Quantcast
Channel: CATATAN SI MERAH SILU
Viewing all 1493 articles
Browse latest View live

Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Koleksi penuh live FB

$
0
0
Salam pagi Rabu 17 Syawal. Ada satu lagi artikel hendak dipersembahkan bagi pengembaraan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September sebelum semua pautan artikel dikumpulkan dalam satu kompilasi. Bersambung daripada Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Makam-makam Makhdum di Banda Aceh, Daya dan Barus. Apakah terkait dengan Dinasti Makhdum di Perlak?

Adapun sepanjang perjalanan 8 hari 7 malam yang meliputi jarak rentas darat lebih 1,800 km itu saya dan isteri ada membuat beberapa siaran langsung melalui Facebook ataupun live FB. Ini mengambil kesempatan atas pakej data untuk telefon bimbit yang telah dibeli di Aceh. Dahulu kami tidak pernah menggunakan kemudahan ini. Cuma apabila membuat perjalanan memandu kereta sendiri di Thailand sehingga ke kota Ayuthayya penghujung tahun 2017 baru kami berbuat begitu kerana keperluan untuk menggunakan sistem navigasi Google Map bagi mencari sendiri jalan ke tempat-tempat. Rujuk artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation

Sejak itu kami akan membeli pakej data apabila ke luar negara. Ini dimanfaatkan sepenuhnya dalam perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera dan berikut adalah hasilnya. Klik pada pautan-pautan yang ditanda dengan perkataan "sini" untuk melihat video yang berkenaan...


 1. Sedikit pengenalan perjalanan di KLIA2

     sini

 2. Pantai Lhok Seudu

     sini

 3. Pagi Khamis di Lhoong

     sini

 4. Makam syahid tepi pantai

     sini

 5. Puncak Geurute

     sini

 6. Mencari keturunan Portugis mata biru di Lamno

     sini

 7. Masjid raya Meulaboh

     sini

 8. Sedikit cerita dari Blangpidie

     sini

 9. Makam Sheikh Muda Waly

     sini

10. Makam Tuan Tapa

      sini

11. Jalan-jalan Tapak Tuan

      sini

12. Masjid lama Tapak Tuan

     sini

13. Sejarah Tapak Tuan

      sini

14. Makam  Raja-raja Trumon

       sini

15.  Benteng Trumon

       sini

16.  Tazkirah pagi Jumaat di masjid Barus

       sini

17.  Bacaan Al-Mathurat

       sini

18.  Masjid raya Barus

      sini

19.  Jalan-jalan di Barus

       sini

20. Makam Tuan Machdum

      sini

21. Makam Ibrahim Syah, pendakwah dan raja Islam Barus

      sini

22. Ke makam atas puncak bukit tinggi

      sini

23. Naik 1,000 anak tangga

      sini

24. Makam Sheikh Mahmud Papan Tinggi

      a. sini

      b. sini

25.  Makam Mahligai

       sini

26.  Ke Danau Toba

       sini

27. Menara Pandang Tele Samosir

      sini

28. Acara HIKMAH ke-21 – Sesi makam Sultan Malikus Saleh

      a. sini

      b. sini

      c. sini

      d. sini

29. Muzium Samudera Pasai

      a. sini

      b. sini

30. Monumen Islam Samudera Pasai

     a. sini

     b. sini

31. Siap bergerak pagi Isnin

     sini

32. Makam Ratu Nahrisyah

     sini

33. Makam Sidi Abdullah Abbasiyah

     sini

34. Rumah dan makam Teungku Chik Awee Geutah

     a. sini

     b. sini

     c. sini

     d. sini

     e. sini

     f. sini

35. Berkejar ke lokasi acara pagi Selasa

      a. sini

36. Acara HIKMAH ke-21 – Sesi Banda Aceh

      a. sini

      b. sini

      c. sini

      d. sini

37. Kubah hanyut

      sini

38. Makam Sheikh Abdul Rauf Singkel

      sini

39.  Subuh di Masjid Baiturrahman

       a. sini

       b. sini

40. Pagi Rabu di Banda Aceh

      sini

41. Muzium Aceh

      sini

42. Makam Iskandar Muda

      sini

43. Kandang VII

      sini

44. Kenangan Tsunami Kapal atas Rumah

      sini

45. Makam Muda Selangor

      sini

46. Perumahan Jackie Chan

      sini

47. Makam Laksamana Raja Kemalahayati

      sini




Aksara, naskhah & Tamadun Alam Melayu - Ilmu jimak Melayu, jin laga lembu dan kelebihan Ahlul Bait

$
0
0
Meneruskan perkongsian tentang persidangan manuskrip di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 15-17 Oktober. Bersambung daripada artikel Aksara, naskhah & Tamadun Alam Melayu - Daripada perkembangan tulisan ke pemikiran akal logik mantik.


Pada penghujung artikel Aksara, naskhah & Tamadun Alam Melayu - Daripada perkembangan tulisan ke pemikiran akal logik mantik ada disebut selepas mempersembahkan artikel tersebut dekat jam 8.30 semalam saya harus menyelesaikan satu urusan di satu tempat di Cheras 21 km ke selatan PNM. Kemudian carilah tempat tidur di mana-mana masjid ataupun surau asalkan mudah untuk ke majlis bagi sesi pagi keesokannya Rabu 16 Oktober. Alhamdulillah saya dapat menginap di sebuah masjid di Taman Maluri. Lihat artikel Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri waktu Subuh (Mosque of Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri early morning) di blogspotSENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Selepas Subuh singgah bersarapan mee lontong dan lontong pecal (ya, saya makan 2 pinggan) berserta teh telur (teh diletak telur) di Chow Kit kemudian sampai ke perpustakaan jam 8.41.



Menurut atur cara majlis harus bermula jam 8.30. Sebetulnya ia dimulakan selepas jam 9. Beginilah atur cara yang diberikan beberapa waktu dahulu...


8.30 pagi – 10.00 pagi : Sesi IV Ilmu Maritim, Arkeologi dan Teknologi

Pengerusi : Prof. Dr. Jelani bin Harun (Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang)

Pembentang : YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Hashim bin Musa (Universiti Malaya) - Teknologi Perkapalan Melayu: Jong dan Ghali Meredah Tujuh Lautan

Pembentang : Dr. Nasha bin Rodziadi Khaw (Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang) - Kebudayaan Melayu Pra-Islam Berdasarkan Penemuan di Kedah Tua

Pembentang : Dr. Ar. Mastor bin Surat (Universiti Kebangsaan Malaysia) - Ketamadunan Senibina Melayu: Purba, Warisan Kedaerahan dan Semasa

Sesi soal jawab

10.00 pagi : Minum pagi

10.30 pagi – 1.00 t/hari : Sesi V Ilmu Tradisional Melayu: Perubatan Seksologi dan Ilustrasi/Mantera

Pengerusi : Dr. Dzul Haimi bin Md Zain

Pembentang : Prof. Madya Dr. Mohd Affendi Mohd Shafri (Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan,Pahang) - Kaedah Melombong Data Manuskrip Perubatan Melayu untuk Kajian Moden

Pembentang : Encik Nasiruddin bin Mohd Sobri - Ilmu Seksologi

Pembentang : Dr. Farouk Yahya (University of London, SOAS) - Mohor Nubuat di dalam Manuskrip Asia Tenggara

Pembentang : Encik Shahrul Anuar (USM) - Intipati Ilustrasi Visual Jin Dalam Manuskrip Pelaga Lembu

Sesi soal jawab

1.00 t/hari - 2.00 petang : Makan tengahari / solat

2.30 petang - 4.30 petang : Sesi VI Bicara Akademik: Kesusasteraan Melayu (Warkah, Prosa, Hikayat dan Kitab Agama) (Sidang Selari)

Pengerusi : Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Hashim bin Musa

Pembentang : Prof. Dr. Muhammad Mustaqim bin Mohd. Zarif (Universiti Sains Islam Malaysia) - Penjaga bagi Segala yang Lalai dan Nasihat bagi Segala Raja-Raja: Warisan Karya Ketatanegaraan Kedah Abad ke-19

Pembentang : Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Ibrahim bin Ampuan Haji Tengah (Universiti Brunei Darussalam) - Manuskrip Melayu Bidang Kesusasteraan : Hikayat Dewa Putera Haripan & Syair Kasih Negeri Brunei

Sesi soal Jawab

3.30 petang - 4.30 petang : Sesi VII Fesyen: Pengaruh Iluminasi dalam Busana Masyarakat (Sidang Selari)

Pengerusi : SN. Dr. Siti Zainon binti Ismail (Konsultan Seni Budaya Warisan Galeri Melora)

Pembentang : Prof. Madya Dr. Ab. Razak bin Ab. Karim (Universiti Malaya) - Iluminasi Manuskrip Melayu: Pengkomersialan Untuk Industri Kreatif

Pembentang : Dr. Promono (Universitas Andalas Padang, Indonesia) - Busana Corak Iluminasi

Pembentang : Dr. Dzul Haimi bin Md Zain - Manifestasi Mujarad Alam Sejadi dalam Iluminasi Al-Qur’an dan kaitannya dengan busana tradisi Melayu

Sesi soal jawab

5.00 petang : Bersurai


Pembentang pertama Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hashim bin Musa daripada Universiti Malaya membawa tajuk "Teknologi Perkapalan Melayu: Jong dan Ghali Meredah Tujuh Lautan"


Ditunjukkan laluan biasa perkapalan zaman dahulukala. Diterangkan bagaimana ia dipengaruhi tiupan angin monsun di Asia Tenggara...





Diterangkan juga jenis-jenis kapal Melayu zaman itu. Tetapi saya paling tertarik apabila ditunjukkan laluan lama yang digunakan untuk memotong dari Laut Merah ke Laut Mediterranean iaitu sebelum Terusan Suez dibuka tahun 1869. Hashim menunjukkan ini bagi membuktikan bahawa pelayaran pahlawan Melayu terkenal iaitu Hang Tuah dari Jeddah menuju ke Rum (Istanbul) seperti diceritakan dalam kitab Hikayat Hang Tuah berlaku pada zamannya (abad ke-15 Masihi) bukanlah khayalan. Jika tiada laluan lama ini mustahil kapal dapat lepas kerana Laut Merah dan Laut Mediterranean terpisah jauh oleh daratan.


Pembentang seterusnya, cendekiawan muda Dr. Nasha bin Rodziadi Khaw daripada Universiti Sains Malaysia (USM) membawa tajuk "Kebudayaan Melayu Pra-Islam Berdasarkan Penemuan di Kedah Tua"


Beliau yang merupakan antara beberapa kerat pengkaji tempatan yang mampu membaca bahasa Sanskrit dalam tulisan atau skrip Pallava cuba menelusuri sejarah lama Kedah Tua berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi yang telah dibuat USM di kawasan berkenaan.


Dibuat perbandingan antara Melaka dengan Kedah Tua bagi menanggapi persoalan...








Pembentang  ketiga Dr. Ar. Mastor bin Surat daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) datang berbusana tradisional Melayu penuh bagi membawa tajuk "Ketamadunan Senibina Melayu: Purba, Warisan Kedaerahan dan Semasa"





Menurut beliau orang Melayu lama adalah pencipta bangunan piramid. Konsep ini masih dikekalkan pada bumbung masjid-masjid lama yang dibina seperti piramid bertingkat daripada kayu...


Gambar ini diambil jam 11.29 setelah beberapa lama sesi kedua merangkap sesi ke-5 secara keseluruhan (sejak hari pertama) bermula. Temanya, "Ilmu Tradisional Melayu: Perubatan, Seksologi dan Ilustrasi/Mantera" kedengaran amat menarik. Faham-faham sendirilah kenapa... :]


Pembentang pertama Prof. Madya Dr. Mohd Affendi Mohd Shafri  daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Pahang membawa tajuk "Kaedah Melombong Data Manuskrip Perubatan Melayu untuk Kajian Moden"


Ada ditunjukkan sedutan daripada beberapa manuskrip Melayu tentang bahan-bahan semulajadi yang boleh dijadikan ubat.


Namun menurut kaedah dan piawaian moden ia masih lagi Gred C...


Sesi terasa betul-betul menarik apabila pembentang kedua  Encik Nasiruddin bin Mohd Sobri membawa tajuk yang kelihatan.


Yang disebut sebagai "Ilmu Perkasihan" itu membawa erti yang lebih luas daripada sekadar ilmu seksologi atau jimak bagi orang Melayu.


Walaupun ada penekanan terhadap penjagaan dan persediaan alat kelamin bagi "melayari bahteri" ia sebenarnya adalah kaedah untuk menggembirakan  pasangan suami isteri sambil memberikan kesihatan zahir dan batin.


Pembentang ketiga Dr. Farouk Yahya daripada SOAS (School of Oriental & African Studies) memgambil tempat jam 12.08 tengah hari untuk membawa tajuk "Mohor Nubuat di dalam Manuskrip Asia Tenggara"


Yang dimaksudkan adalah tanda kenabian yang dikatakan wujud pada tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Ia kemudian dilukis dalam bentuk-bentuk tertentu yang dipercayai boleh memberikan kelebihan seperti keselamatan dan sebagainya bagi mereka yang melihat lukisan!








Pembentang keempat bagi sesi Encik Shahrul Anuar daripada USM membawa tajuk yang kedengaran paling kontroversial iaitu "Intipati Ilustrasi Visual Jin Dalam Manuskrip Pelaga Lembu"


Ia merujuk pada tradisi lawan laga lembu yang pernah menjadi kegilaan di Kelantan suatu masa dahulu.


Hingga dikatakan kampus awal Universiti Malaya di Kelantan tahun 1950an pun dibina menggunakan duit laga lembu.


Kegilaan ini menyebabkan jin-jin digunakan bagi mendapatkan kemenangan dan kelebihan. Ia ada diterangkan malah dilukis dalam kitab lama (tidak diberi tajuk) yang dipanggil pengkaji sebagai "Kitab Pelaga Lembu".


Dilukis kembali jin-jin yang ada dalam kitab lalu diberikan penerangan tentangnya...


Sesi petang dimulakan selepas jam 2.30 secara selari iaitu dua sesi dengan dua tema berbeza dijalankan sekaligus di dua bahagian perpustakaan.


Sesi "Fesyen: Pengaruh Iluminasi dalam Busana Masyarakat" diadakan di bilk serbaguna aras bawah. Saya cuma menjengok sebentar. Sila rujuk atur cara yang telah diberikan di atas tadi...



Saya lebih berminat dengan sesi "Bicara Akademik: Kesusasteraan Melayu (Warkah, Prosa, Hikayat dan Kitab Agama)" di auditorium iaitu di aras atas.


Ia dimulakan dengan pembentang pertama sesi iaitu Prof. Dr. Muhammad Mustaqim bin Mohd. Zarif daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa tajuk "Penjaga bagi Segala yang Lalai dan Nasihat bagi Segala Raja-Raja: Warisan Karya Ketatanegaraan Kedah Abad ke-19"


Tumpuan diberikan pada kitab Iqaz al-Ghafilin karangan Muhammad Taib bin Mas'ud pertengahan abad ke-19. Dikatakan ia satu-satunya contoh kitab ketatanegaraan Negeri-negeri Tanah Melayu (Semenanjung) yang ditemui jelas wujud. Kalau tidak orang selalu berkata tentang kitab ketatanegaraan dari Aceh, Riau dan sebagainya, bukan daripada kawasan yang kini menjadi Malaysia...






Satu perkara menarik adalah bagaimana anak cucu Nabi Muhammad SAW iaitu para Ahlul Bait diberikan penekanan dan keutamaan dalam kitab. Menurut Mustaqim ini tidak pernah diperkatakan dalam kitab-kitab ketatanegaraan Islam yang lain...


Pembentang terakhir datang daripada Universiti Berunai Darussalam (UBD) untuk membawa tajuk yang kelihatan.


Diceritakanlah tentang kajian manuskrip di Brunei. Penekanan diberikan terhadap manuskrip bertajuk "Syair Kasih Negeri Brunei" walhal ia agak baru iaitu penulisan tahun 1960an...



Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Apabila syarahan ke-10 dijenamakan kembali menjadi syarahan ke-3

$
0
0
Salam pagi Khamis 18 Safar. Bersambung gerak penulisan daripada artikel Aksara, naskhah & Tamadun Alam Melayu - Ilmu jimak Melayu, jin laga lembu dan kelebihan Ahlul Bait


Dari Perpustakaan Negara di barat laut pusat bandar raya Kuala Lumpur saya berkejar hampir 7 km ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Melayu) barat daya untuk satu majlis ilmu bersiri.


Ia adalah syarahan bagi buku "Classification of Knowledge in Islam" oleh penulisnya, Sheikhul Qulliyah ISTAC Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar.


Artikel sebelum ini tentang siri iaitu Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Mendapat restu Imam Ghazzali? telah menyebut syarahan seminggu lalu sebagai yang ke-9 dalam siri.  Memang ia diisytiharkan begitu. Untuk pengetahuan siri telah dimulakan pada bulan Mac tahun ini. Tetapi syarahan sambungannya petang semalam 16 Oktober pula disytiharkan sebagai yang ke-3.


Mengapa begitu? Sebetulnya "bunga-bunganya" ada diberitahu dalam artikel  Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Mendapat restu Imam Ghazzali? juga artikel sebelumnya iaitu Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan berkenaan yang ke-8 selepas 5 bulan senyap. Ada diberitahu bahawa setelah beberapa lama siri 'direhatkan' ia disambung bulan Oktober ini dengan sedikit perubahan - daripada pagi Isnin ia dialih ke petang Rabu. Dan muncul sejumlah hadirin baru  membuatkan Osman merasakan elok disyarahkan kembali daripada muka surat pertama buku.

Maka bermula daripada situ, syarahan petang semalam boleh dijenamakan kembali sebagai syarahan ke-3 siri. Lagipun 7 syarahan terdahulu berlaku pada semester pengajian yang lalu (Februari - Jun 2019). Sekurang-kurangnya syarahan terbaru  memang yang ke-3 bagi semester ini (September 2019 - Januari 2020).

Di atas adalah kulit edisi terbaru buku "Classification of Knowledge in Islam" yang baru terbit dalam sebulan dua. Ia telah ditambah tajuk kecil "A Study in Islamic Schools of Epistemology" (saya terjemahkan sebagai "Satu Kajian dalam Aliran-aliran Epistemologi Islam". Syarahan petang semalam dimulakan dengan satu persoalan. Apa itu minda, apa itu fikiran? Ditanya pula orang apa itu akal budi.

Maka Osman menyebut tentang konsep Akal Juz'i yang cuma dapat menggapai sebahagian daripada realiti atau kenyataan berbanding Akal Quli yang boleh menanggapi secara keseluruhan. Diberi contoh ilmu pengetahun tentang gula - kita boleh tahu ia manis berdasarkan logik akal. Oleh kerana tebu manis maka gula yang berasal daripad tebu adalah manis. Tetapi hakikat kenyataannya adalah apabila merasa dengan lidah sendiri akan gula itu. Manis dirasakan tanpa perlu membuat turutan logik akal bahawa gula berasal daripada tebu lalu bersifat manis disebabkan itu. 

Akal budi adalah tentang mendapatkan pencerahan. Ia boleh dikaitkan dengan Akal Quli. Fikiran lebih pada Akal Juz'i. Ia sebetulnya meneka-neka berdasarkan prinsip logik tadi. Belum betul-betul merasa lalu mendapat pencerahan seperti hal bagaimanakah sebenarnya rasa manis pada gula.

Berbalik pada huraian buku. Syarahan minggu lalu (yang sebelum itu bermula kembali daripada muka surat pertama) baru sampai ke pertengahan muka surat 2. Disebut tentang pemilihan 3 orang tokoh silam Islam yang dijadikan kajian dalam buku. Tentang Imam al-Ghazzali ditekankan bahawa beliau adalah seorang ahli Sufi, juga ahli falsafah, ahli kalam dan pakar ilmu feqah. Oleh itu beliau dapat melihat dan menimbang menurut banyak sudut pandang lalu menyeleraskannya.

