Quantcast
Channel: CATATAN SI MERAH SILU
Viewing all 1493 articles
Browse latest View live

Dari "Berpetualang" ke pengembaraan demi pengembaraan ke merata ceruk rantau

$
0
0
Satu gambar daripada perjalanan saya dan isteri ke Aceh pertengahan tahun 2009. Ketika itu isteri sedang mengandungkan seorang anak 6 bulan...



Malam ini tergerak saya untuk meneliti tajuk-tajuk artikel yang sudah dipersembahkan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU sejak ia dibuka lebih 12 tahun lalu. Artikel bertajuk Apa-apa aje le... menjadi persembahan pertama seiring dengan pembukaan blogspot pada petang Ahad 12 November 2006. Ini disusuli dengan artikel Mukadimah: Kenapa Berpetualang? dan Kenapa beriya-iya sangat? dalam tempoh sejam lebih selepas itu..

Secara rata-rata artikel-artikel awal sehingga penghujung tahun 2007 terdiri daripada sedutan-sedutan terpilih daripada tiga buku pertama saya dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh". Untuk makluman, buku pertama yang memiliki tajuk tambahan "Mencari Diri dan Erti" terbit Jun 2006 diikuti buku kedua "Membela Syiar yang Asal" (Mei 2007) dan buku ketiga "Sirih Pulang ke Gagang?" (November 2007). Turut dikongsikan cerita-cerita usaha-usaha promosi buku juga pengembaraan-pengembaraan berkaitan.

Memang pun blogspot ini asalnya dibuka untuk mempromosikan siri trilogi. Selepas beberapa lama baru mula dikongsikan cerita-cerita pengembaraan yang tiada kena mengena dengan buku. Pada ketika menulis ayat ini CATATAN SI MERAH SILU yang merupakan blogspot utama saya sudah memiliki 1,735 buah artikel. Saya juga telah berkongsi 1,951 artikel di blogspot  berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH dan 1,936 artikel di blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Dalam proses penelitian tajuk-tajuk artikel lama baru tersedar dan teringat bahawa saya mula blogging atau menulis di blogspot bukan di CATATAN SI MERAH SILU tetapi di BERPETUALANG KE ACEH. Artikel pembukanya, A New Beginning yang dibuat petang Jumaat 10 November 2006 menerangkan ini dilakukann atas saranan seorang bapa saudara yang mula blogging beberapa bulan lebih awal. Kata beliau blogging ini menenangkan dan menjadi semacam ubat dan penawar jiwa dalam melalui pelbagai liku kehidupan. Saya sendiri dapat merasakan ketenangan itu setelah meluahkan secara jujur beberapa perkara yang bermain dalam fikiran.

Sambil itu blogspot BERPETUALANG KE ACEH diterbitkan untuk menjadi wadah bagi menterjemahkan siri trilogi "Berpetualang ke Aceh" ke dalam bahasa Inggeris secara berperingkat (konon... :]). Setelah dua hari dimulakan terus timbul rasa elok juga dibuat sekali blogspot dalam bahasa Melayu untuk mempromosikan isi buku lalu terbitlah CATATAN SI MERAH SILU dua hari kemudian. SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula dimulakan pada pagi Sabtu 18 November 2006 untuk berkongsi minat berkenaan seni Melayu lama terutama rumah tradisional. Setelah beberapa lama ia menjadi wadah untuk berkongsi cerita tentang bangunan-bangunan bersejarah dan menarik yang dilawati dalam pengembaraan demi pengembaraan ke merata ceruk rantau.

Blogspot BERPETUALANG KE ACEH mula menjadi wadah untuk berkongsi cerita tentang tempat-tempat yang memberikan pemandangan menarik dan sebagainya. Lalu kedua-dua blogspots menjadi tempat melepaskan artikel-artikel sokongan bagi membantu penceritaan keseluruhan pengembaraan yang dipersembakan dalam CATATAN SI MERAH SILU. Saya tergerak untuk  meneliti tajuk-tajuk artikel lama agar dapat mengumpulkan artikel-artikel kompilasi tentang pengembaraan-pengembaraan yang telah dikongsikan setakat ini. Biar diatur menurut kronologi atau turutan masa bilakah ia dipersembahkan. Nota akan ditambah jika pengembaraan atau peristiwa yang diceritakan berlaku pada tahun yang tidak sama dengan tahun ia dikongsi.


2007

1. Koleksi gambar BKA tour run untuk tatapan semua...
(Lokasi : Beberapa tempat di Semenanjung Malaysia)

2. Mengenang BKA tour run pula...
(Lokasi : Seperti di atas)


2008

1. Satu renungan sementara menunggu saat dan ketika yang sesuai...
(Perjalanan berlaku penghujung 2007 hingga awal 2008. Lokasi : Semua daerah di negeri Johor)

2. Selesai bab Utara, sampai masa ke Timur pula. Sambil merenung pengalaman dahulu untuk bekalan perjalanan seterusnya...
(Lokasi : Beberapa tempat di negeri Kedah dan Perak)

3. Tamat cerita kembara terbaru Pantai Timur @ tamat juga kembara post-BKA... Masa untuk kembali ke kehidupan biasa seperti orang lain...
(Lokasi : Beberapa tempat di Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan)

4. Kembara Negeri Sembilan 18 Mei... Akan disambung tak lama nanti?
(Lokasi : Beberapa tempat di Negeri Sembilan)

5. Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!
(Lokasi : Beberapa tempat di Perak)


2009

1. Satu Jumaat dan projek buku masjid
(Perjalanan berlaku penghujung 2008, Lokasi : Masjid-masjid terpilih di hampir seluruh Semenanjung Malaysia)

2.  Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC
(merujuk kepada pengembaraan sama seperti di atas)

3. Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya...
(Peristiwa dan pengembaraan berlaku tahun 2005. Lokasi : Sekitar Lembah Klang membawa ke kota Madinah dan Mekah)

4. Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur...
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)

5. Mengenang lawatan spontan ke Singapura 2006...
(Perjalanan berlaku tahun 2006. Lokasi : Beberapa tempat di Singapura)


2010

1. Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan"
(Perjalanan berlaku hampir penghujung 2009. Lokasi : Beberapa tempat di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak)

2. Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"...
(Perjalanan berlaku penghujung 2009. Lokasi : Beberapa tempat di Johor dan Singapura)

3. Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak"
(Perjalanan berlaku penghujung 2009. Lokasi : Beberapa tempat di Selangor, Melaka, Muar dan Pahang)

4. Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)

5. Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!
(Lokasi : Beberapa tempat di Perak)

6. Tempat-tempat di Selangor yang membuka jaringan ilham...
(Lokasi : Beberapa tempat di Selangor)

7. Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat
(Lokasi : Beberapa tempat di Perak)

8. Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)

9.  Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula...
(Lokasi : Beberapa tempat di Muar)

10. Pembongkaran yang bakal menggegarkan dua keSultanan?
(Lokasi : Beberapa tempat di Selangor dan Perak

11. Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya
(Lokasi : Beberapa tempat di Selangor, Muar dan Melaka)

12. Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?
(Lokasi : Beberapa tempat di Perak)

13.  Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos
(Lokasi : Beberapa tempat di negara Brunei membawa ke Labuan dan Miri, Sarawak)

14. Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar
(Pengembaraan dibuat pertengahan 2009. (Lokasi : Beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Pulau Besar, Melaka)

15. Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak...
(Pengembaraan dibuat pertengahan 2009. Lokasi : Beberapa tempat di Selangor dan Perak)

16. Kesukaan pada sungai
(Meliputi pengembaraan-pengembaraan pada tahun-tahun sebelumny. (Lokasi : Seluruh Semenanjung Malaysia dan beberapa tempat di luar negara)

17. Projek buku keretapi
(Lokasi : Seluruh Semenanjung Malaysia membawa ke Singapura dan selatan Thailand)

18. Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah...
(Lokasi : Beberapa tempat di Singapura)



2011

1. Susah-payah mencari jejak Merong
(Perjalanan dibuat hampir penghujung 2010. (Lokasi : Beberapa tempat di Kedah membawa ke Hatyai di selatan Thailand, Perlis, Pulau Pinang dan Perak )

2.  Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur"
(pengembaraan berlaku penghujung 2010 hingga awal 2011. Lokasi : Beberapa tempat di Pahang, Kelantan dan Terengganu)


2012

1. Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar tahun 2008
(pengembaraan dibuat tahun 2008. Lokasi : Beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Pulau Besar, Melaka)

2. Siri refleksi sejarah...
(Daripada majlis ilmu di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia sejak penghujung 2009)

3. Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'"
(Pengembaraan berlaku penghujung 2011. Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)

4.  Koleksi Kembara Johor-Riau
(Pengembaraan berlaku penghujung 2011. (Lokasi : Beberapa tempat di Johor, Singapura dan Pulau Bentan)

5. Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...
(Lokasi : Separuh Semenanjung Malaysia)

6.  Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"
(Lokasi : Lebih separuh Pulau Jawa)

7. Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun
(Lokasi : Beberapa tempat di Pahang dan Perak)

8. Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete
(Lokasi : Beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan)


2013

1. Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun
(Pengembaraan berlaku penghujung 2012. (Lokasi : Beberapa tempat di Kelantan, Langkawi dan Perak)

2. Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km
(Lokasi : Beberapa tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang)

3. Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat....
(Lokasi : Beberapa tempat di kota Madinah dan Mekah)

4. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation
(Lokasi : Beberapa tempat di Sulawesi Selatan)


2014

1.  Kompilasi Misi HIKMAH Pulau Pinang
(Pengembaraan berlaku penghujung 2013. Lokasi : Beberapa tempat di Pulau Pinang)

2. Berjayanya misi HIKMAH Aceh
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)

3. Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang melampau
(Lokasi : Sekitar Jogjakarta, Jawa Tengah)


2015

1. Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)

2. Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation
(Lokasi : Beberapa tempat di Pulau Pinang dan Perak)

3.Jejak Kalimantan Barat – Compiled
(Lokasi : Beberapa tempat di Kalimantan Barat)

4. Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled
(Pengembaraan berlaku penghujung 2014. Lokasi : Beberapa daera di Johor terutama Kota Tinggi)

5. Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation
(Pengembaraan berlaku penghujung 2014. Lokasi : Beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak)

6. Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran
(Daripada majlis ilmu di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia sejak penghujung 2009)

7. Mengabadikan HIKMAH dan perjuangannya
(Daripada menganjurkan majlis-majlis ilmu sendiri di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia membawa ke Aceh sejak penghujung 2012)

8. Menjayakan projek dokumentari Daulah Melayu
(Daripada pengembaraan dan penggambaran untuk satu projek rencana televisyen. Lokasi : Beberapa tempat di Semenanjung Malaysia)


2016

1. Daulah Melayu di Jawa Timur - Baru buat kompilasi
(Daripada pengembaraan untuk penggambaran hampir penghujung 2015. Beberapa tempat di Jawa Tmur)

2. Mengharapkan terungkai lebih banyak perkara tersurat dan tersirat daripada perjalanan 3 kali ke Pantai Timur dalam tempoh dua bulan
(Lokasi : Beberapa tempat di Kelantan)

2017

1. Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation
(Lokasi : Beberapa tempat di Kelantan membawa ke selatan Thailand. Beberapa tempat di Patani, Songkhla dan Hatyai diikuti Kedah, Pulau Pinang dan Perak)

2. Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation
(Lokasi : Sumatera Barat membawa ke propinsi atau wilayah Riau)

3. Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)


2018

1.Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation 
(Pengembaraan berlaku penghujung 2017. Lokasi : dari Malaysia membawa ke selatan Thailand naik ke Segenting Kra terus ke Bangkok dan Ayutthaya)

2. Jejak Wasilah Patani - The compilation
(Masuk selatan Thailand melalui Perak, pusing Patani sebelum keluar melalui Kelantan)


Apa yang dikumpulkan ini adalah pautan untuk artikel-artikel kompilasi. Bermakna setiap artikel mengandungi pautan artikel-artikel yang membentuk satu siri pengembaraan yang sudah lengkap diceritakan daripada mula sampai habis. Ada pula artikel bersiri yang tidak pernah dikumpul atau dibuat kompilasi pautan lalu tidak masuk dalam senarai. Selain itu banyak lagi perjalanan telah dilakukan di celah-celah itu yang tidak diceritakan secara bersiri lalu tidak mendapat tempat di sini.



Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Jumaat di Ayutthaya dan kawasan menghadap kiblat

$
0
0
Salam Jumaat. Penceritaan perjalanan saya dan keluarga di Cambodia dan Thailand sudah masuk hari ke-9 perjalanan. Bersambung daripada artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Battambang-Poipet-Bangkok-Ayutthaya dengan pelbagai jenis pengangkutan.


Pagi Jumaat 30 November 2018 iaitu tepat 8 minggu lalu. Setelah mendapat rehat yang cukup di rumah penginapan kami di kota Ayutthaya saya melihat keluar.


Beginilah rupa rumah penginapan tersebut. Saya melihat dari atas rumah bot di tepi Sungai Chao Phraya. Lihat artikel The Chao Phraya from Ayutthaya Riverside House di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 


Lokasi dan suasana memang nyaman dan menenangkan. Selain itu ada satu faktor besar menyebabkan saya memilihnya untuk menginap.


Betul-betul di sebelah rumah penginapan terdapat satu kompleks kuil Buddha.


Menariknya semua bangunan kuil di dalamnya menghadap kiblat iaitu Ka'abah di Mekah! Lihat artikel Wat Kasatrathirat Worawihan, Ayutthaya di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sebetulnya semua bangunan dalam kawasan berdekatan termasuk rumah penginapan kami dibina menghadap kiblat. Kenapa ya? Itu yang kami mahu siasat...


Jam 11 pagi kami pun check-out lalu bersedia untuk menjelajah.


Kami tempah tuk tuk yang telah menghantar kami dari stesyen kereta api ke rumah penginapan pada malam sebelumnya.


Tidak seperti di Cambodia tuk tuk di Thailand rata-rata lebih rendah. Kalau duduk atas kerusi boleh sakit kepala kena tunduk mengelak langgar bumbung. Saya memilih untuk duduk di lantai menghadap ke belakang agar lebih selesa untuk meninjau persekitaran.


Kami singgah di bangunan ini yang terletak berseberangan sungai dari rumah penginapan. Letaknya dalam lingkungan kawasan kota lama Ayutthaya yang dikeliling Sungai Chao Phraya dan satu lagi sungai sehingga menjadi pulau.


Muzium ini didedikasikan untuk satu watak terkenal dalam sejarah kerajaan Ayuthia. Beliau adalah Permaisuri Suriyothai yang terkenal kerana mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan suaminya, Raja Maha Chakkraphat (memerintah Ayuthia 1548-1564 dan 1568-1569) ketika tentera Burma menyerang. Lihat Muzium (Museum of) Suriyothai, Ayutthaya.


Kami ke muzium disebabkan monumen di sebelahnya.


Ia adalah monumen yang dikatakan menempatkan abu mayat Suriyothai. Lihat Chedi Sri Suriyothai.


Ini pula Sungai Chao Phraya di hadapan monumen.  Kelihatan di tengah gambar kompleks kuil yang terletak di sebelah rumah penginapan kami. Semua kawasan yang kelihatan baik ke kiri mahupun kanan sungai menghadap kiblat. Begitu juga bangunan-bangunan. Lihat Chao Phraya river in front of Chedi Sri Suriyothai


Melalui papan panduan di hadapan muzium kami dapat tahu lokasi tapak dan tinggalan istana terawal kerajaan Ayuthia sudah tidak jauh dari situ. Ia telah dijadikan kuil. Lihat Wat Phra Si Sanpeth, Ayutthaya.


Dekat tapak tersebut ada sebuah kuil yang kelihatan lebih moden. Alang-alang dah lalu saya pun singgah melihat ke dalam Wihan Phra Mongkhon Bophit.


Selepas itu kami menghabiskan masa untuk mencari makam seorang tokoh Islam dari Parsi yang hidup 400 tahun lalu. Makam beliau adalah bukti jelas kewujudan komuniti Islam di Ayutthaya (merujuk kepada kota yang merupakan pusat pemerintahan negara, kerajaan dan empayar) dan Ayuthia (merujuk kepada kerajaan). Lihat Makam (Tomb of) Sheikh Ahmad Qomi.


Adapun ketika sampai ke makam sudah jam 12.40 tengah hari. Saya ada menyimpan hajat ingin menunaikan solat Jumaat di satu-satunya masjid yang diketahui terletak dalam lingkungan pusat kota lama Ayutthaya iaitu dalam kawasan pulau. Letaknya sekitar 3 km dari makam. 


Kami sampai jam 12.59. Alhamdulillah saya dan dua orang anak lelaki sempat menyertai solat Jumaat berjemaah. Walaupun tidak menjadi kewajiban buat kami kerana sedang bermusafir jauh ia adalah hajat. Bukan selalu dapat sampai.  Google Map menunjukkan dari rumah saya di Selangor ke Ayutthaya ada jarak 1,511 km.


Pada saya peluang sempat bersolat Jumaat walaupun telah menghabiskan masa untuk mencari makam seorang tokoh Islam ada satu petunjuk tentang kedudukan tinggi Islam di Ayutthaya. Syukur alhamdulillah ada pula makan free, sesuatu yang sangat didambakan bagi orang musafir bajet seperti kami.


Untuk makluman masjid ini pernah menjadi tempat persinggahan terawal ketika kami kali pertama sampai ke Ayutthaya dengan memandu kereta sendiri penghujung tahun 2017. Tentunya ada rasa puas yang amat sangat sempat bersolat Jumaat walaupun kami banyak berkejar ke sana ke mari termasuk berpusing-pusing merata mencari makam. Rujuk artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama.


Saya merasa terlebih puas kerana beberapa hajat lain yang tersimpan sejak lawatan pertama setahun lebih awal juga telah tercapai. Ini termasuk :-


1. Menginap malah bermalam Jumaat dalam kawasan menghadap kiblat

2. Sampai lalu dapat meninjau kuil di sebelah rumah penginapan sehingga dapat memastikan di lapangan bahawa ia memang benar menghadap kiblat iaitu Mekah di Ka'abah. Saya semak dengan kompas.

3. Dapat sampai ke monumen yang dikenali sebagai Chedi Sri Suriyothai. Ia adalah satu monumen besar yang pada saya adalah penanda satu-satunya kawasan dalam kota Ayutthaya dan sekitarnya yang dapat dipastikan semua bangunan di dalamnya terletak menghadap kiblat.


Dengan itu bersedialah kami untuk meninggalkan Ayutthayaa. Kami minta dihantar ke stesyen kereta api.


Sambil menunggu kereta api sampai saya merenung signifikan segala yang berlaku hari itu. Biar ditulis secara turutan seperti begini :-


1. Bermalam Jumaat dalam kawasan menghadap kiblat

2. Dapat memastikan kuil di sebelah rumah penginapan juga menghadap kiblat

3. Dapat ke Chedi Suriyothai dalam kawasan menghadap kiblat. Orientasinya (kedudukan tapak empat segi Chedi) boleh dikatakan menghadap kiblat dengan pintu masuk dan tangga di sisi kanan bangunan.

4. Dapat singgah ke tapak istana terawal Ayutthaya. Yang ini tiada dalam rancangan. Semasa singgah di muzium yang terletak di sebelah Chedi baru tahu ada tapak istana lama tidak jauh dari situ. Semasa lawatan terdahulu penghujung tahun 2017 kami tak singgah kerana tak tahu pun tentangnya.

5. Dapat ziarah makam tokoh Islam bernama Sheikh Ahmad Qomi. Dulu ada pernah dengar nama tapi tak pasti kat mana. Kali ini baru sampai.

6. Dapat bersolat Jumaat berjemaah dalam lingkungan kota lama Ayutthaya.


Bagaimana saya boleh tahu tentang kawasan menghadap kiblat di Ayutthaya? Ini adalah disebabkan beberapa petunjuk yang muncul selepas kami selamat kembali ke Malaysia daripada perjalanan penghujung tahun 2017. Rujuk artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Apabila kuil lama zaman Srivijaya di Chaiya didapati menghadap kiblat


Adapun sudah ramai memberitahu bahawa kerajaan Ayuthia itu asalnya memang beragama Islam. Tetapi sejarah ini digelapkan setelah masuk puak Buddha mengambil alih kekuasaan. Besar kemungkinan ini berlaku seiring dengan serang Buddha Burma yang menjatuhkan kerajaan Ayuthia tahun 1767. Yang pasti ia membuka jalan kepada perubahan dinasti pemerintahan sehingga wujudnya kerajaan Buddha Thailand sekarang.


Malangnya tidak ditemui bukti-bukti nyata untuk menyokong dakwaan serta kepercayaan ini. Kewujudan kawasan menghadap kiblat sama ada kebetulan (akibat bentuk muka bumi dan kedudukan Sungai Chao Phraya di sebelah sana)  atau dirancang seperti mahu memberikan petunjuk yang boleh menguak pintu kebenaran.


Ini pada saya menimbulkan pertanyaan. Kalau tidak dapat dibuktikan  Ayuthia adalah kerajaan Islam atau sekurang-kurangnya ada 2-3 orang rajanya yang beragama Islam mungkin perjalanan dan pencarian yang saya lalui mahu menunjukkan bahawa Permaisuri Suriyothai yang sangat terkenal dalam sejarah lama Ayuthia itu beragama Islam? Atau sekurang-kurangya pernah beragama Islam sebelum dimurtadkan? Semoga ada pihak lain dapat memanjangkan kajian


Gambar-gambar selepas kereta api sampai tadi menunjukkan turutuan masa kami sampai ke bandar raya Bangkok lalu mengambil tuk tuk menuju ke hotel. Letaknya dalam kawasan Khao San Road yang sangat  terkenal sebagai persinggahan ramai pelancong Barat. Kami perlu berjalan kaki sedikit untuk masuk ke hotel.


Ini adalah hotel ketiga kami menginap yang ada kolam renang. Pertama adalah ketika awal perjalanan di Siem Reap (lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Siem Reap sebagai tapak permulaan penjelajahan), kedua di Battambang iaitu sebelum masuk ke Thailand (lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Battambang-Poipet-Bangkok-Ayutthaya dengan pelbagai jenis pengangkutan). Kami cari hotel yang cukup murah tetapi ada kemudahan tersebut untuk menggembirakan anak-anak. Kiranya hadiah sebab sanggup bertahan mengembara lasak sambil saya dan isteri sibuk menjejak kesan-kesan sejarah.


Sebagai menutup artikel ini biar ditunjukkan carian jarak dari rumah saya ke Masjid Pakistan tempat saya dan anak-anak bersolat Jumaat dalam lingkungan kota lama Ayutthaya, pusat kerajaan Ayuthia (1350-1767).  Ditunjukkan jarak 1,511 km, terus teringat tarikh kejatuhan kota Melaka ke tangan Portugis tahun 1511.  Selain itu didapati bahawa Permaisuri Suriyothai dilahirkan pada tahun 1511. Sila Google dan semak sendiri. Apakah semua ini sekadar kebetulan?  :]




Proper reunion pertama PPP/ITM A Level 7 setelah hampir 30 tahun meninggalkan kolej

$
0
0
Salam semua. Satu perkongsian menarik lagi bermakna daripada satu majlis petang semalam.


Petang Sabtu 26 Januari 2019 saya bergegas ke kelab golf TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara untuk menghadiri majlis "A Level 7 Reunion".


"A Level 7" merujuk kepada batch atau kumpulan ke-7 pelajar yang masuk program pengajian A Level (sijil pelajaran tinggi sekolah menurut sistem United Kingdom). Ia dikendalikan atas nama kolej  PPP/ITM, Pusat Persediaan Pelajar/Institut Teknologi Mara (belum lagi bergelar universiti ketika itu) sebagai program persediaan untuk mereka yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke UK.


Kami masuk sebagai pelajar terpilih lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun 1987 berdasarkan keputusan cemerlang peperiksaan lalu mengikuti program untuk tahun 1988 hingga 1990. Kami datang daripada pelbagai latar belakang persekolahan seluruh negara. Antaranya daripada sekolah-sekolah berasrama penuh terkemuka seperti (MCKK) Kolej Melayu Kuala Kangsar, TKC (Kolej Tunku Kurshiah), sekolah-sekolah sains dan Maktab Sains MARA. Ada juga daripada sekolah-sekolah harian biasa, antara yang terkemuka adalah VI (Victoria Institution) dan St. John.


Kebanyakan kami termasuk saya sendiri adalah pelajar tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Ada sejumlah ditaja oleh badan-badan korporat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Telekom dan TNB (Tenaga Nasional Berhad).


Antara kami ada yang berjaya mengikuti program sepenuhnya seperti dijadualkan lalu masuk tahun pertama universiti pada sesi 1990-1991. Daripada itu ada masuk setahun dalam negara di bawah program NCUK (Northern Consortium United Kingdom) sebelum menyambung tahun kedua dan seterusnya di UK. Ada pula terus ke sana bergantung pada keputusan peperiksaan A Level pada pertengahan tahun 1990 dan tawaran yang wujud ketika itu.





Namun atas sebab tertentu ada yang keluar daripada program setelah beberapa lama. Antaranya saya sendiri disebabkan nakal selalu masuk mahkamah pelajar kerana melanggar disiplin.


Nasib baik saya termasuk dalam kalangan pelajar pintar walaupun selalu 'tuang' kelas. Saya dibuang daripada program cuma 5-6 bulan sebelum peperiksaan A Level lalu dilarang mendudukinya. Punyalah degil dan keras kepala saya ketika. Sebenarnya saya diberikan peluang boleh lagi mengikuti program setelah 7 kali masuk mahkamah pelajar, satu perkara yang difahamkan tidak pernah berlaku dalam sejarah kolej dan program kerana pelajar bermasalah biasanya akan tercicir dan gagal dalam peperiksaan-peperiksaan awal lalu terkeluar sendiri daripada program. 

Perkataan yang digunakan oleh kakitangan kolej dan ahli jawatankuasa adalah "die a natural death" - "mati secara semulajadi". Itulah yang diharapkan berlaku kepada pelajar bermasalah seperti saya. Tetapi sebaliknya saya masih mampu mendapat markah yang tinggi, biasanya 90-100 dalam setiap ujian dan peperiksaan matematik walau jarang masuk kelas. Cuma walaupun bermasalah saya memegang cakap. Pada kali ke-6 masuk mahkamah pelajar saya ada menyebut kalau masuk lagi selepas ini kolej boleh membuang saya keluar daripada program.


Tapi tu le, saya memang bermasalah dan seorang rebel, pemberontak yang anti-establishment, melawan pentadbiran dan institusi-institusi awam. Namun masalah sebenar saya bukanlah itu tetapi tidur - apabila masuk tidur saya rasa berat sangat nak bangun. Dah petang baru terjaga. Mungkin orang boleh berkata ini disebabkan malam-malam saya suka berpeleseran pergi ke disko dengan kawan-kawan terutama perempuan. Tapi kalau datang masalah tidur tu dah janji dating dengan perempuan secantik mana pun saya boleh terlupa atau mengabaikan lalu terbongkang seorang diri dalam dorm atau bilik asrama. 

Apapun 5-6 bulan sebelum dijadualkan mengambil peperiksaan A Level saya masuk mahkamah pelajar buat kali ke-7. Kali ini tanpa diingatkan saya sendiri menyebut sedia untuk dibuang kolej kerana mahu berpegang kepada janji yang dibuat semasa masuk mahkamah kali ke-6...


Sebetulnya pihak kolej cuba memujuk saya untuk menarik kata-kata memandangkan saya seorang pelajar pintar yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan datang. Tetapi begitulah saya degil dan keras kepala.. Kalau dah menyebut tu saya mesti memegang kata-kata. Masa membuat janji itu memang saya mahu mengotakannya. Tapi dah memang pelajar bermasalah - masa tu saya rasa bab-bab buat kerja nakal dah tak sangat... yang betul-betul mengacau adalah masalah tidur sehingga selalu sangat ponteng kelas.


