Quantcast
Channel: CATATAN SI MERAH SILU
Viewing all 1493 articles
Browse latest View live

Tentang orang Terengganu dan kehidupan mereka - Bicara buku yang ke-2 di ISTAC

$
0
0
Salam semua. Merujuk kepada artikel Tentang tabiat suka menulis berkongsi fikir dan rasa yang disiarkan Ahad lalu. Ada disebut saya bercadang untuk berkongsi cerita tentang 3 majlis ilmu yang dihadiri hari Sabtu, 1 tentang majlis ilmu hari Isnin (semalam). Rasanya lebih elok dipersembahkan dahulu yang semalam kerana lebih segar dalam fikiran. Yang hari Sabtu akan cuba dipersembahkan esok, lusa dan hari seterusnya insyaallah.



Merujuk kepada artikel Majlis 3 dalam 1 pelancaran buku, unit perbandingan agama dan diskusi buku - Penetapan arah baru ISTAC? yang dipersembahkan hujung bulan lepas. Ada disebut ketika itu telah diadakan satu sesi diskusi sebuah buku di ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam. Ia adalah majlis diskusi buku pertama diadakan di tempat saya sedang belajar itu. Diskusi buku mahu diadakan sekali setiap bulan lalu semalam sampailah masanya untuk sesi kedua berlangsung.


Adapun sudah dipersetujui bahawa buku-buku akan dibincangkan secara bergilir, selepas buku berbahasa Inggeris harus buku berbahasa Melayu dan begitulah seterusnya. Kali ini tajuk buku adalah "Orang Terengganu : Asal Usul, Arus Hidup dan Hala Tuju" susunan cendekiawan tersohor Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar. Oh. Poster menyebut namanya sebagai Profesor Datuk Muhammad Abu Bakar. Bila semak di Google tak jumpa. Kalau Profesor Datok Mohammad Abu Bakar itu memang orangnya.  

Ternyata terdapat banyak artikel tentang beliau atau melibatkan pandangan jika tidak pun sekadar menyebut/namanya sebagai seorang tokoh. Maka benarlah beliau seorang cendekiawan tersohor seperti disebut dalam Facebook ISTAC tentang majlis.  Cuma nama sahaja tersilap ejaan.

Saya sebut ini kerana sebetulnya tidak mengetahui tentang status tinggi beliau dalam dunia akademik juga bidang kemasyarakatan. Saya cuma ada sekali dua terserempak dengan beliau di ISTAC di mana Mohammad memperkenalkan diri sebagai penulis tamu. Semakan Google yang baru dibuat tadi menunjukkan beliau adalah pakar di Jabatan Kajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya. Oleh itu sudut pandangnya sering diminta dalam pelbagai hal termasuk perkembangan politik negara malah hal kehilangan pesawat MH370 suatu masa lalu. 


Kali ini beliau bercakap tentang satu perkara yang lebih down to earth, turun ke muka bumi. Kelihatan di tengah gambar Mohamad memulakan bicara. Di kiri gambar adalah Sheikhul Kuliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar yang bertindak memperkenalkan majlis. Di kanan adalah Profesor Datuk Dr Awang Sariyan sebagai moderator dan pengerusi diskusi.

Harus diberitahu saya sampai ke majlis ketika Mohammad telah memulakan bicara. Kemudian baru  tahu Awang telah memperkenalkan beliau sebagai bekas pemegang Kerusi Tun Razak di Ohio University, Amerika Syarikat, satu kerusi kecendekiawanan berprestij tinggi. Tidak juga saya ketahui ketika itu Mohammad memberikan pengenalan dengan memperbetulkan salah tanggap yang mungkin wujud dalam minda sesetengah orang terhadap buku. Kata beliau ia bukanlah bersifat myopic iaitu berpandangan kecil/dekat sahaja, parochial iaitu terhad kepada skop tertentu mahupun assobiyah atau bersifat kedaerahan. Ia meliputi sudut pandang dan fikir yang lebih luas demi menyumbang kepada usaha pensejarahan negara.


Sesuai dengan tajuk buku Mohammad yang juga merupakan seorang anak Terengganu bercakap tentang pelbagai aspek orang Terengganu. Asal usul merujuk kepada dari manakah asal orang Terengganu secara umum kemudian kelompok-kelompok tertentu. Misalnya kelompok dari Riau, Patani dan Siak. Atas sebab apa mereka datang lalu membentuk masyarakat Terengganu. Tentang golongan Sayyid yang datang dari Tanah Arab, mereka yang memakai gelaran atau nama hadapan Wan, Che, Tuan. Disebut juga tentang asal usul Kesultanan Terengganu. Semua ini terkait dengan faktor geografi dan sosio-politik yang luas walaupun menjurus kepada cerita orang Terengganu. Namun penumpuan diberikan kepada kehidupan masyarakat biasa dan kebanyakan kerana sudah banyak sastera memperkatakan tentang istana dan golongan atasan.


Selepas beberapa lama pengulas pertama Dr. Mohamad Zain Musa pun membuka bicara. Berasal daripada kelompok orang Melayu Champa yang sudah beberapa generasi menetap di Kemboja (Kampuchea/Kemboja) beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Diberikan sedikit perincian berupa penerangan umum tentang 57 bab dalam 484 muka surat buku yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian A adalah jurai keturunan (16 bab). Ini yang disebut tadi mengandungi asal usul keturunan Wan, Syed (Sayyid) dan sebagainya. Zain sebagai orang Melayu Cham Kemboja pun memberikan penumpuan kepada Bab 12. 

Di situ diceritakan tentang kedatangan beramai-ramai orang Melayu Kemboja (berasal dari Champa sebenarnya tetapi kerajaan mereka sudah ditelan Vietnam) ke Terengganu yang lari daripada pergolakan di Kemboja, Laos dan Vietnam tahun 1975. Ada di antara mereka menjadi orang berjaya. Seorang iaitu Ustaz Talib A. Rahman pernah menjadi Tokoh Ma'al Hijrah Terengganu.


Bahagian B adalah tentang jalur dan jejak kehidupan (15 bab). Termasuk dalam bahagian adalah kehidupan orang Terengganu juga tentang tokoh-tokoh tertentu. Menurut Zain jalur penyebaran agama Islam di Terengganu tidak asing bagi orang Terengganu. Jika dahulu Kelantan dan Patani menjadi tumpuan anak muda Kemboja untuk belajar agama kini Terengganu menjadi tarikan terutama untuk menghafal Al-Quran.


Bahagian C iaitu bab-bab seterusnya adalah tentang tokoh-tokoh legenda. Sama ada cerita tentang mereka adalah berasas atau tidak, mereka benar-benar wujud atau sebaliknya ia harus diambil kira kerana ada jurai keturunan sekarang yang disabitkan dengan mereka.  


Secara rata Zain mendapati penceritaan buku Orang Terengganu bermula daripada abad ke-18. Walaupun tidak dinyatakan sebegitu saya lihat ia adalah kritikan lembut terhadap buku kerana beliau menyebut tentang penemuan Gendang Dongson yang sudah wujud beratus tahun lebih awal juga Batu Bersurat Terengganu yang dikatakan ditulis pada tahun 1303 Masihi. 


Pun begitu tahniah diucapkan kepada Mohammad kerana berjaya menghasilkan buku. Sebetulnya terdapat 35 orang penulis menyambung isi. Tetapi daripada 57 bab buku 16 bab bersamaan 28% adalah tulisan Mohammad.


Seterusnya sambil giliran pengulas kedua Encik Zahari Awang memberikan maklum malas. Pakar komputer dan pengurusan ini adalah seorang anak Kelantan yang meminati sejarah. Beliau mengaku tidak sempat memperhalusi kesemua isi buku lalu membaca butiran-butiran penting sahaja.


Beliau mahu memberikan apa yang disebutnya sebagai helicopter view, satu pandangan 'dari tempat tinggi berlegar di udara' (perkataan saya). Menurut Zahari, walaupun buku cukup mantap ada lagi yang perlu ditonjolkan seperti jelas tersebut dalam slaid beliau...





Pada Zahari amat penting dimasukkan hal Terengganu pernah bersama dengan Kelantan dan Patani dalam satu kerajaan induk lama yang dikenali sebagai Langkasuka.


Kaitan lama dengan kerajaan Melayu Champa (yang kini sudah hilang menjadi sebahagian daripada Vietnam itu) juga harus ditonjolkan.


Ia adalah sejarah lama yang tidak boleh diketepikan kalau buku Orang Terengganu itu mahu menjadi lebih luas pandangan.


Lain-lain perkara yang disebut Zahari tidak perlulah diulas ya. Lihat sahaja slaid-slaid yang dikongsikan...

















Yang ini saya boleh ulas sedikit kerana kelihat begitu informatif (bermaklumat) dan sangat bagus untuk memajukan negeri dan negara. Ia adalah maklumat baru buat saya. Yang lain-lain disebutnya itu sudah lama saya perolehi daripada pelbagai sumber.

Zahari menunjukkan satu set statisfik tentang perkembangan kemanusiaan (human development)  dan purata pendapatan kasar. KDNK itu Keluaran Dalam Negara Kasar. Hmm... ada rasa sedikit keliru pula melihat nombor-nombor...

Sebagai pendapatan kasar keseluruhan negeri atau negara ia haruslah berjumlah bermilion atau berbillion, bukan setakat ribu-ribu. Mungkin ada tertinggal perkataan juta pada kurangan atas. Kalau purata bagi penduduk maka ia harus bermaksud suatu jumlah itu adalah pendapatan kasar setahun bagi seorang penduduk. Nampaknya itulah kesnya (saya bukan orang Ekonomi). 

Apapun yang hendak ditunjukkan ada HDI (Human Development Index) Terengganu dan KDNK adalah rendah. Cuma timbul rasa keliru mengingatkan kata beliau bahawa KDNK di Amerika Syarikat (ke negara maju? Saya sudah terlupa yang mana) adalah USD12,000.  Senarai di atas menunjukkan negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang sudah melepasi tahap tersebut. Purata untuk seluruh Malaysia pula lebih USD10,000...


Dalam hal KDNK Terengganu kelihatan hasil pendapatan melalui royalti petroleum belum cukup untuk melonjakkan taraf pendapatan negeri secara keseluruhan. Tetapi menurut Zahari HDI atau bahasa Melayunya Indeks Pembangunan Manusia boleh diperbetulkan dengan mudah kerana yang menyebabkan ia rendah adalah taraf kehidupan Orang Asli Terengganu yang jumlahnya cuma 200-500 orang Oleh itu ia boleh dilonjakkan dengan mengangkat taraf kehidupan Orang Asli, misalnya dengan memberikan setiap seorang sekeping tanah rancangan FELDA Menarik maklumat dan saranan ini namun apabila difikirkan balik sudah lari jauh daripada skop ulasan buku. 


Mungkin Zahari sekadar mahu mengambil peluang akibat Mohammad sedia mendengar. Nampanya beliau mahu anak Terengganu itu menggunakan pengaruh untuk mengangkat saranan kepada pihak atasan.  Pengulas ketiga Dato' Baharuddin Ahmad (tengah dalam gambar) pula merupakan seorang pensyarah awal di ISTAC (sekitar tahun 1990an katanya). Beliau membuka bicara dengan menyatakan pernah bersama dengan Awang Sariyan mengambil kelas Falsafah Islam di bawah Osman (Prof Osman Bakar) semasa membuat ijazah sarjana muda di UKM.


Beliau kemudian menyarankan setiap faktor sejarah dalam buku Orang Terengganu dijadikan sambung menyambung seperti jalan-jalan yang dapat dihubungkan dengan lebuh-lebuh raya besar sehingga membentuk pensejarahan yang lebih luas. Dengan itu beliau menyarankan agar cerita ulamak besar Terengganu abad ke-17 iaitu Sheikh Abdul Malik @ Tok Pulau Manis diangkat - apakah yang membuat beliau berguru dengan ulamak besar Aceh Sheikh Abdul Rauf Singkel kemudian menyambung ke Mekah? Kenapa beliau memilih untuk membuat terjemahan dan syarah bahasa Melayu ke atas kitab Hikam karangan Sheikh Ibnu Athoilah daripada Tariqat Syadziliyah. Cukuplah perkongsian saya tentang majlis.



Menangani krisis Yaman - Majlis "Stand With Yemen" di ISTAC

$
0
0
Merujuk kepada artikel Tentang orang Terengganu dan kehidupan mereka - Bicara buku yang ke-2 di ISTAC yang dipersembahkan semalam. Meneruskan gerak penulisan sama dengan mempersembahkan cerita tentang majlis ilmu pertama dihadiri Sabtu lalu.


Merujuk pula kepada artikel Seminar Antarabangsa Pemikiran Semasa Islam dan Reformasi Kemasyarakatan - Membina wawasan masa hadapan yang dipersembahkan setengah bulan lalu. Ketika berlangsung sesi forum petang itu hadirin diberitahu bahawa ISTAC akan menganjurkan satu lagi majlis ilmu. Kali ini ia melibatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Setelah beberapa lama keluar atur cara berserta poster atas di Facebook.


Isteri mahu ikut sama. Memandangkan majlis dijadualkan berlangsung jam 9 pagi hingga 2 petang elok dibawa sekali anak-anak.


Maka pergilah kami anak-beranak ke lokasi majlis di bangunan ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dengan memakai busana tradisional Melayu.





Cuma kami sampai lambat lalu tidak mengikuti komponen awal majlis berupa ucapan-ucapan daripada VVIP terpilih.


Dan ternyata tetamu paling utama Tun Mahathir pun tidak dapat hadir kerana hal tertentu. Tempat beliau digantikan oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.


Melihat pameran tentang krisis Yaman di ruang legar. Oh, majlis ini dipanggi "Stand with Yemen" - Berdiri bersama Yemen. Ketika ini dif-dif kehormat sudah masuk ke dewan makan. Saya pula baru hendak melihat pameran kerana sibuk berbual dengan seorang warga wanita Yaman yang sudah beberapa bulan bersama suami dan anak duduk berlindung di Malaysia.


Sesungguhnya terdapat ramai warga Yaman sedang menumpang suaka di negara kita. Rumah mereka hancur akibat perang yang bermula tahun 2015. Dikatakan krisis kemanusian yang melanda adalah lebih teruk berbanding di Syria. Tetapi cerita tentangnya seperti sengaja digelapkan oleh rangkaian berita antarabangsa.


Sekitar jam 11 hadirin kembali masuk ke dewan utama untuk sesi forum.


Empat orang panelis akan berkongsi maklumat dan pandangan  tentang perkara. Mempengerusikan sesi adalah Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa daripada Islamic Renaissance Front (IRF). Kelihatan beliau dalam gambar duduk dua dari kanan. Ahli-ahli panelis (dari kiri) adalah :-


Dr Abdul Rahman Al Maamari daripada Tangible Association for Yemeni Refugees (terjemahan saya - Persatuan Ketara untuk Pelarian Yaman)

Dr James M. Dorsey,  cendekiawan daripada Universiti Teknologo Nanyang, Singapura

Dr Chandra Muzaffar,  presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST)

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Agama



Abdul Rahman adalah panelis pertama.


Beliau menceritakan keadaan geo-politik yang membawa kepada krisis Yaman.


Hadirin diberitahu bahawa ketika apa yang dipanggil sebagai Arab Spring (boleh Google) menimbulkan kacau-bilau dan kejatuhan kerajaaan di beberapa buah negara pimpinan bangsa Arab Yaman berjaya menanganinya dengan baik. Kekecohan yang bemula di Tunisia penghujung tahun 2010 merebak ke negara-negara seperti Libya, Mesir Syria dan Bahrain sebelum surut pertengahan 2012. Kesannya tidak begitu teruk di Yaman tetapi membawa kepada pelancaran Persidangan Dialog Nasional awal 2013.


Persidangan berjaya mencegah perang saudara daripada berlaku di Yaman. Menurut Abdul Rahman, dunia menganggap ini satu kejayaan tahun 2014.


Tidak lama kemudian muncul kumpulan militan Houthi menguasai Sana'a iaitu ibu kota Yaman.


Kekacauan pun meningkat...


Keadaan menjadi bertambah teruk apabila pasukan gabungan negara yang diketuai Arab Saudi menghantar jet-jet pejuang untuk mengebom Yaman. Alasannya Presiden Yaman yang lari ke Arab Saudi akibat ancaman puak Houthi meminta negara tersebut campur tangan.


Akibatnya rakyat teruk merana...


Inilah yang membawa kepada keadaan sekarang lalu negara-negara seperti Malaysia diminta untuk membantu meringankan beban.


Tentang krisis Yaman ini boleh juga baca penerangan ringkas yang dipaparkan di ruang legar. Klik pada gambar untuk paparan jelas.


Panelis kedua, Dorsey pula melihat krisis daripada sudut pandang yang lebih luas. Diperincikanlah keadaan geo-politik semasa yang mana puak militan Houthi yang bermazhab Syiah mendapat sokongan Iran. Presiden Yaman yang lari dan kerajaan pimpinannya yang dikatakan bermazhab Sunni pula mendapat sokongan Arab Saudi. Di sebalik itu ada kepentingan Amerika Syarikat dan sekutu sedang berlaga dengan kepentingan Rusia dan negara-negara yang menyokongnya.


Chandra pula cuba membawa perspektif orang Malaysia. Menurut beliau rakyat kita tidak diberikan pendedahan cukup mendalam tentang apakah yang sebenarnya berlaku. Bukan kes Yaman sahaja tetapi banyak kes lain peringkat dunia. Kita setakat diberitahu hal-hal luaran, bukan intipati perkara dan sebab sebenar ia berlaku.


Mujahid pula mengulangi konsep Rahmatin lil 'Alamin - Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam yang biasa dilaung-laungkannya sejak dilantik menjadi menteri apabila kerajaan Pakatan Rakyat mula memegang teraju kepimpinan negara pertengahan tahun lepas. Cakapnya memang kedengaran bagus dengan bahasa Inggeris juga bahasa Arab yang lancar. Tapi praktiknya? Diketahui ramai beliau seperti sering memenangkan kepentingan orang bukan Melayu dan bukan Islam atas alasan mahu berlaku adil supaya jadi 'Rahmatan lil 'Alamin' (konon)...


Selesai empat panelis berkongsi maklumat dan memberikan pandangan duta Yaman ke Malaysia diminta memberikan sepatah dua kata. Sebenarnya banyak kata-kata diberikan beliau dengan penuh emosi. Cukuplah diringkaskan sebegini - beliau meminta tajuk majlis "Stand With Yemen" ditukar menjadi "Stand Against Arab Saudi".


Hal ini menyebabkan seorang hadirin dari Arab Saudi bangkit (bukan dalam gambar) membela negaranya ketika sesi soal jawab. Banyak perkara diperkatakan dalam sesi ini. Saya sendiri bangun untuk bertanya setakat manakah tangan-tangan ghaib, badan-badan perisikan seperti CIA (Amerika) dan Mossad (Israel) terlibat apa lagi serangan Arab Saudi berlaku tidak lama selepas Raja Salman menaiki takhta sedangkan anaknya Putera Mohammad bin Salman yang katanya pro-Israel dilihat lebih menguasai jentera-jentera kerajaan. Ada pula bertanyakan bagaimana untuk membantu para pelarian terutama di Malaysia agar mendapat kehidupan yang lebih selesa. Untuk itu kerajaan diminta agar merangka suatu bentuk pertolongan yang dapat bertahan lama...


Duta Iran ke Malaysia turut diminta memberikan maklum balas. Tentunya beliau membela negara sendiri pada kala ada yang melihat Iran menimbulkan krisis kerana menyokong puak Houthi.


Saya sendiri percaya Amerika dan Israel adalah dalang sebenar yang mencipta kekacauan. Ini berlaku selepas Yaman tidak berjaya dijatuhkan melalui Arab Spring. Apapun krisis semakin meneruk dan bantuan amat diperlukan. Kelihatan atas seorang wakil kumpulan sukarelawan Malaysia yang baru hari sebelumnya kembali dari Yaman menceritakan perkembangan semasa.


Selepas itu para panelis dan seorang dua dif kehormat berdiri di pentas untuk menunjukkan sokongan terhadap Yaman sesuai dengan tajuk majlis iaitu "Stand With Yemen"


Sambil itu satu set deklarasi hasil perkongsian maklumat dan pandangan dibacakan oleh Brig Jen (bersara) Dato Mohamed Arshad Raji. Beliau adalag presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, satu persatuan yang terdiri daripada pegawai-pegawai pencen askar dan polis Malaysia.





Bila Jomo bercakap tentang Melaka abad ke-15 - Kenapa ramai bukan Melayu nak ambil tahu?

$
0
0
Meneruskan lagi gerak penulisan sama dengan berkongsi cerita tentang majlis ilmu kedua hari Sabtu lalu. Bersambung daripada Menangani krisis Yaman - Majlis "Stand With Yemen" di ISTAC,


Dalam kalangan cerdik pandai sekurang-kurangnya dalam bidang Ekonomi di Malaysia Profesor Dr.Jomo Kwame Sundaram atau Jomo K. S. adalah satu nama besar. Tanpa mengetahui gelaran Profesor dan Dr juga kedudukannya sebagai pemegang Kerusi Tun Hussein Onn di Institut Pengajian Strategi dan Antarabangsa atau ISIS di negara ini (singkatan bahasa Inggeris untuk  Institute of Strategic and International Studies, bukan pengganas ISIS di Syria ya)  nama Jomo itu sendiri sudah cukup berwibawa sehingga poster promosi acara tidak perlu menyebut apa-apa jawatan beliau.  Apabila mendapat tahu beliau akan bercakap tentang Melaka abad ke-15 saya pun merancang untuk menghadirinya. Walaupun belum pernah mengikuti apa-apa syarahan beliau di mana-mana saya harus tahu apakah yang akan diperkatakannya tentang Melaka.


Selepas mengikuti majlis di ISTAC pagi hingga hampir jam 3 (rujuk Menangani krisis Yaman - Majlis "Stand With Yemen" di ISTAC) saya ke lokasi di Muzium Seni Islam, Taman Tasik Perdana. Untuk ini juga satu majlis ilmu di tempat lain di Kuala Lumpur selepas itu saya dan isteri sanggup menggunakan dua buah kereta. Kami sama-sama ke ISTAC, saya satu kereta, isteri dan anak-anak satu lagi kereta. Selepas ISTAC mereka kembali ke rumah, saya ke majlis Jomo.


Ternyata ramai yang berminat sehingga hadirin melimpah ke luar auditorium.


Masuk ke dalam kelihatan auditorium memang penuh.  Melihat komposisi hadirin terus terasa semacam sambil saya bergerak ke barisan hadapan lalu dapat menemui ruang duduk.


Mungkin ini kedengaran seperti perkauman tetapi saya harus merekodkan rasa dan pemerhatian. Kelihatan ramai betul orang bukan Melayu terutama berbangsa Cina datang mengikuti majlis. Orang Melayu ada tetapi kurang ketara. Bangsa-bangsa lain termasuk orang Barat pun ada. Rata-rata kelihatan seperti liberal kalau tidak pun sekadar berpenampilan moden. Yang pasti saya seorang sahaja datang memakai busana tradisional Melayu berkeris bertanjak bersampin. Persoalan yang timbul dalam benak fikiran adalah kenapa mereka terutama bangsa Cina hendak tahu sangat pasal Melaka abad ke-15?

Diakui reputasi besar Jomo sebagai seorang cendekiawan tersohor menjadi tarikan. Tetapi bagi saya kalau orang lain bercakap pun kemungkinan besar saya akan datang. Ini disebabkan tajuk majlis yang menarik juga lokasi mudah dicapai. Dah memang pun saya keluar ke KL 40 km dari rumah hari itu kerana menghadiri majlis di ISTAC. Kehadiran ke majlis seterusnya di Taman Tasik Perdana boleh dibuat sekali jalan.


Berbalik pada komposisi kehadiran majlis. Saya dapat merasakan ia ada kena-mengena dengan keadaan Malaysia 'baru' sekarang yang mana kepentingan orang bukan Melayu dan bukan Islam kelihatan menguasai keadaan. Apapun Jomo mengaku bukan pakar sejarah. Cuma sebagai pakar ekonomi dan seorang pemikir besar kata-kata beliau harus diperhatikan. Jomo pun membuka cerita tentang satu shipwreck atau kapal tenggelam Dinasti Tang abad ke-10 Masihi. Ini merujuk kepada dinasti yang memerintah Cina tahun 618–907.

Oh. Majlis diadakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Sebetulnya begitu juga majlis di ISTAC juga majlis yang akan dihadiri selepas syarahan Jomo. Beliau menunjukkan satu peta perdagangan yang menyambungkan dunia Timur dan Barat. Jalan laut menunjukkan kenapa boleh ada kapal tenggelam Dinasti Tang abad ke-10 di perairan Asia Tenggara. Kapal itu tenggelam dekat Sumatera tengah dalam perjalanan menuju ke kerajaan Sailendra di Pulau Jawa.


Menurut Jomo kandungan kapal tersebut tidak layak untuk mengisi mana-mana muzium terhormat (not fit for any respectable museum). Namun ada syarikat Malaysia sanggup membelinya tahun 1960an (kalau tak silap dengar). Menurut undang-undang antarabangsa Indonesia memiliki separuh kapal dan muatan disebabkan lokasi penemuan. Separuh lagi boleh dijual lalu menjadi milik syarikat Malaysia. Pun begitu ada sejumlah barangan menarik di dalamnya...


Hadirin kemudian ditunjukkan beberapa peta lama.


Jomo mahu menunjukkan bagaimana masyarakat masa lalu melihat dunia...


Cuma beliau tidak memberitahu peta-peta itu daripada zaman bila.


Lalu masuklah pada ekspedisi pelayaran Cheng Ho atau Laksamana Cheng Ho yang dikenali ramai itu. Cerita tentang armada besar yang katanya terdiri daripada 300 buah kapal dan 30,000 anak kapal (Jomo tidak menyebut ini) boleh dirujuk melalui Google dan banyak penulisan. Sebut sahaja nama Cheng Ho, orang yang tahu sedikit sejarah Melaka pun harus boleh faham. Diketahui laksamana daripada Dinasti Ming (memerintah Cina 1368–1644) telah mengadakan ekspedisi jauh sehingga ke perairan Afrika dan Tanah Arab sebanyak 7 kali dan selalu singgah di Melaka abad ke-15.

Di sini saya dah mula nampak trend pemikiran Jomo apabila menyebut Melaka dibina oleh armada Cheng Ho. Saya pasti ada dengar itu sepertimana halnya orang Cina sekarang suka menyebut merekalah yang bertanggungjawab membina Malaysia, tanpa  mereka negara tidak akan maju dan orang Melayu akan terus ketinggalan (konon). Tolak ke tepi hal tersebut. Jomo membangkitkan satu persoalan menarik. Diketahui Cheng Ho singgah di beberapa lokasi di Alam Melayu (perkataan saya ini). Kenapa tiada dalam rekod Cina bahawa Cheng Ho pernah singgah di Singapura sedangkan ada yang kata Singapura juga sebuah pelabuhan besar?

Kenapa singgah di Melaka dan tiada langsung di Singapura? Dalam bertanyakan soalan ini Jomo kedengaran begitu adil tentang sejarah Melayu kerana meletakkan ia jauh ke belakang berbanding 200 tahun lalu merujuk kepada kedatangan Raffles tahun 1819. Itupun Jomo mengingatkan pegawai Inggeris tersebut sekadar mahu mendirikan gudang perniagaan padawaktu itu. Ia bukan tahun atau tarikh Singapura mula menjadi pegangan Inggeris. 

Penemuan arkeologi oleh pakar seperti John Miksic menunjukkan Singapura sudah ada kerajaan dan pelabuhan maju seawal abad ke-14. Boleh rujuk artikel lama Tentang kehidupan zaman lampau di kota-kota Asia Tenggara - Batu Bersurat Singapura terkait dengan Raja Suran dan Badang? tentang cendekiawan Amerika ini. Jadi kenapa Cina tidak memilih Singapura tetapi Melaka? Jomo pun mengaitkan persoalan dengan inistiatif OBOR (One Belt One Road) yang mana negara Cina sedang berusaha membina infrastuktur di beberapa negara untuk memajukan rangkaian perdagangannya. Sekarang pun Singapura bukan pilihan Cina. Kenapa Malaysia?


Melihat perkara daripada sudut perdagangan adalah keistimewaan Jomo sebagai seorang pakar ekonomi. Skop atau rangkaian perdagangan zaman dahulu pun dibahagikan kepada 3 :-


1. Jajaran yang meliputi Tanah Arab dan sebahagian Afrika yang membawa ke pesisiran pantai Persia hingga ke barat benua Hindi (lingkungan paling kiri atau barat dalam peta).

2. Jajaran benua Hindi membawa ke Sumatera dan Semenanjung (lingkungan tengah)

3. Jajaran Asia Tenggara membawa ke Cina (lingkungan paling kanan atau timur dalam peta)


Ada pedagang yang kapalnya bergerak cuma dalam satu jajaran. Lalu barang dagangannya dibawa ke jajaran bersebelahan oleh kapal lain melalui pelabuhan yang terletak dalam jajaran bertindih. Namun semua jajaran ada kapal-kapal membawa barangan dagangan ke Melaka. Beliau pun merujuk kepada institusi dan jawatan Syahbandar sebagai pegawai yang bertanggungjawab berurusan dengan para pedagang.

Menurut Jomo seorang Syahbandar dan para pekerjanya sudah cukup besar lingkungan pengaruh untuk mengawal satu pelabuhan. Tetapi Melaka memiliki sehingga 4 orang Syahbandar untuk berurusan dengan pedagang daripada setiap satu jajaran seperti ditunjukkan dalam peta, satu lagi saya sudah lupa apakah kawasan atau lingkungan tanggungjawabnya. Beliau pun memberitahu orang bangsa apakah yang ditugaskan menjadi Syahbandar.  Menurutnya tiada seorang pun berbangsa Melayu. Paling dekat adalah Syahbandar berbangsa Jawa untuk perdagangan di Asia Tenggara.


Kemudian beliau bercakap pula tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara terutama ke Melaka. Menurut beliau antara kelebihan Islam yang menarik pedagang datang beramai-ramai adalah undang-undang muamalat atau urus niaga yang adil boleh diterima semua pihak. Kalau tidak kerana itu akan timbul masalah kerana pedagang daripada kawasan ini begini undang-undang urusniaganya, pedagang daripada kawasan itu begitu pula cerita...


Lalu disebutlah tentang kitab Undang-undang Melaka dan kitab Undang-undang Laut. Semasa ini saya sebagai seorang anak Melayu terasa begitu bangga sehingga mahu mengambil gambar menggunakan telefon bimbit untuk dimuatnaik terus ke Facebook (saya biasa pakai kamera digital kompak). Baru tersedar telefon tertinggal dalam kereta lalu saya keluar sebentar untuk mengambilnya. Kembali ke dalam dewan slaid ini masih terpapar lalu saya ambil gambar serupa seperti di atas dan hantar ke FB berserta teks berikut :-


Interesting. Jomo KS talking about Melaka Sultanate through economics and commerce perspective...


(Menarik Jomo KS bercakap tentang Kesultanan Melaka melalui perspektif ekonomi dan perdagangan)


Tengok-tengok slaid seterusnya bercakap atau lebih tepat, mempersoalkan tentang apa itu Melayu...


