Quantcast
Channel: CATATAN SI MERAH SILU
Viewing all 1486 articles
Browse latest View live

Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - 'Melompat' dari pulau ke pulau hari Jumaat

$
0
0
Salam petang Jumaat. Masuk pada cerita hari ke-5 perjalanan Krabi dan selatan Thailand yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bersambung daripada Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Ke destinasi utama walau terlewat satu hari.


Pagi Jumaat 20 Disember 2019 tepat 3 minggu lalu. Pemandangan hotel atau lebih tepat resort tempat kami menginap di Krabi menghampiri pantai Aonang. Kami mengambil satu bilik keluarga dengan kedudukan peribadi dan selesa menghadap kolam renang. Seronok anak-anak dapat bermain air dan berenang.


Ketika itu mereka tidak tahu ada lagi perkara lebih seronok telah dirancang. Jam 9.05 datang kenderaan untuk mengambil kami 6 beranak.





Kami dibawa menuju ke pantai Aonang 4 km ke barat resort.


Suasana pantai kelihatan begitu cantik terang benderang. Lihat artikel On to Aonang beach di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Jam 9.46 sampailah bot besar untuk membawa kami berjalan-jalan.


Cuma kena berjalan kaki masuk air untuk menaiki bot.


Bermulalah apa yang dipanggil sebagai pakej '4 pulau'.


Ia membawa kami ke 4 persinggahan termasuk tempat untuk snorkelling melihat ikan berenang. Kami sudah menempah pakej untuk 6 beranak sejak sebelum sampai. Lihat artikel-artikel berikut :-








Cuma ia asalnya ditempah untuk hari Khamis 19 Disember.




Menurut rancangan asal sepatutnya kami telah mendaftar keluar dari resort tengah hari Jumaat selepas menginap 2 malam lalu saya dan anak-anak laki-laki menunaikan solat Jumaat di masjid utama Krabi sebelum menuju ke Nakhon Si Thammarat 160 km ke arah timur.


Nak buat bagaimana? Rancangan dah lari 1 hari disebabkan masalah kereta. Tapi jangan pula kata kami engkar tak bersolat Jumaat. Itulah sahaja masa yang sempat untuk kami berjalan lompat pulau di Krabi. Dan tidak menjadi kewajiban pun untuk kami bersolat Jumaat di masjid disebabkan sedang bermusafir jauh.


Jam 4 lebih kami kembali ke resort. Alhamdulillah beg-beg sandang yang baru dibeli di Ipoh beberapa hari sebelum itu sudah kering setelah terpaksa dibasuh bersih sebaik sahaja sampai ke bilik pada malam sebelumnya iaitu malam Jumaat. Lihat Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Patah sayap bertongkat paruh tetap kami melangkah hingga ke sasaran. Beg-beg terpaksa dibasuh kerana melekat bau ikan. Mana kami tahu ada orang memasukkan guni ikan mentah atau sebagainya ke dalam ruangan letak barang bas dari Hatyai ke Krabi. Rujuk artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Ke destinasi utama walau terlewat satu hari.


Oh. Sebaik sahaja dihantar kembali ke resort selepas 'lompat' pulau kami menyewa 2 buah skuter bagi tempoh 24 jam bermula jam 4.30 petang. Selepas puas berehat, mandi manda dan bersiap kami 6 beranak bersedia untuk keluar jam 5.40.


Misi pertama kami dengan menaiki skuter adalah untuk mengejar pemandangan matahari terbenam di pantai Aonang sebelum masuk waktu Maghrib jam 6.10 petang. Lihat Proper sunset at Aonang.
.

Dengan menaiki skuter juga kami dapat menunaikan solat di masjid Aonang juga makan malam di sekitar...





Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara Gastropod dan ketam Spongebob

$
0
0
Hari ini 13 Januari 2020 terasa harus mempersembahkan artikel seterusnya tentang perjalanan ke Krabi dan selatan Thailand, artikel bagi hari ke-6 keseluruhan perjalanan merangkap hari ke-3 di Thailand. Bersambung daripada Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - 'Melompat' dari pulau ke pulau hari Jumaat.


Pagi Sabtu 21 Disember 2019. Keluar pagi melihat apa lagi yang ada di Krabi dan sekitar...


Sudah diberitahu dalam artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - 'Melompat' dari pulau ke pulau hari Jumaat bahawa sekembalinya daripada perjalanan ke pulau-pulau kami menyewa 2 buah skuter bagi tempoh 24 jam. Oleh itu sementara tempoh berjalan (sehingga 4.30 petang Sabtu) eloklah dimanfaatkan.


Selepas bersarapan kami menuju ke satu tempat yang memiliki sejarah purba unik.





Di sini ada batu-batu yang kelihatan seperti lapisan konkrit. Namun ia dikatakan wujud secara semulajadi akibat himpunan dan mendakan cengkerang daripada haiwan-haiwan berkenaan (dipanggil Gastropod) yang telah wujud 75 juta tahun yang lampau. Lihat artikel 75 million years old gastropod fossil beach di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dalam perjalanan ini dapat dilihat banyak juga masjid di Krabi. Ini menunjukkan wilayah tersebut memang asalnya tempat orang Melayu Islam. Tetapi disebabkan kesuntukan masa cuma satu ini sempat disinggahi. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Ridwanullah, Ban Laempho, Krabi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)


Selepas itu kami singgah ke satu jeti yang kurang dikenali pelancong. Yang ini isteri pesan jangan bagi butiran. Takut kaki ciplak ambik maklumat kemudian canang kepada umum dengan ayat-ayat marketing cas bagus macam diaorang le yang berjasa besar bagi ramai orang sedar cetus kebangkitan itu ini macam-macam...


Ini pula di bandar Krabi 14 km perjalanan dari tempat kami menginap. Monumen 'ketam gergasi' seperti mahu mengaitkan nama bandar dan wilayah dengan ketam (dalam bahasa Inggeris Crab).  Teringat pula watak kartun Spongebob yang ada kawan seekor ketam. Lihat artikel First look at Krabi town waterfront diikuti Views of 'crabby' Krabi.



Sebetulnya dari jam 8 hingga 11 saya berjalan berdua bersama isteri dengan sebuah skuter. Anak-anak tinggal di tempat menginap bagi mereka puas berehat dan mandi kolam renang. Selepas mendaftar keluar (check out) jam 12 baru anak-anak ikut sekali berjalan Beg-beg kami ditinggalkan di pejabat resort lalu kami keluar dengan 2 buah skuter.


Dengan bergerak melawan arah jam kami pergi ke satu pantai ke utara Aonang (rujuk kembali kepentingan pantai dalam artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - 'Melompat' dari pulau ke pulau hari Jumaat).



Kebetulan tanpa dirancang kami sampai ketika air surut.


Keadaan ini membolehkan kami berjalan kaki ke pulau-pulau berdekatan. Kalau air pasang perlu naik bot atau berenang. Lihat Nopharat Thara beach and the connecting islands.


Sekitar jam 2.30 baru kami kembali ke resort untuk memulangkan skuter lalu mengambil beg-beg. Kami menaiki kenderaan hotel untuk ke stesyen bas Krabi...





Sampai sahaja ke stesyen jam 3 terus dapat bas ke destinasi kami yang seterusnya...





Kami sampai ke stesyen bas utama destinasi tersebut pada jam 6.40 petang.


Di manakah destinasi itu? Tunggu dalam artikel sambungan.



Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Mencari jejak sejarah Melayu Islam di Phattalung/Bedelong/Merdelong

$
0
0
Salam malam Jumaat ke-3 tahun 2020. Setelah membuat 8 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 3 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) menggunakan lebih 150 keping gambar bolehlah dibuat cerita hari ke-7 perjalanan di Krabi dan selatan Thailand. 


Pada penghujung artikel sebelum ini iaitu Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara Gastropod dan ketam Spongebob ada diberitahu bahawa dari Krabi kami anak beranak telah bergerak ke satu destinasi lalu sampai jam 6.40 petang (sudah malam di sana). Setelah beberapa lama menunggu di stesyen bas destinasi tersebut kami mendapat kenderaan ke pusat bandar berkenaan lalu mengambil hotel. Kelihatan dalam gambar keadaan di luar hotel pada jam 4.54 pagi Ahad 22 Disember 2019.


Apa yang berlaku ialah saya dikejutkan oleh bunyi bising orang riuh rendah seperti membuat pelbagai macam perkara sejak jam 4 pagi. Setelah beberapa lama cuba tidak mengendahkan saya membuat keputusan untuk keluar melihat. Ternyata hotel kami sangat dekat dengan pasar. Lihat artikel Early morning market at Phattalung.


Nah. Artikel tersebut telah memberitahu kedudukan kami iaitu di bandar Patthalung. Letaknya sekitar 186 km ke selatan kemudian timur dari Krabi. Seterusnya saya berjalan kaki 650 meter ke masjid ini untuk menunaikan solat Subuh. Menurut Google Map ia adalah satu-satunya masjid di bandar itu. Lihat Masjid (Mosque of) Darul Islam, Phattalung.


Lihat peta Google Map ini bagi mendapatkan gambaran kedudukan masjid-masjid di Phattalung dan sekitar. Masjid tadi yang namanya Darul Islam terletak di tengah bandar Phattalung 8km dari pinggir tasik besar (jelas kelihatan berwarna biru di sebelah timur). Masjid terdekat selain itu adalah 25 km perjalanan ke selatan kemudian barat. Di bahagian selatan wilayah Phattalung kelihatan ada banyak juga masjid.


Bandingkan dengan Krabi. Dalam peta yang merupakan zoom-in lebih dekat berbanding tadi cukup jelas masjid boleh ditemui merata di sekitar bandar Krabi juga pantai peranginan popular seperti Aonang yang selalu dikunjungi Mat Saleh atau Orang Putih Barat suka berjemur separuh telanjang. Setelah melihat dengan mata kepala sendiri di merata tempat ia masih jelas wilayah orang Melayu Islam walaupun mereka tidak lagi bertutur dalam bahasa Melayu. Phattalung pun sebenarnya begitu. Seperti hampir seluruh wilayah ke selatan Segenting Kra memang ia asal milik orang Melayu Islam. Tetapi kehadiran mereka di bandar Phattalung kini kelihatan begitu terhad.



Sebetulnya sejak pertama kali sampai ke Patthalung penghujung tahun 2017 saya ada menyimpan hajat untuk bermalam. Lihat artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Langkah-langkah akhir di Trang, Phattalung dan Hatyai. Tapi tak nampak masa yang sesuai. Ikut rancangan asal selepas Krabi kami mahu menginap di Nakhon Si Thammarat. Selepas itu ke Songkhla diikuti Hatyai sebelum bermalam di Patani. Kalau ikut rancangan ini lalu di Phattalung pun tidak.


Ternyata kehadiran kami di sini adalah salah satu hikmah daripada hal kerosakan kereta seperti diceritakan dalam artikel-artikel berikut :-






Rancangan ke Phattalung dibuat sekitar sejam sahaja sebelum sampai ke sempadan Thailand hari Rabu malam Khamis 18 Disember, Ini adalah sebagai pertukaran kepada rancangan asal untuk bermalam di Nakhon Si Thammarat selepas 2 malam di Krabi. Pertukaran dibuat memikirkan masa menjadi terhad akibat masuk ke Thailand lebih 24 jam terlewat berbanding rancangan asal serta kekangan pergerakan akibat terpaksa menggunakan pengangkutan awam. Lihat lebih mudah bermalam di Phattalung kerana lebih dekat ke Hatyai dan senang untuk mendapatkan kereta api ke mana-mana.


Hotel yang diambil adalah paling dekat ke stesyen kereta api - cuma 200 meter jarak. Dengan itu kami ada banyak pilihan bilakah hendak bertolak seterusnya dan sampai ke mana. Lihat Phattalung railway station.


Ketika berjalan kaki untuk kembali ke hotel terlihat pula pintu gerbang ini. Ia merupakan pintu masuk ke kuil utama di bandar Phattalung. Saya masuk meneroka. Ada gua mengandungi patung-patung Buddha atas bukit batu kapur. Lihat Wat Khuha Sawan, Phattalung.


Inilah hotel kami...


Bangunannya cukup tinggi untuk memberikan pemandangan keseluruhan bandar. Lihat Phattalung from the highest point at Ho Fah Hotel.


Adapun saya tertarik untuk bermalam di Phattalung kemudian berjalan kaki meneroka kerana merasakan ada faktor kerajaan lama Melayu Islam seperti memanggil-manggil. Sekitar jam 10 kami anak beranak keluar dari hotel lalu mendapatkan kenderaan. Kami mahu ke Lam Pam di pinggir tasik besar 8 km ke timur bandar. Rujuk kedudukan dalam peta masjid-masjid tadi.


Ada 2 sebab kami ke Lam Pam. Satu adalah untuk melihat 'floating market' atau pasar terapung diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad jam 10 pagi sehingga 8 malam.


Ternyata ia tidaklah semeriah mana. Mungkin kerana kami sampai awal. Yang nyata ia bukanlah pasar terapung seperti diwar-warkan. Ia cuma gerai-gerai di atas sebuah pulau tepi tasik besar. Lihat Morning visit to Lam Pam 'Floating Market'.


Nasib baik kawasan Lam Pam itu sendiri tidak mengecewakan. Ini disebabkan pemandangan tasik besar seperti laut saujana mata memandang. Lihat True attraction of Lam Pam. Untuk pengetahuan melalui tasik ini kapal boleh belayar hingga ke Songkhla atau nama lamanya merangkap nama Melayu adalah Singgora. Di sini terletak kaitan sejarah yang menjadi sebab kedua kami ke Lam Pam (sebab utama bagi saya sebenarnya).


Dahulu, ketika pertama kali sampai ke Phattalung hingga ke Lam Pam penghujung tahun 2017 kami tidak tahu dan tidak sempat meneroka faktor ini. Kini kami lebih tahu sehingga sanggup berjalan kaki 1.5 km dalam kepanasan waktu tengah hari untuk singgah ke istana yang pernah menjadi pusat pemerintahan raja-raja Phattalung. Lihat Istana kayu (Wooden palace of) Phattalung.


Saya dan isteri pernah terbaca bahawa raja-raja Phattalung yang secara rasminya dimenjadi wakil atau gabernor bagi Raja Siam (kerana Phattalung yang nama lama Melayuya adalah Bedelong atau Merdelong menjadi jajahan takluk Siam) adalah keturunan Sultan Sulaiman (yang memerintah Singgora awal abad ke-17 Masihi). Ini terbukti apabila lukisan potrait baginda yang pernah kami lihat di Songkhla ada terdapat dalam istana Phattalung di Lam Pam yang sudah dijadikan muzium. Rujuk cerita-cerita lama berkenaan :-



Tentang bagaimana anak cucu keturunan Sultan Sulaiman yang jelas berbangsa Melayu dan beragama Islam (walaupun baginda sebenarnya berdarah Arab-Parsi malah ada yang percaya nasabnya sampai kepada Sultan Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Baghdad) tak perlulah diterangkan. Cuba cari sendiri di Internet. Cukuplah ditambah selepas Sultan Sulaiman mangkat tahun 1668 naik anaknya Sultan Mustapha memerintah Singgora. Pada zaman itulah kota Singgora dapat dihancurkan oleh Siam selepas lama asyik diserang.

Salah satu natijahnya adalah anak cucu Sultan Sulaiman dinaikkan sebagai raja tempatan merangkap gabernor Raja Siam, seorang di Patthalung, seorang di Chaiya (nama lamanya Cahaya). Tentunya ini berlaku dengan syarat menyatakan taat setia kepada raja-raja Siam yang mengutamakan agama Buddha. Keturunan mereka terus menjadi raja bawahan Siam. Dalam menzahirkan taat setia ini setahu saya mereka sering dipaksa untuk berlawan dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang lain seperti Patani lebih ke selatan.

Sesungguhnya ada sesuatu di Patthalung terutama Lam Pam menuntut pencerahan. Satu lagi tinggalan keturunan Sultan Sulaiman adalah istana batu ini. Letaknya di tepi sungai Lam Pam yang boleh membawa masuk ke tasik besar seterusnya ke Singgora. Lihat Istana batu (Brick palace of) Phattalung dan Lam Pam river behind Phattalung palace.


Disebabkan mahu menjejak sejarah Melayu Islam saya mengajak keluarga berjalan kaki lagi 300 km ke arah bandar Phattalung untuk sampai ke tempat ini. Tiba-tiba muncul seorang pekebun memberitahu kami raja-raja sini berketurunan Singgora dan mereka beragama Islam. Kenyataan ini seperti hendak membetulkan hakikat zaman yang mana mereka kini begitu nyata kelihatan dikelilingi monumen-monumen berunsur keberhalaan Buddha. Kalau tak salah di sini juga raja-raja Patthalung disuruh menyatakan sumpah taat setia kepada Raja Siam. Lihat Tugu (Monument of) Phra Ya Phattalung Khang Helk dan (and) Wat Wang


Selepas puas menjejak kesan sejarah baru cuba mendapatkan pengangkutan awam untuk kembali ke bandar Phattalung. Rupa-rupanya sangat susah dan jarang-jarang ada daripada Lam Pam. Nasib baik ada warga tempatan sudi menghantar naik hilux...


Lihatlah gelagat anak-anak yang duduk di ruang terbuka belakang. Alhamdulillah, sentiasa ceria dan redha dengan apa yang dapat.


Sampai ke bandar terus mengambil beg-beg sandang yang ditinggalkan di ruang legar hotel lalu menuju ke stesyen kereta api.


Sempatlah membeli tiket kereta api jam 2.20 petang untuk ke Hatyai...





Jam 2.38 kereta api pun sampai. Tidaklah terlalu lewat...


Kami naik kelas 3 yang tambangnya sangat bajet.


Jarak perjalanan ke Hatyai adalah sekitar 100 km. Lebih kurang seperti dari Kuala Lumpur melepasi Rembau ke Kota di Negeri Sembilan.


Menariknya dapat gerabak atau koc nombor 313...


Jam 4.53 petang sampai ke stesyen kereta api Hatyai.


Terus masuk mendaftar ke hotel yang bersambung dengan stesyen ini.


Selepas berehat, mandi manda dan bersiap baru kami keluar dengan menaiki tuk tuk...


Niatnya hendak melihat keadaan floating market atau pasar terapung Hatyai waktu siang membawa ke malam...


Tetapi disebabkan kesesakan jalan raya campur salah faham destinasi kami sampai sudah waktu malam. Lihat Khlong Hae floating market at night.


Selesai melihat juga makan malam di pasar terapung di pinggir bandar raya kami kembali ke pusat lalu singgah di pasar malam hujung minggu. Lihat Hatyai central weekend night market. Sebagai penutup artikel ingin diberitahu bahawa saya ada pernah terbaca bahawa wali besar Kelantan penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20 iaitu Tok Kenali memiliki darah keturunan kerabat diraja Chaiya/Cahaya. Hati ini pun mengatakan beliau berketurunan Sultan Sulaiman Singgora. Untuk membaca beberapa artikel lama saya tentang Tok Kenali termasuk pengalaman mistik ketika pertama kali sampai ke masjid dan makam beliau sekitar 15 tahun lalu rujuk artikel Mari kita bantu baik pulih Dewan Tok Kenali sampai siap! Amacam? yang dipersembahkan pertengahan tahun 2009. Sekian selamat malam dan wassalam.



Reunion kawan-kawan satu batch Sains Johor umur 50

$
0
0
Salam semua. Hari ini ingin saya berkongsi cerita satu peristiwa yang sangat bermakna buat saya dengan sejumlah kawan lama. Ia adalah majlis reunion atau pertemuan semula kawan-kawan sama sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sains Johor bagi batch 1983-1987. Ini adalah bagi kami yang lahir tahun 1970 lalu tahun 2020 ini kami masuk umur 50.


Majlis diadakan di tempat rehat sebelah stesyen minyak Petronas milik seorang kawan di selatan Kuala Lumpur. Ia telah bermula seawal jam 4 petang tetapi saya sampai jam 10.30 malam. Maaf gambar kabur...


Saya sampai lewat kerana perlu menghadiri satu majlis zikir di Kampung Tunku, Petaling Jaya dari Maghrib sehingga jam 9.30. Kemudian harus menunggu pula hujan lebat reda kerana menunggang motosikal besar kesayangan.


Saya tidak dapat menggunakan kereta kerana isteri mahu membawa anak-anak balik ke kampung beliau di Tanjung Sepat bagi majlis kenduri keluarga. Kereta kami lagi satu pula masih berada dalam bengkel di Ipoh setelah berlaku kerosakan dalam perjalanan mahu ke selatan Thailand lebih sebulan lalu. Rujuk artikel-artikel berikut :-







Apapun alhamdulillah saya selamat sampai meredah jarak 17 km dari Kampung Tunku ke lokasi majlis reunion dalam keadaan hujan sudah tinggal renyai-renyai, tidak lebat lagi seperti sebelum itu. Perkara pertama dibuat adalah bersalaman dengan kawan-kawan. Kemudian termenung lama tak terkata apa.


Makin naik umur ni makin banyak taman tumbuh dalam hati. Mudah sungguh rasa tersentuh dan terharu melihat kawan-kawan yang sama membesar dahulu di sekolah berasrama penuh lebih 30 tahun. Dan tentunya reunion kali ini lebih bermakna kerana kami semua hendak masuk umur 50 tahun iaitu setengah abad. Dan ada beberapa orang daripada kami sebenarnya dah pun genap umur 50 tahun.


Dimaklumkan saya adalah orang terakhir sampai. Lega  mendengar bahawa belum ada meninggalkan majlis kerana memang menunggu saya sampai. 


Masuk jam 11.05 kawan-kawan mengatur diri supaya dapat bergambar beramai-ramai sebelum ada bersurai.


Inilah muka-muka yang hadir. Gambar diambil oleh anak pemilik tempat. Biar disenaraikan nama menurut kedudukan dalam gambar seperti berikut :-

Barisan hadapan dari kiri ke kanan :-

1. Wak Satiman
2. Mat Pop
3. Muzaffar @ Amoi
4. Syed Fareed @ Arab
5. Esa Ismail
6. Topoi
7. Rozita
8. Zarina Hussein
9. Raha
10. Hazlin
11. Sam (tokway stesyen minyak dan pemilik tempat)

Diri tengah kiri ke kanan :-

12. Zaidi Isa @ Sobeh
13. Azreen
14. Mat Sahlan
15. Tajudin
16. Zaki @ Mat Peng
17. Faris
18. Nasir
19. Zul Mid
20. Suhaimi @ Parjo
21. Midun
22. Kamaruzzaman @ Man Bilal
23. Saini Salim @ Sintut
24. Aku le tu, Fahrulradzi (la ni orang biasa panggil Merah Silu)

Berdiri belakang kiri ke kanan  :-

25. Aziz Degek
26. Mamu
27. Adrian @ Pak Yan
28. Azhar @ Kerang 
29. Lokman
30. Ahmad Rozlee @ Lawi
31. Jamil
32. Khairul A'amali @ Cacing (pernah sekali terlupa aku sebut Cicak daaa)



Selepas bergambar hampir separuh daripada mereka pun beredar. Sekarang biar digunakan gambar-gambar yang diletakkan kawan-kawan di grup WhatsApp. Kita mula dengan menunjukkan suasana waktu siang sambil saya menyambung cerita.








Satu perkara menarik - Jumlah 32 orang datang ini adalah sama seperti  pada majlis reunion kami ketika masuk umur 40 tahun iaitu pada 10 tahun lalu. Lokasinya pun di stesyen minyak sama, cuma dahulu dalam bangunan kedai, yang baru ini di luar kedai. Lihat artikel Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH





Sedihnya, ada yang datang masa dahulu itu sudah meninggal dunia. Al-Fatihah kepada arwah Nurul Helmi @ McKay yang kembali ke rahmatullah tahun lepas. Katanya akibat serangan jantung.









Pada majlis ini juga saya dapat tahu, rupa-rupanya ada 2 orang kawan lama kami telah kembali ke rahmatullah jauh lebih awal. Seorang katanya tidak lama selepas meninggal alam persekolahan akibat kemalangan jalanraya.





Sambil itu ada pula kawan yang katanya sudah menimang cucu.





Yang nyata pada usia sudah setengah abad ini kami rata-rata memang tidak setangkas dan sesihat dahulu.