Tentang al-Farabi yang merupakan tokoh pertama dalam kajian menurut turutan buku, disebut bahawa Ibnu Khaldun yang hidup 4 abad kemudian pun selalu memetiknya. Ayat demi ayat dalam buku pun dibaca dan diberikan huraian pendek. Sampai pada awal muka surat 4 disebut bahawa al-Farabi menjadi asas bagi membuat perbandingan antara pemikiran 3 orang ulamak silam. Osman menyebut bahawa PhD beliau di Amerika Syarikat (buku adalah berdasarkan kajian PhD yang dibuat tahun 1980an) berada di bawah perhatian 5 orang profesor dalam jawatankuasa. Seorang beragama Kristian, seorang beragama Yahudi, 3 orang Islam. 

Secara rata apa yang disyarahkan tentang buku petang semalam adalah sama dengan separuh akhir syarahan ke-2 semester lalu membawa ke separuh awal syarahan ke-3 semester. Maka ia boleh dirujuk melalui artikel-artikel lama berikut :-





Sebelum tamat sesi Osman ditanya tentang ilmu pengetahuan - manakah lebih bagus - belajar atau melihat daripada 'atas ke bawah' atau 'bawah ke atas'? Jawab beliau dua-dua pun boleh. Bahkan inilah yang menjadi perdebatan antara pemikir besar silam Yunani iaitu Plato (abad ke-5 hingga ke-4 Sebelum Masihi) dengan anak muridnya Aristotle yang kemudian menjadi pemikir besar juga. 

Plato suka bermula daripada atas iaitu konsep keTuhanan membawa turun ke hal-hal yang lebih dekat dengan manusia biasa sedangkan Aristotle bermula daripada bawah kerana berfikiran empirikal (memerlukan pembuktian yang dapat dinilai dengan 5 pancaindera biasa dan diulang pembuktiannya oleh sesiapa sahaja). Menurut Osman, Al-Farabi yang mengambil lalu mengaplikasikan cara pemikiran Aristotle lebih 1,000 tahun telah berjaya menyelaraskan antara kedua-dua sudut pandangan lalu mengharmonikannya. 

Kebetulan hadir seorang pensyarah ISTAC berbangsa Cina dari negara China. Osman terus menunjuk kepada beliau lalu mengatakan konflik serupa ('atas ke bawah' lawan 'bawah ke atas') masih berlaku di Cina. Ini adalah antara pengikut ajaran Tao (Taoist) yang lebih bersifat falsafah tinggi dengan pengikut ajaran Confucianisma yang lebih membumi. Kata Osman Islam boleh mengharmonikannya. Kalau diberi peluang untuk ini dilakukan tentu Islam meningkat naik di Cina.


Aksara, naskhah & Tamadun Alam Melayu - Daripada takwim, falak dan salinan Quran ke hal-hal adat, budaya dan istiadat

$
0
0

Salam malam Jumaat 19 Safar. Merujuk pada pengenalan yang diberikan dalam artikel Aksara, naskhah Tamadun Alam Melayu - Daripada perkembangan tulisan ke pemikiran akal logik mantik 2 hari lalu. Ada diberitahu bahawa untuk mengikut majlis iaitu persidangan manuskrip selama 3 hari pagi ke petang di Perpustakaan Negara  saya sanggup menginap di masjid supaya mudah sampai ke lokasi. Hari Khamis 17 Oktober adalah hari ke-3 dan terakhir majlis . Biar dikongsikan cerita...


Jika malam sebelumnya saya telah menginap di sebuah masjid di Taman Maluri malam tadi menginap pula di masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Kali ini saya keluar lambat sedikit ke majlis. Ini disebabkan kepenatan. Selepas menghadiri hari ke-2 persidangan semalam saya hadir majlis ilmu di ISTAC. Selepas Maghrib berkejar pula ke Setiawangsa untuk mengikut majlis agama berupa bacaan Ratib al-Attas dan Asmaul Husna. Selepas itu kembali ke ISTAC untuk bermalam di masjid.


Sampai ke masjid dekat jam 11 malam pun tak dapat berehat. Walaupun penat amat hati dan perasaan tidak membenarkan kerana ada cerita perlu dilepaskan. Maka disiapkan dahulu artikel tentang hari ke-2 (lihat Aksara, naskhah & Tamadun Alam Melayu - Ilmu jimak Melayu, jin laga lembu dan kelebihan Ahlul Bait). Selepas jam 12.30 malam baru selesai lalu boleh melelapkan mata. 

Jam 4.44 pagi bangun untuk sahur puasa sunat hari Khamis. Terus bersengkang mata untuk solat Subuh berjemaah kemudian ditulis artikel tentang majlis di ISTAC (lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Apabila syarahan ke-10 dijenamakan kembali menjadi syarahan ke-3). Selepas jam 8 baru ada kelapangan lalu disambung tidur. Jam 9 lebih bangun untuk bersiap. Itu yang sampai ke auditorium  jam 9.57 lalu terlepas dua pembentangan terawal.


Beginilah atur cara penuh bagi hari Khamis. Sesi pagi merupakan sesi ke-8 majlis secara keseluruhan...


8.30 pagi – 10.00 pagi : Sesi VIII Akal Budi dan Budaya Tinggi  Bangsa Melayu

Pengerusi : YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Borhan (Yayasan Karyawan)

Pembentang : Prof. Dr. Jelani bin Harun (Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang) - Manuskrip Perundangan Adat dan Ketatanegaraan Warisan Ketamadunan Melayu: Suatu Kajian Terhadap Undang-Undang Raja Nati dan Bayan al-Asma’ dalam Sejarah Kesultanan Kutai Kartanegara

Pembentang : Prof. Dr. Noriah Mohamed - Wanita dan Hati dalam Cerita Panji 

Pembentang : Prof. Madya Dr. Baharrudin bin Zainal (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu) - Penyusunan Takwim Hijri dan Jadual Waktu Solat dalam Manuskrip Melayu

Pembentang : Dr. Riswadi bin Azmi (Universiti Malaysia Terengganu) - Adat dan Budaya dalam Manuskrip Al-Quran Alam Melayu

Sesi soal jawab

10.00 pagi : Minum pagi

10.30 pagi – 1.00 t/hari : Sesi X Adat Istiadat, Busana dan Akal Budi

Pengerusi : Dr. Zubir bin Idris (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Pembentang : YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Borhan (Yayasan Karyawan) - Naskhah Adat Istiadat Dan Ketamadunan Melayu

Pembentang : YBhg. Datuk Zainal Kling (Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu, UiTM Shah Alam) - Adat dalam Naskhah Kerajaan Melayu

Sesi soal jawab

1.00 t/hari - 2.00 petang : Makan tengahari / solat

2.30 petang - 4.30 petang : Sesi IX Lightning Talk: Sembang Manuskrip Melayu

Pengerusi : Encik Ali Rashid (Timbalan Pengarah Kanan, PRLMN)

Encik Najmuddin bin Mohd Nawi (Presiden Grup Pengerak Tamadun Dunia (GPTD)

Encik Amer Hudhaifah bin Hamzah (Pelajar PhD, Universiti Malaya)

Puan Hafizah bte Iszahanid (Wartawan Berita Harian)

Sesi soal jawab

4.30 petang - 5.00 petang : Resolusi dan penutup


Ketika saya sampai pembentang ketiga, Profesor Madya Dr. Baharrudin bin Zainal daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu) sedang membawa tajuk "Penyusunan Takwim Hijri dan Jadual Waktu Solat dalam Manuskrip Melayu".


Ditunjukkan pelbagai jenis takwim (kalender) yang ada disebut dalam manuskrip Melayu. Diberikan senarai manuskrip yang mengandungi takwim...


Menurut Baharrudin terdapat banyak manuskrip Melayu mengandungi ilmu falak. Tapi cuma sedikit yang disenaraikan itu diketahui menyertakan takwim.





Sebagai makluman, saya dapat menyertakan banyak gambar slaid daripada dua orang pembentang  sesi pagi...





Ini adalah hikmah disebabkan terlepas dua pembentangan awal. Kalau sempat tentu saya harus menyertakan gambar-gambar daripada slaid mereka juga sedangkan saya telah menghadkan tidak lebih 40 gambar boleh digunakan untuk mengisi sesebuah artikel.





Maka biar kebanyakan gambar tidak disertakan ulasan. Cukuplah apa yang anda sendiri boleh baca dengan mata kasar...





Pembentang ke-4 dan terakhir sesi pagi Dr. Riswadi bin Azmi membawa tajuk yang jelas kelihatan. 


Beliau menunjukkan dahulu jangkauan negara-negara Afrika yang telah berjaya diIslamkan pada kurun-kurun awal...





Dinyatakan bagaimana kota Timbuktu di negara Mali pernah menjadi pusat pengajian Islam yang unggul suatu masa dahulu.


Namun kesan penting Islam yang banyak dipelopori oleh golongan Sufi telah dirosakkan atau dihancurkan oleh golongan pelampau...


Ditunjukkan bagaimana Quran telah disalin oleh para pelajar setelah menjadi hafiz termasuk di atas kepingan-kepingan kayu selain kertas...





Kemudian baru dibandingkan dengan penulisan atau penyalinan Quran di Alam Melayu...








Kajian Riswadi menunjukkan telah berlaku kesilapan dalam beberapa salinan Quran di Alam Melayu...








Selepas rehat bagi sarapan pagi saya kembali ke auditorium jam 11.26. Saya tak makan apa-apa pun kerana sedang berpuasa. Cuma ada hal membuatkan kembali sedikit lambat.


Telah bermula sesi tengah hari yang dilabelkan sebagai sesi ke-10 secara keseluruhan. Tapi saya lihat ini silap. Ia sebenarnya adalah sesi ke-9.


Tema sesi adalah "Adat Istiadat, Busana dan Akal Budi". Kelihatan Datuk Zainal Abidin bin Borhan daripada Yayasan Karyawan sedang membawa tajuk "Naskhah Adat Istiadat Dan Ketamadunan Melayu" tanpa menggunakan slaid. Disebutkan makna sebenar adat berdasarkan penggunaan asal dalam bahasa Arab yang membawa maksud kelaziman semulajadi seperti api itu panas (contoh saya). Maka adatnya api adalah panas. Baru dibezakan dengana makna adat yang orang biasa faham seperti adat dalam budaya masyarakat. Itu sebenar adalah adat yang diadatkan. Apabila dijadikan peraturan majlis jadilah ia adat istiadat.


Pembentang seterusnya, Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang merupakan penyandang Kursi Raja-Raja Melayu di Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam juga tidak menggunakan slaid. Beliau membawa  tajuk "Adat dalam Naskhah Kerajaan Melayu". Hal perbezaan antara adat sebenar, adat yang diadatkan dan adat istiadat dipanjangkan berserta apa yang dipanggil sebagai adat teradat. Adat boleh terbudaya, tetapi ada beza. Jika adat boleh diibaratkan seperti batu iaitu suatu objek semulajadi maka budaya ibarat tangga yang dibuat daripada batu. Ia bukan semulajadi tetapi dicipta manusia berdasarkan sesuatu yang sudah ada secara semulajadi.


Ini pula adalah sesi petang yang lebih merupakan perkongsian santai. Dalam atur cara ia disebut sebagai "Sesi IX Lightning Talk : Sembang Manuskrip Melayu". Sebenarnya ia adalah sesi ke-10, tetapi ditanda sebagai sesi ke-9. Nampaknya ini kebalikan daripada sesi pembentangan tengah hari yang ditanda sebagai sesi ke-10 walhal ia ke-9. 

Kelihatan dari kanan ke kiri pengerusi sesi, Ali Rashid. timbalan pengarah kanan daripada PRLMN (saya tak tahu apa makna). Beliau diikuti 3 ahli panel, Najmuddin Mohd Nawi (Presiden Grup Pengerak Tamadun Dunia  atau GPTD), Amer Hudhaifah Hamzah (pelajar PhD, Universiti Malaya) dan Hafizah Iszahanid (Wartawan Berita Harian). Mereka diminta bercakap tentang manuskrip berdasarkan pengalaman dan bidang masing-masing. Cukuplah perkongsian daripada saya tentang perjalanan majlis.


Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019

$
0
0
Salam pagi Jumaat 19 Safar. Mengambil kesempatan atas penghulu hari biar dikumpulkan kesemua artikel yang telah dibuat bagi perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019. Ini termasuk artikel-artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)...



Sekadar mengingatkan kerana telah disebut beberapa kali dalam artikel-artikel berkenaan sebelum ini  - perjalanan asalnya dibuat untuk menziarahi makam-makam lama pendakwah Islam yang wujud di Barus, lebih 700 km ke selatan Banda Aceh. Ia adalah milik para pendakwah yang katanya sudah sampai ke Alam Melayu selewatnya zaman para Sahabat Rasulullah SAW atau paling lewat pun zaman Tabi'in iaitu pengikut para Sahabat. Malah dipercayai  boleh jadi para pendakwah ini adalah dalam kalangan 124,000 Sahabat kerana tempoh masa kehidupan mereka kelihatan sama dengan tempoh masa kehidupan Nabi Muhammad SAW. Apapun alang-alang hendak ke sana dibuat sekali perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera yang kemudian didapati meliputi jarak darat lebih 1,800 km. Diadakan sekali acara ke-21 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman)...



1. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Satu pengenalan ringkas selepas tamat pengembaraan

2. The waterfront of Lhok Seudu after sundown

3. Makam (Tomb of) Ja Tirom

4. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Penerbangan yang dilewatkan, keindahan Lhok Seudu dan 'panggilan' Ja Tirom

5. Morning in Lhoong

6. The waves at Meunasah Lhok

7. Makam (Tomb of) Teungku Abdullah bin Yakub, Meunasah Lhok

8. Views from Puncak Geurute

9. Makam (Tomb of) Mahdumsyah Daya 

10. Makam (Tomb of) Sultan Alaiddin Riayat Syah Daya

11. Views from tomb of Poteumeureuhom Daya

12. Makam (Tomb of) Raja Garut Nurullah

13. Masjid Jamik (Main mosque of) Mereuhom Daya

14. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Puncak Geurute, Marhum Daya dan mencari si mata biru keturunan Portugis di Lamno

15. Masjid Agung (Grand mosque of) Baitul Makmur, Meulaboh

16. Masjid (Mosque of) Gunong Kleng 

17. Masjid tuha (Old mosque of) Gunong Kleng





22. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Ke Meulaboh dan seterusnya mengejar jadual asal

23. Masjid Tuo (Old mosque of) Al-Khairiyah, Tapak Tuan

24. Makam (Tomb of) Datuk Radja Amat Djintan

25. Makam (Tomb of) Tuan Tapa

26. Beautiful scenery at Tapak Tuan

27. Monumen (Monument of) Tapak Tuan

28. To the giant foot print that is the actual Tapak Tuan

29. Masjid agung (Grand mosque of) Istiqamah, Tapak Tuan

30. Dragon monuments of Tapak Tuan

31. Makam raja-raja Trumon (Tombs of the kings of Trumon



34. Makam (Tomb of) Sheikh Hamzah Fansuri, Kampung Oboh, Subulussalam

35. River besides tomb of Hamzah Fansuri at Kampung Oboh

36. Masjid (Mosque of) Hamzah Fansuri, Pasar Rundeng

37. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Tapak Tuan Tapa, kerajaan Trumon dan makam Sheikh Hamzah Fansuri

38. Masjid Raya (Main mosque of) Barus

39. Early morning walk in Barus

40. Monumen (Monument of) Barus

41. The beach at Barus

42. Makam (Tomb of) Tuan Machdum, Barus

43. Makam (Tomb of) Tuan Ibrahim Syah

44. Makam (Tomb of) Tuan Ambar

45. Climbing up so many staircases to get to a tomb on top of hill at Barus

46. Makam (Tomb of) Sheikh Mahmud Papan Tinggi

47. Views from tomb of Sheikh Mahmud Papan Tinggi

48. Kompleks Makam Mahligai (Mahligai tomb complex)

49. Makam (Tomb of) Sheikh Rukunuddin

50. Rushing to the Batak highlands

51. Danau Toba from Menara Pandang Tele Samosir

52. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Mencari jejak Awalun Islam di Barus ketika Malaysia menyambut Hari Merdeka

53. Masjid (Mosque of) Baitul Mannan, Perlak

54. Membuka acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh setelah 1,400 km mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera

55. Acara HIKMAH ke-21 - Pondok sebelah kompleks makam dan kemilau kegemilangan lama kerajaan Islam Samudera Pasai

56. Muzium Islam (Islamic Museum of) Samudera-Pasai

57. Monumen Islam (Islamic Monument of) Samudera Pasai

58. Views from the Islamic Monument of Samudera Pasai 

59. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Berkejar 1 Muharram untuk menunaikan acara ke-21 HIKMAH di tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai

60. Lawatan baru ke kompleks makam Ratu Nahrisyah (New visit to Ratu Nahrisyah tomb complex)

61. Makam (Tomb of) Teungku Sidi Abdullah al-Abbasiyah








69. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Faktor Bani Abbasiyah dalam pemerintahan kerajaan Samudera-Pasai dan Aceh Darussalam

70. Muzium (Museum of) MAPESA-Pedir, Banda Aceh

71. Masjid (Mosque of) Subulussalam, Punge Blang Cut, Banda Aceh.

72. Makam (Tomb of) Tuan Maqdum, Banda Aceh






78. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Banda Aceh dan lanjutan acara ke-21 HIKMAH

79. Rupa baru (New look of) Masjid Raya Baiturrahman














Komplikasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak"

$
0
0
Meneruskan gerak daripada artikel Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.


Sekitar 2 minggu sebelum berlepas ke Aceh saya dihubungi oleh seorang pensyarah daripada UiTM (Universiti Institut Teknologi MARA) agar dapat membuat pembentangan tentang sejarah hubungan Aceh-Perak. Ia adalah bagi satu majlis yang diberi nama SIMPORA X (Simposium Nusantara ke-10) di Ipoh, Perak. Majlis yang menghimpunkan para akademik, pelajar dan pengamal ilmu seni bina juga daripada bidang-bidang berkaitan seperti perancangan bandar ini membawa tema perbandingan antara rumah Perak dengan rumah Aceh. Ia dijadualkan berlangsung di Ipoh pada hari Selasa 17 September 2019 iaitu 13 hari selepas kembali daripada perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019. 

Alang-alang hendak ke sana dibuat sekali satu perjalanan pusing Perak 15-18 September. Dikumpulkan di sini semua artikel yang telah dibuat tentang perjalanan...


1. Masjid (Mosque of) al-Hidayah, Kampung Batu 3, Temoh























Aksara, naskhah & Tamadun Alam Melayu - Pameran di ruang legar bangunan utama Perpustakaan Negara

$
0
0
Salam hari Sabtu malam Ahad 21 Safar. Ada satu lagi artikel mahu dipersembahkan daripada persidangan manuskrip di Perpustakaan Negara 15-17 Oktober.


Pada tarikh tersebut telah dipersembahkan artikel-artikel bagi perjalanan acara setiap hari. Lihat :-







Tinggal satu lagi sahaja perkara perlu dikongsikan tentangnya...


Untuk makluman persidangan ini diadakan berserta dengan pameran di ruang legar bangunan utama Perpustakaan Negara.





Tentunya ia tentang manuskrip Melayu.











Pameran telah dirasmikan pada hari Selasa 15 Oktober oleh YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.








Ia adalah terbuka dan percuma kepada semua.















Menurut maklumat yang diberikan ia berlangsung Oktober hingga November.






Artikel-artikel ilmu selepas "Siri Refleksi Sejarah" mencapai jumlah 222 pada 8 bulan lalu

$
0
0
Salam petang Ahad 21 Safar. Diteruskan gerak perkongsian berkenaan daripada artikel Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019 diikuti Komplikasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".

