pemimpin besar armada kapal kerajaan Cina zaman Dinasti Ming yang terkenal pernah membuat persinggahan beberapa kali di pelabuhan-pelabuhan kerajaan Melayu termasuk Kota Melaka abad ke-15. Atas sebab itu beliau boleh dijadikan ikon hubungan China-Malaysia. Ini boleh digunakan untuk memperbaiki hubungan China tanah besar mereka dengan orang Melayu malah rakyat Malaysia berketurunan Cina dengan orang Melayu.

Tentang Zhenghe atau Cheng Ho yang dikatakan beragama Islam malah sesetengah pihak percaya  berketurunan Nabi Muhammad SAW sudah banyak diperkatakan orang. Tentang majlis pula saya tak tahu apakah yang akan diperbincangkan kecuali ia adalah pelancaran bagi sekretariat berkenaan. Namun sejak minggu lepas saya telah memberikan komitmen untuk datang agar dapat bertemu dengan dua orang rakan aktivis dalam dunia persilatan dan kedaulatan Melayu selepas majlis. Ini adalah untuk membincangkan penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC yang dirancang mahu diadakan pada hari Sabtu 22 Februari 2020. Rujuk blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) tentang apa itu HIKMAH.


Tanpa mengetahui apa-apa pun tentang atur cara kecuali ia dijadualkan bermula jam 2.30 petang Khamis semalam 9 Januari 2020 saya bergegas ke ISTAC dengan menunggang motosikal besar kesayangan selepas menghantar anak-anak ke sekolah agama jam 2 petang. Cuma disebabkan jarak 40 km dari rumah diikuti harus membuat persinggahan ke Batu Caves kemudian suatu tempat di Jalan Ipoh untuk urusan berkenaan buku jam 3.23 petang baru sampai ke perkarangan ISTAC.


Bila dah masuk ke dalam baru nampak apakah yang ada pada majlis.


Baru tahu ada pembentangan ilmu daripada nama-nama yang tertera dalam poster. Sebelum itu yang diedarkan secara elektronik melalui Facebook dan WhatsApp adalah poster tanpa menyebut nama seperti dikongsikan pada awal artikel ini. Apapun ini adalah majlis ilmu pertama saya hadiri di ISTAC buat tahun 2020. Petang Jumaat lepas 3 Januari saya pertama kali datang ke ISTAC pada tahun baru untuk membincangkan tesis dan hal berkaitan bersama penyelia tesis saya, Sheikhul Quliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar.


Ketika masuk ke dalam bilik pembentangan jam 3.26 kedengaran Osman sedang memberikan kata-kata. Rupa-rupanya ia adalah kata-kata penutup daripada beliau sebagai pembentang ketiga dan terakhir majlis. Selepas itu terus masuk sesi soal jawab dan perkongsian pandangan daripada para hadirin. Namun berdasarkan apa yang disebut semasa sesi rasanya saya tidaklah terlepas terlalu banyak tentang Zhenghe.


Saya berkata begini kerana sudah membaca agak banyak tentang tokoh ini. Beliau dikatakan memimpin armada 300 buah kapal dengan 30,000 anak kapal lalu pernah belayar melepasi Lautan Hindi ke Mekah (melalui Jeddah) bagi menunaikan haji. Saya juga sudah menghadiri beberapa majlis ilmu melibatkan Zhenghe. Selain tentang tokoh selalu diperkatakan tentang Islam di China sekurang-kurangnya pada tempoh waktu berkenaan. Lihat artikel-artikel berikut :-







Terus terang cakap pada ketika ini saya kurang berminat untuk tahu tentang Zhenghe dan situasi Islam di China masa lalu. Sebaliknya saya lebih mahu tahu situasi pada masa kini. Daripada segi itu cuma satusoalan yang dibangkitkan pada pusingan pertama sesi soal jawab dan perkongsian pandangan menarik perhatian iaitu mengapa kelihatan hubungan China-Malaysia adalah lebih baik berbanding hubungan China-Singapura? Pembentang pertama iaitu mantan duta Malaysia ke China, Dato' Abdul Majid Ahmad Khan menjawab dengan mengatakan ada kelebihan yang ada pada Malaysia tidak ada pada Singapura. Begitu juga sebaliknya. Namun diakui hubungan China-Malaysia lebih baik berbanding hubungan China-Singapura tanpa memperincikan sebabnya.