Masuk slaid selepas itu semakin jelas Jomo hendak 'mencairkan' takrif Melayu dengan membuat perbandingan dengan takrifan di Indonesia dan Filipina. Tidak ingin saya mengulas ini kerana ada ditulis panjang lebar dalam buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" (secara rasmi terbit Mac 2018). Yang pasti rasa semacam semakin nyata lalu saya ambil satu gambar seperti di atas dengan telefon bimbit untuk dihantar ke FB. Teksnya begini :-


Alamak . Masuk Malay identity pulak. Boleh jadi sensitif ni...



Masuk pula cerita pergaduhan Hang Tuah dengan Hang Jebat. Dengan menyebut dakwaan kontroversi Profesor Emeritus Ahmat Adam bahawa "Hang Tuah tak wujud" kata-kata ini diulang dalam bahasa Inggeris. Walhal saya faham Ahmat cuma mempersoalkan kebenaran Hang Tuah sebagai nama batang tubuh tokoh. Tentang pahlawan atau laksamana yang dimaksudkan dia tidak mempertikaikan kewujudan.


Kemudian ditimbulkan hal Panglima Awang yang dikenali Barat sebagai Enrique the Black. Menurut Jomo tidak ada bukti nama orang yang dimaksudkan adalah Awang.



Namun watak yang dimaksudkan memang wujud kerana ada direkodkan oleh Barat sebagai Enrique.


Memang dia telah belayar mengelilingi dunia, bukan Ferdinand Magellan yang selalu disebut sejarah tulisan Barat kerana Magellan mati dibunuh orang bernama Lapu Lapu ketika sampai di kepulauan yang bakal diberi nama Filipina...








Beralih pula kepada sejarah Alam Melayu menurut beberapa sumber...


Daripada segi ilmu banyak perkara diangkat dan dibincangkan oleh Jomo.


Namun akhir kalam kelihatan beliau cuba hendak menafikan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Caranya dengan mempersoalkan makna Melayu itu sendiri sebagai suatu ciptaan baru. Malah konsep bangsa itu sendiri dikatakannya tidak wujud secara hakiki. Pada mereka yang dapat membaca apa yang tersirat sudah jelas cara pemikiran beliau walaupun dikatakan sudah memeluk agama Islam sejak sekian lama.

Patutlah begitu ramai orang bukan Melayu terutama Cina tertarik untuk mendengar syarahan Jomo. Melihat pada tajuk seperti mahu bercakap tentang Melaka abad ke-15. Tetapi macam-macam perkara dimasukkannya. Nampaknya supaya akhir kalamnya membawa makna keMelayuan itu tidak membawa apa-apa erti lalu boleh diketepikan dalam pembangunan negara.

Perkongsian ini boleh dipanjangkan lagi dengan meneliti reaksi Jomo apabila saya bertanya di hadapan hadirin apakah yang beliau mahu beritahu sebenarnya? Selepas majlis seorang warga British menyatakan persetujuan dengan pertanyaan saya, bahawa Jomo cuba berselindung di sebalik niat tertentu tetapi tidak sanggup menyatakannya secara terang-terangan. Cendekiawan Melayu terkenal Pulau Pinang, Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican yang hadir pada majlis juga bersetuju. Kami ada berbual panjang di ISTAC selepas satu majlis Isnin lalu (lihat Tentang orang Terengganu dan kehidupan mereka - Bicara buku yang ke-2 di ISTAC). Dia sendiri melihat apa yang dilakukan Jomo adalah percubaan untuk menghancurkan takrif Melayu.



Santapan ilmu CASIS - Perjuangan yang diteruskan daripada ISTAC asal dan awal

$
0
0
Salam malam Jumaat. Kasi selesai gerak penulisan 2-3 hari ini. Masuk  cerita tentang majlis ilmu ketiga hari Sabtu yang berlanjutan sehingga lewat malam. Bersambung daripada artikel Bila Jomo bercakap tentang Melaka abad ke-15 - Kenapa ramai bukan Melayu nak ambil tahu?



Pada ketika saya sedang bersedia untuk menghadiri majlis ilmu di ISTAC pagi Sabtu (lihat Menangani krisis Yaman - Majlis "Stand With Yemen") berkumandang juga iklan secara on-line tentang majlis dalam poster atas di UTM (Universiti Teknologi Mara) kampus Kuala Lumpur di Jalan Semarak petang hingga malam hari yang sama.


Majlis yang diberi nama Ma'dabah Ilmu juga nama Inggeris Banquet of Knowledge membawa maksud Santapan Ilmu. Ada syarahan waktu petang dalam bahasa Melayu tetapi bertindih masa dengan majlis yang saya hadiri di Taman Tasik Perdana. Rujuk Bila Jomo bercakap tentang Melaka abad ke-15 - Kenapa ramai bukan Melayu nak ambil tahu?


Lewat petang ada syarahan menarik dalam bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan penganjur utama majlis adalah CASIS - singkatan untuk Center for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation (Pusat Pengajian Lanjut Islam, Sains dan Ketamadunan). Bandingkan nama dengan tempat saya kini menyambung pelajaran iaitu ISTAC, International Institute of Islamic Thought and Civilisation (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Kedua-duanya  adalah institusi pasca-siswazah yang memiliki  konsep ilmu dan pengajian sama demi memartabatkan Islam.


Bezanya CASIS yang diasaskan dua dekad selepas ISTAC berada di bawah UTM. ISTAC di bawah UIAM,  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Majlis anjuran CASIS dan beberapa badan berkaitan ini mengandungi jualan buku yang berlangsung petang hingga ke malam. Diketengahkan  sebuah buku baru tebal dalam  bahasa Melayu seperti  kelihatan dalam poster.


Namun syarahan melibatkan buku oleh penulisnya akan dibuat dalam bahasa Inggeris. Ini adalah bahasa pengantar utama di CASIS sepertimana halnya di ISTAC.


Selepas acara di Taman Tasik Perdana saya mengambil masa berbual-bual dengan beberapa orang kemudian ke Masjid Negara. Selepas itu baru menuju ke UTM di Jalan Semarak, tengok-tengok baru selesai hujan lebat.


Meja-meja jualan buku baru diatur kembali selepas beberapa lama dialih dan buku-buku ditutup untuk mengelakkan daripada terkena tempias hujan.


Saya masuk ke dewan syarahan jam 7.28. Syarahan bertajuk "Library and Scholarship" (Perpustakaan dan Kesarjanaan) oleh pensyarah CASIS, Profesor Dr Muhammad Zainiy Uthman masih lagi berjalan. Menurut jadual ia berlangsung jam 6-7.30. Ketika saya sampai  Zainiy sedang bercerita tentang peranan sejumlah cendekiawan Melayu untuk menyelamatkan tradisi keilmuan Islam di Bosnia. 


Beliau merujuk kepada perang Bosnia akibat serangan negara jirannya Serbia tahun 1992 hingga 1995. Ketika itu CASIS belum lagi wujud tetapi institusi yang membawa kepada pengasasannya sudah berdiri megah. Ia adalah ISTAC pada waktu awalnya dipimpin pengasas, cendekiawan besar bertaraf dunia Tan Sri Profesor Dr Syed Naquib al-Attas. Diceritakan bagaimana buku-buku penting di Bosnia diselamatkan oleh Malaysia dengan cara membawa masuk terowong bawah tanah. Untuk dibawa ke terowong kena melepasi dahulu tembakan peluru yang bersimpang-siur atas kepala...


Kata Zainiy usaha penyelamatan buku sebenarnya adalah inisiatif daripada Syed Naquib dan ISTAC. Namun yang ramai tahu cuma peranan Perdana Menteri Tun Mahathir (ketika itu lebih dikenali sebagai Dr Mahathir) untuk menyelamatkan orang Islam Bosnia. Buku-buku tersebut dan banyak lagi buku menarik kemudian dimasukkan ke dalam koleksi perpustakaan ISTAC. Diceritakanlah betapa penting peranan perpustakaan untuk kesarjanaan - para sarjana hebat akan tertarik dengan  institusi yang memiliki perpustakaan berisi koleksi buku hebat.


Zainiy kemudian menceritakan bagaimana boleh terlibat dengan ISTAC. Ketika belajar Fizik peringkat tinggi di Amerika beberapad dekad lalu beliau pernah bertemu dengan Syed Naquib yang sedang melawat lalu diberitahu ilmuwan Islam sudah lama mengkaji tentang atom sebelum dunia Barat. Hal ini menyebabkan beliau terpanggil untuk menyelidik teks-teks lama lalu terpaut dengan dunia pemikiran Islam. Apabila ISTAC ditubuhkan tahun 1987 beliau termasuk orang terawal bersama dalam perjuangan yang matlamatnya menghidupkan kembali kegemilangan dunia ilmiah Islam.

Selepas beberapa lama bersama Syed Naquib di ISTAC beliau keluar apabila gurunya itu dipaksa meninggalkan ISTAC tahun 2002 atas sebab-sebab yang katanya lebih bersifat politik. Apabila CASIS ditubuhkan beberapa tahun kemudian untuk meneruskan aspirasi asas ISTAC (selepas Syed Naquib keluar dikatakan mereka yang menerajui institusi tidak berjaya membawa citarasa asal) Zainiy ikut masuk. Apabila ditanya kenapa keadaan di CASIS "begitu sahaja" (suka menumpukan kepada ilmu falsafah tinggi), kenapa tidak dijadikan begitu atau begini menurut pendapat orang analogi fizik menjadi jawaban. Kata beliau mereka (warga utama CASIS) harus jadi seperti nukleus atom yang tidak berubah atau tetap komposisi. Kalau berubah nukleus boleh hancur keseluruhan atom...


Selepas keluar untuk makan malam kemudian menunaikan solat Isyak di masjid UTM saya kembali ke dewan untuk sesi seterusnya iaitu syarahan utama oleh Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud. Seperti Zainiy beliau juga pernah bersama ISTAC sejak hari-hari awal. Wan Nor kemudian dikenali sebagai pengasas bersama CASIS (bawah UTM). Beliau dianggap sebagai seorang anak murid utama Syed Naquib.


Tajuk syarahan adalah "The Crisis in Authority - Changes in Worldview, Religions and Ethics - Revitalization of Education". Ini boleh diterjemahkan sebagai "Krisis Pihak Berkuasa - Perubahan Pandangan Sarwajagat, Agama dan Etika - Penyegaran Kembali Pendidikan".


Disebutlah tentang keperluan culture of knowledge - budaya ilmu. Kebetulan atau tidak ia adalah tajuk utama buku tulisan Wan Nor yang sedang diketengahkan sepanjang majlis. Disebutlah tentang keperluan untuk beradab kepada guru untuk mendapat keberkatan ilmu. Diluahkan bagaimana dunia sekarang tidak begitu mementingkan pencapaian ilmu kecuali jika ia boleh memberikan pendapatan lumayan atau membuat duit. Lalu kesarjanaan tulen dipandang sepi dengan kejayaan diukur daripada segi wang ringgit. Sedangkan ilmuwan sejati bukan memikirkan mahu membuat duit apabila mengejar atau mengaji suatu ilmu. Rasa sayang dan cinta pada ilmu tanpa mengira pencapaian materialistik inilah yang harus dipupuk kembali untuk menerbitkan budaya ilmu yang disebut tadi.


Tentang ilmu pula tidak cukup kita mengetahu sesuatu tanpa mengenali lawannya. Nak tahu ilmu kena tahu anti-ilmu atau apa yang berlawanan dengan suatu ilmu. Misalan diberikan - seseorang cuma boleh dikatakan tinggi apabila kita tahu lalu dapat membandingkan dengan orang lain yang dikatakan rendah. Kita kenal suatu warna kerana wujud warna lain yang tidak sama dengannya.

Kata Wan Nor banyak yang difikirkan dan diperkatakan telah dikumpulkan dalam buku tulisan beliau yang memiliki tajuk  penuh "Budaya Ilmu : Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini". Dalam membina kerangka pemikiran yang kemudian membentuk isi buku diciptalah takrik-takrif tertentu untuk menerangkan konsep fikir. Apabila menyebut tentang lawan ilmu beliau awalnya mahu menggunakan perkataan anti-ilmu. Tetapi setelah dikaji-kaji balik didapati perkataan tersebut tidak sesuai. Ini kerana ia boleh membawa maksud menolak langsung ilmu sedangkan praktiknya bukan begitu. 


Beliau pun merujuk kembali kepada kitab dan sumber-sumber ilmu termasuk Al-Quran. Setelah beberapa lama didapati lebih baik menggunakan perkataan "ingkar ilmu". Ia bukanlah perbuatan menolak ilmu tetapi mengubah daripada yang benar atau hak menjadi sesuatu yang bathil agarselari dengan kepentingan tertentu. Persoalan dan konsep inipun diterangkan panjang lebar kerana menggambarkan realiti dunia hari ini. Menjadi tanggungjawab para sarjana yang jujur terutama beragama Islam untuk mengembalikan segala bentuk ilmu kepada landasan yang sepatutnya.

Cukuplah perkongsian saya dan selesai gerak penulisan kali ini. Esok Jumaat 1 Mac saya dijadualkan mengikut mesyuarat tertentu di ISTAC pagi hingga tengah hari. Selepas solat Jumaat insyaallah saya akan mengikuti himpunan membantah penghinaan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kemudian malam mengikuti majlis ilmu tentang syair Melayu di CASIS. Wassalam.


Himpunan aman bantah hina nabi di Masjid Negara - Zahirkan kecintaan itu, bukan sekadar marah-marah tak puas hati...

$
0
0
Rasanya ramai tahu tentang kes warga Malaysia bukan Islam membuat lukisan karikatur menghina junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kes ini sedang hangat diperkatakan, tiba-tiba muncul individu-individu lain membuat kenyataan menghina nabi kita lagi...


Disebabkan itu ada kumpulan-kumpulan pembela Islam mahu mengadakan perhimpunan aman membantah perbuatan tersebut di Masjid Negara siang tadi.



Himpunan-himpunan serupa turut dirancang mahu diadakan hari sama Jumaat 1  Mac 2019 di merata tempat.


Kelihatan ia meliputi masjid-masjid di seluruh Malaysia...


Saya sekadar menunjukkan beberapa contoh...





Kebetulan pagi tadi saya harus ke tempat belajar di ISTAC untuk menghadiri mesyuarat persatuan pelajar dengan pihak pengurusan institut. Selesai mesyuarat saya pun menuju ke Masjid Negara lalu bersolat Jumaat di sana. Gambar ini diambil selepas selesai solat  dan bacaan doa. Ketika ini ramai sudah beredar.


Sebahagian bergerak menuju ke satu sudut masjid...


Nampaknya himpuan aman bantah hina nabi sudah pun bermula....


Saya mendengar sahaja bantahan-bantahan yang disuarakan kepada umum ileh para pemimpin dan wakil NGO...


Baguslah ramai begitu bersemangat mahu membela nabi.








Cuma pada saya ada satu kecacatan besar dalam himpunan ini.






Tak salah untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap mereka yang menghina nabi juga perbuatan itu sendiri.





Tetapi harus ada sekali sesi berselawat atau maulidur rasul untuk menunjukkan yang kita betul-betul cintakan nabi. Sekurang-kurangnya semasa berpisah atau bersurai selepas majlis tamat tetapi ia tiada langsung di sini.

p/s : Cantik tarikh hari ini, 1/3/19.  Ada faktor 131 kegemaran saya... :]


Pesta Buku Selangor 2019 dan aspirasi buku baru

$
0
0
Salam pagi Jumaat 1 Rejab tahun 1440 Hijriah. Adapun pada awalnya saya bercadang untuk berkongsi cerita satu majlis ilmu yang dihadiri di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam untuk pagi ini. Sambil itu saya perlu bersedia untuk bergerak ke majlis ilmu lain di tempat saya belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Dunia Melayu) sebentar lagi. Tengok-tengok dalam fail koleksi gambar saya untuk bulan Mac ada beberapa cerita perlu dilepaskan terlebih dahulu. Ini untuk blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Yang lain sudah dikongsikan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)


Sabtu lepas saya dan keluarga telah bermalam di kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor. Ahad keesokannya kami singgah di Shah Alam dalam perjalanan balik ke rumah lalu ke Pusat Konvensyen Shah Alam.








Adapun Pesta Buku Selangor 2019 telah bermula di sini pada 28 Februari iaitu Khamis lalu. 


Ia akan berlangsung sehingga hari Ahad10 Mac  iaitu hujung minggu ini.


Pesta buku yang diasaskan beberapa tahun lalu ini dilihat semakin meriah tahun demi tahun.





Sayangnya saya tidak sempat untuk mempersembahkan buku baru di pesta ini mahupun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal April.





Doakan buku baru yang akan menjadi buku ke-13 saya itu dapat ditatap pembaca pertengahan tahun ini ya. Saya sekarang sedang menunggu satu penerbit jika mereka berminat. Pada masa ini mereka sedang menumpukan kepada buku-buku baru yang sudah dijadualkan mahu dikeluarkan untuk PBAKL 2019. Kalau selepas itu mereka tidak berminat saya akan berusaha untuk menerbitkannya sendiri. Sekadar melepaskan gerak untuk 1 Rejab lihat juga artikel-artikel yang telah dipersembahkan di blogspots saya yang lain :-





Istana Bandar (The Bandar Palace), Jugra


Wadah Cendekia "Francis Light" - Menolak naratif pro-Barat yang menafikan keberadaan awal Melayu di Pulau Pinang

$
0
0
Salam petang Jumaat. Menyambung gerak penulisan sama daripada artikel Pesta Buku Selangor 2019 dan aspirasi buku baru. Ada disebut dalam artikel itu bahawa asalnya saya mahu menulis tentang satu majlis ilmu yang dihadiri semalam. Tetapi dilepaskan dahulu hal pesta buku setelah terlihat gambar-gambar berkenaan dalam fail bulan Mac. Sekarang barulah boleh bercerita tentang majlis ilmu tersebut....


Dirujuk di atas poster tentang majlis ilmu yang dimaksudkan. Maklumat yang terpapar harus cukup jelas. Sebelum ke lokasi majlis di Dewan Bahasa Pustaka pagi semalam Khamis 7 Mac 2019 ada sedikit konflik nak pergi ke tidak. Ini disebabkan badan tak berapa sedap. Nak menelaah ilmu baca buku dan sebagainya 2-3 hari kebelakangan ini terasa susah nak masuk kepala. 

Selain itu ada soal siapa hendak mengambil anak-anak daripada sekolah kebangsaan jam 1 petang nanti kemudian menghantar mereka ke sekolah agama sebelum 2.30. Persoalan ini harus ditangani terlebih dahulu sebelum saya keluar ke mana-mana majlis yang biasanya diadakan di Kuala Lumpur 40 km dari rumah. Kebiasaannya saya yang harus mengambil dan menghantar anak-anak kerana bekerja daripada rumah. Kalau keluar jauh daripada kawasan perumahan sama ada saya harus berkejar kembali pantas untuk menguruskan anak-anak atau isteri harus bergerak 13 km meninggalkan pejabat beliau di Rawang semasa waktu rehat makan tengah hari kemudian kembali ke pejabat selepas jam 2.


Ah. Kebelakangan ini banyak kali pula saya menyebut tentang urusan anak-anak yang harus ditangani. Mungkin kerana begitu banyak majlis ilmu harus dihadiri dalam tempoh sebulan dua kebelakangan. Walaupun bukan wajib pergi tapi atas dasar sayangkan ilmu juga perjuangan demi kedaulatan Melayu dan Islam saya cuba menghadiri selagi larat dan terasa ada kelapangan. Untuk majlis semalam isteri bersetuju menangani anak-anak. Cuma beliau meminta saya menghantar satu barangan berupa hadiah kepada seorang kawan kami di bahagian lain Kuala Lumpur selepas jam 3. Selepas itu saya harus berkejar untuk mengambil anak-anak balik sekolah agama jam 5.30 kemudian  menghantar mereka mengaji Mukaddam dan Al-Quran.

Nak jadi cerita sebelum keluar rumah mesin basuh buat hal sedangkan basuhan hampir siap. Dah jadi kebiasaan isteri memasukkan pakaian ke dalam mesin sebelum bergerak ke pejabat, saya menyidainya di halaman rumah selepas siap basuhan. Saya pun cuba mencari punca masalah. Alhamdulillah dapat dibetulkan tetapi memakan masa lalu saya keluar lewat. Sampai ke DBP pula tersilap masuk ke bahagian lain bangunan. Rupa-rupanya majlis diadakan di satu bahagian yang saya tidak biasa sampai. Dipendekkan cerita jam 10.53 baru saya berada dalam dewan.


Ternyata saya telah terlepas pembentangan daripada ahli panel pertama iaitu Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican. Penulis buku "Batu Uban : Sejarah Awal Pulau Pinang" ini boleh dikatakan orang paling lantang mempersoalkan sejarah rasmi Pulau Pinang yang pro-Barat. Ini merujuk kepada kenyataan yang bisa kita dengar bahawa Pulau Pinang dibuka oleh pedagang Inggeris bernama Francis Light pada tahun 1786. Sejarah 'rasmi' inilah yang sering digunakan oleh pihak chauvinist untuk menolak keberadaan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Ketika saya sampai pembentang kedua Dr Ahmad Jelani Halimi sedang bercakap. Mantan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang ini terkenal sebagai seorang pakar pengkaji perkapalan Melayu lama. Namun kali ini beliau cuba mengupas suasana zaman di sebalik kedatangan Light.


Diceritakan bagaimana Light pernah bersifat biadap terhadap Sultan Kedah tetapi menjadi begitu bersopan santun dalam surat menyurat apabila memerlukan sesuatu. Diketahui umum bahawa Light harus mendapatkan Pulau Pinang untuk dijadikan pengkalan Inggeris daripada Sultan Kedah kerana pulau tersebut memang jajahan takluk Kedah. Ia didapatkan melalui perjanjian pajakan dengan Inggeris membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan kepada Sultan Kedah setiap tahun. Amalan membayar wang pajakan ini masih berjalan sehingga sekarang dengan jumlah sama (kalau tak salah $6,000 untuk pulau, $4,000 untuk bahagian di tanah besar iaitu Seberang Perai, dolar itu asalnya dalam matawang Sepanyol) walau jumlah tersebut telah jauh susut nilai.


Ahmad Jelani sedang bercakap. Terus terang cakap keupayaan saya untuk menyerap maklumat sedang berada pada tahap lemah. Oleh itu maafkan saya kalau perkongsian ini kurang lengkap.


Tidak berapa lama kemudian pembentang atau panelis ketiga, Abd Ur-Rahman Mohamed Amin mula berkongsi kajian. Yang saya dengar pensyarah Universiti Teknologi Petronas di Perak ini mahu bercerita tentang surat-surat Light. Tetapi beliau mengupas terlebih dahulu keberadaan awal Pulau Pinang.


Ditunjukkan satu peta lama lakaran barat abad ke-16 di mana ada tertera nama Pulau Pinang. Namun penekanan peta adalah terhadap kedudukan Melaka. Nama tempat-tempat lain disebut demi menjelaskan di manakah wilayah yang dinamakan Melaka itu berpusat di Semenanjung Tanah Melayu.


Disebut juga Pulau Pinang pernah dikenali sebagai Pulo Ka Satu.


Ketika Inggeris sampai tahun 1786 sudah ada sejumlah penempatan...


Disebut nama-nama asal beberapa tempat misalnya Tanjung Penaga...


Inilah kawasan pesat bandar raya yang kini dikenali sebagai Georgetown. Kalau sebut Tanjung Penaga entah berapa orang sahaja kenal...





Berdasarkan surat-menyurat Light juga pegawai penting Inggeris yang lain dengan Sultan Kedah dan para pembesar Melayu dapat dilihat bagaimana pendudukan Inggeris di Pulau Pinang mengambil masa untuk dirancang lalu mencapai kata sepakat...








Pendek kata terdapat banyak bahan bukti yang boleh menunjukkan bahawa Pulau Pinang bukan 'dibuka' oleh Francis Light malah telah wujud dengan kampung-kampung orang Melayu sejak beberapa lama. Untuk mengakhiri artikel ini biar dipaparkan laporan Astro Awani tentang apa yang diperolehi daripada majlis semalam :-


Guna media sosial perbetul sejarah Pulau Pinang - Ahmad Murad


KUALA LUMPUR: Pengaruh media sosial akan digunakan untuk memperbetulkan sejarah Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light.

Penulis buku Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang, Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, ia termasuk mewujudkan kesedaran tentang tokoh-tokoh dan peristiwa sejarah menggunakan visual atau cerita pendek yang akan dipaparkan di platform media sosial.

"Apa yang saya lihat adalah, walaupun buku teks sejarah mengatakan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light, hanya 2018 sahaja tetapi ia tidak begitu jelas dari segi penerokaan awal Pulau Pinang, perhubungan Francis Light dan Sultan Kedah.

"Ada juga fakta yang tidak tepat, tahun yang tidak tepat dari segi merujuk kepada penempatan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

"Cuma dia merujuk dari buku saya dari segi peta, dari segi cerita orang Melayu di Pulau Pinang tetapi tahun itu tidak betul," katanya ketika ditemui selepas menjadi pembicara Forum Wadah Cendekia 'Francis Light Bukan Pembuka Pulau Pinang' di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, pada Khamis.

Selain Ahmad Murad, bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Jelani Halini dan pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Abdul Rahman Mohamaed Amin turut menjadi pembicara forum.

Buku Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang menceritakan tentang sejarah penempatan awal masyarakat Melayu Minangkabau di Batu Uban yang wujud sebelum kedatangan Francis Light.

Di dalam buku itu, Ahmad Murad menyediakan huraian lengkap menggunakan pelbagai fakta dan contoh berkaitan usaha membuktikan kepentingan perjuangan mendapatkan pengiktirafan tapak warisan kepada Batu Uban.

Beliau turut menerangkan kepentingan proses merungkai fakta sebenar kepentingan nasional sekali gus keperluan asas dalam reformasi persejarahan negara.

Dalam pada itu kata Ahmad Murad, sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang respons daripada pihak berkuasa, kementerian, kerajaan negeri atau pusat mengenai isu tersebut.

"Kita sedang berusaha dari segi membuat kegiatan untuk mengalih kesedaran masyarakat terutamanya melibatkan tanggapan dan kesedaran popular serta apa yang perlu dilakukan ialah kita sedang memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai sejarah awal Pulau Pinang sebelum 1786.

"Kita bukan mengatakan bahawa sesiapa menjumpai Pulau Pinang, tidak. Cuma hendak kata sebelum itu Pulau Pinang sudah ada penduduk, sudah ada masyarakat, sudah ada undang-undang sebelum 1786 malah beratus tahun sebelum itu.

"Cuma dalam sejarah apa yang kita boleh kaji, terdapat kelompok masyarakat Melayu sejak tahun 1730-an lagi dengan adanya masjid, salasilah, cerita lisan, asal usul dan sebaginya," katanya.



------------


Untuk laporan asal sila rujuk sini. Sekian perkongsian saya tentang majlis. Sekadar memberitahu semalam saya keluar dengan motosikal besar untuk mengikuti majlis kerana menyangkakan cuaca akan terang benderang sehingga petang. Tengok-tengok masuk jam 3 turun hujan lebat. Terpaksalah meredah untuk menyampaikan hadiah kepada kawan seperti diminta isteri. Kemudian harus ke Sentul pula untuk menggantikan cermin sisi motosikal yang tiba-tiba patah ketika hendak meninggalkan rumah...




Menerbitkan sistem pengajaran matematik dan sains yang bebas daripada belenggu pemikiran Barat

$
0
0
Semalam selepas masuk waktu Isyak, entah kenapa saya dilanda rasa penat yang amat sangat. Rasa tak larat hingga tidak mampu menunaikan solat lalu saya pun tidur awal. Masuk jam 4.44 pagi di mana saya selalu set jam untuk bangun bersahur (kalau hendak berpuasa pada siang hari itu) barulah menunaikan solat Isyak kemudian Tahajud. Namun rasa penat amat datang kembali lalu saya layan tidur lagi. Jam 11 pagi baru dapat betul-betul bangun lalu disibukkan pula dengan mengemas rumah, membasuh lantai luar, permaidani dan sebagainya sehingga jam 2.30.

Jam 3 saya harus melayan sejumlah tetamu yang datang untuk mendapatkan sedikit fakta sejarah tentang Alam Melayu sebelum naik kerajaan Srivijaya abad ke-7 Masihi. Syarikat mereka mahu membuat sesuatu melibatkan fakta yang diberikan. Untuk ini saya harus membawa sejarah manusia sejak zaman Nabi Adam AS membawa ke pergerakan manusia selepas banjir Nabi Nuh AS juga zaman Nabi Ibrahim AS. Secara rata saya mengupas isi daripada buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" serta buku ke-12 "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia" untuk memberikan latar belakang yang patut bagi keperluan mereka.

Jam 7 petang baru mereka bersedia untuk pergi. Masuk waktu Maghrib saya berbuka dahulu dengan secawan teh ais kaw yang dibeli semalam. Selesai wirid selepas solat tergerak untuk membaca Surah al-Baqarah sampailah ayat ke-93 lalu solat Isyak pula.Selepas itu baru betul-betul makan malam kemudian berehat. 

Artikel ini dimulakan jam 10 malam sebagai menyambung gerak penulisan yang sama dengan artikel Wadah Cendekia "Francis Light" - Menolak naratif pro-Barat yang menafikan keberadaan awal Melayu di Pulau Pinang (dipersembahkan petang semalam). Saya membuat pengenalan panjang lebar di atas ini kerana hendak memberitahu - Ikut rasa dan gerak sepatutnya artikel baru ini dipersembahkan malam semalam selepas Isyak. Tapi saya memang tak larat. Kemudian ditemuramah pula dekat 4 jam tentang fakta-fakta sejarah. Sekarang baru ada kesempatan...


Merujuk kepada artikel Pesta Buku Selangor 2019 dan aspirasi buku baru yang ditulis pagi semalam. Ada diberitahu pada pembukaan artikel bahawa ketika menulis itu saya juga perlu bersedia untuk hadir ke satu majlis ilmu di tempat saya belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Dunia Melayu). Di atas adalah poster untuk majlis yang dimaksudkan. Saya menerima poster dan makluman tentangnya dekat jam 6 petang Khamis iaitu cuma 15 jam sebelum majlis dijadualkan berlangsung jam 9 pagi Jumaat 8 Mac 2019 semalam.


Sebelum menulis artikel Pesta Buku Selangor 2019 dan aspirasi buku baru gerak penulisan yang muncul ketika itu memerlukan saya menulis terlebih dahulu 3 buah artikel di blogspots SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan sebuah di BERPETUALANG KE ACEH. Sekitar jam 8.45 baru semuanya selesai lalu berkejarlah saya ke ISTAC 40 km dari rumah. Tengok-tengok jam teruk selepas tol Duta. Jam 9.37 baru sampai ke bilik di mana diadakan majlis...


Alhamdulillah ia baru sahaja dimulakan lantaran pemberi syarahan pun sampai lewat kerana ada hal. Sheikhul Kuliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar pun memberikan pengenalan. 


Kata beliau (duduk kanan) majlis dibuat secara tergesa-gesa dan ad hoc setelah Rektor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak memberitahu seorang tokoh matematik dari India bernama Dr Chandra Kant Raju akan berada di Kuala Lumpur. Terus diatur agar Chandra (duduk kiri) boleh memberikan satu syarahan di ISTAC. Punyalah tergesa-gesa sampai tajuk pun tak pasti. Main letak sahaja "The Unique Achievement of Islamic Mathematics"(Pencapaian Unik Matematik Islam) seperti kelihatan dalam poster.