.

Merujuk pada artikel Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222 yang dipersembahkan pada 22 Februari 2019. Sudah sampai masanya ruangan berkenaan di sidebar kiri paling bawah blogspot dikemaskinikan dengan artikel-artikel khas tentang ilmu atau majlis/wacana ilmu sejak tarikh tersebut berlalu 8 bulan lalu. Kali ini apa-apa daripada majlis yang diadakan di tempat saya sedang menyambung pengajian iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) diasingkan untuk membentuk ruangan sendiri. Dengan itu, selepas 22 Februari 2019 ruangan "Refleksi Sejarah" dikhaskan untuk artikel-artikel ilmu selain daripada apa yang diadakan di ISTAC...


1. Tentang tabiat suka menulis berkongsi fikir dan rasa

2. Bila Jomo bercakap tentang Melaka abad ke-15 - Kenapa ramai bukan Melayu nak ambil tahu?

3. Santapan ilmu CASIS - Perjuangan yang diteruskan daripada ISTAC asal dan awal

4. Himpunan aman bantah hina nabi di Masjid Negara - Zahirkan kecintaan itu, bukan sekadar marah-marah tak puas hati...

5. Pesta Buku Selangor 2019 dan aspirasi buku baru

6. Wadah Cendekia "Francis Light" - Menolak naratif pro-Barat yang menafikan keberadaan awal Melayu di Pulau Pinang

7. Bila Rumi menari...

8. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dan harapan tentang buku baru

9. Majlis hol almarhum Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

10. Cabaran menjejak Raja Nala - Dari Ampang ke Shah Alam dan petaka pada laptop

11. Cabaran menjejak Raja Nala - Antara dua tarikh kemangkatan dan makam yang belum pasti kedudukan

12. Haul Tok Pulau Manis - Membuka kaitan Saidina Hassan dan rahsia berkenaan secara bidan terjun

13. Sidang menolak PPSMI bersama Profesor Awang Sariyan dan para pejuang bahasa

14. Menjengok Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau di Muzium Negara

15. Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu

16. Satu gerak berkenaan keberadaan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad

17. Sedikit berkenaan sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2019 di Arkib Negara

18. Ceritera Bahasa Melayu di Negara Tercinta dan di Peringkat Antarabangsa oleh Awang Sariyan

19. Perhimpunan dan sambutan raya keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang tahun 2019

20. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Ke Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan sekitar sambil orang jauh mendapat buku pos... : Majlis Sheikh Imran Hosein

21. Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu

22. Wacana Silat Hang Tuah di Perpustakaan Negara

23. Membawa semangat Aceh ke Perak - Menerangkan hubungan Aceh-Perak sejak tahun 1300an Masihi

24. Membawa semangat Aceh ke Perak - Rumah tradisional dua negeri dan usaha-usaha untuk memartabatkan warisan

25. Program Tempa Melayu - Membentuk jiwa Melayu kental dengan ilmu yang benar...

26. Program Tempa Melayu - Menyingkap kajian terbaru tentang Hang Tuah sebelum mengupas kelebihan Benua Tua Melayu dan bangsa...








Kumpulan syarahan dan majlis ilmu di ISTAC

$
0
0


Tengah hari Jumaat 11 September 2019 bersamaan 12 Safar 1441 Hijriah tiba-tiba muncul ilham berikut ketika mengambil anak-anak kembali ke rumah daripada sekolah kebangsaan. Memandangkan kumpulan "Siri Refleksi Sejarah" yang mengumpulkan artikel-artikel berkenaan terutama daripada wacana dan majlis ilmu (lihat sidebar kiri paling bawah blogspot) sudah mengandungi begitu banyak artikel apa kata dibuat satu kumpulan lain bagi syarahan-syarahan atau majlis ilmu yang berlaku di tempat saya menyambung pengajian pasca-siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Ketika "Siri Refleksi Sejarah" kali terakhir dikemaskinikan iaitu pada 22 Februari 2019 ia sudah mencapai 222 buah artikel. Sejak itu berpuluh lagi majlis ilmu telah dihadiri dan kebanyakan daripadanya diadakan di ISTAC.

Oleh itu biar dibuka kumpulan atau ruangan baru bernama "Syarahan dan Majlis Ilmu di ISTAC". Artikel-artikel terdahulu yang berkenaan dalam "Siri Refleksi Sejarah" boleh dikumpulkan sekali bersama artikel-artikel baru dari ISTAC. Biar "Siri Refleksi Sejarah" mengumpulkan artikel-artikel di institusi-institusi ilmu dan sebagainya selain daripada ISTAC. Yang dah sedia ada dari ISTAC tu biarkanlah.

Artikel-artikel syarahan dan majlis ilmu di ISTAC itu sendiri boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan atau kategori kerana ada yang diadakan secara bersiri. Biar diatur begini :-


a. Siri syarahan "Ucaptama tokoh". Untuk majlis yang dimulakan dengan ucaptama orang bergelar tokoh dengan majlis merupakan lanjutan gagasan fikir beliau atau semata-mata untuk tokoh...

1. Dunia Melayu Dalam Peradaban Islam : Keperluan Untuk Kebudayaan Tinggi

2. Gagasan baru ISTAC - Memajukan perbandingan epistemologi, ketamadunan dan pengajian masa hadapan


b. Siri "Diskusi buku bulanan". Diadakan sebulan sekali berselang-seli antara buku berbahasa Inggeris dengan buku berbahasa Melayu.

1. Majlis 3 dalam 1 pelancaran buku, unit perbandingan agama dan diskusi buku - Penetapan arah baru ISTAC?







c. Siri syarahan "Classifications of Knowledge in Islam" berdasarkan buku tulisan Sheikhul Qulliyah ISTAC Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Diadakan seminggu sekali sejak bulan Mac 2019 tetapi kadangkala 'lompong' seminggu dua kemudian 'bercuti' panjang  pertengahan tahun sebelum disambung kembali bulan Oktober.
9. Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Apabila syarahan ke-10 dijenamakan kembali menjadi syarahan ke-3


Siri syarahan "The Eternal Messages of Islam and Its Civilisation", juga oleh Osman Bakar. Yang ini diadakan 2 minggu sekali pada hari Jumaat malam Sabtu.



d. Selain itu ada yang dilabelkan sebagai "Public Lecture" (Syarahan Umum"), ada yang dianjurkan oleh persatuan pelajar ISTAC, ada juga oleh pihak lain dengan kerjasama ISTAC. Semua ini biar dikumpulkan dalam kategori "Majlis Umum"...

1. Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC












17. Hakikat bahasa dalam pembangunan insan dan tamadun - Syarahan terbuka Awang Sariyan di ISTAC    

18. Mencari harmoni antara agama dan sains dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj

19. Menelaah makna dan rahsia puasa serta iftar di ISTAC











Memasuki fasa baru - Sampai masanya untuk kembali pada penulisan tesis

$
0
0
Salam hari Ahad malam Isnin 22 Safar. Dikongsikan satu luahan penting sebagai penutup bagi segala yang telah berlaku dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan. Penting sebelum membuka fasa baru bagi tempoh-tempoh akan datang.



Ini adalah gambar yang digunakan untuk menghiasi bahagian paling atas blogspot CATATAN SI MERAH SILU sejak lebih 2 tahun kebelakangan. Gambar ini diambil ketika menziarahi makam Sultan Malikus Saleh dekat Geudong, Lhokseumawe, Aceh pada hari Selasa 21 Mac 2017. Rujuk artikel lama Misi HIKMAH Aceh 2017 - Tafakur di Makam Sultan Sayyid Maulana, kemuncak di makam Ratu Nurul Aqla dan ketenangan di makam Sultan Malikussaleh. Perjalanan dibuat dalam satu rangka kerja besar berjalan keliling Aceh sambil melaksanakan satu majlis ilmu. Hal ini boleh dirujuk dalam artikel Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) juga artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari yang meliputi keseluruhan perjalanan 16 hingga 23 Mac 2017.

Selepas tamat perkongsian semua cerita berkenaan perjalanan iaitu pada pertengahan April 2017 gambar atas pun dimuatnaik berserta tulisan "Catatan Si Merah Silu" bagi menggantikan gambar sebelum itu. Untuk pengetahuan gambar lama juga diambil di makam yang sama tetapi bagi perjalanan pusing Aceh yang dilakukan Mac tahun 2014. Dalam perjalanan tersebut satu acara atas nama HIKMAH dilakukan buat pertama kalinya di Aceh. Lihat artikel Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 diikuti Berjayanya misi HIKMAH Aceh. Perjalanan Mac 2017 pula menyaksikan acara diadakan buat kali kedua di Aceh. Baru ini ia diadakan buat kali ketiga...

Ini merujuk pada perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera yang berlangsung 28 Ogos hingga 4 September 2019. Perjalanan yang akhirnya memakan jarak darat lebih 1,800 km itu sendiri sudah cukup memenatkan. Dalam tempoh waktu itu dilaksanakan pula acara atas nama HIKMAH bermula di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 September bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah. Ia dipanjangkan hingga ke Banda Aceh 3 September bersamaan 3 Muharram. 

Apabila kembali ke Malaysia butiran cerita harus dikongsikan. Sambil itu muncul hal-hal lain seperti perjalanan pusing Perak 15-18 September yang turut memerlukan saya menyediakan bahan berupa kertas kerja dan slaid bagi  pembentangan majlis ilmu. Begitu juga halnya bagi satu majlis ilmu kurang 3 minggu kemudian. Di celah-celah itu dihadiri pula majlis-majlis ilmu yang lain juga majlis persilatan. Dan sudah menjadi kebiasaan malah tabiat saya harus menulis tentang semua majlis tersebut sampai tahap yang cukup memuaskan. Kalau tidak rasa tak senang duduk. Susah hendak tidur, tidak boleh berehat.

Sejak kembali daripada perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera iaitu pada 4 September hampir setiap hari saya menulis. Disebabkan cerita-cerita perjalanan memerlukan artikel-artikel sokongan ada hari-harinya saya menulis hingga 15 artikel  bagi melengkap perkara. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera misalnya memerlukan 93 artikel untuk menghuraikannya. Ini terdiri daripada 12 artikel utama di blogspot CATATAN SI MERAH SILU, 27 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 54 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Campur cerita-cerita lain, sejak kembali ke Malaysia sebulan setengah lalu itu saya telah menulis lebih 150 artikel di blogspots (diletak huruf 's' pada hujung perkataan blogspot untuk menunjukkan lebih daripada 1 blogspot). Ini termasuk 7 artikel di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ia menceritakan perjalanan acara HIKMAH yang diadakan waktu itu. Ini adalah kali ketiga acara diadakan ke Aceh merangkap kali 21 secara keseluruhan sejak HIKMAH dimulakan 12 Oktober 2012 iaitu 7 tahun lalu.

Itu adalah cerita sekitar perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera sedangkan saya telah dilanda kesibukan pelbagai perkara sejak beberapa bulan lagi sebelum itu. Sebetulnya saya hendak meluahkan satu perkara. Sudah 6 bulan saya tidak menyentuh penulisan tesis untuk Masters atau sarjana di tempat saya belajar iaitu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Sedangkan kini sudah masuk semester ke-3...


Ini adalah gambar baru di hadapan makam Sultan Malikus Saleh daripada pengembaraan 28 Ogos hingga 4 September. Selepas ini ia akan menggantikan gambar terdahulu di bahagian atas CATATAN SI MERAH SILU. Berbalik pada hal penulisan tesis yang sudah tersangkut lama. Saya perlu menyatakan dan meluahkan ini dengan jujur dengan harapan dapat kembali menanganinya

 Adapun saya mula 'keluar' daripada penulisan tesis apabila harus pergi ke Kuala Terengganu untuk majlis haul Tok Pulau Manis bulan April. Lihat artikel-artikel berikut :-







Selepas itu disibukkan pula dengan kerja-kerja penulisan buku ke-13 saya sehingga ia terbit penghujung Jun lalu diikuti pula dengan kerja-kerja pemasaran dan promosi buku. Lihat artikel-artikel berikut :-







Akibat daripada semua ini saya hilang rentak penulisan tesis. Sampai dah tak tahu bagaimana hendak kembali menanganinya. Yang tahu ada perkara tak selesai kerana mahu menjayakan perjalanan pusing Aceh dan Sumatera 28 Ogos - 4 September. Sedangkan dalam tempoh waktu itu mahu dilaksanakan satu acara HIKMAH selepas lama melupakannya atas sebab-sebab tertentu. Rujuk artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? yang ditulis April 2017. 

Namun begitu saya tetap rajin ke ISTAC untuk mengikuti majlis-majlis ilmu supaya tidak lari terlalu jauh daripada tujuan asal menyambung pengajian di sana iaitu untuk menyiapkan tesis bagi mengangkat ilmu pengetahuan dan kajian tertentu. Itulah yang menyebabkan saya juga menulis banyak artikel ilmu. Kini segalanya sudah selesai. Perjalanan dan segala yang berkaitannya telah berlaku, penulisan tentangnya pun sudah lengkap. 

Semalam hingga petang tadi saya berusaha untuk mengumpulkan pautan bagi artikel-artikel berkenaan bagi memudahkan capaian. Ini termasuk mengemaskinikan ruangan khas bagi artikel-artikel ilmu serta membuka ruang baru. Lihat artikel-artikel berikut :-





4. Tempat-tempat dilawati dalam perjalanan pusing Perak (Places visited in Perak round trip) 15-18 September 2019




Sekarang selesailah luahan saya tentang hal ini. Sudah sampai masanya untuk kembali memberikan tumpuan pada penulisan tesis. Walaupun tetap akan ada majlis-majlis ilmu harus dihadiri malah perjalanan jauh dibuat lagi lalu menulis tentangnya, walaupun ada permintaan untuk berkongsi ilmu malah menulis buku-buku baru itu semua akan diletakkan ke belakang berbanding tesis. Harapan saya dapat menyiapkannya paling lewat sebelum tamat semester ini. Mohon tuan-tuan dan puan-puan para pembaca yang dimuliakan supaya memanjatkan doa bagi membantu saya mencapai sasaran ya. Sekian wassalam. :]


Islam dan identitinya di Eropah dan Asia Tenggara

$
0
0
Salam pagi Khamis 25 Safar. Adapun malam tadi saya telah menginap dan beriktikaf entah buat ke berapa kali di masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Ini untuk memudahkan saya mengikut satu majlis ilmu di ISTAC petang karang selepas mengikuti dua majlis ilmu di sini petang semalam. Sekarang biarlah dikongsikan cerita majlis semalam... menulis daripada masjid ISTAC.


Merujuk pada artikel Memasuki fasa baru - Sampai masanya untuk kembali pada penulisan tesis yang ditulis Ahad lalu. Walaupun telah bertekad untuk kembali pada penulisan tesis saya tetap memberikan perhatian pada majlis-majlis ilmu akan datang. Semalam petang Rabu 23 Oktober 2019, selepas menghantar anak-anak ke sekolah agama kemudian menghantar sejumlah buku yang diminta pengedar di Batu Caves saya pun bergegas ke ISTAC untuk majlis ilmu terbaru. Itupun sebenarnya sudah terlepas satu majlis ilmu tentang penulisan tesis pada pagi Selasa 22 Oktober. Asalnya memang hendak pergi tetapi apabila sampai masanya badan terasa tidak sihat, tak larat nak keluar rumah...


Semalam malah hingga kini pun sebenarnya badan terasa tidak berapa sihat. Tetapi kali ini saya tekadkan untuk pergi juga supaya tidak terlepas dua majlis ilmu petang Rabu.


Pertama adalah seperti ditunjukkan dalam poster. Tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Islam dan identitinya di Eropah dan Asia Tenggara".


Majlis dijadualkan bermula jam 3 tapi saya sampai jam 3.30.


Kedengaran ahli panel pertama, Dr Abdennour Bidar memberikan pandangan tentang bagaimana kefahaman tentang aspek spiritual Islam seperti ditekankan dalam ilmu Sufi atau pengajian Tasawuf boleh membantu orang Eropah terutama di Perancis lebih memahami Islam. Pada poster acara (dan ini harus telah diperkenalkan sebelum saya sampai) beliau disebut sebagai ahli falsafah Perancis dan pengarang buku "L'Islam sans Submission" (bahasa Inggerisnya adalah "Islam Without Submission". Saya terjemahkan sebagai  "Islam tanpa Penyerahan").


Beliau yang kelihatan berbaju putih dalam gambar sering menekankan diri sebagai ahli falsafah Islam yang ingin membawa pembaharuan dan penyelarasan antara fahaman. Dalam menangani masalah Islamophobia yang sedang melanda Barat (kebanyakannya akibat propaganda pihak tertentu terutama Yahudi, tetapi saya tidak mendengar hal ini disebut kecuali lebih pada silap faham) memang penting diangkat unsur-unsur spiritual Islam seperti sering disebut ahli Sufi kerana ia memiliki nilai sejagat, bukan menekankan pada hukum feqah yang kelihatan seperti cuma tahu menegaskan sesuatu itu halal atau haram. Dalam menangani masyarakat Barat harus difahami bahawa ramai tidak berpegang pada apa-apa bentuk agama. Yang diangkat tinggi adalah apa yang dianggap sebagai nilai-nilai tinggi kemanusiaan.


Hal ini sangat terpakai di Perancis kerana ia merupakan sebuah republik yang berpegang pada fahaman sosialis atau apa yang dianggap mereka sebagai menjaga kepentingan masyarakat. Ia boleh dikatakan berbeza dengan negara-negara seperti United Kingdom (contoh saya, bukan beliau sebut) di mana mereka masih ada raja yang dinyatakan sebagai pelindung agama Kristian, yang mana konsep keTuhanan atau kepercayaan kepada Tuhan masih wujud dalam kenegaraan walaupun apa yang mereka faham tentang Tuhan tidak sama dengan apa yang orang Islam faham tentang Tuhan. Di Perancis tidak ada lagi konsep keTuhanan dalam kenegaraan sedangkan sistem beraja yang sering disebut sebagai suatu yang wujud akibat 'lantikan Tuhan' sudah lama ditolak masyarakat sana. Sebaliknya yang diangkat tinggi sehingga seringkali disebut orang menjadi 'agama baru' bagu mereka adalah konsep Laïcité - sekularisma atau pemisahan antara agama dengan negara.

Dalam konsep ini yang diangkat tinggi adalah tiga perkara tonggak berikut :-

Liberty (kebebasan)

Equality (Kesamaan/hak sama rata)

Fraternity (Persaudaraan)


Semuanya bersandarkan pada kemanusiaan tanpa melibatkan agama dan keTuhanan. Maka Bidar sebagai seorang ahli falsafah Islam cuba mencari penyelasaran antara konsep ini dengan apa yang diajar dalam Islam melalui contoh-contoh yang wujud dalam tradisi Sufi. Cuma ada yang saya kurang gemar dalam apa yang cuba dibawa oleh beliau. Misalnya tajuk buku tulisannya yang membawa makna "Islam Tanpa Penyerahan". Sedangkan pada faham saya konsep penyerahan yang membawa makna patuh kepada setiap perintah Allah SWT itu sangat penting dalam beragama.

Menurut faham beliau konsep mengabdikan diri kepada Tuhan itu tidak tepat. Beliau lebih suka mengatakan kita disuruh 'consecrate ourselves' (terjemahan saya mengangkat tinggi diri dengan cara penyucian/melakukan ibadah suci) kepada Tuhan, bukan mengabdikan diri. Mungkin beliau bermaksud untuk mengambil jalan tengah yang boleh diterima pemikiran moden Barat. Pemikiran moden mereka tidak suka pada konsep harus mengabdikan diri kepada sesiapa, sebab itu mereka lantang bercakap tentang kebebasan (liberty, liberation, liberated) - kononnya tidak perlu tunduk kepada sesiapa walhal hakikatnya mereka tunduk kepada tuntutan nafsu haiwani sendiri juga godaan syaitan. Apapun, mungkin inilah cara seorang ahli falsafah Islam Perancis berfikir. Kalau tanya lebih-lebih karang, kita pula dikatanya tak faham...


