Sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah - Masjid lama Negeri Sembilan dan faktor Sungai Muar
Sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah - Apabila Raya Haji menjadi pengganti Aidil Fitri
Sekadar melengkapkan gerak. Bersambung cerita daripada Sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah - Masjid lama Negeri Sembilan dan faktor Sungai Muar.
Isnin 3 Ogos 2020. Kami telah bermalam di rumah tinggalan arwah ibu bapa isteri di Tanjung Sepat. Petang itu dekat jam 5 baru keluar sebentar. Itupun cuma saya danisteri kerana hendak melihat pekan juga jeti batunya yang mengunjur jauh ke laut. Lihat artikel New visit to Tanjung Sepat jetty di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kali ini semua adik beradik saya dan ahli keluarga dapat bersama beraya di Muar kecuali seorang yang sudah lama meninggal dunia. Rujuk artikel Sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah - Muar-Pagoh-Gunung Ledang-Jelai. Alang-alang sudah berjalan jauh kami pergi pula beraya di rumah adik beradik isteri bermula di Felda Jelai kemudian Tanjung Sepat kemudian baru ke tempat-tempat yang disebut tadi. Walaupun semasa minggu terakhir Syawal ramai adik beradik isteri dapat berjumpa dalam satu majlis keluarga itu adalah di rumah kampung di Tanjung Sepat. Kali ini, setelah masuk hari-hari Tasyriq yang menyusul selepas tarikh 10 Zulhijjah Hari Aidil Adha baru dapat singgah ke rumah beberapa orang adik beradik. Dapatlah suasana seperti beraya pada bulan Syawal walaupun tidak semeriah kebiasaan pada tahun-tahun lalu. Selesai cerita.
Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mukadimah perjalanan malam
Salam petang Selasa 28 Zulhijjah. Pada kala ini tinggal sehari lebih sahaja sebelum tahun Islam 1441 Hijriah tamat. Adapun pada hujung minggu lalu saya ada membuat perjalanan lebih 1,000 km dalam tempoh 20 jam. Namun dalam tempoh waktu pendek itu banyak perkara diliputi sehingga cerita berkenaan layak dipecahkan menjadi 4 episod. Biar dimulakan dengan mukadimah ini.
Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Menjejak sejarah dan makan-makan dari Bandar Maharani ke Bukit Kepong membawa ke Negeri Sembilan
Salam Maal Hijrah. Dengan masuknya tarikh 1 Muharram bagi tahun baru 1442 Hijriah semoga semua pembaca mendapat semangat baru dalam menangani kehidupan sambil meraih keredhaan Allah SWT. Saya pula mahu mengambil berkat tarikh penuh makna ini untuk melepaskan cerita terbaru. Bersambung daripada artikel Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mukadimah perjalanan malam.
Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu
Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mengesan hal sebenar laluan kapal purba yang dikenali sebagai Jalan Penarikan?
Salam petang Rabu 7 Muharram. Sampai masanya untuk menyambung cerita daripada artikel Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Menjejak sejarah dan makan-makan dari Bandar Maharani ke Bukit Kepong membawa ke Negeri Sembilan.
Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Menyusur Sungai Serting ke Sungai Bera lalu ke Sungai Pahang
Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang"
Salam lewat malam 31 Ogos 2020. Maaf kerana terlambat untuk mengucapkan selamat ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-63 kepada semua pembaca yang dimuliakan. Adapun saya dan keluarga kini berada dalam satu perjalanan di Perak dan Pulau Pinang. Kesibukan dalam pengembaraan menyebabkan saya hampir terlupa untuk memaparkan artikel kompilasi ini.
Untuk kemudahan pembaca biar dikumpulkan artikel-artikel daripada siri kecil "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang" berserta artikel-artikel sokongan daripada blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Adapun malam ini juga sudah masuk tarikh kalendar Islam 13 Muharram tahun 1442 Hijrah. Nah. 31 (Ogos) dan 13 (Muharram) boleh ditulis sebagai 3113. Boleh juga 1331 (jika didahulukan tarikh Hijriah). Semoga memberikan faedah.
1. The new attraction called Pintasan Saloma
2. Kuala Lumpur from Pintasan Saloma
3. Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mukadimah perjalanan malam
5. Serting river at Jalan Penarikan
7. On to the actual estuary that is Kuala Bera
8. Pressing on further down the Pahang river mouth
9. Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Menyusur Sungai Serting ke Sungai Bera lalu ke Sungai Pahang
Oh Adapun keseluruhan perjalanan berserta maklumat-maklumat berkenaan telah diringkaskan dalam video sepanjang 55 minit lebih. Sila tonton dan hadam.