Ada antara kami yang dahulu pelari pecut 100 meter sudah jauh berubah sosok badan sehingga dah tak nampak tang mananya boleh jadi pelari pecut dahulu. Ada pula sebaliknya - dahulu badan berisi 'giler' sekarang kelihatan lebih kurus dan sihat pula.





Yang pasti kami sangat beruntung masih dipanjangkan umur dalam keadaan cukup sihat sehingga dapat berkumpul dan bergaul dengan kawan-kawan lama. Antaranya ada 2-3 orang yang sudah bertahun bertugas di luar negara baru sahaja kembali ke Malaysia.











Syukur juga ada beberapa orang sudi membeli buku terbaru merangkap buku ke-13 saya yang terbit Jun 2019. Rujuk artikel-artikel berikut...





Selepas tengah malam saya dan beberapa orang kawan layan jamming dalam studio muzik yang ada di stesyen minyak. Ketika ini masih ada dalam 6-7 orang berlegar-legar. Dekat jam 3 baru selesai.


Apabila kawan-kawan kembali ke rumah saya memilih untuk menginap di studio. Nak balik rumah lebih 50 km jauh, sudah begitu lewat malam dan hujan pun sedang renyai-renyai. Jam 10 pagi mahu ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam) di Bukit Tunku untuk satu majlis halaqah. Maka lebih baik berehat di studio. Memang saya sudah bersedia dengan barangan untuk menginap di luar...

Sebagai mengakhiri artikel biar dikumpulkan pautan bagi artikel-artikel lama tentang reunion bersama kawan-kawan Sekolah Sains. Biar diletakkan sekali bulan dan tahun ia berlangsung :-






5. Al-Rasyid berhari-raya : Bertemu kawan lama dan lepasan dari sekolah sains... (Okt 2010)

6. Perjumpaan bekas pelajar di Masjid Besi dan lain-lain hal (Okt 2011)

7. Beraya awal minggu ke-3 ganti shooting Daulah Melayu (Ogos 2015)

8. Reunion kecil Sains Johor sambil meraikan buku baru "Mencari Diri dan Erti" (Sept 2015)

9. Reunion kecil kawan Sekolah Sains dan urusan di Sarang Art Hub - Bila jiwa lama rock datang menjenguk...  (Feb 2017)


Dengan itu dapat dilihat dengan jelas bahawa kali terakhir saya menghadiri majlis sebegini bersama kawan-kawan Sekolah Sains adalah hampir 2 tahun lalu. Difahamkan di celah-celah itu ada majlis-majlis lebih formal melibatkan semua batch tapi saya tak pergi. Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan, kelapangan dan rezeki agar dapat bertemu lagi pada kesempatan-kesempatan akan datang insyaallah. Amin :]



Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara 'huru hara' di Yala dan sekitar dengan pengeboman di London

$
0
0
Salam. Setelah beberapa lama masuk kita pada hari ke-8 perjalanan Krabi dan selatan Thailand. Bersambung daripada Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Mencari jejak sejarah Melayu Islam di Phattalung/Bedelong/Merdelong.


Pagi Isnin 23 Disember 2019. Pemandangan bandar raya Hatyai daripada tingkap bilik hotel tempat kami menginap di stesyen kereta api.


Keluar menuju ke barisan kedai hadapan stesyen.


Ada kedai makan Melayu tempatan halal lagi harga berpatutan. Saya mahu membeli sarapan buat kami 6 beranak...


Saya pergi seorang diri bagi menjimatkan masa. Kembali ke hotel isteri dan anak-anak sudah siap dengan segala barangan lalu kami pun melangkah masuk stesyen, terus ke platform (lupa pulak bahasa Melayu) yang berkenaan.


Kami mahu menaiki kereta api jam 7.55 pagi ke selatan.


Tengok-tengok jam 8.52 baru ia sampai. 


Tak mengapalah. Yang penting sampai lalu kami dapat bergerak. Cuma ada rasa sedikit terkilan sebab kalau tahu begini tentu sempat kami anak beranak bersarapan di kedai, bukan di platform stesyen kereta api. 


Kalau ikut rancangan asal iaitu sebelum berlaku kereta rosak di Ipoh, selepas Hatyai kami mahu ke Patani lalu menginap satu malam. Sebaliknya kami sekadar berhenti sebentar di stesyen kereta api Pattani.


Dari stesyen tersebut ada jarak lebih 20 km untuk sampai ke bandar Patani. Kami sudah kesuntukan masa lalu cuma boleh singgah apa yang mudah dicapai terus dengan kereta api. Oh. Inilah kali pertama kami mengambil kereta api mengikut laluan ini. Yang pernah sebelum ini adalah laluan Bangkok ke Hatyai membawa ke Padang Besar, Perlis di pantai barat Semenanjung Malaysia (bagi saya sudah beberapa kali). Yang diambil kali ini adalah laluan ke pantai timur. Lihat artikel Train to Yala di blogspot BERPETUALANG KE ACEH


Tajuk artikel yang dipautkan sudah jelas untuk menunjukkan arah tujuan kami. Adapun bandar Yala terletak sekitar 124 km dari Hatyai sedangkan stesyen Patani berada di tengah-tengah. Sekadar memberitahu, bandar Patani sudah 2 kali kami singgah - sekali pada penghujung tahun 2017 (lihat  Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani, kedua pada awal 2018 (lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation).  Sebelum itu saya pernah sampai sekali tanpa keluarga. Llihat  Misi jejak Aceh-Langkasuka : Forum Batu Aceh di Patani, asbab utama perjalanan dibuat. Tetapi bandar Yala kami belum pernah singgah. Setakat pernah  lalu dalam wilayah atau daerah tapi tak masuk bandar...


Oleh itu memang saya berhajat sangat untuk melihat apa yang ada di bandar Yala. Sebelum ini kami sering diberitahu bahawa tempat ini sangat bermasalah kerana selalu berlaku tembak menembak juga pengeboman dan huru hara. Ini katanya adalah akibat perlawanan antara puak pemisah (memperjuangkan kebebasan wilayah Patani yang sebenarnya turut meliputi Yala dan Narathiwat sebelum dipecahkan oleh pihak Thailand yang menakluki mereka penghujung abad ke-18) dengan kerajaan. Tetapi kami mendapat tahu daripada warga tempatan Yala yang ditemui di Hatyai bahawa itu adalah di kawasan pendalaman, bukan luar bandar.


Sebetulnya kawasan pendalaman yang pernah kami lalui dengan kereta sendiri penghujung tahun 2017 itu jauh lebih bermasalah kerana dikatakan terdapat markas puak pemisah. Alhamdulillah, perjalanan kami dimudahkan lalu tiada masalah. Lihat artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani. Teringat pula bagaimana ketika masuk ke selatan Thailand melalui Padang Besar 18 Disember ada orang Melayu Malaysia mengaku selalu pergi ke merata Thailand lalu menasihatkan kami agar tidak singgah ke bandar Yala. Sekarang saya melihatnya sebagai orang yang 'sembang lebat' aje lebih. Kalau betul dia tahu selok belok semua tempat tentu boleh menyatakan setakat mana ia berbahaya, kawasan mana yang boleh dikira selamat dan sebagainya. Lihat Around Yala town.



Memikirkan hal ini teringat bagaimana ketika mengaji di London tahun 1991-1995 hampir setiap hari asyik terdengar orang mahu mengebom. Ini berlaku akibat pertentangan daripada puak pemisah IRA (singkatan bagi Irish Republican Army - Tentera Republik Ireland) yang mahu menuntut agar wilayah Ireland Utara dipisahkan daripada berada di dalam kuasa pentadbiran United Kingdom yang berpusat di London. Semasa itu selalu keluar dalam berita dan suratkhabar berita tentang serangan atau ancaman serangan di bandar raya. Selalu berlaku stesyen kereta api bawah tanah ditutup sementara pihak polis menggeladah mencari bom yang katanya disembunyikan di mana-mana. 

Saya sendiri pernah mengalami keadaan ini banyak kali malah pernah mendengar bunyi bom meletup di London sekurang-kurangnya 2 kali. Keadaan ini menyebabkan ramai ahli keluarga pelajar dan mereka di luar UK risau tentang keselamatan kami. Tetapi 'baiknya' IRA ini adalah mereka akan membuat pengumuman  jika mahu membuat serangan bom. Tujuan mereka cuma mahu merosakkan infrastuktur awam supaya kerajaan akur dengan permintaan. Mereka tidak mahu mencederakan orang  awam lalu disalahkan kerana memerlukan sokongan popular rakyat bagi memenuhi tuntutan.

Keadaan begitu merisaukan sehingga pernah berlaku sebuah kedai kaset dan CD terkemuka di London iaitu Tower Records di Piccadily Circus pernah ditutup buat sementara waktu kerana beg sandang besar saya disyaki mengandungi bom. Ya. Ini bukan main-main, cipta atau tokok tambah cerita. Apa yang berlaku adalah saya telah meninggalkan beg sandang besar yang selalu dibawa ke sana ke mari ke satu bahagian dalam kedai lalu berjalan ke tempat lain (hmm... yakin tu orang tak sanggup curi. Sekarang bila fikir balik apa punya biol lah aku ni). Ketika kembali didapati kawasan tersebut telah dikepung polis sementara menunggu pakar bom datang untuk memeriksa. Saya pun memberitahu itu adalah beg saya. Nasib baik tak jadi apa-apa yang teruk.


Ketika itu memang selalu berlaku beg berisi bom juga kenderaan ditinggalkan di mana-mana lalu dibiarkan meletup. Polis apabila mendapat berita ada benda mencurigakan akan menyuruh orang ramai keluar dari kawasan lalu mengepongnya sambil meminta pakar datang untuk mematikan bom. Hal ini tentu tidak boleh disamakan dengan pergolakan yang berlaku di Yala juga wilayah-wilayah Melayu bersebelahan seperti Patani dan Narathiwat. Di selatan Thailand ini memang selalu berlaku pengeboman dan tembak menembak sehingga mengorbankan orang awam. Tapi kalau dah faham selok belok dan keadaan sebenar kawasan ia tidaklah begitu menakutkan. 

Sebab itu setelah pertama kali ke Patani awal tahun 2017 saya menjadi cukup yakin dan berani sehingga sanggup memandu kereta sendiri membawa ahli keluarga berjalan-jalan walau tetap harus melepasi berpuluh road block malah sekatan dan pemeriksaan tentera juga polis bersenjata. Apapun, selain mahu melihat keadaan bandar Yala saya mahu menjejakkan kaki ke sebuah kuil yang pada pandangan dan penglihatan saya menjadi suatu macam pasak 'kebatinan' bagi membuat penduduk tempat Melayu Islam di sekitar akur terhadap pemerintahan bukan Islam. Lihat artikel Kuil pasak (Pillar shrine of) Yala di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Saya turut mengambil peluang melihat Sungai Patani di belah sana kemudian singgah ke masjid utama. Lihat artikel Patani river near Yala railway bridge diikuti Masjid pusat (Central mosque of) Yala.


Jam 12 kembali ke stesyen kereta api untuk ke destinasi seterusnya. Lihat Yala railway station.


Kami mahu menaiki kereta api jam 12.27 tengah hari untuk bergerak lebih jauh ke selatan dan pantai timur. Kali ini kami tidak perlu menunggu terlalu lama kerana jam 12.41 ia pun sampai. Lihat Train to Sungai Kolok.


Oh, lupa nak sebut. Sebetulnya dalam perjalanan kereta api dari Hatyai ke Yala kemudian Yala ke Sungai Golok ada sahaja pihak tentera dan polis bersenjata datang menjengok memerhatikan semua yang ada.


Malah semasa keluar daripada stesyen Sungai Kolok anak lelaki bujang saya ditahan lalu mahu diperiksa. Terus saya memberitahu ini anak saya dan kami orang Malaysia lalu ditanya ada bawa paspot? Saya kata ada lalu anak pun dilepaskan.


Dari stesyen kami berjalan kaki masuk ke bandar Sungai Kolok atau orang Melayu kita panggil Golok lalu singgah makan.


Selepas itu kami menyambung berjalan kaki menyeberangi sempadan masuk kembali ke Malaysia melalui Rantau Panjang. Lihat Walking across Sungai Kolok.


Setelah meliputi jarak lebih 2 km baru berhenti untuk mendapatkan bas ke Kota Bahru.








Kami berhenti sebelum stesyen bas utama lalu berjalan kaki jauh lagi untuk ke hotel.





Ia terletak di tepi Sungai Kelantan. Pemandangan begitu cantik daripada bilik kami di tingkat 5. Lihat Kelantan river from 5th floor of a riverside hotel.


Malam itu seorang kawan kami datang untuk membawa berjalan-jalan.


Dapatlah ziarah ke makam wali besar Kelantan hujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20 iaitu Tok Kenali...


Dapat juga beriktikaf sebentar di masjid yang didirikan oleh anak cucu beliau...





Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Kota Bahru dan Pantai Timur

$
0
0
Salam lewat petang Jumaat. Meneruskan lagi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand. Masuk hari ke-9 perjalanan. Bersambung daripada Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara 'huru hara' di Yala dan sekitar dengan pengeboman di London.


Pagi Selasa 24 Disember 2019 iaitu tepat sebulan lalu. Selepas bersarapan bersama isteri dan anak-anak saya keluar untuk berjalan kaki dan meneroka persekitaran secara berseorangan.


Biar mereka berehat sementara saya melihat apa yang patut. Oh, sebelum itu ada mengambil gambar pemandangan waktu pagi Sungai Kelantan dari bilik hotel. Lihat artikel Morning view of Kelantan river from our hotel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.





Dengan mengambil laluan pejalan kaki menyusuri tepian sungai saya dapat sampai ke satu kawasan pemakaman lama yang baru setahun gitu telah diratakan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Lihat artikel Makam Langgar Buruk yang telah diratakan (Langgar Buruk tombs which has been leveled up), Kota Bahru. di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sambung lagi berjalan kaki melihat keadaan pusat bandar raya waktu pagi.


Dapat juga singgah melihat tempat-tempat bersejarah kemudian bersolat dan bertafakur di masjid utama ini iaitu Masjid Muhammadi. Lihat artikel diikuti .































Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Menutup gerak di Terengganu

$
0
0
Salam petang Jumaat 31 Januari 2020. Setelah beberapa lama masuklah kita pada cerita hari ke-10 perjalanan Krabi dan selatan Thailand. Bersambung daripada Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Kota Bahru dan laluan Pantai Timur.


Pagi Rabu 25 Disember 2019. Cuaca dan pemandangan kelihatan begitu elok dan damai.


Tengah hari kami mendaftar keluar daripada tempat penginapan lalu makan di kawasan ini.


Selepas makan perjalanan diteruskan menyusuri jalan pantai.





Oh. Kami naik kereta kawan, seorang anak Terengganu yang sudah lama bermastautin di Kuala Lumpur. Kebetulan beliau sedang bercuti di kampung halaman. Dapatlah membawa kami anak beranak berjalan-jalan terutama untuk melihat jambatan menara (tower bridge) Terengganu yang baru beberapa bulan dibuka kepada kenderaan umum. Lihat artikel Crossing the tower bridge of Kuala Terengganu blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami juga dapat tahu menara jambatan baru dibuka kepada orang ramai tak sampai sebulan. Dengan bayaran RM5 sahaja dapat menikmati pemandangan cantik daripada atas sana. Lihat Kuala Terengganu from up the towers at its new bridge.
.

Puas melihat pemandangan kami menziarahi makam ulamak Terengganu bertaraf wali abad ke-19 Masihi iaitu Tokku Paloh di pinggir bandar raya Kuala Terengganu.


Oh, sebelum ke jambatan kami ada singgah di 2 buah surau yang agak menarik ke utara bandar raya. Lewat petang pula pergi ke makam ulamak besar Terengganu abad ke-17 bertaraf wali iaitu Tok Pulau Manis di kawasan pendalaman. Tengok-tengok sudah jauh berubah rupa jadi lebih cantik. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Perubahan pada makam Tok Pulau Manis (Changes to the tomb of Tok Pulau Manis)


Malam saya membeli tiket bas untuk kami anak beranak kembali ke Lembah Klang.


Selepas itu singgah bersolat di Masjid Putih yang terletak berdekatan.





Sampai masanya kawan pun menurunkan kami di stesyen bas.


Kiranya Terengganu menjadi tempat kami menutup gerak perjalanan Krabi dan selatan Thailand...


Tetapi pada saya cerita ini belum betul-betul selesai. Cuma biar ditutup buat sementara sempena hari Jumaat 31 Januari 2020.



Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Aku, persoalan wujud diri dan kaitan dengan Tuhan juga alam

$
0
0
Salam  petang Jumaat. Setelah beberapa lama iaitu setelah mempersembahkan artikel Zhenghe dan situasi Islam di China masa kini lebih sebulan lalu baru ada artikel baru tentang ilmu mahu dikongsikan.


Rabu 12 Februari 2020 saya ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk satu majlis ilmu.


Ia adalah permulaan sesi baru bagi siri syarahan terhadap buku "Classification of Knowledge in Islam" (Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Islam" tulisan Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Siri ini telah dimulakan awal tahun lalu. Kali terakhir ia diadakan adalah pada 4 Disember 2019 iaitu lebih 2 bulan lalu. Rujuk Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Pengembaraan jauh mencari kebenaran yang memungkinkan sintesis pelbagai faham.


Tentang siri dan kenapa ia diadakan boleh dirujuk dalam artikel-artikel lalu terutama Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan (daripada syarahan pembuka semester pertama 2019) dan Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan berkenaan yang ke-8 selepas 5 bulan senyap (syarahan pembuka semester kedua). Sekarang terus kita pada syarahan terbaru...


Osman yang merupakan Sheikhul Quliyyah ISTAC juga penyandang kursi Al-Ghazzali di institusi sama membuka dengan mengalu-alukan kedatangan ramai muka baru. Kemudian beliau memberitahu baru-baru ini ada bertemu dengan duta negara Kazakhstan. Duta tersebut memberitahu bahawa tidak lama lagi negaranya dan beberapa negara jiran di Asia Tengah mahu membuat sambutan ulang tahun ke-1,150 kelahiran ulamak silam terkenal iaitu Al-Farabi. Beliau tahu Osman telah menulis beberapa buah buku tentang ulamak tersebut lalu bertanya apakah ISTAC akan membuat acara serupa.

Dengan  itu Osman pun memberitahu ISTAC hadirin akan membuat sambutan berupa diskusi buku pada 15 April nanti. Buku bertajuk "Al-Farabi - Life, Works and Significance" (Al-Farabi - Kehidupan, Hasil Kerja dan Kepentingannya - terjemahan saya) tulisannya itu telah diterbitkan tahun 2018. Setelah itu baru diberikan sedikit pengenalan tentang buku "Classification of Knowledge in Islam" yang menjadi asas siri syarahan ini. Disebutlah lagi bahawa ia adalah hasil daripada PhD beliau yang berjaya disiapkan tahun 1986. 

Untuk pengetahuan PhD dan buku mengenengahkan pemikiran tiga ulamak silam Islam seperti berikut :-

1. al-Farabi (hidup tahun 258-339 Hijrah bersamaan 870-950 Masihi)

2. al-Ghazzali (hidup 450-505H/1058-1111M)

3. Qutb al-Din al-Shirazi (634-710H/1236-1311M)

Tentang kenapa mereka menjadi pilihan boleh dirujuk dalam artikel lama Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam kajian. Buat masa ini syarahan masih bersekitar pada Al-Farabi. Oh. Dalam tulisan-tulisan saya ada masanya perkataan "al" dieja huruf kecil ada masa huruf besar menjadi "Al". Rasanya kedua-dua boleh diterima lalu harus tidak menerbitkan masalah dalam kefahaman perkara.


Saya telah bersedia untuk mengikuti syarahan dengan membuka versi PDF buku dalam komputer riba. Buku yang telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa ini juga telah dicetak beberapa kali dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Inggeris. Ada cetakan terbaru dijual pada majlis lalu dibeli hadirin untuk dijadikan rujukan. Tetapi buat masa ini saya rasa lebih selesa dan mudah merujuk ke dalam komputer.


Osman memulakan daripada Bab 2 buku. Tajuknya "Al-Farabi's Psychology in Its Relation to The Hierarchy of The Sciences" boleh diterjemahkan sebagai "Psikologi Al-Farabi dan Kaitannya dengan Hieraki Ilmu-ilmu Sains". Beliau pun menerangkan apakah itu ilmu psikologi (ilmu jiwa) menurut pandangan klasikal lama atau tradisi terutama dalam Islam. Ia adalah ilmu tentang nafs atau kita biasa panggil sebagai nafsu. 

Kelihatan Osman merujuk pada konsep berkenaan dalam pengajian Tasawuf. Beliau juga menyebutnya sebagai sains roh (science of the soul). Kalau tidak percaya kepada roh (kewujudan roh) maka kita akan bermasalah. Kata Osman inilah yang berlaku pada ilmu saikologi moden. Sains yang dipelopori Barat menolak kewujudan roh lalu cuba mengkaji jiwa atau ilmu psikologi berdasarkan apa yang ada pada tubuh badan atau aspek fizikal manusia sahaja. 

Disebut pula tentang kepentingan heiraki ilmu pengetahuan, satu lagi perkara yang sering diabaikan Barat. Kata Osman semua perkara itu ada susunan duduk letak kepentingan dan taraf. Mana boleh disamakan ilmu tentang Tuhan dengan ilmu kajian terhadap rama-rama? Tambah beliau ada 2 perkara asas perlu difahami dalam epistemologi atau sains ilmu pengetahuan. Satu adalah kesatuan ilmu pengetahuan (unity of knowledge) termasuk untuk sains. Kedua adalah hieraki ilmu pengetahuan (juga bagi sains). Ia menjadi pegangan para ulamak silam dalam dunia Islam. Tanpa kefahaman ini jadilah masalah dalam ilmu moden sains di mana sains alam semulajadi (natural sciences) sering dilihat bertentangan dengan sains kemanusiaan (human sciences) sehinggalah sekarang.



Sebelum meneruskan perkara harus dinyatakan ini. Kalau berdasarkan isi syarahan terakhir pada tahun lalu seperti diceritakan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Pengembaraan jauh mencari kebenaran yang memungkinkan sintesis pelbagai faham syarahan pembuka siri bagi tahun ini harus dimulakan daripada sub-topik ke-3 dalam Bab 1 iaitu tentang hasil-hasil kerja Al-Farabi dan kepentingannya. Malah ini ada diisytiharkan Osman ketika menamatkan syarahan terdahulu. Saya ingat ini kerana ada mengambil nota sebelum menukilkannya kembali dalam artikel berkenaan.

Kalau mengikut turutan asal itu kami harus bermula daripada muka surat 21 buku sedangkan Bab 2 bermula pada muka surat 43. Mungkin Osman memilih untuk 'melompat' jauh kerana sub-topik ini serupa tajuknya dengan buku beliau yang mahu dibincangkan pada majlis 15 April (rujuk balik tulisan atas tentang saranan duta Kazakhstan). Yang saya ingat beliau sekadar menyebut satu tahun (tahun lepas) telah dihabiskan semata-mata untuk mensyarahkan Bab 1 sahaja. Daripada segi itu lompatan terus ke Bab 2 boleh dianggap satu permulaan yang lebih segar bagi tahun ini.



Masuk pada perenggan demi perenggan. Bermulalah sub-topik pertama Bab 2 yang tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Ide Penyatuan dan Hieraki dalam Ilmu-ilmu Sains". Osman membacakan satu persatu perkataan dan ayat seperti terpapar dalam buku. Secara rata ia menekankan keperluan untuk mengkaji terlebih dahulu aspek-aspek tertentu epistemologi atau kajian ilmu (secara umum) sebelum dapat mengkaji secara falsafah klasifikasi yang dibuat oleh Al-Farabi terhadap ilmu-ilmu sains.

Dengan kerangka epistemologi tersebut baru kita boleh memahami atas dasar apakah Al-Farabi membuat klasifikasi. Kenapa tidak dimasukkan beberapa ilmu zamannya seperti alchemy (saya tidak tahu terjemahannya ke dalam bahasa Melayu, yang tahu ia adalah ilmu kimia lama yang tercipta akibat usaha sesetengah pihak mahu menukar logam biasa menjadi emas) juga tafsir mimpi walaupun Al-Farabi ada menulis tentang ilmu-ilmu ini dalam hasil kerja lain? Begitu juga, kenapa beliau tidak meletakkan ilmu Feqah dan ilmu Kalam pada kedudukan utama dalam klasifikasinya? Apapun sarjana Barat seperti N. Rescher meletakkan kitab Ihsa al-Ulum yang memberikan klasifikasi tersebut sebagai salah satu hasil kerja terpenting Al-Farabi dalam bidang epistemologi.