Panelis kedua adalah Dr Imtiyaz Yusuf daripada ISTAC. Selepas memberikan sedikit latar belakang lahir dan membesar di Tanzania kemudian penglibatan dalam kajian dan hubungan antara agama Islam dan Buddha di Asia Tenggara beliau menyatakan keadaan di sini berbeza dengan di Eropah. Di sini soal keTuhanan tidak menjadi masalah kerana masyarakat rata-rata percaya pada hal spiritual. Yang berbeza cuma faham tentang apa itu keTuhanan, tidak seperti di Barat di mana ramai sejak daripada awal sudah menolak kewujudan Tuhan malah apa-apa bentuk kewujudan selain daripada apa yang dapat dilihat dan dirasakan dengan panca indera biasa.

Disebutlah bahawa di Asia Tenggara ini Islam dan Buddha adalah dua agama paling besar. Kata Imtiyaz 42% penduduk Asia Tenggara adalah beragama Islam, 40% beragama Buddha. Hmm. Saya tidak pernah mengambil tahupun fakta tersebut sebelum ini. Yang saya tahu di Asia Tenggara ada 300 juta penganut agama Islam dan kebanyakkannya adalah di Indonesia. 

Saya pun cuba mencari maklumat berkenaan di Internet. Bukanlah pada peratusan Islam/Buddha sangat tapi pada jumlah penduduk menurut negara di Asia Tenggara...



Jadual atas ini diambil daripada Wikipedia baru sebentar tadi (rujuk sini). Walaupun tidak dinyatakan penduduk beragama apa kita boleh mendapatkan gambaran dengan mengetahui yang manakah negara majoriti Islam yang mana majoriti Buddha dan sebagainya. Majoriti Islam adalah Malaysia, Indonesia, Brunei. Berdasarkan maklumat atas jumlah penduduk adalah berikut :-


   31,187,265 + 
        423,196 +
 261,115,456
-----------------
292,725,917
-----------------


Negara majoriti Buddha pula adalah Cambodia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam. Jumlah penduduk mereka adalah seperti berikut :=

  15,762,370 +
    6,758,353 +
  52,885,223 +
  68,863,514 +
  94,569,072
------------------
238,838,532
-----------------

Lihat pula negara-negara yang diketahui majoriti Kristian iaitu Timor-Leste, Phillippines dan Singapura. Jumlah penduduk adalah seperti berikut :-

    1,268,671 +
103,320,222 +
    5,622,455
---------------
110,211,348
---------------

Walaupun pada hakikatnya dalam setiap negara itu ada orang beragama berlainan misalnya penganut Buddha, Hindu dan Kristian di Malaysia apa yang ditunjukkan ini sudah cukup untuk memberikan gambaran yang cukup hampir pada kebenaran. Jelas di Asia Tenggara paling ramai adalah penganut agama Islam diikuti Buddha yang tidak begitu jauh beza peratusannya kemudian baru Kristian yang separuh jumlah. Yang pasti penduduk sini rata-rata beragama lalu memiliki konsep keTuhanan walaupun berbeza faham atau cara menanggapinya. Maka tidak sama cabarannya dengan Eropah yang mana agama sudah lama ditolak oleh kebanyakan masyarakat terutama di Perancis.


Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tentang wahyu lebah dan antropologi spiritual

$
0
0
Masuk pada majlis ilmu kedua dihadiri di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) petang semalam. Masih menulis dari masjid ISTAC. Bersambung daripada artikel Islam dan identitinya di Eropah dan Asia Tenggara.


Jam 5 lebih dimulakan syarahan seterusnya bagi siri  "Classifications of Knowledge in Islam" oleh Sheikhul Qulliyah ISTAC Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Siri syarahan berdasarkan buku dengan tajuk sama yang mana buku pula adalah berdasarkan tesis PhD beliau di Amerika Syarikat tahun 1980an itu masuk edisi yang ke-11 petang semalam. Tetapi bermula syarahan minggu lepas ia telah dijenamakan kembali lalu syarahan semalam disebut sebagai yang ke-4. Ini adalah menurut kiraan dalam semester baru.  Lihat penerangan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Apabila syarahan ke-10 dijenamakan kembali menjadi syarahan ke-3.


Sudah diberitahu dalam artikel tersebut juga artikel-artikel sebelum itu bahawa syarahan dimulakan kembali daripada muka surat pertama buku kerana muncul ramai muka baru mengikuti siri apabila syarahan diadakan kembali awal Oktober. Rujuk artikel pertama untuk semester baru iaitu Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan berkenaan yang ke-8 selepas 5 bulan senyap.


Syarahan petang semalam bermula daripada bahagian tengah muka surat 4 membawa ke tengah muka surat 5. Ini adalah berkisar pada berapa bab yang telah diberikan dalam buku bagi 3 orang tokoh Islam silam yang dibincangkan seperti berikut dan atas dasar apa bab dibuat :-


1. al-Farabi (hidup tahun 258-339 Hijrah bersamaan 870-950 Masihi)

2. al-Ghazzali (hidup 450-505H/1058-1111M)

3. Qutb al-Din al-Shirazi (634-710H/1236-1311)


Bahagian muka-muka surat berkenaan secara ringkas menerangkan mengapa misalnya klasifikasi ilmu menurut al-Farabi disimpulkan dalam bab 5 dan 6. Tentang al-Ghazzali dikhaskan satu bab iaitu bab 8 tentang kenapa dan bagaimana beliau mengklafikasikan pencari ilmu itu sendiri, bukan ilmu itu sahaja. Bab akhir iaitu ke-11 digunakan untuk menerangkan asas falsafah di sebalik klasifikasi al-Shirazi. Kalau menurut ini sahaja syarahan petang semalam boleh disamakan dengan separuh akhir syarahan ke-3 daripada semester lalu merangkap syarahan ke-3 secara keseluruhan. Rujuk artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Skop kajian meluas yang melebihi fahaman sains sekarang yang ditulis lebih 6 bulan lalu. 

Tetapi hakikatnya ada sahaja benda baru boleh muncul akibat ulasan spontan juga soal jawab. OK. Sebetulnya saya masuk ke bilik syarahan lewat iaitu pada jam 5.42. Walaupun syarahan yang asalnya dijadualkan bermula jam 5 telah dilewatkan kerana majlis sebelum itu (lihat kembali Islam dan identitinya di Eropah dan Asia Tenggara) pun tamat jam 5 saya fikir ia tidaklah harus begitu lewat. Ya, orang ambil masa untuk berlegar-legar berbual-bual dan berbuat macam-macam kemudian menunaikan solat Asar sebelum kembali ke bilik syarahan. Begitu juga saya mengambil masa untuk menyelesaikan beberapa hal termasuk solat, itu yang masuk lewat. Yang ingat ketika sampai itu Osman sedang menyebut tentang hakikat ilmu pengetahuan. Disebut tentang hakikat manisnya gula. Pengetahuan sebenar adalah dengan merasa sendiri gula. Sedangkan pengetahuan berdasarkan logik akal semata ialah berdasarkan turutan logik - tebu itu manis, gula datang daripada tebu, maka gula adalah manis. Ini adalah pengetahuan tanpa merasakan sendiri bagaimanakah manisnya gula itu.

Analogi gula dan tebu ini sudah disebut hampir penghujung syarahan minggu lepas. Rujuk kembali artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Apabila syarahan ke-10 dijenamakan kembali menjadi syarahan ke-3. Dalam syarahan petang semalam Osman lebih merujuk pada hal Imam al-Ghazzali yang diketahui telah menguasai ilmu feqah, kemudian ilmu falsafah juga ilmu kalam sebelum mendapat pencerahan tertinggi melalui ilmu Sufi. Hal rasa hakikat manis berbanding cuba memahami apa itu manis berdasarkan logik akal tetapi tidak merasakan ia sendiri itu disamakan dengan pengalaman pengamal Tasawuf seperti pernah dialami al-Ghazzali. Disebut pula tentang lebah yang mana Quran menyebut (dalam Surah an-Nahl) bahawa ia diwahyukan (ya, ayat bahasa Arabnya menyebut perkataan wahyu, bukannya ilham). Biar dicopy paste ayat berkenaan...



Ayat yang merupakan ke-68 dalam Surah ke-16 ini saya rujuk melalui pautan ini (klik pada perkataan "ini"). Sesawang atau website berkenaan memberikan terjemahan berikut :-


Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.


Tetapi hakikatnya perkataan Arab pada ayat itu menyebut Tuhan memberi WAHYU kepada lebah, cuma ulamak sahaja menterjemahkan ia menjadi ilham supaya tidak terkeliru dengan hakikat wahyu yang diterima oleh para Nabi. Sebetulnya sebelum Osman menyebut tentang lebah dan ayat ini sudah terbetik dalam hati saya untuk menyebut dan bertanya tentangnya. Tengok-tengok dia sebut dan buka perkara. Sesungguhnya memang pada hal ini terkandung pelbagai rahsia.

Oh, baru ingat. Daripada hal rasa manis tadi diceritakan tentang pengetahuan luar kebiasaan atau luar akal logik biasa yang beliau sebut sebagai suprarational knowledge. Saya fikir ini boleh diterjemahkan sebagai pengetahuan suprarasional iaitu melangkaui akal logik biasa. Tentang wahyu yang diterima para Nabi sebagai pengetahuan suprarasional itu sudah jelas perkara. Osman menyebut ilham yang boleh memberikan kita suatu jawaban tanpa melalui proses penaakulan fikir soal jawab pun termasuk dalam kategori ini.

Ditanya apakah umat Islam sahaja boleh menerima ilham, Osman menjawab tidak. Orang bukan Islam pun boleh menerimanya. Bahkan binatang pun boleh menerima ilham. Sebetulnya bila disebut tentang pengetahuan suprarasional tadi saya sudah terfikir pasal hal lebah seperti dinyatakan dalam Surah an-Nahl. Bila Osman menyebut binatang pun boleh menerima ilham maka hal lebah pun disebut lalu dipanjangkan

"Tengok lebah mendapat ilham untuk mendirikan sarang di gunung-ganang dan sebagainya" lalu baru beliau sebut perkataan Arab dalam ayat Quran berkenaan memang menyebut wahyu, bukannya ilham. "Lihat bagaimana dibina petak-petak berbentuk hexagon (segi enam) dengan tepat. Kita manusia pun tidak mampu membuat dengan ketepatan itu".

Dibuka lagi beberapa hal sebagai mengupas bahagian-bahagian muka surat berkenaan dengan tumpuan pada hal al-Ghazzali. Kebetulan dalam kalangan hadirin ada seorang pelajar yang katanya mengambil bidang antropologi di kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak. Ingat. UIAM adalah badan utama yang menaungi ISTAC. Berlakulah soal jawab tentang bagaimana antropologi telah diajar secara formal di institusi-institusi pengajian tinggi dengan bagaimana Islam melihat ilmu berkenaan. 

Untuk pengetahuan ilmu ini selalu dikaitkan dengan kajian manusia purba. Dalam skop kajian tersebut selalu diperkatakan tentang teori asal usul spesis atau jenis-jenis kehidupan (Origin of Species) oleh Charles Darwin. Ini pula seringkali dikaitkan dengan dakwaan saintis ateis bahawa manusia kononnya berasal dan berevolusi daripada beruk. Tentunya ia adalah salah daripada sudut pandang Islam namun ilmu antropologi tetap diajar di merata dunia sebagai suatu yang sangat penting dalam mengenali manusia.

Osman menerangkannya begini. Apa itu antropologi? Berbalik pada asal perkataan itu sendiri. Ia adalah ilmu kaji manusia. Menurut Barat mereka telah mengkaji sehabis dalam. Tetapi disebabkan mereka tidak percaya pada hal-hal spiritual sedangkan menurut Islam manusia juga adalah makhluk spiritual yang ada hubungan dengan Tuhan dan keTuhanan maka kajian ilmu antropologi Barat tidaklah menyeluruh seperti disangkakan mereka tetapi cumalah sebahagian daripada kajian tentang manusia. 

Sebagai umat Islam kita patut tahu tentang aspek-aspek spiritual manusia. Maka itu harus dipelopori satu bidang yang boleh dipanggil sebagai antropologi spiritual (spiritual anthropology) untuk menanggapi segala persoalan. Kata Osman malah sebenarnya sudah ada pakar-pakar dalam bidang ini di Barat. Tetapi ia tidaklah diajar sebagai satu sukatan matapelajaran rasmi tetapi melalui syarahan individu berdasarkan pengajian Tasawuf ataupun Sufi. Mungkin sudah sampai masanya ia dijadikan satu bidang kajian formal terutama oleh universiti-universiti Islam seperti halnya ISTAC. Cukup perkongsian.



Spiritualiti Islam dalam Dunia Melayu - Dia yang Zahir Dia juga yang Batin

$
0
0
Salam petang Jumaat 26 Safar. Dalam artikel Islam dan identitinya di Eropah dan Asia Tenggara yang dipersembahkan dari masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pagi semalam ada disebut petang itu saya mahu menghadiri satu lagi majlis ilmu di institusi tersebut. lalu itulah yang membuat saya menginap di masjid malam sebelumnya. Tengah hari itu dipersembahkan pula artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tentang wahyu lebah dan antropologi spiritual dari masjid. Selepas berehat sedikit lagi di masjid barulah ke majlis petang Khamis. Ini ceritanya...


Syarahan ini merupakan permulaan bagi satu siri baru yang tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Spiritualiti Islam dalam Dunia Melayu". Pensyarah adalah Profesor Baharudin Ahmad (Dato') yang kalau tak salah saya baru semester lalu secara rasmi menyertai ISTAC, setelah beberapa lama menjadi profesor di ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan). Sejak tahun lepas beliau selalu datang ke majlis-majlis ilmu di ISTAC. Kali pertama saya mendengar beliau sendiri membentang adalah pada Jun 2019. Lihat Abdullah Munshi bapa sains moden di Alam Melayu?


Tajuk yang dibawa kali ini terlebih menarik. Ketika saya masuk ke bilik syarahan jam 2.41 petang sudah ramai hadir dan ini adalah di luar jangkaan...


Kedengaran Baharudin sedang bercakap tentang konsep 4 Sebab atau "Four Causes" yang terkenal dalam ilmu falsafah metafizik Aristotle, pemikir besar Yunani abad ke-4 sebelum Masihi. Ia adalah tentang matlamat membuat atau terciptanya satu perkara. Teringat dahulu Sheikhul Quliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar pernah menyebut perkara sama dalam salah satu syarahannya. Cuma tak ingat yang mana, Begini bunyinya (ingat, syarahan adalah dalam bahasa Inggeris)...


Material Cause - boleh diterjemahkan sebagai Sebab Material. Ini merujuk pada bahan. Misalnya kayu untuk membuat meja.

Formal Cause - Sebab membawa pada Bentuk. Ini merujuk kepada bentuk atau rancangan bentuk yang akan diambil. Untuk meja misalnya kita merancang untuk memotong kayu menjadi 4 batang bentuk kaki, sekeping yang lebar untuk bahagian atas meja.

Efficient Cause - Alat Penyebab. Secara ringkas ia merujuk pada ejen atau alat yang membuat perkara. Untuk membuat meja mesti ada tukang dan alatannya.

Final Cause - Tujuan akhir. Bagi meja ia biasanya untuk meletakkan barang makan minum. Jarang kita dengar orang buat meja untuk dijadikan tempat letak buku atau tempat orang tidur.


Baharudin menyebut ini secara sepintas lalu, saya pula yang tambah contoh dan penerangan untuk kefahaman pembaca. Sebetulnya beliau cuma mahu memperkenalkan konsep metafizik dan spiritual yang dipegang manusia daripada pelbagai budaya dan zaman. Bab Aristotle disebut untuk dibandingkan dengan seorang lagi pemikir Yunani sedikit lebih awal iaitu Plato. Kata Baharudin falsafah Aristotle lebih bersifat External ataupun luaran, Plato lebih Internal ataupun dalaman. 

Hal serupa, luaran berbanding dalaman terdapat juga dalam ajaran Hindu. Yang luaran dipanggil Sankya (saya tulis berdasarkan apa yang didengar ya. Maafkan jika salah ejaan), dalaman dipanggil Yoga. Aliran Vedanta menyebut pengetahuan yang sebenar adalah tentang yang dalaman. OK mula daripada ayat ini biar digunakan perkataan Zahir bagi External ataupun luaran, Batin bagi Internal ataupun dalaman kerana begitulah faham saya.

Disebutlah tentang Upanishad sebagai pengakhiran kitab-kitab Veda ajaran tinggi Hindu. Walaupun kita biasa dengar terdapat banyak dewa disembah dalam ajaran Hindu tetapi dalam ajaran paling tinggi tetap wujud konsep penyembahan Tuhan yang Satu. Dalam agama dan falsafah Cina ada Confucianism yang membesarkan Ethics - akhlak, adab yang boleh kelihatan. Tapi ada juga Taoism yang membesarkan perkara-perkara batin melibatkan Realiti yang sebenar-benarnya Realiti (baca : keTuhanan).


Contoh-contoh daripada ajaran Buddha juga diberi tentang hal Zahir Batin ini. Sesungguhnya daripada segi falsafah terutama ajaran Aristotle ia pernah mempengaruhi bijak pandai Islam. Disebut secara pintas tokoh-tokoh seperti al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Sina sebagai antara yang terpengaruh dengan falsafah Yunani. Kemudian ilmu Theologi yang boleh diterjemahkan sebagai kajian tentang keTuhanan. Dalam dunia Islam muncul golongan Mu'tazilah yang percaya segala-galanya boleh diterangkan dengan akal fikiran, muncul golongan Ashariyah yang tidak percayakan begitu. Daripada segala macam golongan ini tergabung pula menjadi pemikiran Sufi falsafah (belum lagi Sufi sebenar berdasarkan pengalaman selepas melakukan suatu bentuk zikir atau sebagainya). Masuk zaman Mulla Sadra (abad ke-16 Masihi) muncul golongan Hikmah yang menggabungkan ilmu pengetahuan dengan pengalaman sebenar.


Jam 3.15 kelas sudah penuh, sesuatu yang memang tidak dijangkakan oleh Baharudin kerana ia siri baru. Pada saya tajuk siri cukup menarik ramai untuk ambil tahu.


Pun begitu apa yang disyarahkan hari ini cuma mukadimah sahaja, belum lagi masuk tentang bab Sufi atau ilmu Tasawuf di Alam Melayu. Baharudin cuma mahu memperkenalkan sejarah perkembangannya di Tanah Arab, Parsi atau Asia Barat terlebih dahulu sebelum masuk ke bumi sebelah sini. Disebut satu ungkapan bahawa oleh Abu Uthman Ali-Hujwiri dalam kitab bertajuk Kahf al Mahjuj (pembukaan hijab) bahawa Sufisma atau Tasawuf dahulunya adalah satu realiti tanpa nama. Maksudnya dahulu ia sudah sedia diamalkan orang Islam tanpa memanggilnya dengan nama itu. Kemudian ia menjadi nama tanpa realiti. Maksudnya kemudian ramai orang mengaku mengamalkan Tasawuf atau menjadi orang Sufi tetapi hakikatnya tidak begitu.