Misi hantar anak balik kolej - Antara kesegaran air terjun Lata Kinjang dengan dugaan hampir lewat malam
Salam lewat petang Isnin 19 Muharram 1442 Hijriah. Setelah beberapa lama baru timbul rasa untuk berkongsi kisah perjalanan terbaru saya dan keluarga yang bermula 9 hari lalu. Itupun banyak perkara terasa harus diselesaikan terlebih dahulu termasuk menamatkan pembacaan juz ke-28 Al Quran petang tadi. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengkhatamkan bacaan sejak masuk tahun baru Hijrah kurang 3 minggu lalu. Apabila artikel ini siap harus sudah masuk malam Selasa 20 Muharram kerana ketika ayat ini ditulis pun sudah jam 7.16 petang. Tak mengapa. Kita mulakan sahaja cerita.
Misi menghantar anak balik kolej - Pusing sedikit Taiping dan cerita kereta tak boleh hidup sebelum meluncur ke Pulau Pinang
Pusat lama kerajaan Aceh di Kampung Pande - Selamatkan bukti penting keberadaan awal Islam di Alam Melayu
Salam petang Isnin 26 Muharram 1442 Hijriah. Sepatutnya semalam atau hari ini saya menyambung penceritaan perjalanan terbaru saya dan keluarga ke utara iaitu daripada artikel Misi menghantar anak balik kolej - Pusing sedikit Taiping dan cerita kereta tak boleh hidup sebelum meluncur ke Pulau Pinang (dipersembahkan Khamis lalu). Tetapi saya telah menerima permintaan daripada seorang sahabat baik di Aceh agar dapat membantu menangani masalah ancaman satu situs atau tapak bersejarah penting di tempat mereka. Adapun situs tersebut bukan sahaja penting bagi masyarakat Aceh yang cintakan agama, bangsa dan negara, ia juga penting buat seluruh umat Melayu dan Islam di Alam Melayu dan Asia Tenggara. Ini kerana ia pernah menjadi pusat awal kerajaan Aceh yang umum tahu adalah kerajaan utama selepas Melaka dalam membela nasib umat Islam di bumi Timur. Pada tapak itu wujud bukti-bukti kedatangan Islam sejak 800 tahun lalu malah lebih awal daripada itu.
Gambar ini diambil daripada artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande yang dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) lebih 3 tahun lalu. Ia menunjukkan sejumlah batu nesan Aceh sedang diselamatkan oleh beberapa orang aktivis anak muda sana. Mereka bergerak atas nama MAPESA iaitu singkatan bagi Masyarakat Peduli Sejarah Aceh. Anak-anak muda yang ramai terdiri daripada pelajar universiti ini rajin turun padang membersihkan juga memugar makam-makam lama di serata Aceh menggunakan duit poket sendiri.
Kawasan ini juga kawasan sekitarnya asalnya adalah daratan berdekatan kuala Sungai Aceh. Tetapi ombak besar Tsunami yang menerjah ganas hampir 16 tahun lalu sehingga mengorbankan lebih 200,000 nyawa iaitu pada tarikh 26 Disember 2004 telah mengundurkan garisan pantai sehingga memakan daratan 3 km ke dalam. Akibatnya kawasan ini dan sekitarnya digenangi air laut hingga kini. Sedangkan ia termasuk di dalam kawasan pusat lama kerajaan Aceh lalu mengandungi bukti-bukti penting keberadaan Islam di Alam Melayu/Asia Tenggara.
Apabila surut air laut baru dapat dicari kesan-kesan tinggalan ini. Antaranya adalah batu-batu nesan lama penuh ukiran berseni menandakan kedudukan makam orang-orang penting seperti raja, para pembesar dan ulamak-ulamak berwibawa dahulukala. Ia sudah lama berselerak masuk ke dalam lumpur dan sebagainya. Setelah beberapa tahun baru dapat ditemui lalu didirikan kembali oleh para aktivis terutama daripada MAPESA.
Daripada batu-batu nesan ini dapat dibaca catatan-catatan terukir dalam bentuk khat menunjukkan ketinggian peradaban lama yang menjangkau pengaruhnya sehingga ke seluruh dunia Islam zaman dahulu. Dalam lawatan hampir penghujung Mac tahun 2017 itu kami diberikan penerangan tentang situs, kepentingannya dalam sejarah serta usaha-usaha bagi menyelamatkannya. Untuk pengetahuan lawatan adalah sebahagian daripada program HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) anjuran pihak saya dengan kawan-kawan aktivis di Aceh. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Berlangsunglah acara yang memberi nama.... HIKMAH diasaskan pada 12 Oktober 2012 sebagai satu ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook. Majlis ilmu atas nama HIKMAH diadakan sebagai lanjutan daripada cadangan peminat agar saya mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam. Lihat HIKMAH - Bagaimana ia bermula.