Masuk perenggan kedua disebut bahawa Al-Farabi memegang sepenuhnya bahawa ide paling asas terkait dengan epistemologi tradisi adalah kesatuan dan hieraki ilmu-ilmu sains. Daripada satu segi ide ini boleh dikatakan sebagai hasil penyiasatan (inquiry - terjemahan terus adalah pertanyaan, dalam konteks ini ia lebih pada penyiasatan yang merupakan pertanyaan mendalam) terhadap epistemologi, daripada segi lain ia adalah asas kepada penyiasatan itu. Hal pertama adalah benar kerana ide ini terhasil daripada pemakaian doktrin Tawhid  terhadap keseluruhan aspek kebijaksanaan  (intelligence) manusia dan aktivitinya berfikir juga mengetahui sesuatu. Nota berkenaan, nota 2 bagi Bab 2 yang terletak pada muka surat 64 buku pun dirujuk...



Jelas doktrin Tawhid yang dirujuk adalah seperti dalam pengajian Tasawuf. Ia adalah berkenaan Zat KeTuhanan (Divine Essences), Nama-nama atau Asma' dan Sifat. Kata Osman pertanyaan demi pertanyaan atau penyiasatan mendalam terhadap hal berkenaan akhirnya boleh disimpulkan menjadi satu persoalan sahaja - Who am I? Siapakah aku? Nampak begitu ringkas bunyinya. Siapakah aku? Takkan tak kenal diri kita sendiri?  Sebetulnya ia adalah persoalan yang sangat besar dalam dunia ini. Ia adalah persoalan wujud diri yang sebenarnya terkait dengan hakikat keTuhanan dan hubungan manusia dengan Tuhan.

Setelah mengikuti syarahan-syarahan Osman beberapa lama saya sudah cukup faham tentang aliran pemikiran atau line of thinking beliau. Selain bersifat falsafah (memang pun beliau mengajar falsafah) ia membawa kepada persoalan mengenal diri seperti sering dianjurkan dalam ilmu Tasawuf dan pengajian orang Sufi. Seorang hadirin pun membangkitkan persoalan kenal diri menurut falsafah pemikir Barat dari Perancis bernama Rene Descartes (hidup 1596-1650). Beliau terkenal dengan ungkapan dalam bahasa Latin, Ergo Corgito Sum yang bahasa Inggerisnya berbunyi I think therefore I am.

Terjemahan saya : "Aku fikir maka aku ada (wujud seadanya)". Maknanya disebabkan dia boleh berfikir maka itulah bukti akan kewujudannya. Hadirin tersebut menyarakankan agar perkara Ergo yang bermaksud fikir itu diubah menjadi Credo yang bermaksud percaya. Dia mahu mengatakan bahawa "Aku percaya maka aku ada" adalah lebih baik bagi menerangkan hakikat wujud kita.

Kata Osman tidak ada banyak perubahan makna kalau begitu halnya. Dan lagi kita ini bukan sekadar makhluk yang berfikir atau percaya. Kita ada banyak lagi aspek dalaman yang membentuk diri. Malah menurut beliau kenyataan Descartes itu sebenarnya adalah kesalahan daripada segi logik atau mantiq kerana meletakkan fikir sebelum ada. Sedangkan disebabkan kita ada itulah baru boleh berfikir. Begitu juga halnya dengan percaya. Kita ada dahulu baru boleh percaya. Bagaimana sesuatu yang tidak wujud atau belum ada boleh berfikir mahupun percaya?

Ah. Tiba-tiba teringat tentang pengajian ilmu Sifat 20 yang bermula dengan Wujud (adanya Allah SWT), Qidam (sedia ada, bukan dicipta atau datang daripada tiada kepada ada), Baqa' (kekal selamanya) dan seterusnya. Bukankah bermula dengan Wujud baru boleh diperkatakan hal-hal lain selepas itu, antaranya adalah Iradat (berkehendak), Qudrat (memiliki kekuatan), Sama' (mendengar), Basar (melihat), Kalam (berkata-kata)?

Inilah sebenarnya persoalan wujud diri manusia yang dianuti oleh ulamak-ulamak silam Islam yang faham, tidak seperti Barat yang keliru kerana bersungguh-sungguh mahu menolak kewujudan Tuhan. Sesungguhnya wujud diri kita ini adalah kerana wujudnya Tuhan lalu mencipta kita. Malah pada manusia itu terzahir segala sifat-sifat keTuhanan, cuma dalam skala kecil sesuai dengan kedudukan kita sebagai makhluk ciptaanNya. Namun tetap ada semua itu kerana kita dijadikan sebagai Khalifah Allah di muka bumi...



Ah. Boleh jadi gila meroyan kita kalau mahu dikupas lagi perkara ini dengan lebih mendalam. Tetapi itulah antara keseronokan hadir ke syarahan-syarahan Osman. Terus pada ayat selepas itu yang bersambung ke sebelah, muka surat 44.  Disebutlah bahawa dalam menyiasat bagaimana manusia boleh tahu secukupnya kita tidak akan dapat lari daripada sifat hieraki dan realiti ilmu pengetahuan yang memiliki kutub-kutub (poles) berbentuk subjektif dan objektif.

Dikupas pula apa makna subjektif, apa itu objektif? Menurut Osman subjektif itu adalah melihat ke dalam diri. Objektif melihat ke luar daripada diri. Sains Barat selalu menekankan bahawa kita harus bersifat objektif dalam membuat kajian. Dengan itu kita boleh mendapatkan hasil maklum balas yang tepat kerana tidak terpengaruh dengan subjektiviti diri yang sering ditafsirkan sebagai perasan yang tidak boleh diharap dalam memberikan ketepatan kerana boleh berubah (bila marah nampak lain, bila sayang nampak lain). Namun, walaupun objektiviti atau bersifat objektif boleh memberikan ketepatan sebetulnya ia menjadikan kita pincang kerana cuba menolak hakikat bahawa kewujudan kita ini perlu kedua-duanya subjektif dan objektif. Kerana sibuk dengan objektiviti sains cuba memahami wujud manusia dan alam dengan melihat semakin jauh ke luar melepasi bintang-bintang. Sedangkan manusia itu dicipta bersifat sebagai cermin kecil yang dapat meliputi alam besar yang luas. Kata Osman dengan betul-betul melihat ke dalam kita sebenarnya boleh mengenali perkara-perkara di luar.



Ah. Boleh jadi panjang sangat menulis kalau ingin mengulangi kembali segala yang diulas dan diperkatakan. Terus pada perenggan seterusnya pada muka surat 44. Hieraki dalam kedua-duanya mikrokosma (konsep cermin dalam diri tadi) dan makrokosma (alam meluas yang juga merupakan penzahiran ayat-ayat Tuhan) mewakili pelbagai manifestasi atau penzahiran prinsip keTuhanan (divine principle).  Maka itu hieraki ilmu-ilmu sains seperti diperkatakan Al-Farabi berakar umbi pada sifat semulajadi benda-benda yang dicipta. 

Ilmu-ilmu sains ini membentuk satu kesatuan yang akan diterangkan dalam Bab 3. Sumber akhir atau utamanya (ultimate) cuma satu sahaja iaitu kebijaksanaan keTuhanan (terjemahan saya bagi divine intellect) tak kira bagaimana pun suatu ilmu itu diperolehi oleh manusia. Ide tentang kesatuan dan hieraki dalam ilmu-ilmu sains boleh dianggap sebagai asas kepada epistemologi tradisi. Hal ini cukup benar dan terpakai dalam masyarakat yang terikat rapat pada wahyu seperti halnya pada zaman kehidupan dan pemikiran Al-Farabi.  Rujuk nota 3...



Nota pada muka surat 64 itu menyebut walaupun benar berlaku pergolakan politik dan manusia lupa diri (decadence) pada zaman kehidupan beliau namun daripada segi keagamaan, spiritual dan intelektual masyarakat Islam tetap rapat dengan ajaran Al-Quran. Seorang sarjana Barat, Sir Hamilton Gibbs menyebut sejak daripada awal masyarakat atau ummah diberitahu malah diingatkan setiap hari oleh Al-Quran tentang makna dan tujuan kehidupan. Osman menambah ini dapat dilihat pada makna azan yang dilaungkan 5 kali setiap hari :-


Allah maha besar (2 kali)
Aku bersaksi tiada yang disembah selain Allah (2 x)
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah (2 x)
Marilah menunaikan solat (2 x)
Marilah menuju kemenangan (2 x)
Allah maha besar (2 x)
Tiada yang disembah selain Allah (2 x)


Pada azan itu ada formula kemenangan dan kejayaan. Kata Osman masyarakat sudah sedia terdidik dengan kepercayaan kental terhadap Tuhan, tidak seperti sekarang (yang mana pelbagai perkara dipengaruhi kerangka pemikiran Barat yang menolak kewujudan Tuhan). Lalu banyak hal yang diperkatakan Al-Farabi mudah diterima tanpa banyak soal.




Jika masyarakat sekarang cenderung untuk menyamaratakan taraf semua ilmu kerana sudah hilang kefahaman akibat kerangka pemikiran yang salah ia tidak begitu pada masyakat silam yang hidupnya masih terkait rapat dengan ajaran Al-Quran. Hieraki ilmu malah boleh dilihat pada ayat-ayat Al-Quran itu sendiri kerana ia tidak sama taraf. Misalnya Ayat Kursi disebut Nabi Muhammad SAW sebagai penghulu Al-Quran. Tentu ada kedudukannya yang istimewa mengatasi ayat-ayat lain. Surah al-Ikhlas pula disamakan dengan satu pertiga Al-Quran. Kedudukan tingginya adalah disebabkan ia adalah berkenaan Haqiqah atau pengetahuan hakikat keTuhanan. Ia adalah yang terbaik antara tiga bentuk asas atau peringkat ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam Al-Quran. 



Dua lagi bentuk asas atau peringkat adalah berkenaan Tariqah dan Syariah. Tariqah yang merupakan laluan khas kebatinan ke arah Tuhan adalah aspek kualiti dan pemanjangan (extension) menegak terhadap Shariah iaitu undang-undang berdasarkan wahyu yang merupakan jalan atau laluan umum kepada Tuhan. Nota-nota bagi perenggan ini tidak perlulah disertakan mahupun diulas. Nota 4 sekadar memberikan penterjamahan Ayat Kursi ke dalam bahasa Inggeris, nota-nota seterusnya adalah bagi buku-buku rujukan.




Sedar tak sedar - Majlis-majlis ilmu dan tulisan berkenaan yang dibuat dalam tempoh kurang 4 bulan

$
0
0

Merujuk pada tulisan saya bertajuk Artikel-artikel ilmu selepas "Siri Refleksi Sejarah" mencapai jumlah 222 pada 8 bulan lalu dan  Kumpulan syarahan dan majlis ilmu di ISTAC  pada 20 Oktober iaitu kurang 4 bulan. Itu adalah kali terakhir saya mengumpulkan pautan artikel-artikel untuk majlis ilmu dan perkara-perkara berkenaan supaya ruang "Siri Refleksi Sejarah" pada bahagian paling bawah kiri blogspot ini dapat dikemaskinikan. Sebelum itu didapati ada keperluan untuk membuat ruangan tersendiri bagi majlis-majlis ilmu yang diadakan di tempat saya sedang belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam". Cuma ia baru dizahirkan pada 20 Oktober itu lalu diberi tajuk "Syarahan dan Majlis Ilmu di ISTAC". Lihat bahagian paling bawah blogspot sebelah kanan.

Siang tadi ketika merangka penulisan artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Aku, persoalan wujud diri dan kaitan dengan Tuhan juga alam yang dibuat berdasarkan majlis terbaru di ISTAC petang Rabu 12 Februari didapati ada keperluan untuk mengumpulkan pautan-pautan artikel selepas 20 Oktober. Ini dibahagikan kepada dua bahagian - ISTAC dan bukan ISTAC (iaitu bukan majlis di ISTAC) supaya dapat dimasukkan dalam ruangan-ruangan yang sepatutnya dengan saksama.  Satu artikel bertajuk Memasuki fasa baru - Sampai masanya untuk kembali pada penulisan tesis yang dibuat pada 20 Oktober juga harus dimasukkan dalam senarai atas nama "bukan ISTAC". Walaupun melibatkan pengajian saya di ISTAC ia bukan tentang majlis ilmu di sana. Ia adalah satu resolusi penting buat peringatan diri dan azam melibatkan ilmu. Beginilah hasilnya :-



Bukan ISTAC












ISTAC
















16. Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Aku, persoalan wujud diri dan kaitan dengan Tuhan juga alam


Sedar tak sedar boleh tahan banyak majlis ilmu telah dihadiri dalam tempoh kurang 4 bulan kebelakangan termasuk terbaru di ISTAC Rabu 2 hari lalu disusuli penulisan artikel tentangnya. Hal ini membuat terasa wajib dinyatakan dalam satu artikel sebagai satu penanda aras (milestone) bagi blogspot. Ia menambahkan jumlah pautan yang tersenarai dalam ruangan  "Siri Refleksi Sejarah" daripada 252 menjadi 261 . Jumlah pautan dalam tajuk "Syarahan dan Majlis Ilmu di ISTAC"  pula bertambah daripada 47 (yang dipecahkan kepada 4 kategori) menjadi 63.

Nah Banyak tak banyak saya telah menulis tentang ilmu selain subjek-subjek lain terutama pengembaraan. Insyaallah selagi diberi umur, rezeki dan kelapangan saya akan menulis lebih banyak. Doakan ya para pembaca dan kawan-kawan sekalian... :]


Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor

$
0
0
Salam. Sedikit perkongsian daripada hujung minggu lalu.


Petang Sabtu 15 Februari 2020. Saya telah membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan lalu makan roti canai di sebuah gerai di Batu Arang.


Kami ke sana kerana 2-3 hari sebelum itu seorang anak laki-laki kami, Rasyid asyik menyebut tentang makan roti canai di suatu tempat yang kedainya berbentuk begitu begini.


Ditunjukkan sekali isyarat dengan tangan sambil menyebut ada jalan pusing sebegini rupa di hadapan. Fahamlah saya dia merujuk pada kedai di hadapan satu-satunya bulatan di pekan Batu Arang, Selangor.


Dahulu kami sekeluarga pernah duduk beberapa tahun menyewa rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Pekan Batu Arang cuma terletak 2-3 km sahaja daripada ruma lalu saya selalu membawa keluarga berjalan-jalan.


Daripada rumah kami juga sudah agak dekat untuk ke pekan Kuala Selangor. Dari Batu Arang cuma perlu bergerak ke hadapan lagi 30 km jadi kami selalu juga berjalan-jalan hujung minggu ke arah sana.


Selepas makan roti canai kami pun ke Kuala Selangor lalu pergi ke beberapa tempat bersejarah yang pernah kami jejaki beberapa kali dahulu.






























Cerita-cerita tentang tempat-tempat bersejarah yang kami jejaki kembali ini boleh diimbau melalui artikel-artikel lama berikut :-


1. Kisah Keramat Anak Dara...

2. Meriam kuning di Bukit Melawati dan kuala sebenar Kuala Selangor

3. Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak?

5. Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung

7. Mencari Bukit Raja di Kuala Selangor... singgah juga di Bukit Talang, Kampung Permatang dan beberapa tempat

8. Mimpi pelik Kuala Selangor...

9. Baru betul-betul melihat Bukit Melawati...


Lewat petang kami naik ke Bukit Melawati yang merupakan pusat kerajaan Selangor abad ke-18 dan awal abad ke 19 Masihi.




Anak-anak seronok dapat bermain dengan monyet lotong yang banyak berkeliaran di atas bukit. Sampai anak bongsu kami Johan berkata itulah kali pertama bermain dengan monyet begitu dekat. Beliau tidak ingat semasa kecil selalu dibawa ke sana. Lihat artikel Playing with the monkeys at Bukit Melawati di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Saya pula lebih seronok menikmati pemandangan sambil menghirup udara segar memikirkan sejarah di sebalik persekitaran...


Kami berlegar-legar di atas bukit sehingga matahari terbenam. Sebagai mengakhir artikel biar dikongsikan pautan bagi beberapa lagi artikel yang telah dipersembahkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH beberapa hari kebelakangan :-


1. An 80s rock concert at Sarang Art Hub

2. Small trip to Tanjung Malim with the youngest son

3. Looking at a part of Sungai Buaya earmarked for a future development

4. New attractions at Taman Tasik Titiwangsa



Keadilan sosial dan spiritual melalui reka bentuk ruang - Soal identiti dan harga diri

$
0
0
OK. Petang ini saya mahu mengikuti satu majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Esok pagi pun ada majlis ilmu mahu diikuti di tempat sama. Sebelum itu biar dilepaskan satu cerita tentang majlis ilmu yang telah diikuti di sana 2 hari lalu.


Petang Isnin 17 Februari 2020, selepas menghantar anak-anak ke sekolah agama saya pun berkejar ke ISTAC untuk majlis tersebut.


Adapun pada tarikh itu anak bongsu saya, Muhammad Alauddin Johan genap umur 8 tahun. Atas sebab itu saya harus masuk ke sekolah agama terlebih dahulu untuk menghantar 2 kotak kek hari jadi agar sambutan kecil hari jadi dapat dibuat di kelasnya.


Sebelum itu iaitu pada waktu pagi saya telah menghantar 2 kotak kek hari jadi juga ke sekolah kebangsaan. Hari Ahad sebelumnya isteri telah menghabiskan hampir sepenuh hari untuk membuat sendiri kek-kek itu. Saya yang bekerja sendiri berpengkalan di rumah le kena hantar kerana isteri bekerja di pejabat. 


Oh. Sengaja ditunjukkan gambar-gambar dalam perjalanan ke ISTAC kerana itulah kali pertama saya datang dengan kereta yang kelihatan. Ia adalah Proton Saga lama pinjam dari sebuah bengkel kereta di Ipoh. Ada satu kereta saya rosak dalam perjalanan menuju ke Selatan Thailand pertengahan tahun lalu. Sebuah kereta lagi adalah untuk kegunaan isteri ke pejabat. Tetapi ada masanya kami bertukar pakai kereta...

Sepanjang bulan Januari saya harus menggunakan motosikal besar kesayangan yang telah berusia lebih 23 tahun untuk menghantar dan mengambil anak-anak sekolah. Tetapi motosikal pula mengalami masalah enjin selalu mati tak pasal-pasal atau susah nak hidup. Hal ini menjadi semakin kerap sedangkan kereta di Ipoh masih tak siap-siap. Mendengarkan ini pemilik bengkel pun menghantar Proton Saga lama untuk kegunaan sementara 2 minggu lepas. Tentang kereta rosak rujuk artikel-artikel berikut :-






Hal kereta rosak dan motosikal bermasalah inilah yang menyebabkan saya tidak dapat hadir ke beberapa majlis ilmu yang telah diadakan di ISTAC selain komitmen keluarga. Kali ini saya harus datang kerana ada urusan penting perlu diselesaikan di ISTAC tentang satu majlis yang mahu dianjurkan pihak saya di situ hujung minggu ini hari Sabtu. Dah alang-alang datang biar diikuti juga majlis ilmu seperti tertera pada poster. Tajuknya, "Social and Spiritual Justice Through Spatial Design" boleh diterjemahkan sebagai "Keadilan Sosial dan Spiritual Melalui Reka Bentuk Ruang".


Saya masuk ke bilik majlis pada jam 3.06. Sedangkan ia dijadualkan bermula pada jam 2.30.


Inilah satu masalah saya disebabkan komitmen keluarga. Bagaimana mahu selalu ke ISTAC yang terletak lebih 40 km dari rumah sedangkan saya harus menghantar dan mengambil anak-anak sekolah? Duit minyak dan belanja tol dah satu hal selain ada kerja-kerja lain perlu dilakukan. Setiap Isnin dan Selasa anak-anak habis sekolah pagi pun dah jam 1.30 petang. Kena ambil di sekolah 3 km perjalanan, bawa balik 3 km kembali ke rumah, bagi mereka makan tengah hari, mandi dan bersiap, solat Zuhur lagi sebelum menghantar masuk ke sekolah petang yang bermula jam 2.30. Hari tu siap kena hantar kek hari jadi lagi sampai ke kelas. Pastikan ia selamat berada di tangan cikgu. Selepas itu baru dapat berkejar ke ISTAC. 

Kalau mahu hadir majlis yang bermula pagi hari pula saya harus pastikan sempat kembali untuk mengambil anak-anak dari sekolah waktu tengah hari. Kalau hari Rabu atau Khamis mereka habis sekolah jam 1. Hari Jumaat jam 12. Kalau tak sempat terpaksa menyusahkan isteri memintanya berkejar dari pejabat 14 km perjalanan pada masa rehat tengah hari. Kemudian beliau harus berkejar kembali ke pejabat lagi 14 km perjalanan bagi mengejar masa masuk kembali jam 2. Disebabkan kesukaran bergerak pergi itu pejabat memberikan sedikit kelonggaran masa untuk keluar lebih awal dan kembali sedikit lewat. Namun mana boleh buat selalu macam tu? Kalau majlis petang baru ada kelegaan kerana saya tidak perlu berkejar untuk mengambil anak balik sekolah. Isteri boleh ambil  sedikit lewat setelah habis kerja.


Ah. Banyak pula saya berleter tentang hal perlu menguruskan anak-anak sambil mahu berkejar mengikuti majlis-majlis ilmu di ISTAC. Namun sebetulnya ia amat kena-mengena dengan tajuk majlis kali ini yang saya terjemahkan sebagai "Keadilan sosial dan spiritual melalui reka bentuk ruang". Ini kerana menurut pembentang atau penyampai iaitu Profesor Tay Kheng Soon ia adalah berkenaan kualiti hidup. Secara rata pakar seni bina (arkitek) yang turut menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Singapura ini bercakap tentang bagaimana pengunaan ruang yang baik dan terancang boleh meningkatkan kualiti. Ia harus memberikan keadilan sosial dan memuaskan kehendak/keperluan spiritual penduduk.


Menurut beliau perancangan yang bagus termasuk pembinaan jalan raya, jambatan dan infrastuktur yang memanfaatkan geografi iaitu bentuk muka bumi setempat. Dalam slaid atau gambar ini misalnya ditunjukkan bagaimana satu rancangan (tidak atau belum direalisasikan) menghubungkan jalan dari Melaka ke Pulau Sumatera melalui Pulau Rupat kemudian bersambung pula ke Singapura melalui pulau lain dapat memberikan manfaat besar kepada 45 orang juta penduduk daripada 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.





Tan (tengah dalam gambar) menyebut tentang konsep-konsep seperti estetika (keindahan) dan keadilan sosial sebagai keperluan masyarakat yang perlu dipenuhi oleh pihak pemerintah demi meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Oh, cara beliau bercakap, nada suara dan suka berseloroh, malah rupa paras dan bentuk tubuh badan mengingatkan pada seorang menteri berbangsa Cina selalu saya temui semasa bertugas sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times. Namanya Lim Keng Yaik...


Berbagai proposal atau cadangan lama reka bentuk perancangan infrasktuktur yang mana Tan pernah terlibat ditunjukkan kepada hadirin.


Beliau menyarankan agar imaginasi digunakan untuk reka bentuk ruangan pada skala geografi (skala besar melibatkan satu wilayah, negeri malah lebih besar, bukan sekadar satu rumah ataupun bangunan). Menurut beliau kita ada kepandaian itu tetapi memerlukan kepakaran-kepakaran baru (new skills). Disebutlah tentang statistik yang diketahui umum bahawa dalam satu sampel penduduk harus ada 2 peratus yang cukup pandai dan berpemikiran tinggi. Berdasarkan jumlah penduduk ASEAN (gabungan negara-negara Asia Tenggara) yang katanya telah mencapai 600 juta orang maka kita harus ada 12 juta orang pandai.  Tentu macam-macam boleh dilakukan jika jumlah ini dimanfaatkan.