Apa yang dialami itu sebenarnya adalah satu masalah gangguan spiritual yang melanda hingga beberapa tahun akan datang. Nasib baiklah tahun berikutnya 1991 saya dapat menduduki peperiksaan A Level melalui kolej lain. Sudah aturan Allah SWT. Keputusan saya buruk - dapat E untuk Physics, D untuk Applied Maths. Ketika itu saya sudah hilang satu kelebihan yang menyebabkan ramai menggelar saya genius sejak sekolah rendah lagi - saya mampu melihat gerak kerja matematik, nombor-nombor, formula juga objek-objek timbul lalu boleh dimanipulasikan dalam kepala sehingga kelihatan seperti terpancar bagai grafik program AutoCAD di hadapan mata. 

Saya cuma ada satu A sahaja iatu untuk kertas Pure Mathematics yang diambil lebih awal, dipanggil January Paper kalau tak salah ingatan pada awal tahun 1990. Dengan keputusan serendah itu saya dapat masuk terus tahun pertama pengajian matematik di UCL, University College of London atas tanggungan keluarga, selepas itu sambung kembali dengan JPA tetapi ditukar daripada biasiswa menjadi pinjaman boleh ubah. Mungkin tawaran diberikan kerana ada menulis karangan atau essay yang dikira 'luar kotak' ketika membuat permohonan sebelum menduduki peperiksaan biasa A Level pertengahan tahun 1991. UCL sudah awal-awal memberikan saya syarat dapat A, D dan E pun sudah cukup untuk masuk. Sehingga seorang bapa saudara mendakwa itu disebabkan universiti mahukan duit kita sahaja, sebab itu sanggup bagi syarat begitu rendah. Walhal UCL tersenarai oleh QS World University Ranking sebagai antara 10 universiti terbaik di dunia.


Ah. Cukuplah luahan tentang hal tersebut. Biasa le, menulis jujur daripada hati. Itulah saya. Nak tahu lebih lanjut sila baca artikel-artikel berikut yang ditulis dalam bahasa Inggeris di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH tahun 2008-2009...



Kembali kepada hal majlis. Saya datang dengan berpakaian busana penuh Melayu tradisional bersampin, bertanjak, berkeris. Kawan-kawan lama tidak terperanjat kerana ramai sudah tahu tentang perubahan yang melanda diri ini daripada seorang rebel, degil, keras kepala yang agak keBaratan (sebetulnya saya tak anggap diri sebagai keBaratan ketika itu tetapi liberal, berfikiran terbuka lagi antarabangsa konon) menjadi seorang lelaki yang menjunjung tinggi jati diri Melayu. Ada sejumlah daripada kawan-kawan lama rajin berhubung sejak saya kembali dari UK hampir penghujung tahun 1995. Kadangkala kami bertemu untuk minum teh tarik. Tetapi selepas beberapa lama baru mengadakan majlis-majlis kecil yang boleh disebut sebagai reunion kerana mengumpulkan kembali beberapa orang rakan yang sudah lama tidak bersua muka sejak meninggalkan kolej tahun 1990. Rujuk artikel-artikel berikut :-







6. Reunion A Level malam tadi di Bangi... (Ahad 11 Oktober 11 2009)

7. 'Ngeteh' session at Viccudha Damansara Utama... (Khamis 5 November 2009)



Adapun gambar-gambar tadi semuanya saya ambil sendiri. Sekarang biar cerita diteruskan menggunakan gambar-gambar yang diambil daripada Facebook kawan-kawan juga WhatsApp group atau kumpulan. Membaca kembali artikel-artikel lama tadi baru tersedar satu perkara. Adapun artikel 3rd A Level Batch 7 reunion / Hari Raya festive do in Bangi... dipersembahkan pada jam 3.08 pagi Ahad 11 Oktober 2009 beberapa jam setelah kembali daripada majlis dalam cerita. Ketika itu isteri sedang sarat mengandung malah dah overdue beberapa hari. Namun disebabkan saya hendak sangat berjumpa kawan-kawan lama beliau sanggup keluar menemani ke lokasi majlis dekat Bangi 70-80 km perjalanan dari rumah kami. 
.

Harus disebut di sini bahawa tepat 2 hari kemudian iaitu pada jam 3.26 pagi Selasa 13 Oktober isteri selamat melahirkan anak.  Lihat Lahirnya anakku Muhammad Al-Aminul Rasyid dan 131.... Banyak hal menarik berlaku dalam sekitar masa kelahiran itu.


OK. Saya sudah banyak meluahkan berkenaan diri dan perjalanan hidup yang tercetus apabila melihat gambar-gambar sekitar majlis reunion ini. Adapun pada tajuk artikel ini ia disebut sebagai proper reunion kerana inilah kali pertama batch kami mengadakan majlis untuk semua. Majlis-majlis yang pernah saya hadiri sebelum ini lebih merupakan ad hoc, dalam kumpulan-kumpulan kecil paling ramai pun belasan orang. Ia lebih tertumpu kepada kumpulan-kumpulan tertentu  kawan-kawan yang rapat zaman kolej diikuti zaman universiti.


Kali ini undangan adalah terbuka kepada semua pelajar dalam batch kami. Untuk makluman kami berjumlah sekitar 200 orang kesemuanya laki-laki dan perempuan. Ada 62 orang menyatakan mahu datang secara individu, 13 dengan pasangan (ada pasangan sama belajar di kolej). Ini menjadikan jumlah kesemuanya 88 orang. Mereka membayar jumlah yang dipersetujui bagi setiap kepala untuk menampung kos majlis. Harganya boleh tahan sesuailah dengan kenyataan bahawa ramai telah menjadi orang yang berpangkat, berduit dan berkedudukan.


Pun begitu tiada langsung rasa janggal untuk berbual mesra walaupun sudah lama tidak bertemu dan ramai sudah menjadi VIP. Saya sendiri merasa seperti kembali menjadi remaja 18 tahun, jalan pun macam hendak melompat-lompat sentiasa sambil menegur ala-ala manja kawan-kawan perempuan (dengan kawan laki-laki kena tegur macho le... :]). Malah memang saya ada melompat pun... lompat katak selepas menurunkan badan dan kepala lalu bercangkung untuk keluar daripada jangkauan frame seorang rakan lain yang sedang mengambil gambar. 

Sambil makan minum di dewan ada yang mengambil peluang untuk bergambar bersama mengikut grup atau kelas. Kami dibahagikan mengikut jurusan pengajian seperti Law (undang-undang), Engineering (kejuruteraan) Accountancy (Akaun), Ekonomi dan lain-lain bidang. Pelajar-pelajar jurusan yang hampir sama diletakkan dalam kelas sama, dipanggil sebagai grup. Ada grup A hingga M. 

Di atas adalah wakil Grup H. Di kiri adalah Elain diikuti Mu. Saya sebut nama yang biasa panggil...


Ada pula berkongsi gambar setelah diambil dengan mesin foto khas. Ini Grup I. Merujuk kepada gambar paling bawah, dari kiri adalah Matul diikuti Anuar dan Bib. Oh, semasa majlis ini baru saya tahu Matul adalah doktor pakar bedah. Anuar pun doktor tapi dah lama tahu. Cuma kemudian baru teringat masa kolej dahulu tiada jurusan perubatan ditawarkan. Macamana pula dua orang ini boleh jadi doktor perubatan (ada kawan-kawan lain jadi doktor PhD)? Rupa-rupanya selepas dapat keputusan A Levels baru dapat tawaran. Kalau tak salah kedua-dua mereka berasal daripada bidang kejuruteraan.


Ini dari Grup J, Dari kiri adalah Pa'ad, Utoi, Rodzlan dan Bad.


Kemudian baru masuk sekali wakil perempuan, Anum. Tak perlu le beritahu nombor berapa dari kiri ya...


Saya juga berada dalam grup ini. Saya adalah satu-satunya pelajar jurusan matematik, yang lain dalam bidang kejuruteraan sama ada elektrikal atau mekanikal. Tapi saya sedang berada entah di mana ketika gambar diambil.


Ini Grup M. Maaf saya cuma ingat nama Din di tengah itu. Mungkin sebab kami dulu kamching selalu keluar malam. Din belajar aeronautical engineering atau kejuruteraan kapal terbang di London.


Ini katanya dari Grup M. Dari kiri belakang (gambar bawah sekali) adalah Fazlur, Zuhairi dan John. Di hadapan dari kiri adalah Mat Dag, Ihsan diikuti Marfin. Cuma saya agak confuse bagaimana komposisi jurusan grup ini sebab saya tahu Mat Dag buat acturial science, Marfin buat architecture... beza langsung bidang.


Yang ni tak ingat dari grup mana  Diaorang letak caption gambar sebagai budak-budak arkitek je. Rasanya campur dua grup yang ada pelajar jurusan sama sebab Zuhairi (dua dari kiri) dan Marfin (hujung kanan) dah sebut dalam gambar grup M. Yang lain (dari kiri) adalah Bra, Sacha, Rudy dan Kemp.


Ni budak-budak Law. Berdiri dari kiri adalah Atoque, Adik, Zue, Sweet dan Che Na. Duduk adalah Fa, Lin K, Aida dan Anis.


Muka-muka tadi ada masuk dalam gambar ini. Diaorang tahu memang berada dalam grup atau kelas sama tapi dah tak ingat apakah grup E ke atau F atau G?


Ni pun ingat ingat-ingat lupa grup mana. Grup D ke? Dari kiri adalah Kawi, Wan Huriyah, Fifi dan Nik Hilmi.


Selain grup ada yang bergambar mengikut bilik asrama. Ini katanya daripada bilik 55C. Dari kiri adalah Mu, Matul, Bad, John dan Pa'ad.  Kalau tak salah kami dibahagikan kepada sepuluh bilik laki-laki dan sepuluh bilik perempuan. Asrama perempuan terletak lebih 100 meter gitu dari asrama laki-laki...


Ini daripada bilik 65C. Dari kiri adalah Mat Ron, Anuar, Nik Hilmi dan Kawi. Untuk makluman nombor-nombor bilik adalah mengikut nombor lot pejabat tempat kami belajar di Damansara Utama pertengahan tahun 1988 hingga awal 1990. Selepas itu kami berpindah ke Seksyen 18 di Shah Alam. C merujuk kepada tingkat paling atas. Kolej dan asrama ketika itu terdiri daripada bangunan pejabat sewa setinggi 4 lantai - satu lantai bawah campur 3 tingkat atas, A, B dan C.


Yang ni sama seperti atas. Cuma tukar posisi dan lokasi. Teringat bahawa pada awalnya saya diberitahu ada yang takut perlu menjaga protokol kerana terdapat beberapa orang berpangkat tinggi dalam kalangan kami. Namun ada pula menjawab tak de le... jangankan nak suruh panggil Dato', kalau dipanggil Dato silap-silap dimakinya kita. "Kepala bana le nak panggil aku Dato', Macam tak kenal kawan-kawan lama".


Bilik 69C. Dari kiri adalah Manok, Mat Dag, Zuhairi, Sacha dan Maizarul (bersama anak). Maizarul ni saya respect. Umur dah dekat 50 masih aktif berlari jarak jauh. Bukan setakat marathon (42 km) malah ultra-marathon (100 km). Dia dah ikut pelbagai acara lari dalam dan luar negara sehingga keluar dalam artikel surat khabar tahun lalu.


Yang ni Mat Ron diapit Faizah (kami panggil Toreng). Maaf baju merah saya tak ingat nama. Malu pula rasa. Kami ada duduk semeja ketika makan. Dia ingat orang panggil saya Fly. Dia asyik bertanya tentang pakaian saya dan silat. Dia nak tahu pernah ke saya merasa kesurupan dalam bersilat. Jawab saya pernah tengok orang bersilat dalam kesurupan tapi saya sendiri tidak mengambil ilmu sebegitu rupa. Cukuplah sedikit pakaian diri supaya dapat melangkah yakin melakukan perkara-perkara yang dirasakan perlu dalam kehidupan...


Apapun saya sangat gembira berada bersama kawan-kawan lama apalagi ramai yang baru kini bersua muka sejak meninggalkan kolej hampir 30 tahun lalu.


Punyalah seronok rasa macam jadi budak-budak balik. Sampai ada terbetik dalam fikiran nak lompat dari tingkat atas di mana terletaknya dewan terus ke bahagian tengah tangga turun untuk mengambil tempat bagi sesi bergambar beramai-ramai. 

Kalau ikutkan pada kekuatan dan kelincahan umur belasan dan 20an insyallah memang boleh. Dulu sekolah menengah selamba aja saya melompat daripada tingkat 3 asrama ke bawah kemudian berlari naik ke atas untuk lompat lagi. Maklumlah budak tegejal, hyper-active... sekolah tadika pun kerja saya asyik melompat daripada tingkap sekolah 7-8 kaki ke tanah lepas tu panjat pokok kelapa. Tapi  kini harus akur pada faktor umur dah nak masuk 49 tahun ini lebih-lebih lagi saya sudah kena patah kaki 6 tahun lalu. Lihat artikel Car Book Sale, Hari buku sedunia dan kaki terpele'ot diikuti Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.


Bergambar beramai-ramai di tangga kelab golf supaya dapat memuatkan seramai mungkin dalam satu frame gambar. Yang terbetik dalam fikiran seperti disebut tadi adalah melompat daripada railing  tingkat atas ke bahagian tengah tangga. Walaupun ramai tidak dapat hadir akibat pelbagai hal yang muncul saat-saat akhir dapatlah juga dalam 50 orang. Kiranya sesuku daripada jumlah keseluruhan batch kami iaitu sekitar 200 orang.

Semoga majlis akan datang lebih meriah. Mungkin reunion cukup 30 tahun selepas keluar kolej iaitu pada tahun 2020. Saya ada terfikir cantik juga kalau dibuat di pusat peranginan tepian sungai di Janda Baik. Boleh bawa anak-anak berendam... :]


Nota tambahan jam 9.40 malam : OK baru dapat. Yang bergambar bertiga dengan Din tapi saya tak tahu nama tadi adalah Zuliana (kiri( dan Masitah. Baru perasan kat FB tadi.



Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Berjalan pusing Bangkok sebelum bermalam dalam kereta api ke selatan

$
0
0
Malam ini, sementara terdapat sisa-sisa tarikh 29 Januari ingin saya melepaskan cerita perjalanan hari ke-10 bersama keluarga di Cambodia dan Thailand. Sepatutnya ia sudah siap lalu dapat disiarkan petang tadi. Tetapi saya menghadapi masalah power chord laptop rosak setelah beberapa lama menulis artikel-artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Ini dilakukan di perpustakaan ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) selepas berjumpa penyelia tesis saya, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar waktu pagi. Power chord didapati rosak setelah keluar makan tengah hari di kawasan berdekatan lalu saya menyambung penulisan sehingga bateri laptop mencapai tahap kritikal sekitar jam 3.15 petang. Selepas Maghrib  baru bersempatan membeli power chord baru lalu menyambung penulisan beberapa lagi artikel sokongan di rumah. Sekarang bolehlah disambung penceritaan daripada Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Jumaat di Ayutthaya dan kawasan menghadap kiblat.



Pagi Sabtu 1 Disember 2019 jam 7.58. Kami anak beranak bersedia untuk berjalan keliling Bangkok.


Sasaran kami adalah tempat-tempat dengan kesan sejarah di pusat lama bandar raya Bangkok.


Dengan berjalan kaki kami menyusuri satu jalan utama yang menurut Google Map terletak selari dengan Sungai Chao Phraya kami menuju ke selatan...


Tidak lama kemudian sampaila ke satu kawasan di bawah jambatan.


Berdekatan itu terdapat sebuah jeti untuk bot tempahan khas pelancongan. Dapatlah menikmati pemandangan di sekitar sungai. Lihat Chao Phraya river from Tha Chang Wangna in Bangkok.


Perjalanan ke selatan diteruskan dengan memasuki kampus sebuah universiti.


Sambil buat short cut kami dapat menikmati lagi pemandangan tepian sungai. Lihat Enter the Thammasat University.


Setelah beberapa lama baru terjumpa jeti untuk perkhidmatan feri ke seberang sungai.


Kami pun menaiki untuk ke bahagian barat Bangkok. Lihat Ferry to Thonburi.


Di bahagian barat yang pernah menjadi pusat kerajaan awal Thailand sebelum Bangkok diasaskan di timur Sungai Chao Phraya tahun 1782 kami singgah di kuil ini. Lihat Wat Rakhang Kositaram, Bangkok.


Namun tujuan utama kami adalah satu tempat lain 2 km lagi ke selatan. Setelah lama berjalan kaki kami menyambung dengan menaiki tuk tuk.


Tujuan kami itu adalah sebuah masjid yang dikatakan paling awal berdiri di Bangkok.


Namun semasa didirikan lebih 330 tahun lalu Bangkok pun belum lagi wujud. Ketika itu kawasan ini adalah suatu penempatan di bawah pemerintahan kerajaan Ayuthia (1350-1767 Masihi). Lihat Masjid (Mosque of) Ton Son, Bangkok.


Di halaman hadapan masjid disemadikan jasad beberapa orang tokoh Muslim yang pernah memegang jawatan-jawatan penting kerajaan. Ini termasuk pengasas masjid, seorang ahli keluarga Sultan Sulaiman  (memerintah Singgora di selatan Thailand1642-1648. ). Lihat artikel-artikel berikut :-






Dekat masjid terdapat satu dewan untuk komuniti Muslim tempatan.


Di dalamnya terdapat gambar-gambar lama masjid juga mimbar-mimbar terdahulu. Lihat Dewan komuniti Islam dekat Masjid Ton Son (Muslim community hall near Ton Son mosque). Tentang siapakah itu Sultan Sulaiman boleh rujuk artikel lama Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora.




Perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki ke jeti terdekat. Sebelum jeti terdapat sebuah kuil dengan menara tinggi yang boleh dilihat jauh daripada beberapa bahagian Bangkok. Lihat  Wat Arun Ratchawararam, Bangkok.


Setelah beberapa lama sampailah masanya untuk menyeberang kembali ke bahagian timur Bangkok. Lihat Getting back to eastern side of Bangkok.


Sampai sahaja ke seberang sana kami terus mendapatkan tuk tuk.


Ia bergerak laju melepasi kawasan istana agung Bangkok. Kami rasa tidak perlu lagi melihat kawasan ini dan sekitarnya kerana sudah dilihat dalam perjalanan dengan kereta sendiri penghujung tahun 2017. Rujuk artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - 'Menghidu aroma' sejarah lama Bangkok sebelum kembali ke arah selatan.


Sebaliknya kami terus ke muzium utama yang terletak di bahagian utara pusat lama Bangkok.


Di dalamnya terdapat artifak-artifak daripada kerajaan-kerajaan awal yang pernah wujud di Thailand. Atau memiliki wilayah dalam sempadan moden Thailand. Lihat Muzium Nasional (National Museum of) Bangkok.
.


Kami ke sana untuk 'melangsaikan' hutang daripada setahun sebelum itu. Ini kerana tidak berkesempatan singgah pada penghujung tahun 2017 disebabkan masalah mendapatkan tempat letak kereta. Bila cuba dicari tahu-tahu sahaja kami sudah bergerak jauh disebabkan sistem jalan sehala. Ia menjadi lebih rumit apabila ada jalan yang boleh membawa kembali ke muzium pula ditutup polis sehingga kami hampir disaman akibat cuba lalu.


Kali ini baru bersempatan meneliti segala artifak di dalam muzium termasuk ini untuk dibandingkan dengan artifak serupa pernah kami lihat di Chaiya berdekatan Segenting Kra di selatan Thailand.  Ini adalah berkenaan patung Buddha yang mengandungi inskripi atau tulisan yang dikenali sebagai Prasasti Grahi. Lihat artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Chaiya/Cahaya/Jaya/Grahi : Tempat permulaan Empayar Srivijaya 1,400 tahun lalu?.


Kelihatan yang di sini lebih autentik berbanding di muzium Chaiya. Apapun ia memang berasal dari Chaiya. Cuma ada kekeliruan apabila ada menyebut yang asli adalah di muzium situ, ada pula kata di  muzium Bangkok.


Dengan penelitian itu serta pemerhatian terhadap artifak-artifak utama lain di muzium Bangkok selesailah misi kami di ibu kota Thailand ini. Seperti di muzium nasional Cambodia  (lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kehebatan kota Phnom Penh) saya mengambil gambar setiap artifak penting berserta penerangan/maklumat tentangnya untuk simpanan peribadi. Kembali ke hotel terus bersiap untuk keluar.


Sebetulnya kami sudah check out sebelum keluar berjalan kaki waktu pagi. Kami cuma perlu mengambil beg-beg yang ditinggalkan dalam bilik khas lalu mendapatkan teksi ke pinggir barat Bangkok dekat jam 2 petang.


Alhamdulillah terus mendapatkan van untuk ke Petchaburi  134 km ke arah selatan dari Bangkok.


Kami lepak lama di Petchaburi termasuk memanjat sebuah bukit yang memiliki sejarah tersendiri. Jam 8 malam naik kereta api untuk bergerak lebih jauh ke selatan.






Kami singgah di stesyen kereta api Hua Hin lalu makan malam di sebuah kedai halal...





Adapun persinggahan dapat dilakukan kerana tersilap mengambil kereta api. Ia  adalah yang dijadualkan sampai lebih awal tetapi ternyata lewat sehingga kami menyangkakan itu kereta api kami lalu terus naik sebelum ia bergerak. Apabila kesilapan disedari kami disuruh turun di stesyen seterusnya iaitu di Hua Hin untuk menunggu kereta api yang betul. Di dalam kereta api itulah kami anak beranak bermalam sehingga sampai ke destinasi seterusnya jam 10 pagi...


Majlis 3 dalam 1 pelancaran buku, unit perbandingan agama dan diskusi buku - Penetapan arah baru ISTAC?

$
0
0
OK. Ini ada perkongsian daripada majlis ilmu terbaru di tempat saya belajar iaitu ISTAC. Bersama perkongsian ini ada pengumuman tentang polisi-polisi baru yang nampaknya akan menetapkan arah tuju baru ISTAC.



Jumaat 18 Januari saya menerima poster atas melalui WhatsApp daripada penyelia tesis saya Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Melihat tarikh dan masa acara saya pun menjawab insyaallah akan hadir pada pagi Isnin 28 Januari. Memang pun kebiasaan sejak awal tahun 2019 ini saya ke ISTAC pagi Isnin untuk berbincang tentang perjalanan tesis bersama beliau.


Pagi Sabtu 26 Januari beliau mengingatkan lagi dengan menghantar poster yang sama. Kali ini disertai sekali poster butiran atur acara seperti yang kelihatan. Memang menarik pengisian majlis. Ada pelancaran bagi perkara-perkara berikut :-


1. Buku "Syakh Ahmadou Bamba : A Peacemaker for Our Time" tulisan Michelle Kimball

2. Unit Perbandingan Agama dan Dialog Antara Kebudayaan (terjemahan saya)

3. Forum bulanan diskusi atau perbincangan buku


Pelancaran 3 perkara ini akan dibuat sekali gus oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak. Selepas itu akan diadakan diskusi buku "Syakh Ahmadou Bamba" (menepati perkara 1 dan 3). Ini diikuti perbualan (terjemahan saya untuk conversation) Muslim-Buddha menepati perkara 2.



Sampai masanya saya pun bergegas ke ISTAC untuk majlis.


Masuk bilik majlis ia sudah dipenuhi hadirin yang kebanyakannya adalah orang akademik.


Osman pula sedang memberikan ucapan pembukaan. Untuk makluman beliau yang menyertai ISTAC September tahun lalu menjadi Sheikhul Kulliyah ISTAC iaitu orang yang bertanggungjawab membentuk segala macam pengisian ilmu di institut. Kecendekiawan Osman diakui ramai sehingga tersenarai antara 500 orang tokoh Islam paling berpengaruh di dunia. Selain itu beliau adalah pemegang kedua Kerusi Al-Ghazzali, satu kedudukan kecendiakawanan tertinggi di ISTAC. 

Kerusi ini asalnya dipegang oleh pengasas ISTAC, Tan Sri Profesor Dr Syed Naquib al-Attas kemudian dibiarkan kosong selama belasan tahun apabila Naquib meninggalkan ISTAC. Osman secara rasmi mula mengisi kerusi tersebut sebulan setengah lalu. Satu majlis telah diadakan untuk mengisytiharkannya lalu beliau berkongsi wawasan beliau untuk ISTAC. Lihat Gagasan baru ISTAC - Memajukan perbandingan epistemologi, ketamadunan dan pengajian masa hadapan

Sejak menyertai ISTAC Osman mula merangka pengisian keilmuan ISTAC daripada semua segi termasuk membentuk komponen-komponen pengajian baru institut. Saya berpeluang mendengar buah fikiran beliau dalam beberapa pertemuan di pejabat. Namun sering kali saya terpaksa menunggu lama sebelum dapat berbincang kerana kesibukan beliau menangani pelbagai hal selain selalu sahaja datang cendekiawan dari berbagai institusi pengajian tinggi untuk bersua muka. 

Pada majlis terbaru ini hadirin diberitahu bagaimana ia asalnya dirancang untuk melancarkan buku tulisan Kimball (saya menggunakan kebiasaan penulisan surat khabar menyebut nama keluarga atau last name untuk orang Barat) lalu dibuat diskusi tentangnya. Osman mengenalinya sebagai seorang yang aktif dalam Peace Studies atau pengajian keamanan dunia. Kebetulan beliau sedang mengstrukturkan ISTAC lalu mendapati buku itu bagus untuk membentuk pengajian keamanan juga kajian tentang konflik. Jadi biarlah majlis digunakan untuk melancarkan satu unit baru ISTAC yang berkenaan iaitu Comparative Religion and Intercultural Dialogue. Saya terjemahkan ini sebagai Unit Perbandingan Agama dan Dialog Antara Kebudayaan.


Di bawah unit dan tajuk tersebut akan dibuat kajian tentang keamanan, konflik, keganasan, ekstrimisma, radikalisma dan banyak lagi perkara yang berkaitan. Isu-isu ekologi, alam persekitaran, kekeluargaan dan sebagainya pun boleh diliputi dalam tajuk sama. Yang penting adalah pendekatan perbandingan dalam menangani isu-isu. 

Apabila hal ini disuarakan kepada Rektor beliau pun mencadangkan agar selain melancarkan Unit Perbandingan Agama dan Dialog Antara Kebudayaan biar diadakan sekali satu dialog berkenaan. Maka itu dimasukkan sekali Muslim-Buddhist Conversation sebagai komponen akhir majlis. Ini boleh diterjemahkan sebagai Perbualan Penganut Islam-Buddha.

Oleh kerana diskusi buku mahu dijadikan acara bulanan maka diadakan sekali pelancaran ISTAC Monthly Book Discussion Forum atau forum diskusi/perbincangan bulanan buku ISTAC. Maka jadilah ini majlis pelancaran "3 dalam 1". Diskusi buku dan perbualan antara penganut agama adalah hasil daripada pelancaran itu.


Hampir jam 10 sampai masa untuk Dzulkifli memberikan ucapan pelancaran. Beliau dilantik sebagai Rektor ke-6 UIAM tidak lama selepas Pakatan Harapan mengambil-alih teraju kepimpinan kerajaan Malaysia daripada Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018. Kata beliau inilah kali pertama terlibat dalam majlis rasmi di ISTAC sejak menjadi Rektor. Kalau tidak beliau sekadar ada bertandang turun naik kawasan.

Untuk makluman ISTAC bermula sebagai satu badan otonomi di bawah UIAM. Kemudian ia diturunkan ke taraf Kulliyah iaitu satu fakulti di bawah pentadbiran keseluruhan universiti. Dalam majlis ini beliau memberitahu ISTAC akan diberi kembali otonomi untuk menentukan hala tuju sendiri seperti mana keadaan ketika ia di bawah kepimpinan pengasas iaitu Syed Naguib. Sebelum memberitahu ini Dzulkifli telah memanjangkan penghargaan dengan menyatakan bagaimana pengasas yang merupakan seorang intelektual/cendekiawan besar Islam peringkat dunia itu bertanggungjawab membina ISTAC daripada sekecil-kecil perkara sehingga meliputi semua benda untuk menjadikan ia satu institusi antarabangsa yang dikagumi ramai. 