Secara rata kawasan ini termasuk di dalam lingkungan besar apa yang dipanggil sebagai Kampung Pande. Ini kerana dikatakan pada zaman dahulu ia menempatkan banyak orang pandai (itu yang disebut pande) atau pakar dalam pelbagai bidang seperti pertukangan besi. Ada bahagian yang masih terletak di atas daratan lalu menempatkan bukti-bukti sejarah yang lebih tersusun. Pun begitu sejak sekian lama ia seperti tidak dipedulikan malah dijadikan pula tempat pembuangan sampah sehingga berbukit bertimbun mencemarkan suasana dan pemandangan. Nasib baik ada anak-anak muda dan mereka yang peduli seperti MAPESA memperjuangkan kerana melihat pentingnya kawasan dilestarikan sebagai bukti kukuh keberadaan awal Islam di Alam Melayu.
Termasuk di dalam lingkungan besar Kampung Pande adalah apa yang sudah diiktiraf sebagai tempat bermulanya Banda Aceh, pusat Kesultanan Aceh 800 tahun lalu. Sekadar berkongsi pengalaman, saya pertama kali sampai bersama keluarga pada tahun 2014. Lihat artikel Tapak pusat kerajaan awal Aceh (Site of the centre of Aceh early kingdom) di blogspotSENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dua tahun lebih awal pula kami telah menziarahi makam-makam lama di sekitar itu. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Saidi Mukammil ke Hamzah Fansuri. Tetapi apabila disemak kembali perjalanan-perjalanan lama rupa-rupanya kami sudah sampai sejak tahun 2009 lagi. Lihat artikel Dari Syiah Kuala keluar Banda Aceh... singgah di 'Anjung' juga di 'Kandang'....
Berbalik pada lawatan lapangan tahun 2017. Tidak lama kemudian muncul ancaman baru berupa projek pembinaan infrastuktur pembuangan air najis di Kampung Jawa berdekatan Kampung Pande. Malah dalam tempoh beberapa bulan selepas itu ia sampai pada peringkat sudah didirikan kepuk bangunan batu setelah tanah sekeliling dikorek dan dibongkar ke paras tertentu. Sebetulnya Kampung Jawa boleh dikira termasuk di dalam lingkungan besar kawasan Kampung Pande. Projek ini secara efektiknya menggusur sejumlah makam lama bahkan bakal mencemarkan kedudukan keseluruhan kawasan sebagai tapak bersejarah penting dalam memartabatkan keberadaan Aceh, satu keberadaan yang terkait dengan perkembangan Islam ke seluruh Alam Melayu 800 tahun lalu.
Projek yang dipanggil IPAL (Instalasi Pengolahan Air Limbah) boleh menyebabkan seluruh kawasan tercemar dengan laluan air najis. Tentu ini tidak setimpal dengan kedudukan kawasan sebagai pusat penting peradaban Aceh yang terkait dengan kemuliaan martabat orang Melayu juga Islam secara keseluruhan. Nasib baik setelah beberapa lama dibantah projek diberhentikan buat sementara. Lihat ulasan saya yang agak panjang lebar dalam artikel Isu ancaman terhadap tapak kerajaan lama Aceh di Kampung Pande - Satu gerak kebangkitan Islam di Alam Melayu akhir zaman?. Dengan munculnya cadangan-cadangan agar projek dialihkan ke lokasi lain yang tidak mengancam tapak-tapak penting bersejarah ingatkan Kampung Pande dan persekitarannya sudah selamat daripada ancaman. Rupa-rupanya belum lagi. Dalam sebulan dua kebelakangan muncul berita bahawa IPAL akan dilanjutkan kembali di tempat sama.
Entah kenapa pihak berkuasa diberitakan masih berkeras untuk melanjutkannya. Agak pelik ini kerana Aceh penduduknya 99% Islam, hampir kesemuanya berbangsa Melayu Aceh. Lainlah kalau di Malaysia yang mana bangsa bukan Melayu dan bukan Islam lebih jumlah, lebih berkuasa dan lebih berduit untuk menentukan hala tuju walaupun jelas merugikan Melayu dan Islam. Apakah terdapat tekanan daripada pihak tertentu agar situs penting sejarah di Kampung Pande dirosakkan?
Apakah terdapat usaha untuk membendung kebangkitan semangat jati diri sebenar Aceh? Apakah ada yang takut kalau jiwa anak-anak Aceh menjadi betul-betul merdeka setelah dapat menghayati sepenuhnya semangat lama kerajaan melalui bukti-bukti sejarah? Kelihatannya begitu. Malah sejarah keberadaan Aceh dan bagaimana ia boleh masuk menjadi sebahagian daripada negara Indonesia bermula tahun 1946 menyokong telahan ini.
Sebetulnya apa yang diulas dalam artikel Isu ancaman terhadap tapak kerajaan lama Aceh di Kampung Pande - Satu gerak kebangkitan Islam di Alam Melayu akhir zaman? 3 tahun lalu sudah cukup untuk menerangkan isu. Cuma ia bukan yang terkini apa lagi menyeluruh. Untuk mengikuti dengan lebih baik perkara sila masuk ke Facebook MAPESA. Anda dapat mengikuti perkembangan sejak daripada mula berserta pelbagai usaha dan penemuan MAPESA demi memartabatkan kembali sejarah Islam Aceh yang sebenarnya melibatkan seluruh Alam Melayu.