Masuk pusingan kedua sesi soal jawab dan perkongsian pandangan saya mengambil peluang untuk bertanya apakah sebenarnya situasi umat Islam etnik Uyghur di wilayah Xinjiang yang dulu dikenali sebagai Turkistan Timur. Betulkah mereka ditindas teruk seperti sering dilaporkan media Barat? Atau ia adalah usaha untuk memburuk-burukkan China? China mendakwa tidak ada membuat apa-apa penindasan. Yang ada cuma usaha membetulkan kepincangan tertentu menurut cara yang boleh diterima...

Dalam hal ini terpanggil saya untuk berkongsi sedikit cerita tentang satu majlis kecil makan malam bersama sejumlah kawan-kawan yang pernah duduk sebilik semasa zaman kolej 30 tahun lalu.  Ia diadakan kurang 2 minggu lalu apabila seorang kawan lama yang sekarang sedang memegang jawatan duta besar Malaysia ke China bercuti ke tanah air. Dah tentulah ada antara kami bertanya tentang situasi di Xinjiang itu. Kawan tersebut cuma menjawab ia harus berada di 'tengah-tengah' (somewhere in-between) antara situasi yang dilaporkan media Barat dengan apa yang dilaporkan oleh China.

Kami tidak bertanya lebih setelah itu kerana faham kedudukan kawan itu harus menjaga kata-kata sebagai seorang diplomat utama. Apa lagi antara kami ada 2 orang bekas wartawan termasuk saya. Takut nanti ada yang terlepas cakap kepada umum sehingga boleh menyusahkan kawan. Tentang ini Abdul Majid tidak mahu berkata apa-apa. Beliau cuma menjawab hal kedua ditanyakan saya iaitu bagaimana tentang satu perselisihan yang berlaku baru-baru ini di perairan Pulau Natuna, dalam Laut Cina Selatan antara kapal peronda Indonesia dengan kapal peronda China? Ini dilaporkan berlaku kerana China 'menceroboh'. Sedangkan menurut konvesyen antarabangsa ia memang perairan Indonesia.

Kata Abdul Majid ia memang hal yang susah untuk diselesaikan kerana masing-masing pihak berpegang pada pendirian masing-masing. Memang konvesyen antarabangsa meletakkan ia dalam perairan Indonesia. Tetapi China tidak menerima konvensyen tersebut. Sebaliknya mereka memberikan alasan sejarah bahawa para nelayan China sudah lama mencari ikan di situ sejak zaman berzaman...


Sebetulnya kalau tidak ada sesiapa pun mahu menjawab tentang hal Uyghur dan Xinjiang ini tak mengapa. Saya boleh faham kerana banyak perkara perlu dijaga apa lagi pada majlis terbuka seperti ini. Ada hadirin daripada negara-negara luar termasuk diplomat dan pensyarah daripada Iran dan sebagainya selain rakyat China. Maka itu Osman yang turut mempengerusikan majlis tidak menekan bagi mendapatkan jawaban atau apa-apa kepastian. Sebaliknya pembentang kedua, Profesor Madya Dr Haiyun Ma yang merupakan seorang China Muslim tapi bertugas di Amerika sudi memberikan sedikit pencerahan. Kata beliau harus dilihat Xinjiang dalam konteks apa yang berlaku selepas kejatuhan Soviet Union (sekarang Russia) iaitu pada tahun 1990an diikuti situasi di negara-negara berdekatan seperti Afghanistan. Ada kumpulan-kumpulan ekstremis Islam muncul membuat keganasan dan di Xinjiang sendiri timbul kumpulan-kumpulan pemisah yang bermasalah. Diakui memang ada 'something going on' (sesuatu yang berlaku, kita faham-faham aje le). Tetapi ia harus dilihat dalam konteks China harus berhadapan dengan pihak-pihak yang membuat kekacauan. 

Turut saya tanya dalam hal Xinjiang juga perselisihan perairan di Laut Cina Selatan adalah bagaimana caranya sekretariat boleh melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah. Jawaban diplomatik yang dibuat Osman adalah secara adilnya (to be fair) ini bukanlah tempatnya untuk melakukan itu. Cukuplah perkongsian daripada majlis ilmu pertama di ISTAC dihadiri buat tahun ini, merangkap majlis ilmu pertama 2020 dihadiri di mana-mana.






Viewing all 1486 articles
Browse latest View live