Hinggakan bangunan ISTAC di Bukit Tunku, Kuala Lumpur itu sendiri dapat memancarkan aura unik  hebat yang harus dapat dirasai oleh semua. Dzulkifli menyebut ini sebagai hasil labour of love (pekerjaan cinta?) Syed Naquib lalu menyatakan penghargaan kepada majlis.  Kata beliau pada bangunan ini pengasas telah meninggalkan satu legasi untuk menyumbang ilmu pengetahuan juga membuat kebaikan kepada manusia sejagat.

Dzulkifli mengingatkan betapa bangunan ISTAC ini begitu bermakna dan apa yang patut diperjuangkan. Beliau seterusnya mengumumkan pihak jawatankuasa UIAM telah bersetuju untuk mengembalikan nama asal ISTAC iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilisation (Institut Antarabanga Pemikiran dan Tamadun Islam). Untuk pengetahuan itulah nama yang diperkenalkan oleh Syed Naquib lalu membawa kepada singkatan ISTAC. Tetapi ia diubah menjadi  International Institute of Islamic Civilisation and Malay World bermula Oktober 2017. Hal ini menyebabkan ramai bekas pelajar ISTAC menganggap ia sudah lari daripada landasan dan gagasan yang diperkenalkan oleh pengasas. Tentang hal ini akan saya beri ulasan pada akhir artikel nanti.

Inilah kali pertama saya mendengar Dzulkifli berucap. Saya dapati beliau memang memiliki daya keintelektualan yang tinggi serta gagasan dan wawasan yang memandang jauh ke hadapan. Dzulkifli memberitahu ISTAC harus menjadi wadah kesedaran masyarakat juga umat manusia sejagat. Kita perlu menjadi suara yang memberitahu dunia apa yang sudah lari daripada landasan (what has gone wrong) dan apa yang perlu dilakukan untuk memperbetulkan keadaan. Kita perlu memberitahu dunia apakah yang bathil apakah yang benar. Dengan itu kita tidak akan berkompromi untuk menegakkan keadilan.

Kita mesti memastikan ISTAC berdiri untuk semua orang baik Islam dan bukan Islam. Banyak isu tertunggak perlu diangkat kembali untuk kebaikan jutaan, mungkin berbillion manusia. Untuk itu tindakan perlu dilakukan agar pandangan umat Islam tidak diketepikan dalam perbincangan dunia. Seringkali umat Islam disudutkan daripada memberikan buah fikiran berguna dalam forum-forum besar. Sudah sampai masanya kita bertindak berani (beliau menggunakan ungkapan take the bull by its horn - menguasai lembu dengan memulas tanduknya) agar suara Muslim didengari dalam majlis-majlis global.

Beliau merujuk secara spesifik kepada World Economic Forum (Forum Ekonomi Dunia) yang baru diadakan beberapa hari lalu. Umum tahu bagaimana majlis yang diadakan setiap tahun di Davos, Switzerland ini dihadiri para pemimpin besar dunia, pakar-pakar ekonomi dan ahli-ahli perniagaan peringkat global. Kata beliau suara negara dan orang Islam begitu kecil dalam forumtersebut. Oleh itu ISTAC harus memainkan peranan untuk mengimbangkan keadaan dengan mengadakan forum tahunan sendiri untuk menyuarakan reaksi ummah terhadap apa sahaja yang dibincangkan di Davos.



Saya dapati ada lagi beberapa perkara menarik diketengahkan Dzulkifli. Antaranya tentang bagaimana kita harus mempelajari model dan institusi wakaf yang menerbitkan universiti tertua di dunia yang masih beroperasi hingga kini iaitu Al Qarawiyyin di Morocco (Maghribi) yang diasaskan pada tahun 859 Masihi. Cuma satu perkara saya tidak bersetuju iaitu apabila Dzulkifli mempersoalkan penggunaan perkataan universiti untuk institusi pengajian tinggi. Kata beliau ia pertama kali digunakan ketika Universiti Bologna diasaskan di Itali abad ke-11 Masihi, universiti tertua masih beroperasi dalam dunia Barat.

Dzulkfili tidak menggemari perkataan universiti disebabkan salah satu definisi asas yang diberikan mereka adalah universiti mesti menjadi pemegang amanah tradisi kemanusiaan (humanities) Eropah. Tentunya definisi ini bercanggah dengan makna murni kemanusiaan dalam Islam yang mengkehadapan perintah Allah SWT, bukan keinginan manusia untuk melakukan sesuatu mengikut suka hati mereka seperti selalu diwar-warkan para pejuang 'hak asasi' berkiblatkan Barat. Oleh itu beliau mencadangkan penggunaan perkataan Jami'ah adalah lebih baik berbanding universiti. 

Pada saya tidak perlu itu. Pada saya persetankan pandangan Barat tentang apa itu universiti. Pada saya tak perlu pergi jauh. Kembali sahaja kepada perkataan asas atau akar universe yang menerbitkan perkataan university itu sendiri. Ia bermaksud alam semesta... tiada kena mengena pun dengan idealisma Barat dan konsep kemanusiaan mereka yang mengenepikan peranan dan perintah Allah SWT.

Malah perkataan university lebih selari dengan konsep universal man - manusia alam sejagat. Inilah terjemahan ke dalam bahasa Inggeris yang sering diberikan oleh sarjana Barat sendiri ketika memperkatakan konsep Insan Al-Kamil, manusia sempurna dalam kitab-kitab Tasawuf. Pada saya universiti adalah tempat untuk menerbitkan insan-insan sempurna yang tahu pelbagai perkara lalu sangat berguna kepada masyarakat menurut neraca sebenar Islam. Cuma konsep ini nampaknya sudah hilang ditelan zaman akibat universiti lebih dijadikan tempat untuk memenuhi keperluan mengisi pekerjaan, satu natijah besar daripada revolusi industri yang bermula di Eropah pada abad ke-18.

Ah. Dah jauh pula saya melalut. Kembali kepada tujuan utama majlis iaitu pelancaran 3 perkara. Tentunya paling utama kerana menjadi asbab majlis diadakan adalah pelancaran buku.




Selesai ucapan Dzulkifli pun melancarkan ketiga-tiga perkara berikut sekaligus : - 


1. Buku "Shyakh Ahmadou Bamba : A Peacemaker for Our Time" 

2. Unit Perbandingan Agama dan Dialog Antara Kebudayaan 

3. Forum bulanan diskusi atau perbincangan buku


Kelihatan di hadapan beliau bersama penulis buku iaitu Michelle Kimball.



Jam10.30 komponen seterusnya majlis dimulakan dengan pengenalan oleh Timbalan Dekan Kajian dan Akademik ISTAC, Profesor Madya Dr Danial Mohd Yusuf. Beliau yang bertindak sebagai pengerusi sesi turut memperkenalkan dua orang responden yang akan mengulas tentang buku - Profesor Dr Kamar Oniah Kamaruzaman dan Penolong (Assistant) Profesor Dr Imtiyaz Yusuf, kedua-duanya dari ISTAC.


Sebelum ulasan tentunya kita harus menghadam ringkasan isi buku oleh penulisnya, Michelle Kimball.


Beliau memulakan dengan memperkenalkan subjek buku - Shyakh Ahmadou Bamba, seorang tokoh Islam yang lahir di Senegal tahun 1853. Beliau yang hidup sehingga tahun 1927 terkenal sebagai seorang guru Sufi (Tasawuf) yang dianggap keramat. Nama beliau terus mekar di Afrika sehingga gambar-gambarnya boleh ditemui terpampang di merata tempat.


Shyakh Ahmadou hidup ketika Peranchis sedang menjajah Senegal dan hampir sepertiga benua Afrika. Walaupun beliau seorang yang menjunjung tinggi keamanan sehingga pernah mengisytiharkan tidak akan sekali-kali mengangkat senjata untuk menyelesaikan apa jua pun bentuk perbalahan kewujudan beliau sangat dikhuatiri dan dicurigai oleh Peranchis. Ini disebabkan pengaruh luar biasa terhadap masyarakat. Seringkali orang ramai berkumpul untuk bertemu sehingga ditakuti beliau akan melancarkan perang bagi menentang penjajah.


Menurut Kimball, Shyakh Ahmadou Bamba menjunjung tinggi konsep Ihsan dalam amalan dan ajaran beliau. Beliau menyatakan ia sebagai usaha untuk mencantikkan atau memperindahkan roh seseorang. Saya berpegang kepada makna Ihsan yang saya faham telah disebut baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW sebagai begini :-


Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya dia sedang melihat kamu.

- Hadis diriwayatkan Abu Hurairah RA.


Pada suatu hari Shyakh Ahmadou mendapat alamat agar mencari satu pokok besar untuk dibina penempatan baru penuh keamanan. Ini adalah berdasarkan pokok bernama Touba yang disebut dalam Al-Quran wujud di dalam syurga. Beliau pun mengembara jauh ke dalam hutan sehingga dapat hidup bersama binatang-binatang buas. Setelah beberapa lama pokok yang sesuai pun ditemui lalu dibinalah satu penempatan.


Penempatan baru ini menarik ramai untuk menyertai. Peranchis yang sudah lama curiga bertindak menangkap lalu membicarakan.


Tentunya beliau dituduh bersalah, kononnya mahu mengadakan pemberontakan bersenjata terhadap kekuasaan Peranchis. Shyakh Ahmadou pun diasingkan jauh untuk menghilangkan pengaruhnya.


Dari Senegal di pantai barat utara Afrika beliau diasingkan ke Gabon di pantai barat tengah benua. Pun begitu pengaruh beliau tidak berkurangan malah semakin bertambah-tambah. Cuma Shyakh Ahmadou tetap tidak mahu mengangkat senjata tetapi terus bertindak dalam keamanan. Beliau yang datang daripada keluarga sarjana, ilmuwan dan cendekiawan yang sayangkan ilmu melebihkan dakwah dan pelajaran sebagai jalan untuk memperkasakan ummah. Disebabkan tidak mendatangkan ancaman beliau akhirnya dibenarkan kembali ke Senegal.


Dipendekkan cerita penempatan Touba yang dibina beliau di sebuah pokok dalam hutan berkembang sehingga menjadi sebuah bandar besar. Kelihatan dalam slaid masjid besar yang wujud sekarang. Di kawasan masjid inilah Shyakh Ahmadou dimakamkan tahun 1927. Oh, beliau adalah pengasas satu tariqat Sufi yang dikenali sebagai Muridiyya. Masjid dan makam menjadi tempat ziarah tahunan ribuan pengikut sehinggalah sekarang.



Setelah beberapa lama sampailah masa untuk responden memberikan ulasan. Kelihatan Kamar Oniah yang juga adalah ketua unit baru ISTAC iaitu Unit Perbandingan Agama dan Dialog Antara Kebudayaan memulakan kata-kata. Beliau lari dahulu daripada topik apabila mengucapkan terima kasih kepada Rektor kerana mengembalikan nama ISTAC yang asal. Menurut Kamar beliau adalah murid pertama Syed Naquib ketika ISTAC dimulakan. Ini berlaku setelah cendekiawan terkenal Profesor Ismail al-Faruqi yang berbangsa Palestin-Amerika dibunuh di kediamannya di Pennsylvania tahun 1986.


Sepatutnya Kamar menyambung PhD di bawah selian Faruqi tetapi beliau kehilangan arah akibat pembunuhan. Apabila mendapat tahu hal ini Syed Naquib menyuruh menyambung belajar dengan beliau. Maka masuklah Kamar ke ISTAC apabila ia diasaskan tahun 1987. Di sini tak perlu dipanjangkan lagi ulasan mahupun soal jawab tentang buku. Pergi kita kepada komponen atau sesi majlis yang seterusnya iaitu Muslim-Buddhist Conversation atau Perbualan Penganut Islam-Buddha.



Osman mempengerusikan sesi lalu memperkenalkan kenapa ia harus dilakukan sambil Dzulkfili terus mendengar.



Empat orang panelis kemudian diminata memberikan hujah ringkas, setiap seorang dalam 5 minit tentang kenapa dialog mesti diadakan. Mereka adalah Kamar diikuti Encik Benny Liow dari Persatuan Buddha Malaysia, Imtiyaz dan Encik Vijaya Samarawickrama daripada Buddhist Gem Fellowship. Saya sudah sebut nama Imtiyaz sebagai seorang responden atau pengulas buku, kini biar ditambah beliau adalah koordinator program Islam-Buddha di ISTAC.


Kamar memulakan dengan merujuk kepada situasi sebenar di Malaysia. Secara rata dialog antara penganut agama Islam dan Buddha diperlukan kerana mereka membentuk komposisi terbesar penduduk negara. Maka itu dialog diperlu untuk memastikan keharmonian. 

Dalam gambar ini kelihatan Liow (saya gunakan format akhbar menyebut nama keluarga bagi bangsa Cina) memberikan hujah. Pada beliau dialog perlu diadakan supaya penganut agama faham pegangan masing-masing lalu boleh hidup bersama dengan lebih bertoleransi. Ini sangat penting dalam keadaan sekarang di mana Barat selalu mewarnakan Islam sebagai agama keganasan lalu penganut agama lain pun bertindak balas menurut persepsi itu. 

Imtiyaz yang memiliki paspot British pula bercakap berdasarkan pengalaman pernah menetap belasan tahun mengajar di Thailand. Cuma saya tidak bersetuju percubaan beliau untuk mengaitkan Nabi Zulkifli AS dengan pengasas agama Buddha iaitu Siddharta Gautama Buddha. Imtiyaz berhujah berdasarkan ada sarjana menyebut nama Kifli pada Zulkifli itu merujuk kepada Kapilavastu, kota kelahiran dan tempat Siddharta membesar di utara benua Hindi. Selain itu ada menambah cerita mereka serupa kerana kedua-duanya adalah raja. 

Faham saya cerita mereka berlainan walaupun melibatkan takhta dan kerajaan. Siddhartha adalah putera raja yang meninggalkan kerajaan demi mencari kebenaran hakiki. Zulkifli pula adalah orang salih yang diangkat menjadi raja setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh raja terdahulu.


Dan lagi zaman kehidupan mereka sangat jauh berbeza. Berdasarkan bacaan saya Nabi Zulkifli AS diperkirakan hidup 1500 hingga 1425 tahun Sebelum Masihi. Sedangkan Siddharta Gautama Buddha pula muncul hampir 1000 tahun! Beliau diperkirakan hidup sama ada pada 563-483 SM atau 480  400 SM. Kalau tahun kehidupanZulkifli dipersoalkan sekali pun kita boleh merujuk pada kedudukan baginda di dalam senarai 25 orang nabi yang patut diketahui. 

Adapun Zulkifli diletakkan pada nombor 16 iaitu antara Nabi Musa AS (nombor 15) dengan Nabi Daud (nombor 17). Senarai tersebut adalah mengikut turutan zaman kehidupan nabi-nabi. Setahu saya tiada khilaf tentang tahun kewujudan Musa (1527-1407 SM) mahupun Daud (1041-971 SM). Yang pasti Zulkifi hidup antara zaman kedua nabi tersebut dan tempoh masa itu jauh terlalu awal untuk dipadankan dengan Buddha.

Pada saya adalah lebih bijak dan boleh membuka penemuan baru apabila kita sedar bahawa antara nabi ke-21 dalam senarai (Yunus AS, diperkirakan lahir pada 820 SM) dengan nabi ke-22 (Zakaria AS, diperkirakan lahir 100 SM) terdapat 'lompong kenabian' selama lebih 7 abad! Dalam tempoh waktu 'kelompongan' inilah wujud Buddha juga tokoh agama Jainism iaitu Mahavira di Hindi abad ke-6 SM. Sekitar waktu itu juga  hidup Lao Tze dan Confucius di benua China juga Plato dan Aristotle di Yunani. Berdasarkan firman Allah SWT bahawa setiap kaum dihantar nabi untuk diberikan peringatan lalu ulamak menyebut terdapat 124,000 orang nabi kesemuanya, 313 bertaraf Rasul, bukan sekadar 25 orang yang biasa diketahui kajian boleh dibuat untuk memadankan Buddha juga tokoh-tokoh tersebut dengan nabi-nabi yang harus wujud antara zaman Yunus dengan Zakaria. 

Apapun di atas adalah gambar seorang cendekiawan daripada Iran memberikan pandangan tentang betapa bagus dialog antara agama ini diadakan. Sebelum itu panelis ke-empat Vijaya (seingat saya format akhbar menggunakan nama pertama bagi orang India yang bukan Kristian) dan terakhir telah memberikan hujah bahawa dialog antara agama perlu untuk menimbulkan hikmah (majlis dibuat sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, perkataan yang beliau gunakan adalah wisdom). Katanya wisdom menerbitkan compassion, sifat kasih sayang. Sedangkan lawannya adalah ignorance (kejahilan) lalu ini menerbitkan fear (rasa takut atau curiga). Dialog berterusan akan menghilangkan kejahilan yang menyebabkan rasa curiga antara agama. Lalu akan timbul hikmah yang mempertautkan kasih sayang.




Saya sangat tertarik dengan hujah ringkas yang diberikan oleh Vijaya tentang perlunya mengadakan dialog antara agama. Saya juga gembira ada usaha agar mereka yang berlainan agama dapat lebih memahami antara satu sama lain. Namun itu adalah idealismanya. Kenyataan sebenar dunia, terdapat kepentingan-kepentingan tertentu yang memiliki niat lain.

Kita sendiri mungkin jujur mahu memahami dan berkasih-sayang. Tetapi syaitan itu adalah musuh yang nyata dan iya akan terus menerus cuba menjerumuskan kita ke dalam lembah kebinasaan,=] antaranya melalui ajen-ajen berupa manusia pelbagai agama atau kefahaman. Maka itu dalam kita hendak bersikap terbuka, dalam pada ada antara kita merasakan suluhan kecendekiawan dan keintelektualan boleh menyelesaikan semua perkara jangan kita lupa ada ayat Quran menyebut ada perkara yang kita sebagai manusia tidak akan dapat menyelesaikan sampai bila-bila. Kerana begitulah takdir alam yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta.

Di atas adalah ayat dengan terjemahannya berbunyi begiti (saya ambil daripada sini) :


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.


Kembali kepada satu hal. Merujuk kepada perenggan berbunyi begini pada awal artikel :-

Dzulkifli mengingatkan betapa bangunan ISTAC ini begitu bermakna dan apa yang patut diperjuangkan. Beliau seterusnya mengumumkan pihak jawatankuasa UIAM telah bersetuju untuk mengembalikan nama asal ISTAC iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilisation (Institut Antarabanga Pemikiran dan Tamadun Islam). Untuk pengetahuan itulah nama yang diperkenalkan oleh Syed Naquib lalu membawa kepada singkatan ISTAC. Tetapi ini diubah kepada  International Institute of Islamic Civilisation and Malay World bermula Oktober 2017. Hal ini menyebabkan ramai bekas pelajar ISTAC menganggap ia sudah lari daripada landasan dan gagasan yang diperkenalkan oleh pengasas. Tentang hal ini akan saya beri ulasan pada akhir artikel nanti.


Saya mendapat tahu ramai juga kecewa istilah "Malay World" dikeluarkan daripada makna ISTAC. Ini kerana mereka gigih berusaha untuk mengangkat keMelayuan ke persada yang lebih tinggi, bukan sekadar sub-topik atas nama pemikiran dan tamadun Islam sahaja. Saya sendiri terpanggil untuk menyambung pelajaran di ISTAC kerana mahu menjunjung tinggi ilmu-ilmu keMelayuan. Rujuk perkongsian saya selepas mendaftar masuk ISTAC 5 bulan lalu dalam artikel Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia
.
Sesungguhnya saya menyambung belajar ini untuk mengangkat ilmu bukan diri sendiri. Kalau kelulusanlah menjadi matlamat saya sudahpun diberikan peluang untuk menyambung ketika masih berada di London 24 tahun lalu. Harapan saya kini selain mengangkat ilmu adalah dapat memartabatkan ummah bersama ISTAC. Semoga ia tidak dicemari unsur-unsur liberal atau kita mengikut telunjuk definisi Barat tentang Islam moderat/sederhana.

Dialog antara agama amat dialu-alukan asalkan kita sentiasa sedar bahawa dalam dunia nyata musuh sentiasa mengintai peluang untuk melemahkan Islam. Kalau berlaku ia rosak kerana kita terlalai lalu membuka peluang kepada musuh saya tiada masalah meninggalkan institusi dalam sekelip mata. Sudah banyak kali dalam kehidupan saya meninggalkan suatu tempat dan situasi malah boleh melupakan sehingga membatalkan segala macam ilmu yang pernah ditimba termasuk persilatan dan kebatinan apabila dirasakan ia merosakkan perjalanan hakiki diri.

Sejak umur 15 tahun saya sudah biasa lari rumah dan tidur secara gelandangan. Di London tahun 1995 saya pernah menjadi gelandangan selama 3 bulan kemudian mengembara pusing 11 negara di tanah besar Eropah tidur dalam sleeping bag dan menumpang kenderaan orang selama 33 hari. Selepas dikeluarkan dari akhbar The New Straits Times tahun 2001 kerana masalah politik dalaman saya berpisah dengan keluarga lalu selalu keluar mengembara tidur di masjid-masjid malah makam-makam lama sehinggalah kembali berumahtangga penghujung 2008. Sejak itu pula saya selalu membawa keluarga termasuk anak kecil seawal umur 2 bulan setengah mengembara lasak. Mereka pun boleh tidur di masjid malah stesyen kereta api pun ok.

Pada umur 49 inipun insyaallah saya masih boleh bertahan hidup sebegitu meninggalkan segala macam keselesaan jika perlu. Adapun setiap tahun saya memastikan sekurang-kurangnya ada 3 malam saya menginap dan beriktikaf di masjid-masjid terutama pada bulan Ramadhan. Pada saya jika menyambung pelajaran di ISTAC boleh membawa lebih banyak kebaikan insyaallah saya akan terus bertahan walaupun apa yang berlaku. Tetapi jika ada petanda ia akan menjadi lubuk bagi mereka yang merosakkan Islam sedangkan saya dihalang daripada berusaha membuat pembetulan, hmm...tepuk dada tanyalah selera. Kita ini bukan jenis yang sekadar tahu membaca dan bercerita tentang orang-orang Sufi seperti Shyakh Ahmadou. Kita sudah melalui perjalanan yang serupa zahir dan batin lalu sudi untuk menempuhnya lagi kalau itulah yang telah ditetapkan oleh Ilahi.





Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Bersantai di Hatyai

$
0
0
Salam malam Jumaat. Adapun siang tadi Khamis 31 Januari 2018 telah berlaku istiadat permasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 di Istana Negara. Sementara tarikh 31/1 itu masih terpakai ingin saya mempersembahkan artikel ini. Masuklah ke hari ke-11 perjalanan saya dan keluarga ke Cambodia dan Thailand.


Dalam artikel sebelumnya iaitu Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Berjalan pusing Bangkok sebelum bermalam dalam kereta api ke selatan telah diceritakan bagaimana kami naik kereta api malam di Petchaburi tetapi harus turun di Hua Hin sebelum mengambil satu lagi kereta api ke selatan. Gambar atas ini diambil pada jam 6.18 pagi Sabtu 2 Disember 2018. Ketika itu kami sudah 8 jam 24 minit bergerak dari Hua Hin..


Jam 9.55 pagi baru sampai ke destinasi iaitu Hatyai. Kalau dimasukkan perjalanan sejak meninggalkan Bangkok jam 2 petang hari sebelumnya sudah hampir 20 jam kami berada di jalanan. Lihat artikel Night train to Hatyai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tidur dalam gerabak kelas 3 tidak begitu selesa. Kami mahu berehat lagi di hotel.


Sebelum itu makan dahulu di kedai makan halal yang terdapat di hadapan stesyen kereta api.


Kemudian baru naik Grab ke tempat penginapan...








Kami menempah sebuah hotel baru  melalui Internet. Inilah kali pertama saya membawa keluarga menginap di Hatyai setelah beberapa kali sampai. Rujuk artikel-artikel lama perjalanan :-










Hotel tadi ditempah kerana menyangkakan kedudukannya bersebelahan sahaja dengan satu tempat tarikan pelancong yang terkenal tetapi kami belum lagi sampai. Rupa-rupanya letaknya lebih 3 km dari hotel. Nasib baik pemilik hotel memberi pinjam motosikal lalu kami keluar lewat petang.


Sekali lagi, apa-apa hal cari dahulu kedai makan halal.


Dengan motosikal berserta bantuan Google Map kami dapat mencari jalan belakang yang boleh mengelakkan kesesakan menuju ke tempat tarikan.


Ia melalui kawasan sebuah kuil lalu kami meletakkan motosikal.


Dari kuil kami berjalan kaki...


Tidak lama kemudian kelihatanlah tarikan yang dimaksudkan, pasar terapung Hatyai.


Baru kami tahu rata-rata makan sini halal dijual orang Islam. Lihat .Klong Hae floating market


Malamnya pula saya membawa keluarga bersiar santai di pusat bandar Hatyai...














Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa

$
0
0
Salam tengah hari Jumaat. Salam hari Wilayah 1 Februari. Tepat 71 tahun lalu Persekutuan Tanah Melayu mula berdiri dengan menggabungkan 9 buah negeri beraja - Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah dengan 2 buah negeri tidak beraja - Melaka dan Pulau Pinang yang pernah menjadi negeri-negeri selat di bawah pentadbiran terus British. Ini ada satu artikel 'celah' sebelum siri "Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan" ditutup dengan cerita hari terakhir perjalanan, insyaallah Sabtu ini.



Pada 8 hari lalu telah disiarkan artikel Dari "Berpetualang" ke pengembaraan demi pengembaraan ke merata ceruk rantau. Ia dibuat setelah timbul gerak untuk mengumpulkan pautan artikel-artikel kompilasi siri-siri pengembaraan yang pernah dibuat sejak blogspot ini dibuka penghujung tahun 2006. Kettka disemak balik tajuk-tajuk artikel sejak mula untuk mengenal pasti yang manakah mengandungi kompilasi suatu sesi pengembaraan didapati ada dua pengembaraan yang sepatutnya ada artikel kompilasi tetapi tidak pernah dibuat.


Satu adalah perjalanan bermotosikal besar dengan dua orang hampir penghujung tahun 2017. Ia adalah perjalanan jauh bermotosikal besar pertama saya sejak awal 2013. Perjalanan dibuat setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan yang sudah agak lama tidak ditemui Rabu malam Khamis 4 Oktober 2017.  Katanya seorang kawan yang menetap di Johor Bahru sudah lama menyimpan hajat untuk mengembara menaiki motosikal bersama saya kerana pernah mendengar cerita-cerita tentang pengembaraan saya termasuk bersama kawan lama tersebut. Perjalanan mahu dimulakan siangnya pagi Khamis 5 Oktober

Maka keluarlah saya pagi itu menuju ke Janda Baik di mana kami berjanji untuk berjumpa. Perjalanan mahu dibuat dalam tempoh 3 hari 2 malam dan saya diminta memberikan cadangan jangkauan terbaik yang boleh diliputi dalam masa tersebut. Saya mencadangkan agar kami ke Raub negeri Pahang kemudian naik Cameron Highlands melalui Sungai Koyan sebelum kembali melalui Simpang Pulai di negeri Perak. Dalam perjalanan timbul rasa untuk mengajak mereka mendaki Gunung Irau setinggi hampir 7,000 kaki dari paras laut.


Dipendekkan cerita perjalanan dipanjangkan menjadi 4 hari 3 malam. Antaranya disebabkan kami cuma dapat selamat keluar daripada hutan pergunungan Irau pada lewat malam. Berikut adalah pautan bagi artikel-artikel yang telah disiarkan untuk siri berkenaan.


1. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama sejak awal 2013 - Antara Raub dan Janda Baik

2. A stop up Cameron Highlands from Sungai Koyan

3. The new dam close to Lembah Bertam

4. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama sejak awal 2013 - Naik ke Cameron Highlands

5. Bringing friends to Gunung Brinchang








Satu lagi sesi pengembaraan yang patut dikompilasikan adalah perjalanan saya, isteri dan anak-anak membawa ibu bapa saya pusing separuh Semenanjung pada awal musim raya Aidil Fitri atau bulan Syawal tahun 2014. Seperti perjalanan motosikal tadi ia juga mengambil masa 4 hari 3 malam. Tetapi jarak yang diliputi adalah lebih sekali ganda jauh.



Perjalanan ini meliputi negeri-negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak. Ia bermula dengan niat untuk menghadiri satu majlis kerja kahwin di Dungun. Alang-alang sudah ke sana dipanjangkanlah lawatan ke beberapa tempat.


Antara tempat dilawati adalah makam moyang saya sebelah bapa, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Itulah kali pertama ibu bapa sampai ke makam tersebut setelah jasad laksamana dibawa kembali dari Singapura tahun 2006. Untuk pengetahuan almarhum meninggal dunia setelah dibuang negeri oleh British kerana didakwa terlibat dalam pembunuhan residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch pada tahun 1875. 

Berikut adalah artikel-artikel pengembaraan. Jumlahnya mungkin sedikit sahaja tetapi tetap cukup bermakna untuk disemak semula. OK. Saya harus keluar untuk menunaikan solat Jumaat di masjid...











Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kembali ke tanah air selepas 12 hari 11 malam di perantauan

$
0
0
Salam semua. Setelah beberapa lama sampailah masa untuk menamatkan cerita perjalanan saya dan keluarga di Cambodia dan Thailand 22 November hingga 3 Disember 2018. Bersambung daripada artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Bersantai di Hatyai.


Pagi Isnin 3 Disember 2018 iaitu tepat dua bulan lalu. Sampailah masa untuk kami kembali ke tanah air.


Esoknya Selasa 4 Disember isteri harus masuk kerja sedangkan saya pula ada kelas di ISTAC. 


Cukuplah 12 hari 11 malam berada di perantauan. Kalau ikut rancangan asal harus lagi seminggu lagi kami berjalan. 


Tapi itu rancangan yang dibuat ketika membeli tiket penerbangan ke Siem Reap awal tahun 2018.  Fikir kami semasa itu akan membuat sekali perjalanan ke Vietnam dan Laos. Ketika itu tidak terbetik dalam fikiran pun saya akan menyambung pelajaran di ISTAC selepas pertengahan tahun.  Isteri boleh mengambil cuti lebih tetapi saya tetap harus kembali kerana tempoh masa seminggu dua selepas itu sangat penting dalam pengajian. Rujuk artikel Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia



Dari hotel kami mengambil Grab ke pusat bandar raya Hatyai. Terus ke stesyen kereta api untuk perkhidmatan hingga ke Padang Besar, Malaysia. Jaraknya cuma sekitar 50 km dari Hatyai. Tetapi selepas itu ada jarak lebih 470 km lagi untuk sampai ke rumah kami di Sungai Buaya, Rawang.


Dahulu kita boleh menaiki kereta api KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) dari Hatyai hingga ke Kuala Lumpur dan kembali. Saya sempat menggunakan perkhidmatan tersebut walau tidak sampai ke KL tahun 2010. Lihat Projek buku keretapi : Ipoh ke Hatyai... dan Projek buku keretapi : Kembali dari Hatyai daaa....


Setahu saya perkhidmatan KTMB ke Hatyai dan kembali itu sudah ada sejak tahun 1970an. Namun sejak perkhidmatan kereta api laju ETS yang mula dibuka dari KL ke Ipoh tahun 2010 dipanjangkan hingga ke Padang Besar sekitar 2-3 tahun lalu perkhidmatan kereta api lama ke Hatyai ditamatkan.


Sekarang kita boleh naik kereta api Malaysia hingga ke Padang Besar sahaja. Daripada sana ke Hatyai kena naik kereta api Thailand. Oh. Ini adalah stesyen Padang Besar di Thailand.


Adapun terdapat dua buah bandar dipanggil Padang Besar. Satu dalam Thailand, satu dalam Malaysia. Kedua-duanya ada stesyen kereta sendiri. Kereta api Thailand yang dinaiki dari Hatyai membawa hingga ke syesten kereta api Padang Besar, Malaysia di mana kami pturun untuk pemeriksaan imigresyen, Saya sudah melalui proses ini ketika kembali daripada perjalanan pertama saya ke Patani awal tahun 2017. Ketika itu saya menghadapi sedikit masalah kerana ada membawa keris dalam beg sandang. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - Sedikit masa di Hatyai sebelum kembali ke tanah air.


Dari stesyen ini perjalanan ke selatan boleh dteruskan dengan dua cara :-

1. Naik kereta api laju ETS

2. Naik kereta api komuter.


Kereta api ETS lebih laju dan cuma membuat persinggahan di stesyen-stesyen utama. Tetapi tempat duduknya terhad lalu harus ditempah lebih awal kerana menjadi rebutan. Yang mudah bagi pengembara jalanan yang bergerak tidak ikut jadual adalah menaiki kereta api komuter. Tempat duduknya tidak terhad - kalau tak cukup boleh berdiri atau duduk atas lantai.


Dengan kereta api komuter kita boleh merentasi negeri Perlis dan Kedah.


Tidak lama kemudian kelihatan Gunung Jerai dan pekan Gurun. 

Pada saya gunung ini memiliki sejarah besar yang terkait dengan kerajaan Funan. Ini kerana Hikayat Merong Mahawangsa menyatakan selepas Raja Merong Mahawangsa datang dari Rum lalu mendirikan kerajaan Langkasuka di kaki Gunung Jerai baginda mendirikan kerajaan Kedah Tua. Seorang anaknya diangkat menaiki takhta apabila baginda mahu kembali ke Rum. Pesan baginda  apabila anak itu sendiri mendapat anak hendaklah yang tua disuruh  bergerak jauh ke utara untuk membuka negeri baru.

Hikayat menyebut apabila cukup umur berhijrahlah anak tersebut ke utara dengan satu angkatan lalu membuka negeri bernama Siam Lanchang. Saya percaya yang dimaksudkan itu adalah Funan dengan pusat dalam lingkungan negara Cambodia sekarang. Adapun Lanchang itu boleh merujuk kepada Lanxang, sebuah empayar lama yang wujud tahun 1354 hingga 1707 Masihi berpusat di Laos. Namun Lanxang juga adalah panggilan orang Cina bagi Sungai Mekong dan ini masih digunakan untuk bahagian hulu sungai yang terletak di dalam negara Cina. Saya percaya nama Siam Lanchang merujuk kepada Funan berdasarkan penguasaannya ke atas lembah Sungai Mekong.


Dengan kereta api komuter kita boleh bergerak jauh hingga ke Padang Rengas di negeri Perak mendekati bandar diraja Kuala Kangsar. Tetapi kena tukar dahulu kereta api di Butterworth.


Sebaliknya kami naik kereta pula masuk ke Pulau Pinang. Seorang kawan lama saya satu kolej zaman A Levels tahun 1988-1990 (boleh rujuk Proper reunion pertama PPP/ITM A Level 7 setelah hampir 30 tahun meninggalkan kolej) mengambil untuk ke rumahnya di Queensbay.


Kami pergi kerana kawan tersebut pernah mengajak datang untuk majlis perkahwinan anaknya sekitar seminggu sebelum kami berlepas ke Cambodia 22 November 2018. Kami tidak dapat pergi kerana perlu menyimpan belanja dan tenaga untuk pengembaraan Oleh itu kami memberitahu insyaallah akan bertandang dalam perjalanan kembali melalui darat.


Beliau yang merupakan seorang profesor penuh di Universiti Sains Malaysia sejak berumur 30an membawa kami berjalan-jalan di universiti dan kawasan sekitar sebelum ke rumah.  Petang jam 4 kami dihantar ke satu stesyen bas khas dekat pusat membeli belah berdekatan.


Tanpa dipinta kawan tersebut membelikan tiket-tiket untuk perkhidmatan bas VIP hingga ke KL. Kata beliau tak perlulah kami bersusah-payah hendak memikirkan bagaimana mahu kembali ke rumah sebelum isteri masuk kerja dan saya pergi ke kelas keesokan harinya.


Dengan ini naiklah kami ke dalam bas dengan hati yang lapang.


Anak-anak pula suka sebab setiap kerusi ada televisyen kecil untuk menonton filem atau bermain game


Sampai ke rumah nanti baru dapat disemak. Adapun menurut lakaran menggunakan Google Map kami empat beranak telah meredah laluan darat sejauh 2,877 km.  Kalau dicampur jarak perjalanan dalam bandar dan tempat-tempat yang tidak dimasukkan ke dalam lakaran harus 3,000 km. Kalau campur sekali penerbangan ke Siem Reap jadi lebih 4,200 km. Rujuk artikel pengenalan Akan datang tidak lama lagi - Cerita Jejak Kerajaan Funan yang dibuat Selasa malam Rabu 4 Disember 2018. Sekian.Tammmmmaaatttt.... :]



Seminar Antarabangsa Pemikiran Semasa dan Reformasi Kemasyarakatan - Antara idealisma dan realiti zaman

$
0
0
Salam semua. Daripada siri cerita pengembaraan yang telah ditutup dengan artikel .Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kembali ke tanah air selepas 12 hari 11 malam di perantauan Ahad kita beralih ke satu majlis ilmu yang juga boleh diceritakan secara bersiri...


Sejak awal tahun para pelajar ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam telah diberitahu melalui Whatsapp tentang majlis dalam poster yang mahu diadakan di institut kami 6 hingga 8 Februari 2019.  Tajuknya "International Seminar on Contemporary Islamic Thought and Societal Reforms" boleh diterjemahkan sebagai "Seminar Antarabangsa Pemikiran Semasa dan Reformasi Kemasyarakatan". Barisan pembentang pun kelihatan menarik perhatian. Cuma tempoh masa diadakan itu adalah waktu cuti sekolah sempena perayaan Tahun Baru Cina. Dan lagi ada yuran yang boleh 'menebuk' poket kami para pelajar. Nasib baik kemudian kami diberitahu ia percuma untuk pelajar ISTAC. Cuma kehadiran kami diwajibkan.


Tak mengapalah bagi mereka yang berkesempatan. Saya sendiri pun dah 3 kali balik kampung ke Muar sejak pertengahan bulan Disember tahun lepas sehingga pertengahan Januari lepas. Raya Cina ni terasa malas hendak 'berlumba' dengan kesesakan jalan yang biasa melanda musim perayaan.  Anak-anak pun tiada masalah setakat bercuti di sekitar kawasan. Selepas menunaikan solat Zuhur di rumah saya pun bergegas untuk sesi pertama majlis yang bermula jam 2.30 petang.


Pembentang pertama Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar yang merupakan Sheikul Kulliyah ISTAC sedang membawa tajuk "Islah and Tajdid as the Twin Faces of Islamic Reform : Challenges for Islam in Multicultural Societies". Ini boleh diterjemahkan sebagai "Islah dan Tajdid sebagai Dua Muka Kembar Pembaharuan Islam". Secara rata beliau bercakap tentang usaha-usaha mahu memartabatkan kembali Islam di mata dunia dalam konteks inclusivity iaitu dengan memasukkan agama-agama lain dan penganutnya dalam perbincangan untuk kebaikan bersama. 

Faham saya perkataan Arab Islah dan Tajdid membawa maksud reform dan renewal dalam bahasa Inggeris. Reform ke dalam bahasa Melayu boleh membawa maksud pembaikan, pemulihan pun boleh. Jadi lebih elok diterjemahkan sahaja menjadi reformasi agar dapat meliputi makna-makna tersebut. Tajdid = renewal lebih mudah kerana membawa maksud jelas pembaharuan. Saya nyatakan ini kerana ada juga kamus menyebut reform sebagai pembaharuan sedangkan apabila dirujuk kepada perkataan Islah dan Tajdid jelas terdapat perbezaan.


Pembentang kedua, Mudassar Ahmed daripada Concordia Forum, London kemudian membawa tajuk "Islam and the Common Good : Ideals and Realities" - "Islam dan Kebaikan Bersama : Ideal dan Realiti". Beliau bercakap sebagai ahli golongan minoriti penganut agama Islam di United Kingdom pada kala fenomena Islamophobia iaitu rasa takut dan curiga terhadap Islam sedang kuat mencengkam dunia Barat.


Sesi kedua bermula sekitar jam 4.10 petang selepas rehat minum sekitar setengah jam. Pembentang pertama sesi, Profesor Madya Dr Imtiaz Yusuf daripada ISTAC membawa tajuk "Bridging between Tradition and Modernity in Thai Islam : The Role of Surin Pitsuwan" - "Menghubungkan Tradisi dan Kemodenan Thai Islam : Peranan Surin Pitsuwan". Beliau merujuk kepada tokoh politik Thailand beragama Islam yang katanya memainkan peranan sangat besar dalam mendamaikan penduduk Islam dengan majoriti orang Thai yang beragama Buddha. Imtiaz yang pernah mengajar di Thailand selama belasan tahun merujuk juga perkenalan peribadi dengan tokoh tersebut.


Saya sendiri pertama kali mendengar nama Surin Pitsuwan semasa awal kelas di ISTAC September tahun lepas. Ada seorang pelajar perempuan yang berasal dari wilayah Setul atau Satun di selatan Thailand memberitahu mahu membuat tesis tentang sumbangan tokoh tersebut kepada dunia Islam. Daripada pembentangan tadi baru saya tahu Surin ini memang seorang tokoh besar. Dikatakan hampir-hampir sahaja beliau menjadi setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menggantikan Kofi Annan (memegang jawatan tersebut 1997-2006) kalau tidak dihalang oleh kepentingan politik tertentu.


Sebenarnya sesi kedua seminar ini sepatutnya dibuka oleh Profesor Dr Azra Azyumardi daripada Universiti Islam Negeri, Jakarta dengan tajuk "Sinergy between Islamic Thoughts and Societal Reforms in Contemporary Indonesia" - "Sinergi antara Pemikiran Islam dan Reformasi Kemasyarakatan Semasa di Indonesia". Sebaliknya beliau tidak dapat bersama lalu tempatnya digantikan oleh Profesor Dr Kamar Oniah Kamaruzaman daripada ISTAC.


Menurut atur cara Kamar sepatutnya membentang pada sesi keempat petang Khamis 7 Februari karang. Apapun beliau pun membawa tajuk "Societal Reforms of Tertiary Education : The Malaysian Case" - "Reformasi Kemasyarakatan dalam Pendidikan Tinggi : Kes Malaysia" sehari lebih awal.


Seminar ini secara keseluruhan dilancarkan pada waktu malam dengan syarahan dua orang tokoh terkenal dunia, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ahli parlimen Port Dickson dan pensyarah Georgetown University (Amerika Syarikat) Profesor Dr John L. Esposito.


Terus terang cakap saya asalnya tidak berminat langsung untuk mendengar mereka bercakap. Walaupun tahu ada beberapa orang pensyarah di ISTAC mengangkat tinggi Anwar kerana terlibat atau pernah terlibat dengan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) saya ada rasa sangsi terhadap beliau. Saya sendiri pernah mengangkumi Anwar ketika kembali dari London tahun 1995. Saya termasuk antara ramai anak muda yang percaya inilah tokoh paling layak untuk mengangkat Malaysia lebih tinggi ke persada dunia selepas Dr Mahathir (ketika itu belum bergelar Tun). Lalu saya menjadi antara orang paling keliru apabila tiba-tiba sahaja Anwar digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Ketika itu saya bertugas sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times lalu disuruh meliputi aktiviti-aktiviti beliau sejak hari-hari terakhir di kediaman rasmi TPM di Kuala Lumpur sehinggalah beliau bersyarah setiap hari di kediaman sendiri di Bukit Damansara (sebelum ditangkap). 

Selepas beberapa lama mendengar cerita daripada pelbagai pihak dan menilai sendiri keadaan saya berpendapat beliau memang bersalah atas beberapa hal yang dilakukan ketika diberi peluang memangku jawatan Perdana Menteri. Pada saya beliau memang telah bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Dr Mahathir. Untuk itu beliau telah menjalankan saranan IMF (International Monetary Fund) agar menaikkan kadar faedah bank negara sambil memendekkan tempoh non-performing loans (saya lupa takrif-takrif tepat untuk perkara) yang menyebabkab banyak syarikat tempatan menjadi muflis.

Tentang Esposito pula saya pernah menyatakan pendirian tidak enak terhadap beliau selepas pertama kali mendengar syarahannya di ISTAC awal tahun lepas. Lihat Syarahan "Muslim and the West" oleh John Esposito di ISTAC. Apabila dua nama ini disebut - Anwar dan Esposito - ada kawan-kawan aktivis saya dalam dunia kewangan Islam anti riba' dan anti perbankan yang terus menyatakan tidak mahu langsung mendengar kata-kata mereka. Namun di sini tidak perlulah dipanjangkan perkara. Cukuplah dikatakan atas dasar sayangkan ilmu biar kita dengar apa yang akan mereka katakan.



Majlis pelancaran dibuat dalam bentuk forum bertajuk "Islam and Multiculturalism : The Need for Educational Reform" - Islam dan Pelbagai Budaya - Keperluan untuk Reformasi Pembelajaran" dengan Anwar dan Esposito sebagai panelis. Tajuk ini sahaja sudah boleh membuat ramai rakan seperjuangan saya dalam dunia keMelayuan, kebudayaan dan persilatan jadi sangsi dan meluat. Ini disebabkan realiti keadaan negara sekarang yang seperti meminggirkan hak-hak orang Melayu dan Islam. Sebaliknya pihak-pihak yang kelihatan anti-Melayu dan anti-Islam semakin mendapat ruang. Kesangsian saya dalam hal ini adalah dinyatakan dalam artikel Majlis 3 dalam 1 pelancaran buku, unit perbandingan agama dan diskusi buku - Penetapan arah baru ISTAC? pada 8 hari lalu.


Saya bercakap sebagai seorang yang pernah teruk hanyut dalam dunia pemikiran keBaratan dan liberal sebelum menggamit kembali jati diri keMelayuan akibat panggilan 'hak keturunan' yang kadangkala datang dalam bentuk mistik bersifat pengalaman dzauq Tasawuf lagi spiritual. Namun atas nama dunia keintelektualan saya cekalkan hati juga untuk mendengar sambil Syeikhul Kulliyah ISTAC memberikan pengenalan. Sebetulnya kerisauan saya ada diluahkan pada sesi soal jawab siang hari. Saya menyebut tentang kes arwah Adib, petugas bomba berbangsa Melayu yang maut lebih sebulan lalu akibat luka-luka dalaman dipukul perusuh dalam kes pencerobohan Kuil Mariamman 26 November tahun lalu. Kelihatan pada kami orang Melayu seperti kes ini hendak dilupakan kerana menjaga hati kaum lain. Kelihatan pada kami kalau orang bukan Melayu nak buat apa pun boleh terlepas...


Nasib baik ada yang sudi menjawab dengan suara waras. Walaupun soalan disuarakan pada sesi pertama seminar,  Kamar yang bercakap pada sesi kedua pula sudi menjawab walau tidak diulang soal dengan menyatakan ini adalah soal mencari keadilan. Tidak ada kena mengena dengan kaum mahupun agama.


Idealismanya memang saya sendiri suka melihat segala macam dialog antara agama dan budaya diadakan. Tapi realiti zamannya kelihatan seperti orang Melayu semakin dibuat seperti melukut di tepi gantang.


Jadi apakah salah jika pihak yang mahu memperjuangkan keberadaan dan kelangsungan Melayu merasa sangsi terhadap dialog-dialog sebegini? Apakah orang seperti Anwar dan Esposito boleh menyelami dengan sebenar-benarnya hati nurani kami? Atau perasaan kami boleh dikorbankan begitu sahaja atas nama keharmonian antara budaya kaum yang disokong sifat 'keterbukaan' keintelektualan?





Di sini tidaklah ingin saya mengupas panjang lebar tentang apa yang diperkatakan mereka pada majlis malam. Ketika menulis ayat ini sudah jam 3.19 pagi. Saya sampai  ke rumah setelah kembali daripada majlis tadi pun tengah malam sedangkan jam 11.30 pagi karang saya harus berada kembali di ISTAC lebih 40 km dari rumah saya untuk sesi seminar yang seterusnya.


Cukuplah dikatakan syarahan malam tadi boleh saya terima dengan hati terbuka dan lapang. Ada suatu macam janji oleh Anwar bahawa Islam dan Melayu akan dipertahankan sambil usaha-usaha dijalankan agar kita lebih saling mengenali antara agama dan budaya. Ada ketegasan daripada beliau bahawa kita akan menangangi hal-hal ini menurut acuan kita sendiri, bukan menurut kehendak Barat. Dan Esposito pula tidak kedengaran memperkecilkan kepimpinan negara-negara Islam seperti saya dengar dalam syarahan awal tahun lepas. Walaupun beliau masih memperjuangkan kepelbagaian budaya (multiculturalism) dan plurisma ia kedengaran lebih lunak sedia untuk menerima pendirian kukuh Islam dalam hal-hal yang tiada tolak ansurnya. Malah beliau dikatakan sentiasa membela Islam pada kala pihak lain sibuk di Amerika Syarikat sibuk membantai sehingga pernah dikatakan seorang pro-teroris. Wallahualam.


Seminar Antarabangsa Pemikiran Semasa Islam dan Reformasi Kemasyarakatan - Antara dasar dan pelaksanaan

$
0
0
Salam malam Jumaat. Merujuk kepada artikel Seminar Antarabangsa Pemikiran Semasa Islam dan Reformasi Kemasyarakatan - Antara idealisma dan realiti zaman yang dipersembahkan jam 3.49 pagi tadi. Siang tadi pula berlangsunglah hari ke-2 seminar di ISTAC. Sedikit perkongsian daripada saya.


Pagi Khamis 7 Februari 2018. Hari dimulakan dengan persidangan tertutup Majlis Penasihat Antarabangsa ISTAC yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan terpilih 9 hingga 11 pagi. Jam 11.30 baru sesi ke-3 seminar (sesi pertama dan kedua sudah diadakan hari Rabu).  Moderator adalah Profesor Madya Dr Danial Mohd Yusof daripada ISTAC.


Pembentang pertama adalah Profesor Dr John L, Esposito daripada Georgetown University, Amerika Syarikat. Beliau membawa tajuk "Islam and Societal Reform in the Contemporary World : Western Responses". Saya terjemahkan ini sebagai "Islam dan Reformasi Kemasyarakatan dalam Dunia Semasa : Maklum Balas Barat".





Pembentang kedua (duduk kiri), Profesor Ulung Dr Amin Saikal daripada Australian National University pula membawa tajuk "Islam and Politics in Afghanistan : Its Implications for Central Asia" - "Islam dan Politik di Afghanistan : Kesannya terhadap Asia Tengah". Setelah beberapa lama asyik mendengar orang Islam harus berubah jadi begitu jadi begini supaya lebih diterima dan difahami orang bukan Islam baru terdengar suatu yang lebih menghampiri realiti kesusahan dan cabaran hidup sebenar manusia. Tentunya ramai sedia tahu bagaimana Afghanistan pernah dijajah British awal abad ke-20 Masihi. Masuk zaman moden ia diceroboh kuasa komunis Soviet Union kemudian diratah Amerika Syarikat atas alasan mahu memerangi keganasan Islam. Walhal Afghanistan juga merupakan pengeluar besar narkotik/dadah, ditaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan.


Masuk sesi ke-4 yang diadakan di bilik persidangan, bukan dewan utama ISTAC seperti pada sesi-sesi sebelumnya saya merasakan baru suara Islam dapat berkumandang lebih tegas, bukan diasak-asak sehingga terhimpit ke dinding seperti kita pula terasa melukut di tepi gantang.


Pembentang pertama sesi, Profesor Dato Seri Dr Md Salleh Yaapar daripada Universiti Sains Malaysia (USM) bercakap tegas tetapi lembut tanpa perlu bersuara lantang. Tajuk yang dibawa adalah "Islam and Reforms of Tertiary Education : The Malaysian Case" - "Islam dan Reformasi Pendidikan Tinggi : Kes Malaysia".





Hala tuju yang mahu dibawa, bagaimanakah komponen-komponennya disuarakan dan dipaparkan begitu jelas.


Walaupun mungkin akan ada suara-suara sumbang mempersoalkan ini bukan benda baru. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diketengahkan Salleh sudah disebut banyak pihak. Pada saya dan rakan-rakan seperjuangan ia tetap kedengaran segar dan bertenaga dalam seminar.


Jelas wawasan keIslaman yang mahu dibawa. Termaktub dan terhias buah-buah fikiran cendekiawan besar Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mula disuarakan dengan lantang tahun 70an masih relevan berkumandang. Untuk makluman Naquib mengasaskan ISTAC pada tahun 1987 untuk mengangkat aspirisi tinggi pendidikan dan pembentukan golongan intelektual Islam bagi memakmurkan ummah sejagat.  Sudah sepatutnya warga institut berhempas pulas untuk mengangkat wawasan.


Disebut bahawa falsafah pendidikan yang ingin diangkat memang bukan perkara baru tetapi formula kejayaan ummah yang pernah digunakan universiti-universiti atau pusat pendidikan tinggi klasikal pada zaman kegemilangan Islam sejak lebih 1,000 tahun lalu.








Paradigma yang betul mengikut turutannya harus dilaksanakan untuk menerbitkan golongan pemikir yang penuh hikmah.


Soal peradaban, pembentukan masyarakat beradab harus dijunjung tinggi demi kebaikan ummah, pembinaan negara/kerajaan juga untuk kesejahteraan masyarakat dunia sejagat.





Pembentangan diakhir dengan saranan bahawa pemisahan antara subjek-subjek sains dengan subjek-subjek seni/sastera dan kemanusiaan harus dibuang kerana ia menghalang penerbitan pelajar yang lengkap dan seimbang. Untuk reformasi pendidikan berjaya penekanan harus diberikan kepada insan.


Moderator sesi Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican, juga dari USM kemudian memperkenalkan pembentang atau ahli panel kedua bagi sesi.


Naiklah Profesor Dato' Dr Zaleha Kamarudin daripada Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membawa tajuk "Legal Reforms and Gender Equity in New Malaysia" - "Reformasi Perundangan dan Keadilan Jantina dalam Malaysia Baru".


Beliau merujuk kepada reformasi perundangan yang katanya mahu dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.


Janji Pakatan dalam manifesto mereka pun diingatkan - tentang reformasi terhadap segala macam undang-undang yang dilihat tidak adil, bersifat kuku besi dan sebagainya.








Satu persoalan besar dan penting yang diangkat adalah kenapa Pakatan tidak menyebut tentang reformasi Udang-undang Syariah? Apakah ia sengaja dibuat-buat lupa? Atau ia tidak disebut demi menghormati bidang kuasa negeri-negeri dalam melaksanakan Undang-undang Syariah Islam menurut takrif dan kefahaman masing-masing?


Tumpuan khusus pun diberikan terhadap undang-undang melibatkan wanita. Misalnya had umur minimum 18 tahun untuk seorang wanita dibenarkan berkahwin. Pada Zaleha biarlah seorang wanita itu sekurang-kurangnya memiliki pendidikan peringkat SPM sebelum berumahtangga. Ini kerana telah berlaku banyak kes perceraian yang menyebabkan kebajikan kaum hawa terabai.


Disebut juga tentang cadangan mengadakan satu suruhanjaya tetap untuk mengadakan reformasi Undang-undang Syariah di bawah Parlimen.