Sesungguhnya kawan-kawan di Aceh sangat mengharapkan agar para aktivis di Malaysia terutama saya melakukan sesuatu untuk mempengaruhi pihak berkenaan agar memberhentikan projek IPAL di Kampung Pande. Saya diingatkan bagaimana satu usaha melalui HIKMAH 8 tahun lalu telah berjaya menghentikan ancaman terhadap situs bersejarah lain, sekitar 40 km ke timur Kampung Pande. Di atas adalah gambar sahabat berkenaan berpakaian tradisional Aceh ketika menghadiri acara ke-2 HIKMAH di Melaka pada penghujung tahun 2012. Melalui sumbangan seorang kawan lama saya zaman kolej kami telah menaja kedatangan 2 orang wakil MAPESA untuk mengenengahkan perkara.
Seorang lagi pula datang bersama menggunakan belanja sendiri. Lihat Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka. Ancaman berupa pembinaan padang golf tajaan pihak luar negara dilihat bakal merosakkan keseluruhan situs bersejarah lalu menghilangkan bukti ketinggian peradaban lama Islam di situ. Malah ditakuti mereka ada motif lain - Sambil membina padang golf sambil mengorek khazanah lama termasuk emas yang dipercayai wujud dalam tanah. Disebabkan wakil MAPESA dibawa membentang kerajaan pusat Indonesia di Jakarta katanya terpaksa mengambil tahu lalu harus bertindak membatalkan projek. Ini kerana acara kami mendapat sokong kerajaan negeri Melaka. Maka isu yang dibangkitkan pun menjadi isu antarabangsa.
Sesungguhnya situs berkenaan yang merupakan tapak pusat kerajaan lama Lamuri sangat kena mengena dengan keberadaan kerajaan awal Aceh. Perincian tentang kawasan boleh dilihat dalam artikel Perjalanan ke-7 di Aceh - Hol Tuan di Kandang dan Emansipasi Citra Lamuri iaitu setelah saya membuat lawatan lapangan tahun 2015. Sekarang Kampung Pande yang merupakan tapak awal pusat kerajaan Aceh pula sedang menerima bahana. Tentunya kerjasama serupa diharapkan daripada kami di Malaysia walau sedang tersekat pergerakan disebabkan PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung wabak virus Covid-19.
Gambar ini diambil ketika kami mengadakan satu lagi acara HIKMAH di Aceh tahun lalu. Sesungguhnya kerjasama kami para aktivis kedaulatan Melayu di Malaysia dengan para pencinta sejarah di Aceh telah menjangkau tempoh 8 tahun dengan 3 kali acara HIKMAH diadakan di sana. Lihat artikel-artikel berikut :-
1. Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014
Misi menghantar anak balik kolej - Meronda Tanjung pada Hari Kemerdekaan sebelum bergerak ke Kuale
Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020
Salam awal pagi Rabu 16 September bersamaan 28 Muharram 1442 Hijriah. Ketika menulis ayat ini sudah jam 12.51 pagi. Walaupun penat kerana semalam pun tidur cuma 2 jam saya masih belum dapat melelapkan mata kerana kepala aktif memikirkan banyak perkara. Ada yang perlu dilepaskan. Antaranya adalah penulisan berkenaan.
2. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh
3. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu Islam akhir zaman
Tetapi itu pada 4 tahun lalu. Sekarang perkembangan pemakaian tanjak juga busana tradisional Melayu sudah sampai ke tahap tinggi baru. Melihat pada poster melibatkan Indonesia terasa seperti ia adalah semboyan kebangkitan Islam daripada Timur akhir zaman. Semoga ini menjadi kenyataan kerana ramai kawan aktivis terutama dalam dunia persilatan sebenarnya berharap agar dapat bersama berjuang menghapuskan segala kezaliman lalu bersama mengecap zaman keemasan yang katanya akan dibawa watak Imam Mahdi seperti disebut dalam hadis-hadis Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Cukuplah gerakan penulisan. Jom kita keluar bertanjak beramai-ramai siang karang. :]
Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020
2. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh
3. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu Islam akhir zaman
Melayu bertanjak hingga ke Indonesia pada Hari Malaysia 2020
Artikel ini ditulis dan dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) terlebih dahulu sebelum dikongsikan di sini...
------------------------
Salam malam Jumaat 30 Muharram. Merujuk pada artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020 diikuti Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020. Kita sambung lagi hal kempen bangsa Melayu bertanjak Hari Malaysia sehingga cukup selesai...