Kata Baharudin ada perkara yang boleh dicapai dengan akal fikiran tetapi ada yang apabila kita cuba mena'akulnya akan menjadi semakin pelik. Maka akhir kata bagi syarahan ini carilah seorang guru ataupun Sheikh Tariqat dan berbai'ah dengannya. Semoga dibimbing sehingga terbuka hijab. Lalu dapat dilihat dengan pengalaman diri sendiri apakah yang telah diperkatakan oleh ramai ahli Sufi menggunakan kiasan dan simbol-simbol kerana terhadnya lisan manusia untuk menerangkan perkara. Untuk syarahan yang bermula dengan hal External lawan Internal atau Zahir lawan Batin ini tergerak saya untuk memberikan tajuk kecil "Dia yang Zahir Dia juga yang Batin". Ini tentunya merujuk pada Tuhan sebagai hakikat atau realiti tertinggi malahnya hakikatnya satu-satunya Realiti yang ada. Ada disebut Baharudin bahawa kita selalu melihat pertentangan termasuk Zahir lawan Batin kerana itu diperingkat yang bawah. Di peringkat paling atas tiada lagi apa-apa bentuk pun pertentangan malah semua ini tiada lain bahkan sama sahaja.


Sebagai nota apa yang saya kongsikan tidak semestinya meliputi semua yang dikongsikan dalam satu syarahan. Begitu juga sebaliknya - ada perkara tidak disebut dalam syarahan tetapi saya tambah mengikut gerak rasa dan ilham demi melengkap suatu penceritaan. Dikongsikan di atas nota daripada gajet (apa ke nama tu, tulis terus ke atas skrin besar sedikit daripada telefon bimbit) yang dibuat oleh seorang kawan lama yang hadir. Beliau memakai nama Notrumi Embun di Facebook. Sebagai mengakhiri artikel ini biar diletakkan satu gambar saya yang diambil oleh kawan tersebut selepas syarahan berserta teks yang mengiringi di Facebook sejam tadi...



DAH NAMANYA MAJNUN LAGI MAJZUB. ADA AKU KESAH ORANG NAK KATA APA?

Hehe. Gambar ini diambil oleh seorang kawan lama saya semalam di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) selepas menghadiri satu syarahan tentang "Spiritualiti Islam di Dunia Melayu". Saya memang suka melepak dengan cara bersandar pada bangunan air pancut di tengah dataran ISTAC. Yang ini siap melayan lagi nyanyi lalu evergreen Mat Saleh tahun 70an. Kawan yang dikenali sejak 31 tahun lalu, pernah menginap satu rumah buat satu tempoh ketika sama-sama belajar di London tahun 90an sudah lama faham perangai gila saya. Antara kami tiada hal kalau tiba-tiba saya terasa hendak lompat bangunan ke, pinjam basikal orang pusing keliling bandar ke atau menunggang motosikal besar sambil berdiri atas tempat duduk.

Tapi itu dia dan berapa orang kawan rapat. Pada orang lain gambar sebegini mungkin adalah sesuatu yang memalukan. Pada saya ia adalah gambar yang menyeronokkan. Duduk di air pancut itu mengingatkan zaman ketika saya suka melepak bebas di luar termasuk di halaman tempat saya belajar iaitu Universiti College of London pada musim panas.

Zaman itu jangankan musim panas. Masuk musim bunga dan apabila suhu baru melepasi 10 darjah Celsius pun saya dah boleh berlenggeng tak pakai baju melepak malah jalan merata di kota London tak pakai baju. Sebut pasal buat kerja gila? Ah. Dah tak terkira banyak dah. Sampai masuk surat khabar sana gambar saya pakai seluar pendek mandi atas air pancut di Trafalgar Square, antara mercu tanda paling terkenal di United Kingdom.

Malah memang pun saya pernah melalui zaman jadi majnun lagi majzub apabila ilmu sains dalam diri yang sudah lama dipegang sejak zaman sekolah rendah mula bertembung dengan minat baru membaca kitab-kitab terjemahan bahasa Inggeris tentang ilmu-ilmu Tasawuf seperti tulisan Fariduddin Attar, Jalaluddin Rumi dan sebagainya bermula umur 18 tahun. Namun itu masih lagi pertembungan dalam alam fikir dan falsafah. Kemudian saya lalui sendiri pengalaman-pengalaman berbentuk mistik termasuk roh asyik keluar masuk badan.

Hal ini sebenarnya malah berpanjangan sehingga melepasi umur 30 tahun. Jadi ada aku kesah kalau orang kata aku berbuat perkara yang memalukan? Itu memalukan bagi kamu-kamu yang nak sangat jaga air muka dan standard di mata orang ramai, tidak bagi aku yang lebih pentingkan ketulusan dan kejujuran. Lain le kalau menipu, curi barang orang, makan rasuah dan sebagainya, main perempuan di belakang tabir tapi di mata umum mahu kelihatan seperti orang penting, pejuang agama, bangsa dan negara yang sentiasa menabur jasa bagai. Pada aku tiada rasa malu berbuat sesuatu yang menggembirakan tanpa merosakkan orang lain apa lagi dalam keadaan hati sedang seronok menyaksikan kejadian berupa af'al-af'al Allah...


Seloka 1000 Keris - Satu majlis baru yang layak dijadikan acara tahunan negara

$
0
0
Salam malam 9 Rabiulawal. Sedar tak sedar sudah dekat 2 minggu blogspot ini tidak dikemaskinikan. Sedangkan sebelum itu hampir setiap hari ada sahaja cerita baru dikongsikan dalam tempoh sebulan. Sekarang biar dikongsikan sesuatu daripada hujung minggu lalu. Dipersembahkan artikel pertama bagi bulan Rabiulawal, bulan sambutan Maulidur Rasul.


Ini adalah poster bagi satu majlis baru yang diberi nama "Seloka 1000 Keris".  Majlis yang dianjurkan oleh satu persatuan baru bernama Pertubuhan Keris Semenanjung dengan kerjasama beberapa pihak terutama Jabatan Muzium Negara (JMN) ini menonjolkan beberapa aktiviti seperti tertera dalam poster. Paling utama adalah melibatkan keris...


Acara dilangsungkan pagi hingga petang Sabtu dan Ahad lalu 2-3 November 2019. Saya dan keluarga sampai ke lokasi majlis iaitu Muzium Diraja, Kuala Lumpur pada jam 2.45 petang Ahad lalu masuk melalui pintu belakang.


Kami ikut pintu belakang kerana mendapat tahu ruang tempat letak kereta hadapan sudah penuh. Malah begitulah keadaannya sehingga ke persekitaran Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy yang terletak di belakang halaman muzium. Nasib baik ada pejabat Telekom di mana kami boleh menumpang kereta kerana isteri adalah kakitangan.


Kami sampai lewat kerana balik kampung di Muar untuk bertemu ibu bapa. Kali terakhir bertandang adalah semasa cuti Hari Raya Haji 3 bulan lalu. Kami sampai kampung jam 4 awal pagi Sabtu. Ahad jam 10 dah bergerak meninggalkan mereka untuk ke majlis. Muncul pula hal-hal lain dalam perjalanan sejauh 180 km yang separuh daripadanya dibuat melalui jalan lama.


Untuk pengetahuan Muzium Diraja adalah istana Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebelum dibuka istana baru di Jalan Duta beberapa tahun lalu. Sejak itu ia dijadikan muzium dibawa selenggaraan JMN.


Kami melihat dahulu pameran kekal yang berada di bangunan utama muzium @ istana lama. Ruang yang kelihatan ini pernah menjadi balairong seri bagi majlis-majlis diraja.


Keluar ke halaman hadapan istana lama...





Kemudian baru ke lokasi majlis di satu bahagian sisi.





Kalau tidak kerana beberapa orang utama pihak penganjur adalah kawan-kawan belum tentu lagi kami sampai. Seharusnya kami menghabiskan lebih banyak masa bersama orang tua di Muar. Namun sebetulnya kami memilih untuk kembali ke Muar hujung minggu lalu itu pun adalah sebahagian daripada perancangan mahu ke majlis "Seloka 1000 Keris" ini. Kalau tidak mungkin kena tunggu kelapangan lain baru balik kampung.


Saya menghabiskan sedikit masa melihat persembahan silat di satu khemah khas. Isteri dan anak-anak bergerak ke bahagian lain...








Terdapat ahli persilatan dan guru-guru dari wilayah Patani di selatan Thailand, juga tempat-tempat seperti Padang di Pulau Sumatera dan Jakarta di Pulau Jawa, Indonesia memeriahkan majlis.


Tentunya ada wakil-wakil daripada perguruan-perguruan di Malaysia. 


Ini memang perkara biasa di majlis-majlis persilatan yang kami hadiri.








Seperti biasa saya dan isteri dapat berjumpa ramai kawan.











Jam 3.46 saya bergerak ke khemah pameran dan jualan.





Jauh sedikit di halaman hadapan kelihatan padang utama istana digunakan untuk aktiviti memanah...





Jam 4.12 saya bergerak ke bahagian utama majlis. Ia adalah bahagian yang dikhaskan untuk keris.


Sambil berjalan-jalan itu fikiran saya mengimbau kembali bagaimana kawan-kawan aktivis dalam dunia persilatan dan busana tradisional Melayu mula terlibat dengan JMN melalui acara yang dianjurkan oleh pihak saya sendiri 3 tahun lalu. Lihat artikel Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Saya tahu siapa kepala utama yang menjayakan majlis "Seloka 1000 Keris". Saya tahu beliau mula kenal dengan pegawai-pegawai utama JMN terutama ketua pengarah apabila bersama saya menjayakan acara ke-16 HIKMAH di Muzium Negara.


Oleh itu saya sangat gembira dapat datang untuk menunjukkan sokongan. Saya tahu beliau memang orang yang gigih dan boleh dipercayai untuk menjayakan suatu acara apabila telah menyatakan komitmen.





Masuk ke dewan badminton istana di mana lebih 1,000 keris daripada 10 negeri dipamerkan pertandingan keris baru sahaja selesai.


Tak mengapa. Pameran masih berjalan dan ramai kawan-kawan lama ada dalam dewan.


Bukan tidak pernah saya hadir dalam majlis-majlis perkerisan di Malaysia tetapi tidak ada yang sebesar ini sebelumnya.


Dengan adanya majlis "Seloka 1000 Keris" negara kita sudah ada suatu majlis yang dapat menandingi majlis Kerissana di Patani, Selatan Thailand yang boleh tahan hebat lagi gilang gemilang. Rujuk artikel Jejak Wasilah Patani - Kerissana 2018, Wan Hussein Senawi dan Narathiwat.


Kita sudah ada satu majlis perkerisan bertaraf antarabangsa yang layak dijadikan acara tahunan negara. Tahniah kepada semua yang terlibat. Anda tahu siapa diri anda semua... :]


Kesucian dan kekotoran dalam sejarah spiritual Mekah : Muhammad dan kemenangan tamadun monoteistik

$
0
0
Salam hari Isnin malam Selasa 15 Rabiulawal. Ada perkongsian daripada 3 hari lalu iaitu 12 Rabiuawal, hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.


Merujuk pada artikel Spiritualiti Islam dalam Dunia Melayu - Dia yang Zahir Dia juga yang Batin yang dipersembahkan pada petang Jumaat 25 Oktober iaitu hampir 3 minggu lalu. Artikel adalah tentang majlis ilmu yang dihadiri di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada petang Khamis sebelumnya. Sejak tarikh tersebut baru Jumaat malam Sabtu 8 November 2019 bersamaan malam 12 Rabiulawal saya bertandang lagi ke ISTAC. Ia adalah untuk menghadiri satu siri syarahan yang sudah masuk edisi ke-9.


Siri syarahan yang diadakan sekali setiap dua minggu, Jumaat malam Sabtu ini memiliki tajuk besar "The Eternal Messages of Islam and Its Civilisation". Dalam artikel tentang edisi pertama yang dipersembahkan hampir 4 bulan lalu saya telah menterjemahkannya sebagai "Pesan  Abadi Islam dan Tamadunnya". Sejak dimulakan selepas pertengahan Julai 2019 saya baru berkesempatan menghadiri 3 edisi sahaja. Lihat artikel-artikel berikut :-






Campur yang terbaru iaitu ke-9 pada 3 hari lalu ia adalah ke-4 dihadiri. Tajuk kecilnya "The Sacred and the Profane in Mecca's Spiritual History : Muhammand and the Triumph of Monothesitic Civilisation" boleh diterjemahkan sebagai "Kesucian dan Kekotoran dalam Sejarah Spiritual Mekah : Muhammad dan Kemenangan Tamadun Monoteistik"


Pensyarah iaitu Sheikhul Kuliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar memulakan dengan menerangkan apa itu "sacred". Ia boleh disamakan dengan perkataan Inggeris "holy" yang mana kedua-duanya membawa maksud suci terutama daripada segi keagamaan dan keTuhanan. Cuma daripada segi penggunaan ada sedikit beza. Menurut faham saya "sacred" itu bukan sekadar membawa maksud suci tetapi sesuatu yang diangkat tinggi sehingga dikeramatkan dalam erti kata dikaitkan dengan hal-hal keTuhanan. Tetapi dalam bahasa mudah biar digunakan perkataan "suci" sebagai terjemahan terus daripada "sacred". Itulah yang saya temui di Internet.

Kata Osman kesucian sebenar tidak boleh berlawanan dengan keTauhidan (dia menyebut perkataan Inggeris "divine unity"). Adalah menjadi misi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW untuk membersihkan Mekah daripada 360 patung berhala yang menjadi sembahan orang Arab Jahiliyyah (pada zaman baginda diutuskan lebih 1,400 tahun lalu). Tuhan adalah suci, punca segala kesucian tambah Osman. Salah satu nama Tuhan iaitu Al-Quddus menyatakanNya sebagai Yang Maha Suci.. Kata Osman, guru beliau Seyyed Hossein Nasr pernah menulis sebuah buku bertajuk  "Knowledge and the Sacred" ("Ilmu Pengetahuan dan Yang Suci") lalu menerangkan semua benda adalah suci. Dalam hal ini Allah SWT sebagai kewujudan yang mutlak (absolute) tidak bertepi (infinite) dirujuk.

Ada lain-lain nama Allah SWT yang berkait dengan Yang Suci. Malah sebetulnya semua nama seperti disebut dalam Asma ul-Husna, nama-nama yang indah adalah suci. Menggunakan kerangka pemikiran dan faham di mana semua ciptaan merupakan pengzahiran daripada ayat-ayat Allah seluruh bumi boleh dikatakan suci. Sebab itu umat Islam boleh menunaikan solat di mana-mana sahaja, bukan setakat di dalam kuil seperti berlaku pada sesetengah agama . Namun ada tempat yang terlebih suci berbanding yang lain seperti halnya Mekah.


Namun sesuatu yang suci boleh dirosakkan oleh perbuatan manusia seperti pernah berlaku di sana. Ka'abah didirikan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS dengan penuh kesucian. Tetapi ia kemudian menjadi tempat penyembahan berhala. Maka masuklah kita pada perkataan "profane" yang terdapat pada tajuk kecil syarahan. Secara mudah ia adalah lawan bagi "sacred".  

Daripada segi etimologi atau penggunaan dan asal-usul ia berasal daripada perkataan bahasa Latin "profanus". "prof" membawa makna "sebelumnya atau luar daripada". "fanu" adalah "kuil (tempat ibadat)". Maka "profanus" bermakna sebelumnya atau luar daripada "kuil". Ia menjadi perkataan bahasa Inggeris "profane" yang membawa maksud tidak suci, tidak ada kena mengena dengan agama (itu yang disebut sebagai di luar kuil). Lagi satu makna adalah tidak diperkenalkan dengan makna-makna mendalam sesuatu perkara. Apapun terjemahan mudah yang ditemui di Internet menyebut "profane" sebagai "kotor".  Biar kita ambil yang itu...


Secara rata apa yang mahu dinyatakan adalah Mekah bermula sebagai satu tempat suci. Sesetengah ulamak percaya manusia pertama iaitu Nabi Adam AS dicipta menggunakan tanah liat yang diambil dari bumi Mekah untuk dijadikan jasadnya. Apabila diturunkan ke muka bumi baginda dikatakan mendirikan rumah ibadah pertama di suatu tempat bernama Bakka dan ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Secara rata ulamak percaya Bakka tidak lain adalah nama lama bagi Mekah. 

Ada yang menambah ia merujuk secara khas kepada kawasan yang mengandungi Ka'abah bersama kawasan sekeliling yang mengandungi Masjidil Haram, bukan keseluruhan Mekah yang kita ketahui sekarang. Apapun Mekah pernah menjadi tempat suci sejak zaman Nabi Adam AS. Kemudian berlaku sesuatu sehingga rumah ibadah awal itu hilang (Osman tidak menyatakan atas sebab apa) sebelum Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS mendirikan Ka'abah di tapak yang sama. Ketika itu ia masih suci. Tetapi entah pada zaman bila kesucian itu dicemari "kekotoran" (profaneness) apabila Ka'abah dipenuhkan dengan berhala.

Daripada segi Tauhid iaitu mengesakan Tuhan yang Satu, Nabi Muhammad SAW membawa ajaran Islam yang sama. Ini merujuk pada makna Islam itu sendiri iaitu "penyerahan" (submission) kepada hukum dan perintah Allah SWT. Yang berbeza cuma Syariah atau cara perlaksanaan menurut tempat dan zaman. Agama Tauhid yang mengesakan Tuhan yang satu ini juga disebut sebagai monoteisme - penyembahan satu Tuhan. Kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa versi Islam yang terakhir dan paling lengkap untuk umat akhir zaman. Baginda melengkapkan satu pusingan 124,000 Nabi yang pernah diutuskan ke muka bumi sejak Nabi Adam AS. Misi baginda mengIslamkan Mekah dan menghancurkan berhala adalah kemenangan bagi tamadun monoteistik iaitu tamaduan yang berdiri atas konsep monoteisme.



Mawlid Agung Alam Melayu 2019 - Satu kerjasama yang mengangkat martabat majlis

$
0
0
Salam petang Selasa 15 Rabiulawal 1441 Hijriah. Hari ini yang tarikh Baratnya (kalendar Gregorian) adalah 12 November 2019 sampai masanya untuk berkongsi cerita aktiviti saya dan keluarga pada siang hari Maulidur Rasul 12 Rabiulawal. Menyambung gerak penulisan daripada artikel Kesucian dan kekotoran dalam sejarah spiritual Mekah : Muhammad dan kemenangan tamadun monoteistik.


Kelihatan adalah poster bagi majlis "Mawlid Agung Alam Melayu 2019" yang diadakan di USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Ia dianjurkan oleh satu badan NGO bernama Ratib Alami berserta USIM dengan kerjasama beberapa pihak.


Difahamkan acara terbit buat pertama kalinya di USIM akibat kebetulan ia dan Ratib Alami mahu mengadakan majlis dalam tempoh waktu sama. USIM mahu mengadakan festival atas nama iFest sedangkan Ratib Alami yang sudah beberapa tahun mengadakan sambutan Maulidur Rasul atas nama Mawlid Agung Alam Melayu mahu mengadakan acara edisi terbaru bagi tahun 2019. Maka digabungkan apa yang ada untuk membentuk atur cara seperti yang kelihatan.



Selepas menghadiri syarahan di ISTAC pada hari Jumaat malam Sabtu 8 November 2019 (seperti diceritakan dalam artikel Kesucian dan kekotoran dalam sejarah spiritual Mekah : Muhammad dan kemenangan tamadun monoteistik) saya dan keluarga bergerak ke Bandar Seri Putera dekat Bangi Lama untuk bermalam di rumah kawan. Dari sana cuma tinggal 15 km sahaja untuk ke USIM, kalau dari rumah sendiri dekat 100 km perjalanan. Tetapi pada pagi Sabtu 9 November, siang hari sambutan Maulidur Rasul kami berehat dahulu di rumah kawan kerana sampai ke sana itu pun sudah dekat jam 3 pagi, selepas itu berbual-bual sehingga dekat jam 4. Dengan itu pada jam 12 tengah hari baru saya dan keluarga keluar . Itupun singgah dahulu ke beberapa tempat sebelum sampai ke USIM jam 3.40 petang. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-






Kami sampai untuk mengikuti sesi perkongsian ilmu di satu auditorium universiti.