Pembentang ketiga dan terakhir, En Habib (lupa nama penuh) dari Indonesia membawa tajuk "Synergy between Islamic Thought and Societal Reform in Contemporary Indonesia" - "Sinergi antara Pemikiran Islam dan Reformasi Kemasyarakatan dalam Indonesia Semasa". Untuk itu diceritakan sejarah kebangkitan pemikiran Islam di Indonesia pada zaman penjajahan Belanda sehingga zaman presiden pertama  Indonesia iaitu Sukarno membawa kepada zaman presiden kedua Suharto dan seterusnya.


Sesi soal jawab dibuka dengan Syeikhul Kulliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar menerangkan bahawa sesi ke-4 ini memang dibuat khas untuk menangani isu-isu dalam negara Malaysia. Namun dimasukkan sekali Habib dan isu Indonesia kerana tajuk beliau itu asalnya harus dibawa oleh Profesor Dr Azra Azyumardi daripada Universitas Islam Negeri, Jakarta pada sesi ke-2 iaitu pada hari Rabu. Tapi Azra tidak dapat datang lalu slot beliau digantikan oleh oleh Profesor Dr Kamar Oniah Kamaruzaman daripada ISTAC yang membawa tajuk  "Societal Reforms of Tertiary Education : The Malaysian Case" - "Reformasi Kemasyarakatan dalam Pendidikan Tinggi : Kes Malaysia" sehari lebih awal. Sepatutnya Kamar membawa tajuk itu pada sesi ke-4.

Apapun Osman mencadangkan agar para cendekiawan mengambil kesempatan atas komitmen kerajaan Pakatan yang mengatakan akan memberi universiti otonomi untuk menentukan hala tuju sendiri. Untuk itu setiap fakulti atau kulliyyah itu sendiri harus diberikan otonomi untuk bertindak dan melaksanakan apa yang dirasa terbaik buat mereka tanpa perlu terlalu mengikut telunjuk pentadbiran pusat universiti.

Dalam sesi soal jawab ini saya mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan berikut :-

1) Kepada Salleh - Apa pendapat beliau tentang pendidikan sekolah vernacular (saya tak pasti terma tepat dalam bahasa Melayu) merujuk kepada sekolah kebangsaan Cina dan India (Tamil). Bukankah ini penghalang kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

2) Dalam konteks sama kepada Zaleha - Apakah benar kata sesetengah orang bahawa kewujudan sekolah-sekolah vernacular ini melanggar Perlembagaan Negara?

3) Kepada Zaleha lagi tentang Perlembagaan - Saya teringat dalam satu majlis di Pusat Islam tahun 2012, mantan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz pernah menyebut bahawa berdasarkan sejarah dan kaedah yang membawa kepada Perlembagaan negara maka Undang-undang Syariah sebenarnya secara semulajadi mengatasi Common Law iaitu undang-undang Barat versi British yang kita anuti selama ini seolah-olah lebih tinggi daripada Undang-Undang Syariah. Seingat saya Ahmad menyebut bahawa penggunaan Common Law (tahun 1965) berlaku kerana Undang-Undang Syariah yang telah digunakan sekian lama oleh setiap negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu kemudian Malaysia tidak diatur bertulis secara sistematik seperti hal-halnya undang-undang Barat. Ia wujud dalam kitab-kitab agama dan didapati tidak selari pula, ada perbezaan antara negeri. Hal inilah yang menyebabkan Common Law digunakan sebagai ganti. Pertanyaan saya adakah perkara ini benar?

Untuk menyokong pertanyaan tersebut saya Google kata-kata kunci "Ahmad Fairuz Common Law 1965" lalu terjumpa satu artikel yang keluar dalam akhbar The New Straits Times pada 25 Mac 2017. Saya bacakan beberapa perenggan berkenaan pada seminar. Di sini biar dicopy paste keseluruhan artikel tersebut :-


Laws in contradiction to Islamic laws are void, says former Chief Justice

KUALA LUMPUR: Islamic law is the second most supreme legislation in Malaysia and any other laws that run contrary to it are void said former Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim.
In his interpretation, Ahmad Fairuz said that anything that is in contradiction to Islam or anything that went against Islamic laws’ main sources, which are the Quran and Sunnah, is unconstitutional.
He said it is similar to laws that contradict the Federal Constitution, which will deem it unconstitutional.
“I feel that anything which is in contradiction to Islam is unconstitutional. The Privy Council has ruled in a case in Singapore that a law, to be valid, must conform to the fundamental rules laid down by the English law.
“As Islam is the religion of the federation, surely the fundamental principles of the law should be based not only on the English Common law but on the Syariah,” he said when giving a lecture on “Islam as the Law of the Land” at Majestic Hotel here today.
The reason for this opinion, he said was because the Quran, Sunnah, and the traditions and practices of Prophet Muhammad are the main source of Islamic laws.
Hence, he said, reading Article 3 and 4 of the Federal Constitution together means that any laws contradicting to Islamic scriptures are void.
Article 3 stated that “Islam is the religion of the Federation”, while Article 4 stated that “Constitution is the supreme law of the Federation” and any law passed after Independence and inconsistent with it shall be void.
“Hence, laws that are against the Quran and Sunnah will also be void.”
When asked on Pas’ Private Member’s Bill dubbed RUU355, Ahmad Fairuz said since there’s a cap on the punishment, the bill will not lead to the implementation of hudud in Malaysia.
Commenting further on RUU355, he said he couldn’t fathom why non-Muslims disagreed with the bill as it has been guaranteed that the amendment would not affect them.
“When it involves a non-Muslim, we can’t use Syariah law, only civil law. This is a Muslim’s right to follow his or her own religion and the Muslims are not asking for equality in that sense. So it shouldn’t be an issue isn’t it?” he added.
Pas President Datuk Seri Abdul Hadi Awang had last year sought to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 which has been listed on the Parliament’s Order Paper for this sitting.
On Nov 24, Hadi read out a motion to amend the Bill by inserting the punishment caps of 30 years’ jail, RM100,000 fine, and 100 lashes. Syariah courts’ sentencing powers are currently limited to three years’ jail, RM5,000 fine and six lashes.
Asked further on some Malaysian Muslims expressing concern on the punishment and if there’s an exit for those who are against it, Ahmad Fairuz said no Muslims can opt out of this.
“Pertaining on whether or not Muslims can opt out from this, the Federal Court has stated that, Muslims in Malaysia cannot run away with the two laws – the Federal and the State – and State laws have the right (power) on Muslims, so you cannot opt out as there are two laws in which you are bound.”
The lecture today was co-organised by the Malaysian Lawyers Circle, Malaysian Muslim Lawyers Association, Concerned Lawyers for Justice, Ikatan Muslimin Malaysia’s legal arm iPeguam, and the Centre for Human Rights Research and Advocacy.

(rujuk artikel asal di sini)



Jawaban untuk soalan-soalan saya itu  adalah seperti berikut. Biar ditulis menurut ingatan dan faham saya, bukan word by word seperti dituturkan mereka tetapi secara essence atau isi dan makna...

1. Ya kata Saleh. Memang sekolah vernacular menjadi halangan kepada aspirasi pendidikan kebangsaan. Menurut Perlembagaan Negara pendidikan formal atau rasmi sepatutnya dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Namun kelonggaran telah diberikan untuk sekolah vernacular wujud itupun selama 10 tahun sahaja sebagai bentuk peralihan memandangkan kaum-kaum Cina dan India yang telah dibawa secara beramai-ramai oleh British untuk kepentingan mereka baru diberi peluang untuk berasimilasi setelah sengaja dipisahkan daripada bergaul bebas dengan orang Melayu. 

Itu adalah DASARnya. Tetapi PERLAKSANAANNYA? Selepas 10 tahun diminta 10 tahun lagi untuk sekolah-sekolah vernacular terus berdiri. Sekarang dah 60 tahun berlalu. Bukan sahaja tiada tanda-tanda sekolah vernacular akan diluputkan malah ditambah jumlah dan peringkat/tahapnya lagi. Siap diminta pula mahu dilaksanakan peperiksaan UEC yang berdasarkan kurikulum Cina Taiwan sebagai syarat boleh masuk universiti awam di Malaysia. Sebab apa? Sebab menjaga kepentingan politik pihak tertentu. Itulah realitinya.

2. Dengan jawaban Salleh ini Zaleha tidak perlu menerangkan hal sama panjang lebar menurut Perlembagaan Malaysia. Cukup sekadar bersetuju dengan Salleh. Terus kepada perkara seterusnya...

3. Tentang perkara ketiga. Ya. Zaleha berkata memang benar apa yang dikatakan Tun Ahmad Fairuz. Malah ini pernah disuarakan oleh pakar undang-undang lain sebelum itu (saya lupa nama). Zaleha memberikan beberapa contoh bagaimana memang Undang-undang Syariah dirujuk oleh orang seperti mantan Peguam Negara, Tan Sri Datuk Abdul Gani Patail dalam meluluskan suatu kes untuk tindakan jabatan. Kata Zaleha memang jelas inilah termaktub dalam Perlembagaan. Tetapi sekali lagi ia adalah soal PERLAKSANAAN. 

Dengan itu dicadangkan agar ISTAC boleh mengadakan satu forum untuk merangka jalan bagaimana Undang-undang Syariah boleh diangkat kembali agar mengatasi Common Law Barat menurut interpretasi atau terjemahan Perlembagaan yang sepatutnya, bukan sebaliknya seperti dilihat telah dipraktikkan selama ini.

Oh. Tadi saya rujuk balik artikel-artikel lama untuk mencari kenyataan Ahmad yang saya kata didengari tahun 2012. Sebenarnya ia adalah pada satu majlis awal tahun 2013. Lihat Seminar Memartabatkan Islam Agama Negara di Pusat Islam. Sebagai mengakhiri artikel ini ingin diketengahkan kembali satu resolusi berkenaan yang pernah saya buat bersama kawan-kawan aktivis dalam siri majlis ilmu yang kami adakan sendiri secara sukarela sehingga meliputi hampir semua negeri di Semenanjung membawa ke luar negara di Aceh. Begini bunyinya :-


6. Memohon undang-undang syariah diangkat mengatasi common law dan muamalat Islam berdasarkan penggunaan dinar dan dirham mengatasi sistem ekonomi konvensyional seperti pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.


Kenapa  begitu? Bagaimana ia boleh terbit? Rujuk artikel Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman? dalam blogspot aktivisma saya Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Sekarang biarlah saya berehat supaya dapat mengikuti hari ke-3 dan terakhir seminar bermula pagi Jumaat ini.



Seminar Antarabangsa Pemikiran Semasa Islam dan Reformasi Kemasyarakatan - Membina wawasan masa hadapan

$
0
0
Salam siang Jumaat. Sampai masa untuk berkongsi cerita hari ke-3 dan terakhir seminar yang  berlangsung pagi hingga petang tadi. Bersambung daripada artikel Seminar Antarabangsa Pemikiran Semasa Islam dan Reformasi Kemasyarakatan - Antara dasar dan pelaksanaan.


Pagi Jumaat 8 Februari 2018 saya bergegas ke ISTAC untuk sesi ke-5 seminar.


Moderator adalah Profesor Dr Thameen Ushama yang merupakan dekan ISTAC.  Kelihatan sedang bercakap adalah pembentang pertama sesi Profesor Dr Muhammed Haron daripada University of Botswana. Beliau membawa tajuk "Africa's Muslim Communities : Caught between Modernist Thought and Traditional Practices". Ini boleh diterjemahkan sebagai "Masyarakat Muslim Afrika : Tersepit antara Pemikiran Modenis dan Amalan Tradisional".


Menggunakan banyak slaid untuk membawa persoalan pemikiran keIslaman di benua Afrika beliau membuka dengan pertanyaan apakah ada antara perkara-perkara yang akan dibentangkan boleh disebut sebagai pemikiran moden atau semasa Islam?


Bercakap tentang reformasi dalam pemikiran Islam ada semacam pertentangan antara apa yang dilabelkan beliau sebagai pemikiran moden (yang saya lihat bersifat Salafi-Wahabi) dengan pemikiran tradisional berlatarbelangkan ajaran Sufi dan Tariqat.





Banyak perkara tentang keadaan sosio-politik dan geo-politik melibatkan Islam di Afrika diketengahkan. Cuma sekali lagi saya lihat sudut yang dibawa seperti mengangkat pemikiran Salafi-Wahabi berlandaskan ajaran Ibnu Taimiyah, Ibnu Jauzi dan Muhammad ibnu Wahhab sambil ajaran Sufi dan Tasawuf pula diwarnakan seperti keterbelakang dan tidak sesuai dengan zaman malah tidak berapa Islamik.


Pembentang kedua sesi, Profesor Dr Suheyl Umar daripada Universiti of Central Punjab kelihatan membawa sudut pandang yang berlawanan. Beliau membawa tajuk "Prospects for Islamic Educational Reform in the Indian Subcontinent" - "Prospek untuk Reformasi Pendidikan Islam di benua kecil India".


Ia dibuka dengan pertanyaan kenapa subjek-subjek ilmu sains sosial seperti sastera dan kemanusiaan harus diajar kepada para pelajar sains bukan sosial seperti fizik, biologi dan kimia. Ini untuk membentuk insan yang tidak kaku nilai terutama apabila melibatkan perkara-perkara seperti perasan dan hati nurani yang mana tidak dapat diliputi dan difahami dengan baik oleh sains. Daripada situ beliau mula menyentuh perkara-perkara bersifat spiritual dan ketuhanan. Memang berbeza dengan pembentang pertama yang lebih menekankan kekuatan logik akal.


Sesi seterusnya adalah syarahan khas oleh Profesor Dr Ziauddin Sardar daripada Centre for Postnormal Policy and Future Studies di London. Beliau terkenal sebagai seorang pemikir Islam yang memiliki pandangan jauh terhadap apa yang boleh berlaku berpuluh tahun ke hadapan berdasarkan trend atau corak semasa keadaan.


Tajuk yang dibawa boleh diterjemahkan sebagai "Masa Hadapan Reformasi Islam - Satu Perspektif Kajian Masa Hadapan".


Beliau menekankan betapa penting kita cuba meramalkan keadaan yang bakal muncul pada masa hadapan untuk mengatur langkah sejak daripada sekarang. Diberikan contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW mengatur proses hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah dalam tempoh 2 tahun supaya langkah mereka tidak dapat dikesan dan dipintas musuh.





Dua buku tentang kajian masa hadapan yang pernah ditulis beliau...


Ditunjukkan beberapa contoh bagaimana data dan statistik tentang keberadaan keadaan dunia harus diperhatikan untuk merangka langkah.


Misalnya taburan bekalan semulajadi air tawar yang berada dalam jangkauan...





Ditambah perubahan suhu dan cuaca dunia yang boleh mengubah bentuk muka bumi akan datang dan mempengaruhi pergerakan migrasi manusia apalagi memandangkan paling ramai manusia hidup dalam pelarian kini disebabkan faktor seperti perang dan sebagainya adalah umat Islam. Kita sudah harus memikirkan bagaimana untuk memberikan mereka penempatan, sumber kehidupan, makan minum dan sebagainya daripada sekarang.


Petang jam 3 iaitu berapa lama selepas solat Jumaat diadakan sesi istimewa yang asalnya tidak ada dalam seminar.


Ia adalah forum penutup dengan topik atau tajuk "World Economic Forum, Davos 2019 : Muslim Responses" - maklum balas orang Islam terhadap apa yang dibincangkan pada Forum Ekonomi Dunia 2019 yang berlangsung di Davos, Switzerland bulan lepas.


Forum ini muncul hasil cadangan Rektor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak. Merujuk kepada forum dunia tersebut beliau pernah memberitahu hadirin dalam satu majlis agar ISTAC mengambil inisiatif menerbitkan satu forum sendiri untuk mengangkat suara orang Islam. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Majlis 3 dalam 1 pelancaran buku, unit perbandingan agama dan diskusi buku - Penetapan arah baru ISTAC?.


Sheikhul Kuliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar (paling kanan) bertindak sebagai moderator lalu meminta Dzulkifli (tengah) sebagai panelis pertama untuk memberitahu kenapa forum ini dibuat. Diulanglah perkara-perkara berkenaan seperti sudah disebut 3 minggu lalu sambil ditambah beberapa perkara lagi. Antaranya bagaimana forum di Davos itu menjadi tempat para elit korporat berkumpul membincangkan pelbagai perkara yang boleh menentukan hala tuju dunia. Namun adalah sesuatu yang canggung bila beberapa tahun dahulu 60 lebih orang elit dunia ini menguasai lebih 50% kekayaan ekonomi dunia lalu jumlah ini berkurang sehingga terbaru tinggal 8 orang sahaja memegang kek ekonomi tersebut.


Panelis kedua Ziauddin mengingatkan forum Davos itu memang kelab elit. Katanya Davos itu adalah tentang menjajah masa hadapan dunia melalui rangkaian elit mereka. Secara rata ia adalah kelab orang terlebih kaya merangka rancangan perluasan perniagaan mereka dengan cara sebaik mungkin (buat mereka) supaya boleh diagih-agihkan apa yang patut tanpa menimbulkan pertembungan antara mereka. Maka itu kita umat Islam memang memerlukan satu forum untuk merangka pula cari kita menghadapi cabaran ketamakan puak elit itu. Bukan sahaja itu, kita perlu memiliki wawasan sendiri demi memajukan ummah juga manusia sejagat yang sesuai dengan ajaran syumul Islam.


Panelis ketiga, Mudassar Ahmed daripada Concordia Forum, London menyatakan bagaimana umat Islam seperti dipandang rendah, pandangan mereka tidak diambil kira dalam forum-forum besar seperti di Davos. Hal ini menyebabkan kita merasa rendah diri - pandangan-pandangan pihak lain pula boleh dipaksakan ke atas kita untuk menentukan hala tuju dunia. Maka sudah sepatutnya kita memberikan maklum balas dan bertindak terhadap hal ini.


Panelis keempat, Profesor Dr Mohd Aslam Mohd Haneef yang merupakan pakar ekonomi di UIAM pula bercakap daripada sudut ilmu itu. Forum di Davos itu katanya cuma membawa nama Forum Ekonomi Dunia walhal sifat perbincangan mereka melanggar sama sekali makna ekonomi itu sendiri iaitu pengagihan hasil sebaik mungkin untuk semua pihak. Sedangkan Davos adalah untuk golongan elit menguasai dunia.

Secara rata forum malah rentak keseluruhan seminar hari ini boleh dikatakan bercakap tentang masa hadapan dan bagaimana hendak menanganinya. Bila bercakap tentang reformasi itu sendiri tentunya kita bercakap tentang perubahan untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Antara perkara dipersetujui forum khas di ISTAC adalah insyaallah akan diadakan setiap tahun selepas mengikuti perkembangan Forum Ekonomi Dunia yang diadakan di Davos pada hujung bulan Januari setiap tahun. Biar ia menjadi suara kuat Islam di luar perkumpulan yang biasa kita dengar seperti OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) dan sebagainya.

Dengan ini tidaklah saya mahu mengulas lebih panjang lebar lagi perkara. Pada ketika ini saya masih berada di ISTAC menunggu hujan surut sambil berkongsi cerita dan menunggu waktu Maghrib masuk. Cukuplah setakat ini.  Untuk rekod saya ini adalah artikel ke 1,747 di blogspot ini. Sekian wassalam.



Ilmu kebatinan jurus dalam silat dan kehidupan - Wacana ATMA di UKM

$
0
0
OK. Satu perkongsian ilmu daripada acara 2 hari lalu.


Minggu lepas saya menerima poster atas melalui WhatsApp. Adapun sudah agak lama saya tidak bertandang untuk mana-mana majlis ilmu anjuran ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu) yang berada di bawah UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Untuk apa-apa majlis anjuran UKM pun saya sudah lama tidak bertandang kerana kedudukan tempat hampir 80 km dari rumah saya. Seingat saya sudah beberapa majlis ilmu di sana diwar-warkan melalui Facebook dan sebagainya. Ada beberapa melibatkan ilmu persilatan sejak ATMA memulakan usaha pendokumentasian bidang tersebut dan ia ada mengenengahkan kawan-kawan aktivis tetapi saya tidak dapat bersama.

Hal ini menyebabkan saya terasa wajib ke UKM untuk acara yang disebut dalam poster. Walaupun saya sebenarnya sedang kepenatan kerana telah 3 hari penuh berturut-turut mengikuti acara ilmu di tempat saya sedang belajar iaitu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada hari Rabu hingga Jumaat 6-8 Februari saya memberitahu isteri mesti berusaha ke UKM pagi Sabtu 9 Februari 2019. Kepenatan memang terasa setelah mengikuti perbincangan-perbincangan ilmu yang agak mencabar minda kemudian cuba mengulasnya sehingga terasa puas setiap kali kembali ke rumah. Lihat artikel-artikel berikut :-







Tanpa meneliti pun betul-betul poster kecuali ia adalah wacana ATMA melibatkan persilatan saya mencari jalan untuk pergi. Terasa wajib menyokong apalagi saya tahu ada kawan-kawan dalam bidang terlibat sama sedangkan saya belum pernah datang pada apa-apa acara ATMA melibatkan persilatan sejak usaha pendokumentasian mereka dimulakan beberapa waktu dahulu. Kalau ikutkan susah saya nak keluar memandangkan sudah 3 hari berturut menghadiri majlis sepenuh hari di ISTAC sehingga isteri perlu seorang diri mengatur bagaimana hendak menjaga anak-anak di rumah sedangkan beliau pun harus ke pejabat untuk bekerja. Tengok-tengok isteri menyokong malah mahu pergi sama. Lalu bergegaslah kami dari rumah hampir 80 km ke ATMA.


Seperti disebut tadi, punyalah terasa wajib pergi kali ini sehingga tidak menyemak di manakah acara diadakan. Walaupun ia anjuran ATMA ia bukan diadakan di bangunan ATMA tetapi di bangunan Canselori. Nasib baik ia terletak bersebelahan sahaja. Cuma kalau tahu lokasi tepat majlis tentu tak perlu buat satu pusingan kampus UKM mencari bangunan ATMA kerana bangunan Canselori boleh dicapai sebaik sahaja melepasi pintu masuk utama UKM.


Cuma tu le kena bagi selesai dahulu urusan-urusan di rumah kerana meninggalkan anak-anak kecil dengan abang mereka yang sedang menetap di asrama. Selepas jam 9.30 baru dapat bertolak sedangkan majlis dijadualkan bermula jam 9. Apapun, ketika mahu memulakan penulisan ini baru tersedar satu perkara. Setelah menyemak senarai artikel-artikel lama rupa-rupanya kali terakhir saya menghadiri apa-apa majlis ilmu di UKM adalah pada hampir 4 tahun lalu! Rujuk artikel-artikel berikut :-


Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Mengaitkan Adam dengan bangsa Melayu

Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Menyelaraskan peristiwa purba menurut sains berbanding kitab

Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Apabila kekeliruan menyelinap masuk ke dalam majlis



Ketika kami masuk ke ruang majlis jam 10.41, pakar motivasi terkenal Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah sedang membuat perkongsian. Ternyata kami sudah terlepas perkongsian dua orang panelis sebelum itu, Dato' (Dr) Engku Ansaruddin Agus dan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Tentang tajuk wacana iaitu "Seni Silat Melayu : Jurus - Konsep, Amalan & Pengalaman Dalam Aktiviti Kehidupan Harian" ada kawan persilatan yang agak skeptik kerana setahu dia ketiga-tiga orang panelis bukanlah orang silat. Saya jawab sekurang-kurangnya seorang daripada mereka memang pakar silat peringkat tinggi tetapi tidak lagi bergelanggang kerana lebih menumpukan pada hal-hal perubatan Islam yang ada banyak unsur kebatinan. 

Dua lagi saya tak tahu apakah pernah terlibat dengan dunia persilatan. Tapi pengalaman saya bergaul dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang dan bidang menunjukkan sebenarnya ramai orang berkedudukan tinggi pernah belajar silat semasa zaman muda-muda terutama mereka yang pernah duduk di kampung atau belajar di sekolah asrama. Cuma mereka tidak rajin bergelenggang atau tidak lagi aktif seperti halnya kawan-kawan aktivis dalam dunia persilatan. 

Yang pasti tidaklah mereka buta tentang dunia persilatan walaupun tidak pernah kelihatan menunjukkan bunga dan buah di hadapan umum. Dan lagi pada sesetengah daripada mereka persilatan bukan lagi tentang ilmu mempertahankan diri semata-mata tetapi pembawaan dalam hidup yang memungkinkan diri menjadi lebih peka dan cergas menghadapi cabaran kehidupan seharian. Misalnya apabila bercakap tentang jurus. Mereka yang duduk dalam fahaman persilatan sebagai ilmu mempertahankan diri dan/atau ilmu perang semata melihat ia sebagai ilmu membuat pukulan jarak jauh sahaja. Pada mereka jurus adalah ilmu permainan nafas dan kebatinan yang membolehkan kita menjatuhkan orang dengan mengerakkan tangan sahaja dengan cara tertentu lalu ditujukan pada sasaran walau jauh di hadapan mata.


Fadzilah harus sedia faham itu. Sebagai seorang anak Melayu yang lahir tahun 1951 (saya semak tadi di Internet) beliau harus pernah menempuh zaman yang berkaitan. Beliau datang daripada generasi lama yang membesar ketika gelanggang-gelanggang silat boleh dikatakan masih wujud sekurang-kurangnya satu di setiap kampung Melayu. Beliau membesar ketika cerita-cerita tentang pasukan jihad panglima Kiyai Salleh dan parang terbang masih begitu hebat berkumandang setelah mereka menumpaskan pengganas komunis di Batu Pahat tahun 1940an. 

Beliau sudah remaja berumur 16 tahun ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku lalu terjadi orang Melayu mempertontonkan kehebatan persilatan terutama bersifat kebatinan dalam menangani cabaran keganasan orang bukan Melayu yang berpaksikan gerakan ala komunis untuk menguasai negara. Oh. Kata-kata ini bukan kata-kata beliau. Ia adalah mukadimah saya yang terbit secara spontan untuk memperkenalkan gaya pembentangan Fadzilah. Sebagai seorang pakar motivasi beliau tidak melihat jurus daripada sudut faham sempit biasa persilatan sebagai ilmu mempertahankan diri dan perang sahaja. Sebaliknya ia dilihat sebagai ilmu pengolahan keyakinan diri dan minda dalam menghadapi kehidupan sehari-hari.


Bagi orang yang 'totok' pemahaman dalam dunia persilatan mungkin kelihatan Fadzilah tidak layak langsung bercakap tentang ilmu jurus kerana pada faham mereka ia adalah ilmu untuk menjatuhkan lawan daripada jauh sahaja. Fadzilah bercakap daripada sudut kajian biologi dan saikologi bagaimana 'jurus' itu merupakan cara kita menetapkan niat dalam minda agar dapat menzahirkan sesuatu yang berguna dan berfaedah dalam kehidupan.

OK. Bab ini saya dah terlupa apakah Fadzilah yang menyebutnya atau Engku Ansaruddin yang juga dikenali sebagai Pak Engku menyebutnya. Atau memang Fadzilah ada menyebutnya kemudian Pak Engku menyebutnya lagi ketika sesi soal jawab. Tersebut cerita Nabi Muhammad SAW pernah dikepung puak musyrikin Mekah lalu ada yang meletakkan sebilah pedang tajam ke tengkuk baginda lalu berkata : "Siapakah yang akan menyelamatkan kamu dari pedang ini wahai Muhammad SAW". Baginda yang sentiasa pasrah dalam keyakinan terhadap Tuhan pun menjawab : "Allah SWT yang akan menyelamatkan aku". 

Tanpa perlu pun menepis atau membuka buah perang/persilatan apa-apa orang yang memegang pedang itu jadi gementar dan menggigil sehingga terlepas pedang daripada genggamannya. Itu adalah satu contoh asas ilmu jurus yang wujud dalam Islam.


Apapun ia melibatkan keyakinan dan minda. Fadzilah pun memberikan beberapa contoh dalam saikologi lalu menyatakan itulah 'jurus' dalam kehidupan. Sambil berseloroh beliau memberi contoh menghantar suatu message atau pesanan melalui minda kepada isteri yang sedang tidur. Melalui penumpuan niat dan hajat dalam fikiran pesanan itu boleh sampai dan difahami tanpa perlu kita bersuara apa lagi menyentuh secara fizikal sasran. Kata Fadzilah ini lagi satu contoh 'jurus'.