Chandra boleh sahaja menangani topik tersebut malah banyak lagi topik melibatkan dunia matematik juga fizik . Tetapi beliau memilih untuk membawa tajuk dan persoalan yang berbunyi begini : "Is it possible to teach mathematics and science with a non-Western epistemology" - Adakah boleh mengajar matematik dan sains menggunakan epistimologi (teori ilmu pengetahuan) yang bukan keBaratan (terjemahan saya ini). Persoalan ditimbulkan kerana menurut beliau kita sudah terikut dan terikat dengan dogma pemikiran Barat yang sebenarnya diwarnai falsafah pemikiran Judeo-Christian. Ini merujuk kepada pengaruh agama Yahudi dan Kristian yang membentuk cara pemikiran Barat  sejak berkurun lampau. Walaupun kemudian mereka mendakwa menolak pengaruh agama dalam sains kerangka pemikiran falsafah tersebut terus memacu arah fikiran mereka sama ada sedar atau tidak...



Kata Chandra ini juga satu bentuk penjajahan fikiran terhadap dunia selain Barat.  Konsep-konsep yang dipelajari dalam ilmu matematik rasmi di mana-mana bahagian dunia sekarang semuanya dipengaruhi pemikiran Barat. Banyak perkara teknikal disebut beliau yang mana kalau saya ulas dan ulangi perlu disertakan penerangan panjang lebar tentang konsep-konsep berkenaan. Saya sebagai graduan matematik daripada University College of London (1991-1995) pun banyak sudah lupa perkara apatah lagi orang yang tidak memiliki latar belakang berkenaan, Nasib baik dapat juga sedikit sebanyak faham apa yang diperkatakan. 

Cukuplah disebut bahawa Chandra menyatakan disebabkan pemikiran Barat yang sebenarnya berasaskan falsafah keagamaan Judeo-Christian itulah banyak perkara yang sepatutnya mudah dijadikan susah. Di atas ditunjukkan sebahagian daripada jalan-jalan pembuktian untuk menunjukkan 1 + 1 =  2. Sepatutnya cukup jelas bukan bahawa 1 + 1 jawabannya adalah 2. Tapi kata Chandra kalau mengikut prinsip pembuktian rasmi matematik kena dimasukkan banyak konsep abstrak. Akibatnya untuk membuktikan bahawa 1 + 1 benar-benar bersamaan 2 kena tulis rangkaian pembuktian equations (persamaan) sehingga memakan 378 muka surat. Ini kedengaran seperti amat intelektual bagi sesetengah pihak tetapi tidakkah ia kerja sia-sia?


Menurut Chandra ada asas-asas matematik bukan Barat yang pernah digunakan oleh cerdik pandai dalam dunia Hindi purba juga pada zaman kegemilangan Islam yang sepatutnya diangkat sebagai kurikulum pembelajaran buat semua. Ini boleh membantu sesiapa sahaja menghadam pelajaran walaupun mereka datang daripada aliran sains sosial yang tidak pernah langsung terlibat dengan matematik dan sains.


Chandra yang seringkali mengambil pemikiran Imam al-Ghazali dan ajaran falsafah tinggi Buddha sebagai contoh falsafah pemikiran yang ulung memberitahu beliau sudah ada kurikulum sendiri yang boleh digunapakai. Dan ia sudah disahkan berjaya melalui beberapa kelas yang dijalankan beliau di USM, Universiti Sains Malaysia...


Dengan cara beliau sesiapa pun boleh diajar menyelesaikan masalah-masalah matematik dan sains peringkat tinggi. Kata Chandra sepatutnya pembelajaran matematik itu menyenangkan seperti mana boleh dikatakan sesiapa sahaja boleh menikmati muzik. Ini kerana menurut beliau pengetahuan semulajadi manusia yang dipercayai sesetengah ahli falsafah Yunani sebagai sudah wujud sejak peringkat roh lagi meletakkan matematik dan muzik pada aras sama sedia wujud dalam jiwa mana-mana manusia. Yang diperlukan adalah cara supaya apa sedia wujud terpendam dalam jiwa itu dapat diaktifkan menjadi kebolehan nyata.


Secara rata beliau memberitahu dengan sistem pembelajaran yang telah dirangkanya kita tidak perlu pergi terlalu tinggi sehingga hendak membuktikan 1 +1 = 2 pun perlu memakan 378 muka surat. Cukuplah dapat menyelesaikan masalah-masalah praktikal yang biasa digunakan dalam dunia nyata terutama dalam bidang kejuruteraan dan sebagainya. Sebetulnya banyak lagi perkara menarik terkeluar dalam syarahan diikuti sesi soal jawab. Boleh terkeluar nama orang-orang seperti Tomas Aquinas. Stephen Hawking dan Bertrand Russell (sila Google sendiri, ini nama-nama besar dalam dunia pemikiran Barat). 

Terkeluar konsep-konsep tertentu dalam ilmu fizik kuantum juga hal-hal seperti continuum, real number, infinitesimal, set theory, malah pemahaman tentang alam semulajadi yang melanggar kurikulum biasa sains yang dianuti seluruh dunia sekarang. Dibincangkan juga tentang sifat masa yang boleh disamakan seperti frames dalam roll filem. Sehingga seorang kawan lama sebaya yang hadir (iya, orang luar boleh menghadiri majlis-majlis ilmu di ISTAC) yang merupakant lulusan undang-undang dari London tetapi kini cuba menjadi seorang kartunis menyebut syarahan sebagai sebagai begini : "It's like a rock concert for the mind" - Ia seperti konsert rock untuk minda. Pendek kata berbagai ilmu dikongsikan seperti mencurah-curah. Tapi cukup sampai sini perkongsian daripada saya. Selamat malam dan wassalam...  :]




Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441

$
0
0
Ini ada artikel yang ditulis di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) siang tadi. Keadaan yang membawa kepada kemunculan artikel mungkin adalah hasil daripada menurut gerak melepaskan tiga cerita terbaru di blogspot CATATAN SI MERAH SILU seperti berikut :-


1. Pesta Buku Selangor 2019 dan aspirasi buku baru

2.  Wadah Cendekia "Francis Light" - Menolak naratif pro-Barat yang menafikan keberadaan awal Melayu di Pulau Pinang

3. Menerbitkan sistem pengajaran matematik dan sains yang bebas daripada belenggu pemikiran Barat


-------------------


Salam hari Ahad 3 haribulan Rejab tahun 1440 Hijriah. Adapun hampir 2 tahun lalu saya telah membuat artikel bertajuk Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Sampai masa untuk menutup cerita untuk memberitahu bahawa saya tidak mahu lagi menulis di blogspot HIKMAH buat suatu tempoh.  Setengah bulan sebelum itu saya telah membuat artikel bertajuk Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? untuk memberitahu tidak mahu lagi menganjurkan apa-apa lagi acara HIKMAH. Maka acara ke-20 yang telah diadakan di Aceh sebulan lebih awal boleh dikira sebagai acara terakhir kami. Lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017.

Namun pada bulan April tahun lepas saya mendapat isyarat agar menghidupkan kembali acara HIKMAH lalu memberitahu dalam artikel Gerak HIKMAH dan majlis hol almarhum Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0. Cuma ketika itu belum tahu bila lalu ditambah, ia bukanlah dalam masa terdekat. Penghujung tahun itu baru mendapat ilham tarikh yang sesuai untuk acara. Saya pun menyatakan dalam Facebook berserta satu gambar peta seperti berikut :-


No photo description available.


JEJAK AWALUN ISLAM DAN ACARA KE-21 HIKMAH DI ACEH OGOS 2019

Salam semua. Saya sedang berkira-kira hendak membuat perjalanan pusing lawan arah jam seperti boleh dilihat dalam peta. Asalnya saya bercadang cuma mahu melawat makam-makam di Barus (penghujung selatan perjalanan) yang katanya ada makam-makam pendakwah Islam zaman khalifah ketiga empayar awal Islam, Saidina Uthman Affan. Oleh kerana saya belum pernah menjelajah kawasan pantai barat Aceh kecuali hingga ke Lhoong sekitar sejam perjalanan dari Banda Aceh maka biar dimulakan perjalanan dari bandar di hujung utara itu. Kembali nanti lalu pantai timur Sumatera. Bolehlah singgah ke Pulau Samosir di Danau Toba kemudian Berastagi kemudian Medan. Bolehlah singgah ke tapak- tapak kerajaan lama seperti Perlak dan Samudera Pasai. 

Perjalanan dijangka memakan masa seminggu. Cukup satu pusingan saya bercadang hendak mengadakan acara ke-21 HIKMAH di Banda Aceh. Tarikh yang terasa cantik adalah hari Sabtu 31 Ogos 2019. Saya dapati ia adalah bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah.

Rancangan perjalanan boleh dibahagi dua. Satu untuk hardcore atau pengembara/pengkaji sejarah tegar. Ini yang akan pusing seminggu seperti ditunjukkan dalam peta. Cadangan tak lebih 12 orang bersamaan 2 kereta. Maksimum 18 orang = 3 kereta. Kumpulan ini kena bertolak ke Banda Aceh seawal 22 Ogos lalu perlu mengambil cuti lebih seminggu. Kita akan cuba menjejak kesan sejarah awal Islam sebanyak mungkin sepanjang perjalanan itu.

Kumpulan kedua adalah mereka yang boleh mengikuti kesan-kesan sejarah Islam di Banda Aceh dan sekitar. Mereka boleh bertolak ke Banda Aceh paling lewat petang Jumaat 30 Ogos. Kedua-kedua kumpulan akan bersama untuk acara HIKMAH 31 Ogos pagi hingga tengah hari di satu lokasi dalam Banda Aceh. Lepas Zohor buat lawatan lapangan ke tapak kerajaan Lamuri 40 km ke timur bandar. Amacam? Sila berikan maklum balas...


-------------------------


Antara maklum balas yang diterima adalah cadangan agar majlis HIKMAH ke-21 itu dibuat di kompleks makam Sultan Malikus Saleh. Yang mencadangkan adalah seorang rakan yang memegang jawatan sebagai duta Muzium Aceh di Banda Aceh, 6 jam perjalanan dari kompleks makam. Saya jawab boleh sahaja kalau beliau dapat mengatur perkara.

Sejak itu saya menyimpan hajat untuk mengadakan acara di makam pengasas kerajaan Samudera-Pasai. Ini kerana baginda merupakan seorang moyang utama sebelah bapa. Namun tak nampak lagi cara untuk menjadikan ia nyata. Rakan warga Aceh yang mencadangkannya pula memberitahu harus menunggu dahulu selesai Pilpres (majlis pilih presiden) Indonesia yang akan berlangsung pertengahan bulan April. Baru dia boleh menumpukan fikiran kepada bagaimana hendak menjayakan acara.

Hendak dijadikan cerita malam tadi saya sukar untuk melelapkan mata walaupun sebenarnya sudah penat dan kurang tenaga. Selepas jam 2 pagi tergerak untuk menyemak harga tiket kapal terbang Air Asia ke Banda Aceh kerana teringat isteri ada memberitahu sudah muncul tawaran murah malah tambang yang dikatakan percuma. Adapun selepas muncul ilham untuk tarikh mengadakan acara iaitu pada penghujung tahun lepas kami ada menyemak harga. Tetapi didapati ia amat mahal. Pergi balik untuk tempoh cadangan kami memerlukan sehingga RM500 satu kepala. Sedangkan kami nak pergi empat beranak. Tak larat nak bayar harga...

Tadi didapati tarikh pergi dan balik yang cukup sesuai memberikan harga minimum tiket RM134 satu kepala. Itupun kerana saya memiliki keahlian website Airasia. Kalau tiada keahlian harga minimum yang dapat ditemui adalah RM241 seorang. Kan banyak beza tu? Lebih RM400 murah untuk saya, isteri dan dua orang anak sekolah rendah.

Tarikh yang memberikan harga minimum itu adalah pergi hari Rabu 28 Ogos dan kembali Rabu 4 September. Kebetulan tiket balik memang tinggal 4 sahaja, cukuplah untuk kami sekeluarga. Dengan tarikh terbaik sudah didapati terus dapat membayangkan bagaimana jadual perjalanan pusing utara pulau Sumatera boleh diatur dengan acara ke-21 HIKMAH dapat diadakan pada 1 Muharram 1441. Cuma bila disemak kembali tarikh tersebut didapati jatuh pada hari Ahad 1 Sepmber 2019. Tetapi ini bukanlah masalah malah memberikan lebih banyak ruang masa untuk melihat-lihat tempat-tempat sepanjang pantai barat Sumatera hingga ke Barus membawa ke Medan lalu naik ke pantai timur...

Begitu banyak perkara bermain dalam fikiran tentang perancangan yang boleh dibuat sehingga dah dekat jam 5 pagi masih belum benar-benar dapat tidur. Selepas sedikit tidur ayam saya membuat update berikut ke FB menggunakan telefon pintar :-


BILA DAH DAPAT ILHAM DAN ISYARAT

Ya Allah susah betul nak lelap. Cuma dapat paksa diri agar tidur ayam sekejap demi memenuhi syarat boleh solat Tahajud iaitu selepas bangkit daripada tidur malam. Kepala jadi hyper-active sangat. Dah dapat ilham bagaimana perjalanan bersama keluarga boleh dibuat meliputi sebanyak mungkin tempat bersejarah dari Banda Aceh menyusur pantai barat Sumatera menghadap Lautan Hindi ke Barus kemudian masuk Pulau Samosir di tengah Danau Toba sebelum melaksanakan acara ke-21 HIKMAH di kompleks makam Sultan Malikus Saleh, tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai pada 1 Muharram 1441 Hijriah insyaallah. Selepas itu menyusur pula pantai timur Sumatera menghadap Selat Melaka kembali ke Banda Aceh sambil singgah lagi ke sebanyak mungkin tempat bersejarah.



---------------------


Selepas solat Tahujud kemudian bersahur lalu menunggu waktu Subuh masuk, setelah berbincang dengan isteri tentang tarikh penerbangan pergi balik Aceh yang memberikan harga minimum tiket kami pun melakukan transaksi atas talian menggunakan komputer riba lalu membeli 4 keping tiket. Dengan itu tetaplah tarikh kami bertolak ke Aceh pagi Rabu 28 Ogos 2019 dan kembali petang Rabu 4 September. Sekarang bolehlah diwar-warkan rancangan perjalanan supaya siapa yang berminat untuk turut serta boleh membuat rancangan yang selari. Selain dapat bersama kita juga boleh berkongsi kos sewa mobil/kereta. Semakin ramai semakin boleh menjimatkan belanja...




Secara kasar inilah laluan yang akan digunakan dalam jelajah lawan arah jam dari Banda Aceh menyusuri pantai barat utara Sumatera sehingga Barus di selatan sebelum menaik ke arah utara melalui Medan kemudian menyusuri pantai timur hingga kembali ke Banda Aceh. Jika dahulu saya bercadang harus on the road seminggu sebelum sampai ke kompleks makam Sultan Malikus Saleh pada siang 1 Muharram 1441 kini terasa cukuplah 4 hari 4 malam berjalan kemudian ke makam. Tempoh masa yang sudah ditetapkan dengan pembelian tiket penerbangan ke Banda Aceh pagi Rabu 28 Ogos dan kembali ke Malaysia petang Rabu 4 September itu sendiri akan memakan tempoh keseluruhan 8 hari 7 malam. Jarak kasar diliputi berdasarkan lakaran dalam peta mencapai 1,599 km perjalanan darat.

Tetapi itu tidak dicampur lagi jarak perjalanan dalam setiap bandar yang akan disinggahi juga persinggahan tambahan yang mungkin akan dibuat, misalnya pusing Pulau Samosir di tengah tasik luas Danau Toba. Nak keliling pulau yang sebesar Singapura itu sendiri memakan jarak 120 km. Saya rasa jarak keseluruhan perjalanan darat boleh melepasi 1,800 km. Untuk mengoptimumkan perjalanan agar dapat singgah ke sebanyak mungkin tempat menarik dan bersejarah sambil mendapat penghayatan juga rehat secukupnya tempoh perjalanan  keseluruhan iaitu 8 hari 7 malam boleh dibahagikan begini :-




Hari 1 – Rabu 28 Ogos 2019


Walaupun sudah ke Aceh 8 kali perjalanan menyusuri pantai barat menghadap Lautan Hindi adalah sesuatu yang baru buat saya. Sebelum ini saya cuma pernah sampai ke satu tempat bernama Lhoong 50 km atau sejam lebih sedikit perjalanan dari Banda Aceh. Kali ini bolehlah melihat apa yang ada di tempat seperti Meulaboh sebelum bermalam di Tapak Tuan.



Hari 2 – Khamis 29 Ogos 2019


Esoknya hari Khamis perjalanan boleh disambung hingga ke Barus. Inilah asbab asal jelajah ini dibuat. Seperti ada disebut di atas saya teringin hendak menziarahi sejumlah makam lama yang katanya dimiliki pendakwah zaman sahabat Nabi. Ia dikatakan bukti paling awal pernah wujud komuniti beragama Islam di Asia Tenggara.




Selain itu Barus juga dipercayai pernah dikenali sebagai Fansur lalu dikatakan tempat asal pujangga dan ulamak besar Melayu Aceh abad ke-16 dan 17 Masihi iaitu Sheikh Hamzah Fansuri. Walaupun pernah menziarahi makam beliau di satu tempat lain yang turut dikatakan pernah dikenali sebagai Fansur tetapi begitu dekat dengan Banda Aceh dikatakan di Barus juga ada makam beliau. Cuma bila Google tadi lokasi tepat dikatakan adalah Subussalam yang jaraknya agak jauh sebelum Barus. Semak lagi lebih teliti. Kelihatan lokasi makam adalah 25 km ke barat Subussalam. Kena ikut laluan lain untuk memotong dari arah Tapak Tuan.

Selain itu teringin hendak ke Singkil, tempat asal seorang lagi ulamak besar Aceh abad ke-17 iaitu Sheikh Abdul Rauf Singkil. Untuk itu kena keluar jauh juga daripada laluan utama Tapak Tuan ke Barus. Pergi balik ada juga dalam 60 km jarak...




Hari 3 – Jumaat 30 Ogos 2019


Selepas bermalam di Barus perjalanan boleh diteruskan ke Medan hari Jumaat. Ada dua laluan boleh digunakan. Yang diwarnakan biru itu merentas bandar atas gunung atau tanah tinggi Berastagi lalu dapat dilihat pemandangan cantik gunung berapi Sinabung yang terkenal. Laluan ini pernah diambil bersama isteri tetapi dari arah berlawanan iaitu dari Medan menuju ke Danau Toba. Ketika itu penghujung tahun 2011 isteri sedang sarat mengandungkan anak bongsu kami Johan sedangkan abangnya Rasyid yang ikut sama baru berumur 2 tahun. Lihat artikel lama Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Medan ke Berastagi diikuti Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba di blogspot CATATAN SI MERAH SILU




Oleh kerana laluan ini sudah cukup dekat Danau Toba malah menghampiri satu bahagian di mana terdapat satu-satunya jambatan masuk ke Pulu Samosir (disebabkan perairan yang memisahkannya dengan daratan besar paling sempit di belah situ) boleh dibuat sekali perjalanan pusing pulau. Cuma ini akan menambah jarak perjalanan lagi 150 km. Kalau masa tidak menghalang eloklah dibuat perjalanan pusing pulau. Kami anak beranak pernah melakukannya dengan menaiki motosikal kecil walau harus meredah suku pulau dalam kegelapan malam dan hujan renyai. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Cabaran pusing pulau.

Selepas itu kami ke Medan menggunakan laluan lain iaitu dari Parapat. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Keluar pulau untuk ke Medan. Di Medan yang merupakan bandar raya terbesar di Sumatera kita boleh melawat Istana Kesultanan Deli yang sudah dijadikan muzium. Namun satu bahagian masih diduduki anak cucu raja yang sudah lama hidup seperti rakyat biasa. Ada juga masjid lama kebanggaan kesultanan iaitu Masjid Al-Mashun yang terletak berdekatan.

Dahulu kami anak beranak pernah bermalam di sebuah hotel yang terletak betul-betul di sebelah masjid lalu menyambut Hari Raya Aidil Adha di sana. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Raya Haji di Medan... dan penceritaan sebenar pun bermula. Kali ini ada baiknya kami bermalam dan beriktikaf dahulu di Masjid Deli Tua. Dari arah Danau Toba dan Berastagi kita akan sampai ke situ terlebih dahulu sebelum masuk ke Medan 11 km perjalanan.

Saya memikirkan ini kerana teringat ada ahli jawatankuasa masjid mengalu-alukan kami datang. Ini disebabkan dia pernah terbaca tulisan yang berkenaan. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Kerajaan Haru Deli Tua dan legenda Puteri Hijau. Selepas bermalam bolehlah melihat tempat-tempat menarik di Medan. Rasanya ini memang sesuai kerana perjalanan dari Barus ke Medan yang mana kalau boleh akan dibuat sekali dan perjalanan pusing Pulau Samosir bakal memakan masa yang agak lama.




Hari 4 – Sabtu 31 Ogos 2019


Adapun perjalanan tahun 2011 itu dibuat untuk menunjukkan kepada isteri laluan yang pernah diambil seorang diri ketika pertama kali masuk ke Aceh awal tahun 2004. Ketika itu darurat disebabkan perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia) masih teruk melanda. Pengalaman inilah yang menjadi latarbelakang utama buku-buku terawal saya iaitu siri trilogi "Berpetualang ke Aceh". Buku pertama terbit Jun 2006 diikuti buku kedua Mei 2007 dan ketiga November 2007.

Cuma ketika itu saya tidak pergi ke Danau Toba. Selepas beberapa malam di Medan saya bergerak mengikut laluan seperti ditunjukkan di atas. Di Tanjung Pura kami singgah ke rumah suluk dan makam seorang ulamak dan wali Allah terkenal abad ke-19 iaitu Sheikh Abdul Wahab. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Tanjung Pura Langkat, Amir Hamzah, Sheikh Abdul Wahab dan Kampung Besilam



Dalam perjalanan kita akan lalu di bandar Pengkalan Brandan. Ia pernah menjadi tempat saya berehat sambil memohon petunjuk setelah ditahan askar di sempadan Aceh lalu dihalang daripada masuk wilayah. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Jeti bercat kuning dan masjid di Pengkalan Brandan. Kalau cukup masa elok keluar sedikit dari laluan utama untuk singgah ke Pengkalan Susu bagi mendapatkan bot ke Pulau Kampai. Ini harus memakan masa kerana bot cuma ada beberapa kali dalam sehari dan setiap kali pergi memakan masa setengah jam, begitu juga kembali. Tapi kalau dapat alhamdulillah kerana ia memiliki tinggalan sejarah yang tersendiri. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Pulau Kampai , keberadaan kerajaan Haru dan faktor Sheikh Abdul Qadir Jilani.

Seterusnya boleh singgah di Langsa yang terletak tidak beberapa jauh setelah memasuki Aceh. Di situ ada kenangan yang sangat bermakna dan manis apabila percubaan kali kedua memasuki Aceh  tahun 2004 membuahkan hasil. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Mengenang 3 malam di Langsa, tempat pertama kali bertapak di Aceh. Selesai itu baru ke Perlak di mana kami akan bermalam. Saya bercadang agar menginap di pondok musollah sebelah makam Sultan pertama Perlak iaitu Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah. Untuk pengetahuan baginda dikatakan telah ditabalkan pada 1 Muharram 225 Hijriah iaitu pada tahun 840 Masihi. Dalam perjalanan baru ini malam kami berada di Perlak itu sudah masuk 1 Muharram 1441 Hijrah.



Hari 5 – Ahad 1 September 2019 @ 1 Muharram 1441 Hijriah


Untuk pengetahuan lagi Sultan Abdul Aziz adalah berketurunan Nabi Muhammad SAW. Dengan membawa aura bermalam sambil beramal di makam 1 Muharram kami akan bergerak ke makam Sultan Malikus Saleh selepas Subuh. Menurut kajian saya Malikus Saleh yang hidup 400 tahun selepas Abdul Aziz juga berketurunan Rasulullah SAW. Saya percaya ini adalah gerak tepat yang boleh membantu mengangkat kembali Daulah Islamiah sejati di Alam Melayu.  Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Menelusuri sejarah Perlak sebelum ke makam Sultan Malikus Saleh.




Adapun ada kawan-kawan di Banda Aceh telah mencadangkan agar diadakan sekali satu majlis ilmu lain di tempat mereka sempena kedatangan saya untuk jelajah dan acara ke-21 HIKMAH.  Selepas selesai majlis di kompleks makam Sultan Malikus Saleh, mungkin paling lewat selepas Asar (insyaallah akan diziarahi beberapa lagi makam penting di sekitar) bolehlah bergerak menuju ke Banda Aceh. Dalam perjalanan boleh singgah ke makam tokoh bangsawan Melayu terkenal abad ke-17 Masihi iaitu Tun Sri Lanang. Beliau pernah menjadi Bendahara kerajaan Johor lama lalu menulis kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu sebelum menetap lalu meninggal dunia di Samalanga, Aceh.

Sampai di Pidie elok bermalam di sana. Keluar sedikit ada satu makam yang sangat penting dalam perjalanan hidup saya. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh. Di situ juga terdapat sejumlah kawan aktivis yang gigih memperjuangkan pemakaian pakaian adat atau busana tradisional Aceh. Mungkin boleh diadakan satu majlis ad hoc di tempat mereka seperti mana pernah dilakukan untuk meraikan persinggahan saya ke Pidie dalam satu sesi jelajah lain tahun 2014. Rujuk artikel Misi HIKMAH Aceh - Sambutan di Pidie dan perjalanan ke Takengon.

Ini berlaku dalam rangka kerja mahu melaksanakan acara ke-10 HIKMAH di Banda Aceh. Lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014. Pada saya tak perlu pun majlis hebat. Cukup sekadar berjumpa beramai-ramai berbual-bual dengan pakaian tradisional pun sudah jadi majlis yang bererti buat perjuangan kami.



Hari 6 – Isnin 2 September 2019


Selepas majlis di Pidie yang mungkin berlangsung tak sampai setengah hari bolehlah kami bergerak ke Banda Aceh. Terdapat  beberapa tempat menarik dan bersejarah boleh disinggah.




Cuma tu le ada dua laluan berbeza, Setiap satu ada tarikan tersendiri. Yang biasa orang guna memang seperti dalam peta sebelum ini. Saya pernah sekali sahaja mengambil laluan lain yang banyak menyusuri garisan pantai seperti kelihatan dalam peta atas. Hasillnya, saya belum puas kerana ketika itu sudah lewat petang lalu setengah laluan  diambil pada waktu malam. 



Hari 7 – Selasa 1 September 2019


Apapun yang penting adalah dapat sampai lalu bermalam di Banda Aceh Isnin malam Selasa. Esok siang Selasa bolehlah diadakan majlis ilmu seperti diminta.




Selepas majlis mungkin boleh meliputi apa-apa yang tak sempat. Kalau ambil laluan pantai dari Pidie ke Banda Aceh lalu dapat singgah di makam Laksamana Kemalahayati bolehlah pergi masjid lama di Indrapuri petang Selasa. Kalau ambil jalan pendalaman hari Isnin bolehlah dilakukan sebaliknya...



Hari 8 – Rabu 2 September 2019


Hari terakhir di Aceh boleh santai-santai sebelum ke lapangan terbang untuk mengambil pesawat kembali ke Malaysia petang Rabu. Melihat ruang waktu boleh sahaja rancangan jelajah ini ditukar sedikit iaitu selepas acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh hari Ahad 1 Muharram 1441 boleh bermalam di sekitar itu. Esoknya Isnin baru bertolak ke Pidie. Selasa bertolak ke Banda Aceh. Majlis-majlis yang dicadangkan mahu diadakan di dua tempat ini boleh sahaja diatur pada suatu celah dalam tempoh masa itu.

Oh, ada satu perkara lupa nak cakap. Merujuk kepada artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? yang ditulis 2 tahun lalu. Ada disebut dalam artikel tersebut bahawa saya telah menyerahkan bunting atau sepanduk besar HIKMAH kepada seorang sahabat warga Aceh. Ia pernah digunakan untuk menghiasi hampir setiap 20 acara HIKMAH meliputi hampir seluruh Semenanjung membawa ke Aceh. Selepas itu ia disimpan atau 'ditapakan' di rumahnya di Banda Aceh.

Rumah itu terletak betul-betul di sebelah kapal atas rumah yang terkenal akibat hentaman ombak dahsyat Tsunami 26 Disember 2004. Sahabat tersebut adalah antara orang yang terselamat kerana berlindung di dalam kapal berupa bot nelayan besar. Bot pula ditolak ombak dari laut sehingga tersangkut di atas rumah. Sebelum memulakan perjalanan pusing utara Sumatera ini saya secara rasmi ingin mengambil kembali sepanduk. Ia akan dibawa dalam jelajah kemudian menghias kembali majlis pada acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441. Selepas itu saya akan membawanya kembali ke Malaysia. Semoga ada semangat kuat perjuangan Aceh dapat dibawa bersama untuk mendaulatkan Melayu dan Islam di tanah air tercinta. Amin.



Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan

$
0
0
Salam semua. Ada rasa keterujaan yang ingin dikongsikan daripada satu majlis ilmu pagi semalam.


Merujuk kepada artikel Menerbitkan sistem pengajaran matematik dan sains yang bebas daripada belenggu pemikiran Barat yang dipersembahkan Sabtu lalu. Dalam majlis ilmu berkenaan iaitu pada pagi Jumaat 8 Mac 2019 Sheikhul Kulliyah ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar memberitahu bahawa ada pelajar telah meminta beliau untuk membuat satu siri syarahan tentang buku beliau yang bertajuk "Classification of Knowledge in Islam". Buku berbahasa Inggeris ini pertama kali diterbitkan tahun 1992 oleh Institut Kajian Dasar di Kuala Lumpur. Di atas adalah kulit edisi kemudian terbitan The Islamic Text Society di United Kingdom tahun 1998.

Ia sebenarnya adalah hasil kajian berupa tesis PhD Osman di Temple University, Amerika Syarikat tahun 1988 yang dibukukan untuk bacaan awam. Dalam satu pertemuan awal tahun Osman yang kini menyelia tesis saya di ISTAC memberitahu bahawa isi buku dibuat sama seperti tesis tanpa apa-apa perubahan teks lalu mencadangkan agar dilakukan perkara sama dengan tesis saya iaitu jadikan ia dalam bentuk yang sedia boleh dijadikan buku terus. Ketika itu saya sudah berjaya mengkhatamkan buku tersebut daripada muka surat pertama (betul-betul yang pertama, bukan yang ditandakan muka surat 1 ya) hingga muka surat paling belakang tetapi dalam bentuk PDF. Saya pertama kali mendapat tahu tentang buku dalam pertemuan pertama dengan Osman di ISTAC bulan September tahun lepas.

Saya menjadi tertarik apabila diberitahu tesis yang dijadikan buku adalah di bawah seliaan Seyyed Hossein Nasr,. Untuk makluman beliau adalah tokoh Islam terkemuka peringkat dunia yang buku-bukunya tentang Sufi dan Tasawuf rajin saya telaah ketika mengaji sarjana muda Matematik di University College of London tahun 1991-1995. Cuma komen saya adalah format setiap bab meletakkan end notes (nota-nota akhir pada setiap bab) agak mengganggu aliran pembacaan. Ini kerana nombor rujukan (yang ada nombor kecil pada ayat-ayat pilihan sebagai nombor rujukan nota) diletakkan pada suatu muka surat sedangkan rujukan atau notanya terletak beberapa muka surat selepas itu. Kalau nak rujuk dah kena cari muka surat akhir bagi setiap bab kemudian patah balik ke muka surat yang sedang dibaca untuk menyambung pembacaan dan pencernaan ilmu.