Misi menghantar anak balik kolej - Dari Temong mengimbau sejarah Raja Bilah di Papan dan peranan dalam lipatan sejarah
Salam lewat petang Jumaat. Adapun sehari dua ini saya sibuk menyajikan cerita-cerita tentang kempen Melayu bertanjak 16 September. Lihat artikel-artikel berikut :-
1. Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020
2. Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020
3. Melayu bertanjak hingga ke Indonesia pada Hari Malaysia 2020
Sekarang, sementara ada baki tarikh Islam 30 Muharram biar dipersembahkan cerita hari terakhir perjalanan saya dan keluarga ke utara baru ini. Sebetulnya perjalanan itu sudah hampir 3 minggu selesai, mennggu masa sahaja untuk dilengkapkan penceritaan. Maka bersambunglah kisah daripada artikel Misi menghantar anak balik kolej - Meronda Tanjung pada Hari Kemerdekaan sebelum bergerak ke Kuale yang dipersembahkan 3 hari lalu.
Gerakan bertanjak yang kukenal - Dari 2012 ke 2014
Salam petang Sabtu 1 Safar 1442 Hijriah. Tergerak hari ini untuk mengumpulkan kesemua artikel yang pernah ditulis melibatkan pemakaian tanjak di tempat awam sejak melihatnya dilakukan oleh kawan-kawan dan kenalan lalu saya terlibat sama bermula tahun 2012. Artikel-artikel diambil daripada blogspot CATATAN SI MERAH SILU serta Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Untuk itu saya perlu meneliti lebih 1,000 buah artikel bagi memastikan ia dapat menunjukkan pemakaian tanjak, sebaiknya berserta sepersalinan penuh busana tradisional Melayu di tempat awam.
Artikel cuma akan dimasukkan ke dalam senarai jika terdapat sekurang-kurangnya satu gambar orang bertanjak di dalamnya. Lain-lain harus ditolak walaupun ingat, yakin dan pasti bahawa saya hadir ketika peristiwa yang disebut dengan berbusana tradisional Melayu. Usaha dimulakan sejak jam 12 tengah hari dengan harapan dapat meliputi kesemua artikel berkenaan sebelum masuk waktu Maghrib lalu tamat tarikh 1 Safar. Namun selepas jam 3 timbul rasa penat amat lalu terasa cukuplah dapat disenaraikan daripada tahun 2012 hingga ke 2014. Yang lain akan disambung kemudian.
Gambar hiasan adalah daripada tahun 2015 yang mana saya muncul berbusana penuh tradisional di kaca televisyen untuk siaran langsung wawancara tentang buku ke-8 saya "Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" (terbit September tahun itu). Terlihat ia dinaikkan di Facebook oleh seorang kenalan terus terasa sesuai untuk menghiasi artikel kompilasi ini. Adapun kali terakhir saya menghasilkan buku adalah bermula pada bulan Julai 2018 tetapi terbit bulan Jun 2019 iaitu hampir setahun selepas itu. Tajuknya adalah "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995". Ia adalah buku ke-13 saya.
Selain berkongsi pengalaman ketika zaman mengaji ijazah sarjana muda dalam bidang matematik di University College of London ia turut menceritakan bagaimana saya sudah banyak berubah sehingga menjadi lebih keMelayuan lalu menjunjung tinggi tanjak dan pemakaian busana tradisional Melayu. Artikel melibatkan pemakaian tanjak yang diatur menurut kronologi ini pun sedikit sebanyak menunjukkan perkembangan diri selepas berjinak-jinak dengan busana tradisional Melayu. Ia turut menunjukkan perkembangan umum perkara daripada kaca mata saya...
2012
1. Antara persilatan dengan penulisan - betul ke mata pena lebih tajam daripada mata pedang?
2. HIKMAH 4 Nov - Satu kejayaan ulung yang tak disangka
3. Video klip sekitar HIKMAH 4 Nov
4. Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Dari pembukaan ke makan tengah hari
8. Video sekitar Pertemuan Busana Tradisi dan Pendekar Melaka 2 Dis
9. Sekitar Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur
10. Dari pertandingan keris ke Perpustakaan Negara - Antara senjata dan ilmu...
11. Keris yang sesuai untuk majlis
2013
1. Majlis perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik Titiwangsa
2. HIKMAH III - Selawat pagi untuk membuka talian pancaindera dan rohani
5. Video sekitar HIKMAH III di Lumut
6. Antara HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan
7. HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembukaan yang mendebarkan
8. HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembentangan pagi dan tengah hari yang disatukan serta kuda dan silat9. HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Dinar dirham sebagai tunjak kekhalifahan Islam
11. Berbusana tradisional membawa misi HIKMAH ke parlimen
12. Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu
13. HIKMAH Merdeka Raya - Dari kompang ke tarian tradisional, kritikan seni dan teater Islam
14. HIKMAH Merdeka Raya - Dari DNA Melayu ke pencarian makna besar kemerdekaan17. Bertandang ke program "On The Point"
20. Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah
21. Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!
22. Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD
23. Hari kedua Sidang Kemuncak Sejarah 2013 - Membawa kombinasi Melayu-Aceh ke majlis
2014
1. Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau
2. Misi HIKMAH Pulau Pinang - Mesyuarat di Bayan Lepas dan mencari keMelayuan di Lebuh Aceh
3. Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor dan HIKMAH bawah pokok
4. HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Pagi yang agak sepi
5. HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Santai hingga ke petang8. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah
9. Misi HIKMAH Pulau Pinang - Dan acara pun berlangsung dengan jayanya...
10. Ukhwah Pendekar Malaiu di Balik Pulau
11. Berjayanya misi HIKMAH Aceh
12. Forum Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu-Nusantara : Menuju aspirasi raja yang insan kamil
13. Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 - Antara busana, kraf tangan dan GST
14. Seminar Kesultanan Selangor dalam Arus Sejarah Malaysia - Tentang Raja Musa yang diketepikan
17. Susulan HIKMAH Pagoh - Lawatan ke Bukit Treh dan Pulau Besar
18. Ceramah Alam Melayu Atlantis di Gombak
19. Program Penghayatan Warisan Kesusasteraan Melayu Tradisi : Hikayat Merong Mahawangsa
20. Dari KL ke Negeri Sembilan : Antara perkahwinan dan tuntutan perjuangan
21. Filem di UKM, gambus di UM dan kamera yang berkabus - Sedikit aktiviti untuk rakan aktivis Aceh
Gerakan bertanjak yang kukenal - Dari 2015 ke 2017
Salam pagi Rabu 5 Safar 1442 Hijriah. Meneruskan pengumpulan artikel-artikel tentang gerakan bertanjak dan pemakaian busana tradisional Melayu sejak terlibat sama tahun 2012. Bersambung daripada Gerakan bertanjak yang kukenal - Dari 2012 ke 2014.
2. Ke utara menutup kalendar 2014 - Memaknai perjuangan Melayu dan jambatan kedua Pulau Pinang
3. Menjayakan acara di Lembah Bujang sebelum ke runtuhan dipercayai masjid purba
4. Sungai Batu, industri besi purba dan makam Sultan Muzaffar Syah I
5. Minggu Warisan Perak di PWTC
6. Perjalanan ke-7 di Aceh - Satu lagi tawaran tak disangka
7. Perjalanan ke-7 di Aceh - Makam para Merah, punca batu nesan Aceh dan makam Hamzah Fansuri
9. Perjalanan ke-7 di Aceh - Bincang Sejarah Adat dan Budaya Aceh-Malaysia
10. Perjalanan ke-7 di Aceh - Masjid Oman, Maulud di makam Syiah Kuala dan sapaan puncak Gunung Seulawah
11. Pelancaran buku "Sejarah Melayu" dari Batam di DBP - Mengingatkan Raja Isa Nongsa
12. Sekitar HIKMAH Seri Menanti
13. Melihat keris berdiri di Kompleks Kraftangan
14. Wawancara televisyen tentang rombakan kurikulum sejarah - Apakah terlalu sensitif untuk disiarkan?
15. Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Apabila kekeliruan menyelinap masuk ke dalam majlis
16. Daripada Cheng Ho ke pesta buku - Rumi dan projek penulisan baru
17. Pesta buku bersama Hijjaz dan Duta Arab Saudi
18. Menghiasi Kosmo Alam Melayu
19. Sekitar HIKMAH Chenor 9 Mei 2015
20. Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding
21. Daulah Melayu - Penggambaran untuk crowd funding lagi...
22. Panggilan Pasir Salak - Penangan penjurit kepetangan
23. Panggilan Pasir Salak - Peranan HIKMAH dan sedikit perkongsian ilmu
24. Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak
25. Panggilan Pasir Salak - Bertandang ke rumah Tok Sagor
26. Jejak Kalimantan Barat - Sultan-sultan Sambas, Opu Daeng Kemasi dan Gusti Jamiril
Jejak Kalimantan Barat - Sejenak di Pontianak kemudian di Mempawah
27. Iftar KL 2015
28. Jejak Kalimantan Barat - Kesultanan Landak, Raja Abdul Kahar dan pembantaian Jepun di Mandor
29. Iftar KL 2015 - Geng busana beraksi beramai-ramai
30. Jejak Kalimantan Barat - Melihat istana dan masjid diraja Pontianak sebelum berlepas...
31. Misi Pulau Pinang dan Perak - Menurut jejak ziarah pertabalan raja
32. Daulah Melayu - Ke Kedah untuk outdoor shooting pertama, naik Gunung Jerai
33. Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal
34. Beraya awal minggu ke-3 ganti shooting Daulah Melayu
35. Sekitar HIKMAH Beruas - Undangan rumah terbuka yang memanjangkan acara hingga ke malam
36. Rumah terbuka Merah Silu 30 Syawal 1436
37. Sekitar HIKMAH Beruas - Dari tempat-tempat bersejarah di Beruas membawa ke Lumut
38. Menyusur Sungai Johor - Merealisasikan satu harapan lama...
39. Menyusur Sungai Johor - Bukit Seluyut, Panchor dan Johor Lama
40. Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut
41. "Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" dah keluar!
42. Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1
43. Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya...
44. Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran
45. Mengabadikan HIKMAH dan perjuangannya
46. Menjayakan projek dokumentari Daulah Melayu
47. Diwawancara di rumah untuk satu projek dokumentari tentang Melaka
48. Daulah Melayu di Jawa Timur - Berkejar ke Surabaya...
49. Daulah Melayu di Jawa Timur - Penggambaran spontan di pesantren Pasuruan
50. Daulah Melayu di Jawa Timur - Antara penggambaran sekitar pesantren dan majlis hol Wali Songo
52. Daulah Melayu di Jawa Timur - Daripada Sayyid Jamadil Kubro ke Maulana Malik Ibrahim
53. Daulah Melayu di Jawa Timur - Sunan Giri, panggilan Raden Santri dan Sunan Ampel
54. Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC
55. Menggamit warisan Daulah Melayu di UPM
56. Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pertandingan silat dan panggilan Inderasakti
2016
1. Daulah Melayu di Jawa Timur - Baru buat kompilasi
2. Daulah Melayu di Melaka - Legasi Hang Tuah. Bersilat di bawah naungan Pulau Besar
3. HIKMAH reunion di Bukit Tinggi
4. Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik
5. Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijriah di Yayasan al-Jenderami
7. Sekitar Festival Dunia Seni Silat dan Warisan Melayu Selangor
9. Rencana-rencana akhbar sekitar acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik.]
10. HIKMAH Janda Baik - Album UOL I
11. HIKMAH Janda Baik - Album UOL II
12. HIKMAH Janda Baik - Album UOL III
13. Video-video sekitar HIKMAH Janda Baik
14. Persinggahan lewat ke festival Warna Warni Adat Perpatih di Rembau
15.Rakaman Akademi Silat Pendekar Muda di Shah Alam
16. Majlis hol almarhum Raja Haji di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
17. Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat
18. Tentang Pesta Buku KL 2016 dan cabaran ke atas penulisan buku
19. Ke Pesta Buku KL di Serdang untuk menjernihkan hal buku yang dituduh berunsur Syiah
20. Syarahan arkeologi dan sejarah oleh Profesor Dr Ataullah Bogdan Kopanski di UIAM
21. Mengambil berkat 1 Syaaban menelusuri jejak leluhur di Pesta Buku KL 2016
22. 'Menimbang' air Sungai Pahang - Permulaan asbab perjalanan
23. Seminar Patriotisme di Kuala Lipis - Meningkatkan Patriotisme Melalui Pengalaman Sejarah
24. 'Menimbang' air Sungai Pahang - Kaitan Perak-Aceh membawa ke Pulau Tawar dan Mat Kilau
26. Jadi 'Chef Wan' di Bentong sebelum mencari jejak Dato' Bahaman di Lanchang
27. Bangunan Freemason di Bukit Jalil, legasi Raja Haji di Cyberjaya dan Masjid Besi di Putrajaya
29. Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Ganjaran RM100,000 memilih tuan
30. Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Suasana pesta berterusan ke tengah malam
31. Iftar KL 2016 - Menggamit silaturrahim perjuangan sambil disapa hujan Ramadhan
32. Berbuka berbusana pada Iftar KL 2016 dalam media massa
40. 4 Syawal 1437 - Menyahut panggil Jugra
68. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh
69. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu Islam akhir zaman
Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2018 ke 2020
Salam pagi Jumaat 7 Safar 1442 Hijriah. Setelah beberapa lama sampailah masa untuk melengkapkan usaha mengumpulkan artikel-artikel tentang pergerakan bertanjak dan penglibatan saya sejak tahun 2012. Bersambung daripada artikel Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2015 ke 2017.
2018
1. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Mukadimah Hulu Perak dan kerajaan Melayu Reman
2. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani
3. Dari majlis perkahwinan di Batu Tambahan ke rumah Uwan di Padang Balang
5. Menyelesaikan isu 'kemusnahan' kesan sejarah Melayu Islam awal di Kuala Lumpur
7. Anjung Tradisi 2018 di Sarang Art Hub - Mengomel sikit tentang keMelayuanlah pulak...
8. 'Selingan' hujung minggu - Majlis perkahwinan, tahlil dan BBQ
10. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Pesona Segenting Kra dan jejak Melayu utara
13. Sembang santai sejarah di Muar dan parking buku di Melaka
14. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Langkah-langkah akhir di Trang, Phattalung dan Hatyai
15. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menutup cerita di Gunung Jerai dan Kuala Kangsar
16. Soft launch buku Nabi Adam dan Orang Melayu dengan Benua Tua Melayu berserta sedikit hal susulan
17. Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation
20. Jejak Wasilah Patani - Mukadimah hujan lebat ke Ipoh
21. Jejak Wasilah Patani - Dugaan denda 10,000 Baht yang mengubah sedikit rancangan
25. Jejak Wasilah Patani - Wilayah Jambu, Tanjung Budi dan tanah besar yang menghadapnya
26. Jejak Wasilah Patani - Kerissana 2018, Wan Hussein Senawi dan Narathiwat
27. Jejak Wasilah Patani - Dugaan kembali ke Malaysia melalui Takbai
28. Haul Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0 - Perasmian sekolah tahfiz Darul Hashimiah
29. Haul Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0 - Perarakan Maulidur Rasul dan majlis di pentas utama
30. Haul Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0 - Ziarah ke makam Sultan Muzaffar Syah Kedah
31. Haul Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0 - Barakah para wali bagi mereka yang meraikan majlis
32. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah
33. Mawlid Alam Melayu dan Tahlil Arwah di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam
34. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar
35. Syarahan "Siapa Awliya Allah?" oleh Sheikh Rohimudin Banten di Sungai Penchala
36. Tinjauan awal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018
37. Memenangkan kepentingan orang Melayu dan Islam melalui PRU14
38. Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018
39. Separuh akhir Pendekar Muda 2018
40. Kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dan perlembagaan negara
41. Tentang sistem kepercayaan sebagai penyatu ummah
42.Program iktikaf 10 Ramadhan terakhir tahun 2018 - Daripada 21 menuju ke 23 Ramadhan dan kemudian
43. Iktikaf malam 27 dan 29 Ramadhan - Lalu muncullah bulan raya Syawal
44. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Warisan Melayu di Kampung Nakhoda
45. Ringkasan sambutan raya Aidil Fitri/bulan Syawal tahun 2018
47. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia
48. Persidangan ASAL - Daripada busana tradisional Melayu ke matawang Kesultanan Melaka
49. Persidangan ASAL - Daripada hubungan Melayu-Cina membawa kepada kepentingan strategik Selat Melaka
50. Resensi buku berkembar "Nabi Adam" dan "Benua Tua Melayu" di Kota Buku
51. Dari Puncak Alam ke Kuala Selangor - Mengimbas kembali beberapa hal berkaitan
52. Kesantunan Malaiu Seni Nusantara dan hal-hal di sekitar Dataran Merdeka
53. Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit
54. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menyambut hari lahir di tapak pusat empayar
2019
1. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menyambut hari lahir di tapak pusat empayar
3. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 - Tanjung Olak, Jong Merak dan Bukit Astakona
4. Proper reunion pertama PPP/ITM A Level 7 setelah hampir 30 tahun meninggalkan kolej
5. Ilmu kebatinan jurus dalam silat dan kehidupan - Wacana ATMA di UKM
7. Dari Sungai Geringging ke Kota London - Pelancaran buku seniwati Rosnani Jamil
9. Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The Compilation
10. Menangani krisis Yaman - Majlis "Stand With Yemen" di ISTAC
11. Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Syarahan yang meliputi banyak perkara mengujakan
14. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 - Makam-makam di Langgar, tarikan Gunung Keriang dan Kuala Kedah
16. Majlis hol almarhum Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
17. Menyahut panggilan haul Tok Pulau Manis - Dari Kuantang ke Londong
18. Menyahut panggilan haul Tok Pulau Manis - Berkat keturunan Saidina Hassan?
20. Sidang menolak PPSMI bersama Profesor Awang Sariyan dan para pejuang bahasa
21. Menelaah makna dan rahsia puasa serta iftar di ISTAC
23. Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu
24. Perhimpunan dan sambutan raya keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang tahun 2019
27. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Memenuhi hajat orang sehingga 'terlajak' 170 km
28. Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca
29. Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu
30. Tunggangan spontan motosikal besar pagi Sabtu 24 Zulkaedah
31. Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan
Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej"
OK. Setelah beberapa lama siri "Misi menghantar anak balik kolej" dipersembahkan 7 hingga 18 September 2020 biar disuakan artikel kompilasi bagi siri.
Perjalanan berlaku mengambil kesempatan atas cuti Hari Kemerdekaan 31 Ogos yang jatuh pada hari Isnin. Oleh kerana anak sulung harus mendaftar kembali masuk kolej pada tarikh 1 September maka dipanjangkan cuti kami sekeluarga sehingga tarikh tersebut. Anak harus dihantar setelah 4 bulan bercuti akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang bermula 18 Mac demi membendung wabak virus Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Oleh kerana kolej anak terletak di utara tanah air perjalanan dimulakan hari Sabtu 29 Ogos supaya dapat singgah ke beberapa tempat. Begitu juga halnya apabila kembali ke rumah petang Selasa 1 Sept.
1. Approaching the top of Lata Kinjang
3. Muslim graveyard besides the old Taiping mosque
5. Misi menghantar anak balik kolej - Meronda Tanjung pada Hari Kemerdekaan sebelum bergerak ke Kuale
6. Another family visit to Victoria Bridge
7. Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground of) Papan, Perak
8. Makam (Tomb of) Raja Bilah, Papan
9. Dalam Istana Raja Bilah (Inside the Palace of Raja Bilah)
10. Kediaman (Residence of) Raja Bilah