Ada prinsip-prinsip tertentu yang boleh membuat fikiran dan tubuh badan kita bertindak secara semulajadi ke arah yang lebih positif. Ini semua adalah 'jurus' baik kepada diri sendiri mahupun untuk berurusan dengan orang lain. Fadzilah suka memberi contoh melibatkan rumah tangga. Sesungguhnya menunjukkan kasih sayang dengan cara yang betul kepada pasangan kita pun adalah 'jurus' dalam berumah tangga.  Komen saya dalam hal ini - Tidaklah lari daripada tajuk wacana iaitu "Seni Silat Melayu : Jurus - Konsep, Amalan & Pengalaman Dalam Aktiviti Kehidupan Harian". Walaupun tidak menyebut tentang silat yang pasti ada penjelasan tentang 'jurus' menurut sudut saikologi lalu kenalah dengan "Konsep, Amalan & Pengalaman Dalam Aktiviti Kehidupan Harian".


Masuk sesi soal jawab, moderator merangkap pengerusi majlis, Prof. Dr. Supyan Hussin yang merupakan pengarah ATMA membawa kembali perbincangan ke dalam lingkungan pemahaman yang lebih menepati citarasa pengamal tegar silat iaitu jurus sebagai ilmu pukulan jarak jauh.


Beliau yang memakai sepersalinan lengkap busana tradisional Melayu mengambil tempat di podium untuk menekankan persoalan. Diceritakan bagaimana pada suatu masa dahulu beliau pernah dikepung dan diserang oleh beberapa orang yang berniat jahat. Bekalannya ketika itu cuma beberapa ayat Al-Quran yang disuruh amal oleh ibu beliau. Tidak terfikir pun mampu menepis kejahatan kecuali berserah diri kepada Allah SWT.  

Kata beliau seorang cuba menyerang lalu beliau mengangkat tangan sekadar untuk meminta berhenti daripada diserang. Tiba-tiba jatuh terpelanting jauh orang yang menyerang. Hal ini berlaku sekali lagi apabila seorang lagi menyerang. Kata Supyan ketika itu beliau terpinga-pinga untuk memahami apakah yang sedang berlaku. Setelah lama mencari dan bertanya baru beliau faham begitulah ilmu jurus dalam persilatan.


Daripada mukadimah yang membuka sesi soal jawab ini beliau mula menunjukkan slaid-slaid gambar-gambar yang beliau dapati daripada satu pihak. Ia adalah gambar-gambar lama sekitar tahun 70an. Gambar-gambar ini menunjukkan beberapa tokoh utama yang menggerakkan ilmu jurus paling dikenali dan ditakuti di tanah air suatu masa dahulu iaitu Nasrul Haq. Masyaallah tiba-tiba timbul rasa sebak dalam diri saya...


Paling kiri tu ramai orang lama tahu. Beliau adalah arwah Dato Samad Idris, pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan tahun 1970an. Dilahirkan tahun 1923 di Negeri Sembilan tokoh yang pernah memegang banyak jawatan politik tinggi ini turut terkenal sebagai Khalifah Nasrul Haq. Nama beliau dan ilmu jurus tersebut berkumandang hebat selepas anak-anak buah beliau mempamerkan kehebatan orang Melayu pada peristiwa 13 Mei 1969. 

Dua nama di sebelah juga terkenal dalam kalangan orang lama tetapi tidaklah segah nama Samad. Yang pasti pada zaman itu ramai tokoh Melayu memiliki ilmu persilatan termasuk ilmu jurus walau tidak dipamerkan di gelanggang atau majlis-majlis di hadapan orang.


Supyan seterusnya menunjukkan gambar ini. Kelihatan paling kanan Pak Engku semasa muda bersama dua orang tokoh ilmu jurus asal dari Bukit Tinggi, Sumatera.


Seterusnya ditunjukkan gambar ini. Maka lebih jelaslah ramai anak Melayu pernah mengambil ilmu jurus yang dalam konteks ini memang ilmu pukulan jarak jauh. Inilah yang dikenali sebagai ilmu Nasrul Haq. Adapun umum tahu ilmu ini kemudian diharamkan oleh kerajaan Malaysia atas alasan ia mengandungi unsur-unsur syirik dan tahyul yang melanggar ajaran syumul Islam. Hal ini membuatkan ramai anak Melayu berpendapat bahawa alasan sengaja dibuat untuk mengharamkan Nasrul Haq kerana orang bukan Melayu takut akibat kehebatan yang dipamerkan semasa peristiwa 13 Mei dan selepas itu. Supyan pun meminta Pak Engku menerangkan hal sebenar.  Apakah betul Nasrul Haq sudah melanggar ajaran Islam?


Pak Engku yang umurnya sama dengan Fadzilah iaitu 67 tahun pun memberikan maklum balas. Beliau memulakan dengan menyatakan dirinya bukan ahli atau pengamal Nasrul Haq. Namun beliau faham semua jurus yang dimaksudkan dan kenal secara peribadi serta pernah berinteraksi dengan semua tokoh dalam gambar. Jelas beliau memang ilmu berkenaan ada diambil oleh Samad Idris dan beberapa orang dari Malaysia. Mereka belajar dengan guru beliau di Bukit Tinggi sebelum dibawa lalu dikembangkan di Malaysia. 

Asalnya ia cuma dipanggil ilmu jurus sahaja. Tapi Samad Idris dan orang-orangnya memberikan nama Nasqul Haq. Perkembangan ilmu di Malaysia sampai kepada guru utama di Bukit Tinggi lalu didapati tidak selari lagi dengan ilmu asal yang diajarkannya. Pak Engku yang masih berumur 20an ketika itu pun ditugaskan untuk memperbetulkan keadaan dengan menemui semua tokoh di Malaysia lalu menyampaikan pesanan guru. Kata beliau ilmu tersebut telah bercampur aduk dengan penggunaan pendamping jin dan sebagainya. Terpaksalah beliau pergi ke serata markas Nasrul Haq di seluruh negara untuk memperbetulkan perkara.

Samad Idris dan orang-orang di Kuala Lumpur menerima beliau dengan baik kerana sudah sedia kenal di Bukit Tinggi. Cabaran paling getir adalah di Pengkalan Chepa di Kelantan di mana beliau dicabar oleh empat orang guru. Seorang menunjukkan kehebatan menepuk batu besar sehingga berkecai, seorang boleh menusuk tangan menembusi batang pokok (saya ingat beliau ada menyebut itu tetapi boleh jadi ia contoh lain orang menunjukkan kekuatan dengan penuh sifat bongkak). 

Tiba-tiba beliau lari sekejap cerita untuk menyebut tentang usaha dakwah Nabi Muhammad SAW di Taif di mana baginda tidak diterima malah dibaling batu sehingga pecah kepala berdarah-darah. Muncul malaikat Jibril menawarkan untuk menghancurkan penduduk Taif. Jawab Rasulullah SAW : "Cukuplah Allah SWT bagiku". Kata Pak Engku tengok tu. Baginda bukan didatangi jin atau sebagainya untuk membantu memberikan kekuatan malah malaikat. Pun begitu baginda tetap menolak kerana berharap kepada Allah SWT semata-mata.

Kembali kepada sayembara di Pengkalan Chepa. Empat orang guru mengancam mahu membunuh Pak Engku kalau tidak meninggalkan gelangggang mereka. Jawab Pak Engku silakan. Tapi kalau kamu kalah maka bertaubatlah dan ikut aku. Namun sebenarnya Pak Engku mengaku ada rasa takut juga melihat kehebatan yang dipamerkan mereka. Cuma kerana mengingatkan amanah guru beliau pun pasrah sambil berdoa agar Allah SWT menunjukkan keagunganNya.

Dipendekkan cerita semua mereka terpelanting jauh lalu menggelupur kesakitan. Kata Pak Engku ini dibiarkan selama 15 minit sebelum beliau menawarkan untuk mengubat dengan syarat mestilah bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. 


Tamat sesi soal jawab diadakan satu pertunjukkan Silat Minang.


Ini dibawa oleh WAKAM (Persatuan Waris Keturunan Anak Minang Malaysia).


Ini adalah gambar saya diambil oleh isteri sambil kami mengikuti majlis dari bahagian belakang ruang...


Isteri kemudian meminta saya mengambil gambarnya bersama panelis...


Saya mengambil peluang ini untuk bertanya sedikit tentang Nasrul Haq kepada Pak Engku. Saya kata zaman budak-budak dahulu pernah mengambil sedikit ilmu ini. Kata Pak Engku tak mengapalah. Yang dulu tu dulu...



Seorang kenalan mengajak saya dan isteri bergambar bersama. Sesungguhnya sudah lama kami tidak keluar berdua begini tanpa membawa anak-anak. Bila keluar pun jarang dapat mengambil gambar bersama. 

Akhir kalam - Ilmu jurus bukan sekadar untuk membuat pukulan jarak jauh sahaja. Seperti ilmu persilatan sejati ia adalah langkah-langkah dalam memperbetulkan diri untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Lain-lain itu, apa-apa kekuatan dan kelebihan yang timbul atau muncul bukanlah matlamat sebenar ilmu. Malah ia boleh menjadi ujian dan fitnah yang melekakan lagi memesongkan dalam kita mencari keredhaan Ilahi.


Pemansuhan hukuman mati dan kes pembunuhan Adib - Satu konspirasi untuk melemahkan kedudukan orang Melayu dan Islam?

$
0
0
Salam semua. Sejak minggu lepas hampir setiap hari saya perlu keluar ke Kuala Lumpur lebih 40 km dari rumah malah sehingga hampir 80 km ke Bangi untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, forum dan sebagainya. Pagi tadi ada satu majlis lagi. Kalau ikutkan penat juga urusan harian keluarga tak patut lagi saya bergegas ke KL hari ini. Sebagai seorang penulis yang bekerja sendiri adalah menjadi tanggungjawab saya menghantar anak-anak ke sekolah waktu pagi kemudian mengambil mereka selepas tengah hari. Selepas itu harus menghantar mereka ke sekolah agama, petang ambil dan hantar mereka mengaji muqaddam dan quran pula. Tetapi disebabkan rasa prihatin terhadap suatu perkara besar saya keluar lagi hari ini. Isteri pun mahu ikut sama sehingga mengambil cuti setengah hari. Ini ceritanya...


Beberapa hari lalu saya dimaklumkan tentang satu majlis meja bulat untuk membincangkan perkara seperti tertera dalam poster. Majlis dianjurkan oleh satu badan gabungan NGO-NGO Melayu dan Islam bernama UMMAH, singkatan untuk  Gerakan Pembela Ummah. Mereka pernah bertanggungjawab menganjurkan perhimpuan anti-ratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) pada 8 Disember 2018. 

Ini adalah perhimpunan untuk menentang usaha pihak-pihak tertentu agar negara mengaplikasikan sejumlah perkara yang digariskan dalam Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sekilas pandang ia kelihatan adil seperti mahu memberikan kesejahteraan saksama lagi sama rata antara semua kaum yang wujud di Malaysia. Tetapi di sebalik itu ada niat jahat untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu,  institusi raja-raja Melayu dan kedudukan tinggi Islam dalam Perlembagaan Negara.

Semasa perhimpunan itu berlaku saya dan keluarga baru sahaja kembali daripada pengembaraan lasak merentas darat melalui negara Cambodia dan Thailand 22 November hingga 3 Disember. Kembali sahaja ke Malaysia saya terus disibukkan dengan kerja-kerja pengajian pasca-siswazah di ISTAC (Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) juga hal-hal keluarga. Keadaan ini menyebabkan saya cuma dapat menyertai perhimpunan ketika ia tinggal 'ekor' sahaja. Hal ini ada dikongsikan dalam artikel Antara perjuangan dan pelbagai macam kehendak dan tuntutan... tepat 2 bulan lalu.


Pagi tadi Selasa 12 Februari 2019 saya pun ke lokasi majlis meja bulat di Kuala Lumpur. Walaupun mejanya tidaklah bulat konsep majlis adalah begitu. Ia adalah wadah perbincangan di mana para pemimpin dan wakil-wakil NGO diletakkan setara. Saya datang atas kapasiti presiden HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman). Rujuk blogspot kami Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
.

Topik perbincangan adalah "Pemansuhan Hukuman Mati dan Kesan Pada Kes Permbunuhan Adib". Pemansuhan merujuk kepada usaha pihak tertentu agar hukuman mati dimansuhkan pada sidang Parlimen akan datang (katanya bermula 11 Mac) sedangkan kes pembunuhan merujuk kepada peristiwa seorang ahli bomba bernama Muhammad Adib yang mati akibat kecederaan dipukul perusuh ketika berlaku kekecohan di Kuil Mariamman, Seafield, USJ Subang Jaya. Kekecohan tercetus apabila sekumpulan lelaki menceroboh kuil awal pagi Isnin 26 November 2018. Berlakulah pergaduhan antara dua pihak, satu kebetulan berbangsa Melayu, satu lagi India lalu diapi-apikan hingga menjadi isu perkauman..

Ketika ini berlaku saya dan keluarga sedang berehat sebelum menjejakkan kaki ke pusat empayar Funan di Indo-China. Kebetulan tarikh tersebut adalah hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-48. Lihat artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menyambut hari lahir di tapak pusat empayar. Rusuhan menyaksikan banyak harta benda dirosakkan dan beberapa kereta dibakar. Awal pagi Selasa 27 November masuk dua kenderaan bomba, lori dan van ke lokasi untuk memadamkan api. Sebaliknya mereka diserang perusuh lalu Adib dipukul teruk. 

Ketika itu saya dan keluarga sudah berada di Phnom Penh iaitu ibu negara Cambodia pula. Tetapi kami tetap mengikuti perkembangan melalui Internet. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kehebatan kota Phnom Penh. Tiga minggu kemudian Adib meninggal dunia akibat kecederaannya. Berikut adalah kronologi peristiwa seperti dipaparkan akhbar Berita Harian 18 Disember :-



26 November 2018

- pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, jam 3 pagi.

- 18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan digerakkan bagi mengawal keadaan.

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun umum polis tahan 17 lelaki dan adakan kawalan 24 jam, orang ramai yang berkumpul di sekitar kuil diarah bersurai.

27 November 2018

- anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, diserang dan pukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar.

- Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, pada keesokan malamnya.

- Ketua Polis Selangor beri jaminan keadaan terkawal.

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy minta semua masyarakat India bertenang.

- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tegaskan insiden berunsur jenayah bukan perkauman atau agama.

28 November 2018

- Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman dakwa Muhammad Adib parah akibat kemalangan jalan raya.

- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tubuh jawatankuasa khas siasat kejadian.

29 November 2018

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tegaskan dakwaan pihak kuil tidak benar.

4 Disember 2018

-Selepas seminggu dirawat, Muhammad Adib beri tindak balas kepada orang sekeliling, tetapi masih tidak dapat bertutur.

5 Disember 2018

- Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.

- Jantung Muhammad Adib juga mampu berfungsi dengan sendiri tanpa sokongan mesin bantuan.

7 Disember 2018

- Muhammad Adib tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil selain tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.

8 Disember 2018

- Muhammad Adib masih bergantung beberapa mesin sokongan untuk memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.

10 Disember 2018

- Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.

15 Disember 2018

- Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira jam 9 malam selepas penilaian mendapati paru-parunya mula mengeras.

16 Disember 2018

- kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dan kritikal. Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan selepas penilaian menyeluruh, paru-parunya menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

17 Disember 2018

- Muhammad Adib disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam.


Kematian Adib menjadi sensasi kerana sehingga kini belum ada pihak dipertanggungjawabkan atas kematian beliau. Sebaliknya kelihatan ada usaha untuk mengalihkan perhatian dengan menyatakan beliau mati akibat dilanggar lori bomba yang berundur sehingga melanggar van bomba di belakangnya. Satu inkues telah dimulakan pagi Isnin 11 Februari semalam untuk menyiasat dan menetapkan punca kematian. Namun ada kebimbangan bahawa ia sekadar wayang untuk menutup perkara sebenar kerana ada kepentingan-kepentingan politik tertentu bukan Melayu sedangkan hal ini sangat menghiris hati orang Melayu.

Berbalik kepada majlis meja bulat. Usaha pemansuhan hukuman mati dilihat akan memberikan kesan kepada kes Adib juga banyak kes-kes bunuh yang sudah berlaku di Malaysia  Kelihatan  dalam gambar peguam Christina Teng  menyatakan kebimbangan jenayah berat akan meningkat jika hukuman mati dimansuhkan. Beliau adalah panelis pertama membuat perkongsian dalam majlis. Teng pernah mewakili keluarga Sosilawati dan Kevin Morais - kedua-duanya dibunuh secara kejam dalam dua kes berasingan sedangkan pihak yang bersalah kelihatan belum menerima hukuman yang cukup setimpal dengan kekejaman mereka. Sila rujuk sendiri di Internet tentang dua nama tersebut dan kes pembunuhan.



Panelis kedua, Adnan Seman juga ada seorang peguam. Menurut beliau pemansuhan hukuman mati bukan sahaja akan membuka ruang untuk jenayah berat bertambah pesat. Ia akan menyebabkan mereka yang merasa teraniaya akibat ahli keluarga atau rakan terbunuh membuat keputusan untuk membalas dendam dengan membunuh pula penjenayah yang terlibat. Kata Adnan usaha pemansuhan hukum bunuh juga berlaku dan disokong sesetengah peguam kerana memiliki kepentingan. Antaranya mereka memiliki anak-anak guam yang sudah dijatuhkan hukuman mati lalu menunggu masa sahaja untuk hukum dijalankan. Kalau pemansuhan berjaya dilakukan maka terselamatlah mereka daripada hukuman.


Panelis ketiga, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula berkongsi pengalaman beliau menangani jenayah berat terutama melibatkan kumpulan-kumpulan gangster atau samseng dan jenayah terancang. Menurut beliau ada kumpulan-kumpulan penjahat yang dilindungi akibat memiliki hubungan gelap dengan ahli-ahli politik yang berkuasa. Menjadi cabaran besar buat pihak polis untuk membina kes pada kala orang-orang berkedudukan masuk campur tangan mengganggu siasatan.


Secara rata mereka yang berusaha untuk memansuhkan hukuman mati menggunakan alasan hak asasi manusia. Kononnya penjenayah berat berhak meneruskan hidup sebagai manusia biasa. Maka dipersoalkan - bagaimana pula hak asasi mereka yang terbunuh dan keluarga serta kenalan mereka? Lagipun pengalaman menunjukkan ramai penjenayah akan mengulang kembali jenayah apabila tamat tempoh hukuman penjara. Apakah jaminan seorang pembunuh tidak akan membunuh kembali jika dilepaskan?


Seorang wakil UMMAH (tak ingat nama) kemudian berkongsi harapan keluarga Adib agar beliau mendapat pembelaan. Semoga inkues dapat memberikan keadilan. Selepas itu majlis pun dibuka untuk hadirin lain menyatakan pendirian atau bersoal jawab.


Saya sendiri mengambil peluang untuk menyoal kembali 'usul' berlakunya pembunuhan Adib. Kita tahu bahawa ia melibatkan sebuah syarikat milik orang Cina menghantar kumpulan samseng berbangsa Melayu menyerang kuil orang India sehingga jadilah ia isu perkauman. Kenapa jadi begitu? Apakah ia satu konspirasi? Bagaimana pula boleh ditemukan sijil silat dan buku panduan silat pada penyerang? Tidakkah ini pelik? Dengan ini biar dikongsikan rumusan rasmi meja bulat seperti diambil daripada Facebook UMMAH. Ia boleh dirujuk di sini :-


KENYATAAN MEDIA :

Sidang Meja Bulat UMMAH Berhubung Kesan Pemansuhan Hukuman Mati

Oleh : Gerakan Pembela UMMAH
12 Februari 2019

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah mengadakan sidang meja bulat sebentar tadi, bagi membincangkan mengenai kesan keputusan pemansuhan hukuman mati secara umumnya, dan kaitannya dengan kes pembunuhan Muhammad Adib (“Adib”) secara khususnya. Sidang ini dihadiri antara lainnya oleh tokoh-tokoh rentas bidang, termasuk oleh para aktivis di pelbagai peringkat, mantan ketua polis negara, pengamal perundangan dan juga syariah, serta ahli-ahli akademik.

A. KES PEMBUNUHAN ADIB

2. Setelah mendengar pandangan dan hujah yang disampaikan oleh pihak-pihak yang hadir dalam perbincangan ini, UMMAH merumuskan bahawa terdapat sebab yang kukuh untuk meragui ketelusan Peguam Negara dalam menangguhkan pendakwaan terhadap pembunuh Adib, dan sebaliknya melengahkannya dengan menjalankan prosiding inkues, atas sebab-sebab berikut:-

(b) di bawah Bab XXXII Kanun Acara Jenayah, satu-satunya asas utama untuk mengadakan siasatan inkues adalah jika terdapat ketidakpastian sebab kematian mangsa; sedangkan dalam kes pembunuhan Adib, pihak polis sudah pun mengenal pasti suspek, melalui kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 21 Disember 2018 yang mengumumkan bahawa empat orang suspek yang dikenal pasti, telah disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh; [1]

(b) pada 24 Disember 2018, polis juga dilaporkan telah menyiapkan hasil siasatan ke atas empat orang suspek tersebut, dan telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil tindakan lanjut; [2] dan

(d) justeru, memandangkan siasatan polis telah secara jelas mengenal pasti suspek, tindakan Peguam Negara untuk mengadakan inkues seolah-olah punca kematian Adib belum dikenal pasti adalah dikhuatiri hanya akan melambat-lambatkan pendakwaan terhadap para pembunuh Adib, dan membangkitkan keraguan kononnya Adib tidak dibunuh, di mana kini empat orang suspek tersebut telah pun dilepaskan dan tidak diketahui menghilang ke mana.

3. Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila di atas semua kejanggalan ini, kini terdapat pula cadangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Portfolio Undang-Undang) yang mengumumkan hendak menghapuskan hukuman mati, yang berkemungkinan akan dibentang untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac nanti. [3] Sama ada berkait atau tidak, Ummah melihat ini sebagai satu rangkaian kronologi yang tidak baik dan tidak sihat untuk sebuah negara yang seharusnya mengutamakan kedaulatan undang-undang, melindungi masyarakat awam dan menghukum para penjenayah.

B. CADANGAN PEMANSUHAN HUKUMAN MATI ADALAH TIDAK WAJAR

4. Dalam hal ini, UMMAH merumuskan 6 sebab hukuman mati perlu dikekalkan, dan tidak wajar dimansuhkan secara terburu-buru:-

(i) Utamakan kepentingan awam. Kerajaan seharusnya mengutamakan hak dan kepentingan 33 juta rakyat negara ini, berbanding para penjenayah yang jumlahnya sekadar minoriti, iaitu 1281 banduan akhir, yang sedang menunggu hukuman mati (i.e. 0.00039%). Hak asasi dan keselamatan masyarakat majoriti rakyat Malaysia seharusnya diberikan keutamaan. Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan untuk melindungi nyawa setiap rakyat Malaysia, dan ini tentunya termasuk tanggungjawab menghukum para pembunuh. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan secara atas talian oleh akhbar New Straits Times, 82% menyokong mengekalkan hukuman mati, dan menentang usaha untuk menghapusnya. [4] Manakala petisyen atas talian “Do not abolish death penalty” pula telah mendapat sokongan hampir 60,000 penandatangan setakat hari ini. [5]

(ii) Mencegah jenayah. Undang-undang yang ketat dan tegas bertindak sebagai pencegah jenayah sebelum ia dilakukan oleh mereka yang mungkin berniat melakukannya. UK misalnya telah menghapuskan hukuman mati sejak dari tahun 1965. Sejak dari itu, jenayah membunuh meningkat dengan mendadak. [6]

(iii) Wang pembayar cukai. Dalam pada kerajaan hari ini mendendangkan bahawa hutang negara berada pada kadar yang tinggi, dan potongan dibuat pada banyak sektor, termasuk pendidikan dan kesihatan, maka seharusnya kewangan negara disalurkan bagi perkara-perkara yang lebih bermanfaat, berbanding digunakan untuk menyara hidup para pelaku jenayah serius. Jika hukuman mati dimansuhkan, kehidupan mereka perlu ditanggung sepanjang hayat mereka di dalam penjara. Kos bagi menyara hidup seorang banduan bagi setiap satu hari adalah RM41, justeru berdasarkan jumlah banduan akhir seramai 1281 orang ditahan di dalam penjara selama 30 tahun, kosnya adalah RM41 x 356 x 30 = RM575 juta. Ini adalah wang pembayar cukai yang seharusnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat, seperti penambahbaikan pendidikan, pemberian biasiswa, penjagaan kesihatan, pembinaan infrastruktur, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, dan lain-lain.

(iv) Undang-undang Islam. Hukum syarak menetapkan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Ini termasuk bagi jenayah membunuh, misalnya, Islam menetapkan qisas, iaitu bunuh seharusnya dibalas bunuh, jika berjaya dibuktikan melangkaui sebarang keraguan, dan jika ahli keluarga mangsa tidak memberikan kemaafan melalui diyat. Ini selaras sebahagiannya dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang menetapkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh.

(v) Hukuman mati perlu bagi kesalahan-kesalahan serius. Baru-baru ini Yemen telah menghukum dua orang penjenayah dengan hukuman mati setelah dibuktikan mereka menculik, merogol dan kemudian membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. [7] Di Malaysia, kita tidak kurang dengan kisah-kisah tragis di mana kanak-kanak menjadi mangsa seperti ini, di mana sejak lima tahun lalu, sebanyak 9781 kes kanak-kanak hilang telah dilaporkan di seluruh negara yang melibatkan 2280 lelaki dan 7510 perempuan. [8]

(vi) Konflik kepentingan. Undang-undang negara tidak seharusnya dibenarkan untuk dimanipulasi oleh para penjenayah atau melalui NGO-NGO yang mendapat sokongan para penjenayah, kononnya untuk menepati standard antarabangsa. UMMAH mengesyaki bahawa sesetengah NGO yang menuntut pemansuhan hukuman mati ini adalah terdiri daripada para peguam yang mempunyai kepentingan tersendiri, kerana mewakili para penjenayah selaku peguambela yang sedang menghadapi pertuduhan yang boleh membawa kepada hukuman mati. Justeru, dalam mengimbangi kepentingan para penjenayah dengan masyarakat awam, seharusnya kepentingan masyarkat awam didahulukan.

C. TUNTUTAN UMMAH

5. Justeru, UMMAH menuntut daripada kerajaan seperti berikut:-

(a) Hentikan moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati dengan serta-merta. Hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah hendaklah dilaksanakan, dan kerajaan selaku cabang eksekutif tidak berhak untuk menangguhkan mahupun melengah-lengahkan hukuman yang telah diperintahkan;

(b) Tangguhkan pembentangan rang undang-undang bagi menghapuskan hukuman mati. Hukuman mati perlu dikekalkan, dan berikan kebebasan kepada para Hakim untuk menentukan hukuman yang wajar berdasarkan kepada fakta kes secara keseluruhan, termasuk menjatuhkan hukuman mati bagi kes-kes serius; dan

(b) Berikan pendedahan penuh dan berterus terang mengenai kepentingan para Menteri dan ahli-ahli parlimen, terutamanya yang mempunyai karier sebagai peguambela dan mempunyai kepentingan sama ada secara langsung mahupun tak langsung terhadap 1281 banduan akhir, kerana mereka mungkin akan bertindak bias membelakangi kepentingan awam.

Tuan Haji Aminuddin Yahya
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)



Sebagai mengakhiri artikel ini ingin saya berkongsi ilham yang terbit dalam hati tentang perkara ini. Saya rasa orang lain pun ada terfikir perkara yang sama. Cuma hendak menyatakan ia secara teratur tu mungkin ramai tak yakin atau tidak dapat kalamnya.