Pada saya kalau nak buat nombor rujukan maka biarlah nota dan rujukannya terletak dalam muka surat sama berupa nota kaki. Beliau bersetuju dengan cadangan lalu menyuruh saya menulis tesis dengan format tersebut. Cuma ada kemusykilan kerana ISTAC terletak di bawah pentadbiran UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) yang mana semua tesis haruslah menurut format rasmi UIAM. Ia adalah menurut format APA (American Psychological Association) di mana nombor nota tidak digunakan lalu tiada nota kaki mahupun nota akhir pada setiap bab. 

Yang dipakai adalah rujukan dalam bentuk nama akhir (last name) pada hujung ayat terpilih, misalnya (Sapiee, 2018) jika satu buku saya  atas nama pena/penulis Radzi Sapiee yang terbitkan tahun 2018 dirujuk. Maklumat penuh rujukan seperti tajuk buku, penerbit, tempat buku diterbitkan dan sebagainya akan dilonggokkan pada bahagian akhir tesis atas nama rujukan ataupun references. Kata Osman tak mengapa. ISTAC akan mendapat autonomi untuk mengikut format sendiri, bukan menurut format rasmi UIAM lagi. Apapun biar diberikan ulasan ringkas buku berdasarkan paparan pada kulit belakang buku. Saya terjemahkan terus tanpa menambah atau mengubah apa-apa :-


Klasifikasi ilmu pengetahuan adalah suatu tema yang berulang dalam kesarjaaan Islam. Berturut-turut generasi sarjana Islam, daripada al-Kindi pada abad kesembilan hingga Shah Waliallah Delhi pada abad kelapan belas, telah mengabdikan usaha yang tidak sedikit untuk mendalami tema ini. Kehidupan dan buah fikiran tiga orang pemikir dibincangkan dalam Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Islam - al-Farabi (870-950 Masihi), al-Ghazzali (1058-1111M) dan Qutb al-Din al-Shirazi (1236-1311) - meliputi zaman-zaman tunggak dalam sejarah Islam daripada kali pertama mekarnya ilmu sains falsafah hingga Baghdad dihancurkan oleh orang Mongol. Sebagai tambahan, setiap pemikir merupakan sama ada pengasas atau ahli terkemuka suatu aliran pemikiran besar Islam. Al-Farabi adalah pengasas dan salah seorang wakil terkemuka aliran ahli falsafah-saintis Mashsha'I (Peripatetic). Al-Ghazzali masih diakui sebagai ahli teologi/sufi paling terkenal Islam. Qutb al-Din al-Shirazi mewakili aliran falasah Ishraqi (kumpulan iluminasi). Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Osman Bakar ialah hasil kerja pertama sepertinya dalam bahasa Inggeris, dan ini berdasarkan kesarjanaan meluas dengan rujukan kepada teks-teks asli.

'Buku ini mesti dipertimbangkan sebagai satu sumbangan penting untuk memahami dengan lebih baik aspek-aspek ketara tertentu tentang pemikiran Islam. Hasil kerja ini adalah juga satu sumbangan penting terhadap falsafah sains Islam...' - Daripada kata pengantar Seyyed Hossein Nasr



Ini pula kulit buku suatu edisi lain. Osman memberitahu saya bahawa ia adalah terbitan ISTAC ketika ia masih berpengkalan di satu bangunan kecil dalam kampus lama UIAM di Petaling Jaya. Lupa nak tanya tahun berapa. Berdasarkan sejarah ISTAC diasaskan tahun 1987 sebelum dirasmikan tahun 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad mungkin edisi ini dicetak dalam tempoh waktu tersebut. Apapun buku ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa utama dunia Islam. Maka sangat sesuailah diadakan kelas-kelas syarahan tentangnya.


Cuma saya tidak menyangka kelas diadakan begitu cepat selepas cadangan mengadakannya disuarakan kepada umum pagi Jumaat 8 Mac. Sebelum solat Jumaat para pelajar mendapat berita Osman mahu mengadakan kelas pada jam 10 pagi Isnin 11 Mac. Pagi Sabtu keesokan harinya keluar poster atas berserta undangan terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu mengikutinya.


Sampai waktu pagi semalam saya pun bergegas ke bilik syarahan. Ia adalah bilik sama saya mengambil tiga kelas wajib untuk pelajar ISTAC pada semester lalu. Adapun para pelajar Masters seperti saya harus mengambil tiga kelas tersebut, pelajar PhD tambah lagi satu kelas wajib. Kelas mesti diikuti dalam tempoh pengajian (2 tahun untuk Masters, 3 tahun atau lebih untuk PhD) lalu boleh diagih-agihkan iaitu ambil satu kelas sahaja bagi satu semester. Tetapi saya memilih untuk mengambil ketiga-tiga kelas wajib semester supaya dapat memberikan tumpuan penuh  kepada kajian dan penulisan tesis bermula semester sekarang. Lihat Sedikit perkongsian setelah sebulan setengah menyambung pengajian di ISTAC.



Osman membuka dengan sedikit pengenalan tentang buku. Disebutlah hal ia asalnya tesis PhD beliau di Temple University di bawah seliaan Seyyed Hossein Nasr, Diberitahu bahawa beliau akan membuat syarahan menggunakan isi buku menurut makna sebenar syarah. Ini bermaksud isi buku akan diteliti ayat demi ayat lalu diberikan penerangan dan dihuraikan maksud setiap ayat. Kemudian ditambah apa yang terasa patut ditambah

Pembelajaran bergantung kepada maklum balas dan penyertaan aktif pelajar. Ini bukan komunikasi sehala Osman mengingatkan. Ia harus dua hala. Jika pelajar tidak bertanya apa-apa atau tidak memberikan maklum balas maka pendeklah penerangan. Dianggap pelajar sudah cukup tahu. Tapi kalau diberikan penyertaan dua hala yang sepatutnya maka banyaklah ilmu yang boleh digali dan diperolehi.


Setiap pelajar  diberikan salinan satu bahagian terpilih isi buku. Sebetulnya ada sejumlah hadirin  orang luar yang bukan pelajar kerana syarahan diadakan secara terbuka dan percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tapi bila masuk kelas bolehlah dikira sebagai pelajar.



Ia merupakan bab pengenalan tentang kenapa perlunya dibuat klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam.















 
Ada 5 muka surat teks dan 1 muka surat akhir bab mengandungi rujukan yang dipanggil Endnotes - nota-nota akhir. Ia mengandungi senarai buku-buku, tulisan, jurnal dan sebagainya yang dirujuk untuk membentuk bab berserta sedikit ulasan.


Kiranya syarahan ini, syarahan pembukaan tentang buku Classification of Knowledge in Islam atau Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Islam disasarkan untuk meliputi semua yang diperkatakan dalam bab pengenalan atau mukadimah. Untuk itu masa 2 jam telah diperuntukkan. Tetapi Osman mengingatkan. Pengalaman beliau bersyarah di Brunei (beliau terikat dengan Universiti Brunei Darussalam selama beberapa tahun sebelum menyertai ISTAC September tahun lepas) menunjukkan satu syarahan yang cukup bermakna cuma dapat meliputi satu sahaja muka surat buku.

Masuk perenggan pertama mukadimah diterangkan tentang tajuk perkara 1 atau sub-topik yang berbunyi General Domain of Study - Lingkungan Umum Pengkajian (terjemahan saya). Pemilihan tajuk dan duduk letak dalam mukadimah diterangkan sebagai satu cara menyusun tesis. Penerangan pun melompat kepada tajuk-tajuk untuk sub-sub-topik seterusnya dalam bab sama seperti berikut.  Rujuk pada muka-muka surat yang tertera di atas :-


2. Classification Chosen for Study (Klasifikasi Yang Dipilih Untuk Kajian)

3. The Nature and Scope of the Present Study (Hal dan Jangkauan Kajian yang Dibuat - merujuk kepada kajian tesis Osman)

4. Contemporaray Scholarship on the Subject (Kesarjanaan Semasa Tentang Perkara - iaitu pada sekitar zaman penulisan tesis dibuat)


Jika perkara 1 dan 2 merupakan penerangan-penerangan tentang pengenalan buku perkara 3  merujuk kepada bagaimana subjek besar buku iaitu klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam akan ditangani oleh Osman.. Perkara 4 pula merujuk kepada setakat mana ia telah ditangani oleh para pengkaji lain jika ada. Dalam penulisan tesis perkara 4 itu boleh disamakan dengan apa yang biasa dipanggil sebagai literature review atau sorotan literatur. Ia boleh jadi panjang atau pendek bergantung kepada tahap mana kajian sudah dibuat tentang suatu perkara.

Dalam kes tesis PhD Osman didapati tidak ada lagi apa-apa penulisan tentang klasifikasi ilmu Islam telah dibuat pada zaman moden. Maka perkara 4 dapat dirangkumkan dalam 3 perenggan ayat yang tak sampai pun satu muka surat. Perkara 3 pula merujuk kepada kajian Osman sendiri dalam tesis. Ia adalah ringkasan bagi skop kajian beliau dan perkara-perkara yang akan diketengahkan dalam bab-bab seterus buku.



Sekarang baru penumpuan dapat dibuat kepada perkara 1 dan tajuknya dalam mukadimah. Baru dimulakan penerangan ayat demi ayat. Ayat pertama dalam perkara boleh terjemahkan seperti berikut  :--


Satu tema berulang dalam kesarjanaan tradisi Islam adalah klasifikasi dan penerangan terhadap sains-sains (al-'ulum).


Ayat belum lagi habis Osman dah masuk pada penerangan panjang tentang apakah tradisi kesarjanaan Islam yang dimaksudkan. Ini untuk membezakan kefahaman tentang tradisi seperti budaya, adat, pemakaian dan sebagainya dengan tradisi yang disentuh dalam buku. Kata Osman bila bercakap tentang tradisi keilmuan Islam maka yang dimaksudkan adalah ilmu berdasarkan atau bersumberkan Al-Quran juga hadis atau sunnah perbuatan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dalam erti kata lain ada tradisi buatan manusia, ada pula tradisi berdasarkan wahyu.

Kemudian baru masuk penerangan tentang bahagian akhir ayat. Apa itu klasifikasi? Apakah sekadar pembahagian jenis-jenis ilmu atau bagaimana? Ilmu bagaimanakah yang harus dimasukkan ke dalam senarai klasifikasi? Secara rata tesis dan buku Osman cuba menggapai kesemua jenis ilmu yang pernah dikaji atau dihasilkan para sarjana Islam dahulukala. Maka itu digunakan perkataan Inggeris sciences (banyak jenis sains) juga perkataan Arab al-u'lum yang membawa maksud pelbagai jenis ilmu.

Masuk bab bahasa Arab ini harus diakui ia adalah kelemahan saya. Sesungguhnya sejumlah yang hadir terutama mereka yang pernah bersama UIAM sejak sarjana muda boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Arab yang baik malah ada menulis tesis dalam bahasa Al-Quran itu. Ada yang memang hafiz Quran pun dan saya lihat Osman sendiri pandai berbahasa Arab. Saya pula setakat pernah pernah belajar bahasa Arab semasa bersekolah agama di Muar tahun 1980an tapi selalu ponteng kelas dan main-main.

Pun begitu saya faham apa yang dihuraikan Osman seraya disambut pelajar-pelajar yang tahu bahasa Arab. Cuma tak ingat dan tak hafal lalu tidak dapat mengulangi penerangan . Cukuplah dikatakan hal ini dibincangkan cukup panjang lebar untuk menjawab kenapa Osman memilih tajuk tesis (yang menjadi tajuk buku) iaitu "Klasifikasi Ilmu Pengetahuan dalam Islam". Habis penerangan berkenaan baru beliau berhenti sejenak untuk membuka ruang soal jawab. Sebelum itu setakat ada pelajar mencelah untuk mendapatkan kepastian tentang penggunaan beberapa terma.

Seorang pelajar terus bertanya bagaimanakah tahap pengkajian klasifikasi ilmu Islam ini. Baru Osman masuk ke ayat kedua. Ia boleh diterjemahkan seperti berikut :-


Daripada al-Kindi pada abad ketiga/kesembilan hingga Shah Waliallah Delhi pada abad ke dua belas/kelapan belas, berturut-turut generasi sarjana Islam telah mengabdikan tidak sedikit bakat intelek dan kegeniusan mereka untuk mendalami tema ini. 


Maka diterangkan bagaimana usaha mengklasifikan  ilmu dalam Islam itu bermula akibat perkembangan zaman. Abad ketiga/kesembilan bermaksud ketiga Hijriah/kesembilan Masihi. Dikesan usaha sebegini menjadi mekar apabila kerajaan Daulah Abbasiyah mula mencapai kegemilangan di ibu kotanya Baghdad. Banyak kitab-kitab lama ilmu warisan sarjana Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ini adalah atas inisiatif khalifah yang sayangkan ilmu selain menyedari status empayar Islam yang sudah meliputi banyak wilayah ketamadunan lama seperti Mesir dan Parsi memerlukan mereka cakna dengan pelbagai jenis ilmu yang diwarisi daripada tamadun-tamadun lama tersebut. 





Terkeluarlah sekali bab al-Hikmah iaitu satu badan penterjemahan di Baghdad yang membawa kepada kewujudan perpustakaan terawal dalam dunia Islam diikuti kajian dan pengembangan ilmu-ilmu berkenaan. Bayangkan dua ayat awal daripada perenggan pertama bab mukadimah tesis atau buku pun sudah boleh membawa kepada begitu banyak huraian. Apatah lagi ayat-ayat seterusnya. Maka diterangkanlah kenapa ulamak-ulamak Islam zaman itu begitu berminat dengan karya-karya pemikiran tokoh-tokoh besar Yunani seperti Plato dan Aristotle. Ini kerana mereka dapat melihat kebenaran yang wujud di sebalik ajaran-ajaran mereka.

Bukan semua karya dan pemikiran tokoh Yunani dijadikan pelajaran lalu dikembangkan. Mana-mana yang dilihat ada bersifat keberhalaan atau tidak selari dengan pemahaman Islam ditolak oleh tapisan. Kata Osman justifikasi dibuat berdasarkan ayat Al-Quran menyatakan bahawa setiap umat pada setiap zaman ada menerima nabi atau pemberi ingat tentang kebenaran. Maka kebenaran boleh wujud daripada mana-mana pihak kerana boleh berasal daripada ajaran atau syariat nabi-nabi terdahulu.

Perkara ini ditapis luar dalam oleh para sarjana Islam sebelum digunapakai dan dikembangkan. Al-Farabi (870-950 Masihi) yang merupakan seorang tokoh Islam yang menjadi seorang daripada tiga tokoh utama rujukan dalam tesis menjadi pengasas aliran ahli falsafah-saintis yang dipanggil sebagai Mashsha'I. Ia adalah bahasa Arab merujuk kepada golongan atau pengikut aliran pemikiran Peripatetic yang diasaskan oleh Aristotle di Yunani purba pada abad ke-empat sebelum Masihi. Nama Mashsha'I atau Peripatetic itu merujuk kepada cara Aristotle mengajar iaitu dengan membawa anak-anak muridnya berjalan-jalan dalam taman sambil berdialog mengenai ilmu atau suatu kejadian. Tokoh perubatan terkenal, Ibnu Sina juga termasuk dalam golongan ini.




Menurut Osman usaha pengaplikasian ilmu-ilmu Yunani purba terutama berbentuk falsafah masuk ke dalam dunia Islam itu adalah usaha pertama Islamisasi ilmu pengetahuan. Terma Islamisasi ini mula terkenal tahun 1970an melalui gagasan pemikir besar tempatan bertaraf dunia, Tan Sri Profesor Syed Naquib al-Attas yang merupakan pengasas ISTAC. Namun proses yang dimaksudkan iaitu menerima dan mengembangkan apa-apa sahaja ilmu, daripada apa sekali sumber asalkan berguna dan tidak melanggar konsep ketauhidan dan ajaran Islam sudah dilakukan sejak sebelum Farabi lagi. Osman memberitahu penyair terkenal Omar Khayyam yang juga seorang pakar matematik Islam adalah orang yang memulakan kerja klasifikasi ilmu (Allah! Saya sangat minat koleksi syair beliau yang dipanggil sebagai Rubaiyat ketika belajar di London tahun 1991-1995 dahulu)


Begitu banyak ilmu terkeluar melalui syarahan dan perbincangan, begitu banyak dicurahkan sehingga saya terasa hendak menangis terharu. Terkeluar kupasan Al-Ghazzali tentang falsafah dan ilmu, bantahan Ibnu Rusd dan berbagai lagi yang tidak larat untuk saya panjangkan dalam artikel ini. Saya begitu terharu  kerana mengingatkan betapa diri ini begitu sayangkan ilmu sejak sekolah tadika lagi sehingga sanggup membuka 6 jilid ensaiklopedia orang dewasa sekali gus untuk membuat rujukan silang. Tetapi apabila ke sekolah rendah dan seterusnya berurusan dengan orang ramai pemahaman dan rasa cinta tentang ilmu didapati sangat berlainan sehingga saya selalu mengalami konflik dalaman. 

Keadaan inilah yang menyebabkan saya menjadi rebel atau pemberontak sehingga beberapa kali dibuang sekolah juga kolej. Kini di ISTAC saya merasa selesa menjadi pelajar kembali malah tidak pernah ponteng kelas kecuali harus membuat perjalanan ke luar negara yang sudah dirancang lama sebelum memasuki institusi (rujuk Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation). Syarahan ini pula membuat saya terasa begitu puas dan gembira sehingga buat pertama kali sejak mengenali Osman saya ke hadapan selepas syarahan semata-mata untuk mencium tangan beliau lalu menyatakan rasa seraya mengakui beliau sebagai Sheikh dalam pembelajaran.

Untuk perkongsian ini cukuplah ditambah sedikit lagi. Antaranya bahawa klasifikasi ilmu pengetahuan harus dibuat supaya jelas keutamaan juga dapat dikelompokkan beberapa jenis ilmu yang berkaitan. Osman memberitahu al-Farabi mengambil pendekatan begini :-


1. Klasifikasi ilmu yang pertama adalah melibatkan bahasa. Tanpa bahasa kita tidak boleh menangkap atau memahami apa-apa ilmu.

2. Logik. Dengan aturan logik baru suatu ilmu boleh difahami dengan baik.

3. Matematik. Selepas bahasa dan logik ia adalah cabang ilmu terbaik untuk menggapai segala sesuatu. Cuma kaedah pengajaran matematik yang digunakan semasa zaman kegemilangan Islam tidak lagi dipakai pada zaman moden (rujuk perbincangan berkenaan dalam artikel Menerbitkan sistem pengajaran matematik dan sains yang bebas daripada belenggu pemikiran Barat

Menariknya matematik dikatakan seiring dengan muzik. Menurut Osman begitulah halnya dahulukala sehingga hampir zaman moden pun mereka yang hendak mendaftar untuk pengajian muzik  di University of Oxford juga University of Cambridge harus melakukannya di jabatan matematik. Ini disebabkan muzik secara rasmi termasuk dalam cabang ilmu matematik.


Begitu banyak perkara dan ilmu terkeluar dalam syarahan 2 jam ini sehingga peringatan Osman tentang pengalaman mengupas buku di Brunei menjadi kenyataan. Ini baru kupasan daripada muka surat pertama iaitu permulaan bab mukadimah. Itupun belum cukup satu muka surat sebenarnya kerana belum masuk kupasan perkara atau sub-topik ke-2 yang perenggannya bermula pada bawah muka surat sama. Cuma memang ada lompat melompat campur aduk perkara daripada tajuk-tajuk dan perkara-perkara seterusnya muncul dalam kupasan sub-topik 1 itu kerana memang saling berkaitan.

Begitu senang dan rasa kenyang jiwa sehingga saya orang pertama menyatakan kelas syarahan kupasan buku "Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Dalam Islam" ini harus diadakan setiap minggu. Dengan itu tetaplah masa syarahan di bilik sama, bilik kuliah 8 ISTAC pada setiap hari Isnin jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Selepas itu bolehlah diadakan perbincangan secara empat mata dengan Osman untuk menangani tesis saya. Sekian perkongsia daripada saya tentang syarahan yang mengujakan ini...




Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam kajian

$
0
0
Salam hari Selasa 12 Rejab. Kalau ikutkan rancangan Sabtu lalu saya dan keluarga mahu menghadiri satu acara persilatan di Hulu Langat kemudian kembali ke kampung ibu saya di Muar. Esoknya petang Ahad singgah satu majlis salawat melibatkan kawan-kawan persilatan di Melaka sebelum kembali ke rumah kami di Sungai Buaya, Rawang, Selangor. Tetapi sampai masa untuk bergerak kami suami isteri dilanda rasa penat yang amat sangat. Akibat itu kami setakat berehat di rumah, ada keluar pun setakat untuk makan malam kemudian membeli barang keperluan di Bukit Sentosa 13 km dari rumah.

Pagi semalam Isnin 11 Rejab saya keluar menghadiri satu syarahan di tempat saya belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun di Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Walaupun rasa tak sedap badan dan ada sedikit demam-demam tetap digagahkan juga walaupun gangguan sakit perut yang muncul ketika hendak keluar menyebabkan saya sampai lambat. Apapun syarahan tersebut adalah sambungan daripada satu siri syarahan yang baru dimulakan Isnin seminggu lepas. Cerita tentang syarahan pembukaan sudah dikongsikan dalam artikel bertajuk Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan. Ini menyambung daripada syarahan lepas...


Saya masuk ke kelas jam 10.40 pagi. Difahamkan syarahan sudah bermula dalam 15-20 minit sebelum itu.


Nasib baik ada kawan dapat memberitahu apa yang saya terlepas. Beliau adalah  seorang kawan lama daripada zaman kolej (duduk satu bilik) kemudian sama-sama ke United Kingdom awal tahun 1990an tetapi lain-lain universiti dan bidang. Beliau yang turut datang minggu lepas memberitahu ada orang bertanya lagi tentang islamisation of knowledge iaitu islamisi ilmu pengetahuan ketika syarahan hendak bermula. Difahamkan jawaban yang diberikan lebih kurang sama seperti pada syarahan minggu lepas. Oleh itu biar dicopy paste sedikit yang telah saya tulis tentang itu dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan.


Menurut Osman usaha pengaplikasian ilmu-ilmu Yunani purba terutama berbentuk falsafah masuk ke dalam dunia Islam itu adalah usaha pertama Islamisasi ilmu pengetahuan. Terma Islamisasi ini mula terkenal tahun 1970an melalui gagasan pemikir besar tempatan bertaraf dunia, Tan Sri Profesor Syed Naquib al-Attas yang merupakan pengasas ISTAC. Namun proses yang dimaksudkan iaitu menerima dan mengembangkan apa-apa sahaja ilmu, daripada apa sekali sumber asalkan berguna dan tidak melanggar konsep ketauhidan dan ajaran Islam sudah dilakukan sejak sebelum Farabi lagi. 


Saya lihat ada yang hadir minggu lepas tidak ada pada pagi semalam. Ada pula yang tiada minggu lepas muncul kali ini termasuk seorang lagi kawan lama saya daripada zaman kolej (juga duduk satu bilik kemudian ke UK lain universiti dan bidang). Oh. Kawan yang disebut awal tadi adalah seorang peguam yang kini bertukar arah menjadi seorang kartunis. Kebetulan bapanya, seorang kaki tangan kerajaan peringkat tinggi tahun 80an dan 90an bergelar Tan Sri dikenali Osman kerana pernah menjadi pengarah di UM ketika Osman menjadi naib canselor. Kawan lagi satu pun lulusan undang-undang tetapi kemudian menjadi wartawan berita umum di akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail bermula awal 1996 kalau tak salah. 

Sekadar berkongsi kisah silam. Saya masuk menjadi wartawan akhbar The Sunday Mail (edisi mingguan Malay Mail) kemudian akhbar berbahasa Inggeris utama The New Straits Times hampir penghujung 1997. Kami bekerja dalam satu bangunan pejabat malah tingkat dan ruang besar yang sama di Jalan Riong, Bangsar. Selepas beberapa lama saya dimasukkan ke meja sukan sementara kawan tersebut memberikan penumpuan terhadap dunia permotoran. Saya keluar penghujung tahun 2001 lalu menjadi seorang pengembara dan penulis besar. Beliau menjadi wartawan bebas yanng masih aktif dalam dunia permotoran, selalu dipanggil untuk menguji lalu mengulas tentang kereta model baru sehinggalah sekarang...


Ini gambar saya diambil dari belakang oleh kawan peguam @ kartunis tadi. Kelihatan banyak nota dicatatkan beliau menggunakan tablet yang juga berperanan sebagai medan lukis kartun. Kawan ini pernah menjadi penulis majalah berbahasa Inggeris sebelum memberikan tumpuan terhadap kerja-kerja guaman. Kelulusan profesyional guaman (selepas ijazah undang-undang) diperolehi daripada Lincoln's Inn di London, satu institusi ternama di mana ramai ahli politik berwibawa Malaysia memperolehi gelaran peguam. Tetapi kawan ini tidak pernah berminat ke arah itu. Selepas beberapa lama beliau lebih aktif melukis kartun dengan tema-tema nasihat selain berunsur keSufian.


Kata kawan tersebut selepas menjawab pertanyaan tentang islamisasi pensyarah pun bercerita tentang tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam buku. Tentang pensyarah dan buku biar diulang sedikit apa yang sudah pun dipanjangkan dalam artikel lalu iaitu pensyarah adalah Sheikhul Kulliyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar.  Syarahan adalah tentang buku beliau bertajuk "Classification of Knowledge in Islam". Buku berbahasa Inggeris ini pertama kali diterbitkan tahun 1992 oleh Institut Kajian Dasar di Kuala Lumpur.  Selepas itu ia diterbitkan lagi oleh beberapa pihak juga dialihbahasa ke dalam beberapa bahasa utama dunia Islam. Sebenarnya ia adalah hasil kajian berupa tesis PhD Osman di Temple University, Amerika Syarikat tahun 1988 yang dibukukan untuk bacaan awam. 


Syarahan minggu lepas meliputi tidak sampai pun satu muka surat buku akibat pelbagai penerangan yang diberikan tentang ayat demi ayat juga diskusi-diskusi yang timbul secara spontan akibat proses soal jawab. Syarahan kali ini menyambung dengan perkara 2 dalam Bab Mukadimah atau pengenalan.




Perkara 2 itu adalah sub-topik bertajuk Classification Chosen for Study. Saya terjemahkan ini sebagai "Klasifikasi Yang Dipilih Untuk Kajian".




Disebutlah tentang pemilihan tiga orang tokoh besar ilmuwan yang dunia pemikiran dan cara mereka mengklasifikasikan atau menghimpun bidang-bidang ilmu menurut kriteria-kriteria tertentu menjadi bahan kajian yang mengisi tesis/buku. Mereka adalah :-


1. Al-Farabi (hidup tahun 258-339 Hijrah bersamaan 870-950 Masihi)

2. Al-Ghazzali (hidup 450-505H/1058-1111M)

3. Qutb al-Din al-Shirazi (634-710H/1236-1311)


Pemilihan dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan. Pertama, setiap tokoh pemikir adalah sama ada pengasas atau wakil terkemuka bagi satu sekolah pemikiran (boleh juga disebut aliran atau mazhab fikir) utama dalam dunia Islam. Falsafah yang membentuk pemikiran setiap tokoh turut dikongsi atau menjadi pegangan ramai pemikir lain baik sezaman mahupun kemudian. Menurut Osman, tokoh pemikir besar moden Islam, Seyyed Hossein Nasr (boleh Google nama besar ini - sejumlah buku beliau menjadi bacaan saya dalam mengenali dunia Sufi dan Tasawuf semasa belajar dalam bidang matematik di London tahun 1991-1995) telah menunjukkan bahawa dalam sejarah intelektual Islam mengidentifikasikan atau mengaitkan suatu aliran/mazhab dengan suatu tokoh adalah suatu perkara yang boleh diterima ataupun sah.

Untuk pengetahuan, Hossein adalah guru falsafah dan ketamadunan Islam juga penyelia tesis PhD Osman di Temple University tahun 80an. Sekarang sukacita dimaklumkan (rasanya tak salah untuk mengulangi ini beberapa kali) Osman pula adalah penyelia tesis Masters saya di ISTAC. Kalau panjang umur dan ada rezeki insyaallah beliau juga akan menyeliakan PhD saya di institut ini. Sekurang-kurangnya beliau ada menyatakan kesediaan asal saya sanggup bersabar mengikuti jadual dan rentak pembelajaran yang diatur beliau. 

Kembali kepada syarahan. Menurut Osman pemilihan tiga orang tokoh - Al-Farabi, Al-Ghazzali dan Al- Shirazi membolehkan kajian beliau untuk meliputi perspektif atau sudut-sudut pandang utama dalam dunia intelektual Islam. Klasifikasi yang dibuat oleh setiap individu tersebut boleh dilihat sebagai gambaran falsafah yang dipegang mereka juga pegangan aliran intelektual 'sekolah'. Kata Osman beliau bercita-cita tinggi dengan pemilihan tiga orang tokoh ini sebagai sumber dan rujukan dalam kajian. Beliau percaya pemilihan ini dapat meliputi keseluruhan aspek tradisi keilmuan Islam silam yang kemudian turut menjadi asas naiknya ketamadunan tinggi Barat di Eropah abad ke-15 Masihi dan kemudian.

"Tetapi cita-cita besar saya ini ada harganya," beliau memberitahu kelas. "Saya tidak dapat menyiapkan tesis PhD dalam tempoh asal sepatutnya iaitu 3 tahun."

Menurut Osman, beliau yang semasa itu terikat dengan Universiti Malaya ditaja untuk tempoh 3 tahun sahaja. Namun begitu ada peruntukan untuk menambah tempoh lagi setahun tetapi beliau kena mencari kerja untuk menampung kos kehidupan. "Saya jadi teaching assistant (pembantu pengajar) sambil meneruskan pengajian". 

Teringat pula bagaimana saya sendiri menghadapi tahun akhir pengajian sarjana muda matematik di University College of London pertengahan tahun 1994 hingga 1995. Ketika itu saya tidak lagi menerima elaun bulanan malah nyaris-nyaris tidak dapat ijazah kerana dilarang menduduki peperiksaan akibat tidak membayar yuran tahun akhir (yuran saya dahulu sekitar RM30,000 setahun. kos hidup, sewa rumah/bilik, pengangkutan, makan minum memakan RM20,000 lagi setahun). Apa yang berlaku adalah salah sendiri. Saya gagal dalam peperiksaan dan penilaian tahun dua lalu disuruh mengulang tetapi tidak memberitahu pihak penaja kerana takut disuruh kembali ke Malaysia lalu dimarahi ayah. Sepatutnya saya tamat pengajian pertengahan 1994. Sebaliknya saya masuk tahun akhir pada waktu itu lalu tidak diberikan lagi elaun.

Dalam tempoh waktu berikut saya membuat pelbagai macam kerja sambilan termasuk menjadi pembantu perpustakaan di universiti dan ahli dapur kantin. Dekat-dekat sampai waktu nak peperiksaan akhir tiba-tiba mendapat surat tidak boleh menduduki peperiksaan kerana tidak membayar yuran. Nasib baik Jabatan Pelajar Malaysia di London membantu menyelesaikan dengan membayar jumlah yang diperlukan. Dengan itu dapatlah saya segulung ijazah kepujian dalam bidang matematik walau tidak sebaik yang diharapkan.