Ditunjukkan pula satu rancangan beliau bagaimana satu ruangan sebesar 1 kilometer persegi (1 km panjang x 1 km lebar) boleh memenuhi keperluan 100,000 orang penduduk dengan baik.


Dengan perancangan dan penggunaan ruang yang betul segala keperluan masyarakat dapat dipenuhi dalam ruangan sebesar itu. Ini termasuk pekerjaan, sekolah untuk anak-anak, ruang untuk bersosial dan masing-masing memenuhi tuntutan sosial. Nah. Nampak tak bagaimana hal ini relevan dengan cerita panjang lebar berleter saya tentang komitmen keluarga tadi? Kalaulah segala keperluan dapat dipenuhi dalam ruangan sebesar 1 km persegi ini tidaklah saya begitu terkejar-kejar untuk menghantar anak pergi balik sekolah. Nak ikuti syarahan ilmu selalu pun ada tempatnya dalam 1 km persegi ini. Isteri bekerja pun dalam ruang yang sama. Jadi semua orang ada masa lebih untuk bersosial jua memenuhi keperluan spiritual (Tan tidak mahu menyebut perkataan agama. Beliau nampaknya kurang senang dengan konsep agama kerana melihatnya seperti memaksa kita menurut dogma-dogma tertentu).


Konsep 1 km persegi yang dirancang dengan baik untuk memenuhi keperluan 100,000 orang penduduk itu boleh diaplikasikan pada penduduk pulau Singapura. Unit-unit bandar sebesar 1 km persegi setiap satu boleh diatur seperti dalam gambar supaya masing-masing dapat merasai kenyamanan hiduo berdekatan tepian perairan sementara bahagian tengah pulau dijadikan kawasan hijau penuh tumbuhan.


Menurut Tan ini adalah konsep pengunaan ruang ideal yang mahu diketengahkan beliau. Namun ia memerlukan komitmen penuh pemerintah di mana infrastruktur-infrastruktur lama yang tidak sesuai harus diruntuhkan lalu segalanya dibina kembali menurut perancangan itu...








Sungguh, konsep-konsep penggunaan ruang yang diperkenalkan beliau ini kedengaran begitu menarik. Siap ada cara menjana tenaga menggunakan hasil buangan orang (najis le tu). Tetapi hati saya mengatakan ada yang tidak kena. Perkataan "pigeon hole" merujuk pada ruang-ruang tersusun untuk burung merpati terbit dalam hati.





Disebut tentang estetika, tentang menggunakan ruang dengan reka bentuk rupa yang sesuai untuk memenuhi keperluan ideologi juga budaya tanpa perlu lagi dikongkong orang lain terutama para kapitalis yang mengambil untung daripada kelemahan masyarakat.


Digunakan pula konsep ilmu saikologi atau kajian jiwa bagi mendapatkan keseimbangan antara keperluan ideologi, kebudayaan dan kehendak asas dalam diri manusia (primal instinct).


Kata Tan, masyarakat harus diberikan tujuan hidup melalui reka bentuk ruang...





























Secara rata saya melihat perkongsian ilmu daripada Tan sangat menarik. Banyak ilmu baru diperolehi namun banyak juga konflik disebabkan beliau sendiri nampaknya bergerak dalam kerangka ideologi tertentu yang ada pincangnya. Beliau bercakap tentang keindahan, keperluan masyarakat untuk diakui dan diberi harga diri (dignity) tapi pada masa yang sama mahu meletakkan manusia ke dalam kotak-kotak tersusun dan mahu setiap mereka larut dalam satu identiti sama. Beliau bercakap tentang keperluan untuk membebaskan pemikiran masyarakat tetapi harus dalam kerangka tertentu yang dipandang paling bagus dan ideal oleh beliau. Bukankah ini juga satu bentuk sekatan pemikiran oleh pihak tertentu juga?

Hal ini menjadi jelas apabila dalam sesi soal jawab dibangkitkan soal identiti diri. Kata beliau apa perlu identiti diri? Kenapa tidak satu identiti besar sahaja yang sama bagi semua?. Saya pun mencelah : "Bukankah Profesor bercakap tentang harga diri (dignity)? Sedangkan bukankah harga diri untuk termasuk hak setiap manusia untuk memiliki identiti tersendiri lalu diterima identiti diri itu?".

Terus beliau memberikan contoh bahawa (kononnya) identiti dirilah yang menyebabkan puak Nazi German memandang rendah orang lain. Ini seterusnya membawa kepada penindasan oleh pihak mereka. Jawab saya itu adalah contoh identiti yang salah di mana satu puak menganggap diri mereka lebih bagus daripada yang lain lalu 'berhak' untuk menindas. Sedangkan yang mahu disebut dan difahami adalah keperluan semulajadi setiap manusia untuk dikenali sebagai diri mereka sendiri tanpa merendahkan orang lain. Sesungguhnya setiap daripada kita ada identiti sebagai individu, kemudian identiti sebagai ahli suatu keluarga, seterusnya identiti sebagai ahli suatu masyarakat, identiti sebagai penduduk sebuah negeri, negara dan seterusnya. Beliau pun mengangguk bersetuju selepas itu.

Sebetulnya ada banyak lagi perkara mahu diutarakan tetapi tak dapat kerana saya harus keluar untuk ke pejabat ISTAC bagi menguruskan perkara yang ada disebut awal tadi. Malam itu saya keluar makan bersama seorang kawan lama yang mengikuti pembentangan sejak daripada awal. Beliau memberitahu bahawa Tan ada mengaku dirinya sebagai seorang Marxist-Socialist. Ooo... ada ikut pemikiran Karl Marx rupanya. Tapi setakat sosialis, taklah sampai pada komunis. Pemikiran sebegini memang menolak kapitalis kerana melihatnya sebagai sumber kepincangan masyarakat. Ini kerana pihak kapitalis yang jumlahnya sedikit dilihat sentiasa memaksakan kehendak  terhadap yang ramai melalui penguasaan modal dan kewangan mereka. Lalu pengikut fikiran Karl Marx (disebut sebagai Marxist) cuba mengatur pemikiran umum dengan cara lain yang dilihat terbaik pada mereka. Tetapi cara ini harus mengorbankan identiti individu diri kerana mahukan semua larut dalam satu identiti besar yang lebih berguna lagi bermanfaat katanya.

Ah. Baru saya faham kenapa buah-buah pemikiran Tan kelihatan begitu menarik tetapi banyak perkara berlawanan, konflik atau kontradiksi. Bercakap tentang harga diri tetapi menolak keperluan identiti individu diri. Bercakap tentang keadilan sosial membawa pada keperluan spiritual tetapi menolak agama dan seperti tidak mahu mengakui wujudnya Tuhan. Memang akan keliru sampai bila-bila.




Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hierarki yang wujud dalam semua peringkat kejadian dan tahap cahaya yang bertingkat-tingkat

$
0
0
Salam. Merujuk pada artikel Keadilan sosial dan spiritual melalui reka bentuk ruang - Soal identiti dan harga diri yang dipersembahkan hampir tengah hari semalam. Ada disebut bahawa pada petang itu (Rabu 19 Februari) saya mahu mengikuti satu lagi majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Disebut juga esoknya pagi (Khamis hari ini) ada lagi majlis mahu diikuti di sana. Maka itu biar dilepaskan dahulu cerita majlis petang Rabu.


OK. Kelihatannya kondisi gambar kamera kompak saya yang selalu dibawa ke hulu ke hilir dalam beg bimbit semakin buruk. Nampak seperti disebabkan lensa masuk wap air. Dah berapa lama juga ia melanda menyebabkan gambar tidak tajam (sharp). Sedangkan ia model yang agak elok, Canon SX620 yang mula digunakan untuk perjalanan saya bersama keluarga pusing Cambodia kemudian kembali ke Malaysia melalui Thailand hujung tahun 2018. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.

Mungkin ini berlaku kerana ia selalu dibawa lasak ke sana ke mari dan pernah beberapa kali terjatuh. Nak beli baru dan lebih baik keadaan kewangan sedang agak 'semput'. Jadi terus gunakanlah apa yang ada. Walaupun boleh mengambil gambar lebih jelas dan baik dengan telefon bimbit saya tetap lebih selesa menggunakan kamera kompak. Apapun ini adalah gambar ketika majlis petang Rabu bermula selepas jam 5. Kali ini malas hendak mengambil gambar keseluruhan bilik, sekadar ambil daripada tempat duduk.


Untuk makluman ia adalah edisi ke-2 tahun 2020 bagi siri syarahan buku "Classification of Knowledge in Islam" (Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Islam") tulisan Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar.  Ia bersambung daripada syarahan sebelumnya Rabu minggu lalu. Lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Aku, persoalan wujud diri dan kaitan dengan Tuhan juga alam. Selepas membuat ulasan ringkas (recap) bagi syarahan terdahulu Osman menyebut tentang hieraki daripada alam fizikal yang kasar menjadi semakin halus menuju kepada Tuhan. Struktur Quran tergambar pada alam juga tubuh badan manusia. Terdapat hierarki atau taraf/tingkat-tingkat benda yang berkaitan.


Masuk pada isi buku seterusnya pergilah kita pada muka surat 45. Seperti biasa biar ditunjukkan perenggan-perenggan yang dibacakan beliau terus daripada buku diikuti penerangan ringkas tentang isi perenggan dalam bahasa Melayu daripada saya (bukan terjemahan ya... malas dah nak buat terjemahan). Kemudian baru dimasukkan kupasan Osman, mana yang ada dan setakat yang perlu.




Syarahan terdahulu berakhir dengan ayat satu baris paling atas yang merupakan sambungan daripada perenggan terakhir muka surat 44. Perenggan pertama muka surat 45 bermula dengan menyebut bukti daripada kitab menunjukkan struktur hierarki dalam al-Quran menggambarkan struktur objektif realiti (alam dan segala bentuk wujud). Ini merujuk kepada contoh tentang keistimewaan ayat-ayat tertentu dan surah seperti telah disebut dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Aku, persoalan wujud diri dan kaitan dengan Tuhan juga alam. Seterusnya dinyatakan terdapat banyak ayat Al-Quran merujuk pada hierarki dalam ciptaan (creation) iaitu makhluk yang dicipta Tuhan. Ia (ayat-ayat itu) bercakap tentang pembahagian tiga (tripartite division) alam kepada langit-langit, bumi dan dunia tengah (antara langit dan bumi).

Nota 8 pada muka surat 65 pun dirujuk. Disebutlah ayat ke-5 surah ke-37 yang berbunyi begini :-



Terjemahan : Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari - (As-Saaffaat 37:5)


Osman mengulas dengan menyebut tentang bumi (ard dalam bahasa Arab). Ia juga sering disebut sebagai dunia, bahasa Arab berbunyi dunya. Kata beliau makna dunya yang lebih luas adalah apa yang dekat pada kita. Tetapi daripada 'sudut pandang' Tuhan ia adalah paling jauh dari Arasy (Osman menggunakan perkataan bahasa Inggeris throne, dalam bahasa Melayu singgahsana). 

Apapun Tuhan adalah kedua-duanya jauh dan dekat. Hal berlawanan ini tidak boleh difahami secara fizikal atau dengan akal semata-mata. Ini adalah persoalan halus pengajian Tauhid dan ilmu Sufi yang disebut dalam bahasa Arab sebagai Tashbih dan Tanzih. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai immanence dan transcendence.

Alam malaikat adalah lebih dekat dengan Tuhan. Ini adalah relatif dibandingkan dengan manusia yang bertubuh 'kasar'...



--------------


OK. Saya fikir dapat menyiapkan artikel ini sebelum majlis ilmu pagi Khamis di ISTAC bermula jam 10. Namun ketika meletakkan terjemahan atas jam 7.37 tadi timbul rasa penat yang amat sangat lalu perlu berehat. Adapun saya telah bermalam di masjid ISTAC, kali pertama untuk tahun 2020 supaya mudah mengikuti majlis pagi tersebut setelah mengikuti majlis petang Rabu semalam. Artikel ini sebenarnya dimulakan tengah malam sebelum masuk tidur jam 1 pagi. 

Sebelum jam 4 saya terbangun untuk melepaskan hajat lalu menunaikan solat Tahajjud. Dekat jam 5 tidur kembali. Jam 5.30 bangun sahur kerana mahu berpuasa sunat hari Khamis. Tidur kembali jam 5.45. Bangun dekat jam 6.20 untuk solat Subuh berjemaah selepas itu menyambung kembali penulisan dengan harapan dapat menyiapkannya awal. 

Tapi apa boleh buat? Dah terasa tak larat nak siapkan sekarang. Kena tidur sebentar. Saya juga perlu berjumpa seorang kawan dalam jam 9 bagi membincangkan penganjuran satu acara di ISTAC hari Sabtu. Selepas itu baru ke majlis ilmu jam 10.

Penulisan disambung kembali sedikit pada jam 2.27 petang selepas menghantar anak-anak ke sekolah agama. Saya telah meninggalkan ISTAC pada jam 12.30 ketika sesi soal jawab majlis masih berlangsung kerana perlu bergegas 40 km ke kawasan perumahan di Sungai Buaya, Rawang untuk mengambil anak-anak kembali dari sekolah kebangsaan. Masuk jam 3.04 timbul lagi rasa penat amat  selain kepala berat memaksa untuk berehat. Apapun artikel akan cuba disiapkan sebelum tengah malam.


---------------


Lanjutan daripada kupasan tentang nota 8. Kata Osman, Quran menggunakan isyarat atau symbolism berdasarkan ruang dan masa (temporal). Manusia boleh memiliki tingkat-tingkat kesedaran (consciousness) yang berlainan untuk menanggapi perkara. Disebut pula tentang konsep pelbagai cahaya untuk menggambarkan keadaan Tuhan dan makhluk menurut tingkat-tingkatnya.

Kita semua tahu malaikat dicipta daripada cahaya. Namun cahaya juga ada pelbagai jenis dan tingkat-tingkatnya. Syaitan dan jin dicipta daripada api (atau lebih tepat, lidah api) yang juga merujuk pada satu tahap cahaya tetapi lebih 'kasar' berbanding malaikat. Dalam ilmu sains (melalui Fizik Kuantum) ada konsep cahaya boleh menjadi jisim (merujuk pada particles) dan sebaliknya. Jisim menjadi binaan bagi tubuh lebih kasar seperti dimiliki manusia. Maka kewujudan manusia dalam alam fizikal kasar ini boleh dipandang sebagai manifestasi cahaya atau jenis/tingkat cahaya yang paling rendah.

Berbanding dengan kita, makhluk jin adalah bertubuh halus. Itu yang selalu disebut makhluk halus  oleh orang Melayu, kata Osman. Malaikat pula lebih halus berbanding malaikat. Paling halus daripada cahaya tingkat tertinggi adalah Tuhan. Hal ini boleh dirujuk melalui ayat Quran berkenaan :-




Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu - (An-Nuur 24:35)


Nota saya :  Portal Al-Quran yang saya rujuk ini menterjemahkan ayat pertama Allahu nurus-samawati wal ardh itu sebagai  "Allah yang menerangi langit dan bumi". Walhal terjemahan lain yang diambil terus makna daripada perkataan Arab menyebut "Allah ADALAH cahaya langit dan bumi". Cuma ini boleh mengelirukan orang awam kerana mengatakan Allah adalah cahaya adalah satu perkara sulit malah boleh menyesatkan jika belum sampai tahap fikir dan fahamnya lagi. Maka itu lebih mudah diterjemahkan sebagai "Allah menerangi" yang juga suatu perkara yang benar.

Seorang hadirin menyebut kegelapan sebagai lawan cahaya. Jawab Osman cahaya bukanlah lawan pada kegelapan. Sebaliknya kegelapan berlaku disebabkan tiadanya cahaya (absence of light). Namun kegelapan mutlak adalah Tuhan (absolute darkness is God). Semua hadirin jadi tertanya-tanya dengan kenyataan ini. Osman pun menerangkan...

"Berapa lama kita boleh tahan jika melihat terus pada matahari dengan mata kasar tanpa alatan melindunginya? Bukankah selepas itu pandangan jadi gelap?"

Beliau sebetulnya mahu memberikan kiasan. Disebabkan Allah SWT adalah cahaya yang paling cemerlang mata yang cuba melihat secara terus akan dilanda kegelapan mutlak. Satu peristiwa zaman silam, zaman Nabi Musa kalau tak salah ingatan pun dirujuk di mana masyarakat Yahudi meminta untuk melihat Tuhan. Diperlihatkan sedikit cahaya kecemerlangan. Terus mereka jadi seperti orang hilang ingatan.

Pergi pada ayat seterusnya dalam perenggan pertama muka surat 45 buku. Maka disebutlah adanya langit bawah dan alam lebih tinggi malaikat yang lebih dekat dengan Tuhan.  Quran dan Hadith menyatakan mereka dicipta dengan pangkat berbeza-beza. Wahyu juga mengajar bahawa kedua-dua  syurga dan neraka memiliki tingkat-tingkat.

Ayat-ayat berkenaan ditandakan dengan nota 9 hingga 12. Semuanya merujuk pada ayat-ayat Quran yang menyokong keterangan. Cukuplah ditunjukkan satu sahaja iaitu daripada nota 9.  Ia merujuk pada ayat berikut :-


Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang - (As-Saaffaat 37:6)



Perenggan seterusnya menyebut ada banyak tingkat keintelektualan dan kesedaran spiritual atau pengalaman subjektif tentang realiti (boleh merujuk pada alam, boleh merujuk pada Tuhan). Sebagai contoh ada hierarki dalam kalangan mereka yang beriman (believers) dan yang mengetahui disebut dalam Quran seperti berikut (saya terjemahkan daripada buku) : "Tuhan menaikkan darjat mereka yang beriman dan diberi ilmu pengetahuan". 

Nota 13 menyatakan ia sebagai Surah ke-58, ayat ke ke-11. Begini bunyinya :-



Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan - (Al-Mujaadalah 58:11)


Menurut Ibnu Abbas, seorang sahabat Nabi, orang yang terpelajar diletakkan 700 tingkat melebihi orang beriman biasa. Seterusnya ada hierarki pula dalam kalangan mereka yang menyaksikan keEsaan KeTuhanan. 

Ah. Saya tidak larat lagi meneruskan penulisan. Ketika perenggan ini ditulis sudah jam 11.31 malam. Adapun penulisan ini dimulakan kembali jam 10 malam tadi. Selepas berehat waktu petang jam 3.04 saya keluar untuk mengambil anak-anak daripada sekolah agama jam 6. 

Tengok-tengok ada masalah steering kereta asyik hendak lari ke kanan. Setelah lebih 2 km berjalan baru berhenti untuk menyemak lalu mendapati ia timbul akibat tayar hadapan kanan sudah kempis habis koyak. Selepas itu timbul pula masalah enjin mati tidak dapat dihidupkan. 

Nasib baik ketika itu sudah sampai di hadapan sekolah. Saya teruskan ke sana dengan tayar kempis koyak kerana anak-anak. Tetapi bagaimana hendak membawa mereka kembali ke rumah? Bertungkus lumus saya cuba mengatasi masalah. Selepas Maghrib baru kereta dapat digerakkan sedangkan saya sedang berpuasa, memang terasa penat.

Malam selepas bersolat menunaikan wirid dan beberapa amalan khas malam Jumaat saya harus menyiapkan satu risalah pula atas permintaan seorang profesor di ISTAC. Ia adalah berkenaan acara yang mahu dilaksanakan di sana hari Sabtu. Rujuk artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :- 






Selesai itu baru penulisan dapat disambung kembali. Sekarang biar kupasan seterusnya diberikan amat ringkas.




Nota-nota berkenaan daripada muka surat 65.



Perenggan terakhir 45 secara rata menyebut sudah cukup contoh daripada Quran dan Hadith diberikan untuk menunjukkan memang ada hierarki dalam Islam.



Syarahan masuk sehingga selesai ayat pertama muka surat 46 yang bersambung daripada muka surat 45.




Walaupun tinggal beberapa ayat sahaja lagi sebelum sub-topik 2.1 tamat syarahan ditutup kerana hampir masuk waktu Maghrib. Selamat malam, malam Jumaat barakah. Sekian wassalam.


Membebaskan penceritaan Pulau Pinang daripada kerangka penjajah - British menipu apabila mewar-warkan pulau diserahkan oleh Sultan Kedah

$
0
0
Dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hierarki yang wujud dalam semua peringkat kejadian dan tahap cahaya yang bertingkat-tingkat yang dipersembahkan semalam ada diberitahu bahawa pada siang itu Khamis saya ada menghadiri satu lagi majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Ini ceritanya...



Majlis merupakan syarahan oleh Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican, ketua unit Tamadun Islam di ISTAC. Saya tidak tahu apakah perkataan Melayu yang sesuai untuk membawa makna "decolonizing" pada tajuk. Namun saya tahu apakah maknanya dan konteks. Oleh itu biar terjemahkan tajuk sebagai "Membebaskan Penceritaan Pulau Pinang Daripada Kerangka Penjajah".


Saya sampai beberapa minit sebelum syarahan dijadualkan bermula jam 10 pagi. Kelihatan ramai orang berumur sudah datang. Kebanyakannya kawan-kawan lama Murad dari Pulau Pinang.


Universiti DRB-HICOM yang berpusat di Pekan, Pahang adalah satu penganjur majlis. Ia dibuka dengan naib canselor universiti, Profesor Dato Dr. Omar Osman memberikan kata-kata aluan.


Satu lagi penganjur selain ISTAC itu sendiri adalah CENPRIS (Centre for Policy Research & International Studies - Pusat Kajian Polisi & Pengajian Antarabangsa) USM (Universiti Sains Malaysia). Profesor Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk daripada CENPRIS bertindak sebagai moderator lalu memberi pengenalan subjek.


Secara mudah ia adalah tentang menggali kembali sejarah Pulau Pinang berdasarkan sumber tempatan lalu keluar daripada kerangka penceritaan penjajah yang selama ini menjadi pegangan ramai. Ahmad Murad yang merupakan anak jati Pulau Pinang pun menceritakan kenapa beliau begitu berminat tentang subjek.


Beliau melihat umum malah pengkaji termasuk para sejarawan tempatan berbangsa Melayu itu sendiri sudah lama terbuai dengan naratif atau penceritaan penjajah Barat yang berat sebelah. Kita selalu disuakan dengan cerita Francis Light dari Britain membuka Pulau Pinang tahun 1786. Seolah-olah tidak pernah ada penduduk tempatan sebelum itu. Lalu dibukalah cerita tentang penempatan-penempatan Melayu yang sudah wujud lebih awal. Didapati ada bukti bahawa Batu Uban (di bahagian tengah pantai barat pulau) sudah ada bandar dan pelabuhan pada tahun 1734.

Lebih dekat ke bandar raya Pulau Pinang (yang sering disebut sebagai Georgetown oleh mereka yang masih mengagung-agungkan nama pemberian penjajah itu) diketahui sudah wujud pemimpin masyarakat yang dikenali sebagai Dato' Keramat tahun 1710. Pada tahun itu juga terdapat 2,000 orang Melayu di Sungai Pinang. Tetapi setelah beberapa lama mereka dihalau keluar.


Apapun, sumber-sumber Barat itu sendiri mengakui Pulau Pinang adalah penting kepada Kesultanan Kedah. Ia adalah milik Sultan Kedah.


Tetapi berlawanan dengan sejarah yang sudah diterima ramai Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah dipajak mahupun dilepaskan kepada penjajah melalui apa-apa bentuk perjanjian penulis.





Yang ada cuma usaha-usaha diplomatik dan surat menyurat untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Tetapi ia sebenarnya tidak pernah dipersetujui dan perjanjian belum ditandatangani kerana belum memenuhi syarat yang diminta sultan. Yang ada cuma pengumuman bahawa Syarikat British Hindia (East Indies Company) mengambil alih pulau secara rasmi oleh Light. Ini bukan sahaja melanggar piawaian Eropah dan melanggar undang-undang antarabangsa malah merupakan penipuan terhadap Sultan Abdullah yang sedang memerintah Kedah.


Namun penipuan ini nampaknya tidak disedari mahupun diketahui ramai. Sehingga sarjana terkenal Barat, Winstedt yang tulisannya menjadi rujukan ramai pengkaji sejarah luar dan tempatan secara salah menyatakan pulau diserahkan kepada sultan melalui syarat-syarat tertentu...