Melihat pada tempoh masa rusuhan yang mengakibatkan kematian Adib berlaku saya bertanya kepada isteri mesti ada terkait dengan suatu perkara besar tetapi apa dia? Kalau ada konspirasi dan saya percaya memang ada konspirasi tentu ia terkait dengan perkara besar itu. Isteri saya pun berfikir sejenak. Ah. Rasanya ia terkait dengan perhimpunan anti-ICERD yang berlaku 8 Disember. 

Terus terbetik dalam hati rusuhan yang tercetus awal pagi 26 November iaitu kurang 2 minggu sebelum perhimpunan tersebut memang bertujuan untuk menggagalkan atau memburukkan himpunan tersebut. Umum tahu bagaimana usaha untuk meratifikasikan ICERD ini disuarakan oleh seorang menteri berbangsa India yang sering mendakwa bangsanya ditindas orang Melayu. Bila berlaku rusuhan beliau dan beberapa orang politik bangsa India terus membuat tuduhan ia berlaku akibat serangan orang Melayu dan Islam terhadap kuil mereka. Polis pula didakwa lambat bertindak sedangkan ramai tahu kebanyakan anggota polis adalah berbangsa Melayu. Sentimen negatif dimainkan dan diapi-apikan sebegitu rupa sehingga menjadi isu perkauman Melayu lawan India. Sedangkan isu sebenarnya adalah puak mereka telah mendirikan kuil atas tanah milik orang lalu diminta keluar.

Mahkamah telah pun memerintahkan mereka keluar dan untuk itu satu tanah ganti telah diberikan untuk mendirikan kuil baru berserta wang pampasan. Sebaliknya apa yang berlaku ia dijadikan isu perkauman, kuil atas tanah haram pula mahu terus dipertahankan, wang pampasan tidak dipulangkan dan tanah yang diberi mahu terus dipegang.

Nampak tak bagaimana celakanya situasi ini? Adib menjadi mangsa akibat sentimen perkauman anti-Melayu dan Islam yang  dikocakgelorakan (saya main bantai aje letak perkataan itu... :]) sehingga sebaik sahaja ternampak kelibat penjawat awam itu berbangsa Melayu terus diberikan ancaman. Saya melihat bahawa rusuhan diapi-apikan untuk memaksa orang Melayu bertindak ganas. 

Apabila itu berlaku bolehlah diwar-warkan kepada dunia bahawa orang India memang 'tertindas'. Dengan itu isu ICERD dapat diangkat dengan bantuan dan desakan masyarakat antarabangsa. Seterusnya ia boleh digunakan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, institusi raja-raja Melayu dan kedudukan tinggi agama Islam menurut perlembagaan.

Orang India yang kita tahu cuma membentuk belasan persen penduduk negara Malaysia cuba dipaparkan sebagai pihak yang teraniaya. Tetapi yang saya lihat akan mendapat laba paling besar kalau ICERD berjaya diratifikasikan adalah orang Cina yang membentuk 20 lebih peratus penduduk tetapi menguasai lebih 80% ekonomi negara. Perkara ini akan berbalik  kepada siapakah pemilik tanah yang mengandungi kuil, kenapa dihantarnya samseng berbangsa Melayu untuk menduduki kuil. Bukankah ramai lagi samseng berbangsa Cina boleh dihantar? 

Mohon siasatan dibuat secara terperinci tentang ini. Sekurang-kurangnya biar mendapat kepastian bagaimana boleh ada sijil silat dan sebagainya pada tangan jawatankuasa kuil. Betulkan didapati daripada penyerang berbangsa Melayu? Atau ia 'ditanam' untuk memburukkan orang Melayu terutama warga silat sebagai samseng belaka?

Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi apabila berlaku kematian Adib namun orang Melayu tidak bertindak di luar batasan. Bayangkan apakah yang akan berlaku jika orang Melayu mengamuk lalu ada orang India terbunuh? Apakah orang bukan Melayu akan begitu sabar menunggu keputusan siasatan, inkues bagai seperti halnya orang Melayu? Tidak. Kita sudah tahu sangat perangai mereka yang tidak redha lagi kiasu amat mementingkan diri. 

Bila rancangan asal untuk mempersalahkan orang Melayu tidak menjadi malah nampaknya orang India pula akan dipersalahkan cara yang tinggal adalah menimbulkan keraguan agar kesalahan tidak dapat dipalitkan pada mana-mana orang India. Itu yang saya nampak dan saya percaya ramai juga nampak perkara yang sama. Kalau tidak dipantau sebaiknya lalu diberikan tindak balas yang sesuai jangan hairan jika kematian Adib dikatakan sama ada sebab dilanggar lori bomba atau dikecilkan skop menjadi akibat darah beku naik ke otak atau sebagainya. Akan cuba dielakkan dan dibuang ke tepi bagaimana boleh muncul darah beku akibat pukulan atau apa-apa taktik lain yang menghilangkan tanggungjawab orang bukan Melayu.

Baling batu sembunyi tangan. Hal ini terkait juga dengan usaha pemansuhan hukuman mati dan banyak lagi undang-undang bersifat pencegahan yang cuba dimansuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Saya melihat ada tangan-tangan cemar yang terkait dengan pemikiran kuku besi ala komunis dan kepentingan kongsi-kongsi gelap yang suka membanyakkan rumah-rumah maksiat, judi, minum arak, rumah urut, zina. menjual dadah, perdagangan manusia dan sebagainya, Cukup.



Dari Sungai Geringging ke Kota London - Pelancaran buku seniwati Rosnani Jamil

$
0
0
Salam malam Jumaat. Perkongsian daripada satu majlis petang semalam.


Merujuk kepada artikel Ilmu kebatinan jurus dalam silat dan kehidupan - Wacana ATMA di UKM yang dipersembahkan Isnin lalu. Ketika menghadiri wacana pada pagi Sabtu saya diberitahu akan diadakan satu majlis pelancaran buku di Kompleks FINAS lalu diundang menghadirinya. Butiran majlis adalah seperti kelihatan dalam poster. Ia adalah untuk pelancaran buku "Dari Sungai Geringging ke Kota London" tulisan seniwati terkenal Rosnani Jamil 


Petang semalam Rabu 13 Februari 2019 saya pun bergegas ke lokasi majlis yang terletak berdekatan Zoo Negara.









Ketika saya sampai ulasan buku baru sahaja selesai. Ia dibuat oleh (dari kanan duduk dalam gambar) :-

1. Saudara Adam Salleh, wartawan Harian Metro

2. Profesor Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh daripada Universiti Pertahanan Nasional Malayia (UPNM)

3. Prof. Dr. Supyan Hussin daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.


Majlis dianjurkan oleh ATMA dengan kerjasama beberapa pihak. Tidak lama kemudian datang tetamu kehormat Tan Sri Rais Yatim, budayawan terkenal yang pernah memegang beberapa portfolio jawatan menteri dalam kerajaan.



Kedatangan beliau disambut dengan persembahan silat daripada WAKAM (Persatuan Waris Keturunan Anak Minang Malaysia). Ini sesuai dengan fakta bahawa penulis buku, Rosnani yang lebih dikenali sebagai Mak Nani adalah seorang anak Minang.


Rais pula seorang tokoh politik berdarah Minang. Saya dapati ramai juga berdarah Minang. Dalam ucapan pelancaran beliau menyentuh sedikit tentang isi buku yang merupakan sebuah autobiografi perjalanan seni Mak Nani yang kini sudah berumur 83 tahun.


Tajuk buku "Dari Sungai Geringging ke Kota London" merujuk kepada perjalanan awal bagaimana seorang anak kampung kelahiran Sungai Geringging di Pariaman, Sumatera Barat iaitu dalam wilayah Minangkabau merantau mencari kehidupan baru yang lebih bermakna. Beliau pernah menjadi pelayan di Singapura kemudian dihantar belajar ilmu solek ke London. Di Singapura beliau mula terlibat dengan dunia lakonan bersama syarikat Shaw Brothers. Berikut adalah antara filem lakonan beliau. Saya ambil senarai daripada Wikipedia :-


Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Bicara Hati

Pontianak Harum Sundal Malam II

Cheritera

Cinta Rosevilla

Amok

Azizah The Legend

Sumpahan Mahsuri

Antara Dua Hati

Suara Kekasih

Jasmin

Kacha Permata

Nasib Si Labu Labi

Lubalang Daik

Hang Jebat

Sri Mersing

Lela Manja

Masyarakat Pincang

Anakku Sazali

Kasih Menumpang

Air Mata

Miskin

Sedarah



Rais menyatakan kehidupan sebagai seorang pelakon hampir sama seperti kehidupan orang politik. Kedua-duanya dikenali ramai, harus menunjukkan satu wajah yang disenangi umum dan ceria sentiasa tetapi hakikatnya tak ramai yang tahu cabaran yang perlu dilalui sehingga meruntun hati di balik tabir. Beliau melancarkan buku...


Sepanjang majlis saya selesa mengikuti dengan santai dari tempat duduk di belakang...








Beginilah saya menikmati majlis yang dihadiri ramai tokoh budayawan juga seniman dan seniwati daripada dunia perfileman tempatan.


Bergambar bersama rakan-rakan aktivis persilatan dan beberapa orang tetamu kehormat terutama Rais dan isterinya Puan Sri Maznah Rais. Ketika ini majlis sudah lama selesai. Tinggal sejumlah hadirin berlegar-legar untuk berbual-bual...



Menerima duit lama Pasai dan Kelantan tengah hari Jumaat - Petanda tentang suatu kecemerlangan akan datang?

$
0
0
Salam petang Jumaat. Ada gerak yang muncul hari ini untuk suatu penceritaan berkenaan.


Jam 8 pagi tadi saya membuka Facebook lalu mendapati tertera gambar atas pada wall saya. Ia mengingatkan tentang gambar berkenaan yang dikongsikan di FB tepat 6 tahun lalu. Gambar diambil daripada satu sesi rakaman televisyen yang berlaku siang 15 Februari tahun 2013. Ia adalah berkenaan aktiviti saya dan kawan-kawan mempromosikan ekonomi Islam berdasarkan penggunaan wang emas dinar dan wang  perak dirham. Lihat artikel A television interview on Islamic economics and finance di blogspot BERPETUALANG KE ACEH

Terus terasa ia adalah alamat saya akan menerima sesuatu yang berkenaan hari ini lalu saya up atau naikkan kembali gambar dan posting atas di FB. Tadi tergerak pula untuk menyemak tarikh hijriah bagi 15 Feb 2013 lalu mendapati ia bersamaan 5 Rabiual Akhir 1434 hari Jumaat. Hari ini 15 Feb 2019 juga adalah hari Jumaat. Tarikh adalah bersamaan 10 Jamadiul Akhir 1440 Hijriah.


Sejurus sebelum masuk jam 12 tengah hari tadi saya menerima satu bungkusan Poslaju. Sebetulnya saya sudah menjangkakan apakah isinya dan akan menerimanya dalam tempoh sehari dua ini. Ini kerana seorang rakan aktivis kewangan Islam ada memberitahu telah mengeposnya pada petang hari Rabu 13 Februari.


Saya sudah tahu apakah isinya kerana sudah diberitahu oleh rakan tersebut melalui WhatsApp pada malam sebelumnya. Ia adalah duit kupang emas zaman kerajaan Pasai. Cuma  tak tahu bilakah akan sampai. Ketika menyemak nombor tracking Poslaju jam 8 tadi ia dinyatakan telah dipos pada petang 13 Feb di pejabat Poslaju bandar Pasir Mas, Kelantan lalu sedang berada di Poslaju Parcel Hub, tidak dinyatakan di bandar mana.

Timbul kemusykilan. Setahu saya kawan yang menghantar duit ini sebagai hadiah menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kenapa dihantar dari Pasir Mas? Saya pun menghubungi beliau melalui WA. Rupa-rupanya duit lama ini dibeli daripada seorang ahli numismatik atau pengumpul wang lama di Pasir Mas. Rakan membelinya atas talian. Orang tersebut menghantar dari Kelantan.


Apapun masuk jam 8.30 saya menyemak lagi nombor tracking Poslaju lalu mendapati bungkusan sudah sampai ke depot Poslaju Rawang. Tahulah saya besar kemungkinan ia akan sampai hari ini. Sambil itu terbetik dalam fikiran harus ada suatu makna tersirat kenapa bungkusan dihantar dari Kelantan. Nama tempat pun Pasir Mas. Bila dah terima bungkusan lalu dibuka rupa-rupanya ada sekali wang pitis atau wang timah lama Kelantan.

Adapun duit emas kupang Pasai itu adalah daripada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Malik az-Zahir. Tertera pada sampul tahun pemerintahan adalah 1270-1295 Masihi. Ini tidak tepat kerana setahu saya Pasai dan kerajaan kembarnya Samudera (kedua-duanya sering dikenali sebagai Samudera-Pasai) diperintah oleh pengasas kerajaan, seorang moyang induk saya, Sultan Malikus Saleh sehingga tahun 1297. Semakan di Internet menunjukkan Sultan Ahmad memerintah 1345-1383. Terus teringat seorang wali besar bernama Sayyid Hussein Jamaluddin Qubro yang hidup pada zaman itu juga sebuah kerajaan lama berkaitan yang pernah berpusat dalam lingkungan daerah Pasir Mas. Lihat artikel-artikel berikut :-












Duit pitis Kelantan pula adalah daripada zaman pemerintahan Sultan Muhammad IV 1900-1920 Masihi. Terus teringat wali besar Kelantan iaitu Tok Kenali aktif pada zaman itu. Lihat :-








Merujuk kepada gambar paling atas yang dikongsikan di FB tepat 6 tahun lalu. Ini adalah rakaman video berkenaan yang muncul di kaca televisyen beberapa waktu kemudian. Untuk mengakhiri cerita biar diletakkan pautan sejumlah artikel yang pernah dikongsikan tentang ekonomi dan kewangan Islam serta usaha untuk menghidupkan kembali penggunaan wang emas dinar dan wang perak dirham. Semoga sampainya duit lama Pasai dan Kelantan hadiah kawan aktivis ke tangan saya tengah hari tadi membawa berita baik perjuangan akan lebih cemerlang pada masa hadapan.

















Majlis ta'aruf pelajar baru dan lama - Membuka semester baru di ISTAC

$
0
0
OK. Ini daripada siang Isnin minggu lepas. Saya kongsikan untuk melepaskan gerak dan rasa...


Isnin 11 Februari 2019 iaitu tepat seminggu lepas. Bermulalah semester baru di tempat pengajian saya iaitu ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam. Satu majlis ta'aruf atau kenal mengenal pun diadakan. Kali ini para pelajar lama diminta hadir untuk sama-sama berkenalan.


Difahamkan ada sekitar 10 orang pelajar baru telah masuk mendaftar. Ada pula pelajar lama yang dahulu tidak sempat menghabiskan pengajian kembali bersama. Ini disebabkan ISTAC pernah menghadapi masalah sehingga berhenti beroperasi selama beberapa tahun. Ia baru dihidupkan kembali penghujung tahun 2017 atas nama Institut Antrabangsa Pemikiran Islam dan Dunia Melayu tetapi mengekalkan nama singkatan ISTAC. Baru awal tahun ini dikembalikan nama asal Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam.


Setiap pelajar diminta berkongsi tajuk atau tajuk cadangan tesis Master's atau PhD masing-masing. Saya pula boleh terlupa tajuk sehingga harus membuka laptop untuk menyemak kembali. Ini kerana saya telah diminta untuk mengecilkan skop kajian agar lebih menepati kehendak peringkat Master's. Ikutkan tajuk dan skop kajian asal yang dicadangkan iaitu berdasarkan isi yang telah diketengahkan dalam buku ke-11 dan ke-12 saya (terbit awal tahun 2018)  kajian harus meliputi skop luas peringkat PhD. Lihat artikel Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal...

Malah cadangan saya agar tesis dinaiktaraf daripada peringkat Master's ke PhD telah diterima jawatankuasa akademik ketika berlangsung sesi Colloquium hujung tahun lepas. Tetapi penyelia tesis pula bertegas agar saya mengikut langkah-langkah biasa - belum ada Master's buat sahaja Master's dahulu kemudian baru sambung PhD. Skop kajian harus diperkecilkan, lupakan buat masa ini segala macam perkara yang mahu diangkat sehingga memerlukan kajian peringkat PhD itu. Kata penyelia  belajarlah untuk bersabar dan mengikut disiplin biasa. Saya pun akur.

Walaupun sudah dibincangkan bagaimanakah rupa tesis peringkat Master's yang telah diperkecilkan skop itu saya mengaku masih merasa terganggu. Ini kerana aliran pemikiran saya sudah lama menjangkau jauh melepasi peringkat tersebut apalagi saya telah menulis dua buah buku tentang perkara yang hendak diangkat sebagai tesis itu. Untuk majlis ta'aruf saya kongsikan cadangan asal sepertimana telah dibentangkan ketika Colloquium dahulu. Kemudian baru beritahu bahawa saya masih belum mendapat tajuk baru yang sesuai bagi kajian yang sudah disempitkan skop.

Sepatutnya tidaklah begitu susah bagi pelajar berumur yang banyak pengalaman seperti saya untuk menyiapkan tesis Master's dalam tempoh setahun iaitu sebelum tamat semester baru ini. Dengan pengetahuan sedia ada dan kebolehan sebagai penulis tidak perlu untuk saya menunggu tempoh penuh 2 tahun seperti kebiasaan bagi peringkat pengajian itu. Memandangkan saya sudah mengambil 3 kelas wajib pada semester lepas iaitu semester pertama saya lalu mendapat CGPA yang agak ok iaitu 3.67 tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada kajian dan tesis. Cuma itu le. Nak dapat rentak ni bukanlah perkara mudah bagi orang seperti saya yang biasa melakukan perkara mengikut gerak hati.

Semoga dengan perkongsian dan luahan jujur ini saya akan mendapat rentak yang sesuai untuk memenuhi kehendak penyelia dan menyiapkan tesis. Dengan ini biar dikongsikan sejumlah artikel yang pernah saya buat melibatkan ISTAC...

















Sesi bicara di DBP - Mengenali Kepustakaan Ali Hasjmy

$
0
0
Salam semua. Perkongsian daripada satu majlis ilmu semalam.



Beberapa waktu lalu saya mendapat tahu daripada budayawan terkenal Profesor Dr Siti Zainon Ismail tentang acara yang kelihatan dalam poster. Nama tokoh yang ingin diperbincangkan iaitu almarhum Ali Hasjmy sudah lama saya kenali sebagai tokoh sejarawan terkenal dari Aceh. Atas sebab itu berserta minat kuat saya terhadap Aceh yang mula dizahirkan kepada umum melalui penulisan siri trilogi buku "Berpetualang ke Aceh" yang diterbitkan sendiri tahun 2006-2007 Prof Siti yang saya biasa panggil sebagai Kak Siti telah memasukkan saya ke dalam satu grup khas Facebook untuk menghidupkan perpustakaan Ali Hasjmy di Aceh sejak 2-3 tahun lalu. Apabila mendapat tahu tentang acara saya pun berazam mahu menghadirinya.


Pagi semalam Selasa 19 Februari 2019 saya bergegas ke lokasi di kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur  Pun begitu hampir tak jadi bertandang kerana terlambat memberitahu isteri. Biasanya kalau ada acara mahu dihadiri di KL 40 km dari rumah kami sudah lebih awal berbincang bagaimana hendak mengambil anak-anak dari sekolah kebangsaan jam 1 petang (kalau hari Rabu dan Khamis) atau 1.30 (Isnin dan Selasa). Memandangkan minggu lepas hampir setiap hari saya ke KL untuk majlis-majlis ilmu lalu isteri harus bergegas 14 km (baru satu arah) dari tempat kerja di Rawang waktu rehat makan tengah hari untuk menguruskan anak-anak kemudian kembali ke pejabat tidak patutlah saya menyusahkan lagi beliau. Kali ini saya berjanji akan bergegas kembali lebih 40 km untuk mengambil anak pada waktunya. 


Adapun kali terakhir saya ke DBP adalah untuk menghadiri satu acara silat Mei tahun lalu. Lihat Separuh akhir Pendekar Muda 2018. Tetapi itu pada waktu malam. Kali terakhir menghadiri majlis ilmu yang memang selalu diadakan di situ pada siang hari pula adalah pada bulan Mei tahun 2017. Lihat Filologi Facebook : Sumbangan Media Sosial Pada Penelitian Manuskrip Dunia Melayu. Bila datang siang hari memang selalu saya akan menjengok ke kedai buku DBP di lantai bawah.


Kelihatan pada mata kasar aturan dan isi kedai buku kini lebih menarik berbanding dahulu. Kebetulan pula ini kali pertama saya menghadiri majlis ilmu DBP di kedai buku. Biasanya acara diadakan di dewan, bilik persidangan dan sebagainya di tingkat-tingkat atas.


Selepas jam 10 majlis pun bermula. Tajuknya adalah "Sesi Bicara - Mengenali Kepustakaan Ali Hasjmy".


Pengenalan diberikan tentang majlis dan tokoh yang dibincangkan. 


Dua orang panelis, Siti (paling kiri) dan Dr Wildan yang merupakan kepala Dinas (jabatan) Perpustakaan dan Kearsipan (arkib) Aceh (paling kanan) diperkenalkan oleh wakil DBP.


Wildan sebagai panelis pertama pun berbicara.


Beliau memulakan dengan berkongsi sejarah hubungan Aceh-Malaysia melalui perkahwinan Sultan Iskandar Muda (memerintah Aceh 1607-1636) dengan seorang puteri raja dari Pahang. Kisah ini sangat terkenal lalu boleh dicari dengan mudah di Internet. Puteri tersebut dikenali masyarakat Aceh sebagai Putro Phang. Baginda dikatakan bukan sahaja cantik tetapi bijak lalu membantu menerbitkan sejumlah rang undang-undang yang membentuk Kanun Aceh. 

Setelah bercakap panjang lebar tentang sejarah lama baru Wildan menyebut tentang Ali Hasjmy. Menurut beliau tokoh besar Aceh yang sudah meninggal dunia tahun 1998 itu adalah penerus hubungan Aceh-Malaysia.


Saya pula setakat mengenali Ali Hasjmy sebagai tokoh sejarah melalui penulisan dan kumpulan karangan yang pernah dibaca dalam buku bertajuk "Sejarah Islam Indonesia" . Buku yang mengandungi kertas-kertas kerja "Seminar Masuknya Islam ke Indonesia" (diadakan 17-20 Mac 1963 di Medan)  dan "Seminar Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Aceh" (10-16 Julai 1978 di Banda Aceh) disunting oleh beliau sebelum terbit tahun 1981. Rupa-rupanya banyak lagi peranan besar beliau. Ali Hasjmy yang dilahirkan tahun 1914 pernah menjadi gabernor Aceh tahun 1957-1964 atas lantikan Presiden pertama Indonesia iaitu Sukarno.


Dalam acara di DBP penumpuan diberikan kepada sumbangan besar beliau dalam dunia penulisan. Sebetulnya Ali Hasjmy lebih merupakan seorang sasterawan berbanding sejarawan dan itulah sisi  yang mahu diangkat dalam majlis. Wildan menunjukkan antara senarai tulisan Ali Hasjmy. Di sini biar dikongsikan apa yang tertulis dalam Wikipedia :-


Keluarga

Ali Hasjmy adalah anak kedua dari 8 orang bersaudara. Ayahnya, Teungku Hasyim, pensiunan pegawai negeri dan mempunyai satu orang istri bernama Zuriah Aziz yang dikaruniai 7 orang anak yaitu Mahdi A Hasjmy, Surya A Hasjmy, Dharma A Hasjmy, Gunawan Hasjmy, Mulya Hasjmy, Dahlia A Hasjmy, Kamal A Hasjmy.


Pendidikan

Government Inlandsche School Montasie Banda Aceh, sebuah lembaga pendidikan setingkat sekolah dasar (SD)

Madrasah Thawalib di Padang Panjang, baik pada jenjang pendidikan tsanawiyah (menengah tingkat pertama) maupun jenjang ‘aliyah (menengah tingkat atas).

Al-Jami‘ah al-Qism Adabul Lughah wa Tarikh al-Islamiyah (Perguruan Tinggi Islam, Jurusan Sastra dan Kebudayaan Islam) di Padang.

Fakultas Hukum Universitas Islam Sumatera Utara, Medan.


Karier

Tahun 1975 diangkat sebagai guru besar (Prof) dalam ilmu dakwah oleh IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh.

Gubernur Aceh periode 1957-1964

Gubernur diperbantukan Menteri Dalam Negeri Jakarta periode 1964-1968.

Ketua Majelis Ulama Aceh.

Rektor Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar Raniry, Darussalam, Banda Aceh.

Tahanan dalam penjara Jalan Listrik, Medan, karena dituduh terlibat dalam pemberontakan Daud Beuereueh di Aceh, September 1953 - Mei 1954.

Kepala Jawatan Sosial Daerah Aceh, Kutaraja (1946-1947)

Kepala Jawatan Sosial Sumatera Utara (1949)

Inspektur Kepala Jawatan Sosial Sumatera Utara (1949)

Inspektur Kepala Jawatan Sosial Provinsi Aceh (1950)

Kepala Bagian Umum pada Jawatan Bimbingan dan Perbaikan Sosial Kementerian Sosial di Jakarta (1957)


Karya-karya

Ali Hasjmy gemar membaca dan mendengarkan musik. Sebagai sastrawan, ia telah menerbitkan 18 karya sastra, 5 terjemahan, dan 20 karya tulis lainnya antara lain:

Kisah seorang pengembara, sajak, diterbitkan oleh Pustaka Islam, Medan 1936

Sayap terkulai. Buku ini merupakan kisah roman perjuangan yang selesai ditulis dalam tahun 1938, namun tidak sempat diterbitkan, kerana naskahnya hilang di Balai Pustaka, ketika pendudukan Jepang.

Dewan sajak, Centrale Courant, Medan 1938

Bermandi Cahaya Bulan, roman pergerakan, diterbitkan oleh Indiche Drukrij, Medan 1939 (Edisi Jakarta diterbitkan oleh Bulan Bintang, 1978).

Melalui Jalan Raya Dunia, roman masyarakat, diterbitkan oleh Indiche Drukrij, Medan 1939 (Edisi Jakarta diterbitkan oleh Bulan Bintang, 1978).

Suara Azan dan Lonceng Gereja, roman antara agama, diterbitkan oleh Syarikat Tapanuli, 1940. Edisi Jakarta diterbitkan oleh Bulan Bintang, 1978 dan edisi Singapura diterbitkan oleh Pustaka Nasional, 1982.

Cinta Mendaki, roman filsafat/perjuangan, tidak terbit kerana naskahnya hilang pada Balai Pustaka Jakarta ketika pencerobohan Jepang.

Dewi Fajar, diterbitkan oleh Aceh Simbun, Banda Aceh 1943. Buku ini merupakan roman politik.
Tanah Merah, Bulan Bintang, Jakarta 1950. Buku ini merupakan salah satu buku roman perjuangan.

Meurah Johan, Bulan Bintang, Jakarta 1950. Buku ini mengisahkan mengenai roman sejarah Islam di Aceh.

Pahlawan-pahlawan Islam yang Gugur, Bulan Bintang, 1956, 1971, 1974 dan1981. Edisi Singapura diterbitkan oleh Pustaka Nasional, 1971 dan 1982. Buku ini merupakan saduran dari karya berbahasa Arab.

Kerajaan Saudi Arabia, Bulan Bintang, Jakarta 1957. Buku ini merupakan riwayat perjalanan A. Hasjmy ke Saudi Arabia.

Rindu Bahagia, Pustaka Putro Canden, Banda Aceh 1963. Buku ini merupakan kumpulan sajak dan cerpen (cerita pendek).

Jalan Kembali, Pustaka Putro Canden, Banda Aceh 1963. Buku ini merupakan kumpulan sajak yang bernafaskan Islam.