Ah. Melalut pula saya melepaskan cerita dan perasaan akibat apa yang dikongsikan Osman. Sebetulnya apa yang berlaku - kenapa boleh gagal tahun dua, krisis pemikiran masuk bab kebatinan yang menjadi pengenalan nyata saya kepada hakikat dunia Tasawuf di luar pembacaan biasa dan cakap-cakap telah diluahkan panjang lebar dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006).  Dalam kes Osman pula, selepas 3 + 1 tahun PhD masih lagi tak siap kerana skop luas kajian akibat cita-cita tinggi mahu meliputi segenap bidang dunia keintelektualan Islam silam. Pengajian harus diteruskan sedangkan UM memberikan syarat selepas setengah tahun lagi wajib kembali ke Malaysia seraya menyambung pekerjaan sebagai pensyarah.

Dengan itu kajian dan penulisan tesis disambung di Malaysia. Bila dah betul-betul siap baru ke Amerika Syarikat untuk dinilai lalu mempertahankan kajian. Dengan cara itu tesis PhD yang mula ditulis tahun 1983 mendapat pengiktirafan tahun 1988 lalu Osman pun bergelar Dr dalam bidang ketamadunan Islam.




Berbalik kepada 3 tokoh dalam kajian. Secara umum Al-Farabi dianggap sebagai pengasas satu sekolah atau aliran/mazhab falsafah Islam yang paling terkemuka iaitu aliran Mashsha'i. Dalam kajian Barat ia juga dikenali sebagai aliran Peripatetic. Ini kerana aliran ini mengangkat dan mengaplikasikan cara pemikiran dan falsafah yang diasaskan oleh tokoh besar Yunani purba iaitu Aristotle pada abad ke-4 sebelum Masihi (Peripatetic memang nama aliran tersebut di Yunani).

Tentang bagaimana dan kenapa cara pemikiran Yunani boleh diangkat dan diterima Islam sudah diceritakan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan. Sekadar menambah secara rata perkembangan dunia keintelektualan Islam boleh dikatakan bermula apabila khalifah-khalifah Bani Abbasiyah mendirikan satu perpustakaan bernama Baitul Hikmah di Baghdad penghujung abad ke-8. Daripada itu satu gerakan menterjemahkan buku-buku klasik termasuk daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab pun bermula lalu ilmu-ilmu dalamnya dikaji dan diselidiki. Setelah beberapa lama muncul-muncul tokoh-tokoh seperti Al-Kindi (hidup 801-873 Masihi) menjunjung tinggi ilmu falsafah Aristotle lalu wujudlah aliran Mashsha'i atau 'Peripatetic Islam'.

Namun Osman tidak memilih Al-Kindi untuk kajian sebaliknya mengangkat Al-Farabi yang lahir 3 tahun sebelum Al-Kindi meninggal dunia. Katanya Al-Kindi sekadar mengulangi ajaran-ajaran Aristotle sedangkan Al-Farabi membuat analisis lalu memasukkan beberapa pemikiran baru. Dengan itu Al-Farabi lebih layak untuk mewakili aliran Mashsha'i yang secara rata mendefinisikan ilmu pengajian falsafah dalam dunia Islam. Dua abad selepas itu baru muncul Al-Ghazzali untuk menyangkal pemikiran falsafah yang pada waktu itu sudah jadi terlebih-lebih sehingga mengancam pemikiran dan pengajaran tradisi Islam terutama melibatkan tauhid.

Al-Ghazzali mewakili aliran Kalam atau Mutakalimun. Ia adalah aliran theology Islam - saya tak pasti apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk teologi, ia adalah ilmu berkaitan tauhid. Dalam kes Islam ia melibatkan kepercayaan asas seperti rukun Iman. Ilmu Kalam tercipta untuk menyanggah serangan ahli-ahli theology Kristian dan Yahudi terhadap Islam.

Ah. Kewalahan saya kalau mahu menceritakan semua perkara yang timbul dalam syarahan. Terlalu banyak perkara disentuh kerana memang berkaitan sekurang-kurangnya bagi mereka yang berfikiran luas lalu boleh merentas pelbagai disiplin ilmu sambil melihat bagaimana ia saling terkait seperti dahan-dahan atas sebatang pokok yang sama. Sekarang biarlah penumpuan dibuat kepada ayat-ayat atau teks tesis/buku yang dibincangkan. Terus kepada Al-Shirazi sebagai tokoh ketiga sumber dan rujukan. Beliau yang muncul dua abad selepas al-Ghazzali disebut sebagai seorang yang betul-betul dapat dipanggil sebagai saintis menurut neraca yang digunapakai sekarang iaitu empiricm - empirisma. Ini adalah konsep yang mana setiap ujikaji boleh diulang di mana-mana tempat/makmal lalu menerbitkan hasil yang sama.




Untuk maklumat lanjut sila cari sendiri dengan kemudahan maklumat di hujung jari melalui Internet. Perenggan seterusnya untuk sub-topik ke-2 Bab Mukadimah menyebut faktor atau pertimbangan kedua dalam memilih tiga tokoh. Al-Farabi mewakili tempoh masa penting di mana kajian intensif tentang ilmu-ilmu falsafah dan sains bermula. Termasuk di dalamnya adalah matematik dan sains semula jadi. Al-Ghazzali pula wujud ketika berlaku konflik dan pergeseran besar antara falsafah dengan Kalam. Ketika itu juga berlaku perselisihan politik dan keagamaan antara puak Sunni (Ahlus Sunnah wal-Jamaah) dengan Syiah. Tak cukup itu berlaku juga tekanan kebatinan (spiritual) antara pemahaman dalaman (esoteric) orang Sufi (bersifat khas untuk mereka yang mampu mencapainya sahaja) dengan pemahaman luaran (exoteric) ahli Feqah yang bersifat umum untuk difahami orang awam.




Qutb al-Din al-Shirazi pula muncul pada zaman perubahan yang sangat signifikan dalam sejarah umum peradaban Islam. Beliau menyaksikan kejatuhan ibu kota Kekhalifahan Abbasiyah iaitu Baghdad ke tangan puak Mongol tahun 1258asar . Akibat serangan Mongol yang bersifat kasar lagi gasar banyak pusat intelektual dan agama dimusnahkan. Tidak lama kemudian muncul satu era baru falsafah sains Islam yang mekar. Al-Shirazi dan guru beliau Nasir al-Din (Nasiruddin) al-Tusi berada di hadapan pergerakan intelektual yang menghidupkan kembali ilmu-ilmu sains selepas kejatuhan Baghdad. Cukup perkongsian.



Bila Rumi menari...

$
0
0

Rasanya ramai pernah mendengar satu lagu M. Nasir yang bertajuk "Bila Rumi menari". Ia adalah salah satu lagu menarik penuh dengan rasa keSufian dalam album beliau bertajuk "Phoenix Bangkit" tahun 2001. Ini ada satu cerita yang berkenaan.


Merujuk kepada artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam kajian yang dipersembahkan petang tadi. Sudah disebut ia adalah tentang syarahan yang dihadiri di ISTAC pagi Isnin semalam. Adapun selepas itu saya bercadang untuk menghadiri satu acara melibatkan seni ukir halus kayu pada belah petang kemudian acara melibatkan tarian Sufi Turki belah malam. Tetapi apabila mendapati laluan ke dua-dua tempat acara mencapah jauh antara satu sama lain saya membatalkan rancangan untuk ke acara seni ukir. Ini kerana ia terletak jauh ke timur selatan Kuala Lumpur sedangkan tarian itu di Sentul, hampir kepada laluan saya kembali ke rumah dari ISTAC.

Tentang acara tarian boleh dilihat dalam poster atas. Sementara menunggu masa untuk ke sana saya berlegar-legar di ISTAC. Dapatlah mengadakan perbincangan panjang lebar tentang tesis saya bersama penyelia, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Setelah sekian lama beliau kesibukan dengan banyak perkara baru kali ini betul-betul mendapat perkembangan konkrit termasuk memberikan tajuk baru sesuai dengan rancangan dan cara beliau mahu mengangkat kajian saya ke peringkat lebih tinggi.


Hampir waktu Maghrib baru meninggalkan ISTAC lalu menuju ke pusat bandar raya dengan niat untuk berbuka puasa nasi kandar di sebuah restoran kegemaran. Oleh kerana sudah masuk waktu Maghrib dalam perjalanan saya berbuka dengan teh halia dahulu di sebuah restoran lain tepi jalan kemudian menunaikan solat Maghrib di masjid Kampung Baru. Selesai itu baru betul-betul makan. Dipendekkan cerita selepas jam 9 malam baru dapat sampai ke lokasi majlis tarian Sufi iaitu Kuala Lumpur Performance Arts Centre (Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur) di satu bahagian Sentul, lebih setengah jam lewat daripada waktu yang dijadualkan. 

Tengok-tengok cantik tempat. Cuma cita rasanya menggambarkan ia lebih sesuai untuk golongan liberal menikmati seni tanpa had. Majlis malam ini pula melibatkan ilmu kebatinan dan kerohanian Sufi dan Tasawuf. Tetapi orang yang tidak dapat menghargai daripada segi keagamaan pun boleh menikmatinya daripada sudut seni, gaya dan rupa. Paling tidak pun seronok dapat bergaul dalam kalangan orang bercita rasa tinggi (konon). Yang pasti acara sebegini digemari golongan elit apa lagi duta Turki ke Malaysia turut hadir lalu ada senarai dif-dif kehormat.


Sudah nampak bagaimana ia kena mengena dengan Rumi? Kan terpapar pada poster promosi acara termasuk yang kelihatan dalam gambar ini? Oh, mungkin tak semua mengenali siapakah tokoh besar ini. Untuk pengetahuan nama Rumimerujuk kepada satu sosok tubuh badan yang dikenali dengan panggilan penuh Maulana Sheikh Jalaluddin Rumi. Dilahirkan di Balkh dalam wilayah Khorasan (dekat Afghanistan sekarang) tahun 1207 Masihi beliau dibawa keluarga berpindah ke Turki yang juga dikenali sebagai Rum dalam dunia Islam apabila kawasan asalnya diserang puak Mongol/

Mereka menetap di Konya, satu kota utama dalam Empayar Seljuk (1037-1194). Daripada pecahan Empayar Seljuk muncul Kesultanan Rum (1077–1307) dengan Konya menjadi ibu kota. Pada tahun  1244M Rumi bertemu dengan seorang sheikh Tasawuf misteri bernama Syamsuddin at-Tabrazi. Sejak itu Rumi yang sudah dikenali sebagai seorang penyair Sufi menjadi semakin spiritual. Selepas beberapa lama beliau mengarang kitab Mathnawi. Ia penuh dengan bait-bait kecintaan menyatakan kerinduan seorang salik yang sibuk mencari jalan untuk kembali ke dalam kesatuan keesaan Ilahi.  


Kitab Mathnawi (terjemahan bahasa Inggeris) ini pernah menjadi salah satu bacaan kegemaran saya ketika mengalami krisis dalam kepercayaan hidup, krisis bersifat spiritual semasa belajar di London tahun 1991-1995. Bait-bait awal sudah cukup mengesankan sehingga boleh membuat ramai orang menangis.Yang saya ingat ia bermula dengan kisah bagaimana serunai tercipta daripada batang sejenis pokok yang biasa ditemui di tepian sungai. Ia dipotong seperti straw kemudian dikorek lubang-lubang supaya boleh dimainkan bunyi dan lagu.


Sambil pembuatan serunai dan permainan diceritakan disisip kaitan dengan kita sebagai makhluk dengan Allah SWT sebagai Pencipta. Asalnya serunai bersatu dengan pokok tetapi ia kemudian terpisah. Disebabkan rasa terpisah itu ia rindu. Setiap kali dimainkan semakin mendalam rasa rindu untuk kembali kepada kesatuan yang haq dan mutlak.


Mereka yang ada menekuni pengajian Tasawuf dan Sufi harus faham apa yang tersurat dan tersirat tentang ini. Selain menjadi penyair Rumi juga adalah seorang sheikh satu tariqat yang dikenali sebagai Mehlevi.


Tariqat ini berkembang pesat di Turki terutama di Konya. Persembahan tarian Sufi yang disaksikan ini memang didatangkan khas dari sana oleh satu badan Turki.


Tariqat ini terkenal seluruh dunia kerana memiliki tarian Sufi berbentuk orang-orang lelaki berpusing-pusing lawan arah jam sambil tenggelam dalam dzauq atau kenikmatan mengingati ilahi.


Sebetulnya ada cerita ringkas tetapi sangat bermakna tentang asal-usul  tarian ini. Daripada sumber Tariqat Naqsyabandiyah saya diberitahu ia sebenarnya dimulakan oleh sahabat paling rapat baginda Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Abu Bakar RA. Diberitakan pada suatu hari Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah apakah Allah SWT redha terhadapnya. Jawab Nabi kalau Abu Bakar redha dengan Allah maka Allah redha dengannya. Maksudnya kalau kita sanggup menerima segala takdir buruk baik susah senang daripada Allah dengan hati yang penuh redha maka Allah pun redha dan menerima keadaan kita seadanya.


Mendengarkan jawaban itu Abu Bakar menjadi sangat gembira. Beliau mengulang perkataan "Kalau kamu redha dengan Allah maka Allah redha denganmu." Sedar tak sedar beliau mula berpusing lawan arah jam sambil mengulang lagi kata-kata itu lalu tenggelam dalam nikmat mengingati Allah.


Kalau tengok keadaan mereka boleh berpusing sehingga berjam-jam tentu kita boleh jadi pening. Bagaimana mereka boleh bertahan terus berpusing begitu sedangkan kebanyakan orang kalau buat seminit dua pun boleh pening lalu jatuh tumbang.


Alhamdulillah saya mendapat jawabannya dalam satu majlis zikir Tariqat Naqsyabandiyah yang kebetulan dihadiri seorang tetamu luar negara yang juga mengamalkan Tariqat Mevlevi warisan Rumi. Kata beliau jika kita berpusing dengan zikir dan niat yang betul sehingga hilang rasa ego kita tidak akan pening. Yang menyebabkan rasa pening itu adalah ego.


Saya sempat menerima ijazah tarian pusing Mevlevi sambil bersama sejumlah hadirin melakukannya. Yang dimaksudkan ego di sini bukan sekadar rasa besar diri, berbangga, amarah dan sebagainya tetapi rasa wujud diri. Hilangnya ego bermaksud hilangnya rasa 'keakuan; diri. Tidak ada lagi rasa aku kerana sudah 'larut' dalam keesaan sang Pencipta.


Tarian pusing Sufi Mevlevi ini diiringi permainan muzik tradisional dan bacaan kitab Mathnawi dalam bahasa Turki. Tamat sahaja majlis lalu lampu dibuka dapat dilihat ramai betul yang hadir. Tak tahu le berapa ramai yang betul-betul boleh menghayati...





Saya sempat menemui beberapa orang kenalan juga kawan lama selepas majlis. Ada juga pelajar dari ISTAC, ada adik sepupu saya bersama suaminya. Seorang anak muda rakan aktivis silat menawarkan untuk mengambil gambar saya berlatarbelakangkan ahli-ahli tarian. Saya pun layan...


Tentang isi kitab Mathnawi sila Google sendiri. Harus diberitahu saya sebenarnya takut hendak membacanya dengan penuh faham. Sebabnya setiap kali baca akan timbul rasa kerinduan yang amat sangat terhadap Ilahi sehingga timbul rasa untuk keluar mengembara jauh meninggalkan segala perkara termasuk anak isteri. Kehendak sebegitu selalu muncul dalam kehidupan saya, cuma pada kadar terkawal yang mana saya boleh berbincang dengan isteri untuk keluar mengembara bersendirian dalam suatu waktu yang tidak berapa lama sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga. Untuk mengakhiri artikel ini biar dikongsikan lirik penuh lagu "Bila Rumi Menari"...



Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu

Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih


Nota : Baru teringat kurang 2 minggu lalu. Saya masuk ke masjid ISTAC ketika tiada orang lain langsung, tiba-tiba timbul rasa untuk berpusing lawan arah jam seperti tarian Sufi Mevlevi Rumi. Rasanya dekat 5 minit saya berbuat begitu sebelum berhenti begitu sahaja. Namun ruang dan masjid terasa terus berpusing sehingga saya hilang keseimbangan lalu jatuh terjelepuk ke lantai permaidani.

Ternyata rasa terlupa tentang cara untuk memulakan tarian seperti pernah diijazahkan lebih 10 tahun lalu. Tetapi saya layan juga kerana muncul desakan tiba-tiba. Ketika berbaring selepas jatuh terjelepuk itu ruang dan masjid terus terasa berpusing sebelum ia menjadi perlahan lalu berhenti. Pening rasa mual nak muntah semua ada. Maklumlah manusia biasa. Bukan senang hendak menghilangkan ego 'keakuan' diri.


Menekuni pemikiran kosmopolitan dan reformasi Hamka untuk dimanfaatkan umum

$
0
0
Subhanallah. Tempat saya belajar kini iaitu ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam semakin rancak dengan majlis-majlis ilmu. Rasa tak menang tangan nak hadiri semua kemudian mengulas tentangnya. Namun atas dasar sayangkan ilmu kemudian terasa harus berkongsi saya cuba juga untuk menghadiri mana-mana yang sempat dan dapat...


Dalam artikel Majlis ta'aruf pelajar baru dan lama - Membuka semester baru di ISTAC yang ditulis lebih sebulan lalu ada disenaraikan tajuk dan pautan bagi 15 artikel tentang majlis-majlis yang dihadiri di ISTAC sejak mula rajin bertandang ke kampusnya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur awal tahun lepas. Kemudian saya masuk sebagai pelajar pasca-siswazah September itu. Dalam tempoh sebulan kebelakangan pula saya menulis 5 lagi artikel mengulas tentang majlis-majlis ilmu di ISTAC. 

Tahun ini memang semakin rancak. Antara acara yang mula diadakan secara bersiri sejak tahun baru 2019 adalah majlis diskusi buku setiap sebulan sekali. Lalu sampailah masa untuk majlis ke-3 diskusi  berlangsung seperti dipromosikan dalam poster atas.




Cuma baru 2 minggu lebih kebelakangan ini satu siri baru syarahan dimulakan oleh Sheikhul Kuliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar untuk membincangkan satu buku tulisan beliau merangkap tesis PhDnya tahun 1988 bertajuk "Classifications of Knowledge in Islam". Ia diadakan pada pagi Isnin lalu slot diskusi buku harus dialih kepada hari lain. Lihat Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan diikuti Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam kajian.


Ketika saya sampai ke bilik majlis jam 10.08 ia sudah kelihatan hampir penuh. Selepas itu saya dapat melihat ada lagi hadirin muncul sedikit demi sedikit sehingga melebihi had bilik. Terdapat beberapa orang tokoh akademik terkemuka bersama memeriahkan suasana. Ada dua orang bekas menteri kabinet Malaysia hadir mengikuti majlis.


Dalam poster atas sudah dinyatakan bahawa majlis kali ini mahu mendiskusikan buku bertajuk "Hamka and Islam : Cosmopolitan Reform in the Malay World".  Ini boleh diterjemahkan sebagai "Hamka dan Islam : Reformasi Kosmopolitan dalam Dunia Melayu". Osman sebagai pengerusi memperkenalkan penulisnya  sebagai Profesor Dr Syed Khairudin Aljunied, seorang rakyat Malaysia yang mengajar di National University of Singapore (Universiti Kebangsaan Singapura). Ini juga pengenalan yang diberikan dalam poster juga sebaran am majlis melalui Facebook ISTAC dan WhatsApp walau Khairuddin sebetulnya belum bergelar profesor penuh kerana jawatannya adalah Profesor Madya (dalam bahasa Inggeris disebut Associate Professor). 

Poster juga menyebut buku akan diulas oleh dua tokoh akademik berikut :-


1. Dato' Dr. Mohd Nor Manuty - Pengerusi lembaga pengarah UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu).

2. Profesor Dato' Dr. Ahmad Murad Merican - CenPRIS, USM (Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang)


Osman menambah seorang lagi tokoh sebagai pengulas. Beliau adalah Ustaz Drs Afif Hamka, seorang pendidik dari Indonesia. Istimewanya Afif ini adalah anak kepada Hamka, tokoh besar Islam Indonesia yang pemikirannya mahu dibedah dalam buku. Beliau baru 2-3 hari dihubungi agar menyertai majlis.


Bagi rakyat Malaysia dan Indonesia atau sekurang-kurangnya mereka yang mengikuti perkembangan dunia sastera Melayu dan pengajian agama, nama Hamka iaitu singkatan bagi Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama beliau begitu besar sebagai tokoh intelektual Alam Melayu abad ke-20 Masihi. Tulisan-tulisannya termasuk novel-novel terkenal, Di Bawah Lindungan Ka'bah dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck sudah menyebar luas sejak tahun 1930an lagi. Hamka yang lahir tahun 1908 dikenali sebagai ulamak besar, sasterawan, pendakwah, reformis malah pejuang melawan penjajah Belanda dan banyak lagi.

Kalau ikut giliran dan tajuk buku majlis diskusi yang merupakan kali ke-3 di ISTAC ini harus dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris (acara diadakan bergilir-gilir buku bahasa Inggeris diikuti bahasa Melayu). Tetapi disebabkan Ustaz Afif lebih selesa bertutur dalam bahasa Indonesia (sebenarnya bahasa Melayu yang diadaptasikan untuk penyatuan rakyat seluruh Indonesia) maka majlis kali ini akan diadakan bercampur bahasa. Namun bahasa Inggeris tetap dijadikan pengantar utama kerana ada hadirin antarabangsa yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Selepas menyatakan hal tersebut Osman pun memperkenalkan buku yang mahu dibincangkan dalam majlis. Ia baru diterbitkan oleh Cornell University Press tahun 2018. Ini adalah penerbitan universiti terkemuka Cornell yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat. Sebelum memperkenalkan penulis buku beliau memberitahu dahulu urutan peristiwa yang membawa kepada penyertaan Afif. Beliau telah dicadangkan agar mendapatkan seseorang yang paling rapat dengan Hamka untuk dibawa ke majlis lalu ini baru dilakukan beberapa hari lalu.

Osman yang lahir tahun 1946 pun menceritakan bagaimana beliau sendiri mengenali Hamka. Seperti orang lain ia dimulakan dengan mengenali dan membaca buku (Hamka yang meninggal dunia tahun 1981 telah menghasilkan lebih 30 tajuk) iaitu ketika di bangku sekolah. Buku pertama Hamka yang dikenalinya bertajuk Tasawuf Modern (pertama kali terbit tahun 1939). Tetapi ini dilupakan apabila beliau keluar sekolah lalu menyambung pengajian dalam bidang matematik di London (sarjana muda dan sarjana iaitu Masters, tahun 1960an). 

Apabila kembali ke Malaysia lalu menyertai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) baru menggamit kembali penulisan Hamka. Tahun 1974 baru berpeluang bertemu muka apabila Hamka datang ke Malaysia untuk menerima gelaran Doktor Falsafah Kehormat daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika itu Osman adalah pensyarah di UKM selain memegang beberapa jawatan akademik lain. Beliau telah diminta mempengerusikan majlis ceramah oleh Hamka.

Banyak perkara diperkatakan namun paling diingati Osman adalah satu kerana banyak implikasinya. Ini pun dikongsikan dalam majlis diskusi buku. Kata beliau Hamka ada menyebut begini :-


"Bila Allah menurunkan kitab suci Al-Quran Allah tidak melupai bangsa Melayu."


Kata Osman, Hamka memberitahu ada istilah dalam bahasa Melayu muncul dalam Al-Quran tetapi telah 'diArabkan'. Ia adalah perkataan kafur merujuk kepada kapur barus. Ini adalah sejenis bahan penting yang boleh didapati dengan banyak secara semulajadi di Alam Melayu, tidak di tempat lain. Kapur ini biasa digunakan mewangikan mayat sehingga dieksport ke Timur Tengah, Mesir dan lain-lain tempat sejak zaman purbakala.


Satu lagi perkara dibangkitkan Osman tentang Hamka adalah tokoh tersebut pernah menyebut Confucius (cendekiawan terkenal Cina abad ke-5 dan 6 Sebelum Masihi) adalah seorang nabi. Dengan menyatakan itu sebagai contoh pemikiran Hamka yang terkehadapan penulis buku iaitu Syed Khairudin pun diperkenalkan lalu  ruang diberikan kepada beliau untuk berkongsi ilmu.

Sekadar memberitahu. Nama Khairudin ini pertama kali saya dengar ketika hadir ke satu majlis ilmu berprestij yang disulami dengan pertunjukan teater anjuran Astro Awani. Lihat Persidangan ASAL - Daripada hubungan Melayu-Cina membawa kepada kepentingan strategik Selat Melaka. Ternyata beliau memiliki otoriti dan wibawa akademik yang tinggi sehingga Osman memberitahu cuba menarik beliau masuk berkhidmat di ISTAC tetapi tidak berjaya. Tengok-tengok umur Khairudin masih agak muda iaitu 43 tahun, 6 tahun lebih muda daripada saya.


Beliau memulakan dengan kata-kata aluan dalam bahasa Melayu kemudian menyambung dalam bahasa Inggeris. Diberitahu penulisan buku tentang Hamka bermula atas galakan Osman ketika mereka berjiran semasa masing-masing mengajar di Brunei suatu masa dahulu. Namun ia sebenarnya adalah sebahagian daripada satu siri trilogi buku berbahasa Inggeris yang beliau karang dalam tempoh 4-5 tahun lalu. Ia termasuk usaha lebih besar untuk memperkenalkan khazanah keintelektualan Alam Melayu kepada dunia dalam konteks kosmopolitan yang bersifat antarabangsa lagi terbuka, keterhadapan dan maju. 

Usaha berlaku sebagai reaksi terhadap keadaan sekarang di mana Islam sering dimomok-momokkan sebagai sesuatu yang buruk, kolot lagi ketinggalam zaman. Kata Khairudin penumpuan diberikan terhadap Islam di Alam Melayu/Asia Tenggara untuk membezakannya dengan keadaan di dunia Arab. Sesungguhnya masyarakat sini lebih halus budi pekerti lalu tidak harus dikaitkan dengan sifat kasar kebiasaan orang Arab yang kemudian dikaitkan pula dengan keganasan.  Di bumi sebelah sini sudah ada budaya ketamadunan tinggi yang menyebabkan Islam lebih mudah diterima dan disebarkan berbanding di Tanah Arab itu sendiri. 
\
Dengan itu buku pertama trilogi diberikan tajuk "Muslim Cosmopolitanism : South East Asian Islam in Comparative Perspective" (Kosmopolitanisma Muslim : Islam Asia Tenggara dalam Perbandingan Perspektif). Nah, Hebat tak hebat (ini kata saya) ia diterbitkan oleh Ediburgh University Press yang berpusat di Scotland, United Kingdom tahun 2017.


Kata Khairuddin sifat kosmopolitan Islam Alam Melayu/Asia Tenggara yang lebih mudah menerima dan hidup bersama dengan para penganut agama lain ini boleh digambarkan melalui pendirian hidup dan penulisan-penulisan Hamka. Maka itu ditulis buku tentang tokoh besar tersebut sebagai kedua dalam trilogi. Tentang penerbitan tahun 2018 sudah disebut tadi. Sebagai tambahan universiti penerbit iaitu Cornell adalah salah satu universiti paling terkemuka dan terbaik di Amerika. Lingkungan ini dikenali sebagai universiti-universiti "Ivy League". Buku inilah yang akan dipanjangkan ceritanya dalam majlis ini.


Buku ketiga "Islam in Malaysia : An Entwined History" (Islam di Malaysia : Satu Sejarah yang Saling Kait Mengait) akan keluar September tahun ini. Kata Khairudin ia meliputi 1,000 tahun sejarah Islam di Malaysia. Tu  dia. Penerbitnya adalah Oxford University Press merujuk kepada universiti yang diakui paling terkemuka di United Kingdom sejak berabad lamanya. Melihat kepada senarai penerbit tanpa melihat tajuk-tajuk buku pun sudah cukup untuk membayangkan Khairudin memiliki gagasan idea dan penulisan yang hebat bertaraf dunia.


Ketiga-tiga buku secara rata bertujuan untuk mengalih fokus tentang Islam daripada dunia Arab ke Alam Melayu. Memikirkan bahawa Khairudin sendiri berketurunan Arab malah berdarah Sayyid iaitu keturunan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW harus ada desakan dalaman dan kepercayaan/keyakinan yang kuat menyebabkannya mahu mengangkat Dunia Melayu berbanding tempat asal nenek moyangnya iaitu Dunia Arab.


Seterusnya diterangkan tentang apakah itu reformasi kosmopolitan yang disebut pada tajuk buku. Ini diterangkan sebegini (terjemahan dan faham saya) :-


1. Menapis dan mengharmonikan apa sahaja yang bagus daripada pelbagai aliran pemikiran Islam untuk menghasilkan takrifan baru segar tentang Islam. Dalam bahasa Arab proses ini dipanggil Talfiq.

2. Pemilihan teliti dan pengambilan perkara-perkara yang sesuai secara kreatif terhadap kaedah ilmu dan pemikiran Barat dan bukan Islam yang ada kena-mengena - Takhrij.

3. Mengatasi extremisma atau sifat pelampau, kemasyarakatan tertutup, fanatik dan ketidakadilan berdasarkan jantina yang membentuk banyak masyarakat dalam dunia Islam - Tawazun.



Semua perkara-perkara ini ada disentuh Hamka. Berikut adalah contoh beberapa buku beliau yang telah diterbitkan baru. Ia adalah antara rujukan Khairudin dalam penulisannya.


Hamka menggalakkan orang Islam supaya bersederhana...


Keadilan sosial diberikan penekanan. Jangan membazir masa bergaduh tentang hal-hal khilafiah sedangkan di luar sana ramai anggota masyarakat memerlukan pemeliharaan kita.


Kedudukan wanita sudah lama diangkat dalam Islam terutama di Alam Melayu. Pada ketika masyarakat Arab melarang wanita ke hadapan menjadi pemimpin dan sebagainya kita di sini sudah lama melakukannya. Maka itu orang Islam Melayu malah sudah lebih maju dalam hal ini berbanding dunia Barat yang sering melaungkan perjuangan membela hak asasi manusia termasuk wanita.


Disebut juga tentang pendirian Hamka terhadap dunia Tasawuf atau spiritul/kebatinan Islam. Walaupun beliau sendiri sering digolongkan sebagai "Kaum Muda" malah memimpin gerakan Muhammadiyah di Indonesia yang katanya agak anti-golongan Tasawuf, Hamka bersikap lebih lembut dan menerima. Yang dipersoalkan beliau cuma Tasawuf yang bersifat terlalu spiritual sehingga menjadi seperti terputus dengan dunia nyata. Beliau mahu sifat-sifat praktikal dalam beragama dibangkitkan para pengamal Tasawuf agar betul-betul berguna kepada masyarakat umum dan dunia.


Dalam menjangkau dan memahami semua ini adalah amat penting umat Islam mendalami dan menekuni sejarah dengan sebaiknya lalu mengambil iktibar yang patut.


Secara rata buku Khairudin menghimpunkan pemikiran Hamka yang bersifat kosmopolitan lagi pro-reformasi menggunakan tulisan-tulisan tokoh tersebut sebagai sumber.