Sarjana Wright dan Reid pula menyatakan lambat laun Sultan menandatangani perjanjian setelah diberi faham ia akan diserahkan untuk persetujuan akhir baginda. Kata Murad tidak ada bukti bagi itu.


Naratif atau cerita Barat bahawa Pulau Pinang telah diserahkan kepada mereka secara 'sah' terus  dipegang hingga ke hari ini sehingga kitab At-Tarikh Salasilah Kedah yang ditulis Kerani Arshad atas perintah Sultan tahun 1928 pun memakai kerangka sama. Ini menunjukkan Sultan-sultan Kedah kemudian pun tidak sedar bahawa 'penyerahan' itu adalah satu penipuan. Pun begitu pulau tetap didambakan Sultan...


Berbalik pada Francis Light. Ada buku boleh dirujuk untuk mengetahui siapakah sebenarnya beliau. Kata Murad, Light sebenarnya adalah seorang peniaga dan nakhoda, bukan pegawai British seperti dianggap ramai. Cuma beliau yang katanya telah duduk lalu bercampur gaul dengan orang Melayu lama sejak tahun 1771 sehingga biasa memakai baju Melayu, meluas percampurannya sehingga baik dengan golongan istana beberapa kerajaan pandai mencapai tujuan sehingga akhirnya menjadi orang kepercayaan British.


Ditunjukkan beberapa buku yang boleh dibaca tentang sejarah Pulau Pinang dan penempatan-penempatana awal...





Namun menurut Murad ia masih membawa kerangka penceritaan Barat.


Penceritaan sebegitu terus dipanjangkan oleh mereka yang kurang tahu juga oleh pihak-pihak berkepentingan yang tidak mahu orang Melayu faham hal sebenar...


Hingga artikel-artikel yang ditulis oleh mereka yang mahu memperjuangkan keberadaan orang Melayu di Pulau Pinang pun dikeluarkan di media massa dengan bentuk yang kelihatan masih mengagungkan Francis Light.





Kata Murad bermula dengan buku ini baru ditemukan kajian yang mempersoalkan naratif Barat.


Sekarang sudah terdapat beberapa usaha untuk menaikkan nama tokoh-tokoh lama Melayu Pulau Pinang seperti Datuk Janaton dengan memakaikan nama mereka pada tempat-tempat...





Ada pula buku-buku hasil tulisan Murad sendiri untuk mengangkat kembali penceritaan versi penduduk Melayu tempatan supaya kita semua keluar daripada kerangka Barat...





Usaha diteruskan dengan mendesak agar nama-nama tempat yang jelas berbau Barat ditukar kepada nama berbau tempatan.



Ditunjukkan senarai nama beberapa tempat yang sudah wujud di Pulau Pinang sebelum 1786 iaitu tahun kedatangan Light.








Nama-nama lama Pulau Pinang seperti dikenali beberapa pihak. "Pulau Pinaom" yang jelas adalah sebutan pelat ditemui dalam satu sumber Portugis. Ia menunjukkan nama Pulau Pinang sudah dikenali jauh lebih awal daripada kedatangan Light.


Malah didapati tahun 1600 lagi sudah datang tokoh besar bernama Nakhoda Ragam yang dipercayai seorang Sultan Brunei yang suka belayar membawa pancaragam.


Senarai nama tokoh-tokoh lama Melayu dengan tahun-tahun diketahui pasti mereka sudah wujud di Pulau Pinang...


Dipanjangkan cerita tentang Dato Janaton yang rupa-rupanya ada kaitan dengan Murad.





Secara rata Murad telah memberikan satu naratif segar yang menyokong keberadaan orang Melayu di Pulau Pinang. Selama ini mereka telah dianak-tirikan akibat naratif Barat meletakkan mereka seperti orang luar duduk menumpang dalam rumah setinggan








Hal inilah yang menyebabkan mereka dengan senang boleh dihalau keluar oleh pemerintah dan tanah tempat duduk dirampas. Walhal bukan sahaja ini salah. Malah penceritaan selama ini yang kita  dengar bahawa Pulau Pinang (kononnya) diserahkan oleh Sultan Kedah itu satu penipuan besar yang sepatutnya didedahkan lalu diberikan tuntutan sewajarnya menurut undang-undang sehingga boleh dikembalikan kepada kerajaan Kedah.



Bukti dan legasi kerajaan Langkasuka - Antara rasa dan bukti empirikal

$
0
0
Salam petang Khamis 3 Rejab. Ada perkongsian daripada acara di Muzium Negara semalam.


Ini adalah poster bagi acara berkenaan pagi Rabu 26 Februari 2020. Ini adalah edisi terbaru siri wacana ilmu di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) atas nama "Bicara Muzium".


Isteri sudah lama mengajak ke majlis setelah menerima undangan khas daripada pihak muzium. Sampai masanya kami pun bergegas ke lokasi tepat majlis iaitu auditorium muzium.


Kelihatan ruang legar auditorium meriah dengan aktiviti. Seperti pada kali terakhir kami bertandang ke muzium hujung tahun lepas kami diberikan ruang untuk menjual buku. Lihat Negara Kota Yang Hilang - Satu tajuk yang menyuburkan imaginasi.








Jam 9.50 kami pun masuk ke auditorium.


Jam 10 baru muncul tetamu utama lalu majlis pun bermula.


Seperti biasa ada nyanyian Negaraku dan lagu muzium...





Tetamu utama itu adalah ketua pengarah JMM Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim. Beliau memberikan ucapan pembukaan dengan menyatakan bahawa majlis ini adalah kesinambungan daripada pameran "Lost Kingdoms" atau "Kerajaan-kerajaan Hilang" yang sedang berlangsung di bahagian pameran sementara Muzium Negara. Cuma penumpuan kali ini diberikan terhadap kerajaan Langkasuka yang pernah wujud di bahagian utara Semenenanjung. Disebut bahawa nama Langkasuka itu ada dinyatakan dalam kitab  Hikayat Merong Mahawangsa sebagai berada di Kedah. Namun ada yang memberikan lokasi lain.


Selepas beberapa lama para panelis pun dipanggil untuk duduk di hadapan. Memperkenalkan adalah moderator Encik Nasrulamiazam bin Mohd Nasir, seorang pegawai JMN. Poster majlis menyebut para panelis seperti berikut :-


1. Encik Eddin Khoo Bu Eng, pengasas pusat budaya PUSAKA

2. Encik Mohd Zamberi bin A. Melak, penyelidik bebas

3. Profesor Madya Dr Farish Noor, Nanyang Technological University Singapura


Cuma Farish Noor sahaja tidak dapat hadir disebabkan dilarang keluar daripada negara Singapura. Ini disebabkan masalah serangan Coronavirus Covid 19 yang sedang melanda banyak negara telah menyebabkan Singapura meletakkan tahap berjaga-jaga kepada warna jingga (orange alert, bawah satu tahap sahaja daripada tahap cemas red alert).


Giliran pembentangan tidak mengikut nombor dalam poster sebaliknya moderator meminta Zamberi memulakan. Pengkaji berumur ini pun membuka dengan menceritakan bagaimana suatu masa dahulu pihak muzium menyatakan pernah mahu menerbitkan manuskrip beliau tentang kajian Langkasuka. Tetapi berlaku  beberapa hal menyebabkan ia seperti ditolak ke sana ke mari. Setelah beberapa lama baru terbit dengan tajuk "Langkasuka : Negara Melayu Pertama" (rujukan di Internet menunjukkan ia terbitan sebuah syarikat swasta tahun 2011). 


Selepas itu barulah beliau bercakap tentang bukti kewujudan Langkasuka. Disebutlah nama kerajaan seperti direkodkan dalam catatan purba Hindi dan Cina menurut pelat cara sebutan dan tulisan masing-masing. Secara rata beliau mahu mengatakan bahawa Langkasuka wujud di pantai timur Semenanjung sekitar wilayah Patani sekarang, bukan di Kedah. Ia telah wujud seawal tahun 100 lebih Masihi (beliau memberikan beberapa nombor dan saya tidak mencatit. 

Hal ini sebenarnya boleh dirujuk sendiri dalam beberapa sumber Internet. Namun kedengaran kenyataan beliau seperti keliru apabila menyebut ia sebagai bermula pada abad pertama Masihi. Menurut takrif pernomboran yang saya faham, angka 0 hingg 99 Masihi itu baru boleh disebut sebagai abad pertama. Kalau 100 hingga 199 sudah masuk abad kedua Masihi.


'Pembentangan' kedua adalah rakaman video menonjolkan buah fikiran Farish dari Singapura. Ia adalah ganti tidak dapat hadir akibat dilarang keluar dari Singapura. Beliau membuka dengan menceritakan cara pensejarahan awal Barat terhadap Alam Melayu yang menurut beliau sebenarnya tidaklah mengikut kaedah pensejarahan sepatutnya yang digunakan para akademik. Sebaliknya ia lebih bersifat politik dalam konteks pihak kolonial atau penjajah mahu merendahkan anak watan sebagai justifikasi atau alasan untuk menjajah lalu 'mendidik' mereka.


Oleh itu sejarah harus dikaji kembali menurut kaca mata anak watan. Namun saya tidak dapat mendengar Farish menyebut tentang Langkasuka langsung. Yang banyak disebut adalah bagaimana pegawai British, Stamford Raffles membentuk pandangan dalam menulis buku "The History of Java"  (sejarah Jawa) menurut cara gurunya William Marsden menulis buku "The History of Sumatra" (sejarah Sumatera) iaitu menurut kaca mara berat sebelah Barat. Lalu ini diikuti oleh para pengkaji Barat yang lain seperti Skeats dan Winstedt kemudian semua ini menjadi rujukan para pengkaji tempatan. Pada penghujung rakaman ada disebut tentang "Lost Kingdoms". Nampaknya Farish sekadar tahu wacana melibatkan kerajaan-kerajaan hilang yang pamerannya sedang berlangsung di Muzium Negara tetapi terlupa pengkhususan telah diberikan terhadap Langkasuka.


Akhir sekali adalah pembentangan oleh Eddin Khoo, anak kepada sejarawan terkenal tanah air, mendiang Profesor Emeritus Khoo Khay Kim. Beliau yang banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti seni tradisional Melayu seperti persembahan wayang kulit selalu berulang-alik ke Pantai Timur dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu yang baik.


Saya paling tertarik apabila beliau menceritakan perbualan dengan Allahyarham Nik Rashiddin, (pengukir kayu terkenal yang namanya diabadikan pada Akademi Nik Rashiddin atau ANR dekat Bachok, Kelantan). Seniman besar yang diakui sebagai mahaguru kepada ramai pengukir kayu tradisional ini selalu membuat ukiran hulu atau pemegang keris menggunakan motif Tajong yang juga disebut sebagai motif Langkasuka. Eddin pernah bertanya (saya tulis setakat ingat dalam kepala) : "Bagaimana Abe (Abang) tahu ini dari Langkasuka?". Jawab arwah : "Sebab saya dapat merasakan dari dalam tanah".


Beberapa perkara berkaitan kemudian dibincangkan dalam sesi soal jawab termasuk kenyataan dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang menyebut Langkasuka bermula di kaki Gunung Jerai pada suatu zaman di mana ia masih sebuah pulau bernama Pulau Serai. Zamberi menolak ini 100 peratus dengan menggunakan antara lain kenyataan dalam Hikayat Patani yang meletakkannya di Pantai Timur. Saya pula lebih tertarik untuk melihat perbandingan antara rasa dan keperluan untuk mendapatkan bukti empirikal. Ini kerana saya telah mendapat banyak petunjuk dalam pengkajian sejarah melalui mimpi.

Dalam siri syarahan "Classifications of Knowledge in Islam" oleh Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar yang sering saya ikuti di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) saya dapati ulamak-ulamak silam Islam yang hebat-hebat dalam ilmu sains pun tidak menolak mimpi, apatah lagi mereka yang bergelumang dalam dunia Sufi dan Tasawuf. Cuma yang dipersoalkan adalah apakah itu mimpi mainan tidur atau satu petunjuk yang boleh dipakai. Sebetulnya ada kaedah untuk menapis mimpi supaya dapat mengambil perkara yang benar (jika ada) lalu membezakannya dengan angan-angan atau apa-apa yang tidak boleh dipakai. Maka itu dikatakan mimpi yang benar adalah 1 daripada 40 bahagian kenabian.

Tetapi Zamberi sebagai seorang anak Melayu Islam yang sering menyebut dirinya sebagai orang kampung kelihatan seperti meremehkan mimpi apabila memulakan pembentangan dengan menyatakan dia tidak mendapat apa yang dia tahu daripada mimpi. Sebaliknya Eddin yang bukan beragama Islam, lahir dalam keluarga warga bandar yang berada lagi berpendidikan tinggi pula menyebut tentang rasa lalu meminta hadirin untuk mengambil kira perkara-perkara berkaitan sebagai satu world view (pandangan sarwa jagat) orang Melayu dalam menanggapi sejarah tempatan. Terasa seperti dalam keghairahan mahu meletakkan diri sebagai seorang ahli akademik berwibawa kita sebagai anak Melayu sanggup menolak satu sumber ilmu yang termasuk sebagai ilmu naqli semata-mata kerana ia tidak diiktiraf oleh cara pemikiran akademik Barat. Sebaliknya ada orang bukan Melayu lebih yakin diri, tidak takut diremehkan apabila bercakap soal rasa sebagai satu sumber penegasan ilmu. 

Mungkin kerana yang yakin bercakap tentang rasa itu datang daripada keluarga yang sudah diakui dan dipandang tinggi pencapaian ilmu dan akademiknya. Lalu tidak perlu merasakan takut menyatakan perkara jujur yang boleh kelihatan melanggar segala prinsip-prinsip empirikal ilmu. Teringat apa yang sering disebut guru saya Osman Bakar yang diiktiraf sebagai seorang pemikir besar Islam dunia. Beliau yang seperti saya memiliki latar belakang pengajian tinggi matematik  di London (cuma beliau sampai peringkat sarjana, saya sarjana muda sahaja) menyatakan keperluan untuk memegang kepada bukti-bukti empirikal sahaja, selain itu semua ditolak adalah pemikiran sempit ilmuwan moden. Dahulu Barat tidak begitu. Apatah lagi para ilmuwan silam Islam yang secara jelas meletakkan ilmu metafizik atau ilmu keTuhanan melebihi apa sahaja bentuk ilmu lain termasuk sains.


Pameran "The Lost Kingdoms" di Muzium Negara - 'Meneroka' kerajaan-kerajaan 'hilang' di Alam Melayu

$
0
0
OK. Sesuatu untuk malam Jumaat. Artikel ini asalnya difikirkan mahu diletakkan dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tetapi apabila melihat isinya ada terkait dengan beberapa artikel lama di CATATAN SI MERAH SILU biar diletakkan di sini. Bersambung daripada Bukti dan legasi kerajaan Langkasuka - Antara rasa dan bukti empirikal.


Selepas makan tengah hari sempena majlis ilmu di auditorium Muzium Negara kami pergi ke bahagian pameran sementara yang sedang membuat pameran "The Lost Kingdoms" - Kerajaan-kerajaan yang hilang.



Ia merujuk pada kerajaan-kerajaan lama di Alam Melayu/Asia Tenggara seperti Funan, Khmer, Langkasuka, Srivijaya. Pameran sebenarnya telah dimulakan penghujung tahun 2019.


Ketika itu saya ada menghadiri wacana ilmu yang diadakan seiring dengan pembukaan pameran. Ia ada menerangkan kenapa pameran dibuat dan kenapa diberikan tajuk berkenaan. Lihat artikel Negara Kota Yang Hilang - Satu tajuk yang menyuburkan imaginasi.


Cuma ketika itu saya tiada masa untuk melihat pameran. Baru semalam tergerak untuk meneliti apa yang ada bersama isteri.


Kami diberitahu bahawa ada barangan dipinjam daripada Muzium Kebangsaan Cambodia di Phnom Penh.


Ini merupakan artifak-artifak yang terkait dengan kerajaan Funan (muncul dan berpusat di Cambodia/Kemboja abad pertama Masihi) sebelum digantikan dengan kerajaan Chenla abad ke-7 kemudian kerajaan Khmer abad ke-11.


Teringat kami sekeluarga pernah sampai ke muzium tersebut penghujung tahun 2018. Nak masuk kena bayar USD10 bagi setiap orang dewasa. Mahal tu. Lebih RM40 seorang. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kehebatan kota Phnom Penh.


Sebelum ke muzium itu kami anak beranak telah bertandang ke pusat kerajaan Funan di Angkor Borei kira-kira 80 km ke tenggara Phnom Penh menghampiri sempadan negara Vietnam. Ada muzium kecil menonjolkan artifak seperti yang kelihatan. Tiketnya jauh lebih murah dan kedudukan pun dekat dengan tinggalan sebenar kerajaan. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menyambut hari lahir di tapak pusat empayar.


Beberapa hari sebelum menjejakkan kaki ke pusat empayar Funan pula kami ada pergi ke kuil Angkor Wat yang merupakan satu legasi agung kerajaan Khmer. Nak masuk kena bayar paling kurang USD37 bagi tempoh sehari. Ia turut meliputi lawatan ke peninggalan-peninggalan lain yang berdekatan. Rujuk artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Angkor Wat dan kuil-kuil lama di sekitar.

Oh. Saya juga pernah mengikuti satu wacana ilmu tentang Angkor Wat  oleh profesor dari Cambodia. Ia seperti mahu mengaitkan legasi lama kerajaan Khmer dengan penemuan industri besi purba di Kedah Tua.  Sila rujuk artikel Wacana ilmu di UiTM - Angkor Wat, industri besi purba Khmer dan orang Islam Champa diikuti Wacana ilmu di UKM - Lagi tentang Angkor Wat dan industri besi purba Khmer

'
Terdapat juga replika batu-batu bersurat daripada kerajaan-kerajaan lama . Kalau tak salah yang ini daripada kerajaan Champa yang pernah terletak di timur Funan. Ia kini sebahagian daripada negara Vietnam.


Sejak 2-3 tahun kebelakangan saya ada menyimpan hajat untuk membuat pengembaraan jejak sejarah lama di sana tetapi belum berkesempatan. Yang dapat adalah melihat warisan Champa berupa orang Melayu Cham yang berhijrah ke Cambodia/Kemboja selepas kejatuhan kerajaan Melayu tersebut ke tangan orang Vietnam atau Dai Viet yang datang daripada selatan Cina. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Antara tarikan purba kuil Preah Vihear dengan panggilan keMelayuan Kampong Cham.


Kalau tak salah ini adalah replika-replika batu-batu bersurat daripada kerajaan Melayu Srivijaya yang pernah berpusat di tengah pulau Sumatera.


Saya belum pernah melihat batu-batu bersurat sebenar yang kalau tak salah ada tersimpan di Muzium Nasional Indonesia di Jakarta walau pernah sampai ke bandar raya tersebut.  





Namun saya pernah melihat batu-batu bersurat yang ada kena-mengena juga kesan-kesan sejarah berkenaan keberadaan Srivijaya di tempat-tempat lain. Lihat artikel-artikel lama berikut :-




3. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Chaiya/Cahaya/Jaya/Grahi : Tempat permulaan Empayar Srivijaya 1,400 tahun lalu?












Kalau tak salah ada juga artifak-artifak dipinjamkan daripada Muzium Nasional Thailand di Bangkok. Dengan itu lawatan kami sekeluarga ke muzium tersebut penghujung tahun 2018 boleh dirujuk. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Berjalan pusing Bangkok sebelum bermalam dalam kereta api ke selatan.





Hal Candi Borobudur yang katanya didirikan di Pulau Jawa abad ke-8 dan ke-9 Masihi turut disebut kerana ia juga legasi sebuah kerajaan lama. di Alam Melayu. Cuma terlupa untuk mengambil berkenaan. Dengan itu lawatan-lawatan lama saya ke lokasi berserta penemuan-penemuan berkenaan boleh dirujuk :-









Tidak lupa, pameran ini juga mengenengahkan kerajaan lama Langkasuka yang kemudian menjadi kerajaan Melayu Patani, kini di selatan Thailand. Oleh itu artikel lama Misi jejak Aceh-Langkasuka : Lawatan lapangan ke makam-makam dan petunjuk Dato' Panjang boleh dirujuk diikuti artikel baru Bukti dan legasi kerajaan Langkasuka - Antara rasa dan bukti empirikal.





Tentu juga Kedah Tua yang berada dalam negara kita Malaysia termasuk dalam senarai Lost Kingdoms atau kerajaan-kerajaan lama yang hilang. Lawatan-lawatan dan tulisan saya yang berkenaan termasuk daripada blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)  boleh dirujuk :-





4. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Sedikit ringkasan ceritera

5. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Antara Merong dan Mahapudisat

6. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Dari zaman Funan ke zaman Kedah Islam

7. Tapak peleburan besi di Sungai Batu - Bukti Kedah sudah mengeksport besi sejak lebih 2000 tahun lalu!

8. Berkumandangnya azan Maghrib di Tapak 23 Pengkalan Bujang

9. Menjayakan acara di Lembah Bujang sebelum ke runtuhan dipercayai masjid purba

10. Sungai Batu, industri besi purba dan makam Sultan Muzaffar Syah I

11. Daulah Melayu di utara - Sekitar Bayan Lepas dan Lembah Bujang



Dengan ini cukuplah perkongsian tentang pameran. Satu video berkenaan telah dibuat untuk paparan langsung melalui Facebook. Sila masuk sini. Untuk makluman pameran akan berlangsung sehingga bulan April. Datanglah untuk mengambil pelajaran dan menambah ilmu pengetahuan juga mendapatkan 'rasa' yang berkenaan. Selepas itu, kalau berkelapangan dan diberikan rezeki cubalah jejak tempat-tempat yang diketengahkan seperti ada dilakukan oleh kami anak beranak. Sekian wassalam.




Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Keunggulan ilmu metafizik dan 'pampasan' Ilahi bagi masyarakat kini

$
0
0
Salam petang Jumaat pertama bulan Rejab 1441 Hijriah, Meneruskan gerak penceritaan yang bersambung daripada artikel Pameran "The Lost Kingdoms" di Muzium Negara - 'Meneroka' kerajaan-kerajaan 'hilang' di Alam Melayu.


Dari Muzium Negara kami bergerak ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk mengikuti edisi ke-3 siri syarahan buku "Classification of Knowledge in Islam" (Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Islam") tulisan Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar bagi tahun 2020. Kami sampai seawal jam 3.27 petang sedangkan syarahan dijadualkan bermula jam 5.15. Sebelum itu kami sempat singgah ke perkarangan Istana Negara untuk meninjau perkembangan terbaru melibatkan politik dan pentadbiran tanah air.


Ia adalah susulan daripada kejatuhan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selepas sejumlah 37 orang wakil rakyat mengisytiharkan diri keluar daripada Pakatan hari Isnin 23 Februari 2020.  Ini diikuti tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menghantar surat perletakan jawatan dan beberapa hal lain. Ketidakpastian yang muncul menyebabkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk memanggil lalu menemubual secara berhadapan empat mata setiap 221 orang ahli Dewan Rakyat (selain Tun M) dalam dua sesi Selasa dan Rabu. Akibat daripada itu berpuluh wakil media berkampung di hadapan Pintu 2 Istana Negara bagi melaporkan perkembangan.


Isteri yang mengajak lalu membuat live video atau rakaman siaran langsung melalui Facebook memandangkan istana terletak dalam perjalanan dari Muzium Negara ke ISTAC. Lihat sini. Selepas itu iaitu sebaik sahaja sampai ke ISTAC kami dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa kedatangan kami memakai busana tradisional lengkap Melayu dengan saya berkeris, bersampin dan bertanjak menarik perhatian media sehingga jelas kelihatan begitu lama dalam rakaman satu web portal. Lihat di sini bermula minit 3:12. Sekarang pergi kita pada syarahan Osman.


Ia adalah sambungan bagi syarahan terdahulu petang Rabu 19 Februari. Lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hierarki yang wujud dalam semua peringkat kejadian dan tahap cahaya yang bertingkat-tingkat. Namun beliau memilih untuk berpatah balik dahulu satu perenggan.