Sudah terlepas perkongsian pembentang pertama, Ar Dr Mastor Surat daripada UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Menurut atur cara beliau telah membawa tajuk "Falsafah Kebitaraan Adat Budaya Melayu".


Kelihatan adalah pembentang kedua, Sheikh Sidi Rohimuddin Nawawi al-Bantani daripada persatuan Al Isyraq Nusantara. Menurut atur cara beliau membawa tajuk "Tradisi Alam Melayu".


Namun ulamak terkenal dari Banten di Pulau Jawa ini telah menukar tajuk seperti yang kelihatan pada slaid...


Secara rata beliau bercakap tentang konsep cinta iaitu cinta alami yang lebih bertujuan untuk memenuhi keperluan nafsu haiwani diri berbanding cinta hakiki yang berpaksikan Tuhan lalu daripada situ boleh muncul cinta yang betul-betul suci sesama makhluk ciptaanNya.





Sekitar jam 5.50 kami bergerak ke masjid USIM. Lihat Masjid (Mosque of) USIM, Nilai.


Dari situ dimulakan sesi berarak Maulidur Rasul...





Tu dia. Orang lain biasa berarak pada awal pagi 12 Rabiulawal. Kami berarak belah petang menyusuri satu jalan utama pekeliling di USIM.





Sampai kembali ke masjid jam 6.20 diadakan persembahan silat di perkarangan belakang.





Sambil itu berjalan pembentangan tentang "Seni Peperangan Melayu" oleh guru silat, Pendekat Mat Ali...





Masjid terus menjadi tempat berkampung sambil semakin ramai hadirin muncul, kebanyakannya para pelajar USIM. Tiba-tiba saya dan isteri diminta menjadi VIP untuk majlis utama Maulud selepas Isyak. Memang pun selama ini pihak penganjur utama iaitu Ratib Alami selalu mengundang kami sebagai VIP walaupun ia tidak dinyatakan awal kali ini. Ini kerana kapisiti saya sebagai presiden dan pengasas NGO bernama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman). 

Untuk makluman pihak Ratib Alami telah beberapa kali menyertai majlis-majlis kami. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa mereka mengadakan majlis-majlis sendiri setelah melihat kejayaan majlis-majlis kami lalu sedikit sebanyak ada mengikut model atur cara kami. Boleh rujuk cerita-cerita berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Jam 9.15 malam bergeraklah kami dari bilik VIP masuk ke dewan utama solat. Kami mengikut di belakang ulamak-ulamak utama sambil disambut para hadirin.





Saya duduk di sisi kanan barisan VIP hadapan. Dari situlah diambil gambar-gambar seterusnya...





Diadakan majlis pembukaan beradat dengan menjunjung keris oleh Sheikh Rohimuddin.


Diadakan tayangan video tentang perjuangan umat Melayu dan kaitannya dengan pengembangan agama Islam sambil mengangkat tinggi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.


Jam 9.53 baru dimulakan bacaan qasidah dan nyanyian-nyanyian maulud.


Jam 11.26 majlis mencapai kemuncak apabila masuk bahagian laungan selawat secara berdiri.


Selepas beberapa lama baru suasana reda. Kelihatan Sheikh Rohimuddin memberikan tausiyah jam 11.42...


Ketika itu lebih banyak lampu telah dibuka sehingga suasana jadi terang benderang, tidak separa gelap seperti ketika Maulud tadi.


Walaupun ketika itu ramai hadirin sudah meninggalkan majlis kerana sudah lewat malam jumlah yang masih ada cukup ramai untuk menunjukkan ia mendapat sambutan yang sangat meriah. Saya anggarkan tidak kurang 1,000 hadirin ada pada waktu kemuncaknya...


Walaupun suatu sambutan Maulidur Rasul itu tidak perlu bergantung kepada jumlah yang hadir kerana mana-mana majlis yang bertujuan untuk memuji dan mengenangkan Nabi Muhammad SAW tetap tinggi martabatnya namun daripada segi pandangan awam kelihatan majlis anjuran Ratib Alami kali jelas lebih berjaya dan bermartabat berbanding edisi-edisi terdahulu.


Jam 12.04 Ustaz Iqbal Zain daripada Darul Mujtaba pula memberikan tausiyah. Kalau tak salah ingatan selepas jam 12.30 baru majlis bersurai lalu kami dapat menikmati makan malam lewat. Yang pasti pada jam 2 pagi masih ada orang berlegar termasuk saya dan keluarga. Sebagai mengakhiri artikel biar dikongsikan sejumlah gambar yang diambil daripada Facebook Ratib Alami dan sumber lain...

































Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hikmah dan falsafah yang muncul dalam kegelapan

$
0
0
Tengah hari Khamis 24 Oktober 2019 iaitu pada 3 minggu lalu saya telah mempersembahkan artikel bertajuk Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tentang wahyu lebah dan antropologi spiritual dari masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Melayu). Kini awal pagi Khamis 14 November saya mahu mempersembahkan artikel seterusnya dalam siri. Menariknya ia juga ditulis dari masjid ISTAC kerana seperti pada 3 minggu lalu saya beriktikaf lagi  supaya mudah mengikuti majlis-majlis ilmu pada siang Khamis setelah mendengar syarahan tentang klasifikasi ilmu pada petang Rabu.


Petang Rabu semalam 13 November 2019 saya sampai ke ISTAC untuk syarahan agak awal berbanding dahulu.


Ketika hendak masuk ke pintu utama siap terserempak dengan bas membawa pelajar dari kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak, pertama kali ini berlaku buat saya. Untuk makluman UIAM adalah badan induk yang menaungi ISTAC. Pelajar daripada sana boleh mengikuti majlis-majlis di sini begitu juga sebaliknya...


Saya masuk ke ruang syarahan jam 5.10. Pensyarah iaitu Sheikhul Kuliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar belum lagi kelihatan ketika itu. Pelajar dari Gombak pun belum masuk. Osman muncul lalu memulakan syarahan jam 5.14 dengan mengingatkan  sampai bahagian manakah buku "Classification of Knowledge in Islam" tulisannya  yang membentuk siri telah disyarahkan pada edisi minggu lalu. Maka edisi semalam harus dimulakan selepas bahagian tersebut. Cuma saya tidak dapat hadir minggu lalu kerana kurang sihat. Begitu juga keadaannya pada petang Rabu 2 minggu lalu. Kemudian baru tahu syarahan minggu itu telah dibatalkan lalu saya cuma terlepas satu sahaja syarahan.


Supaya jelas turutan perkongsian biar disebut bahawa syarahan terakhir dihadiri iaitu pada 3 minggu lalu  bermula daripada bahagian tengah muka surat 4 buku membawa ke tengah muka surat 5. Artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tentang wahyu lebah dan antropologi spiritual menyebut bahawa ia adalah syarahan ke-4 bagi semester ini. Sekadar mengingatkan.  Buku sebenarnya telah disyarahkan selama 7 sesi/edisi pada semester lalu. Tetapi siri dimulakan kembali daripada muka surat 1 kerana muncul ramai muka baru mengikuti semester ini. 

Disebut dalam artikel itu bahawa bahagian yang disyarahkan adalah bersamaan separuh akhir syarahan ke-3 daripada semester lalu. Ini boleh dirujuk dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Skop kajian meluas yang melebihi fahaman sains sekarang yang ditulis lebih 7 bulan lalu. 



Syarahan semalam bermula daripada perenggan kedua muka surat 10 iaitu tentang rujukan-rujukan semasa yang digunakan Osman dalam tesis PhD beliau yang kemudian menjadi buku. Dengan itu boleh dikatakan syarahan minggu lalu yang saya tidak hadir itu, syarahan ke-5 bagi semester ini meliputi pertengahan muka surat 5 hingga awal muka surat 10. Semakan artikel-artikel terdahulu menunjukkan ini adalah bersamaan apa yang telah dikongsikan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Mula memperincikan al-Farabi iaitu daripada syarahan ke-4 semester lalu. Syarahan semalam pula bermula dengan bahagian yang sama seperti syarahan ke-5 semester lalu. Lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Kehidupan awal al-Farabi... antara ketenteraan dan kesarjanaan. Tetapi ada perbezaan perincian terutama berkenaan tulisan-tulisan yang dirujuk kemudian dilampirkan nama kitab dan penulis (ditandakan sebagai nota). Misalnya nombor 6 (kecil atas) apabila menyebut nama penuh Al-Farabi sebagai Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh dalam muka surat 10 yang terpapar di atas.



Penerangan tentang nota ada terdapat pada penghujung bab iaitu pada muka surat 31 dan 32. Di sini tidak perlulah ditunjukkan muka surat 31 kerana boleh dilihat dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Kehidupan awal al-Farabi... antara ketenteraan dan kesarjanaan. Apa yang hendak saya beritahu adalah jika dahulu banyak penerangan diberikan tentang orang-orang seperti Ibn Khalikan dan M.A. Mahfuz (rujuk artikel lama) untuk syarahan semalam ia tidak dipanjangkan. Sebaliknya ada yang tidak disebut dahulu diberi perhatian panjang kali ini. Paling utama adalah Ibn Nadim (nota 8). Kata Osman ini adalah tokoh besar silam Islam dalam ilmu mengatur buku atau ilmu perpustakaan lalu banyak ilmu tentang orang lain boleh dirujuk dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Fihrist. Tambah Osman pengetahuan beliau "A to Z". Ini kerana Ibn Nadim (hidup abad ke-10 Masihi) menulis mengenai ulamak-ulamak utama Islam yang sezaman dan sebelumnya.


Secara rata syarahan semalam memang hampir menyamai apa yang telah dikongsikan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Kehidupan awal al-Farabi... antara ketenteraan dan kesarjanaan. Cuma syarahan lama itu sempat masuk pada muka surat 11 buku sedangkan syarahan semalam 'terbantut' pada pertengahan muka surat 10. Sebab apa? Sebab tiba-tiba berlaku blackout  (saya tak tahu apakah terjemahannya ke dalam bahasa Melayu) jam 5.56 petang. Ini menyebabkan ruang syarahan menjadi gelap gelita. Yang kelihatan cuma cahaya daripada komputer riba saya (kerana masih hidup akibat ada bateri) sebelum beberapa orang hadirin membuka lampu 'picit' telefon pintar masing-masing.


Ternyata seluruh bangunan ISTAC terputus bekalan eletrik, sesuatu yang belum pernah saya alami sejak pertama kali menjejakkan kaki 4 tahun lalu kemudian mula menjadi pelajar September 2018. Hal ini menyebabkan isi buku tidak lagi dapat disyarahkan menurut turutan kerana susah hendak dibaca. Sebaliknya muncul perbincangan panjang spontan tentang makna hikmah dan falsafah.


Hal ini terbit apabila ada yang meminta penerangan tentang pengajian falsafah memandangkan ulamak-ulamak silam yang dibincangkan dalam buku termasuk Al-Farabi semuanya juga adalah ahli falsafah selain menguasai banyak bidang lain termasuk sains dan feqah. Kesediaan ulamak silam untuk mendalami ilmu falsafah lalu turut mendalami ilmu logik ataupun mantik menjadikan mereka  dapat meliputi pelbagai cabang ilmu, tidak seperti ulamak sekarang yang cuma cenderung pada satu dua bidang sahaja lalu tidak dapat melihat suatu perkara dengan secara menyeluruh. 

Oh. Sebelum berlaku blackout Osman sempat memberikan Albert Einstein, saintis Barat terkenal itu sebagai contoh seorang ahli sains-falsafah. Kata beliau Einstein percaya pada konsep kesatuan wujud yang mana semua benda yang wujud dalam alam ini adalah saling terkait. Ini adalah konsep Tauhid kata Osman. Boleh jadi Einstein berfikiran begitu kerana dilahirkan sebagai seorang Yahudi.

Kata Osman, agama Yahudi dan agama Islam memiliki konsep Tauhid yang sama kerana berpegang pada Tuhan yang Satu. Perbezaan adalah lebih bersifat politikal, bukan pada perkara asas Tauhid. Hal ini berbeza dengan agama Kristian (kerana konsep Triniti - Tuhan 3 dalam 1).

Tentang Ibn Nadim seorang hadirin berkongsi pengetahuan bahawa ada para ulamak sibuk menyoalkan apakah orang ini Syiah ataupun Sunni. Kata Osman perkara sebegini tidak pernah diperbesar-besarkan oleh ulamak silam. Yang penting adalah ilmu pengetahuan yang dikongsikan. 

Osman memberitahu satu hari beliau pernah mengikut seorang kawan yang merupakan pensyarah di UM (Universiti Malaya) bertemu bapanya, seorang guru sekolah pondok di Kelantan, Didapati rupa-rupanya ayahnya sangat berpengetahuan dalam ilmu warisan ulamak silam sehingga pengetahuannya tentang ilmu logik (mantik) selain ilmu sufi melebihi para profesor di UM. Antara sebab jadi begitu adalah kerana keterbukaan ulamak silam terdahulu, satu hal yang sudah hilang hari ini. Keterbukaan diperlukan untuk menangani banyak masalah zaman. Ulamak dahulukala akan cuba menjawab apa sahaja persoalan yang ditimbulkan walau kelihatan berlawanan dengan Islam, tidak seperti ulamak sekarang yang terus menolak kalau kelihatan mengancam.  Ini adalah sesuatu yang tidak dapat ditangani dalam bidang fiqh sahaja kerana memerlukan pengetahuan ilmu kalam, sufi dan falsafah.

Falsafah sangat penting kata Osman tetapi ia diabaikan. Dalam kegelapan (yang ini bila dah blackout) yang berterusan sehingga syarahan tamat sekitar jam 7.05 petang (ia berpanjangan sehingga hampir jam 7.30) beliau bercerita bagaimana ketika bertugas sebagai pensyarah matematik di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dahulu beliau ada memulakan kelas falsafah sains. Tetapi ini tidak bertahan lama kerana kurang orang berminat. Kemudian apabila Profesor Diraja Ungku Aziz yang menerajui UM mendengar tentang ini ditariknya Osman ke universiti itu pula,. Dihantar Osman ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang falsafah lalu dibuka kuliah berkenaan. Tetapi itu juga tidak bertahan lama.

Kata Osman, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang pernah membuka jabatan falsafah tetapi tidak bertahan lama. Sebabnya kerana mereka mengajar falsafah Barat. UIAM pun pada awalnya (tahun 1980an) ketika belum memiliki kampus sendiri ada membuka jabatan falsafah  tetapi tidak bertahan lama. Sama juga kesnya, orang kurang minat kerana  yang diajar adalah falsafah Barat. Cuma lebih malang kerana namanya universiti Islam tetapi tidak ada mengajar falsafah Islam.

Ditanya tentang orang mengaji sampai ke peringkat PhD yang bermaksud Doctor in Philosophy (Doktor Falsafah) tetapi tidak berminat pada falsafah kata Osman sebab orang tak faham apakah itu sebenarnya falsafah. Perkataan Arab falsafah adalah terjemahan bagi perkataan Inggeris philosophy sedangkan itu berasal daripada perkataan Greek philo yang bermakna love iaitu sayang atau cinta digabungkan dengan sophos yang bermakna wisdom iaitu hikmah. Itu yang orang sekarang tak faham. Falsafah sebenarnya adalah cinta pada hikmah. Ia lebih tinggi daripada sekadar cinta pada ilmu. Disebutlah hadis yang berbunyi begini :-


Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang mukmin. 
Di mana saja dia menemukannya, dialah berhak ke atasnya


Disebut juga bahawa Al-Quran mengandungi hikmah malah seluruh isinya adalah berhikmah. Dirujuk ayat-ayat awal Surah Ya Sin...


Ya Sin. Wal Qurannil Hakim 


(Terjemahannya : Ya Sin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh,)

Kan disebut tentang hikmah kata Osman? (Perkataan Arab hakim itu sebenarnya merujuk pada hikmah atau orang yang berhikmah, bukan orang yang menjatuhkan hukuman seperti faham kita sekarang).

Dalam kegelapan blackout itu dipanjangkan lagi beberapa perkara tentang falsafah dan hikmah. Tetapi cukuplah perkongsian daripada saya. Ketika ayat ini ditulis sudah jam 3.39 pagi. Ketika habis disemak kembali sudah jam 4.04 ( saya mula menulis jam 1.20 pagi). Pada mulanya ingat nak tulis petang nanti tetapi susah pula nak tidur. Jam 9 pagi pula saya harus berada di UM untuk satu persidangan meja bulat tentang perlembagaan negara, Melayu dan Islam. Sekian. Saya sudah menyampaikan.


Memperkasakan kembali kedudukan Melayu dan Islam melalui Perlembagaan

$
0
0
Salam petang Jumaat 15 November 2019 bersamaan 18 Rabiulawal 1441 Hijriah. Merujuk pada artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hikmah dan falsafah yang muncul dalam kegelapan  yang dipersembahkan awal pagi semalam. Pada penghujung artikel ada disebut bahawa pada jam 9 pagi saya harus berada di UM (Universiti Malaya) untuk menghadiri satu persidangan meja bulat tentang Perlembagaan Negara, Melayu dan Islam. Ini adalah cerita tentangnya.



Kelihatan adalah poster bagi majlis berkenaan. Tajuk dan panelis yang terlibat boleh dilihat dengan jelas. Ia adalah anjuran NGO bernama MUAFAKAT dengan Mi'raj berserta Akademi Pengajian Islam UM.


Adapun selepas mempersembahkan artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hikmah dan falsafah yang muncul dalam kegelapan jam 4.04 pagi di tempat saya menginap malam sebelumnya iaitu masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) saya harus melakukan lagi beberapa perkara. Sekitar jam 4.26 baru dapat melelapkan mata, bangunan kembali jam 4.54 untuk bersahur kerana mahu menunaikan puasa sunat hari Khamis. Jam 5.15 sambung tidur sebelum dikejutkan oleh laungan azan Subuh jam 5.38. Selepas solat berjemaah buat sedikit kerja, jam 7.20 sambung lagi tidur. Maka itu dekat jam 9 baru betul-betul bangun lalu bersiap. Jam 9.30 baru meninggalkan ISTAC. Jam 9.51 sampai ke UM melalui pintu belakang dekat Bukit Damansara.


Dari pintu masuk ada lagi jarak untuk sampai ke lokasi majlis iaitu bangunan Akademi Pengajian Islam UM atau singkatannya APIUM.  Gambar ini diambil jam 9.51 dari dalam kereta sebaik sahaja sampai ke perkarangan. Itupun tak pasti di manakah lokasi tepat iaitu satu bahagian bangunan yang dipanggil sebagai CUBE. Di belah manakah ia? Kelihatan beberapa buah bangunan sedangkan ia adalah kali pertama saya sampai. Selama ini saya cuma biasa dengan Jabatan Sejarah dan Akademi Pengajian Melayu (APM) serta tempat-tempat berdekatan di UM.


Saya mengambil sedikit masa untuk mengikat sampin memakai bengkung dan melengkapkan pemakaian busana tradisional Melayu. Nasib saya baik apabila melangkah masuk ke bangunan utama akademi terus ternampak sepanduk-sepanduk menyatakan sudah sampai ke lokasi tepat. Gambar ini diambil jam 10.01. Sekali lagi nasib saya baik kerana ketika sampai itu terdengar pengumuman panelis pertama baru sahaja dipanggil untuk memulakan pembentangan.


Dengan itu saya cuma terlepas upacara pembukaan yang mengandungi ucapan-ucapan alu-aluan oleh tokoh-tokoh berikut. Biar ditulis menurut atur cara terperinci yang diberikan :-


1. Profesor Madya Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail, ketua Jabatan Siyasah Syar'iyyah APIUM

2. Dr Wan Adli bin Wan Ramli, presiden MUAFAKAT

3. Datin Profesor Dr Raihanah Abdullah, pengarah APIUM


Menurut atur cara pembentangan kertas kerja pertama harus bermula jam 9.45. Tetapi ia nampaknya terlewat lebih 15 minit untuk memberi peluang bagi saya mengikutinya sejak mula. 