Semangat Kemerdekaan Dalam Sajak Indonesia Baru, Pustaka Putro Canden, Banda Aceh 1963.

Sejarah Kebudayaan dan Tamadun Islam, Penerbit IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh 1969.

Yahudi Bangsa Terkutuk, Pustaka Faraby, Banda Aceh 1970.

Sejarah Hukum Islam, Majlis Ulama Daerah Istimewa Aceh, Banda Aceh 1970.

Hikayat Perang Sabi Menjiwai Perang Aceh Lawan Belanda, Pustaka Faraby.

Islam dan Ilmu Pengetahuan Modern, Pustaka Nasional, Singapura 1972. Buku ini merupakan terjemahan dari Bahasa Arab.

Rubai Hamzah Fansury karya sastera sufi Abad XVII, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1974.

Sejarah Kebudayaan Islam, Bulan Bintang, Jakarta 1975, 1978 dan 1982.

Iskandar Muda Meukuta Alam, Bulan Bintang, Jakarta 1977. Buku ini membahas sejarah hidup Sultan Iskandar Muda.

Sumbangan Kesusastraan Aceh Dalam Pembinaan Kesusastraan Indonesia, Bulan Bintang, Jakarta 1978.

Langit dan Para Penghuninya, Bulan Bintang, Jakarta 1978. Buku ini terjemahan dari Bahasa Arab.

Apa Sebab al-Qur’ān Tidak Bertentangan dengan Akal, Bulan Bintang, Jakarta, 1978. Buku ini merupakan terjemahan dari Bahasa Arab.

Nabi Muhammad sebagai Panglima Perang, Mutiara, Jakarta 1978.

Mengapa Ibdah Puasa Diwajibkan, Bulan Bintang, Jakarta 1979. Buku ini merupakan terjemahan dari Bahasa Arab.

Cahaya Kebenaran, Bulan Bintang, Jakarta 1979. Buku ini merupakan terjemahan al-Qur’ān Juz Amma.

Surat-surat dari Tanah Suci, Bulan Bintang, Jakarta 1979.

Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia, Al-Ma’arif, Bandung 1981.

Mengenang Kembali Perjuangan Misi Haji RI ke II, Al-Ma’arif, Bandung 1983

Benarkah Dakwah Islamiyah Bertugas Membangun Manusia, Al-Ma’arif, Bandung 1983. Buku ini merupakan perubahan nama dari buku Dakwah Islamiyah dan kaitannya dengan pembangunan manusia, Mutiara, Jakarta 1978.

Kesusasteraan Indonesia dari Zaman ke Zaman, Beuna, Jakarta 1983.

Sejarah Kesusasteraan Islam/Arab, Beuna, Jakarta 1983.

Hikayat Pocut Muhammad dalam Analisa, Beuna, Jakarta 1983.

Publisistik dalam Islam, Beuna, Jakarta 1983.

Syiah dan Ahlussunnah Saling Rebut Pengaruh di Nusantara, Bina Ilmu, Surabaya 1984.

Di Mana Letaknya Negara Islam (Singapura, 1976)

Dustur Dakwah Menurut Al Quran (1973)

Nona Press Room (novel, 1963)

Cinta Sepanjang Jalan (kumpulan cerpen, 1980).

Apa Sebab Rakyat Aceh Sanggup Berperang Puluhan Tahun (Jakarta, Bulan Bintang 1978).



Terasa kerdil sungguh melihat senarai penulisan tokoh yang telah menyumbang besar kepada agama, bangsa dan negara. Jasa beliau terhadap dunia Melayu dan Islam memang begitu banyak, terasa diri saya ini langsung tak berguna jika dibandingkan dengan beliau. Tiba-tiba seorang anak Ali Hajsmy bangkit untuk menyatakan sesuatu. Adapun majlis ini dihadiri sejumlah ahli keluarga dan saudara mara beliau. Ada yang datang dari Aceh, ada dari Jakarta.


Beliau mahu menghadiahkan kepada DBP sebuah buku tentang sumbangan Ali Hasjmy...


Pembentangan Wildan pula menjurus kepada usaha menyelamatkan juga menghidupkan kembali karya-karya tokoh besar itu melalui usaha perpustakaan dan arkib di Aceh juga kerjasama menerbitkan karya terpilih dengan DBP.





Ditunjukkanlah keadaan perpustakaan Ali Hasjmy yang didirikan di rumah almarhum di Banda Aceh. Diberitahu bahawa tokoh tersebut menyimpan dengan baik segala kertas kerja malah beg kertas kerja yang diterima daripadas setiap seminar atau majlis ilmu yang pernah dihadirinya.


Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan karya-karya Ali Hasjmy terus berkumandang tak lapuk ditelan zaman. Satu sahaja perkara belum dilakukan kerana kekurangan alatan dan kepakaran iaitu mendigitalkan karya-karya agar lebih terjaga berbanding naskah kertas bercetak yang boleh mengalami kerosakan selain boleh mencapai sasaran lebih luas dan cepat.





Panelis kedua Siti pula menceritakan sisi yang lebih peribadi hasil perkenalan beliau dengan Ali Hasjmy ketika dibawa bertandang ke Aceh untuk satu majlis sastera. 


Beliau memberitahu bagaimana suatu masa dahulu sering bersajak dan berpuisi dengan nada garang seperti seorang laki-laki. Tetapi ini mula berubah akibat Ali Hasjmy mengajak beliau bersyarah di sebuah masjid di Aceh sedangkan pada waktu itu (tahun 1991 kalau tak salah) beliau masih berpenampilan ranggi berseluar jeans tidak bertudung. Dengan lembut Ali Hasjmy mengesyorkan agar scarf di leher dipakaikan di kepala menjadi kerudung. Tidak lama kemudian Siti dijadikan anak angkat. 

Sejak itu beliau selalu berulang-alik ke Aceh untuk terlibat dalam acara-acara sastera dan seni sehingga diberikan gelaran Cut Nyak Fakinah oleh lembaga adat merujuk kepada seorang pejuang wanita Aceh abad ke-19. Siti merasa begitu rapat dengan Aceh lalu berusaha untuk menghidupkan kepustakaan Ali Hasjmy, antaranya melalui jaringan dengan DBP.


Masuk sesi soal jawab saya bertanya kepada Wildan bagaimana Ali Hasjmy mendapat informasi tentang kerajaan Perlak yang dikatakan adalah Kesultanan Islam terawal di Asia Tenggara. Namun ini tidak dapat dijawab kerana beliau bukan sejarawan. Paling dekat Wildan memberitahu mungkin boleh digali antara segala macam bahan yang masih tersimpan di perpustakaan Ali Hajsmy di Banda Aceh.

Saya juga ada bertanya bagaimana Ali Hasjmy dapat menjadi gabernor Aceh sedangkan ketika diberikan jawatan tahun 1957 beliau baru berumur 43 tahun. Hal ini dijawab oleh anaknya dengan mengatakan Ali Hasjmy sudah aktif dengan pelbagai gerakan melawan penjajah sejak muda lagi termasuk memikul senjata nelawan Belanda. Beliau dilantik menjadi gabernor oleh Sukarno kerana berjaya meredakan satu masalah dalaman melibatkan perlawanan tokoh Aceh bernama Daud Beureueh terhadap kepimpinan pusat negara Indonesia di Jakarta.

Selain menulis dan bersastera Ali Hasjmy juga diakui sebagai seorang tokoh besar agama. Pun begitu beliau tidak pernah meletakkan diri sebagai seorang ulamak. Tokoh ini lebih selesa dikenali sebagai pendakwah namun diiktiraf di Indonesia sebagai ulamak moden tersohor selepas Hamka (Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah). Selepas Hamka meninggal dunia tahun 1981 Ali Hasjmy pernah ditawarkan kedudukan rasmi sebagai ulamak utama Indonesia menggantikan Hamka. Tetapi disebabkan harus berpusat di Jakarta beliau menolak lalu terus berbakti di Aceh.

Kepada anak Ali Hajsmy yang saya terlupa hendak bertanyakan nama itu ada ditanyakan apakah garis keturunan ayah beliau? Ini kerana berdasarkan pengalaman saya orang-orang cemerlang selalunya memiliki nenek moyang yang hebat, Kata anak tersebut beliau pernah ditunjukkan salasilah keluarga tetapi tidak pernah dikongsikan kepada umum kerana tidak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Katanya seorang datuk beliau pernah menjadi pembantu kanan kepada Panglima Polim (panglima besar Aceh, boleh Google gelaran ini). Sedangkan seorang moyang atas pernah menjadi Syahbandar Aceh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Bergelar Panglima Muda moyang itu berasal dari Tanah Arab.


Oh. Saya menjadi orang pertama bertanya semasa sesi soal jawab kerana diperkenalkan oleh Siti sebagai seorang penulis yang agak aktif lalu ada memakai nama Merah Silu. Seorang anak muda Aceh bernama Alkaf yang kebetulan duduk di kerusi hadapan pun memberitahu ada mengenali saya di Facebook. Wildan ada menyebut beliau sebagai cucu Ali Hajsmy. Saya pun bertanya lalu diberitahu  Ali Hajsmy adalah adik beradik kepada datuk beliau. Alkaf kemudian diminta berkongsi kepada majlis aspirasi anak muda tentang hubungan Aceh-Malaysia. 


Sasterawan Negara (dilantik tahun 2011) Dato' Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kemala seterusnya diminta tampil ke hadapan untuk memberikan sedikit kata-kata. Beliau menyatakan penghargaan terhadap Ali Hajsmy dan majlis. Bicara yang asalnya dijadualkan berlangsung 9.30 hingga 11.30 ini tamat selepas jam 12.30. Saya pun bergegas untuk mengambil anak dari sekolah.


Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation

$
0
0



Salam pagi Jumaat. Pada 3 Februari iaitu 19 hari lalu saya telah menuntup siri cerita pengembaraan saya dan keluarga di Cambodia dan Thailand  dengan artikel terakhir siri, Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kembali ke tanah air selepas 12 hari 11 malam di perantauan. Ketika itu sudah tepat 2 bulan perjalanan selesai dengan kembalinya kami ke rumah melalui jalan darat. Pengembaraan berlangsung 22 November hingga 3 Disember 2018. 

Didapati 3,000 km kami anak beranak telah berjalan dengan menaiki pelbagai jenis kenderaan singgah di pelbagai tempat terutama yang ada kena mengena dengan kerajaan lama Funan yang berpusat dalam sempadan Cambodia moden. Ia adalah empayar terawal diketahui dengan pasti pernah wujud di Alam Melayu/Asia Tenggara iaitu sejak 2,000 tahun lalu. Turut disinggahi tempat-tempat bersejarah yang berkait dengan beberapa kerajaan yang muncul kemudian. 

Kalau dicampur sekali jarak penerbangan dari KLIA ke lapangan terbang Siem Reap di Cambodia pada 22 November lalu iaitu mulanya perjalanan harus lebih 4,200 km jarak keseluruhan sudah diliputi. Hari ini  22 Februari tepatlah 3 bulan ia dimulakan. Maka sangat sesuailah satu artikel kompilasi yang mengandungi pautan bagi semua artikel tentang perjalanan yang telah dipersembahkan di blogspots saya disediakan untuk memudahkan rujukan. 

Untuk pengetahuan perjalanan ini berlaku atas asbab mahu melawat kuil lama Angkor Wat yang sangat terkenal di Cambodia. Setahun lebih awal iaitu pada penghujung tahun 2017 kami pernah bercadang mahu ke sana dengan menaiki kereta sendiri yang dipandu dari rumah. Tetapi didapati belanjawan kami lari. Dan prosedur  untuk membawa kereta sendiri masuk ke Cambodia agak bermasalah. Rujuk Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.

Sejak kembali daripada perjalanan yang menyaksikan saya memandu kereta sejauh lebih 3,600 km, isteri pula memandu sekitar 500 km iaitu apabila saya terlalu penat kami berazam akan membuat satu perjalanan khas ke Angkor Wat. Alang-alang sudah ke sana biar dipanjangkan perjalanan untuk melihat banyak lagi tempat. Lalu jadilah seperti dipersembahkan berikut :-


1. Akan datang tidak lama lagi - Cerita Jejak Kerajaan Funan

2. Flight to Siem Reap

3. West Baray, Siem Reap

4. Masjid (Mosque of) An Neakmah, Siem Reap

5. Access to Tonle Sap

6. Masjid (mosque of) ar-Rafee'ah, Tonle Sap, Siem Reap

7. Views of Tonle Sap from Phnom Krom

8. Siem Reap by tuk tuk 

9. Around the night market of Siem Reap

10. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Siem Reap sebagai tapak permulaan penjelajahan

11. Catching sunset at Angkor Wat

12. Angkor Wat 

13. Bahagian utama (Main section of) Angkor Wat

14. Kuil (Temple of) Bayon

15. Menara-menara (Towers of) Angkor Thom

16. Tinggalan jambatan lama di luar Angkor Thom (Remains of ancient bridge outside Angkor Thom)

17. Kuil (Temple of) Ta Keo

18. Kuil (Temple of) Ta Phrom

19. Kuil (Temple of) Banteay Kdei

20. Bendungan air purba (Ancient reservoir of) Sras Srang

21. Going up Phnom Krom

22. Kuil (Temple of) Phnom Krom

23. Sunset from Phnom Krom

24. Jejak empayar Funan dankerajaan-kerajaan berkaitan - Angkor Wat dan kuil-kuil lama di sekitar

25. Early look at Kampong Cham

26. Kuil (Temple of) Nokor Bachey, Kampong Cham

27. Mekong river from the bridge at Kampong Cham

28. Masjid (Mosque of) al-Ikhsan, Kampong Cham 

29. Masjid (Mosque of) ar-Rahmah, Kampong Cham

30. Mekong river from a part across Kampong Cham town 

31. Views from the French tower at Kampong Cham

32. Masjid jamek (Main mosque of) Kampong Cham

33. Mekong river from southern side of Kampong Cham town

34. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Antara tarikan purba kuil Preah Vihear dengan panggilan keMelayuan Kampong Cham

35. Mekong river from our hotel at Kampong Cham

36. Walking around Kampong Cham town

37. Views from the tallest building at Kampong Cham

38. First impression of Phnom Penh

39. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menghampiri sempadan selatan Vietnam

40. Boat ride from Takeo to Phnom Da

41. Going up the hill of Phnom Da

42. Kuil (Temple of) Phnom Da

43. Views from on top of Phnom Da

44. Muzium (Museum of) Angkor Borei

45. Takeo train station

46. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menyambut hari lahir di tapak pusat empayar

47. First look at the waterfront in Phnom Penh - The Tonle Sap-Mekong meeting place

48. Kuil kecil (Small shrine of) Preah Ang Dorngkeu

49. Patung raja (Statue of king) Norodom Sihanouk.

50. Art pieces at the 'Russian' market

51. Muzium Kebangsaan (National Museum of) Cambodia

52. Istana diraja di (Royal palace at) Phnom Penh

53. Phnom Penh from a riverside vantage point

54. Night time around the esplanade at Phnom Penh

55. Taking the Mekong river cruise at night

56. Wat Phnom 

57. Patung (Statue of) Yeay Penh

58. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kehebatan kota Phnom Penh

59. Bus to Battambang

60. Around Battambang by tuk tuk

61. Patung (Statue of) Ta Dumbong

62. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Ditipu USD100 di Battambang

63. Battambang to Poipet

64. Crossing to Thailand

65. To Ayutthaya via Bangkok

66. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Battambang-Poipet-Bangkok-Ayutthaya dengan pelbagai jenis pengangkutan

67. The Chao Phraya from Ayutthaya Riverside House

68.Wat Kasatrathirat Worawihan, Ayutthaya

69. Muzium (Museum of) Suriyothai, Ayutthaya

70. Chedi Sri Suriyothai

71. Chao Phraya river in front of Chedi Sri Suriyothai

72. Wat Phra Si Sanpeth, Ayutthaya

73. Wihan Phra Mongkhon Bophit

74. Makam (Tomb of) Sheikh Ahmad Qomi

75. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Jumaat di Ayutthaya dan kawasan menghadap kiblat

76. Chao Phraya river from Tha Chang Wangna in Bangkok

77. Enter the Thammasat University

78. Ferry to Thonburi

79. Wat Rakhang Kositaram, Bangkok

80. Masjid (Mosque of) Ton Son, Bangkok











91. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kembali ke tanah air selepas 12 hari 11 malam di perantauan




Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222

$
0
0
Salam petang Jumaat. Biar dikongsikan satu lagi artikel kompilasi. Kali ini tumpuan adalah pada artikel-artikel ilmu. Namun daripada segi gerak kerja ia boleh dikira bersambung daripada artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation pagi tadi.




Siri Refleksi Sejarah



Merujuk kepada "Siri Refleksi Sejarah" yang menghiasi bahagian bawah sidebar kiri blogspot untuk capaian mudah pembaca. Adapun ia dimulakan tahun 2012 bagi mengumpulkan pautan artikel-artikel berbentuk ilmu sejarah baik daripada seminar dan majlis-majlis ilmu mahupun pembacaan buku juga hasil penyelidikan daripada suatu pengembaraan. Kemudian ia turut meliputi ilmu-ilmu lain seperti ekonomi dan kewangan Islam juga dunia pemikiran dan ketamadunan Melayu. Jumlah awal senarai kurang 30 lebih artikel pun bercambah sehingga melepasi 100 tahun 2015. Rujuk artikel Siri refleksi sejarah... lama diikuti Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran..

Kali terakhir dikemaskinikan pertengahan tahun 2018 jumlah artikel yang boleh disenaraikan sudah mencapai 188. Apabila dikemaskinikan lagi baru ini sehingga masuk artikel Sesi bicara di DBP - Mengenali Kepustakaan Ali Hasjmy 2 hari lalu didapati jumlah menjadi 222. Artikel tersebut merujuk kepada majlis ilmu terbaru dihadiri setakat ini iaitu pada hari Selasa. Hari ini Jumaat 2 Februari bersamaan 22/2 eloklah hasil kemaskini ini diabadikan pada bawah sidebar kiri.

Sebelum itu biar senarai dipersembahkan dalam artikel kompilasi ini. Walaupun pada hari Sabtu esok saya dijadualkan menghadiri 3 lagi majlis ilmu di 3 lokasi berlainan pagi hingga lewat malam dan Isnin depan pula ada satu lagi acara biar cerita-cerita tentangnya dimasukkan dalam kemaskini akan datang. Menariknya jumlah 222 ini bukan sahaja dapat dikumpulkan lalu disiarkan pada tarikh 22/2. Ditolak jumlah pautan artikel yang telah disenaraikan dalam artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation pagi tadi iaitu 91 ia menjadi 131. 

Itu adalah nombor yang sangat bermakna, nombor home sweet home  buat saya dan isteri. Berikut adalah senarai penuh 222 artikel itu :-
































182. Syarahan "Muslim and the West" oleh John Esposito di ISTAC





Ini adalah setakat pertengahan tahun lepas. Kemaskini terbaru yang membawa kepada jumlah 222 adalah seperti berikut :-





Tentang tabiat suka menulis berkongsi fikir dan rasa

$
0
0
Merujuk kepada artikel Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222 yang dipersembahkan petang Jumaat. Ada disebut saya dijadualkan untuk menghadiri 3 majlis ilmu hari Sabtu (semalam) dan 1 lagi majlis hari Isnin (esok). Ini ada satu cerita berkenaan. Sebelum itu lihat gambar-gambar dan penerangan...


Sebahagian daripada satu artikel lama saya semasa bertugas sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996-2001...

Artikel tersimpan dalam satu folder daripada sebuah external hard drive sebelum isi hard drive disalin ke dalam komputer riba...


Yang dimuat turun dari laman on-line NST  itu cuma penulisan berbentuk rencana yang pernah disiarkan dalam akhbar. Ada banyak lagi penulisan yang tersiar tapi dalam bentuk laporan berita semasa...


I
I
I
I
I


Penulisan bawah ini asalnya mahu dipersembahkan sebagai status update di Facebook sekitar jam 1.30 pagi tadi. Masuk perenggan kedua saya mula merasakan ia akan mengalir panjang lebar. Jadi lebih elok dipersembahkan dahulu ke blogspot kemudian dipautkan ke FB...


----------------


3 MAJLIS ILMU UNTUK DIULAS DAN KUPAS DALAM MASA TERDEKAT CAMPUR 1 LAGI MAJLIS ISNIN INI - TENTANG TABIAT SUKA MENULIS DAN BERKONGSI FIKIR DAN RASA

Salam. Adapun sudah menjadi tabiat kesarjanaan saya (boleh kot guna perkataan itu) cuba menghadiri sebanyak mungkin majlis ilmu terutama melibatkan sejarah setiap kali mendapat kelapangan dan peluang kemudian mengulas dan mengupas seberapa boleh dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Tabiat ini adalah susulan daripada kecenderungan suka mengikut gerak dan meluahkan rasa melalui penceritaan di blogspot yang dibuka penghujung 2006.  Pada awalnya saya lebih suka melepaskan rasa suka duka juga fikiran yang timbul selepas selesai suatu pengembaraan selain berkongsi apa yang berlaku dan dilihat ketika mengembara. Kadangkala ini dibuat ketika pengembaraan sedang berlaku lalu saya menulis dari cyber-cafe terdekat dapat ditemui di suatu pekan atau bandar. 

Masuk tahun 2009 saya mula menghadiri majlis-majlis ilmu anjuran badan-badan seperti Persatuan Sejarah Malaysia (PSM), Perpustakaan Negara dan universiti-universiti. Susulan daripada majlis saya cuba mengulas dan mengupas sebanyak mungkin dalam blogspot. Sebanyak mungkin di sini bermaksud selagi kalam dapat diluahkan dan setakat apa yang dapat diingati semasa menulis. Saya akan menulis sehingga timbul rasa puas atau cukup. Lepas suatu gerak, lepas satu tanggungjawab untuk berkongsi penceritaan.

Rasa tanggungjawab untuk berkongsi ini mungkin disebabkan pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996 hingga 2001. Sebagai wartawan memang kami diajar agar merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan berita dan perjalanan suatu majlis. Rasa lepas gerak pula lebih merupakan suatu desakan dalaman yang wujud akibat perjalanan hidup yang memiliki unsur-unsur spiritual dan kesufian terkait dengan darah keturunan. Perkara ini sebenarnya sudah dialami sejak kecil lagi tetapi menulis untuk melepaskan suatu gerak? Itu bermula ketika berumur 36.

Gerak rasa awal untuk menulis itu sendiri bermula ketika saya pertama kali masuk ke Aceh awal tahun 2004. Ketika itu masih berlaku darurat perang akibat pertentangan puak pemisah dengan tentera kerajaan pusat Indonesia di wilayah Serambi Mekah itu.   Lalu saya diduga dengan beberapa halangan sehingga pernah merasa disuakan mesingan M-16 ke kepala. 

Ketika pertama kali sampai ke sempadan Aceh dari arah Medan timbul rasa harus menulis buku tentang pengalaman. Kembali daripada perjalanan saya terus memulakan penulis. Tetapi pada Jun 2006 baru ia terbit menjadi buku pertama siri trilogi “Berpetualang ke Aceh”.  Hampir penghujung tahun tersebut saya mula menulis di blogspot sebagai usaha mempromosikan buku dan isi-isinya. 

Setelah beberapa lama blogspot menjadi tempat meluahkan rasa sambil berkongsi pengalaman mengembara juga apa-apa berkaitan kehidupab baru ditulis tentang majlis ilmu. Sambil itu muncul buku kedua siri Mei 2007 diikuti buku ketiga November 2007. Penulisan menjadi cara saya menganalisa kembali apa yang berlaku. Ia juga membantu saya menyerap ilmu dengan lebih baik. 

Sabtu semalam 23 Februari 2018 saya menghadiri 3 majlis ilmu. Pagi tentang masalah orang Yaman akibat perang di tempat saya belajar pasca-siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpu. Petangnya seorang pakar ekonomi terkenal  bercakap tentang Melaka abad ke-15 di Islamic Arts Museum (Muzium Seni Islam),  Taman Tasik Perdana. Selepas itu saya mendengar tentang pemikiran Islam di  UTM (Universiti Teknologi Mara) hingga lewat malam. Tentunya seperti biasa saya harus menulis di blogspot.

Menurut tabiat menulis di yang sudah sebati sejak hampir 13 tahun lalu saya harus mula melepaskan gerak penulisan seeloknya sebaik sahaja sampai ke rumah. Tetapi saya sudah kepenatan. Pergi dari rumah ke Kuala Lumpur pun dah 40 km. Kemudian harus menghayati majlis di 3 lokasi berlainan sebelum sampai ke rumah dekat jam 1 pagi.

Siang Ahad hari ini pula kena memandu ke kampong isteri dalam 120 km perjalanan untuk satu majlis keluarga. Nampaknya hari ini memang tak sempat menulis tentang majlis. Pagi Isnin iaitu esok ada 1 lagi majlis ilmu. Itupun nak kena kongsi cerita nanti. Sebagai ganti rasa tanggungjawab dan gerak untuk menulis biar diisytiharakan sebagai satu status update di Facebook. 

Asalnya ia setakat untuk memberitahu akan disajikan 3 artikel tentang 3 majlis ilmu yang dihadiri hari Sabtu diikuti 1 majlis hari Isnin. Tapi begitulah gerak. Dah jadi luahan panjang lebar lalu jadilah artikel ini, artikel ke 1,755 di blogspot ini.

Adapun gambar penghias paling atas adalah snip (potongan) daripada satu artikel lama saya di NST yang dapat ditemui secara on-line lebih 10 tahun lalu. Kalau nak cari lagi terutama seperti yang tersiar dalam akhbar harus ke perpustakaan dalaman sana di Jalan Riong, Bangsar kemudian harus membayar untuk perkhidmatan. Nasib baik saya sempat memuat-turun hampir 30 artikel berbentuk rencana/features  dalam format HTML. Kalau tulisan atau laporan berita ada banyak lagi. Kalau tak salah ingatan ada sekitar 1,000  artikel tertera  perkataan “by Radzi Sapiee” iaitu ditulis oleh saya. 

Kalau orang lain mungkin dah lama simpan segala keratan akhbar supaya boleh ditunjukkan kepada ramai terutama untuk meminta kerja. Tapi saya bukan jenis begitu. Cuma di sini tergerak hendak menyebut tentangnya kerana memikirkan betapa sejak kebelakangan ini kecoh ramai pemimpin politik didapati bersalah memakai sijil pendidikan palsu. 

Sebetulnya memang diketahui sejak beberapa lama ramai orang memakai sijil palsu juga membuat dakwaan memiliki pelbagai pengalaman kerja, hidup bagai yang hebat-hebat tetapi sebenarnya cerita buatan yang ditokoh-tambah agar kelihatan jauh lebih hebat daripada hakikat diri yang sebenar. Dalam keadaan begini tak mustahil ada orang berfikiran sama terhadap saya. Oleh itu biarlah dinyatakan di sini ada ramai saksi yang masih mengenali hingga kini tahu tentang diri saya sejak zaman tadika (ya, masih ada kawan-kawan sesekali berhubung daripada  zaman mula perkenalan 43tahun lalu), juga di sekolah rendah,sekolah menengah, zaman kolej, zaman universiti di London, zaman bekerja di NST dan seterusnya. 

Saya tidak perlu mencipta cerita-cerita khayalan untuk menerbitkan rasa gah atau aura hebat misteri kerana ada ramai saksi termasuk kawan-kawan lama yang kini bertaraf VVIP boleh memberikan testimoni. Sekadar maklumat tambahan artikel ini sepatutnya dipersembahkan sebelum masuk Subuh tadi. Ketika itu walaupun penat akibat sehari suntuk saya tidak dapat tidur akibat hal majlis yang bermain dalam kepala lalu dibuatlah penulisan panjang lebar ini. Sebaliknya komputer buat hal ketika hendak memuatnaik ke blogspot. Dah lepas jam 10 pagi baru masalah dapat diatasi.  Cukuplah meluahkan rasa.


Viewing all 1493 articles
Browse latest View live