Maka kembalilah kita pada perenggan terakhir muka surat 45. Sudah disebut dalam artikel terdahulu bahawa ia secara rata menyebut sudah cukup contoh daripada Quran dan Hadith diberikan untuk menunjukkan memang terdapat hierarki pelbagai perkara atau aturan kedudukan dan kepentingan  dalam Islam. Ayat-ayat akhir perenggan yang bersambung ke muka surat 46 menyatakan hieraki sebegitu sedia difahami oleh masyarakat (zaman itu) lalu membentuk cara mereka melihat konsep-konsep dan falsafah sains.



Disebut kembali tentang cara ulamak silam Islam besar al-Farabi (hidup tahun 258-339 Hijrah bersamaan 870-950 Masihi) melihat psikologi atau ilmu jiwa. Beliau menggunakan cara rasional (berdasarkan prinsip logik/mantiq falsafah) untuk menanggapi persoalan-persoalan metafizik melibatkan hieraki kedudukan makhluk dan ilmu. Osman mengulas dengan menyebut metafizik sebagai ilmu al-Ilahi (ilmu keTuhanan). Dipanjangkan bahawa setiap manusia adalah 'alam kecil' (little cosmos) lalu kepandaian (terjemahan saya untuk perkataan Inggeris intelligence) setiap makhluk selain kita sebenarnya ada wujud dalam diri kita. 

Pengetahuan dan pemahaman sebegini rata-rata diterima pakai oleh para ilmuwan zaman itu. Tetapi ia telah menjadi sesuatu yang susah dan rumit lalu memerlukan penerangan panjang untuk manusia sekarang menerima. Osman pun menyebut tentang satu hadis Rasulullah SAW menyatakan masyarakat secara rata menjadi semakin buruk semakin jauh daripada zaman keNabian. Ia adalah realiti yang tidak dapat dielakkan kecuali oleh sedikit sahaja yang diberi faham.

Perkara sebegini pernah berlaku lebih awal pada zaman Yunani purba, beliau memberikan contoh. Pada zaman Plato (hidup sekitar 429–347 Sebelum Masihi) masyarakat lebih mudah menerima konsep-konsep tinggi tanpa memerlukan penerangan panjang lebar kerana begitulah cara fikir dan faham biasa mereka. Oleh itu pemikir besar Yunani yang dilihat ulamak silam Islam sebagai salah seorang ahli hukama lama ini boleh menyebut konsep-konsep keTuhanan secara terus tanpa menimbulkan bingung. Tetapi masuk zaman Aristotle (hidup 384–322 SM) yang juga dilihat sebagai seorang ahli hukama masyarakat telah menjadi lebih skeptik. Oleh itu ilmu logik/mantiq diperlukan bagi membuat mereka menerima dan faham.

Namun Allah SWT tidaklah membiarkan kita pada zaman-zaman kemudian terkapai-kapai begitu sahaja. Disebabkan realiti zaman yang semakin memburuk diberikan pula beberapa kelebihan bagi generasi-generasi kemudian. Osman memperkenalkan konsep divine compensation yang boleh diterjemahkan sebagai 'pampasan' Ilahi. Disebabkan cabaran zaman yang semakin getir mereka yang berbuat amal kebaikan akan diberikan balasan berganda berbanding masyarakat-masyakat terdahulu.





Dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hierarki yang wujud dalam semua peringkat kejadian dan tahap cahaya yang bertingkat-tingkat ada diberitahu bahawa walaupun tinggal beberapa ayat sahaja lagi sebelum sub-topik 2.1 tamat syarahan ditutup kerana hampir masuk waktu Maghrib. Oleh itu saya menggunakan sedutan muka-muka surat berkenaan daripada artikel tersebut untuk menyambung perkara dalam artikel baru. Cuma bezanya kali ini syarahan dipanjangkan sehingga melengkapi sub-topik. Perenggan terakhirnya menyatakan walaupun konsep hieraki diterima oleh pemikir silam Islam ia tidaklah difahami melalui satu cara sahaja. Al-Farabi memiliki cara beliau sendiri. Ini akan dipanjangkan melalui 3 bab seterusnya dalam buku "Classification of Knowledge in Islam".




Maka masuklah kita pada subtopik 2.2. Tajuknya "The Bases of the Hierarchy of Sciences" boleh diterjemahkan sebagai "Asas-asas hieraki bagi ilmu-ilmu sains". Menurut al-Farabi asas yang benar bagi membuat aturan terdiri daripada satu atau lebih daripada tiga elemen. Elemen-elemen yang menentukan kecemerlangan suatu ilmu sains mahupun seni ini adalah seperti berikut :-


1. 'Kebangsawanan' perkara dalam ilmu tersebut. Saya terjemahkan terus daripada ungkapan 'nobility of subject matter' kerana tidak tahu apakah perkataan Melayu yang sesuai untuk membawa makna nobility ini. Yang faham adalah makna nobility yang memang terjemahan terusnya (direct translation) adalah kebangsawanan.  Ia membawa makna sifat-sifat kemuliaan seperti tidak pentingkan diri sendiri, selalu memikirkan kemaslahatan orang lain melebihi diri sendiri dan sedia berkorban demi menegakkan kebenaran. Hmm... mungkin kita boleh gunakan ungkapan "kemuliaan suatu perkara".

2. Kedalaman dalam pembuktian ilmu (profundity of proofs). Maksudnya begitu bermakna dan dalamnya perkara dalam membuktikan kebenaran ilmu tersebut

3.  Keluasan (immensity) faedah ilmu. Ini lebih jelas. Faedah-faedah yang diberikan oleh suatu ilmu.


Contoh ilmu yang memberikan faedah yang luas adalah ilmu agama. Ia sangat penting kerana boleh membentuk segenap aspek cara kehidupan manusia. Satu lagi adalah ilmu kraf atau kemahiran yang diperlukan bagi setiap zaman dan setiap negara. Contohnya ilmu pertanian. Ia amat diperlukan dan memberi faedah setiap orang.

Contoh ilmu yang memiliki pembuktian mendalam adalah geometri. Cabang ilmu matematik ini memang diketahui sangat penting pada zaman silam. Pembuktian yang terlibat untuk menunjukkan kebenaran suatu perkara dalam ilmu memang mendalam sekurang-kurangnya daripada segi pemikiran.

Contoh ilmu yang cemerlang kerana memiliki kemuliaan perkara adalah astronomi atau kaji bintang. Kata Osman ini disebabkan ia berurusan dengan badan-badan di langit (planet, bintang dan sebagainya, umum dalam bahasa Inggeris disebut sebagai celestial bodies). Apapun 3 perkara atas atau 2 daripadanya boleh tergabung dalam satu ilmu misalnya metafizik. Dalam buku ia diberikan nama bahasa Arab al-ilm al-ilahi atau ilmu Ilahi.

Osman pun mengulas panjang dengan menyatakan metafizik sebagai ilmu keTuhanan. Jika dilihat pada asal usul daripada perkataan Inggeris metaphysics yang pula berasal daripada gabungan perkataan-perkataan Yunani meta dan fysiki ia membawa makna melangkaui alam fizikal atau alam yang boleh dilihat. Dengan itu ia juga meliputi ilmu-ilmu tentang malaikat dan perkara-perkara akhirat.

Saya meminta beliau untuk memberikan ulasan tentang dua makna bertentangan metafizik yang ditemui dalam Internet. Satu, adalah seperti disebut tadi, tentang konsep-konsep tinggi di luar alam fizikal biasa. Satu lagi pula meremehkan metafizik sebagai suatu perkara buruk bersifat angan-angan kerana tidak bersandarkan pada realiti (konon).

Jawab Osman, apa-apa takrifan elok yang diberikan Barat dan dunia moden terhadap metafizik pun sebetulnya masih belum cukup kerana maksudnya lebih tinggi dan meluas daripada yang ramai faham. Apa-apa yang buruk dan merendahkan pula menunjukkan kejahilan terhadap realiti sebenar kewujudan yang memiliki banyak dimensi di luar apa yang manusia biasa mampu lihat. Apapun metafizik sebagai ilmu Ilahi atau ilmu keTuhan memang sangat unggul.




Perenggan terakhir muka surat 46 yang bersambung ke muka surat 47 secara rata menegaskan kembali 3 elemen yang menjadi asas bagi membina aturan atau hieraki ilmu tadi. Selepas menamatkan pembacaan perenggan sehingga separuh muka surat syarahan pun tamat. Untuk makluman ini adalah artikel ke-1,910 di blogspot ini.



Membandingkan pemikiran Iqbal dan Nietzsche dalam mencari kesempurnaan manusia

$
0
0
Dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Keunggulan ilmu metafizik dan 'pampasan' Ilahi bagi masyarakat kini yang dipersembahkan petang Jumaat lalu ada diberitahu tentang satu perkembangan politik negara. Ketika itu rakyat masih tertunggu-tunggu apakah yang akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong tentang pemilihan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Atau apakah parlimen akan dibubarkan? Apakah akan terbentuk gabungan kerajaan baru tanpa dibuat pilihan raya umum atau bagaimana? Malam itu pula saya pergi ke satu lagi majlis ilmu. Ini ceritanya.


Ini adalah poster bagi majlis tersebut. Saya diberitahu oleh seorang kawan melalui WhatsApp. Tajuk yang boleh diterjemahkan sebagai "Iqbal dan Nietzsche - Ide tentang Manusia" terasa begitu menarik. Membawa tajuk adalah seorang sarjana muda Syed Muhyiddin Al-Attas, seorang anak murid kepada pemikir besar Islam bertaraf dunia, Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 

Saya kenal siapa beliau ini kerana boleh dikira sebagai adik angkat. Cuma jarang berjumpa. Ini kerana bapanya, penulis buku politik terkenal tanah air, Syed Hussein Al-Attas juga dikenali sebagai S.H. Alattas dan Pak Habib adalah bapa angkat saya.

Saya pernah duduk menumpang di rumah Pak Habib di Janda Baik juga di pejabatnya di Gombak tahun 2002-2005. Ini adalah zaman saya sibuk dengan pencarian makna diri juga mencari salasilah keluarga. Jika tidak keluar mengembara atau berada di rumah orang lain besar kemungkin saya berada di rumah Pak Habib. Ada masanya pula saya tolong menyunting buku-buku beliau.

Hal menumpang di Janda Baik ini ada diceritakan beberapa kali dalam blogspot ini. Lihat sahaja artikel-artikel berikut :-













12. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama sejak awal 2013 - Antara Raub dan Janda Baik

13. Memanjat bukit di Janda Baik anak beranak - Kali pertama setelah lama mengenali tempat



Selepas menunaikan solat Maghrib di rumah saya pun bergegas ke lokasi majlis lebih 50 km perjalanan ke arah selatan. Sebelum itu saya harus singgah ke pejabat isteri di pekan Rawang terlebih dahulu. Ini kerana mahu meninggalkan anak-anak bersama beliau juga bertukar pakai kereta - ketika itu isteri sedang membuat kerja tambahan (overtime) sehingga waktu malam.


Jam 9.08 saya pun sampai ke lokasi. Ia adalah sebuah kedai buku ke selatan bandar lama Petaling Jaya (PJ Old Town). 



Majlis dijadualkan bermula jam 8.30. Nampaknya saya sudah hampir 40 minit lewat.


Tak mengapalah. Janji sampai jugak. 


Walaupun pada mulanya susah nak tangkap kerana tak tahu hujung pangkal apa lagi ia melibatkan subjek falsafah tinggi dan berat saya beransur-ansur dapat mengikuti pembentangan. Nampaknya semua yang hadir adalah peminat dunia pemikiran. Kalau orang biasa-biasa sahaja memang susah nak faham kerana ia menelusuri pelbagai sudut pandangan sarwa jagat dan falsafah yang kemudian membentuk pecahan-pecahan masyarakat dan fikrah politik dunia zaman sekarang.


Melihat pembentang Syed Muhyiddin begitu petah dan lancar bercakap dalam bahasa Inggeris menyebut konsep-konsep falsafah tinggi baik daripada dunia Barat mahupun Islam tanpa memerlukan rujukan, sekali-sekala menyatakan ayat-ayat Al Quran yang berkenaan timbul rasa bangga sebagai seorang abang. Dahulu semasa menumpang di rumah bapanya tahun 2002-2005 beliau masih bersekolah, tahun 2016 ketika saya menganjurkan satu acara di rumah tersebut 2016 bapanya sengaja memanggil beliau untuk bercakap lalu kali pertama kali saya mendengar adik angkat ini mengutarakan gagasan fikiran yang dipelajarinya daripada Syed Naquib Al-Attas (rujuk HIKMAH Janda Baik di rumah Pak Habib 30-31 Januari 2016). Kini kedengaran beliau jauh lebih matang, berpengetahuan dan berkeyakinan.



Selepas beberapa lama duduk mendengar atas satu hamparan permaidani antara 2 rak buku kedai seorang diri (kelihatan hadirin lain semua duduk atas kerusi) baru tersedar bahagian bawah rak sebelah kanan dikhaskan bagi buku-buku Iqbal. Sedikit latar belakang pengetahuan saya tentang subjek atau tajuk pembentangan...

Kedua-dua Iqbal dan Nietzsche adalah pemikir besar dan ahli falsafah. Seorang mewakili dunia belah Timur dan Islam (Iqbal orang Pakistan), seorang mewakili dunia belah Barat yang sudah lama menolak kewujudan Tuhan (Nietzche adalah orang Jerman). Namun tidak adil untuk menyatakan semua orang Barat menolak Tuhan, terutama pada zaman itu. Ramai juga pemikir besar dan ahli falsafah mereka adalah penganut setia Kristian. Cuma konsep keTuhanan mereka berbeza dengan apa yang kita orang Islam percaya dan faham.

Buku-buku dan penulisan Nietzsche pernah saya baca dan hadam semasa mengaji dalam bidang Matematik pada peringkat sarjana muda di University College of London tahun 1991-1995. Buku-buku dan penulisan Iqbal saya langsung tak tahu dan tak pernah ambil tahu. Cuma pernah terdengar nama, kemudian menjadi selalu didengar apabila memulakan pengajian peringkat sarjana di ISTAC (Institut Antarbangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) September 1998. Dalam kalangan pelajar dan sarjana pemikiran Islam, Iqbal adalah salah satu nama besar selain nama-nama seperti Fazlur Rahman, al-Faruqi dan Naquib al-Attas. Mungkin saya sahaja yang masih bersekitar pada nama-nama zaman silam seperti Attar, Rumi dan Ibnul Arabi.


Kali ini saya harus mengambil tahu walaupun sedikit. Adapun Nietzche atau nama penuhnya Friedrich Wilhelm Nietzsche muncul 3 dekad lebih awal daripada Iqbal. Hidup 1844 hingga 1900 beliau telah mendapat pengiktirafan tinggi seawal umur 24 tahun apabila menjadi ilmuwan termuda menyandang Kursi Filologi Klasikal di University of Basel tahun 1869 (maklumat diperolehi daripada Internet). Beliau kemudian beralih ke dunia falsafah. Pemikirannya mempengaruhi banyak pihak sehingga ada polisi negara-negara Barat terbentuk akibat pemikiran itu.

Iqbal atau Allama Muhammad Iqbal pula hidup 1877 hingga 1938. Dilahirkan di Pakistan (ketika itu sebahagian daripada India di bawah pemerintahan British) beliau menerima pendidikan tinggi di Eropah, pernah menjadi peguam sebelum menjadi seorang ahli falsafah yang menulis dalam bentuk puisi. Tulisan-tulisan Nietzche termasuk antara yang mempengaruhi pemikiran Iqbal. Tetapi disebabkan masih setia pada ajaran Islam maka pemikiran beliau lebih terarah (sekurang-kurangnya daripada sudut pemikiran kita) sehingga dikatakan wujudnya negara Islam Pakistan (sebagai entiti tersendiri yang terpisah daripada India) tahun 1947 adalah satu hasil fikir gagasan beliau.

Ketika sesi soal jawab saya adalah orang pertama bertanya kepada Syed Muhyiddin lalu menyatakan hal diri sampai lewat lalu terlepas banyak yang diperbincangkan. Maka itu saya bertanyakan soalan ini :-


Tajuk pembentangan adalah "Ide tentang Manusia" melibatkan Iqbal dan Nietzsche. Maka itu apakah persamaan antara mereka dalam hal ini (jika ada), apakah pula perbezaan (yang harus ada kerana sudah tahu latar belakang pemikiran mereka yang berlawanan)?


Jawaban tuntas yang diberikan oleh Syed Muhyiddin adalah kedua-keduanya mahu mencari kesempurnaan manusia atau mencari jalan bagi mencipta manusia sempurna. Yang berbeza adalah dalam melihat apakah makna manusia sempurna itu dan bagaimana untuk mencapainya. Disebabkan Nietzsche adalah seorang Ateis iaitu tidak percayakan Tuhan kesempurnaan cuma dapat dilihat dalam ruang lingkup pemahaman etika dan kemanusiaan (humanities) Barat disertai kekuatan dan kecekapan yang boleh dikaitkan dengan bidang ketenteraan misalnya. Syed Muhyiddin memberitahu satu contoh manusia sempurna yang pernah diberikan Nietzsche adalah gabungan kebolehan Goethe berkarya (merujuk pada penulis/seniman Jerman bernama Johann Wolfgang von Goethe yang hidup  1749 hingga 1832) dengan kecekapan ketenteraan Napolean (negarawan merangkap panglima tentera Perancis yang sangat terkenal, Napoléon Bonaparte, hidup 1769  hingga 1821). 

Teringat pula Nietzsche pernah menyebut tentang konsep Superman sebagai manusia hebat. Tetapi bukanlah Superman dalam filem dan kartun yang biasa kita lihat boleh terbang dan sangat kuat sehingga boleh memindah gunung itu. Superman Nietzche masih seorang manusia, cuma segala kebolehan yang dimilikinya, pemikiran, akal juga kesihatan tubuh badan telah dipertajamkan dan ditingkatkan sebaik mungkin  sehingga melangkaui kebolehan manusia biasa.

Iqbal sebagai seorang penganut Islam pula tentu melihat ideal manusia sempurna pada sosok tubuh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Beliau juga menerima konsep insan al-kamil iaitu manusia sempurna yang sering disebut dalam pengajian orang Sufi dan Tasawuf. Cuma beliau bersifat skeptik terhadap golongan Sufi di India pada zamannya. Ini kerana mereka dilihat tidak memainkan peranan dalam melawan penjajahan Barat mahupun membentuk pemikiran masyarakat. Mereka seperti mahu duduk dalam dunia sendiri sahaja, lari daripada menghadapi realiti zaman sedangkan para pejuang tuntas diperlukan untuk menghadapi cabaran sebenar di lapangan.

Saya sempat membaca sedikit puisi Iqbal yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dalam sebuah buku. Difahamkan beliau selalu menulis dalam bahasa Urdu dan Parsi tetapi ada membuat terjemahan ke dalam bahasa Inggeris. Allah. Saya cuma dapat membaca sedikit sahaja kerana tidak sanggup meneruskannya. Ternyata ada rasa kerinduan terhadap Ilahi yang sangat mendalam seperti saya lihat pada puisi dan sajak-sajak Fariduddin Attar (hidup 1145-1221M) dalam kitab Mathnawi.

Walaupun setiap buku/kitab Tasawuf yang saya baca ada menyatakan rasa rindu terhadap Ilahi tetapi tidak semua menyatakan ia begitu syahdu. Saya takut dan rasa tergegar jiwa apabila membaca tulisan-tulisan sebegitu. Ini kerana terus timbul rasa mahu membuang dunia lalu keluar mengembara seorang diri tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Walaupun hal sebegini sudah dilakukan lebih 3 kali dalam hidup (buang segalanya termasuk kerja dan rumah tangga lalu keluar mengembara lama tanpa arah tujuan jelas) saya masih takut mengalaminya. Ini kerana setiap kali 'menyelam' boleh jadi majzub macam orang gila. Bagaimana hendak menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab Bagaimana hendak menjaga keluarga atau menyiapkan tesis di ISTAC?

Oh. Artikel ini dimulakan dengan menyatakan sedikit perkembangan politik negara pada petang Jumaat lalu. Sukacita dimaklumkan bahawa Perdana Menteri terbaru merangkap ke-8 bagi Malaysia telah diisytiharkan pada petang Sabtu 29 Februari. Pemegang jawatan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah semalam pagi Ahad 1 Mac. Tapi nak cakap episod berkenaan sudah selesai pun tak pasti lagi kerana dijangka akan ada cabaran dibuat dalam parlimen selewatnya seminggu lagi. Cukup.


Pesta Buku Selangor 2020 dan kecenderungan untuk keluar mengembara dan menginap di masjid seorang diri

$
0
0
Merujuk pada artikel Membandingkan pemikiran Iqbal dan Nietzsche dalam mencari kesempurnaan manusia. Pada bahagian akhir artikel ada disebut bahawa pada masa-masa tertentu boleh timbul rasa untuk membuang dunia lalu keluar mengembara seorang diri tanpa mempedulikan apa-apa lagi dan ini pernah dilakukan lebih 3 kali dalam hidup. Persoalannya bagaimana hendak menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, bagaimana hendak menjaga keluarga kalau kecenderungan ini timbul lagi? Maka biar dipersembahkan jawabannya di sini.


Adapun sudah menjadi tabiat sejak menyambung pengajian di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) September 2018 untuk saya menginap di luar terutama di masjid ISTAC kalau ada majlis-majlis ilmu mahu dihadiri jauh dari rumah sekurang-kurangnya 2 hari berturut-turut. Antara saya dan isteri sudah ada persefahaman tentang ini. Selain dapat memenuhi keinginan untuk sekali sekala keluar mengembara seorang diri lalu menginap dan beriktikaf di masjid tidak perlulah saya terkejar-kejar untuk kembali ke rumah selepas suatu majlis kemudian esoknya berkejar keluar lagi untuk mengikut majlis seterusnya. Dari rumah ke ISTAC perlu berulang-alik 40 km pergi kemudian 40 km kembali. Apatah lagi ke tempat-tempat yang lebih jauh.

Jumaat malam Sabtu 28 Februari saya ke satu kedai buku di selatan Petaling Jaya lebih 50 km daripada rumah untuk majlis yang diceritakan dalam artikel Membandingkan pemikiran Iqbal dan Nietzsche dalam mencari kesempurnaan manusia. Esoknya Sabtu malam Jumaat saya mahu menghadiri satu majlis zikir tertutup di bahagian lain Petaling Jaya diikuti satu majlis ilmu tertutup di ISTAC pagi Ahad. Saya pun memberitahu isteri akan menginap 2 malam di luar. Pada malam pertama saya bercadang untuk bermalam di sebuah masjid besar di Taman Sentosa dekat Jalan Klang Lama, masuk dalam sempadan Kuala Lumpur. Ini kerana ada satu makam berdekatan mahu diziarahi. Sudah lama tak singgah dan jaraknya cuma 4 km daripada kedai buku.


Selesai majlis di kedai buku sekitar 10.30 malam saya singgah minum teh di kedai mamak seberang jalan. Selepas itu pergilah ke masjid dengan niat untuk bermalam, siang selepas matahari naik bolehlah ke makam. Tengok-tengok pintu pagarnya berkunci rapat, tidak kelihatan apa-apa laluan masuk lain. Sedangkan ketika itu solat Isyak pun belum akibat berkejar ke majlis ilmu di kedai buku selepas menunaikan solat Maghrib di rumah. 

Akhirnya saya memilih untuk bersolat di makam kerana takut kalau mencari masjid lain ia pun akan terkunci pintu pagar Nasib baik wuduk daripada Maghrib masih belum terbatal. Sudah menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun lalu atas saranan orang-orang alim yang ditemui saya cuba berada dalam keadaan berwuduk setiap masa kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. Lihat artikel Rupa terbaru (Latest look of) makam (Tomb of) Pinang Tunggal, Jalan Klang Lama  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Nasib baik tidak lama kemudian dapat menemui sebuah masjid yang terbuka. Malah apabila bertemu dengan ahli masjid lalu meminta kebenaran untuk bermalam saya diberitahu bahawa masjid ini memang sentiasa mengalu-alukan kedatangan orang untuk beriktikaf. Ia tidak pernah berkunci. Kata seorang ahli masjid kalau suatu masjid itu berkunci tentu ada masalah dengan masjid itu. Untuk menjaga keselamatan mereka ada sistem CCTV dan orang memantau sentiasa. 