Pengulas pertama Mohd Nor Manuty memulakan ulasan dengan menyatakan beliau juga mula mengenali tulisan-tulisan Hamka semasa zaman sekolah. Mohd Nor yang lahir tahun 1949 mengaku sangat terpengaruh dengan tulisan itu. Pada konvokesyen pertama UKM di Dewan Rakyat (beliau kumpulan pertama pelajar sana) baru berpeluang mengenali tokoh tersebut secara berhadapan. Ketika itu Hamka memberikan ucapan sambil disaksikan Perdana Menteri ketika itu Tun Razak. 

Setelah menyatakan beberapa sumbangan Hamka terhadap usaha kemajuan Islam Mohd Nor memuji penulisan buku oleh Khairudin sebagai suatu yang bagus dan sangat akademik tentang Hamka. Beliau menerima buku tersebut dari Osman 10 hari sebelum acara lalu telah membaca dan menelitinya secara keseluruhan. Didapati metodologi penulisan sangat baik. Rujukan primer telah dibuat terhadap buku-buku Hamka dan ia juga mengandungi penilaian pihak lain terhadap tulisan dan pemikiran tokoh.


Pengulas kedua Murad Merican pula memulakan dengan menyatakan Hamka sebagai seorang yang moden, cakna perkembangan dunia.  Buku Khairudin tentang Hamka dibacanya minggu lepas lalu mendapati apa yang diperkatakan tokoh tersebut sejak sekian lama sangat relevan dengan apa yang berlaku di Malaysia hari ini. Turut dikongsikan pendedahan beliau kepada tulisan Hamka yang dikatakan bermula ketika belajar di ITM (dulu institut, sekarang UiTM, Universiti Teknologi Mara) tahun 60an.


Afif yang merupakan anak ke-8 daripada 9 orang anak Hamka tidak mengulas tentang buku kerana baru diundang ke majlis 2-3 hari lalu. Namun beliau boleh dikatakan memberikan input atau kemasukan paling bermakna kerana bercakap sebagai orang yang mengenali Hamka secara peribadi sejak dilahirkan tahun 1950an. Riwayat hidup Hamka, sumbang-sumbangannya terhadap masyarakat Islam terutama di Indonesia dikongsikan panjang lebar. Cukuplah jika sumbangan besar yang boleh dimanfaatkan secara terus dinyatakan begini :- 

Apabila mendapati kejiranannya ketika menetap di Jakarta tidak memiliki fasiliti persekolahan yang baik dan mencukupi, Hamka mengatur agar ahli kariah masjid yang dipimpinnya menggunakan ruang tidak terpakai masjid untuk mengadakan sekolah tadika. Selepas itu muncul keperluan untuk sekolah rendah (dipanggil sekolah dasar di Indonesia) lalu ini pun didirikan di halaman masjid. Selepas beberapa lama didirikan pula sekolah menengah dan seterusnya. Daripada proses dan gagasan ini kemudian berdiri 600 buah sekolah di seluruh Indonesia untuk memenuhi keperluan umat Islam Cukuplah perkongsian daripada saya tentang perkara.



Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Antara Taiping, Pulau Aman dan Bukit Mertajam

$
0
0
Salam malam Jumaat 22 Rejab. Merujuk kepada artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation yang  mengumpulkan cerita-cerita pengembaraan saya bersama keluarga di Cambodia dan Thailand 22 November hingga 3 Disember 2018. Adapun sejak itu kami tidak ada membuat perjalanan jauh kecuali untuk kembali ke kampung ibu saya di Muar 240 km dari rumah kami di Sungai Buaya, Rawang, Selangor. Baru hujung minggu lalu kami ada membuat perjalanan yang layak dikategorikan sebagai jauh. Pada saya perjalanan melepasi 300 km sudah boleh dikategorikan jauh apa lagi dengan memandu kereta sendiri, Perjalanan kali ini meliputi jarak keseluruhan 993 km iaitu sampai ke Alor Setar, Kedah lalu meliputi beberapa lokasi lain dalam perjalanan pergi dan kembali. Sekarang biar dimulakan cerita.


Perjalanan kali ini dimulakan pada jam 5.30 pagi Sabtu 23 Mac 2019. Asbab asalnya adalah untuk melawat seorang anak kepada isteri yang sedang mengaji kolej di Kepala Batas, Pulau Pinang.


Tetapi hendak dijadikan cerita anak tersebut sudah seminggu lebih awal kembali bercuti di rumah bapanya di Rawang. Ini disebabkan dia mengikuti rombongan kolej bertandang ke tempat-tempat di Kuala Lumpur sebelum menuju ke Kelantan. Namun di KL dia menghadapi masalah kesihatan lalu diberikan pelepasan untuk kembali ke rumah. Dengan itu perjalanan Sabtu lalu bertukar asbab  untuk menghantarnya kembali masuk kolej sebelum jam 6 petang Ahad.


Seperti biasa kami anak beranak kalau berjalan bukan setakat dari rumah ke suatu tempat. Harus singgah di beberapa tempat baru terasa puas berbaloi masa dan duit minyak.


Kebetulan ketika itu sudah bermula cuti sekolah. Saya dan isteri pun membawa anak-anak berjalan ke Zoo Taiping. Lihat artikel Visit to Taiping Zoo di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
.

Selepas itu kami ke kaki Bukit Larut dengan niat hendak mendapatkan kenderaan pacuna empat roda naik ke atas. Tengok-tengok kami sudah terlepas satu kenderaan sedangkan nak dapatkan yang seterusnya kena tunggu lebih sejam.


Pada kami ini membuang masa kerana ada tempat-tempat lain mahu dituju. Kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu jeti ke Pulau Aman di Pulau Pinang...


Alhamdulillah, sampai sahaja dah boleh dapat bot ke pulau.


Di sini bermula satu dugaan besar buat saya dalam perjalanan. Adapun buat pertama kali dalam hidup saya telah memulakan satu sesi puasa sunat berterusan dengan niat mahu dipanjangkan seluruh bulan Rejab dan Sya'aban membawa ke Ramadhan. Daripada segi penat, lapar dan dahaga alhamdulillah dapat bertahan kerana sudah membiasakan diri berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis selain 3 hari tengah bulan Islam (puasa putih 13, 14, 15 haribulan). Yang terasa susah sikit nak tahan adalah apabila kelihatan kedai-kedai dengan makanan istimewa setempat. Memang terasa dugaaan melihat anak-anak isteri makan. Sedangkan selepas itu kami akan bergerak ke tempat lain lalu saya tidak berpeluang untuk menikmati makanan di tempat yang dilihat...


Terus saya beritahu isteri. Lain kali kalau hendak berjalan begini kena tunggu masa lain. Kalau boleh saya nak mula istiqamah berpuasa sunat Rejab dan Sya'aban setiap tahun membawa ke puasa wajib bulan Ramadhan. Oh, lupa pula nak mengambil gambar ketika mereka makan. Memang hidangan istimewa berdasarkan udang dan makanan laut segar. Sedikit suasana Pulau Aman ada ditunjukkan dalam artikel On to Pulau Aman.


Antara tarikan di pulau ini adalah telaga yang digali tahun 1789 akibat penemuan mata air tepi pantai disertai tempayan emas. Masjid sini pula dikatakan didirikan tahun 1817. Maka itu ia sudah diduduki paling lewat 200 tahun lalu. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART):-




Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground), Pulau Aman



Puas berjalan di Pulau Aman kami terus bergegas ke Bukit Mertajam.


Sebenarnya saya belum puas tetapi anak-anak dah tak sabar nak masuk ke hotel. Dalam perjalanan itu singgah  melihat batu bersurat Cerok Tok Kun yang terletak dalam kawasan sebuah gereja besar di kaki bukit. Letaknya dalam perjalanan ke hotel yang kami tempah di Bukit Mertajam. 


Tentang batu yang dpahat tulisan purba lebih 1,500 tahun dahulu ini ada diceritakan dalam lawatan pertama saya dan keluarga tahun 2014. Sila rujuk artikel Misi HIKMAH Pulau Pinang - Batu bersurat Cerok Tok Kun dan panggilan Kuala Kangsar. Cerita berkenaan pula ada dipanjangkan dalam artikel Batu-batu bersurat di Kedah - Petunjuk satu hubungan purba? Sesungguhnya ada sesuatu tentang Bukit Mertajam dan bukit tinggi berdekatan yang menyebabkan wujud batu bersurat berkenaan.


Anak-anak tak sabar ke hotel kerana hendak mandi kolam renang. Kami mengambil bilik di sebuah hotel utama di Bukit Mertajam pun untuk menggembirakan anak-anak.



Beginilah pemandangan dari bilik kami di hotel. Lihat Bukit Mertajam from Summit Hotel.


Nak dijadikan cerita ketika sedang bersantai anak beranak pada waktu malam tiba-tiba kedengaran bunyi letupan lalu dapat dilihat kebakaran.


Zoom-in kamera. Nampaknya ada deretan rumah kedai terbakar.


'Drama' ini berlangsung buat suatu waktu. Ada masa api kelihatan semakin marak kemudian surut kemudian marak balik sambil kedengaran bunyi kenderaan bomba datang. Anak-anak kecil pula merasa teruja ingin menyiasat. Saya kata tak apalah. Tunggu nanti siang.


Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Panggilan makam Daeng Parani membawa ke Terusan Wan Mat Saman dan Alor Setar

$
0
0
Salam. Masuk hari ke-2 perjalanan di utara baru ini. Bersambung daripada Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Antara Taiping, Pulau Aman dan Bukit Mertajam.


Pagi Ahad 24 Mac 2019. Kami melihat ke luar tingkap hotel di Bukit Mertajam.


Ke utara boleh kelihatan Gunung Jerai diliputi awan kabus...


Kembali ke arah barat dengan bahagian pulau negeri Pulau Pinang boleh dilihat sedikit di bukit-bukitnya berbalam kelam di latar belakang. Pemandangan mahu ditujukan kepada lokasi kebakaran malam semalam. Rujuk balik bahagian akhir Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Antara Taiping, Pulau Aman dan Bukit Mertajam.


Zoom-in. Dapat dilihat bahagian yang terbakar menggunakan kamera digital compact saya yang memiliki 25 x zoom.


Campur dengan digital zoom ia boleh memberikan gambaran bersamaan 100 x zoom... 


Dengan itu dapatlah diteliti lokasi kebakaran dari hotel. Pemandangan terang siang hari memungkinkan lokasi tepat dikenal pasti dengan program Google Map dalam telefon pintar. Tak cukup itu selepas check out hotel jam 12 tengah hari kami ke lokasi untuk 'menyiasat'.


Baru anak-anak (dan saya sendiri sebenarnya) merasa puas lalu bersedia untuk meninggalkan Bukit Mertajam. Kami mengambil jalan belakang merangkap jalan pintas/terdekat ke Kepala Batas. Tidak lama kemudian terlihat satu kompleks bangunan kayu yang menarik. Lihat artikel Muzium BM (BM Museum), Bukit Mertajam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sampai ke Kubang Semang baru makan tengah hari. Oleh kerana berpuasa saya sekadar boleh melihat sambil layan baca buku.


Perjalanan diteruskan melalui jalan pintas yang ditunjukkan Google Map untuk ke Kepala Batas. 


Sampai satu bahagian kami dibawa masuk ke jalan sempit kampung sebelum sampai ke tujuan.


Ini pula selepas menghantar anak balik kolej di Kepala Batas.


Kami mengambil jalan kampung menuju ke Sidam Kiri, Kedah dengan sebahagian laluan menghulu Sungai Muda. Lihat artikel Muda river from Sidam Kanan pump station di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Adapun semasa pengembaraan ke utara ini dimulakan awal pagi Sabtu cadangnya paling jauh adalah kami akan ke Kepala Batas kemudian masuk ke bahagian pulau Pulau Pinang. Tetapi masuk pagi Ahad timbul rasa alang-alang dah ke Kepala Batas biar dipanjangkan perjalanan hingga ke Alor Setar. Selepas itu timbul pula rasa harus menziarahi makam Daeng Parani di Sidam Kiri. Laluan 'belakang' dari Kepala Batas membawa kami sampai ke masjid sana terlebih dahulu. Di masjid itu timbul pula rasa harus mencari makam Perdana Menteri Kedah abad ke-19 iaitu Wan Mat Saman.


Makam Daeng Parani yang merupakan moyang saya sebelah ibu sudah beberapa kali diziarahi. Tak susah hendak mencari jalan ke sana. Cuma dari arah Kepala Batas sahaja tidak biasa kerana selalunya kami datang dari arah Sungai Petani.


Sampai ke makam teringat bagaimana saya cuma mengetahui kaitan darah dengan pahlawan besar Bugis ini bermula tahun 2011. Padahal ketika makam ini mahu diisytiharkan secara rasmi sebagai makam Daeng Parani iaitu pada tahun 2007 saya menerima undangan untuk hadir sama. Tetapi saya tak pergi kerana ketika itu tidak merasakan diri ada apa-apa kaitan.


Selepas beberapa lama baru menerima alamat bahawa keluarga belah ibu memang ada kaitan darah keturunan lalu ini disahkan oleh satu cabang keluarga yang baru dikenali tahun 2011. Atas asbab mahu ke makam Daeng Parani hari itu saya juga mendapat gerak agar menziarahi makam Wan Mat Saman. Yang ini baru beberapa bulan lalu dapat tahu bagaimana kaitan. Menurut cerita satu cabang keluarga belah bapa, moyang kami Laksamana Muhammad Amin (yang dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877 bersama Sultan Abdullah akibat dituduh terlibat membunuh residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch tahun 1875) telah berkahwin dengan seorang anak Wat Man Saman. Dapat datuk kepada datuk saya yang bernama Muhammad Arshad.


Semasa di masjid saya sempat membuat status update di Facebook bertanyakan lokasi makam Wan Mat Saman lalu mendapat tahu ia terletak di makam diraja Kedah di Langgar, Alor Setar. Dari makam Daeng Parani kami pun mengorak langkah ke sana. Ikut satu jalan pintas yang ditunjukkan Google Map menghilir Sungai Muda. Boleh tahan teruk le jalan. Tapi saya seronok sebab dekat dengan sungai. Lihat Muda river from Pantai Prai pump station.


Laluan pintas membawa ke jalan besar menuju ke Sungai Petani lalu dapatlah singgah ke makam lama ini.

Tentang ceritanya malas hendak dipanjangkan di sini. Ia telah disebut beberapa kali dalam artikel-artikel lama saya...


Masuk ke Sungai Petani hujan mula menitis.


Adapun sebelum memulakan perjalanan kami diberitahu bahagian utara Semenanjung sudah beberapa lama kemarau. Tetapi masuk petang Sabtu, kami mengalami hujan di Bukit Mertajam. Petang Ahad pula di Sungai Petani.


Hujan terus berlaku sambil kami bergerak ke Gurun di kaki timur Gunung Jerai.


Sampai ke kaki gunung belah utara menghampiri Guar Chempedak kami berhenti sebentar. Hujan pun sudah reda...


Di situ kami mendapat tahu di manakah lokasi Terusan Wan Mat Saman yang sangat terkenal dalam sejarah. Rupa-rupanya apa yang dilihat sebagai parit di sebelah kiri jalan besar menuju utara ke Alor Setar itulah terusan yang dibina beliau. Penghujung selatannya terletak dekat kaki Gunung Jerai. Lihat Hujung selatan (Southern end of) Terusan Wan Mat Saman.


Selepas menemani keluarga makan petang kemudian berlaku hujan lebat perjalanan disambung ke Alor Setar. Oh, sebelum sampai kami singgah di sebuah masjid dengan seni bina menarik. Lihat Masjid (Mosque of Al-A'la), Kampung Benua Batu 6, Alor Setar.
.






Sampai sahaja ke pusat bandar raya terus menuju ke menara telekomunikasi lalu naik untuk menikmati pemandangan. Punyalah nak kejar pemandangan sebelum gelap sehingga berbuka puasa pun setakat beberapa teguk air kemudian melepak lama di atas. Lihat Night views from Alor Setar's telecommunications tower.


Turun bawah selepas jam 8 baru betul-betul makan di warung berdekatan kemudian ke Masjid Zahir untuk menjamakkan solat.


Ketika itu sedang ada majlis apa entah sehingga jalan utama hadapan masjid ditutup kecuali untuk pejalan kaki.


Saya mengambil peluang beriktikaf sebentar di masjid. Setelah beberapa lama baru terasa 'cukup syarat'...



Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Makam-makam di Langgar, tarikan Gunung Keriang dan Kuala Kedah

$
0
0
Salam semua. Masuk cerita hari ke-3 perjalanan di utara baru ini. Bersambung daripada Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Panggilan makam Daeng Parani membawa ke Terusan Wan Mat Saman dan Alor Setar.


Pagi Isnin 25 Mac 2019. Bersedia untuk sesi penerokaan seterusnya... 


Kami anak beranak telah bermalam di surau lama ini.


Letaknya dekat dengan kawasan pemakaman diraja Kedah di Langgar, 11 km ke timur kota Alor Setar.


Boleh kata setiap kali kami lalu di sekitar ini kami akan cuba meluangkan masa untuk menziarahi makam diraja. Kali ini kami ada misi khusus. Satu untuk mencari makam Daeng Parani, pahlawan besar Bugis abad ke-18 yang dikatakan turut terdapat di sini. Sedangkan yang biasa disebut orang makam beliau (baginda sebenarnya) terletak di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, 80 km ke selatan. Kedua adalah makam Perdana Menteri Kedah penghujung abad ke-18 iaitu Wan Mat Saman,. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membina Terusan Wan Mat Saman yang terkenal dalam sejarah tanah air.


Ada orang menunjukkan inilah makam Daeng Parani. Ditunjukkan sekali makam di sebelah sebagai milik isteri baginda. Tahun lepas ada orang lain menunjukkannya di makam diraja Langgar juga. Cuma tak ingat yang mana dan ketika itu saya kurang hendak mengambil tahu.


Turut ditunjukkan makam Wan Mat Saman. Sebetulnya gerak untuk mencari makam ini baru muncul petang sebelumnya iaitu ketika berada di Masjid Sidam Kiri sebelum menziarahi makam Daeng Parani yang di Ekor Lubur. Apabila diberitahu ia terletak di Langgar timbul rasa untuk mencari makam Daeng Parani yang katanya turut wujud di situ. Rujuk balik cerita berkenaan dalam Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Panggilan makam Daeng Parani membawa ke Terusan Wan Mat Saman dan Alor Setar.


Adapun ketika menulis artikel itu petang semalam tiba-tiba muncul satu rasa seperti mengesahkan memang benar ada makam Daeng Parani di Langgar. Terus timbul gerak untuk menyatakannya di Facebook. Begini bunyi status update berkenaan yang dipaparkan di FB jam 2.36...


------------


MAKAM DAENG PARANI - APAKAH DI SIDAM KIRI ATAU DI LANGGAR?

Masyaallah. Tiba-tiba mendapat rasa bahawa lokas makam Daeng Parani di Langgar, Alor Setar adalah benar. Lokasi makam beliau (baginda sebenarnya) di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, 80 km ke selatan Alor Setar juga adalah benar. Rasa ini terbit ketika sedang menulis artikel hari ke-2 perjalanan saya dan keluarga ke utara baru ini. Disebut dalam artikel timbul gerak untuk menziarahi makam Daeng Parani yang merupakan moyang saya sebelah ibu. Sebelum sampai ke sana, ketika beriktikaf di masjid berdekatan pula timbul gesaan agar mencari lokasi makam Perdana Menteri Kedah abad ke-19 iaitu Wan Mat Saman,

Wan Mat Saman ini baru beberapa bulan saya ketahui adalah salah seorang moyang sebelah bapa. Pada hari ke-2 perjalanan itu baru dapat tahu makam beliau berada di Langgar selepas bertanyakan kawan-kawan di FB. Pada hari ke-3 kami berkesempatan menziarah makam beliau. Sambil itu saya minta ditunjukkan lokasi makam Daeng Parani yang dikatakan turut berada di Langgar berdasarkan maklumat yang diterima beberapa waktu lalu. Alhamdulillah dapat juga menziarahi makam baginda di sebelah situ,

Jadi yang manakah betul makam Daeng Parani? Di Langgar kah atau di Sidam Kiri kah? Tadi saya mendapat jawaban makam di Langgar adalah benar. Tetapi sebelum itu baginda dimakamkan di Ekor Lubuk. Ini disebabkan baginda mangkat dalam peperangan di sekitar itu. Selepas beberapa lama dan Kedah sudah aman baru dialih ke Langgar kerana seorang isteri baginda iaitu Tunku Aisyah adalah adik beradik kepada Sultan Muhammad Jiwa Kedah.

Subhanallah. Mata hati saya terlihat Wan Mat Saman tersenyum sahaja tadi. Entah apalah ilmu yang bakal terbuka selepas ini...


Namun tidak lama kemudian ada kenalan yang katanya adalah keturunan Daeng Parani daripada isteri kerabat Kedah iaitu Tunku Aishah menghubungi saya untuk memberitahu bahawa makam Daeng Parani tetap berada di Ekor Lubuk tidak di Langgar. Menurut beliau memang ada percubaan untuk mengalih jasad baginda ke makam diraja Kedah tetapi tidak berjaya. Hal ini pun dinyatakan dalam artikel bertajuk Makam Daeng Parani di Langgar (Tomb of Daeng Parani at Langgar)?  di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.

Apapun saya berpuas hati kerana dapat menemui makam Wan Mat Saman setelah timbul gerak untuk mencarinya pada hari sebelumnya. Lihat Makam (Tomb of) Wan Mat Saman. Dah alang-alang berada di Langgar ambil sekali gambar-gambar makam Perdana Menteri pertama Malaysia yang merupakan kerabat diraja Kedah. Lihat Makam (Tomb of) Tunku Abdul Rahman.


Bila sudah berada di Langgar saya juga biasanya akan menziarahi makam Sheikh Abdul Qadir yang dikatakan hidup lebih 1,000 tahun lalu. Itu yang berbatu nesan kuning dalam satu gambar atas. Cerita tentangnya sudah disebut banyak kali dalam artikel-artikel terdahulu. Di bahagian lain Langgar mendekati kota Alor Setar kami singgah makan di sebuah restoran dengan pondok-pondok kayu. Sekali lagi saya cuma mampu melopong melihat hidangan kerana sedang berpuasa.


Destinasi seterusnya adalah Anak Bukit ke utara Alor Setar.


Di situ terdapat istana Sultan Kedah sejak zaman moden. Gerak hati menyuruh melihatnya sebelum bergerak meninggalkan Alor Setar.


Rupa-rupanya ada asbab lain ke Anak Bukit. Dalam perjalanan terlihat beberapa papan tanda menunjukkan arah ke Gunung Keriang. Terus isteri mengajak ke sana. Selepas berhenti sejenak di hadapan istana kami pun bergerak ke destinasi tersebut.


Gunung Keriang ini kami pernah singgah sekali sahaja sebelum ini. Ini berlaku dalam satu perjalanan jauh di utara sehingga ke Hatyai di Thailand hampir penghujung tahun 2010. Ketika itu kami merasakan seolah-olah Gunung Keriang ini ada kaitan tertentu dengan Aceh. Lihat Mencari jejak Merong : Gunung Keriang... bayangan kerajaan Aceh di Kedah?



Kali ini kami bersempatan memanjat hingga tinggi separuh bukit kemudian masuk ke dalam gua besar. Lihat artikel Exploring the big cave at Gunung Keriang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Namun tujuan utama isteri mengajak adalah lebih santai.


Beliau  ingin melawat resort atau pusat peranginan Gunung Keriang kerana pernah menjadi lokasi satu siri drama kegemaran di televisyen bertajuk "Lelaki Kiriman Tuhan".


Destinasi seterusnya pula memang ada dalam rancangan saya sejak memutuskan untuk pergi ke Alor Setar hari sebelumnya iaitu pada pagi Sabtu. Ia adalah makam seorang tokoh (abad ke-18 atau 19) yang dikenali sebagai Tok Pasai dekat jeti Kuala Kedah.


Dahulu kalau ke Alor Setar saya mesti ke sini kerana kedudukannya bukan jauh sangat 12 km ke arah barat. Tapi dah beberapa tahun juga tak ziarah. Oh, sebelum ke sini kami lalu jambatan yang diberikan nama sempena beliau. Lihat Tok Pasai bridge at Kuala Kedah. Kemudian singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid India (The Indian mosque of) Kuala Kedah.



Dari Kuala Muda kami bergerak selatan ke Yan...


Sepanjang perjalanan kelihatan sawah padi luas berlatarbelakangkan Gunung Jerai.


Sampai ke Yan tergerak untuk membelok ke satu pusat peranginan yang belum pernah kami sampai. Lihat The waterfall of Seri Perigi, Yan.


Perjalanan diteruskan ke Seberang Perai. Sebelum itu kami menyeberang dua sungai utama di utara Semenanjung. Lihat artikel Merbok river at Semeling revisited  diikuti Bridge across Muda river on the old trunk road.

.
Masuk ke jeti terus dapat feri yang kebetulan bernama "Pulau Pinang".


Seingat saya inilah kali pertama naik feri yang ini. Selalunya dapat yang nama pulau apa-apa entah,


Kali ini timing memang baik. Sejurus sebelum feri mendapat di Georgetown masuk waktu Maghrib lalu saya boleh berbuka puasa. Mendarat sahaja terus menuju ke kedai nasi kandar terdekat lalu kami pun makan. Jaraknya cuma 500 meter dari jeti...


Selepas itu kami bersolat di Masjid Lebuh Aceh. Sebelum melelapkan mata sempat melihat satu meriam berusia lebih 400 tahun yang ada kena-mengena dengan Aceh. Lihat Meriam Seri Rambai di (Seri Rambai Canon at) Fort Cornwallis. Untuk makluman ini adalah artikel ke-1,771 di blogspot ini.


Kelebihan Istighfar dan saikologi spiritual

$
0
0
Merujuk kepada perjalanan saya dan keluarga ke utara Sabtu 23-26 Mac yang mana 3 daripada 4 hari perjalanan sudah diceritakan melalui artikel-artikel berikut :-






Adapun perjalanan tersebut menyebabkan saya tidak dapat hadir dua majlis ilmu minggu ini di tempat saya sedang belajar iaitu ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam. Pertama adalah pada hari Isnin 25 Mac. Ada majlis tentang ilmu kalam oleh Dr Amran Muhammad daripada ISSI (Islamic and Strategic Studies Institute  - Institut Kajian Islam dan Strategi). Ia menggantikan syarahan ketiga Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar tentang bukunya "Classification of Knowledge in Islam". Rujuk cerita tentang syarahan pertama pada Isnin 11 Mac, Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan diikuti cerita syarahan kedua pada Isnin 18 Mac, Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam kajian). Tetapi ketika itu saya masih berada di utara...

Kedua adalah syarahan membahaskan satu buku tentang pemikiran klasik dalam dunia Islam pada pagi Jumaat 29 Mac oleh Profesor Madya Dr Imtiyaz  Yusuf daripada ISTAC. Ketika itu saya sudah berada di rumah. Cadangnya memang nak hadir. Tetapi sampai waktunya tidak dapat kerana merasa tidak sihat dan kepenatan yang amat sangat. Nampaknya penat 4 hari berjalan di utara Sabtu lalu hingga Selasa lewat malam Rabu yang mana saya memandu sejauh 993 km dalam keadaan sedang melakukan puasa setiap hari sejak masuk bulan Rejab masih belum kebah.

Selain itu saya yang bekerja sendiri sebagai penulis yang berpengkalan di rumah harus menjaga anak-anak yang sedang bercuti sekolah. Isteri harus berada di pejabat. Kalau nak keluar juga kena letak anak-anak di rumah pengasuh. Dah kena keluar belanja lebih selain saya memang penat. Sabtu iaitu semalam pula harus bergegas ke kampung isteri di Tanjung Sepat, dekat 130 km perjalanan satu arah untuk majlis tahlil keluarga. Pun begitu saya berusaha untuk menghadiri satu majlis ilmu di ISTAC yang diadakan semalam pagi Ahad 31 Mac.


Majlis ini dipromosikan sebagai satu program halaqah. Tidak seperti kebanyakan program yang ada penyertaan awam di ISTAC  tiada undangan umum dikeluarkan lalu penyertaannya terhad.


Diadakan 3 minggu sekali ia katanya sudah dimulakan sejak awal tahun lalu. Tetapi saya baru dapat tahu tentangnya pada Isnin dekat 2 minggu lalu. Ketika perbincangan tesis dengan Osman petang itu baru beliau memberitahu lalu mengundang saya datang.


Secara keseluruhan halaqah ini diberi nama "Islamic Spiritual Pscychology" - Saikologi Spiritual Islam. Kata Osman syarahan sedang membincangkan tentang kelebihan beristighfar. Saya pun memberikan komitmen akan datang. Disebabkan itu saya membatalkan rancangan asal untuk bergerak ke Melaka dari Tanjung Sepat selepas majlis tahlil keluarga belah isteri hari Sabtu. Saya bercadang untuk menghadiri satu majlis hol almarhum Sultanul Ariffin Sheikh Ismail di Pulau Besar hari Isnin 1 April (hari ni le tu). Demi untuk menghadiri syarahan Osman semalam saya berpatah balik ke Lembah Klang dengan rancangan mahu bergerak ke Melaka selepas itu...

Tetapi rasa kepenatan amat setelah kembali daripada perjalanan 4 hari 3 malam menyebabkan saya membatalkan langsung rancangan untuk ke Melaka. Dengan itu bolehlah menghadiri syarahan ketiga tentang buku "Classification of Knowledge in Islam" pagi ini jam 10. Sebelum itu biar dikongsikan dahulu beberapa isi syarahan Osman tentang saikologi spiritual Islam dengan pengkhusuan terhadap istighar pagi semalam. 


Syarahan dimulakan dengan mengulas sedikit syarahan sebelumnya 3 minggu lalu. Amalan beristighfar sudah disebut sebagai alat terapi ataupun rawatan jiwa. Ia untuk mencegah (daripada kerosakan) dan mengubat jiwa. Ini disebabkan dalam ayat istighfar iaitu Astaghrifullah itu terkandung nama Allah SWT sedangkan nama itu sendiri terkandung nama-nama lain Allah seperti 99 nama yang disebut sebagai Asma'ul Husna.

Maka dipecahkan satu komponen kebaikan dalam istighfar iaitu menyeru Allah atas 3 nama :-

Shafi - Yang mengubat
Kafi - Yang segala mencukupi
Mu'afi - Pemberi kesejahteraan diri

Oh. Ini terjemahan saya sendiri ke dalam bahasa Melayu kerana syarahan dibuat dalam bahasa Inggeris ya. Osman menyebut begini :-

Shafi – healer
Kafi – All sufficient
Mua’fi – The giver of well-being

Tentang Mua'fi itu ditambah lagi bahawa ia adalah tentang memberikan Afiyat. Ini melebihi daripada sekadar sihat. Sebab itu orang Melayu selalu menyebut atau mendoakan agar kita mendapat sihat wal-Afiyat, bukan sekadar sihat.

Lalu disarankan, kalau ada masalah mengganggu fikiran dan jiwa boleh diamalkan zikir begini selalu - Ya Shafi,  Ya Kafi, Ya Mua’fi. Insyaallah akan hilang masalah.

Kata Osman beristighfar adalah proses penyembuhan. Kita tidak boleh menolaknya ke tepi. Selain penyembuhan ia meningkatkan lagi kesejahteraan. Sebab itu junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah meninggalkan istighfar walhal baginda adalah makhluk paling sempurna ciptaan Allah. Ia menyembuhkan penyakit spiritual iaitu kebatin dan saikologi iaitu jiwa. Osman pun bercakap sedikit tentang tingkat nafsu ammarah iaitu nafsu yang sering mengajak kepada kejahatan membawa kepada lawamaah iaitu nafsu yang mula hendak memperbaiki diri...

