Salam pagi Jumaat, Hari ini sudah tepat 100 hari rakyat negeri Perak berkabung kerana kemangkatan Sultan Azlan Shah 28 Mei lalu. Esok tamatlah tempoh perintah berkabung lalu apa-apa yang patut untuk mengesahkan kenaikan anakandanya Sultan Nazrin Shah harus dibuat. Sambil itu sampai masa untuk menamatkan siri kecil "Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa". Kebetulan penceritaan memasuki bab melibatkan kerajaan Perak. Bersambung dari Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Sejenak di Kota Bahru sebelum berlepas ke Perak.
Pagi Selasa 5 Ogos bersamaan 9 Syawal, Kelihatan kereta kami membelakangi rumah penginapan yang dipanggil Gerik Hotel.