Satu lagi perkara menarik saya lihat adalah bagaimana diatur ruang untuk orang Islam berniaga dalam kawasan masjid juga di sebelahnya. Terasa ia satu contoh baik pembangunan masyarakat dan ekonomi Islam melalui masjid. Sebelum ini saya cuma pernah melihat sistem serupa diterapkan dalam masjid-masjid di tempat orang berada seperti di Bukit Damansara dan Taman Tun, di Kampung Baru pun ada. Kali ini ia disebuah kawasan yang boleh kata kos rendah (bukan menghina, sekadar menyatakan hakikat kebenaran perkara). Namun segalanya kelihatan begitu teratur dan ahli masjid begitu baik dan mesra hingga hendak hendak meletakkan kereta  pun saya ditunjukkan tempat selesa dan dekat oleh seorang imam muda masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Jumhuriyyah, Taman Dato' Harun, Petaling Jaya.

Di atas adalah gambar masjid tersebut pada jam 7.33 pagi. Gambar pertama artikel iaitu dalam dewan utama solat diambil pada jam 6.11 sementara menunggu masuk waktu Subuh.  Gambar seterusnya diambil pada jam 6.41 iaitu selepas menunaikan solat Subuh berjemaah. Didapati bahawa dewan solat separuh penuh.


Sarapan pagi di kedai makan berhadapan masjid. Ada sejumlah kedai makan berdekatan sudah dibuka ketika ini. Adapun saya dapat menemui masjid setelah melihat kedudukan dalam Google Map. Niat saya ketika itu adalah mahu bergerak ke arah Shah Alam. Mana-mana masjid pertama ditemui terbuka di situlah saya akan bermalam.


Kalau tak dapat mungkin perjalanan diteruskan ke Shah Alam lalu bermalam di masjid negeri. Apapun saya tahu 2-3 tempat yang boleh digunakan untuk bermalam di sekitar bandar raya ini. Kali terakhir menginap di Shah Alam adalah di sebuah surau sebelum menyertai satu majlis ilmu di kampus utama UiTM (Universiti Institut Teknologi MARA) di mana saya juga membentang. Lihat artikel Program Tempa Melayu - Membentuk jiwa Melayu kental dengan ilmu yang benar... diikuti Program Tempa Melayu - Menyingkap kajian terbaru tentang Hang Tuah sebelum mengupas kelebihan Benua Tua Melayu dan bangsa...


Saya singgah di masjid negeri lalu sambung berehat seraya beriktikaf lagi. Selepas makan tengah hari di kedai makan berdekatan baru ke tempat yang menjadi tujuan utama saya ke Shah Alam iaitu Pusat Konvesyen Selangor. Kalau nak kira berapa kali saya sudah menginap di luar untuk majlis-majlis ilmu rasanya sudah tak terkira lagi. Ini tidak termasuk perjalanan-perjalanan lain menurut gerak hati. Paling kurang, dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Ramadhan saya mesti keluar mengembara dan beriktikaf di masjid-masjid demi memenuhi panggilan dalam diri.


Pesta Buku Selangor 2020 telah bermula di pusat konvesyen pada hari Khamis 27 Februari. Ia akan berlangsung sehingga Ahad malam Isnin 8 Mac.



Saya datang untuk memenuhi masa yang terluang sebelum bergerak kembali ke Petaling Jaya tetapi di bahagian lain bagi menghadiri majlis zikir tertutup pada malam hari.


Sesungguhnya dengan membuat perjalanan-perjalanan kecil sebegini lalu menginap di masjid atas asbab menghadiri majlis-majlis ilmu juga majlis zikir dapat melampiaskan sedikit rasa kerinduan syahdu terhadap Ilahi. Kalau tidak dilepaskan sedikit-sedikit dengan cara-cara sebegitu ditakuti ia boleh jadi tidak terkawal. Ini boleh menyebabkan saya secara spontan tiba-tiba lari mengembara jauh meninggalkan dunia. Silap-silap mencari maut pun ada...


Sebetulnya kecenderungan untuk keluar mengembara lalu meninggalkan segalanya inilah yang menyebabkan hati saya tidak begitu terikat dengan dunia.


Dalam keadaan tidak terikat ini mata hati boleh menjadi tajam dapat melihat perkara-perkara yang selalunya orang lain terlepas pandang atau memang tak boleh nampak.


Walaupun orang lain itu seorang ustaz yang telah hafiz 30 juzuk al-Quran, tahu segala matan ilmu hadis dan arif ilmu fiqah segala mazhab selagi ada kecenderungan untuk meraih kelebihan dunia, mahukan harta maka dia boleh tertipu malah 'tersontot' misalnya dengan permainan emas delay (siapa yang tahu tahulah apakah permainan yang dimaksudkan - semua orang mahu jadi jutawan segera).


Sebab itu ada perkara saya boleh nampak yang sedikit sahaja orang lain nampak walaupun mereka lebih berpangkat besar, berkedudukan dalam masyarakat malah dilihat jauh lebih arif dalam ilmu agama. Sesungguhnya mendapat gerak hati, ilham dan petunjuk yang benar itu bukan setakat pandai memikirkan lalu menerbitkan teori sambil pandai mengarang cerita di Internet. Ada amalan dan pengorbanan perlu dilakukan secara istiqamah terus menerus dalam kehidupan barulah diberikan ilmu pengetahuan berkenaan. Kalau tidak semua orang mengaku boleh mendapat rasa dan gerak hati serupa.


Kalau seperti kebanyakan orang kita pun menyimpan hajat untuk menjadi orang yang berkuasa lagi berpengaruh dan kaya raya apakah yang akan menghalang daripada menyalahgunakan kedudukan jika diberikan peluang? Cukup senang mengatakan orang itu begitu begini sedangkan kita belum diuji dengan kedudukan yang sama. Bagaimana hendak membaca sepak terajang catur  sebenar sesetengah pihak yang sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah air sedangkan diri kita mengidamkan  keselesaan yang disuakan musuh supaya mata hati kita tidak tajam malah boleh terjerumus menjadi ahli neraka? Tepuk dada tanyalah selera.



Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Penulisan tesis sebagai pembuktian dakwaan yang diyakini benar

$
0
0
Salam semua. Semalam petang Rabu 4 Mac berlangsunglah edisi ke-4 siri syarahan buku "Classification of Knowledge in Islam" (Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Islam") oleh Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar bagi tahun 2020 di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Walaupun sukakan siri kerana ada sahaja ilmu baru yang menarik dapat diperolehi saya hampir-hampir tidak hadir kerana badan kurang sihat. Ini ceritanya.


Sepertimana halnya pada setiap kali syarahan saya memang ingin dan berusaha untuk pergi. Isteri sudah sedia maklum Kali ini beliau menyiapkan sehelai baju Melayu berlengan pendek petak-petak dengan seluar silat berwarna merah untuk pakaian saya seawal jam 7.30 pagi. Tentunya saya sendiri berkobar-kobar untuk pergi walaupun beberapa hari kebelakangan merasakan badan kurang sihat dan begitu lemah. Entah kenapa sekembalinya dari permusafiran kecil hujung minggu lalu di mana saya menginap 2 malam di luar terasa begitu penat sehingga asyik terlantar di pembaringan. Lihat artikel-artikel yang melibatkan permusafiran tersebut :-





Semalam seorang anak pula demam dan sakit-sakit tekak lalu tidak dapat ke sekolah. Selepas menghantarnya ke klinik tengah hari  saya pula merasakan diri semakin berat. Masuk jam 2 saya memaklumkan kepada isteri besar kemungkinan tidak jadi ke ISTAC. Kecuali berlaku sesuatu yang mengubah keadaan selepas jam 4. Sementara itu timbul gerak untuk membuat artikel tentang pembentangan pertama dalam satu acara yang telah dilaksanakan di ISTAC kurang 2 minggu lalu. Lihat artikel-artikel berikut yang telah dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-






Ditakdirkan artikel pembentangan itu dapat disiapkan lalu dipaparkan sebelum jam 4. Lihat Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia. Terus timbul tenaga baru dan semangat untuk mengikut syarahan di ISTAC. Sesungguhnya membuat penulisan itu adalah satu bentuk terapi diri buat saya.  Ia adalah cara saya meluahkan rasa sambil berkongsi ilmu juga pengalaman hidup. 

Cuma selepas itu saya mengambil masa untuk untuk bersiap dan melepaskan hajat. Selepas menunaikan solat Asar di rumah baru bergerak 40 km ke ISTAC. Masuk ke bilik persidangan yang digunakan untuk syarahan sudah jam 5.35 petang sedangkan syarahan dijadualkan bermula jam 5.15. Apa yang dapat ditangkap ketika itu adalah Osman menyebut tentang kelebihan ilmu matematik. Kata beliau tanpa matematik sains tidak dapat berfungsi. Kedengaran beliau menyebut ini dalam konteks untuk menerangkan kenapa ilmuwan silam Islam, Al-Farabi  meletakkan ilmu geometri sebagai suatu cabang ilmu ulung disebabkan pembuktian yang mendalam (profundity of proofs). Untuk pengetahuan buku "Classification of Knowledge in Islam" mengenengahkan cara fikir 3 orang ulamak silam Islam dan bagaimana mereka membuat klasifikasi atau mengatur jenis-jenis cabang ilmu pengetahuan. Pada peringkat ini siri syarahan masih bersekitar pada pemikiran Al-Farabi.

Osman turut menyebut ilmu matematik sebagai queen of science - permaisuri bagi ilmu-ilmu sains. Ini menimbulkan pertanyaan bagi saya - kenapa ia diletakkan sebagai bersifat feminin atau keperempuanan? Jawab beliau kerana keindahan yang ada pada ilmu matematik. Ia tidak bersifat keras atau memaksa seperti halnya sifat-sifat kejantanan. Ia boleh meresap lembut ke dalam jiwa apabila dapat difahami dengan betul...


Ketika itu saya masih tertanya pada ayat mana buku syarahan sedang bersambung lalu Osman mengulas dan memanjangkan? Berdasarkan syarahan minggu lepas, syarahan semalam seharusnya bermula daripada separuh kedua muka surat 47. Lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Keunggulan ilmu metafizik dan 'pampasan' Ilahi bagi masyarakat kini. Setelah beberapa lama baru tersedar rupa-rupanya beliau telah berpatah balik ke pertengahan muka surat 46 di mana terdapat permulaan bagi subtopik 2.2 (daripada Bab 2). Nampaknya ini dibuat bagi faedah ramai muka baru yang muncul dalam syarahan kali ini.



Walaupun berpatah balik muncul ulasan-ulasan yang menambah dengan ilmu-ilmu baru. Misalnya penggunaan perkataan ontologi dalam perenggan pertama muka surat 47 yang sebenarnya merupakan sambungan daripada perenggan terakhir muka surat 46 disebut begitu sahaja tanpa dipanjangkan maksud dan konteksnya. Untuk pengetahuan ontologi adalah satu cabang ilmu metafizik (yang telah dinyatakan dalam syarahan lalu sebagai ilmu al-Ilahi atau ilmu keTuhanan) merujuk khas pada persoalan kewujudan diri (nature of being). Kali Osman menyatakan ia sebagai salah satu tesis beliau tentang perkara. Beliau merujuk pada kata-kata Al-Farabi tentang bagaimana keunggulan suatu ilmu sains boleh dilihat daripada salah satu daripada 3 perkara. Biar disalin kembali (copy paste) bahagian berkenaan daripada artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Keunggulan ilmu metafizik dan 'pampasan' Ilahi bagi masyarakat kini.


-----------------


Elemen-elemen yang menentukan kecemerlangan suatu ilmu sains mahupun seni ini adalah seperti berikut :-


1. 'Kebangsawanan' perkara dalam ilmu tersebut. Saya terjemahkan terus daripada ungkapan 'nobility of subject matter' kerana tidak tahu apakah perkataan Melayu yang sesuai untuk membawa makna nobility ini. Yang faham adalah makna nobility yang memang terjemahan terusnya (direct translation) adalah kebangsawanan.  Ia membawa makna sifat-sifat kemuliaan seperti tidak pentingkan diri sendiri, selalu memikirkan kemaslahatan orang lain melebihi diri sendiri dan sedia berkorban demi menegakkan kebenaran. Hmm... mungkin kita boleh gunakan ungkapan "kemuliaan suatu perkara".

2. Kedalaman dalam pembuktian ilmu (profundity of proofs). Maksudnya begitu bermakna dan dalamnya perkara dalam membuktikan kebenaran ilmu tersebut

3.  Keluasan (immensity) faedah ilmu. Ini lebih jelas. Faedah-faedah yang diberikan oleh suatu ilmu.



-----------------


Menurut Osman apa yang disebut Al-Farabi sebagai 'kebangsawanan' atau 'kemuliaan' suatu ilmu boleh ditafsir sebagai asas ontologi bagi ilmu tersebut. Ini adalah tesis beliau lalu diberitahulah kepada khalayak bahawa buku  "Classification of Knowledge in Islam" merupakan tesis PhD beliau suatu masa dahulu. Tentang perkara ini sudah disebut beberapa kali dalam artikel-artikel terdahulu tentang siri. Apa yang menarik kali ini adalah Osman menerangkan apakah makna sebenar tesis. Ia bukanlah kertas kerja yang perlu dibuat untuk mendapatkan kelulusan peringkat sarjana (Masters) mahupun PhD. Ia adalah suatu dakwaan itu sendiri. Misalnya apabila mengatakan 'kemuliaan' suatu ilmu adalah asas ontologi ilmu tersebut ini sudah satu tesis.

Seorang hadirin menyampung dengan mengatakan bukankah dakwaan sebegini baru peringkat hipotesis? Kerana ia belum dibuktikan benar? Jawab Osman tidak. Kalau kita yakin itu adalah benar maka ia sudah suatu tesis. Tesis sebenarnya adalah suatu dakwaan yang kita yakin ia adalah benar. Ia mungkin pernyataan daripada satu ayat sahaja. Tetapi untuk membuktikannya? Itu yang boleh keluar hujah-hujah satu buku.

Kata Osman banyak pelajar sekarang tidak diajar apakah makna sebenar tesis. Tahu-tahu sahaja dah kena tulis tesis. Tu yang ramai keliru.

Saya pun menyemak makna tesis menggunakan enjin pencarian (seach engine) Google di Internet. Begini jawabannya :-


thesis

1.a statement or theory that is put forward as a premise to be maintained or proved. - "his central thesis is that psychological life is not part of the material world"

2. a long essay or dissertation involving personal research, written by a candidate for a university degree. "a doctoral thesis"


Terjemahan saya :-

1. Suatu kenyataan atau teori yang dikehadapankan sebagai suatu premis untuk dipertahankan atau dibuktikan -(contohnya) "Tesis utamanya adalah kehidupan psikologi bukan sebahagian daripada dunia material"

2. Satu penulisan panjang atau disertasi melibatkan kajian peribadi, ditulis oleh calon bagi suatu kelulusan universiti - "satu tesis kedoktoran".



Kita lihat pula makna hipotesis...


hypothesis

a supposition or proposed explanation made on the basis of limited evidence as a starting point for further investigation - "his ‘steady state’ hypothesis of the origin of the universe"

PHILOSOPHY

a proposition made as a basis for reasoning, without any assumption of its truth.



Terjemahan :-


Suatu anggapan atau cadangan penerangan berdasarkan bukti terhad sebagai titik permulaan bagi siasatan lanjut - (contohnya) "Hipotesis 'steady state (keadaan mantap?)' beliau tentang asal usul alam semesta"

Daripada sudut falsafah -

Suatu cadangan yang dibuat sebagai asas untuk pena'akulan, tanpa apa-apa jangkaan tentang kebenarannya



Masyaallah. Baru saya faham duduk letak perkara. Kalau baru peringkat hipotesis tu kita pun belum yakin, setakat mengutarakan suatu pendapat untuk memulakan satu perbincangan kalau tidak pun penyiasatan/pengkajian. Tesis pula selama ini saya cuma faham makna nombor 2. Ah. Pelik ini. Padalah sejak lebih 20 tahun dahulu saya sudah faham konsep thesis lawan antithesis - suatu pernyataan dengan lawannya yang boleh menerbitkan synthesis - gabungan antara dua faham yang berlawanan. Kenapa boleh terlupa?


Ya. Benar cakap Osman. Saya sendiri sebagai seorang pelajar pasca-siswazah, masuk kembali pengajian setelah lebih 2 dekad meninggalkan pengajian di universiti tidak pernah diterangkan makna sebenar tesis ketika memulakan pengajian. Terus terang cakap, kelas metodologi saya iaitu tentang kaedah-kaedah melakukan penyelidikan pun sebenarnya terasa kelam, tidak banyak membantu. Ini kerana yang mengajar itu lebih biasa dengan kaedah-kaedah kuantitatif iaitu cara-cara mengumpulkan data. Beliau nampaknya tidak biasa dengan kaedah-kaedah kualitatif yang menekan nilai suatu perkara, bukan 'jumlah'nya.

Hal ini pernah disuarakan kepada Osman kerana beliau adalah supervisor atau penyelenggara bagi penulisan tesis saya di ISTAC. Sebetulnya saya sedang menghadapi masalah dalam penulisan tesis. Dahulu lebih pada kaedah. Kini tahu kaedah tetapi menghadapi masalah flow, aliran dan writer's block (sekatan seorang penulis?). 

Saya pernah memberitahu Osman mungkin ini berlaku akibat harus berhadapan kembali dengan apa-apa cabaran psikologi atau jiwa yang pernah dialami sebaik sahaja selesai pengajian sarjana muda di London tahun 1995. Ya. Memang berlaku beberapa perkara yang mengganggu jiwa. Perkara-perkara inilah yang membawa saya untuk membuat keputusan tidak mahu menyambung pengajian walhal peluang sudah terbuka luas walaupun keputusan ijazah saya tidak sebaik yang diharapkan.

Saya cuma dapat 3rd class honours dalam bidang Matematik di University College of London (UCL), kepujian kelas 3. Maklumlah, asyik ponteng kelas, tak buat kerja sampai peperiksaan pun banyak tak hadir. Walhal zaman sekolah rendah dah sekolah menengah dahulu saya selalu dapat markah matematik 100 peratus walaupun sama ponteng sekolah dan selalu buat hal. Disebabkan itu kawan-kawan menganggap saya sebagai seorang genius, cuma ada nakal dan kuat melawan cikgu dan pentadbiran.

Nasib baik walaupun 3rd class ijazah saya masih berharga kerana dianugerahkan oleh sebuah universiti yang sejak beberapa lama tersenarai antara 10 terbaik di dunia. Sebetulnya berlaku masalah pergolakan jiwa yang sangat hebat akibat mula cenderung pada hal-hal kerohanian termasuk ilmu Tasawuf sepanjang 4 tahun berada di London (sepatutnya 3 tahun sahaja tetapi saya kena mengulang tahun 2). Ini ada diceritakan (diluahkan sebenarnya) panjang lebar dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006). Pun begitu, walaupun pemahaman saya tentang matematik dan sains merosot teruk ada pensyarah menyedari bahawa saya memiliki bakat baru terserlah tapi lebih ke bidang seni.

Ini akibat boleh membuat program komputer yang boleh menerbitkan pelbagai wajah manusia secara rawak, siap boleh berkelip-kelip mata dan menggerak-gerakkan mulut. Walhal program yang digunakan iaitu Mathematica itu adalah khas untuk perkara-perkara teknikal seperti membuat simulasi berdasarkan equations atau persamaan-persamaan matematik. Untuk pengetahuan itulah satu-satunya subjek (Mathematica) saya dapat A pada peperiksaan tahun akhir universiti. Lain semua jauh jatuh teruk ke bawah.

Tanpa dipinta, pensyarah menawarkan untuk memberikan recommendation atau sokongan akuan untuk saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana atau Masters di Slade School of Fine Art. Ia adalah cabang seni UCL. Ia sendiri tersenarai antara 10 institusi pengajian terbaik dalam bidang seni bagi peringkat dunia.

Zaman itu, pertengahan tahun 1995 cukup mudah untuk mendapatkan biasiswa bagi menyambung pengajian pasca-siswazah bagi mereka yang sudah sedia berada di luar negara dan baru tamat sarjana muda. Yang diperlukan cuma tawaran tempat. Ada pihak sedia menaja jika sudah ada tawaran itu. Namun begitulah kehidupan. Ada hal-hal tertentu melanda jiwa membuat saya tidak ingin lagi menyambung belajar sampai bila-bila. Selama ini saya ingat boleh melupakannya begitu sahaja, tidak perlu berhadapan dengannya lagi. Siapa sangka lebih 20 tahun kemudian, lebih tepat 23 tahun iaitu pada tahun 2018 timbul rasa untuk menyambung. Siapa sangka selepas itu boleh timbul masalah dalam penulisan tesis walhal berdasarkan pengalaman, ilmu pengetahuan dan tahap pemikiran ia sepatutnya mudah. Ketika itulah tersedar saya harus berhadapan kembali dengan apa-apa perkara yang pernah menyekat jiwa saya tahun 1995.

Sebab itu penulisan buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Hitchhike Solo Eropah Tahun 1995" sangat penting untuk disiapkan sehingga terbit buku Jun 1995. Sesungguhnya semasa timbul gerak untuk melakukannya sekitar waktu itu juga saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di ISTAC. Sebetulnya  penulisan pernah dimulakan hampir penghujung tahun 1996 ketika mula bekerja sebagai wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tetapi dilupakan selepas semua fail penulisan hilang akibat masalah tertentu. Ah. Banyak pula meluahkan rasa disebabkan hal tesis tadi. Namun ia perlu dilakukan juga. Kerana seperti sudah disebut tadi penulisan bagi saya adalah terapi diri. Cuma orang tak faham sahaja menuduh saya menulis untuk meraih nama dan sebagainya.

Tentang keterkaitan buku dengan hal belajar di ISTAC biar dilepaskan/dilengkapkan dengan meletakkan pautan-pautan bagi artikel-artikel tentang buku dan penulisan seperti berikut. Ia diambil daripada sidebar kiri  :-







Kembali pada hal penulisan tesis itu sendiri nasib baik Osman faham lalu tidak menekan. Ketika bertemu di mana-mana kami cuma bercakap tentang hal-hal lain sahaja termasuk tariqat. Tapi saya sedar lambat laun harus menunjukkan juga kemajuan yang memberangsangkan dalam penulisan tesis sebelum dapat mengadakan perbincangan bermakna dengan beliau. Harapan saya adalah dapat menyiapkan lalu mempertahankan dan menerima pengakuan rasmi institusi tentang tesis sebelum masuk 1 Syawal. Walau berdasarkan kadar sekarang siap hujung tahun pun tak tentu.

Berbalik pada hal tesis dalam buku Osman. Dalam perenggan pertama muka surat 47 beliau ada menggunakan istilah "truth claims" (dakwaan kebenaran, terhadap kebenaran) untuk mengulas kriteria atau elemen kedua diketengahkan Al-Farabi dalam menentukan keunggulan/kecemerlangan suatu ilmu. Kata Osman truth claims itu sendiri merupakan suatu tesis kerana mendakwa wujudnya kebenaran bagi suatu perkara. Elemen kedua yang saya nyatakan sebagai "Kedalaman dalam pembuktian ilmu" (terjemahan saya bagi terma profundity of proofs) itu menurut Osman boleh ditafsirkan sebagai metodologi ilmu.



Sekarang baru kita boleh masuk pada bahagian kedua muka surat 47 buku. Baru betul-betul bersambung daripada artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Keunggulan ilmu metafizik dan 'pampasan' Ilahi bagi masyarakat kini. Disebutlah tentang kriteria atau elemen ketiga diberikan Al-Farabi yang telah saya terjemahkan sebagai keluasan (bagi membawa makna immensity) faedah ilmu. Ditambah bahawa ini berdasarkan kenyataan bahawa kedua-dua keperluan praktikal dan spiritual manusia dalam suatu perkara itu memiliki hieraki atau tinggi rendah aturannya. Diberilah contoh ilmu Shariah sebagai memberikan banyak faedah sebegitu lalu dinyatakan ia sebagai bersifat etika-perundangan (ethico-legal). Kata Osman ini berbeza dengan undang-undang seperti diamalkan dunia sekarang. Ia mungkin mengikat daripada segi hukum hakam tertentu tetapi tidak menyeluruh seperti halnya syariah. Contoh saya - Syariah melarang manusia berzina kerana ia bertentangan dengan ajaran agama. Daripada segi kemanusiaan ini bersifat etikal iaitu menjaga moral. Tetapi ini tidak dilarang undang-undang moden. Ia membenarkan mana-mana laki-laki dan perempuan yang cukup umur berzina asalkan masing-masing setuju untuk melakukannya. Tidak ada unsur paksaan seperti kes rogol dan sebagainya.