Kelihatan pembentang pertama Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Hussain sedang memuliakan bicara. Beliau yang dinyatakan dalam senarai atur cara sebagai penasihat undang-undang Universiti Malaysia Perlis pernah menjadi penasihat undang-undang Sultan Terengganu dan duduk dalam majlis diraja sana. Beliau juga adalah penasihat Mi'raj.


Tajuk yang dibawa adalah "Sejarah Pemakaian Prinsip Perundangan Islam di Malaysia Menurut Jurispridens Watan". 


Diceritakanlah sejarah perundangan di Malaysia yang sebenarnya sudah bermula selewatnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lebih 500 tahun lalu. Kita sudah ada undang-undang bertulis dalam bentuk Hukum Kanun Melaka diikuti Undang-undang Johor, Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Kedah, Undang-undang 99 Perak dan sebagainya. Malangnya apabila penjajah British datang lalu membawa pengaruh undang-undang Barat undang-undang sedia ada dilonggokkan sebagai sastera undang-undang sahaja lalu tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya. Pun begitu undang-undang tempatan negeri-negeri Melayu terus terpakai sekurang-kurangnya dalam wilayah masing-masing untuk mentadbir penduduk sehinggalah undang-undang British jadi terpakai selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tahun 1957 diikuti pembentukan Malaysia tahun 1963. 

Berdasarkan perkembangan sejarah tempatan inilah Perlembagaan Negara yang mula terbentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu diasaskan tahun 1948 sepatutnya dibaca menurut kaca mata anak watan bukan kaca mata asing. Ini kerana sejarah dan perkembangan undang-undang di Tanah Melayu tidak sama dengan di United Kingdom di mana raja pernah dilucutkan kuasa lalu konsep kehendak orang ramai mengatasi undang-undang asal yang berdiri atas kedaulatan dan keabsahan raja sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Di Tanah Melayu keabsahan tersebut dengan raja-raja sebagai khalifah untuk mendirikan hukum Allah SWT masih lagi berperanan besar malah paling tinggi jika Perlembagaan dibaca menurut kaca mata yang sepatutnya. Menurut kaca mata tersebut Perlembagaan Negara sebagai sumber undang-undang tertinggi memang sedia mengatasnamakan kepentingan agama Islam juga hak-hak orang Melayu. Ia termaktub jelas dalam beberapa artikel atau perkara Perlembagaan selain tersirat dalam perkara-perkara lain. Daripada segi sejarah pula ia memang kesinambungan daripada undang-undang Tanah Melayu yang berdiri atas hukum Syariah dan agama Islam.


Namun Wan Fauzi yang kepakarannya adalah dalam bidang jurisprudens iaitu falsafah undang-undang menegaskan bahawa berdasarkan prinsip undang-undang, surat-surat perjanjian  negeri-negeri Melayu menunjukkan ia tidak pernah dijajah British. Ia sebaliknya menerima naungan, yang dijajah cuma Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaupun perbuatan British masuk campur hal ehwal negeri-negeri Melayu atas nama naungan kelihatan sama seperti penjajahan kerana boleh jadi melampau sehingga dapat menurunkan raja yang tidak disukai untuk digantikan dengan raja pilihan mereka (contoh saya ini)  daripada segi undang-undang ia bukan begitu. Daripada segi perundangan wilayah yang dijajah sudah hilang hak untuk meneruskan prinsip-prinsip perundangannya yang asal. Berbeza dengan negeri-negeri naungan yang mana undang-undang terdahulu masih terpakai kerana merupakan kesinambungan sejarah sejak zaman berzaman. Maka daripada segi itu boleh dikehadapankan bahawa Perlembagaan Negara Malaysia adalah kesinambungan daripada undang-undang terdahulu yang mengutamakan Islam lalu boleh ditafsir melalui kaca mata berkenaan.


OK. Tidaklah berhajat saya untuk menerangkan kesemua isi yang dikongsikan dalam pembentangan kerana banyak perkara teknikal yang walaupun alhamdulillah dapat saya faham tetapi adalah amat memenatkan jika hendak ditulis panjang lebar.


Cukuplah dikatakan, menurut Wan Fauzi perkara-perkara sedia ada dalam Perlembagaan memang mengutamakan Melayu dan Islam juga institusi beraja sebagai badan yang menjalankan amanah pemerintahan berdasarkan hukum-hukum Syariah. Dalam keadaan saya cuma dapat tidur kurang setengah jam sebelum sahur kemudian sambung dalam 23 minit sebelum Subuh kemudian sambung lagi sejam setengah selepas matahari naik iaitu tak sampai 2 jam setengah secara keseluruhan saya amat bersyukur dapat mengikuti pembentangan dengan baik, Apa lagi ketika itu (dan sampai sekarang sebenarnya ketika menulis ini) saya dilanda selsema, sakit gigi dan sakit kepala. Cuma rasa kurang tahan sejuk penghawa dingin akibat faktor-faktor tersebut disertai puasa menyebabkan tiada pembakaran makanan dalam badan yang boleh memberikan kehangatan.








Pembentang kedua Dato' Salehuddin bin Saidin cuma disebut dalam atur cara sebagai peguambela dan peguamcara bagi syarikat guaman Salehuddin Saidin & Associates.


Dalam slaid pula disebut beliau adalah anggota Majlis Agama Islam Selangor. Sebetulnya beliau juga adalah penasihat undang-undang kepada Sultan Selangor dan duduk dalam majlis diraja.


Beliau bermula dengan menerangkan kedudukan Perlembagaan Negara atau Perlembagaan Persekutuan membawa kepada undang-undang Islam negeri.


Umum tahu secara rasminya Sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri. Maka undang-undang Islam adalah hak bagi setiap negeri di bawah kuasa Sultan.


Jika Wan Fauzi menerangkan kedudukan undang-undang negara berdasarkan kaca mata ideal anak watan terhadap Perlembagaan Salehuddin pula menunjukkan realiti sebenar pengalaman perundangan di dunia nyata yang mana kita harus berhadapan dengan tafsiran undang-undang dan kekuatan organisasi orang-orang yang meremehkan Islam.


Disebut bagaimana pada tahun-tahun terdahulu Mahkamah Syariah yang berada di bawah kuasa setiap negeri (kecuali di Wilayah Persekutuan - terus di bawah Yang di-Pertuan Agong) boleh menegakkan penghakiman masing-masing tanpa dapat diganggu-gugat Mahkamah Sivil. Tetapi akhir-akhir ini sudah dikacau apabila tafsiran lain diberikan terhadap undang-undang berkenaan. Misalnya kes ibu atau bapa masuk Islam. Apakah boleh mendaftarkan anak bawah umur 18 tahun sebagai penganut Islam? Dahulu cukup salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam untuk melakukannya.  Mahkamah Syariah memutuskan begitu lalu tidak boleh disanggah Mahkamah Sivil. Sekarang  undang-undang yang sama ditafsirkan perlukan persetujuan kedua-dua pihak oleh Mahkamah Sivil. Tentunya ini membatalkan pengIslaman anak bawah 18 tahun yang salah seorang ibu atau bapa tidak mahu masuk Islam.


Menurut Salehuddin masalah yang melanda sehingga Mahkamah Syariah dipandang begitu kecil berbanding Mahkamah Sivil adalah antara lain disebabkan undang-undang agama Islam antara negeri tidak selaras.








Lalu diberikan beberapa cadangan bagaimana undang-undang Islam boleh diperkasakan.


Pembentang ketiga adalah Dr Mohammad Zaidi bin Abdul Rahman, pensyarah kanan Jabatan Siyasah Syar'iyyah, APIUM.


Beliau membentang tentang Piagam Madinah yang digubal oleh baginda Rasullah SAW sebagai rujukan terbaik untuk mendirikan undang-undang Islam...




















Seterusnya naik mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz untuk merumuskan semua perkongsian sambil memberikan buah fikiran tambahan Beliau turut menjawab tuduhan sesetengah pengamal undang-undang bahawa Malaysia kononnya adalah sebuah negara sekular, bukan negara Islam. Ini adalah satu perkara yang kebetulan saya lihat sedang diviralkan oleh pihak-pihak tertentu sehari sebelum majlis berlangsung. Hal ini dengan segala alasannya sempat saya panjangkan kepada penganjur melalui WhatsApp apabila terlihat ia dalam Facebook lewat hari Rabu malam Khamis. Biar dicopy paste dakwaan-dakwaan yang dalam tempoh 7 jam naik di FB sudah dapat 58 share...


Mahathir shocked a lot of people when he declared in 2001 that Malaysia was an Islamic state. When Najib became PM, he said the same.

But here is a well-argued case against that.

In a speech delivered at a seminar in Kuching on November 9, retired Court of Appeal judge Mohd Hishamuddin Yunus gives not one but 10 reasons that clearly show why Malaysia is not an Islamic but a secular state.

One, while Islam is declared to be the State religion, the Constitution stipulates that [the position of Islam] is subject to the provisions on fundamental liberties, citizenship, the separation of the legislative, executive and judicial powers in Malaysia, federal-state relations, finances, elections, public services, etc. [Article 3(4)]

Two, the Constitution proclaims itself to be the supreme law of the Federation, as opposed to the holy book of any religion. [Article 4(1)]

Three, the Constitution guarantees the Rule of Law and Separation of Powers i.e. Malaysia’s laws are made, executed and interpreted by three secular institutions, namely, Parliament, the Yang di-Pertuan Agong (or the Cabinet or any other person as determined by Parliament) and the Courts respectively. [Article 39, 44 and 121]

Four, the Constitution confirms that decisions in Parliament are made by a majority; a basic feature of Democracies, and not Theocracies. [Article 62(3)]

Five, the Constitution regards “written law” and “common law” as the applicable laws in Malaysia. Substantive Islamic law is not considered “law” under the present legal framework; it must be legislated for. [Article 160 and 74(2)]

Six, the creation of key religious authorities i.e. the Majlis Agama, the Mufti and the Syariah courts, are all pursuant to laws passed by a secular institution i.e. the State Legislative Assembly. [Item 1 of State List]

Seven, all Ministers of Cabinet, members of the Houses of Parliament and Judges take an oath of office which requires them to “preserve, protect and defend” the Constitution, as opposed to any religion. [Sixth Schedule]

Eight, the Constitution guarantees freedom of religion for all persons. [Article 11(1)]

Nine, the Constitution does not create a Head of the religion of Islam for Malaysia.

Ten, there is no religious qualification with respect to office(s) in Government; thus, a person of any religious affiliation can be a member of the Legislature, Executive or Judiciary in Malaysia.


Butiran dakwaan tersebut dijawab Fairuz satu persatu sehingga butiran atau poin ke-7 di mana beliau berkata tak perlulah dipanjangkan lagu. Secara rata beliau berpendapat ia semua dibuat secara "suka-suka logik entah ke mana" (kata-kata saya ya) demi hendak mengetepikan keutamaan  Islam dalam Perlembagaan. Kemudian masuklah sesi terbuka di mana hadirin termasuk saya sendiri dapat bersoal jawab. Banyak perkara timbul tetapi biar dikongsikan sedikit sahaja...


Ramai tokoh-tokoh besar Melayu hadir menjadikan ini suatu majlis yang penting lagi bersifat intelektual. Kelihatan Tan Sri Abu Zahar Ujang, mantan Yang Dipertua Dewan Negara memberikan maklum balas berdasarkan situatisi politik negara kini. Secara rata beliau menyatakan betapa ahli parlimen sekarang ramai yang tidak berkualiti atau berpelajaran tinggi. Oleh itu mereka perlu 'disekolahkan' terlebih dahulu, baru boleh memahami hakikat sebenar undang-undang negara temasuk Perlembagaan yang secara tersurat dan tersirat meninggikan Islam mengatasi apa-apa agama lain.


Seterusnya seorang peguam muda yang dikenali sebagai Buzze Azam memberikan maklum balas sebelum menimbulkan pertanyaan. Beliau agak terkenal sebagai peguam yang berani mengenengahkan pendapat di Internet berdasarkan pengetahuan undang-undang untuk melawan arus ganas pihak-pihak yang asyik mencabar hak serta kedudukan Melayu dan Islam berdasarkan apa yang mereka dakwa sebagai rule of law (konon) . Baru-baru ini beliau telah memfailkan ke mahkamah cabaran ke atas kewujudan sekolah-sekolah vernakular (menurut kaum seperti sekolah Cina dan India) yang sebenarnya adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Kata Azam beliau membuat cabaran kerana pihak-pihak berkenaan sudah melampau sehingga belanjawan negara pun mahu diberikan kepada sekolah-sekolah tersebut walhal yang layak menerimanya cuma sekolah-sekolah kerajaan juga sekolah agama Islam. 


Walapun ia ditolak oleh mahkamah (peringkat Persekutuan kalau tak salah) cabaran masih boleh diangkat melalui mahkamah peringkat lain. Dikongsikan sedikit strategi beliau kepada hadirin. Tak perlulah didedahkan. Buat apa beri pelung untuk musuh siap siaga? Cukuplah dikatakan bahawa cabaran terhadap kewujudan sekolah vernakular cuma yang pertama antara 9 cabaran yang akan dibuat Azam dan kawan-kawan peguam berdasarkan peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan.


Perkongsian, maklum balas dan sebagainya menyebabkan majlis yang sepatutnya tamat jam 1  petang berpanjangan sehingga 2.30. Majlis akhirnya ditutup dengan bacaan "7 Wasiat Raja-raja Melayu" oleh budayawan Dr Ibrahim Ghaffar. Secara rata semua bersetuju bahawa Perlembagaan Negara atau Persekutuan memang bersifat menjaga kepentingan Islam dan Melayu. Kedudukan raja-raja juga diletak tinggi sebagai pelindung orang Melayu dan khalifah bagi menjalankan hukum-hukum Islam apalagi Perlembagaan itu sendiri bersumber daripada kuasa raja-raja yang didelegasikan ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 71 tahun yang lampau.

Masalahnya adalah  bagaimana hendak menghadapi realiti dunia sebenar di mana  ramai para peguam dan hakim bersikap anti-Islam bermaharajalela menafsirkan perkara lalu bertindak untuk mengatasi apa-apa usaha bagi mendaulatkan Islam. Sesungguhnya senario politik tanah air semakin meruncing meminggirkan Melayu dan Islam dengan naiknya puak-puak cauvinis yang amat membencikan kita lalu berusaha untuk merubah negara menurut selera yang menjahanamkan. Untuk menghadapi ini orang Melayu Islam harus bersatu hati menggabungkan kepelbagaian kepakaran lalu bergerak secara bijak dan berstrategi. Lebih penting lagi bagi saya adalah semua yang berjuang harus memperbaiki diri supaya betul-betul jadi orang Islam yang bertakwa. Dengan itu barulah mendapat nusrah pertolongan Allah SWT selain tidak boleh dibeli, dipermainkan mahupun diugut oleh musuh yang mahu membantutkan perjuangan.







Spiritualiti Islam dalam Dunia Melayu - Tasawuf dan Wali-wali besar Alam Melayu abad ke-17

$
0
0

Meneruskan gerak penulisan 'berantai'. Bersambung daripada artikel Memperkasakan kembali kedudukan Melayu dan Islam melalui Perlembagaan.


Dari Universiti Malaya saya bergegas kembali ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk mengikuti satu lagi majlis ilmu. Ia adalah edisi kedua siri syarahan "Islamic Spirituality in the Malay World" atau "Spiritualiti Islam dalam Dunia Melayu" oleh fellow dan pensyarah ISTAC, Profesor Baharudin Ahmad. Siri bermula pada 24 Okober 2019 iaitu pada setengah bulan lalu. Ia mahu diadakan sekali setiap 2 minggu petang Khamis. Lihat Spiritualiti Islam dalam Dunia Melayu - Dia yang Zahir Dia juga yang Batin.


Syarahan dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang. Tetapi ketika itu pun majlis di UM baru sahaja selesai sedangkan ada jarak lebih 10 km perlu ditempuh berserta kesesakan jalan raya. Saya sampai ke bilik syarahan jam 3.02. Ketika itu kedengaran  Baharuddin sedang menyebut nama ulamak besar Aceh bertaraf wali abad ke-17 Masihi iaitu Sheikh Abdul Rauf Singkil. 

Diceritakan beliau kadangkala membuat perjalanan ke luar Aceh, antaranya ke Terengganu di mana terdapat seorang anak murid beliau iaitu Sheikh Abdul Malik. Inilah yang nanti dikenali sebagai Tok Pulau Manis, ulamak besar Terengganu bertaraf wali. Kata Baharuddin, Tok Pulau Manis berasal daripada keluarga diraja. Beliau kemudian keluar merantau ke Aceh untuk mengaji dengan Sheikh Abdul Rauf. Singgah dahulu ke Semarang lalu seorang bernama Sheikh Umar ikut sebagai rakan sepengajian.


Sheikh Abdul Rauf dikenali sebagai guru kepada ramai ulamak besar Alam Melayu. Tok Pulau Manis kemudian disuruh untuk menyambung pengajian di Mekah. Di sana beliau mengaji kitab Hikam karangan Ibnu Ato'ilah yang merupakan seorang khalifah Tariqat Shadziliyah. Tok Pulau Manis kemudian menulis lalu mensyarahkan kitab. Jadilah kitab Hikam Melayu yang menurut Baharuddin adalah kitab agama dan tasawuf paling besar pernah dihasilkan oleh seorang ulamak Melayu. Ia digunapakai dalam banyak sekolah-sekolah pengajian tradisional pondok sehingga ke wilayah-wilayah yang membentuk Indo-China.


Fikir saya syarahan kali ini mahu memanjangkan cerita tentang Tok Pulau Manis. Dalam syarahan terdahulu hadirin telah diperkenalkan dengan dunia falsafah Yunani purba sebelum dibandingkan untuk dicari persamaan dengan tradisi-tradisi pemikiran tinggi di bahagian dunia yang lain seperti di India dan China. Kemudian baru masuk ke dunia falsafah silam Islam yang mengambil pengaruh daripada falsafah Yunani sebelum membawa kepada dunia Tasawuf ataupun Sufi. Disebut tentang beberapa konsep spiritual tinggi juga kebatinan yang terdapat di dalamnya, belum lagi masuk dunia Tasawuf ataupun Sufi di Alam Melayu...

Disebabkan siri ini sendiri diberi tajuk yang membawa makna "Spiritualiti Islam dalam Dunia Melayu" tentunya ia harus menuju ke situ. Syarahan pertama setengah bulan lalu boleh dikatakan pengenalan dan persediaan sebelum bercerita tentang Alam Melayu. Entah apa yang saya terlepas antara jam 2.30 hingga 3 petang semalam, tahu-tahu sahaja sudah disebut tentang Sheikh Abdul Rauf kemudian Tok Pulau Manis.

Rupa-rupanya syarahan kali ini lebih pada memperkenalkan ulamak-ulamak besar utama bertaraf wali di Aceh. Cuma peliknya tidak sekali pun dalam syarahan ini Baharuddin menyebut perkataan wali atau bahasa Inggerisnya saint. Yang disebut, selain menjadi ulamak mereka adalah insan-insan istimewa tetapi tetap manusia biasa. Ini dibandingkan dengan Nabi yang tentunya lebih daripada insan biasa. Disebut sekali nama Lukmanul Hakim sebagai contoh insan istimewa yang bukan Nabi.

Mungkin Baharuddin terlupa untuk menyatakan bahawa orang-orang seperti Sheikh Abdul Rauf dan Tok Pulau Manis diakui ramai sebagai wali. Kemudian beliau menyebut nama Hamzah Fansuri, ulamak besar yang pertama dan terawal antara 4 nama besar di Aceh. Beliau menyebutnya sebagai mufti pertama Aceh. Tapi setahu saya Hamzah tidak pernah menjadi mufti walaupun beliau ulamak besar yang telah menghasilkan banyak penulisan bersifat keSufian lagi tinggi nilai sastera hingga digelar sebagai pujangga.