Tadi itu dikira bahagian pertama. Bahagian kedua adalah istighfar sebagai makanan spiritual (spiritual nourishment). Kata Osman ia adalah kunci kepada kekayaan spiritual. Bila Allah SWT memberikan kemaafan Dia juga memberikan kunci kepada kekayaan spiritual.

Antara kekayaan tersebut adalah kesihatan. Soalnya tahukah kita menggunakan kunci tersebut? Atau kita akan mensia-siakannya lantaran tidak mengerti?

Tambah Osman Tuhan itu kaya, bebas daripada apa-apa keperluan atas nama Al-Ghani. Lalu disebut ayat ini :-




Kata Osman ia membawa maksud Allah itu kaya sedangkan kita ini miskin. Saya semak tadi menggunakan Google. Ia adalah bahagian tengah ayat ke-38 Surah Muhammad (Surah ke-47).

Disebut pula tentang Afiyat membawa kepada Salim - kesihatan yang menyeluruh. Ini merupakan belas kasihan daripada Allah atas nama al-Rahman and al-Rahim. Sesungguhnya beristighfar boleh memberikan bermacam-macam kebaikan. Bagaimana ini boleh berlaku ada sesuatu yang misteri.

Saya pun bertanya apakah ia ada kena mengena dengan cara Allah mencipta tubuh badan kita zahir dan batin? Bahawa cara membaca, dengan tajwid pada makhraj yang betul boleh memberikan kesan terhadap tubuh badan. Serupa juga halnya secara batin. Jawab Osman ya. Tambahnya Allah mencipta manusia menurut 'bayanganNya (Allah created humans in His image). Maka semua nama-namaNya ada terpancar dalam diri kita..

"Tuhan itu kaya, Al-Ghani malah kaya tidak terhingga (infinitely rich). Atas nama Al-Kafi Tuhan boleh memenuhi semua kehendak dan sangat bermurah hati (generous)".

Dengan bermurah hati kita boleh menjadi semakin kaya bukannya kurang (Generosity will enrich and not make less). Memaafkan pula memberikan kita lebih kuasa (forgiving  make us more empowered).

"Istighfar menguatkan kita. Dengan itu kuasa spiritual kita akan mengalir kepada orang lain. Beri dan memaafkan (give and forgive). Ini adalah konsep kesejahteraan (concept of prosperity)"

Tetapi walau banyak mana pun Allah memberi dan membuat kita kaya hakikatnya tetap Allah itu kaya dan kita ini miskin (berbalik kepada ayat tadi). Kenapa boleh jadi begitu pula? Maka disebutlah tentang konsep Zuhud bahawa ia bukan bermakna kita miskin atau sebagainya. Sebetulnya ia membawa maksud walau kaya mana pun manusia, hakikatnya kita tidak memiliki apa-apa. Kerana semuanya milik Allah belaka.

Dipanjangkan tentang al-Mua'fi. Ia adalah istighaf untuk keseluruhan diri. Terkandungnya di dalamnya 3 komponen Salim :-

Salim al buniyah yang mana daripada buniyah itu ada perkataan bina – membina tubuh badan, jasad

Salim al Aqal–  Untuk akal fikiran

Salim al-Qalb– Untuk kalbu, hati.

Oleh itu jalankan istighfar dengan penuh Iman iaitu kepercayaan dan keyakinan. Jalankan sambil ingat 3 perkara - keikhlasan (sincerity), kesabaran (patience), iltizam (commitment).

Seterusnya disebut tentang ayat 53 Surah Yusuf (Surah ke-12) :-





Ia adalah tentang apa yang berlaku setelah isteri pembesar Mesir (Al-Aziz) cuba menggoda Nabi Yusuf AS. Ayat ini membawa makna berikut (saya ambil daripada Internet) :-


Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


Perkataan bahasa Inggeris yang Osman gunakan untuk bahagian pertama ayat (yang disebut tidak berani membersihkan diriku di atas itu) adalah absolve. Dalam konteks ini ia bermaksud si penyebut (merujuk kepada pelaku dalam kisah) tidak berani menyatakan dirinya tidak bersalah kerana mengaku telah berlaku godaan nafsu terhadap dirinya. Lalu Osman menyebut tentang ramai ulamak dan ahli tafsir menyatakan ini adalah ayat Yusuf setelah berjaya menepis godaan perempuan tersebut (al-Quran tidak menyebut namanya tetapi riwayat menyatakan dia adalah Zulaikha). Sebaliknya ada ulamak tetapi sedikit sahaja percaya yang menyebut itu adalah Zulaikha, bukannya Yusuf. Osman juga percaya begitu. Ini disebabkan Yusuf adalah seorang nabi lalu harus terpelihara daripada dosa-dosa sebegini. Oleh itu ia adalah pengakuan Zulaikha yang menyedari dirinya telah bersalah kerana cuba menggoda Yusuf.

Apapun, menurut Osman ayat ini adalah satu-satunya dalam al-Quran menyebut tentang nafsu ammarah. Inilah nafsu yang menyeru ke arah kejahatan. Ia biasa disebut dalam pengajian Tasawuf sebagai nafsu paling bawah dan rendah, perlu disucikan sebelum meningkat naik menuju ke arah keTuhanan.

Seterusnya disebut tentang Surah as-Syam (Surah ke-91) ayat 7 hingga 10 :-




Terjemahan yang saya jumpa di Internet berbunyi begini :-


Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


Osman menyatakan terjemahan bahasa Inggeris menyebut perkataan Arab Nafs pada ayat ke-7 itu sebagai Soul. Faham saya ini juga boleh diterjemahkan sebagai ruh dalam bahasa Melayu. Dalam konteks ini pembersihan atau penyucian Nafs yang disebut ayat juga membawa maksud penyucian ruh.

Maka disebutlah tentang Sufi atau Tasawuf  sebagai ilmu penyucian ruh. Salah satu rencah untuk penyucian adalah beristighfar. Lalu disebutlah bahawa "Allah is pure". Saya tak pasti terjemahan yang sesuai. Nak kata Allah itu suci macam tak tepat tetapi hampir begitulah maksudnya.

Tentang pure yang dimaksudkan di sini Osman cuba memberikan contoh menggunakan ilmu kimia. Pure bermaksud tidak bercampur aduk dengan benda atau elemen lain. Kalau bercampur aduk (misalnya Oksigen campur Hidrogen - ini contoh saya berikan sendiri, bukan Osman) sudah jadi compound. Ni pun saya tak tahu terjemahan tepatnya dalam bahasa Melayu. Harap carilah sendiri ya. Kalau tidak letihlah saya menulis, semua nak kena bagi makan suap supaya orang faham sedangkan saya yang teruk bersengkang mata kerana harus menulis untuk melepaskan 'gerak' (ketika ayat ini ditulis sudah jam 12.57 pagi sedangkan sehari suntuk saya berada di luar, lepas jam 10 malam baru kembali ke rumah - jam 10 pagi karang harus berada lagi ISTAC 40 km dari rumah saya untuk majlis ilmu seterusnya).

Oleh itu harap dapat faham yang apa yang cuba diterangkan. Sebetulnya lebih mudah saya menulis dalam bahasa Inggeris kerana syarahan dibuat dalam bahasa itu dan sebenarnya penguasaan bahasa Inggeris saya lebih baik berbanding bahasa Melayu. Tetapi demi melestarikan penggunaan bahasa Melayu dan menulis untuk faedah orang Melayu Islam saya cubalah apa yang dapat...

OK. Tentang pure yang tidak bercampur aduk itu sedangkan compound sudah bercampur aduk. Penyucian jiwa adalah ibarat bagaimana hendak menghilangkan unsur-unsur lain dalam compound sehingga menjadi pure. Disebut pula tentang simplicity (ah... satu lagi. Saya letak sebagai keringkasan sahajalah ya). Sekarang dari pure jadi simple pula sebagai perkara paling asas dan ringkas. Simple lawan compound.

Dalam pengajian ilmu kimia moden ada lebih 200 jenis elemen membentuk pelbagai benda. Tetapi dalam pengajian klasik Islam cuma ada empat iaitu api, air, tanah dan angin. Segala sesuatu terbentuk daripada 4 unsur ini. Kemudian ada ulamak/pengkaji (dahulu ulamak bukan sekadar orang pandai agama sahaja tetapi ahli sains, falsafah dan pakar bermacam ilmu) menyatakan harus ada unsur lebih ringkas dan asas membentuk semua itu. Lalu terciptalah konsep ether, satu macam unsur paling asas yang tidak kelihatan tetapi dipercayai bersifat seperti air... air yang tidak kelihatan.

Disebutlah tentang hadis ke ayat (sudah lupa yang mana) bahawa arasy Allah (itu yang saya dengar mungkin tersilap tapi lebih kurang begitu) dibina di atas air. Itu ayat hakikinya. Majazi mungkin lain tetapi mengggambarkan sesuatu seperti air kerana belum dapat dikenal apakah sebenarnya ia ketika ayat berkenaan muncul.

Wuiii. Banyak wooo nak cerita kalau semua nak cover. Tak mengapa. Saya ikut sahajalah turutan catatan (saya terus taip dalam komputer riba dalam bahasa Inggeris sepertimana diterima dan difahami ketika syarahan berlangsung)...


Allah is simple (Allah itu ringkas) – Al-Basit. Dan Dia tidak berubah. Allah sentiasa sama. Dan Allah tidak akan mati (immortal).

Adapun membaca atau melaungkan kalimah Allahuakbar (Allah maha besar) itu boleh membunuh kesombongan diri lalu menyucikannya. Ia menanggalkan dosa yang seperti debu-debu kekotoran spiritual yang menutup hati spiritual kita. Disebabkan  kekotoran itu cahaya Ilahi tidak dapat masuk ke dalam hati.

Istighfar menerbitkan hasil secara misteri. Ia mengubat penyakit syirik. Allah membersihkan kekotoran spiritual. Beristighfar adalah satu perjalanan spiritual. Ia adalah iltizam itu melakukan perjalanan itu. Daripada segi geometri ia ada perjalanan daripada bahagian ukur lilit bulatan ke titik tengah.

Namun istighfar cuma satu jalan dan permulaan. Ia adalah alat taubat. Ibaratnya jika selama ini kita memandang ke luar daripada ukur lilit bulatan dengan taubat dan istighfar kita mula beralih sudut pandang menuju ke titik bulatan. Osman memberitahu untuk syarahan seterusnya satu alat yang lebih berkuasa (more powerful) untuk perjalanan spiritual akan diterangkan iaitu selawat. Sayangnya pada waktu itu iaitu 3 minggu selepas ini saya harus masih berada di Pantai Timur kerana rancangannya mahu mengikuti majlis hol ulamak dan wali besar Terengganu abad ke-17, Sheikh Abdul Malik @ Tok Pulau Manis pada hari Jumaat dan Sabtu 19-20 April. Kecuali dihilangkan penat, dimudahkan dan dipercepatkan segala urusan sehingga sempat berada di ISTAC untuk syarahan pada pagi Ahad 21 April. Insyaallah.

Nota : Ketika ayat ini ditulis sudah jam 1.19 pagi. Saya habis semak dan sunting jam 1.46. Semoga memberikan faedah kepada semua...



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dan harapan tentang buku baru

$
0
0
Sebelum boleh melelapkan mata saya harus melepaskan lagi satu gerak bercerita. Maka bersambung daripada artikel Kelebihan Istighfar dan saikologi spiritual.


Selesai syarahan Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) saya berlegar-legar lama di sana. Mula-mula untuk meraikan para tetamu lain dari luar ISTAC yang hadir untuk syarahan termasuk seorang kawan lama zaman kolej (penghujung tahun 80an) yang kini sudah menjadi muka biasa menghadiri syarahan-syarahan terbuka di institut ini. Lalu duduklah saya melihat mereka makan kerana sedang berpuasa.

Dekat jam 2 baru dapat bersendirian untuk melengkapkan gerak seterusnya iaitu berkongsi cerita hari ke-3 perjalanan saya dan keluarga di utara baru-baru ini. Untuk itu saya harus menyiapkan dahulu 6 artikel sokongan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 5 di BERPETUALANG KE ACEH. Selepas itu baru dapat disajikan artikel keseluruhan untuk aktiviti hari itu iaitu Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Makam-makam di Langgar, tarikan Gunung Keriang dan Kuala Kedah di blogspot ini. Akibatnya selepas jam 6 baru dapat meninggalkan ISTAC untuk aktiviti seterusnya - ke PWTC iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra di tengah bandar raya Kuala Lumpur untuk melihat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019.


Pesta tahunan ini telah diadakan sejak hampir 40 tahun lalu. Sejak menjadi penulis buku tahun 2006 buku-buku saya dapat memeriahkan beberapa edisi acara.


PBAKL tahun lepas iaitu 2018 telah menyaksikan tiga tajuk buku daripada saya dipamerkan dan dijual di beberapa reruai buku.


Ia adalah buku ke-10 saya yang diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing penghujung tahun 2017 diikuti buku ke-11 dan ke-12 yang diterbitkan sendiri untuk bulan Mac tahun 2018 tetapi sempat keluar dari kilang awal bulan Februari. Lihat artikel-artikel berikut :-









Tahun ini saya tidak sempat menyediakan apa-apa buku untuk PBAKL...


Ini disebabkan beberapa perkara. Antaranya adalah PBAKL kali ini dimulakan sebulan lebih awal berbanding dahulu. Kedua, saya menunggu maklum balas daripada satu pihak penerbit tentang usaha buku terbaru.


Adapun projek buku baru tersebut dimulakan pertengahan tahun lepas. Selepas selesai menulis lalu disemak dan disunting beberapa kali baru terasa puas hati dan cukup siap awal bulan Januari.


Selepas itu saya mula mencari penerbit.


Pada pandangan saya buku yang mahu mengimbau kembali pengembaraan saya secara solo pusing Eropah dengan cara hitchhike menumpang kenderaan orang keliling benua Eropah tahun 1995 iaitu sejurus selepas menamatkan pengajian dalam bidang matematik di University College of London itu tidak sesuai diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini. Ia lebih baik diterbitkan oleh syarikat saya sendiri Wasilah Merah Silu Enterprise tetapi rasa macam tak cukup modal kerana kalau boleh mahu diterbitkan sepenuh warna (full colour). Untuk makluman daripada 12 buku yang sudah saya hasilkan setakat ini 6 diterbitkan sendiri, 6 lagi oleh 3 syarikat penerbitan yang berlainan.


Kali ini saya cuba mencari satu syarikat penerbitan lain yang diharap dapat menghargai usaha terbaru ini. Sekitar 2 minggu selepas manuskrip siap saya pergi ke satu penerbit yang lokasi pejabatnya dirasakan cukup elok. Letaknya hsmpir pertengahan perjalanan dari rumah ke ISTAC. Dekat dengan kilang saya biasa membuat cetakan buku, dekat juga dengan satu syarikat pengedar buku yang biasa saya berurusan.


Tajuk-tajuk yang diterbitkan mereka pula kelihatan seperti boleh serasi dengan penulisan itu. Saya pun pergi bersemuka dengan mereka. Setelah berbincang dalam 2 jam baru beredar dengan mereka kelihatan tertarik dengan usaha penulisan saya juga buku-buku sebelum itu. Manuskrip buku baru sudah diserahkan kepada mereka.


Oh. Kelihatan di atas, kedua dari kanan rak paling tinggi, adalah 2 buku saya yang diterbitkan awal 2018 iaitu "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" berserta 'kembarnya'"Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia". Ia berada di reruai Kafilah Buku dalam Dewan Tun Razak Aras 3. Kali ini gabungan beberapa peniaga buku bumiputera ini mendapat kedudukan yang sangat baik. Reruai mereka terletak bersebelahan dengan reruai MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia). Ia juga cukup dekat dengan reruai ITBM (Institut Terjemahan & Buku Malaysia) di sisi kanan hadapan (dari pintu masuk dewan) yang cukup terkenal dengan aktiviti-aktiviti seni di pentas tersendiri seperti membaca puisi dan sebagainya.

Tentang buku-buku yang diterbitkan secara berpasangan ini boleh lihat artikel-artikel berikut (selain yang sudah dipautkan atas tadi) :-














Adapun PBAKL tahun ini bermula pada hari Jumaat  29 Mac. Ia akan berakhir pada hari Ahad akan datang 7 April 2019. Gambar-gambar di sini diambil daripada lawatan petang semalam. Kembali kepada hal usaha penulisan terbaru... 

Saya cukup berharap agar penerbit tersebut sanggup menerbitkan buku. Pesan saya walaupun ada banyak lagi perkara, pengembaraan dan sebagainya boleh diterjemahkan menjadi buku saya mahu yang ini diterbitkan sebagai hasil terbaru saya. Ini kerana ia sebenarnya adalah usaha penulisan buku pertama daripada saya ketika mula-mula masuk bertugas sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times hampir penghujung tahun 1996. Tetapi hendak dijadikan cerita setelah menulis beberapa lama semua fail hilang daripada sistem.


Kejadian ini menyebabkan saya melupakan usaha tersebut sejak itu. Masuk tahun 2002 saya cuba memulakan usaha penulisan lain yang lebih menggambarkan kesedaran baru saya  ketika itu iaitu terhadap suasana sebenar geo-politik dunia yang dimanipulasikan daripada belakang tabir oleh pihak-pihak tertentu. Ketika itu saya sudah keluar daripada NST akibat konflik politik pejabat lalu  baru memulakan satu fasa pencarian makna diri yang membawa saya meninggalkan keluarga untuk mengembara ke merata Semenanjung Malaysia. Lihat artikel-artikel berikut :-







Namun sekali lagi rentak penulisan terganggu lalu ia tidak dapat diteruskan. Kali ini akibat gangguan mental block. Dipendekkan cerita pada tahun 2004 baru dapat menulis sesuatu yang betul-betul bermakna, bergerak dan hidup. Ini berlaku setelah saya nekad membuat pengembaraan solo masuk ke Aceh ketika ia masih dilanda darurat akibat perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia).


Hasilnya terbitlah buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" bulan Jun tahun 2006. Ia adalah sebahagian daripada siri trilogi pencarian makna hidup berlatarbelakangkan usaha masuk ke Aceh ketika darurat. Sambungannya "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" menyusul terbit Mei 2007. Ini diikuti buku ketiga dan penutup "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" (November 2007). Lihat artikel-artikel berikut :-


Tentang buku pertama...









Selepas itu muncul beberapa buku lagi daripada saya. Dengan 12 buku sudah dihasilkan setakat ini puratanya adalah hampir setiap tahun ada buku baru. Tetapi tahun ini saya belum sempat menerbitkan apa-apa buku untuk PBAKL. Kemudian baru 2 hari lalu mendapat tahu penerbit yang diharapkan dapat menerbitkan buku imbauan saya tentang perjalanan pusing Eropah tahun 1995 itu menolak manuskrip saya. 

Penolakan dihantar kepada e-mail saya Ahad lepas. Ketika itu saya sedang sibuk dengan pengembaraan ke utara bersama keluarga. Lihat artikel-artikel berikut :-






Nampaknya mereka tidak menghargai apa yang mampu saya hasilkan. Mungkin mereka lebih suka hasil kerja atas bacaan belaka tanpa pengalaman sebenar di lapangan atau cerita berupa sekali keluar 3-4 hari ke tempat orang terus boleh dijadikan buku asal dapat ditokok-tambah dengan cerita-cerita menarik daripada sumber-sumber lain. Atau mungkin mereka fikir cerita-cerita pengalaman sebenar saya itu cuma rekaan untuk kelihatan hebat. Tak mustahil kerana ramai di luar sana sanggup berbuat begitu, lebih sudu daripada kuah...



Nak tak nak saya harus menerbitkan buku baru itu sendiri. Ini sangat penting kerana saya tidak akan membuat apa-apa penulisan buku lain selagi ia tidak diterbitkan kerana mahu menjadikannya buku ke-13 saya. Ini adalah sebagai ganti ia sepatutnya menjadi buku pertama saya tetapi usaha dilupakan sejak fail tulisan hilang tahun 1997. Gesaan kuat untuk menjayakan ia kembali baru terbit akibat sebuah mimpi pertengahan tahun 2018. 

Saya ini ada gila-gila nombor. Kalau jadi ia sebagai buku ke-13 setelah 'gagal' menjadi buku pertama insyaallah akan banyak berlaku lagi perkara baik muncul sebagai susulan gerak yang dituruti. Dengan ini biar diberitahu saya akan membuat cara sama seperti dilakukan pada buku ke-11 dan ke-12 dahulu. Saya  akan membuka pre-order dengan pembaca membuat bayaran sebelum menerima buku. 

Bayaran ini mahu digunakan untuk menampung kos percetakan. Pada peringkat ini saya cuma perlu melakukan layout dan membuat design kulit buku. Bila dah dapat jumlah muka surat sebenar setelah lay-out atau proses reka letak baru boleh mendapat anggaran harga cetak yang tepat lalu bolehlah dikira harga sesuai untuk senaskah. Bila dah dapat ini saya akan membuka pre-order

Harap pembaca dapat memberikan sokongan ya. Sementara itu sila baca artikel-artikel berikut sebagai pembuka rasa  :-










Nota : Penulisan ini berserta semakan sebenarnya siap jam 4 pagi. Tetapi saya dah siarkan atau publish terlebih dahulu apabila terlihat jam 3.13 tadi. Selepas itu baru update jadi penulisan lengkap...


Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Skop kajian meluas yang melebihi fahaman sains sekarang

$
0
0

Salam semua. Dalam artikel Kelebihan Istighfar dan saikologi spiritual yang dipersembahkan jam 1.47 pagi tadi ada disebut saya akan menghadiri satu majlis ilmu lagi di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam beberapa jam sahaja lagi selepas itu. Kemudian tergerak untuk menulis artikel Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 dan harapan tentang buku baru lalu ia betul-betul siap jam 4. Alhamdulillah walaupun kepenatan dan kurang tidur saya dapat mengikuti majlis yang dimaksudkan dengan baik. Ini ceritanya...


Majlis yang bermula jam 10 pagi  itu adalah syarahan ketiga  Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar tentang bukunya "Classification of Knowledge in Islam". Syarahan pertama telah diadakan pada pagi Isnin 11 Mac, kedua pada Isnin 18 Mac. Rujuk artikel-artikel berikut tentang syarahan-syarahan tersebut :-





Syarahan ketiga sepatutnya menyusul pagi Isnin 25 Mac. Tetapi ia digantikan oleh majlis tentang ilmu kalam oleh Dr Amran Muhammad daripada ISSI (Islamic and Strategic Studies Institute  - Institut Kajian Islam dan Strategi). Kelihatan pada papan makluman untuk pelajar poster tentang siri syarahan Osman berkenaan buku Classificationnya di kiri atas. Ia diwar-warkan atas tajuk umum dan besar Book Commentary Series 2019 - Siri ulasan buku untuk tahun 2019. 

Pada kanan atas adalah poster 3 syarahan bersiri oleh seorang lagi tokoh dan pengajar di ISTAC iaitu Profesor Dato' Dr Awang Sariyan. Yang pertama telah diadakan pada pagi Selasa lepas 26 Mac lalu saya tidak dapat bersama kerana masih berada di utara bersama keluarga sempena cuti sekolah. Di bawah pula adalah satu syarahan atas nama  Book Commentary Series 2019  pada pagi Jumaat lalu oleh seorang lagi kakitangan berwibawa ISTAC, Profesor Madya Dr Imtiyaz  Yusuf. Pada pagi Jumaat akan datang syarahan kedua Awang dijadualkan berlangsung. Insyaallah saya akan hadir mendengar.


Kembali kepada syarahan ketiga Osman. Ia ditunda kepada pagi semalam lalu saya dapat hadir setelah membatalkan rancangan untuk ke Pulau Besar, Melaka. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Kelebihan Istighfar dan saikologi spiritual.


Sejumlah hadirin yang sudah ada jam 10 pagi. Lain-lain muncul sedikit lambat. Terus kepada syarahan. Bersambung penceritaan daripada artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam kajian) iaitu tentang syarahan lalu.



Adapun pengenalan tentang buku telah diberikan panjang lebar dalam artikel tentang syarahan pertama iaitu Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan. Syarahan kedua cuba meliputi sub-topik atau tajuk kecil kedua dalam bab pengenalan atau mukadimah. Tetapi sub-topik yang memakan ruang lebih sedikit daripada satu setengah muka surat ini sebenarnya belum selesai disyarahkan sepenuhnya kerana ia ditamatkan pada muka surat dua. Apapun syarahan pagi semalam dibuka dengan ulasan kembali (recap) syarahan kedua itu. Diceritakan kembali secara ringkas tiga tokoh besar ilmuwan Islam zaman silam yang dibincangkan dalam buku :-


1. Al-Farabi (hidup tahun 258-339 Hijrah bersamaan 870-950 Masihi)

2. Al-Ghazzali (hidup 450-505H/1058-1111M)

3. Qutb al-Din al-Shirazi (634-710H/1236-1311)


Untuk recap ini ditekankan tentang peranan al-Shirazi dalam konteks zaman. Beliau telah menyaksikan kejatuhan ibu kota Kekhalifahan Abbasiyah iaitu Baghdad ke tangan puak Mongol tahun 1258 Masihi. Selepas kemusnahan akibat serangan muncul era baru keilmuwan Islam yang diterajui oleh Al-Shirazi dan guru beliau Nasir al-Din (Nasiruddin) al-Tusi. Kata Osman beliau hidup sezaman dengan seorang lagi tokoh terkenal Islam, pengkaji sejarah dan ketamadunan tersohor iaitu Ibnu Khaldun. Tetapi mereka tidak saling mengenali.

Untuk makluman tokoh ini terkenal dengan buku besar tentang ketamadunan bertajuk Muqaddimah. Selepas menulis perenggan tadi (pada jam 10.51 malam semalam di rumah) saya menyemak tentang Ibnu Khaldun. Maklumat daripada Google menyatakan beliau dilahirkan pada tahun 1332 di kota Tunis, Tunisia dan meninggal dunia tahun 1406 di Kaherah, Mesir. Patutlah tidak saling mengenali - Ibnu Khaldun lahir selepas al-Shirazi sudah meninggal dunia tahun 1311.

Apapun perkataan sebenar yang digunakan Osman lalu saya terjemahkan sebagai sezaman itu adalah perkataan Inggeris contemporary (ingat. Syarahan dibuat dalam bahasa tersebut). Hidup sezaman ini bukan semestinya sama tempoh masa kehidupan. Cukuplah dalam satu ruang lingkup masa yang boleh dianggap tidak begitu banyak beza keadaan lalu suasana zaman boleh dikatakan sama secara rata.

Tentang pemikiran sarjana silam Islam Osman memberitahu pada awalnya ada tiga cabang utama membentuk ilmu falsafah yang dianggap praktikal. Ini adalah :-


1. Etika (ethics, boleh disamakan dengan adab)

2. Ekonomi

3. Politik (perkataan Arab yang sesuai adalah siyasah - ilmu mengatur negara dan masyarakat)


Tiga cabang ini diperkenalkan oleh pemikir besar Yunani abad ke-4 Sebelum Masihi iaitu Aristotle. Tentang bagaimana ia mempengaruhi pemikiran silam Islam sehingga muncul aliran Mashsha'I  sudah diterangkan pada syarahan-syarahan terdahulu lalu boleh dirujuk dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan  dan  Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam kajian).Pun begitu al-Farabi dan tokoh sezamannya Ibnu Sina (yang terkenal sebagai pakar perubatan tersohor) itu mengambil pendekatan berlainan walaupun awalnya mereka diajar begitu.

Oh. Semakan melalui Google menunjukkan, seperti hal Ibnu Khaldun dengan al-Shirazi, Ibnu Sina juga dilahirkan beberapa tahun selepas al-Farabi meninggal dunia. Namun mereka boleh dikira hidup sezaman kerana muncul dalam suatu tempoh waktu yang mana perkembangan dunia pemikirannya adalah lebih kurang sama.

Maka disebutlah tentang tradisi pengajaran ilmu pengetahuan ketika itu. Secara rata ia mengalir dalam keluarga, misalnya ilmu perubatan yang diketahui seorang bapa diajar kepada anak dan begitulah seterusnya. Tradisi lisan sangat penting zaman itu. Lalu disebut tentang kewujudan satu kitab autobiografi (kisah perjalanan hidup yang ditulis sendiri) oleh al-Farabi tetapi sudah hilang. Osman dapat menemui secebis dua untuk membantu penulisan. Ini ada dinyatakan dalam muka surat 15 buku Classification of Knowledge in Islam.

Disebut sekali tentang ilmu logik atau mantik yang digunapakai al-Farabi iaitu ilmu logik Aristotle (Aristotelian logic). Ia menjadi pilihan ramai pemikir Islam walhal daripada zaman kehidupan al-Farabi abad ke-9 Masihi ke zaman pemikir Yunani itu ada jarak masa selama 13 abad atau 1,300 tahun! Lalu ada hadirin bertanya daripada manakah beliau mendapat ilmu tersebut. Kata Osman al-Farabi mendapat tahu ada seseorang mewarisi ilmu tersebut melalui satu sanad keilmuan yang panjang disampaikan daripada guru kepada pelajar, pelajar menjadi guru menyampaikan kepada yang lain sehingga ke Aristotle. Pada zaman al-Farabi didapati tinggal seorang sahaja yang mewarisi ilmu ini lalu beliau pun mencarinya lalu berguru.


Sekadar ingin berkongsi. Syarahan ini menyaksikan buat pertama kali setelah begitu banyak tahun saya menyalin nota tangan ketika mengikuti suatu majlis. Adapun kali terakhir saya berbuat begitu kalau tak salah ingatan adalah semasa masih bertugas selepas wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996-2001. Selepas itu saya sering mengembara lalu tidak pernah membuat apa-apa catatan tangan. Saya telah terbiasa menulis secara terus ke dalam komputer riba. Semasa menulis itulah saya menggali ingatan tentang sesuatu yang telah berlaku.

Bermula hampir penghujung tahun 2006 saya mula membiasakan diri mengambil gambar-gambar apabila ke mana-mana. Gambar-gambar tertentu kemudian dipilih lalu diatur untuk penulisan blog. Ia membantu saya untuk mengingati suatu perkara apa lagi ada maklumat seperti tarikh dan waktu boleh dilihat dalam komputer. 

Bermula tahun 2009 saya mula rajin menghadiri majlis-majlis ilmu di institusi-institusi seperti Persatuan Sejarah Malaysia, Perpustakaan Negara dan universiti-universiti. Pembentangan ilmu atau kertas kerja pada majlis-majlis ini selalu disertai paparan slaid lalu saya ambil gambar mana yang patut. Disertai maklumat yang biasa dipaparkan pada pamplet acara atau maklumat atur cara ia membantu saya untuk mengulas kembali dengan baik. Seringkali salinan kertas-kertas kerja diberikan sekali. Secara rata saya tidak perlu pun membuat apa-apa bentuk catatan. Semua ini disertai kemampuan penghayatan dan pemahaman semulajadi agak cukup untuk membantu ingatan dan penulisan. Lihat Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222

Lain daripada itu saya mengambil sikap begini - kalau dapat ingat dan terkeluar dalam penulisan itulah kalam yang Allah SWT berikan dan izinkan untuk dikongsikan kepada umum buat masa itu. Kalau tidak terkeluar, sama ada akibat terlupa atau menghadapi masalah menerangkannya dengan ayat yang boleh difahami ramai (tetapi ini jarang berlaku kerana saya sedaya upaya akan cuba mencari jalan untuk memudahkan perkara) saya anggap tidak ada rezeki. Baru sehari kedua kebelakangan ini timbul rasa untuk mencatat kemudian timbul pula dorongan yang seperti disampaikan oleh Ilahi...