Saya tidak mahu memanjangkan lagi ulasan mahupun perkongsian daripada muka surat 47 kecuali menambah bahawa kriteria ketiga Al-Farabi untuk menilai kecemerlangan/keunggulan suatu ilmu lalu membentuk hieraki keutamaan dan kepentingan ditafsirkan Osman sebagai asas etika-perundangan suatu ilmu. Maka itu tesis Osman adalah cara Al-Farabi mengatur hieraki ilmu adalah berdasarkan 3 perkaera berikut :-


1. Ontologi ilmu

2. Metodologi ilmu

3. Asas etika-perundangan ilmu

Namun beliau melihat Al-Farabi melebihkan metodologi ilmu. Pergi kita pada muka surat berikut :-



Saya juga tidak mahu memanjangkan ulasan mahupun perkongsian daripada muka surat ini iaitu muka surat 48. Cukuplah dinyatakan Osman berusaha untuk menyelesaikan sub-topik 2.2 sebelum syarahan dijadualkan tamat jam 7.15. Satu perkara penting harus dinyatakan daripada perenggan akhir sub-topik adalah cara Al-Farabi melihat logik (ilmu mantiq) kerana ia terkait rapat dengan teori metodologi beliau. Untuk ini harus difahami ilmu jiwa atau psikologi beliau. Termasuk dalam kefahaman tentang intelek kenabian sebagai alat untuk turunnya wahyu.

Oh. Sebelum itu saya selalu menterjemahkan perkataan Inggeris intellect sebagai kebijaksaan. Setelah beberapa lama didapati ia tidak sesuai dan tidak memadai lalu lebih elok digunakan perkataan diMelayukan intelek. Dalam perenggan Osman menyatakan psikologi Al-Farabi dan teori beliau tentang fakulti (alat-alat?) roh (faculties of the soul) akan diperincikan dalam bab ini (Bab 2). Teori Al-Farabi tentang kaitan antara wahyu, intelek dan aqal (reason) akan diterangkan dalam bab seterusnya (Bab 3). Begitu juga perbincangan tentang metodologi beliau.





Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Penulisan tesis sebagai pembuktian dakwaan yang diyakini benar

$
0
0

Salam semua. Semalam petang Rabu 4 Mac berlangsunglah edisi ke-4 siri syarahan buku "Classification of Knowledge in Islam" (Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Islam") oleh Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar bagi tahun 2020 di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Walaupun sukakan siri kerana ada sahaja ilmu baru menarik dapat diperolehi saya hampir-hampir tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Ini ceritanya.


Sepertimana halnya pada setiap kali syarahan saya memang ingin dan berusaha untuk pergi. Isteri sudah sedia maklum. Kali ini beliau menyiapkan sehelai baju Melayu berlengan pendek petak-petak dengan seluar silat berwarna merah untuk pakaian saya seawal jam 7.30 pagi. Tentunya saya sendiri berkobar-kobar untuk pergi walaupun beberapa hari kebelakangan merasakan badan kurang sihat dan begitu lemah. Entah kenapa sekembalinya dari permusafiran kecil hujung minggu lalu di mana saya menginap 2 malam di luar terasa begitu penat sehingga asyik terlantar di pembaringan. Lihat artikel-artikel yang melibatkan permusafiran tersebut :-





Semalam seorang anak pula demam dan sakit-sakit tekak lalu tidak dapat ke sekolah. Selepas menghantarnya ke klinik tengah hari saya pula merasakan diri semakin berat. Masuk jam 2 saya memaklumkan kepada isteri besar kemungkinan tidak jadi ke ISTAC. Kecuali berlaku sesuatu yang mengubah keadaan selepas jam 4. Sementara itu timbul gerak untuk membuat artikel tentang pembentangan pertama dalam satu acara yang telah dilaksanakan di ISTAC kurang 2 minggu lalu. Lihat artikel-artikel berikut yang telah dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-






Ditakdirkan artikel pembentangan itu dapat disiapkan lalu dipaparkan sebelum jam 4. Lihat Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia. Terus timbul tenaga baru dan semangat untuk mengikuti syarahan di ISTAC. Sesungguhnya membuat penulisan itu adalah satu bentuk terapi diri buat saya.  Ia adalah cara meluahkan rasa seraya melapangkan dada sambil berkongsi ilmu juga pengalaman hidup dengan jujur. 

Cuma selepas itu saya mengambil masa untuk untuk bersiap dan melepaskan hajat. Itupun tak jadi pakai apa yang isteri sediakan, cuma pakai ringkas sahaja. Pakaian yang disediakan isteri mungkin boleh digunakan bagi tujuan lain hujung minggu. Selepas menunaikan solat Asar di rumah baru bergerak 40 km ke ISTAC. 

Masuk ke bilik persidangan yang digunakan untuk syarahan sudah jam 5.35 petang sedangkan syarahan dijadualkan bermula jam 5.15. Apa yang dapat ditangkap ketika itu adalah Osman menyebut tentang kelebihan ilmu matematik. Kata beliau tanpa matematik sains tidak dapat berfungsi. Kedengaran beliau menyebut ini dalam konteks untuk menerangkan kenapa ilmuwan silam Islam, Al-Farabi  meletakkan ilmu geometri sebagai suatu cabang ilmu ulung disebabkan pembuktian yang mendalam (profundity of proofs). Geometri pula adalah satu cabang penting dalam ilmu matematik. Pada zaman dahulu ia mungkin ilmu matematik paling penting.

Sekadar mengingatkan, buku "Classification of Knowledge in Islam" mengenengahkan cara fikir 3 orang ulamak silam Islam dan bagaimana mereka membuat klasifikasi atau mengatur jenis-jenis ilmu. Pada peringkat ini siri syarahan masih bersekitar pada pemikiran Al-Farabi. Osman turut menyebut ilmu matematik sebagai queen of science - permaisuri bagi ilmu-ilmu sains. Ini menimbulkan pertanyaan bagi saya - kenapa ia diletakkan sebagai bersifat feminin atau keperempuanan? Jawab beliau kerana keindahan yang ada pada ilmu matematik. Ia tidak bersifat keras atau memaksa seperti halnya sifat-sifat kejantanan. Ia boleh meresap lembut ke dalam jiwa apabila dapat difahami dengan betul...


Ketika itu saya masih tertanya-tanya pada ayat manakah buku syarahan sedang bersambung lalu Osman mengulas dan memanjangkan? Berdasarkan syarahan minggu lepas, syarahan Rabu semalam seharusnya bermula daripada separuh kedua muka surat 47. Lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Keunggulan ilmu metafizik dan 'pampasan' Ilahi bagi masyarakat kini. Setelah beberapa lama baru tersedar rupa-rupanya beliau telah berpatah balik ke pertengahan muka surat 46. Kelihatan ia dibawa kembali pada permulaan subtopik 2.2 (daripada Bab 2). Nampaknya ini dibuat bagi faedah ramai muka baru yang muncul dalam syarahan kali ini.



Walaupun berpatah balik muncul ulasan-ulasan baru yang menambahkan lagi ilmu. Misalnya penggunaan perkataan ontologi pada perenggan pertama muka surat 47 yang sebenarnya merupakan sambungan daripada perenggan terakhir muka surat 46. Dahulu ia disebut begitu sahaja tanpa dipanjangkan maksud dan konteksnya. Untuk pengetahuan ontologi adalah satu cabang ilmu metafizik. Dalam syarahan lalu metafizik telah dinyatakan sebagai ilmu al-Ilahi atau ilmu keTuhanan. Ontologi pula merujuk khas pada persoalan kewujudan diri (nature of being). 

Kali ini Osman menyatakan ia sebagai salah satu tesis beliau tentang perkara. Beliau merujuk pada kata-kata Al-Farabi tentang bagaimana keunggulan suatu ilmu sains boleh dilihat daripada salah satu daripada 3 perkara. Biar disalin kembali (copy paste) bahagian berkenaan daripada artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Keunggulan ilmu metafizik dan 'pampasan' Ilahi bagi masyarakat kini.


-----------------


Elemen-elemen yang menentukan kecemerlangan suatu ilmu sains mahupun seni ini adalah seperti berikut :-


1. 'Kebangsawanan' perkara dalam ilmu tersebut. Saya terjemahkan terus daripada ungkapan 'nobility of subject matter' kerana tidak tahu apakah perkataan Melayu yang sesuai untuk membawa makna nobility ini. Yang faham adalah makna nobility yang memang terjemahan terusnya (direct translation) adalah kebangsawanan.  Ia membawa makna sifat-sifat kemuliaan seperti tidak pentingkan diri sendiri, selalu memikirkan kemaslahatan orang lain melebihi diri sendiri dan sedia berkorban demi menegakkan kebenaran. Hmm... mungkin kita boleh gunakan ungkapan "kemuliaan suatu perkara".

2. Kedalaman dalam pembuktian ilmu (profundity of proofs). Maksudnya begitu bermakna dan dalamnya perkara dalam membuktikan kebenaran ilmu tersebut

3.  Keluasan (immensity) faedah ilmu. Ini lebih jelas. Faedah-faedah yang diberikan oleh suatu ilmu.



-----------------


Menurut Osman apa yang disebut Al-Farabi sebagai 'kebangsawanan' atau 'kemuliaan' suatu ilmu itu boleh ditafsirkan sebagai asas ontologi bagi ilmu tersebut. Ini adalah tesis beliau lalu diberitahulah kepada khalayak bahawa buku  "Classification of Knowledge in Islam" merupakan tesis PhDnya suatu masa dahulu. Tentang perkara ini sudah disebut beberapa kali dalam artikel-artikel terdahulu. Apa yang menarik kali ini adalah Osman menerangkan apakah makna sebenar tesis. Ia bukanlah semata-mata kertas kerja yang perlu dibuat untuk mendapatkan kelulusan peringkat sarjana (Masters) mahupun PhD. Ia adalah suatu dakwaan itu sendiri. Misalnya apabila mengatakan 'kemuliaan' suatu ilmu adalah asas ontologi ilmu tersebut. Ini sudah satu tesis.

Seorang hadirin menyampuk dengan mengatakan bukankah dakwaan sebegini baru peringkat hipotesis? Kerana ia belum dibuktikan benar? Jawab Osman tidak. Kalau kita yakin itu adalah benar maka ia sudah suatu tesis. Tesis sebenarnya adalah suatu dakwaan yang kita yakini adalah benar. Ia mungkin pernyataan dalam satu ayat sahaja. Tetapi untuk membuktikannya? Itu yang boleh keluar hujah satu buku.

Kata Osman banyak pelajar sekarang tidak diajar apakah makna sebenar tesis. Tahu-tahu sahaja dah kena tulis tesis. Tu yang ramai keliru. Saya pun menyemak makna tesis menggunakan enjin pencarian (seach engine) Google di Internet. Begini jawabannya :-


thesis

1.a statement or theory that is put forward as a premise to be maintained or proved. - "his central thesis is that psychological life is not part of the material world"

2. a long essay or dissertation involving personal research, written by a candidate for a university degree. "a doctoral thesis"


Terjemahan saya :-

1. Suatu kenyataan atau teori yang dikehadapankan sebagai suatu premis untuk dipertahankan atau dibuktikan - (contohnya) "Tesis utamanya adalah kehidupan psikologi bukan sebahagian daripada dunia material"

2. Satu penulisan panjang atau disertasi melibatkan kajian peribadi, ditulis oleh calon bagi suatu kelulusan universiti - "satu tesis kedoktoran".



Lihat pula makna hipotesis...


hypothesis

a supposition or proposed explanation made on the basis of limited evidence as a starting point for further investigation - "his ‘steady state’ hypothesis of the origin of the universe"

PHILOSOPHY

a proposition made as a basis for reasoning, without any assumption of its truth.



Terjemahan :-

Suatu anggapan atau cadangan penerangan berdasarkan bukti terhad sebagai titik permulaan bagi siasatan lanjut - (contohnya) "Hipotesis 'steady state (keadaan mantap?)' beliau tentang asal usul alam semesta"

Daripada sudut falsafah -

Suatu cadangan yang dibuat sebagai asas untuk pena'akulan, tanpa apa-apa jangkaan tentang kebenarannya



Masyaallah. Baru saya faham duduk letak perkara. Kalau baru peringkat hipotesis tu kita pun belum yakin, setakat mengutarakan suatu pendapat untuk memulakan satu perbincangan kalau tidak pun penyiasatan/pengkajian. Tesis pula selama ini saya cuma faham makna yang nombor 2. Ah. Pelik ini. Padahal sejak lebih 20 tahun dahulu saya sudah faham konsep thesis lawan antithesis - suatu pernyataan dengan lawannya yang boleh menerbitkan synthesis - gabungan antara dua faham yang berlawanan. Kenapa boleh terlupa?

Ya. Benar cakap Osman. Saya sendiri sebagai seorang pelajar pasca-siswazah, masuk kembali pengajian setelah lebih 2 dekad meninggalkan pengajian di universiti tidak pernah diterangkan makna sebenar tesis ketika memulakan pengajian. Terus terang cakap, kelas metodologi saya iaitu tentang kaedah-kaedah melakukan penyelidikan pun sebenarnya terasa kelam, tidak banyak membantu. Ini kerana yang mengajar itu lebih biasa dengan kaedah-kaedah kuantitatif iaitu cara-cara mengumpulkan data. Beliau nampaknya tidak biasa dengan kaedah-kaedah kualitatif yang menekan nilai suatu perkara, bukan 'jumlah'nya.

Hal ini pernah disuarakan kepada Osman kerana beliau adalah supervisor atau penyelenggara bagi penulisan tesis saya di ISTAC. Kata beliau ia adalah satu kepincangan yang beliau akan usaha perbetulkan dalam kurikulum pelajaran seterusnya.  Sebetulnya saya sedang menghadapi masalah dalam penulisan tesis. Dahulu lebih pada kaedah. Kini sudah tahu kaedah tetapi menghadapi masalah flow, aliran dan writer's block (sekatan seorang penulis?) pula. 

Saya pernah memberitahu Osman mungkin ini berlaku akibat harus berhadapan kembali dengan apa-apa cabaran psikologi atau jiwa yang pernah dialami sebaik sahaja selesai pengajian sarjana muda di London tahun 1995. Ya. Memang berlaku beberapa perkara yang mengganggu jiwa. Perkara-perkara inilah yang membawa saya untuk membuat keputusan tidak mahu menyambung pengajian walhal peluang sudah terbuka luas walaupun keputusan ijazah saya tidak sebaik yang diharapkan.

Saya cuma dapat 3rd class honours dalam bidang Matematik di University College of London (UCL), kepujian kelas 3. Maklumlah, asyik ponteng kelas, tak buat kerja sampai peperiksaan pun banyak tak hadir. Walhal zaman sekolah rendah dah sekolah menengah dahulu selalu dapat markah matematik 100 peratus walaupun sama ponteng sekolah dan selalu buat hal. Disebabkan itu kawan-kawan menganggap saya sebagai seorang genius. Cuma ada nakal, kuat melawan cikgu dan pentadbiran.

Nasib baik walaupun 3rd class ijazah saya masih berharga kerana dianugerahkan oleh sebuah universiti yang sejak beberapa lama tersenarai antara 10 terbaik di dunia. Sebetulnya berlaku masalah pergolakan jiwa yang sangat hebat akibat mula cenderung pada hal-hal kerohanian termasuk ilmu Tasawuf sepanjang 4 tahun berada di London (sepatutnya 3 tahun sahaja tetapi saya kena mengulang tahun 2). Ini ada diceritakan (diluahkan sebenarnya) panjang lebar dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006). Pun begitu, walaupun pemahaman saya tentang matematik dan sains merosot teruk ada pensyarah menyedari bahawa saya memiliki bakat baru terserlah tapi lebih ke bidang seni.

Ini akibat boleh membuat program komputer yang boleh menerbitkan pelbagai wajah manusia secara rawak, siap boleh berkelip-kelip mata dan menggerak-gerakkan mulut. Walhal program yang digunakan iaitu Mathematica itu adalah khas untuk perkara-perkara teknikal seperti membuat simulasi berdasarkan equations atau persamaan-persamaan matematik. Untuk pengetahuan itulah satu-satunya subjek (Mathematica) saya dapat A pada peperiksaan tahun akhir universiti. Lain semua jauh jatuh teruk ke bawah.

Tanpa dipinta, pensyarah menawarkan untuk memberikan recommendation atau sokongan akuan untuk saya menyambung pengajian peringkat sarjana atau Masters di Slade School of Fine Art. Ia adalah institusi cabang seni bagi UCL. Ia sendiri tersenarai antara 10 institusi pengajian terbaik dalam bidang seni bagi peringkat dunia. Tak mustahil saya dapat menyambung kalau mengambil peluang itu.

Zaman itu, pertengahan tahun 1990an cukup mudah untuk mendapatkan biasiswa pengajian pasca-siswazah bagi mereka yang sudah sedia berada di luar negara, baru tamat sarjana muda. Yang diperlukan cuma tawaran tempat sahaja. Ada pihak sedia menaja jika sudah ada tawaran itu. Namun begitulah kehidupan. Ada hal-hal tertentu melanda jiwa membuat saya tidak ingin lagi menyambung belajar sampai bila-bila. Selama ini ingat boleh melupakannya begitu sahaja, tidak perlu berhadapan dengannya lagi. 

Siapa sangka lebih 20 tahun kemudian, lebih tepat 23 tahun iaitu pada tahun 2018 timbul rasa untuk menyambung pengajian setelah lama melupakan? Rujuk artikel Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia. Siapa sangka selepas itu boleh timbul masalah dalam penulisan tesis walhal berdasarkan pengalaman, ilmu pengetahuan dan tahap pemikiran ia sepatutnya mudah. Setelah beberapa lama baru tersedar saya nampaknya harus berhadapan kembali dengan apa-apa perkara yang pernah menyekat jiwa tahun 1995.

Sebab itu penulisan buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Hitchhike Solo Eropah Tahun 1995" sangat penting untuk disiapkan sehingga terbit buku Jun 1995. Sesungguhnya semasa timbul gerak untuk melakukannya sekitar waktu itu juga saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di ISTAC. Sebetulnya  penulisan pernah dimulakan hampir penghujung tahun 1996 ketika mula bekerja sebagai wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tetapi dilupakan selepas semua fail penulisan hilang akibat masalah tertentu. Ah. Banyak pula meluahkan rasa disebabkan hal tesis tadi. Namun ia perlu dilakukan juga. Kerana seperti sudah disebut tadi penulisan bagi saya adalah terapi diri. Cuma orang tak faham sahaja menuduh saya menulis untuk meraih nama, syok sendiri dan sebagainya.

Tentang keterkaitan buku dengan hal belajar di ISTAC biar dilepaskan/dilengkapkan dengan meletakkan pautan-pautan bagi artikel-artikel tentang buku dan penulisan seperti berikut. Ia diambil daripada sidebar kiri blogspot ini, dalam ruangan khas tentang buku-buku yang pernah ditulis lalu diterbitkan dengan nama saya  :-







Kembali pada hal penulisan tesis itu sendiri nasib baik Osman faham lalu tidak menekan. Ketika bertemu di mana-mana kami cuma bercakap tentang hal-hal lain sahaja termasuk bab tariqat. Tapi saya sedar lambat laun harus menunjukkan juga kemajuan yang memberangsangkan dalam penulisan tesis sebelum dapat mengadakan apa-apa perbincangan bermakna. Harapan saya adalah dapat menyiapkan lalu mempertahankan dan menerima pengakuan rasmi institusi tentang tesis sebelum masuk 1 Syawal. Walau berdasarkan kadar sekarang siap hujung tahun pun tak tentu.

Berbalik pada hal tesis dalam buku Osman. Dalam perenggan pertama muka surat 47 beliau ada menggunakan istilah "truth claims" (dakwaan kebenaran, terhadap kebenaran) untuk mengulas kriteria atau elemen kedua diketengahkan Al-Farabi dalam menentukan keunggulan/kecemerlangan suatu ilmu. Kata Osman truth claims itu sendiri merupakan suatu tesis kerana mendakwa wujudnya kebenaran bagi suatu perkara. Elemen kedua yang saya nyatakan sebagai "Kedalaman dalam pembuktian ilmu" (terjemahan saya bagi terma profundity of proofs) itu menurut Osman boleh ditafsirkan sebagai metodologi ilmu.



Sekarang baru boleh masuk pada bahagian kedua muka surat 47 buku. Baru betul-betul bersambung daripada artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Keunggulan ilmu metafizik dan 'pampasan' Ilahi bagi masyarakat kini. Disebutlah tentang kriteria atau elemen ketiga diberikan Al-Farabi yang telah saya terjemahkan sebagai keluasan (bagi membawa makna immensity) faedah ilmu. Ditambah bahawa ini berdasarkan kenyataan bahawa kedua-dua keperluan praktikal dan spiritual manusia dalam suatu perkara memiliki hieraki atau tinggi rendah aturannya. 

Diberilah contoh ilmu Syariah sebagai memberikan banyak faedah sebegitu lalu dinyatakan ia sebagai bersifat etika-perundangan (ethico-legal). Kata Osman ini berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia seperti diamalkan dunia sekarang. Ia mungkin mengikat daripada segi hukum hakam tertentu tetapi tidak menyeluruh seperti halnya syariah. Contoh saya - Syariah melarang manusia berzina kerana ia bertentangan dengan ajaran agama. Daripada segi kemanusiaan ini bersifat etikal iaitu menjaga moral. Tetapi ini tidak dilarang oleh undang-undang moden negara. Undang-undang moden malah membenarkan mana-mana laki-laki dan perempuan yang cukup umur berzina asalkan masing-masing setuju untuk melakukannya. Kalau ada unsur paksaan seperti kes rogol dan sebagainya baru boleh didakwa kerana melanggar undang-undang...

Saya tidak mahu memanjangkan lagi ulasan mahupun perkongsian daripada muka surat 47 kecuali menambah bahawa kriteria ketiga Al-Farabi untuk menilai kecemerlangan/keunggulan suatu ilmu lalu membentuk hieraki keutamaan dan kepentingan ditafsirkan Osman sebagai asas etika-perundangan suatu ilmu. Maka itu tesis Osman adalah cara Al-Farabi mengatur hieraki ilmu adalah berdasarkan 3 perkara berikut :-


1. Asas ontologi ilmu

2. Metodologi ilmu

3. Asas etika-perundangan ilmu


Namun beliau melihat Al-Farabi melebihkan metodologi ilmu daripada yang lain. Pergi kita pada muka surat berikut :-




Saya juga tidak mahu memanjangkan ulasan mahupun perkongsian daripada muka surat ini iaitu muka surat 48. Cukuplah dinyatakan Osman berusaha untuk menyelesaikan sub-topik 2.2 sebelum syarahan dijadualkan tamat jam 7.15. Satu perkara penting harus dinyatakan daripada perenggan akhir sub-topik adalah cara Al-Farabi melihat logik (ilmu mantiq) kerana ia terkait rapat dengan teori metodologi beliau. Untuk ini harus difahami ilmu jiwa atau psikologinya. Termasuk dalam ini adalah kefahaman tentang intelek kenabian sebagai alat untuk turunnya wahyu.

Oh. Sebelum ini saya selalu menterjemahkan perkataan Inggeris intellect sebagai kebijaksanaan. Setelah beberapa lama didapati ia tidak sesuai dan tidak memadai lalu lebih elok digunakan perkataan diMelayukan intelek. Dalam perenggan Osman menyatakan psikologi Al-Farabi dan teorinya tentang fakulti roh (faculties of the soul) akan diperincikan dalam bab ini (Bab 2). Teori Al-Farabi tentang kaitan antara wahyu, intelek dan aqal (reason) akan diterangkan dalam bab seterusnya (Bab 3). Begitu juga perbincangan tentang metodologi beliau.



Viewing all 1486 articles
Browse latest View live