Quantcast
Channel: CATATAN SI MERAH SILU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1529

Daulah Melayu di Jawa Timur - Antara penggambaran sekitar pesantren dan majlis hol

$
0
0
Salam sejahtera semua. Salam kembali dari Malaysia. Ada pun saya sudah selamat kembali daripada perjalanan kerja membuat penggambaran di Jawa Timur 22-26 Oktober. Semalam, sebelum menaiki pesawat yang berlepas dari Surabaya sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan saya sempat memuatnaik gambar-gambar untuk kegunaan artikel ini tapi tak sempat menambah cerita. Pesawat mendarat di KLIA2 sekitar jam 10.15 malam waktu Malaysia. Jam 1 pagi baru sampai ke rumah. Sepanjang hari ini saya amat kepenatan, lepas Maghrib baru membuka laptop kemudian melihat perkembangan di Facebook. Sekarang baru terasa boleh bercerita. Bersambung daripada Daulah Melayu di Jawa Timur - Penggambaran spontan di pesantren Pasuruan.


Pagi Sabtu 24 Oktober 2015, hari ketiga kami dalam perjalanan ini. Saya diminta bersiap untuk penggambaran jam 7. Namun saya mengambil masa untuk bersiap, mandi, buang air besar dan sebagainya. Bila keluar tengok-tengok penggambaran sudah bermula dengan sesi wawancara bersama Kiyai Ali Badri, seorang ulamak terkemuka di Jawa Timur.


Tapi ini tidak menjadi masalah. Kerana soalan-soalan yang dilontarkan boleh sahaja ditanya oleh orang lain, dalam kes ini oleh saudara Amin, penulis skrip kami. Cuma beliau tak boleh masuk dalam kamera.





Saya standby sahaja sambil melihat keadaan. Memang akan ada shoot atau penggambaran melibatkan saya. 



Nah. Selesai sahaja wawancara yang dibuat oleh Amin terus saya dimasukkan dalam penggambaran. Kelihatan Kiyai Ali Badri menerangkan tempat pesantren yang diasaskan oleh beliau sekitar 3 tahun lalu.


Bergambar bersama setelah selesai penggambaran peringkat ini...


Selepas berehat sebentar saya dan Amin berjalan kaki ke masjid berdekatan untuk penggambaran seterusnya. Pak Kiyai pergi naik motosikal, krew penggambaran pula naik pick-up truck sebab bawa banyak peralatan.


Tuan pengarah, saudara Munawar memutuskan penggambaran dibuat di serambi masjid. Masjid ini terletak di dalam kawasan pesantren lama yang didirikan oleh datuk kepada Ali iaitu Kiyai Mustaqim. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Darul Mustaqim, Candibinangun, Sukorejo Pasuruan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)



Selepas berehat sebentar wawancara disambung di masjid berdekatan yang didirikan oleh datuk kepada Kiyai Ali. Kali saya menjalankan wawancara. Gambar ini diambil sebelum penggambaran, daripada sudut pandang saya...


Selepas wawancara dibuat satu lagi sesi penggambaran, kali ini menggunakan drone, satu alatan boleh terbang seperti helikopter membawa kamera untuk rakaman dari atas udara. Ini digunakan untuk mendapatkan gambaran menarik masjid dan persekitaran.


Saya dan Pak Kiyai pula diminta berada di satu kawasan lalu berbual-bual. Drone akan mengambil gambar dari atas kemudian menuju ke hadapan kami.



Produser "Daulah Melayu", saudara Syahril sendiri mengendalikan drone...


Inilah kali pertama drone dapat digunakan dengan jayanya untuk penggambar Daulah Melayu. Dahulu ia pernah cuba digunakan untuk meliputi sesi lawatan lapangan yang dianjurkan pihak saya untuk acara ke-15 HIKMAH di Beruas. Tetapi drone terlanggar wayar tiang eletrik (ke telefon? Saya tak pasti mana) lalu terjatuh dan rosak. Lihat artikel lama di blogspot .














Viewing all articles
Browse latest Browse all 1529