Maaflah saya bercerita panjang lebar tentang ini kerana itulah saya. Penulisan bukan sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman tetapi juga perkongsian rasa secara jujur. Sudah lebih 20 tahun saya hidup dalam keadaan sentiasa mengikut gerak ilham juga gerak hati berdasarkan panduan-panduan tertentu agar tidak diselewengkan oleh bisikan syaitan, jin dan hawa nafsu sendiri. Pelbagai pengalaman hidup termasuk hal-hal boleh mengancam jiwa dan nyawa ketika pengembaraan di rantau orang telah berjaya dilepasi sebagai bukti bahawa gerak hati yang dialami bukan imaginasi budak hingusan yang belum diuji sembang lebatnya dengan cabaran sebenar di lapangan dan dunia nyata. 

Lihat sahaja cerita-cerita yang banyak dipaparkan di blogspot ini. Pada yang membaca menggunakan telefon bimbit sila scroll ke bawah dan klik butang View Web Version untuk mendapatkan paparan lengkap seperti dalam komputer. Anda dapat melihat beratus mungkin beribu pautan sudah disenaraikan menurut aturan tertentu supaya mudah dirujuk kembali.

Tentang gerak untuk membuat catatan tangan setelah hampir 20 tahun tidak berbuat begitu - Ia adalah akibat syarahan-syarahan Osman tentang buku Classificationnya yang mengandungi begitu banyak maklumat. Hmm. Ada baiknya dipaparkan kembali poster promosi syarahan pertama seperti  dikongsikan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan.



Adapun ketika menulis artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan sehari selepas syarahan pertama saya mendapati banyak perkara tidak dapat diingati ketika membuat penulisan. Syarahan dibuat secara terus lisan tanpa paparan slaid atau nota tambahan pada papan hitam. Yang ada cuma salinan bahagian-bahagian buku yang hendak diulas, disyarah dan dipanjangkan.

Pun begitu, sebenarnya tak perlulah semua hendak dikongsikan. Semasa menjadi wartawan dahulu pun kami sudah diajar ambil beberapa perkara penting sahaja untuk dikongsikan kepada umum. Antara sebabnya adalah orang tak larat nak baca semua pun kalau cerita itu panjang. Kita pun sendiri tak larat nak tulis sebab banyak lagi perkara nak kena buat. Dan ruang berita atau cerita dalam surat khabar adalah terhad. Bukan kita seorang sahaja wartawan menulis lalu mengisi ruang...

Bila menulis di blogspot hadnya tidak sama seperti dalam suratkhabar. Kita boleh menulis seperti mana yang kita suka. Had boleh dibuat berdasarkan kehendak kita, bukan kehendak mana-mana pihak lain yang berkepentingan. Yang utama pada saya dapat berkongsi suatu cerita sehingga terasa cukup dan puas. Tetapi tetap ada had ruang dan masa. Penat wooo menulis panjang-panjang sedangkan kita pun ada banyak perkara lain nak buat selain menulis di blogspot.

Pun begitu masuk penulisan syarahan kedua Osman seperti dikongsikan dalam Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Tiga tokoh besar yang menjadi sumber dan rujukan dalam kajian) saya mula merasa rugi apabila menyedari banyak perkara terlepas daripada ingatan. Ya, saya tetap percaya ia ada dalam diri sekurang-kurangnya dalam ingatan secara sub-conscious atau bawah sedar. Apa yang terlupa itu boleh muncul kembali pada masa lain dan inilah yang biasa berlaku dalam kehidupan saya. Tetapi tetap terasa rugi kerana ada perkara tak dapat diingati ketika perlu...

Namun begitu semasa mengikut syarahan Osman tentang Islamic Spiritual Pyschology pagi Ahad baru ini saya masih malas untuk menulis nota. Setelah masuk sekitar 10 minit lalu menyedari luas sungguh jangkauan ilmu yang dikongsikan apa lagi ada terma-terma khusus yang patut diingati saya pun membuka laptop atau komputer riba lalu menaip nota. Ketika menulis artikel tentang syarahan ini iaitu Kelebihan Istighfar dan saikologi spiritual sekitar tengah malam Ahad masuk Isnin saya mendapati nota-nota ini sangat sangat membantu penulisan. Tiba-tiba ternampak, lupa entah dari mana tapi di atas meja, apakah pada komputer. telefon pintar atau suatu buku ada ungkapan berbunyi lebih kurang begini :-


Kamu hadir ke majlis ilmu itu adalah ibarat menangkap haiwan liar. 
Tambatlah ia dengan membuat catatan.


Saya cuba mencari kembali ungkapan tersebut dengan Google tetapi tidak berjaya menemuinya. Kalau tak salah ia disebut oleh Imam al-Ghazzali. Yang ditulis tadi adalah berdasarkan apa dapat diingati. Yang pasti ia tidak lari jauh daripada apa yang dilihat dalam bahasa Melayu dan tulisan Rumi.

Entah betul entah tidak saya lihat itu keluar di mana-mana waktu itu tetapi petunjuk-petunjuk sebegini memang amat biasa dalam kehidupan saya sejak lebih 20 tahun lalu. Sejak kecil lagi pun saya sudah mengalaminya. Kadangkala mata hati ini dapat melihat kehadiran suatu tokoh ulamak yang sudah meninggal dunia beratus tahun lalu. Kadangkala pula tiba-tiba tak pasal-pasal saya diberikan bayangan tentang sesuatu yang akan berlaku. Yang ini selalu dikongsikan dalam penulisan-penulisan pengembaraan saya apabila hal tersebut betul-betul berlaku. Itulah yang dipanggil sebagai deja vu...

Apapun ungkapan tersebut membuatkan saya buat pertama kalinya dalam tempoh hampir 20 tahun membuat catatan tangan dalam suatu majlis ilmu. Ini dibantu oleh kesedaran bahawa catatan melalui laptop ternyata amat membantu dalam merakam dan mengulas syarahan Osman pagi Ahad. Hampir sahaja saya melakukannya lagi untuk syarahan pagi Isnin tetapi memilih untuk membuat catatan tangan setelah menyedari dua perkara - catatan dengan laptop ada sedikit bising dan boleh mengganggu hadirin lain disebabkan bunyi ketap ketup menaip pada papan kunci. Catatan tangan  lebih mudah walau tulisan cakar ayam. Tetapi yang betul-betul membuat saya akhirnya menulis tangan adalah teringat ungkapan tersebut...




Sekarang bolehlah kita kembali kepada syarahan. Maka masuklah kpada muka surat ke-3 buku dan bahagian sub-topik kedua yang tidak sempat dipanjangkan dalam syarahan terdahulu. Oh. Kalau hendak diceritakan segala yang telah dikongsikan letih dan tak larat saya menulisnya. Nanti banyak kerja lain tergendala. Dengan itu biar diterjemahkan sahaja bahagian isi buku yang dibincangkan seterusnya perenggan demi perenggan ya.





Antara al-Farabi dan Qutb al-Din (al-Shirazi) ada jarak masa sejarah selama 4 abad. Dalam tempoh masa ini berlaku perkembangan dan kemajuan yang terserlah ketara dalam bidang sains, falsafah juga keagamaan. Sains-sains pra-Islam diIslamkan dan dimajukan lalu sains-sains baru dicipta. Adalah menjadi kajian menarik untuk menyiasat apakah perkembangan dan perubahan ini memberikan kesan atau mempengaruhi secara ketara asas fundamental dan stuktur pengklasifikasian yang dikaji, mengambil kiri ia ditulis  dalam suasana falsafah dan keagamaan yang berbeza. Setakat yang saya tahu, tiada orang pernah mengemukakan persoalan tersebut sebelum ini, apa lagi menjawabnya. Kajian saya sekarang sebahagiannya adalah usaha untuk menjawab persoalan ini.



Dalam kes al-Farabi ada satu lagi sebab untuk memilih klasifikasinya. Ia adalah klasifikasi berpengaruh pertama dalam Islam, lalu disebabkan itu beliau diberikan kehormatan dengan gelaran "Guru Kedua" (al-mu'allim al thani). Klasifikasi itu menjadi model bagi semua pengarang kemudian. Atas sebab ini, kebanyakan bahagian kajian saya diperuntukkan untuk klasifikasinya.

Hmm. Kena juga ulas ini. Adapun gelaran "Guru Kedua" buat al-Farabi ini adalah penghormatan besar terhadap ketinggian pemikiran dan ilmu falsafah beliau. Ini kerana gelaran diberikan sebagai pengiktirafan daripada para ilmuwan sezamannya. Ia menunjukkan beliaulah pengganti kepada Aristotle yang sering disebut sebagai "Guru Pertama" - orang pertama diketahui mengasaskan ilmu pemikiran falsafah berserta logik atau mantik yang dianuti mereka...






3. Sifat dan Skop Kajian yang Sedang Dilakukan

Dalam sebelas bab seterusnya  saya telah melakukan kajian falsafah terperinci terhadap tiga klasifasi yang telah saya pilih. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membentuk dasar asas falsafah bagi setiap klasifikasi lalu mengaitkan dasar ini dengan prinsip-prinsip tertentu yang terkandung dalam ilmu wahyu Islam. Saya juga telah memberikan penekanan analitik kepada persoalan-persoalan berikut : (1) Perkara-perkara utama yang membezakan setiap klasifikasi, (2) Sikap setiap pemikir terhadap sains-sains falsafah dan keagamaan serta bagaimana mereka melihat perbezaan antara itu.




Penerangan bagi setiap sains yang berlainan seperti  diberikan setiap pengarang dibincangkan setakat mana ia dapat membantu untuk menggambarkan tesis utama yang dipersembahkan dalam kajian ini. Tesis itu adalah pengklasifikasian dibuat berdasarkan idea-idea falsafah yang menjadi kebiasaan bagi semua aliran intelektual Islam dan pada masa sama meliputi idea-idea khas yang merupakan pandangan sarwa jagat intelektual dan keagamaan pengarangnya serta aliran yang diwakilinya.






Bagi setiap pemikir ada bab (bab satu, tujuh dan sepuluh) ditujukan kepada hidupnya, kerja-kerja dan apa yang ketara tentangnya. Penceritaan ini menyertakan ilmu pengetahuan tentang pendidikan dan latihan setiap pemikir dalam sains-sains yang berlainan, minat falsafahnya dan hasil kesarjanaan, lingkungan intelektual mereka, dan suasana intelektual dan keagamaan pada masa mereka. Ilmu pengetahuan sebegini memberikan latar belakang yang perlu untuk analisa patut tentang setiap klasifikasi yang telah dibentuk.

Sekadar memberitahu, terma "sains-sains" digunakan sebagai terjemahan bagi perkataan Inggeris sciences kerana merujuk kepada banyak jenis sains. Namun ada masanya cukup untuk menggunakan perkataan sains  sahaja (tidak berbilang) untuk meliputi semua bergantung pada konteks.




Oleh kerana klasifikasi al-Farabi telah dipersembahkan sebagai klasifikasi "model" dan merupakan yang pertama mahu dianalisa dalam kajian ini, saya telah memperuntukkan lebih bab (bab dua, tiga dan empat) untuk menetapkan dan menerangkan asas falsafahnya berbanding apa yang saya telah berikan kepada dua lagi klasifikasi. Idea falsafah terpenting yang al-Farabi telah gunakan untuk klasifikasinya adalah hierarki bagi sains-sains. Bab dua, tiga dan empat menangani tiga kriteria yang disenaraikan oleh al-Farabi, yang mana dengan itu hierarki sains-sains boleh ditetapkan. Untuk menjelaskan tiga asas berlainan bagi hierarki ini, adalah perlu untuk merujuk kepada saikologi al-Farabi, logik, ontologi, dan etika, walaupun ini bermakna harus memasukkan bahan-bahan tertentu yang telah begitu dikenali oleh sarjana falsafah silam. Apa yang penting dan utama adalah dalam perbincangan ini satu usaha telah dilakukan buat pertama kalinya untuk menetapkan satu hubungan konseptual antara idea-idea dalam saikologi al-Farabi, logik, ontolog dan etika juga klasifikasinya terhadap sains-sains.

Tentang bab hierarki atau susunan keutamaan daripada yang paling penting menuju ke bawah kepada yang kurang penting Osman menyebut betapa pentingnya ia dituruti dan dijaga. Hal ini sangat disedari bukan sahaja oleh para ilmuwan Islam malah ilmuwan dan sarjana Barat dahulukala. Hierarki di sini bermaksud setiap bidang ilmu ada taraf-tarafnya, tidak bolehlah dilonggokkan sama sahaja ibarat meletakkan intan permata emas kaca pada satu rak yang sama. Paling tinggi adalah ilmu tentang keTuhanan, wujud diri dan sebagainya. Tentunya tidak boleh diletak sama rata dan sama taraf dengan ilmu mengkaji binatang katak misalnya. 

Tetapi apa yang berlaku, perkembangan pemikiran dunia moden yang diterajui Barat mula meminggirkan hal-hal keTuhanan. Ini berlaku sejak abad ke-18 selari dengan kemunculan pemikiran 'moden' yang meletakkan segala suatu pada aspek-aspek fizikal yang boleh dilihat dan dicerna. Semua ilmu diletak seperti sama rata lalu rosaklah perkembangan jiwa manusia. Itulah juga yang diikuti kita malah ramai ilmuwan Islam sendiri akibat melupakan tradisi keilmuwan sejati.



Dalam bab lima dan enam saya cuba meringkaskan klasifiksi al-Farabi dan penerangannya tentang sains-sains lalu menunjukkan keketaraan kedudukan yang telah diberikannya terhadap suatu sains dalam klasifikasinya.




Kajian saya terhadap klasifikasi sains-sains al-Ghazzali termasuk satu bab (bab lapan) tentang orang yang berpengetahuan atau pencari ilmu. Beliau membahagikan orang berpengetahuan kepada empat golongan utama : ahli teologi (mutakallimun), Ta'limit atau Ismai'li, ahli falsafah (falasifah) dan orang Sufi. Bab ini cuba untuk menetapkan epistemologi al-Ghazzali dengan menganalisa kritikan-kritikannya terhadap dakwaan-dakwaan epistemologi dan metodologi empat kumpulan itu. Analisa ini menunjukkan bahawa pada al-Ghazzali masalah perhubungan antara pena'akulan dengan pengalaman yang melampaui kerasionalan juga antara agama dan falsafah telah dipertimbangkan daripada satu sudut pandang yang ternyata berbeza daripada apa yang ditemui pada al-Farabi. Bab ini menyediakan bahan yang perlu untuk memahami klasifikasi al-Ghazzali tentang sains-sains yang dianalisa dalam  bab sembilan.

Perenggan ini ada memperkatakan golongan Mutakallimun (ahli ilmu Kalam) sebagai ahli teologi. Kata Osman ini adalah berdasarkan persepsi Barat walhal dalam dunia Islam golongan lain pun boleh disebut sebagai ahli teologi. Ia berbalik kepada makna teologi itu sendiri iaitu kajian keTuhanan. Semua golongan atau aliran yang disebut al-Ghazzali dalam perenggan ini mengkaji tentang Tuhan. Cuma cara mereka berlainan. Dalam hal ini golongan Mutakalimun lebih jelas caranya kerana menggunakan ilmu mantik atau logik untuk menggapai makna keTuhanan. Daripada segi sejarah dan asal usul golongan ini muncul untuk menjawab serangan ahli teologi Nasrani (Kristian) dan Yahudi terhadap kepercayaan Islam.




Dalam bab terakhir (bab sebelas) saya cuba untuk menetapkan asas  falsafah klasifikasi Qutb al-Din. Walaupun idea fundamental yang mendasari klasifikasi ini sekali lagi merupakan perbezaan antara falsafah dengan sains-sains keagamaan, butiran yang ditekankan Qutb al-Din tentang perbezaan adalah tidak sama dengan apa yang dibuat oleh al-Farabi dan al-Ghazzali.






Kajian saya terhadap klasifikasi-klasifikasi sains-sains ini pada dasarnya adalah satu kajian terhadap falsafah-falsafah Islam terhadap sains. Perkataan "sains" ('ilm) digunapakai dalam kajian ini daripada segi menyeluruh suatu badan ilmu pengetahuan yang tersusun yang terdiri daripada satu displin dengan matlmat-matlmat yang jelas, ada premis-premis dasar, ada objek dan cara-cara menyiasat. Oleh itu saya merujuk kepada satu falsafah sains yang meliputi makna dan bidang kajian yang jauh lebih meluas berbanding displin moden yang memakai nama sama




Dengan ini tamatlah sub-topik 3 disyarahkan dalam bab pengenalan atau mukadimah buku Classification of Knowledge in Islam tulisan Osman. Sekadar mengingatkan, ia mengambil terus daripada tesis PhD beliau yang diselesaikan lalu dipersembahkan kepada Temple University di Amerika Syarikat tahun 1988. Masih ada lagi satu sub-topik sebelum masuk Bab Satu buku. Di sini, walaupun sudah penat dan rasa tak larat hendak menulis lagi saya terasa wajib untuk menambah beberapa perkara tanpa mengikut kronologi atau turutan masa bagaimana, kenapa dan pada waktu bila ia dinyatakan dalam syarahan. Biar dikongsikan seperti berikut :-

1. Penerangan Osman tentang sains seperti difahami sarjana dan ulamak silam Kata beliau ia melebihi apa yang difahami dan diiktiraf sebagai sains sekarang. Dahulu, kajian ilmu keTuhanan juga hal-hal seperti bahasa termasuk dalam sains. Prinsipnya begini. Sesuatu itu boleh dipanggil sebagai sains atau satu bentuk/cabang sains jika memenuhi kehendak 4 premis atau perkara asas berikut :-

i. Ada perkara yang mahu dikaji/diperkatakan (penerangan saya untuk subject matter)

ii. Ada asasnya (foundation)

iii. Ada metodologi atau kaedah teratur menanggapi suatu perkara

iv. Ada matlamat (goals)

Kalau semua ini ada secara tersusun dan baik dalam suatu bidang maka ia boleh dipanggil sebagai sains. Tetapi sekarang sains sudah dihadkan kepada apa yang dianggap logik dan rasional selain boleh diuji di mana-mana (empirical). Disebabkan itu apa yang kita fahami sebagai sains hari ini lebih merujuk kepada apa yang dikategorikan sebagai natural science, sains alam semulajadi yang mana tidak ada lagi unsur campur tangan atau aktiviti keTuhanan di dalamnya.

2. Saya ada bertanya kepada Osman bagaimana beliau membuat keputusan untuk memilih tiga tokoh ini - Al-Farabi, Al-Ghazzali dan Al-Shirazi (Dalam tulisan Osman menyebutnya sebagai Qutb al-Din). Apakah ada membuat shortlist atau senarai pendek tokoh-tokoh yang mahu dikaji kemudian disaring sehingga tinggal 3 orang? Maka terkeluarlah penerangan yang sangat bernilai dalam perjalanan kesarjanaan saya sendiri...

Osman memberitahu sebelum memulakan PhD di Temple University (tahun 1983) beliau sudah tahu tokoh-tokoh mana patut dipilih kerana sudah didedahkan dengan ramai tokoh silam semasa peringkat Masters lagi. Ketika membuat MA (masters in arts) dalam bidang berkenaan di universiti tersebut pendedahan sudah diberikan melalui pelbagai modul pelajaran yang wajib diikuti selain membuat kajian tesis. Sebelum itu beliau pernah membuat ijazah sarjana muda sains Bsc di University of London dalam bidang matematik diikuti ijazah sarjana Msc dalam bidang dan institusi sama. Ketika itu lagi beliau sudah banyak membaca tentang tokoh-tokoh silam Islam.

Walaupun sudah memiliki Msc dari London beliau disuruh membuat satu lagi Masters ketika hendak masuk ke Temple, bukan terus boleh buat PhD. Kata Osman memang asalnya dia berniat untuk membuat terus PhD kerana sudah ada Masters. Tetapi Temple University melarang kerana berlaku pertukaran bidang yang memerlukan dia mendalami perkara terlebih dahulu pada peringkat Masters. 

Hal ini mengingatkan betapa saya sendiri masuk ke ISTAC dengan niat kalau boleh hendak membuat PhD terus. Bezanya saya belum memiliki Masters kerana tidak mahu menyambung lagi pelajaran formal di menara ganding selepas mendapat Bsc Mathematics daripada University College of London tahun 1995. Tetapi saya masuk ke ISTAC September 2018 sebagai seorang pelajar matang (matured student) yang sudah sedikit berumur (48 ketika itu), banyak pengalaman hidup malah sudah menulis 12 buah buku. Cadangan tesis saya adalah usaha untuk mengangkat isi dua buku terakhir saya yang terbit awal 2018 ke persada akademik. Maka perkara sudah dikaji terlebih dahulu, cuma perlu digubal balik mengikut kehendak dan format akademik.

Semasa cadangan tesis dipersembahkan kepada jawatankuasa akademik ISTAC hampir penghujung 2018 saya malah mendapat persetujuan dan galakan agar tesis itu diangkat terus daripada peringkat Masters kepada PhD. Persetujuan dan galakan diberikan setelah jawatankuasa menyedari skop kajian berserta latar belakang pengajian dan pengalaman saya. Tetapi Osman yang diminta menjadi penyelia tesis tidak bersetuju. Dia mahu saya tetap mengambil Masters lalu melakukan sedikit perubahan sambil mengecilkan skop kajian demi memenuhi kehendak peringkat Masters yang lebih rendah berbanding PhD. 

Setelah seminggu dua juga berlaku pergelutan jiwa dan rasa tidak puas hati saya akhirnya akur atas asbab dia adalah penyelia tesis dan hampir sebaya bapa saya. Selain memang diakui sebagai seorang cendekiawan besar bertaraf dunia saya sebetulnya lebih akur atas dasar harus merendahkan diri kepada orang tua apa lagi yang menjadi guru kita. Insyaallah akan ada hikmahnya.

Penerangan yang diberikan Osman tentang beliau sendiri harus mengambil lagi Masters lalu itu sangat membantu penulisan PhD yang menjadi buku Classificationnya memberikan makna besar buat saya. Sebetulnya sejak mendengar syarahan pertama beliau tentang buku seperti dinyatakan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan saya menjadi sangat gembira lalu lebih sedia akur dengan guru saya itu. Sebelum itu saya ada rasa ragu-ragu tentang masa hadapan ISTAC yang ingin diterajui beliau sehingga sanggup menulis dalam satu artikel bahawa saya sedia meninggalkan institusi ini dalam sekelip mata jika hala tuju yang dibawa bercanggah dengan pendirian saya. Lihat Majlis 3 dalam 1 pelancaran buku, unit perbandingan agama dan diskusi buku - Penetapan arah baru ISTAC?.

Sebetulnya banyak lagi perkara menarik terkeluar dalam syarahan ini. Tetapi seperti syarahan-syarahan sebelumnya juga banyak penulisan terdahulu cukuplah perkongsian daripada saya ya... :]


Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Batu nesan Aceh di Kebun Lama, pemandangan di Bukit Bendera dan laksa kegemaran di Kota Lama Kanan

$
0
0

Salam 27 Rejab, hari memperingati peristiwa Isra' dan Mikhraj yang berlaku kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW pada waktu malam lebih 1,400 tahun lalu. Pada hari ini masuklah kita kepada cerita hari ke-4 dan terakhir perjalanan saya bersama keluarga di utara yang berlangsung minggu lalu. Bersambung penceritaan daripada Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Makam-makam di Langgar, tarikan Gunung Keriang dan Kuala Kedah.


Tengah hari Selasa 26 Mac 2019. Kami meninggalkan hotel tempat kami menginap di tengah bandar raya Georgetown di Pulau Pinang.


Cadangnya hendak naik Bukit Bendera atau Penang Hill.


Dalam perjalanan menghala ke barat menuju ke arah bukit kami singgah dahulu ke satu kawasan yang dipanggil sebagai Kebun Lama. Kami diberitahu di tanah perkuburan sana terdapat makam-makam ahli keluarga Sayyid Hussein Aidid, seorang ahli kerabat diraja Aceh yang membuka Lebuh Aceh dan masjidnya awal abad ke-18


Tengok-tengok terdapat sejumlah makam berbatu nesan Aceh juga sebuah makam dengan batu nesan unik yang lain buatannya. Lihat artikel Makam-makam berbatu nesan Aceh di (Tombs with Aceh stones in) Kebun Lama, Pulau Pinang dan Sebuah makam terserlah di (An outstanding tomb at) Kebun Lama, Pulau Pinang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Yang pasti memang ada kaum kerabat keturunan Sayyid Hussein disemadikan di sini. Mereka boleh dikenali kerana memakai nama keluarga atau marga Al-Aidid. Untuk makluman Sayyid Hussein yang dimakamkan di Masjid Lebuh Aceh adalah keturunan seorang Sultan Aceh daripada dinasti Sayyid keturunan Arab yang datang ke Aceh penghujung abad ke-17 Masihi. Malah Sayyid Hussein sendiri pernah menjadi Sultan Aceh selama 3 hari sebelum menyerahkan takhta kepada seorang anak tahun 1815. Rujuk artikel lama Mencari jejak Merong : Lebuh Aceh dan faktor 555 di Pulau Pinang.


Nampaknya kawasan Kebun Lama ini ada kaitan dengan warga berketurunan Aceh. Sekitar 100 meter ke barat terdapat masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Acheh Kebun Lama.


Ketika berada di tanah perkuburan tiba-tiba timbul rasa untuk melihat rumah kelahiran seniman agung negara, allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rasanya ramai tahu beliau berketurunan Aceh daripada sebelah bapa malah berdarah bangsawan yang memakai gelaran Teuku. Saya pun menyemak kedudukan menggunakan Google Map. Tengok-tengok rumah tersebut letak cuma 650 meter sahaja ke arah timur. Lihat artikel Rumah kelahiran P. Ramlee (House of birth of P. Ramlee) diikuti Sebuah makam terserlah di (An outstanding tomb at) Kebun Lama, Pulau Pinang.


Gambar bapa P. Ramlee dalam rumah. Dinyatakan beliau berasal dari Lhokseumawe di Aceh. Ini tidak jauh daripada tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai yang diasaskan oleh seorang moyang utama saya, Sultan Malikus Saleh. Semakan menggunakan Google Earth yang dibuat kemudian menunjukkan jarak lurus tanpa ada belok-belok dari tanah perkuburan ke rumah cuma 330 meter sahaja. Oleh itu besar kemungkinan semua ini termasuk dalam kawasan khas yang asalnya diduduki orang berketurunan Aceh.


Harus dinyatakan juga Pulau Pinang terletak hampir ke timur tepat sekitar 400 km menyeberangi Selat Melaka dari Lhokseumawe. Perjalanan diteruskan menghala ke Bukit Bendera.


Kami sampai ke kaki Bukit Bendera atau Penang Hill sekitar jam 1.52 petang.


Tetapi disebabkan harus menunggu lama untuk giliran menaiki kereta api bukit ke atas kami sampai di atas sana selepas jam 3. Lihat artikel Up Penang Hill and the superb views from up there di blogspotBERPETUALANG KE ACEH.



Seingat saya kali terakhir jelas ada naik Bukit Bendera adalah ketika membuat perjalanan solo pertama keliling Semenanjung dengan motosikal besar hampir penghujung tahun 1997. Selepas itu rasanya ada lagi sekali tapi tak jelas bila. Yang pasti memang sudah lebih 10 tahun.


Yang pasti juga saya tidak pernah naik bersama isteri dan  anak-anak. Hmm. Mungkin pernah dengan isteri pertama dahulu yang kampung bapanya terletak di Seberang Perai iaitu bahagian tanah besar negeri Pulau Pinang. 


Apapun berjalanlah kami anak beranak melihat suasana menyenangkan bukit yang mencapai ketinggian lebih 800 meter ini. Ia adalah satu ketinggian yang melayakkannya dipanggil sebagai gunung...






Begitu santai dan nyaman suasana dengan udara sedikit dingin sehingga sampai ke satu kawasan berdekatan meriam ini saya berbaring lalu terlelap buat satu tempoh. Sambil itu anak-anak bermain di taman permainan bersebelahan.


Sekitar jam 3.45 baru tersedar lalu pergi menunaikan solat di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Bukit Bendera.


Selesai menjamakkan solat Zohor dan Asar baru saya mengajak isteri dan anak-anak berjalan-jalan lagi meneroka apa yang ada di atas bukit.


Bila dah penat berjalan kaki disambung pula dengan menaiki kereta kecil atau buggy sewa.


Sampai ke satu pelantar yang memberikan pandangan menarik ke arah Geogetown kami berhenti sebentar. Tiba-tiba datang satu buggy lain berhenti di pelantar. Tengok-tengok ia membawa seorang anak muda yang gigih mengkaji sejarah. Beliau inilah yang menunjukkan kepada saya gambar dan kedudukan tanah perkuburan di Kebun Lama melalui Facebook. Rupa-rupanya anak muda ini sedang membuat tesis Masters tentang batu nesan Aceh...


Puas berlegar-legar di atas Bukit Bendera sampai masa untuk kembali ke rumah. Tetapi sebelum itu saya ingin menunaikan satu hajat iaitu makan laksa telur sarang di satu bahagian Kuala Kangsar di Perak.


Masalahnya kedai itu tutup jam 7.30 malam sedangkan kami sampai ke kaki bukit pun dekat jam 5.40 petang.


Dari kaki Bukit Bendera ke Kuala Kangsar ada jarak 130 km yang menurut Google Map dan memakan masa 1 jam 40 minit. Sedangkan isteri mahu kami singgah dahulu di satu bahagian pulau untuk membeli jeruk Pak Ali.


Disebabkan persinggahan tersebut kami sampai ke jambatan kedua Pulau Pinang pun sudah jam 6.40 petang. Dari permulaan jambatan di belah pulau ke Kuala Kangsar ada jarak 116 km bersamaan 1 jam 20 minit perjalanan.


Sambil berkejar menyeberangi jambatan sepanjang 24 km ini, 16.9 km di atas air kami dapat melihat Pulau Aman yang pertama kali dimasuki pada hari pertama perjalanan. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Antara Taiping, Pulau Aman dan Bukit Mertajam.


Ditakdirkan kami cuma dapat sampai ke kedai laksa di Kota Lama Kanan. 2.3 km ke timur bandar diraja Kuala Kangsar hampir jam 8. Walaupun kedai sebenarnya sudah tutup kami dapat menikmati laksa kegemaran kerana penjaga kedai sanggup menunggu kedatangan kami setelah diberitahu melalui telefon dalam perjalanan.


Dengan itu sempurnalah makan malam saya itu hari itu. Dalam perjalanan saya ada berbuka puasa dengan air kosong sahaja dalam kereta (sudah diberitahu perjalanan dibuat dalam keadaan saya pertama kali cuba menunaikan puasa 3 bulan berturut-turut, Rejab, Sya'aban dan Ramadhan). Selepas makan singgah pula ke masjid Kota Lama Kanan di mana terdapat batu nesan dalam masjid menandakan tempat ghaibnya Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah ketika menunaikan solat Jumaat hampir 500 tahun lalu. Cerita berkenaan ada dinukilkan dalam artikel lama Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Kota Lama Kanan dan Bukit Chandan. Sekian penceritaan. Wassalam. :]


Viewing all 1493 articles
Browse latest View live