Disebut bahawa Hamzah membawa ajaran Sufi bersifat doktrin. Nampaknya Baharuddin merujuk kepada penulisan-penulisan Hamzah yang kelihatan lebih menggambarkan teori dan falsafah Sufi, bukan pada pengalaman sebenar yang bersifat dzauqiah atau rasa memuncak kenikmatan tenggelam dalam ingatan kepada Ilahi. Disebut Hamzah membawa ajaran Wahdatul Wujud yang sering ditafsirkan mereka yang kurang faham sebagai mendakwa cuma Tuhan sahaja yang wujud, tidak ada yang wujud selain itu. Maka itu apa yang kita lihat di sekeliling kita, makhluk-makhluk dan sebagainya tiada lain adalah Tuhan belaka. Nauzubillah. Ini adalah pemahaman yang salah.

Baharuddin melukiskan satu gambar rajah. Batu dibaling ke dalam air lalu muncul riak berupa gelombang bulat yang membesar lapisan demi lapisan sekelilingnya. Riak itu muncul akibat batu. Tetapi ia bukan batu. Namun ia terhasil daripada batu. Tidak ada batu tidak ada riak itu. Nampaknya itulah gambaran yang hendak diberikan tentang ajarah Wahdatul Wujud.

Seterusnya disebut nama Sheikh Shamsuddin Sumatrani sebagai pengganti Hamzah. Yang ini jelas pernah menjadi mufti atau gelaran sebenarnya yang saya tahu Qadi Malikul Adil, jawatan ulamak tertinggi dalam kerajaan Aceh... pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda (memerintah 1607-1636 Masihi). Beliau menyebut Shamsuddin yang merupakan anak murid Hamzah membawa doktrin yang sama. Disebut pula nama pengganti Sheikh Shamsuddin iaitu Nuruddin ar-Raniri yang naik semasa zaman pemerintahan pengganti Iskandar Muda iaitu Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Namun Nuruddin menentang ajaran dan para pengikut Hamzah dan Shamsuddin. Pada zaman Sheikh Abdul Rauf naik sebagai ulamak kerajaan tertinggi baru semua ini didamaikan sebagai betul belaka tapi lain sudut pandanga.

Pada saya walaupun Baharuddin langsung tidak menyebut perkataan wali tetapi yang diceritakan ini semuanya bertaraf wali (kecuali Nuruddin mungkin). Walaupun ada disebut tentang Sheikh Abul Hassan Shadzili yang mengasaskan Tarikat Shaziliyah abad ke-13 Masihi tidak banyak dihuraikan kecuali beliau adalah pengasas tarikat . Nampaknya ini dibangkitkan dalam konteks penulis kitab Hikam iaitu Ibnu Athoilah adalah seorang khalifah Tarikat Shadziliyah, Lalu disebut seorang Barat bernama Victor Danner telah menterjemahkannya menjadi buku berbahasa Inggeris bertajuk "The Book of Wisdom". Danner kemudian pergi ke Moroko. Beliau mengamalkan Tarikat Shadziliyah sehingga meninggal dunia.

Oh. Disebut juga sebuah kitab tulisan Sheikh Shamsuddin telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh seorang bernama A.H. Johns dalam JMBRAS (Journal of the Malayan/Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, satu makalah bersiri tulisan pengkaji-pengkaji Barat tentang Tanah Melayu bermula tahun 1878). Kata Baharuddin John kemudian memeluk Islam. Disebut bahawa sebelum itu seorang bernama Archer telah mengkaji Tasawuf di Aceh tahun 1930s. Disebut pula seorang Belanda bernama Snouck Hurgronje sebagai gigih mengkaji lalu masuk Islam malah mencapai taraf ulamak. Walhal menurut kebanyakan orang yang saya kenal terutama kawan-kawan di Aceh inilah perosak bangsa. Beliau masuk Islam sebagai penyamaran untuk mengaji karakter orang Aceh demi mencari kelemahan. Yang pasti hasil kajian itulah yang digunakan untuk Belanda mengalahkan Aceh awal abad ke-20.

Kata Baharuddin apabila orang Aceh pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji mereka bertemu dengan orang Turki lalu saling bertukar cerita. Disebabkan itulah kerajaan Turki Uthmaniyah dapat tahu tentang Aceh lalu menghantar bantuan menangani pencerobohan Barat. Pada saya beliau mungkin terlupa lalu mencampuradukkan zaman. Sehingga Ibnu Battutah dikatakan datang ke Aceh berjumpa raja Aceh yang alim terkenal walhal setahu saya ia sebenarnya merujuk pada raja kerajaan Samudera-Pasai yang wujud sebelum naiknya Aceh.

Untuk pengetahuan Ibnu Batutah sampai ke situ pada tahun 1345 Masihi. Kerajaan Aceh pula naik sebagai reaksi terhadap kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis tahun 1511. Portugis kemudian menduduki Pasai (ketika itu Samudera-Pasai lebih dikenali sebagai Pasai sahaja) tahun 1521. Aceh mengalahkan Portugis lalu menyerap Pasai masuk ke dalam wilayahnya tahun 1524.

Tak mengapalah. Yang penting banyak cerita tentang ilmu dan keSufian dikongsikan. Disebut tentang konsep Nur Muhammad yang sangat penting dalam Tasawuf falsafah. Kata Baharuddin ibunya ada membaca hikayat berkenaan 60 tahun lalu.

Disebut bahawa Nuruddin ada menulis kitab bertajuk Hikayat Kejadian 7 petala Langit dan Bumi. Hal ini tercatat pada satu bahagian sisi dalam kitab Tajuk Muluk. Nuruddin menulis bahawa kehidupan dunia adalah satu pusingan - manusia bermula lemah dalam keadaan bayi lalu kembali lemah seperti bayi apabila sudah terlalu tua dan begitu juga sejarah. Ibnu Khaldun menulis hal sama dalam menerangkan turun naik suatu kerajaan dan peradaban. Kata Baharuddin, orang Sufi melihat masa juga begitu. Bagaimana ia bermula begitulah akhirnya.

Walaupun banyak perkara disentuh secara rata saya melihat lebih banyak diperkatakan tentang 4 ulamak besar Aceh bertaraf wali yang berperanan pada abad ke-17. Oleh kerana disebut juga nama Tok Pulau Manis yang berasal dari Terengganu biarlah artikel ini diberi tajuk kecil "Tasawuf dan Wali-wali besar Alam Melayu abad ke-17".


Berceloteh tentang bermalam di ISTAC sebelum menyusuri kaitan Parsi dalam sejarah Islam China

$
0
0
Salam siang Selasa 19 November 2019 (19/11/19) bersamaan 22 Rabiulawal 1441 Hijriah. Entah buat kali ke berapa kini sekali lagi saya menulis dari masjid ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam". Biarlah berceloteh dahulu...


Semalam petang Isnin 18 November 2019 saya bergegas lagi ke ISTAC 40 km dari rumah selepas menghantar anak-anak ke sekolah agama jam 2.30.


Ini adalah perkara biasa sejak menyambung pelajaran pada peringkat pasca-siswazah di ISTAC bermula awal September 2018 iaitu lebih setahun lalu.  Kini sudah muncul satu kebiasaan baru.


Kelihatan dalam gambar ada retak kecil pada cermin kereta. Untuk makluman gambar diambil pada jam 2.53 petang beberapa minit selepas mengisi minyak kereta di perhentian jejantas Sungai Buloh. Keretakan berlaku 2-3 minit sebelum singgah di perhentian. Hendak dijadikan cerita saya sedang memandu di lorong tengah. Tiba-tiba ada kereta memotong di lorong kanan. Selepas memotong ada batu kecil terlempar laju kena cermin lalu jadilah retak.


Kalau ikutkan memang terasa ralat. Untuk pengetahuan cermin baru ditukar tak sampai setahun dengan kos ratusan Ringgit akibat kereta perlu melepasi pemeriksaan PUSPAKOM selepas bertukar ke enjin turbo. Tengok-tengok dah kena retak. Walhal ia ditukar kerana dahulu pun ada keretakan akibat terkena batu. Kalau tak kerana pemeriksaan masih boleh dipakai walau tak berapa cantik rupa. 

Tak mengapalah, saya menyedapkan hati. Anggaplah ini sebagai ganti demi mengelakkan daripada musibah yang lagi besar. Dah berapa jauh saya mengembara dengan kereta ini juga dengan sebuah kereta lain dan motosikal besar kesayangan. Dah berapa jauh juga mengembara ke sana ke mari baik secara bersendirian mahupun dengan isteri dan anak-anak. Allah SWT bagi selamat dan sihat walau dalam keadaan mencabar lagi membahayakan. Syukur alhamdulillah. 

Kini saya pergi ke ISTAC bukan sekadar untuk mengikuti syarahan. Saya ingin bermalam sekali, satu kebiasaan yang kalau tak salah ingatan bermula penghujung Jun 2019 merangkap penghujung bulan Syawal bagi tahun 1440 Hijrah.


Saya sebut tak salah ingatan kerana menghadapi masalah untuk mengesan bilakah tarikh tepat bermula kebiasaan menginap di masjid ISTAC. Yang ingat pertama kali adalah pada penghujung Ramadhan tahun lepas iaitu awal Jun 2018. Ketika itu saya belum lagi bergelar pelajar ISTAC. Tetapi sudah membiasakan diri menghadiri syarahan... 

Kemudian saya beriktikaf lagi di masjid ISTAC pada penghujung Ramadhan tahun ini bersamaan penghujung Mei membawa ke awal Jun. Namun saya tak menganggap ia sebagai kebiasaan kerana beriktikaf pada hujung bulan Ramadhan adalah sesuatu perkara yang dilakukan ramai orang Islam. Ramai pelajar ISTAC juga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM - Ia adalah badan yang menaungi ISTAC) melakukannya di masjid ISTAC. Yang hendak dikesan bilakah tarikh tepat saya mula bermalam di masjid ISTAC semata-mata untuk mengikuti syarahan. Dan ini dilakukan secara bersendirian, tiada orang menemankan.


Ini dilakukan apabila ada syarahan mahu diikuti sekurang-kurangnya 2 hari berturut-turut. Daripada balik ke rumah selepas suatu syarahan petang kemudian esok berkejar lagi dari rumah untuk mengikuti syarahan pagi lebih baik bermalam sahaja di masjid. Pergi balik rumah dah makan jarak 80 km (40 km pergi 40 km balik dari ISTAC). Duit minyak dan tol dalam RM20-30 sekali keluar. Ambil masa lagi, kena lalu kesesakan jalan raya lagi. 

Pada saya lebih elok menginap di masjid daripada berkejar pergi balik. Selain daripada itu memang sudah menjadi tabiat suka bermalam di masjid apabila keluar mengembara. Dan lagi ini masjid ISTAC. Walau dalam keadaan tidur sekali pun jasad saya dekat dengan gedung ilmu. Alhamdulillah, isteri sangat memahami dan redha apa lagi kami memang suka keluar bermusafir anak beranak. Dia tahu ada masanya saya ingin keluar bermusafir berseorangan.


Yang membuat saya ingin berceloteh tentang hal tersebut kali ini adalah apabila menyedari semalam adalah kali ke-3 saya berbuat begini dalam bulan November. Jumaat malam Sabtu akan datang ini pun akan bermalam lagi kerana ada syarahan malam mahu dihadiri diikuti majlis ilmu pagi Sabtu. Rasanya dah lebih 6 kali setakat ini saya bermalam di ISTAC untuk mengikuti majlis ilmu. Malam tadi saya menginap kerana ada syarahan petang Isnin seperti ditunjukkan dalam gambar. Pagi Selasa mahu mengikuti majlis ilmu di Muzium Negara sebelum kembali ke ISTAC untuk satu lagi majlis sebelah petang.


Sekarang barulah terasa puas berceloteh tentang bermalam di ISTAC. Bolehlah tumpuan diberikan pada majlis atau syarahan petang semalam. Tajuk yang kelihatan pada poster boleh diterjemahkan sebagai "Islam China : Kaitan Parsi". Pensyarah atau lebih tepat pembicara (kerana pensyarah sering dikaitkan dengan suatu jawatan tetap bersyarah) adalah Encik Ali Sabeghi, kaunselor kebudayaan bagi Kedutaan Iran di Kuala Lumpur.


Kelihatan dalam gambar orangnya di tengah. Apabila melihat nama pada poster beberapa hari lalu terus saya tahu bahawa ini adalah salah satu syarahan yang boleh dikatakan dibuat secara ad hoc mengambil kesempatan atas suatu kelapangan yang muncul bagi seseorang yang berpengetahuan  berkongsi ilmu di ISTAC. Saya tahu ini kerana hadir pada majlis di mana Ali kelihatan pertama kali memperkenalkan diri kepada ISTAC. Berlangsung pada 3 Oktober ia adalah tentang Islam di Cina. Lihat  Islam di China - Menetapkan Dinasti Ming sebagai kerajaan beragama Islam abad ke-15 hingga ke-17?.

Ketika sesi soal jawab beliau telah memperkenalkan diri sebagai ahli Kedutaan Iran lalu memberikan pandangan panjang lebar tentang perkara berdasarkan pengetahuan beliau. Hal ini membuat Sheikhul Quliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar memberitahu khalayak ada baiknya diadakan sesi khas perkongsian ilmu daripada Ali.   Itu cerita sebulan setengah lalu, semalam Ali pun bersyarah. Sudah menjadi kebiasaan atau boleh dikatakan keistimewaan di ISTAC tiba-tiba boleh muncul suatu majlis ilmu tak dirancang. 

Keadaan ini ibarat hari ni bagi cadangan lusa dah jadi majlis. Ini bergantung pada kelapangan dan ruang juga pembicara/pensyarah yang dicadangkan berserta topik. Sudah beberapa kali berlaku seseorang ahli akademik dari luar datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan lain. ISTAC dapat tahu lalu terus hubungi dan ajak berikan syarahan.  Setelah mendapat persetujuan dan komitmen terus keluar poster dengan tajuk itu ini. Tahu tahu je dah jadi majlis...


Apapun disebabkan bertolak selepas menghantar anak-anak ke sekolah agama jam 2.30 saya sampai lewat ke ISTAC. Majlis sendiri dijadualkan bermula jam 2.30. Tapi tak semestinya ia bermula pada waktu itu kerana ada ketikanya perlu menunggu cukup ramai hadirin muncul baru dimulakan. 

Selalunya majlis dimulakan dengan pengenalan. Ini biasa memakan masa sehingga 15 minit. Ketika saya sampai ke ruang majlis lalu mengambil gambar atas sudah jam 3.13 petang Ali baru hendak menghabiskan perkongsian tentang Islam dan penganutnya pada zaman Dinasti Tang dan Song di China. Ini merujuk pada tempoh masa 618 hingga 1279 Masihi. 

Dalam sejarah orang Islam pertama datang berdakwah ke China adalah Saad bin Abi Waqqas tahun 651 Masihi. Saya tidak sempat mendengar hal ini disebut oleh Ali tetapi percaya tentu ia disentuh kerana merupakan satu titik penting dalam sejarah Islam di China. Dinyatakan dalam slaid bahawa pada zaman inilah satu rangkaian masjid dibina, pendakwah-pendakwah Islam dari Iran (Parsi) dan Asia Tengah dihantar. Mereka mengekalkan identiti dan budaya sendiri tanpa mencampuri urusan masyarakat China. Mereka tidak campur tangan dalam hal-hal politik, keagamaan, sosial dan budaya tempatan tetapi mempengaruhi istana dan keluarga-keluarga Cina yang berpengaruh secara bertahap.


Masuk zaman Dinasti Yuan (1279–1368) orang Islam di China yang datang dari Timur Tengah mendapat kedudukan-kedudukan tinggi. Menurut Ali kebanyakan daripada mereka adalah orang Parsi. Kalau tidak berbangsa Parsi pun kerana mungkin orang Turk (bangsa Turki, bukan negara Turki seperti dikenali sekarang), orang Tajik dan sebagainya mereka diketahui berbudaya Parsi kerana sejarah ketamadunan tingginya lama mempengaruhi. Untuk makluman dinasti tersebut didirikan oleh orang Monggol yang menakluki Cina, bukan etnik berbangsa Cina. Oleh itu mereka lebih percaya pada orang Islam sebagai pentadbir dan wakil. 

Kata Ali ini adalah puncak penyebaran Islam di China. Orang Islam memiliki kehadiran kuat dalam hal ehwal negara dan struktur pemerintahan Dinasti Yuan. Bahasa Parsi berkembang sebagai satu bahasa yang sangat berpengaruh. Daripada 12 negeri yang membentuk negara China 6 memiliki pemerintah beragama Islam.


Masuk zaman Dinasti Ming (1368–1644) berlaku perubahan besar. Islam masih diterima tetapi disuruh berikan citarasa tempatan. Jika dahulu orang Islam dari luar boleh mengekalkan identiti asal Arab/Parsi/Timur Tengah dan berurusan dalam bahasa mereka tanpa perlu tahu bahasa, budaya dan adat istiadat Cina pada zaman Dinasti Ming mereka disuruh melebur kalau mahu terus menetap di Cina. Mereka boleh tetap mengikut ajaran Islam tetapi harus memakai identiti keCinaan. Mereka harus bertutur dalam bahasa Cina, memakai pakaian Cina dan memiliki nama-nama Cina selain nama Islam.


Islam mula diajar dalam bahasa Cina. Prinsip-prinsipnya diberikan kefahaman menurut konsep dan terma yang ada dalam ajaran Confucianisma ikutan kebanyakan orang Cina. Namun orang Islam terus memegang kedudukan-kedudukan penting dalam kerajaan. Untuk pengetahuan (tambahan saya ini) pada zaman awal Dinasti Ming inilah muncul Laksamana Cheng Ho. Beliau terkenal dalam sejarah dunia memimpin armada 300 buah kapal dengan 30,000 anak kapal melawat pelabuhan-pelabuhan penting di Alam Melayu termasuk Melaka awal abad ke-15 Masihi. Beliau dan ramai anak kapal utama diketahui beragama Islam malah pernah membawa armada hingga ke Tanah Arab bagi menunaikan ibadah haji.


Keadaan menjadi teruk bagi orang Islam apabila naik Dinasti Qing mengalahkan Dinasti Ming lalu memerintah China 1644–1911. Kata Ali semasa itu berlaku tragedi paling buruk umat Islam dibunuh  beramai-ramai. Walhal seperti Dinasti Yuan yang berbangsa Mongol mereka juga bukan berbangsa asal etnik China. Mereka berbangsa Manchu (dari kawasan antara Mongolia dan Korea sekarang). Kata Ali etnik Han yang merupakan majoriti orang China pun memandang tinggi orang Islam. Hal ini menyebabkan Dinasti Qing Manchu bahkan lagi membenci orang Islam.


Ada lagi beberapa slaid yang dipanjangkan penceritaan. Antaranya wujud orang Islam China yang lari ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu akibat penindasan Dinasti Qing. Tetapi cukuplah penceritaan. Pada ketika ayat ini ditulis sudah jam 5.20 petang sedangkan artikel dimulakan selepas solat Subuh tadi. 

Masuk jam 7.47 pagi ia didapati masih jauh daripada siap sedangkan saya sudah terasa penat lalu perlu melelapkan mata sebentar. Bangun jam 8.30 bersiap-siap untuk pergi ke majlis di muzium yang dijadualkan bermula jam 9. Selesai itu saya kembali ke ISTAC untuk majlis seterusnya yang dijadualkan bermula jam 2.30. Saya sampai jam 1.48 lalu masuk ke masjid untuk menunaikan solat. Selepas itu sambung lagi penulisan tetapi dapat sedikit sahaja. Jam 2.45 bergerak ke ruang majlis, jam 5.10 baru ada kelapangan untuk menyiapkan artikel di masjid. Cukup.


Viewing all 1493 articles
Browse latest View live